ISL 2 sdp

8
ISL 2 SENI DALAM PENDIDIKAN http://zali-mrj.blogspot.com/2011/08/kuliah-2-kanak- kanak-dan-seni.html Seni dan Perkembangan JERISE Kanak-kanak Mengikut Tahap 1) Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak · Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal). · Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. · Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. · Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secra tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat. · Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. · Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran. · Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

description

isl

Transcript of ISL 2 sdp

ISL 2

SENI DALAM PENDIDIKAN

http://zali-mrj.blogspot.com/2011/08/kuliah-2-kanak-kanak-dan-seni.html

Seni dan Perkembangan JERISE Kanak-kanak Mengikut Tahap

1) Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

· Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).

· Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

· Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.

· Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secra tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.

· Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.

· Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.

· Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Mengenal Konsep Aktiviti Motivasi Pembelajaran Mengikut Tahap Perkembangan JERISE

1) Ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi

· Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.

· Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak, seperti menyentuh, mengguling, mengguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.

· Aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati.

Mengenal Konsep Aktiviti untuk Melibatkan Murid Secara Aktif, Kreatif dan Menyeronokkan.

1) Kreativiti

· Proses kreativiti boleh melibatkan

- Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

- Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

- Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

2) Pemahaman

· Aktiviti pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.

· Aktiviti bermain – Memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.

· Lagu – Di dalam lagu, kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri.

· Aktiviti lakonan – Dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi, menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan diri.

3) Konsep kesedaran sendiri

· Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran.

· Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran.

· Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.

· Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.

· Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.

· Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.

Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VIKTOR LOWENFELD.

1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun)

CIRI-CIRI

a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu

Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka

Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang

Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah)

Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan)

Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaanDaya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan

psikologikal kanak-kanak

b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan

Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan

Wujud koordinasi mata dan tanganSuka conteng hingga penuhi ruang permukaanGarisan berulang dengan pelbagai nilai garisanAlat contengan dipegang dengan lebih baikTangan selalunya tidak diangkat semasa mencontengMula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan

melintangCuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula

menyedari hubungan diantara contengan dengan objek tampak

c) Contengan bermakna Lewat usia 3-4 tahunKanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau

menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas

Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan)

Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada

pergerakan kinestetik)Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam

operasi konkrit2) PERINGKATPRA- SKEMATIK(4- 7 tahun)

Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka)

Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnyaImej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan

merupakan reprensentasi tampakContoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap muka

ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka

Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan).

Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukisUnsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek

penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan.

Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa

3) PERINGKAT SKEMATIK(7 – 9 tahun)

Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulang-ulangSimbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak

tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka.

Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain.

Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration).

Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut.

Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun)

mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat

kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina.

Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian.

Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukanObjek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran

tampak sahaja bukan melalui pengamatan.Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih

objek.Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi

memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).

Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik.

Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya.

Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak

rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini

Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.

Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari

Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran

5) PERINGKAT PENAAKULAN(12-14 tahun)

Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan

Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal.

Lukisannya diolah lebih naturalMmahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil

berbanding yang dekatTerdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma

menggunakan perspektifTerdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan

haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal.6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun)

Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat.

Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri.

Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang.

Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya.

Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi