Suraiya Tarannum Dynamic Hierarchical Communication Paradigm
Isi Tarannum
-
Upload
napie-husin -
Category
Documents
-
view
480 -
download
20
Transcript of Isi Tarannum
1.0 PENGENALAN
Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang
membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula
menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim
yang membawa maksud “intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu
yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.
Menurut Mohd Noor Abdul Rahman (2000), Istilah “Tarannum bil Quran” lebih popular
penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara untuk menunjukkan
wujud hubungan erat antara seni memperelokkan suara dengan kaedah pembacaan ayat-ayat suci
al-Quran di Nusantara. Nik Jaafar Nik Ismail (1998), mentakrifkan tarannum sebagai suatu ilmu
kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut nada, rentak dan irama tertentu untuk
menambah seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran. Manakala Norakyairee &
adnan (2008), pula menyatakan bahawa definisi tarannum al-Quran sebagai suatu kaedah yang
menggunakan kelunakan suara dalam proses membacakan ayat al-Quran. Ilmu tarannum al-
Quran juga boleh dimaksudkan sebagai satu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara
bagaimana melagukan al-Quran daripada aspek hukum tajwid, tarannum, asal-usulnya dan
istilah-istilah yang digunakan (Wan Hilmi 2010)
Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara
yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada bermaksud tingkatan
atau tekanan bunyi suara. Rentak pula ialah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara dan
irama ialah alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah
seni suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan
kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya
bacaan al-Quran.
Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran kerana bersempena
sepotong hadis Rasulullah iaitu:
1
(البخارى رواه. )بالقرأن الترنم حسن لنبى أذن ما لشىء الله أذن ما
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang
selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".
Hasil daripada bunyi-bunyian tersebut, maka diambil istifadah atau manfaat oleh ahli-ahli
muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut selera masing-masing. Dengan
itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya sesebuah
masyarakat. Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah berpendapat
bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Arab silam.
Sejarah menunjukkan seawal zaman Jahiliyyah lagi, masyarakat Arab ketika itu terkenal dengan
kepakaran dalam bidang syair sehingga diwujudkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq
al-`Ukkaz. Ia bertujuan untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair dan digantung
syair-syair yang indah-indah menunjukkan kebanggaan pemiliknya.
Setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam ketika itu disarankan
supaya menukar budaya tersebut kepada membudayakan bacaan al- Quran dalam kehidupan
seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak. Ia bertujuan untuk menarik
masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk mengisi keperluan rohani dan memperdengarkan di
telinga-telinga mereka tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz. Dalam kebanyakan Hadis-
hadis Sahih, di antaranya adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam
kitabnya al-Jamial-Sahih yang menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara
bertarannum atau berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:
“Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w
bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu
oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.”
“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang
mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran
dengan suaramu.”
2
ء"ان! #ق$ر# ِ بال "َغ"ن& "ت َي "م# ل م"ن# &ا م!ن #َس" "ْي ل
( البخارى (رواه
“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari:
6/273)
“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-
Quran.” (Riwayat Hakim 1/768)
“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada
ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran
diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-
Quran (Fath al-Bari 6/69).
“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa
al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu
Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum
seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
Jumhur ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat membolehkan
membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak terkeluar dari hukum-hukum tajwid.
Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti menambahkan dan
mengurangkan huruf, maka hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-
Mawardi yang menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan
bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan terkeluar lafaz huruf dari
makhrajnya.
3
1.1 Pendapat Lain Berkenaan Bertarannum
Selain daripada hadis-hadis tadi, wujud pendapat lain yang berbeza daripada dua
kumpulan mazhab yang disokong oleh pendapat para sahabat dan tabi`in iaitu pendapat
daripada Mazhab Maliki dan Hanbali dengan Mazhab Shafi’I dan Hanafi.
Mazhab Maliki Dan Hanbali
Pendapat mereka ialah tarannum boleh mencacatkan keaslian lafaz al- Quran seperti
menambah huruf, memanjang dan sebagainya. Selain itu, tarannum boleh melekakan
daripada memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Pendapat ini dikuatkan lagi
berdasarkan pendapat sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Anas bin
Malik, Sa`id bin al-Musayyib, Sa`id bin Jubayr, al-Hassan al-Basri, Ibnu Sirin dan lain-
lain lagi.
