ISNIN 170GOS2015 Keutamaan ilmu sepanjang hayat...minin Saidatina Aisyah ber kata: "Sesiapa yang...
Transcript of ISNIN 170GOS2015 Keutamaan ilmu sepanjang hayat...minin Saidatina Aisyah ber kata: "Sesiapa yang...
26 I Addia A
Antara perkara yang kurang diambil berat oleh kita pada zaman moden ini ada
lah penambahan ilmu daripada orang yang berada di bawah daripada kita.
Dengan usia yang semakin meningkat, apatah lagi berpangkat dan berkedudukan, sukar untuk kita belajar daripada orang bawahan.
Kehidupan sebegini bercanggah dengan kehidupan salaf kita (generasi terdahulu) yang mengambil fa edah dan ilmu daripada mana- mana orang yang ditemuL
Sebab itu, kata-kata ulama yang masyhur disebutkan oleh Imam as -Suyuthi dalam kitabnya, Tadriburrawi: "11-dak akan sempuma ilmu seseorang itu melainkan de ngan tiga perkara:
• Dia mengambil ilmu daripada orang yang lebih alim daripadanya.
• Dia mengambil ilmu daripada orang yang setaraf dengannya.
• Dia mengambil ilmu orang di bawah daripadanya~ "
+ Sikap begini sangat penting bagi kehidupan seorang Muslim moden pada zaman ini kerana revolusi ilmu begitu hebat sehingga kita semua perlu mengejar ilmu yang memberi manfaat ke pada kita, dunia dan akhirat.
• Sahabat Nabi bertanyakan fatwa kepada Alqamah
Antara cerita menarik adalah kisah mengenai seorang alim dalam kalangan tabiin bemama Alqamah iaitu seorang murid kanan ke-
_____ . __ . ___ . ____ ... _._.J.. _____ . __ .. ___ ... _ ... __ . ____ _ .. __
ISNIN IIarian etro 170GOS2015
Keutamaan ilmu sepanjang hayat • Sikap tidak tambah pengetahuan bawa kepada kejahilan pada Ibnu Mas'ud, yakni seorang sahabat Nabi yang mulia.
Seperti disebut dalam ki tab as-Siyar oleh Imam adz-Dzahabi, sesetengah sahabat Nabi meminta fatwa daripada Alqamah walaupun dari sudut kedudukan dan kemuliaan sahabat sangat mulia.
Namun, dalam ilmu ka-
dang-kadang Allah memberikan sesuatu kepada orang yang di bawah yang tidak diberikan kepada orang yang lebih afdal.
Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita bahawa penambahan ilmu dan maklumat sangat penting agar kita sentiasa maju ke hadapan dan tidak ketinggalan dengan ilmu yang baru.
• Rugi tidak rnenambah ilmu
Antara perkara paling rugi di dunia ini apabila seseorang itu tidak mahu menambah ilmu dan merasakan dia sudah mengetahui banyak perkara.
Sebab itu, Ummul Mukminin Saidatina Aisyah berkata: "Sesiapa yang berasa
dia alim, maka bermulalah kejahilannya. "
Hal ini kerana tabiat ilmu akan berkembang dari semasa ke semasa.
Apabila seseorang itu tidak mahu menambah ilmu, rnaka dia akan menjadi orang yang jahil dengan pengetahuan terkini sehingga dia menjadi asing kepada zamannya.
• Contohi Nabi Musa
Antara teladan terbaik untuk kita meneruskan pembelajaran dan menuntut ilmu adalah kisah perjalanan Nabi Musa mencari ilmu daripada Khidir.
Semua mengetahui kedudukan Nabi Musa di sisi Allah sangat tinggi sehingga Baginda boleh berbicara dengan Allah Taala.
Bagaimanapun, pada masa sama, ia tidak menghalang Nabi Musa untuk terus menuntut ilmu daripada insan yang kedudukannya lebih rendah maqamnya (tahap) daripada Baginda.
Kita boleh lihat kisah pengembaraan Baginda dalam surah al-Kahfi. Begitu beradab Nabi Musa dengan Khidir meminta izin untuk belajar dengan beliau seperti yang difirmankan oleh Allah
pada ayat 66 bermaksud: "Nabi Musa ber-
kata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutmu agar engkau mengajarku (ilmu yang be
nar) daripada apa yang telah diajarkan
kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?'" Lihatlah seorang nabi dan
rasul meminta izin daripada insan soleh yang bukan sama kedudukannya.
Kesimpulannya, tidak mungkin individu atau umat Islam mencapai kemajuan dan perubahan melainkan dia terus belajar.
Dia perlu menambah ilmu walaupun daripada orang yang mungkin rendah kedudukannya. Mungkin juga orang itu bukan Islam, namun rnempunyai ilmu duniawi yang boleh membantu kehidupan kita.
PenulU boleh dihubungi melalui Facebook" Fauwaz Eadzil Noor atau Jbuwaz Fadzil