Mazhab Shafi`I Dan Hanafi
Menurut pendapat Mazhab Shafi’ dan Hanafi pembacaan Al-Quran dengan bertarannum
boleh menarik minat masyarakat untuk mendekati al-Quran malah tarannum juga boleh
menjadi medium pengajaran dan pembelajaran. Menurut mereka lagi tarannum juga
mempunyai budaya seni yang mengajak ke arah khusyuk dan menginsafi mukjizat al-
Quran. Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat sebilangan daripada para
Sahabat dan Tabi`in seperti Umar bin al-Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud, Abu Ja`far
al-Tabari, Abu Bakr al-`Arabi dan lain-lain lagi.
2.0 SEJARAH ILMU TARANNUM
Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-Qari, pemodenan
alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan pengaruh Yunani. Kemudian
dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim. Justeru,
berdasarkan beberapa Hadis Sahih, sejarah tarannum al-Quran ini sebenarnya telah bermula
seawal turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu pertama di Gua Hira kira-kira seawal tahun 610
Masihi.
4
2.1 Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w
Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak boleh
dipisahkan. Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada Baginda s.a.w
selaku pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai risalahNya, penerang segala isi
kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya. Oleh sebab itu, menjadi hobi dan mainan
bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al- Quran. Perkara ini disebut oleh
Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti berikut:
“Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada
hari pembukaan kota Makah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-
Fath di mana bacaan itu baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami
isi kandungannya).”
Bersandarkan hadis tersebut, Imam Nawawi berpendapat bahawa Nabi
Muhammad s.a.w membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Adapun, Jumhur
Ulama berpendapat bahawa kalimah $ُع ِّج, $ر" membawa maksud galakan membaca al-Quran َي
dengan suara yang sedap dan secara tartil.
Dalam satu riwayat yang lain pula, Baginda s.a.w pernah suatu ketika membaca
Surah al-Tur dalam solat maghrib. Perkara ini didengari oleh Muhammad ibn Jubayr ibn
Mat`am, maka beliau menyifatkan bahawa tiada seorang pun yang lebih lunak suara
bacaannya selain Rasulullah s.a.w. Keunikan kegemaran Rasulullah s.a.w terhadap
bacaan al-Quran dikongsi kan bersama para sahabatnya di mana sebagaimana termaktub
dalam banyak Hadis Nabawi, Baginda s.a.w sangat suka mendengar bacaan al-Quran di
kalangan para sahabatnya bahkan memujinya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dalam Musnadnya, Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan memuji
Abdullah ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat.
5
“Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin membaca al-Quran lunak dan
tepat sebagaimana ia diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn
ummi Abd (iaitu gelaran kepada Abdullah ibn Masud).”
Dalam hadis yang lain pula, Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah ibn
Mas'ud r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika meminta
dibacakan al-Quran kepada Baginda s.a.w.
Sabdanya: “Bacalah al- Qur'an untuk ku". Lantas Ibn Mas`ud bersuara: “Wahai
Rasulullah s.a.w, apakah aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu
diturunkan kepadamu?" Baginda menjawab: “Aku lebih suka mendengarkannya
daripada orang lain". Maka dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda s.a.w. Tatkala
sampai pada ayat ke-41 (seperti berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda
s.a.w mengalir”.
Maksudnya: Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami
mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan
kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umat mu). Terdapat juga hadis
yang menunjukkan rasa takjub Rasulullah s.a.w dan memuji kelunakan suara sahabatnya
seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Imam Muslim:
.( داوود آل مزامر من مزمارا اعطيت ومسلم ( لقد البخارى رواه
“Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin Qays atau al-Ash`ari
dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud
a.s.”
Saydatina Aishah r.a pernah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau
bersama Rasulullah s.a.w mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh salah
seorang sahabat Baginda s.a.w iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah r.a. Setelah
selesai bacaan tersebut, Baginda s.a.w kelihatan gembira dan bersyukur sambil berdoa
6
dengan pujian kehadrat Ilahi kerana menjadikan di kalangan umatnya yang baik dalam
bacaan al-Quran.
Dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w berhubung dengan bacaan al-Quran yang terbaik, maka lahirlah para Qurra di kalangan para sahabat r.a yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dalam Sahihnya; dari Abdullah ibn `Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az ibn Jabal dan Ubay ibn
Ka`ab r.a.”
Arahan daripada Rasulullah s.a.w ini adalah amat jelas agar para sahabat r.a
mempelajari al-Quran daripada empat orang tersebut yang mempunyai bacaan yang
bagus dan tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah dengan Rasulullah
s.a.w.
Menurut Ibn Mas’ud r.a, beliau berkata bahawa: Demi Allah sesungguhnya aku
telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah s.a.w lebih dari 70 surah. Demi Allah
sahabat Rasulullah s.a.w amat mengetahui bahawa aku paling mengetahui di kalangan
mereka berhubung kitab Allah tetapi aku bukan terbaik di antara mereka. Beliau juga
berkata kami mempelajari al- Quran daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat dan kami tidak
akan mempelajari sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang
diturunkan Allah s.w.t dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan. Seterusnya beliau
berkata:
“Demi yang tiada tuhan selainNya, jika aku mengetahui terdapat seorang yang lebih
mengetahui daripadaku tentang kitab Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka
nescaya aku akan pergi kepadanya”.
Di sini jelas bahawa para sahabat r.a mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan
menguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman. Kemudian
7
mereka menyampaikan dan mewariskan apa yang mereka pelajari kepada generasi-
generasi terkemudian.
2.2 Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a
Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang begitu rancak
dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan. Turut sama
berkembang juga iaitu pengaruh-pengaruh luaran di mana ia berperanan sebagai faktor-
faktor samping yang sedikit sebanyak memberi impak kepada keutuhan sesuatu bidang
sama ada kesannya dari sudut positif mahupun sebaliknya. Keunikan dan ketulenan
sesuatu bidang ilmu tersebut memerlukan kepada pengawalan dan perkembangan secara
positif. Pengawalan dan perkembangan tarannum al-Quran pada zaman ini dipelopori
oleh beberapa Tabi‛in yang masyhur.
Pelopor atau Tabi‛in Tarannum al-Quran pada masa itu ialah:
1. Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah
2. Abdullah bin al-Saib Di Kota Makkah
3. Amar bin Abdullah Di Kota Basrah
4. Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah
5. Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham
Kemudian, ia diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi seterusnya
seperti pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam Muhammad
Idris al-Shafi`i serta imam-imam Qurra dan Qiraat sehingga sampai zaman sekarang.
Tarannum di Nusantara Nusantara atau dikenali sebagai Kepulauan Melayu telah
menerima kedatangan Islam seawal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh
Masihi. Walaupun banyak perselisihan pendapat mengenai fakta sebenar kedatangan
Islam di alam Melayu ini diperbahaskan oleh ahli sejarawan, namun apa yang lebih
penting untuk kita bincangkan adalah sejauh mana peranan Islam itu dalam membentuk
kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara.
8
Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama
dalam pelbagai aspek kehidupan, maka adalah diyakini bahawa masyarakat Muslim
ketika itu amat mementingkan ketuanan al-Quran dan kesuciannya dijaga. Perkara ini
membabitkan penjagaan secara total iaitu sama ada dari sudut mengenal, mengeja,
membaca, memahami dan mengajarkan nya. Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita
percaya bahawa konsep ini adalah merupakan penyumbang kepada pengajian tarannum
al-Quran yang berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islamiah. Bermula dari
kurun ke-20 Masihi sehingga kini, perkembangan agama Islam telah dapat berdiri dengan
sendirinya tanpa perlu berpaut teguh kepada mubaligh atau pendakwah Islam dari negara
India, China dan Arab. Perkembangan positif ini juga memberi impak kepada
keprihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran melalui aspek tarannum.
Perkara ini jelas dilihat dengan penguasaan masyarakat Nusantara dalam pertandingan
musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan agenda tahunan dunia Islam dalam
mempromosikan ketulenan dan kesucian al-Quran al-Karim.
Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu
pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu
tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:
Misri (Mesir)
Hijazi (Mekah dan Madinah).
Iraqi.
Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).
‘Ajami (Iran) dan lain-lain.
Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari
Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih
mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya
mereka serta mengarabkan nya untuk bacaan Al-Quran.
9
2.3 Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
Aliran Hijazi
Aliran ini dikaitkan dengan persekitaran dan suasana tempatan di Mekah dan Madinah.
Antara ciri geografi di kawasan ini ialah kawasannya yang berpadang pasir, bentuk muka
buminya yang berbukit dan kebiasaannya suhu di kawasan ini adalah tinggi hingga pada
satu tahap boleh mencapai 40 darjah celcius. Oleh itu gaya bacaan dan irama bagi aliran
hijazi ialah lincah, nada suara yang tinggi kehangatan.
Aliran Misri
Manakala aliran misri pula dikaitkan dengan suasana yang lebih tenang dan damai kerana
Negara Mesir terletak di lembah sungai Nil yang subur menghijau dengan tanaman dan
bersuhu sederhana berbanding suhu di kawasan Makah dan Madinah. Justeru kita dapat
lihat irama dan rentak yang dihasilkan lebih lembut dengan lenggok suara yang
sederhana.
3.0 HUKUM ASAS BERTARANNUM
Berdasarkan perbahasan ulama’, kita dapat memahami bahawa hukum bertarannum adalah
seperti berikut;
Fardu kifayah
Sekiranya boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-Quran.Boleh menambahkan
keelokan bacaan al-Quran.
Boleh menghilangkan keraguan terhadap mukjizat al-Quran.
Boleh memantapkan pemahaman kefahaman terhadap al-Quran.
Sunat
Sekiranya dapat mempertingkatkan syiar Islam.
Dapat menarik perhatian orang ramai meminati al-Quran.
menarik minat terhadap proses pengajian dan pengajaran al-Quran.
10
Dapat menzahirkan nilai ketinggian mukjizat al-Quran.
Harus
Sekiranya tidak mencacatkan al-Quran.
Tidak mengganggu ketenteraman awam.
Tidak menghalang ketenangan dalam beribadah.
Tidak menimbulkan fitnah.
Makruh
Sekiranya mengganggu ketenteraman awam.
Mengganggu ketenangan dalam beribadah.
Menimbulkan fitnah.
Mengganggu khusyuk dalam mentadabbur al-Quran.
Haram
Sekiranya merosakkan keaslian al-Quran.
Menjatuhkan dan menghina kemukjizatan al-Quran.
Menghalang kemajuan dan perkembangan proses meninggikan kedudukan al-Quran.
Menyeleweng ke arah perkara-perkara yang dilarangIslam.
jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru
lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
Sabda RasuluLlah SAW:
بعدي سْيجئ فإنه الفسق، وأهل الكتابْين أهل ولحون وإَياكم وأصواتها، العرب بلحون القرأن اقرؤوا
. من وقلوب قلوبهم مفتونة حناِّجزهم َيجاوز ال والنوح والرهبانْية الَغناء ترِّجْيُع بالقرأن َيرِّجعون قوم
( ) . والبْيهقي الطبرني رواه شأنهم َيعجبهم
Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-
kali membaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian.
Demikian juga lagu-lagu ahli fasik (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya
sepeninggalan ku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran
11
dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintis yang
tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang
mengkaguminya.
Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak
hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman,
kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”
Sungguhpun dilarang meniru penyanyi untuk melagukan Al-Quran, tetapi terdapat satu
hadis Rasulullah memuji seorang sahabat Baginda, Abu Musa Al-Asy’ari RA, yang membaca
Al-Quran dengan suara semacam seruling. sabda Rasulullah SAW:
.( داوود آل مزامر من مزمارا اعطيت ومسلم ( لقد البخارى رواه
Sesungguhnya bertuah engkau dianugerahkan Allah dengan (suara semacam)
seruling dari jenis seruling keluarga Nabi Daud AS.
4.0 PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM
( داوود ( ابو بأصواتكم القرأن .زَينوا
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara
kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).
Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan
suara kerana dari suara yang elok dan tersusun lah lahirnya tarannum. Tarannum secara
umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu Tarannum Bit Tahqiq dan Tarannum Bit Tadwir.
Tarannum bit Tahqiq merupakan tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut
kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti
Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini diguna pakai di dalam Majlis
12
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Manakala Tarannum bit Tadwir
pula ialah tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya
kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makah Al-Mukarramah dan Madinah Al-
Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.
4.1 Asas Aliran Tarannum
Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas
mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”
1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.
Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz,
Hirab dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pula yang popular.
Tarannum asas aliran Misri ialah Al-Bayyati, Soba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah dan
Jiharkah. Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam,
Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai
lagu-lagu cabang (furu).
Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan
aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini
menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil,
mengubahsuai dan memperbaharui ke arah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai
13
dengan suasana, peredaran zaman dan cita rasa terkini, tetapi tidaklah sampai
menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang
berlahjah arab.
Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting
untuk mengarabkan bacaan mereka. Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi
beberapa qit’ah dan satu mahattah), Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang
digubah). Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna). Salalim
su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).
Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara). Wuslah al-mumathalah (kemahiran
menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).
4.2 Teknik Mentahsinkan Al-Quran.
Tahsin as-saut adalah hasil daripada proses bunyi oleh alat-alat pengendalian suara
apabila digunakan dengan betul dan cermat. Antara teknik-teknik tersebut ialah teknik
penekanan pernafasan, teknik pengendalian pipit suara, teknik penyaluran bunyi dan
teknik pengawalan nafas.
teknik penekanan pernafasan ialah untuk mengeluarkan suara menjadi lembut
atau keras. Teknik pengendalian pipit suara pula untuk mengeluarkan suara nyaring atau
perlahan. Teknik penyaluran bunyi pula adalah untuk kemanisan dan kelicinan sesuatu
suara. Teknik pengawalan nafas bertujuan untuk memanjang atau memendek nafas
seseorang qari.
4.3 Tabaqoh (tingkatan) suara
Terdapat empat tabaqoh dalam bidang taranum al-quran iaitu tabaqoh pertama iaitu
Qoror, tabaqoh kedua iaitu Nawa, tabaqoh ketiga iaitu Jawab dan tabaqoh keempat iaitu
jawab-buljawab. Setiap tabaqoh suara ini mempunyai teknik-teknik yang perlu dipatuhi
untuk memperoleh tabaqoh yang betul seperti berikut:
14
1. Tabaqoh pertama (qoror) ianya berfungsi di dada
2. Tabaqoh kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak
3. Tabaqoh ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung
4. Tabaqoh keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak
4.4 Burdah (bunga-bunga) Suara
Suara yang terhias dengan burdah adalah lebih menarik. Pada umumnya burdah itu
terbahagi kepada dua iaitu yang pertama Burdah Asli yang mengeluarkan suara yang
hidup, mempunyai getaran dan gerenek-gerenek (menggeletar) yang semula jadi. Kedua
Burdah Sinaie Iaitu bunga –bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut
kehendak jenis tarannum yang dipersembahkan.
5.0 FALSAFAH TARANNUM BI AL-QURAN
Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran
yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada
keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan.
Antara Falsafah tarannum ialah:
Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan
kehormatan”. (Riwayat Muslim)
Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Mereka
segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan
kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)
15
Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan apabila al-
Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar
bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).
Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: “
Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan
suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran”.
6.0 PERANAN TARANNUM
Seseorang qari itu tidak harus melupakan peranan tarannum al-Quran supaya matlamatnya dapat
dicapai sepenuhnya. Antara peranannya ialah:
1. Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar. Allah berfirman yang bermaksud:
hendaklah kamu membaca al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu (al-muzammil
ayat 4)
2. Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran. Rasulullah bersabda yang
bermaksud: diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan keberkatan (riwayat
muslim).
3. Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan. Allah berfirman yang bermaksud: mereka
bersegera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukan dan keinsafan (al-isra’ ayat 109).
4. Untuk mendapat rahmat. Firman Allah yang bermaksud: apabila al-Quran dibaca maka
hendaklah kamu dengar dan diam semoga kamu dirahmati Allah (al-A’raf ayat 204).
5. Untuk menambahkan seni al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud: perelokkan
bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok
sahaja mampu menambahkan keindahan seni mukjizat al-Quran. (riwayat an-nasaie dan
abu daud). Ibn Abbas pernah menegaskan bahawa Nabi Daud pernah membaca kitab
zaburnya dengan 70 lagu untuk menyegarkan jiwa dan menarik minat setiap manusia dan
binatang.
16
7.0 ILMU TARANNUM DI MALAYSIA
Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah
merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-
Quran dengan baik. Pertandingan ini turut memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang
sebenarnya iaitu terdiri daripada bidang tahsin al-Quran, tajwid, tarannum dan fasohah.
7.1 Susunan Bacaan Tarannum
Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan
tarannum yang disusun seperti berikut:
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.
50 peratus daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30 peratus
pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15 peratus lagi membaca dengan
bahagian (4) dan 5 peratus lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5). Namun
mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan
lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah:
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya lah sebagai selingan sahaja.
7.2 Jenis Tarannum Yang Diamalkan Di Malaysia
Tarannum Bayyati
Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.
Antara sifat-sifatnya ialah seperti lembut disamping tegas, sesuai dengan tobaqot
sederhana, harmoni dan berunsur ketenangan. Manakala peranan tarannum bayyati ini
17
ialah dapat memantapkan persembahan, sesuai dijadikan sebagai tarannum pembukaan
dan penutup, menjadi ukuran kepada tarannum sesudahnya, dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran dan dapat menimbulkan perasaan mengagumi mukjizat Al-Quran.
Tarannum Soba
Soba mengikut bahasa Arab bermaksud rindu. Tarannum Soba ini amat popular di
kalangan qari daripada Mesir begitu juga di Malaysia dan Indonesia. Antara sifat-sifat
tarannum ini ialah gerak ringan meresap jiwa, alunannya lembut mendayu. sesuai dengan
tobaqot sederhana, dan sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.
Peranan tarannum ini pula ialah menenangkan persembahan, membawa kekhusyukan dan
keinsafan, dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran dan juga dapat menimbulkan
perasaan mengagumi mukjizat Al-Quran.
Tarannum Hijaz
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang
pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari
Mesir mengikut zouq budaya mereka. Antara sifat tarannum ini ialah gerak lambat tetapi
berkesan, ketegasan dan kelincahan dapt menghidupkan semangat dan persembahan.
Tarannum ini sesuai dengan pelbagai tobaqot dan sesuai dengan ayat perintah, tegas atau
marah. Antara peranan tarannum Hijaz ialah dapat mmberi semangat kepada
persembahan, memberi kepuasan kepada pendengar, memberi tenaga kepada tarannum
seterusnya, selain dapat menunjukkan ketegasan kepada mesej Al-Quran, menimbulkan
kesenian fasohah dan menimbulkan perasaan mengagumi mukjizat Al-Quran.
Tarannum Nahawand
Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi
kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka. Antara sifat-sifat tarannum jenis ini ialah gerak ringan yang berkesan, lembut,
memikat jiwa, kehalusan seni dan amat sesuai dengan tobaqot sederhana. Manakala
peranan Tarannum Nahawand di dalam bacaan ialah dapat melembutkan bacaan,
menenangkan jiwa pembaca dan pendengar, selain dapat menimbulkan kesenian fasohah
18
Al-Quran dan dapat menimbulkan perasaan mengagumi mukjizat Al-Quran. Tarannum
ini juga sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya
Tarannum Rast
Berasal dari parsi (iran) kemudian diguna pakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini
tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Antara sifat-sifat tarannum Rast ini ialah mempunyai gerak lembut di samping ketegasan,
kelembutan alunan, dan lincah menyemarakkan. Tarannum jenis ini sesuai dengan
pelbagai jenis tobaqot suara dan bentuk ayat. Antara peranan-peranan tarannum Rast ini
pula ialah dapat memberi semangat kepada persembahan, tenaga kepada tarannum
berikutnya dan kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Selain itu, tarannum ini juga
dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran dan perasaan mengagumi mukjizat Al-
Quran.
Tarannum Sikah
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7
masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari
Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat-sifat tarannum ini ialah mempunyai gerak
lambat yang meyakinkan dan lembut menusuk kalbu. Tarannum ini berciri kesedihan dan
kerintihan dan amat sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Tarannum ini juga sesuai dengan pelbagai tingkat tobaqot suara. Peranan tarannum ini
pula ialah dapat melembutkan persembahan, memberi kepuasan kepada pembaca dan
pendengar, selain membawa kekhusyukan dan keinsafan serta dapat menimbulkan
kesenian fasohah dan perasaan mengagumi mukjizat Al-Quran.
Tarannum Jiharkah
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7
masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari
Mesir mengikut zouq budaya mereka. Antara sifat-sifat tarannum jenis ini pula ialah
mempunyai gerak ringan yang berkesan, kelembutan menusuk kalbu,dan harmoni. Amat
sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. Selain itu sesuai
19
dengan tobaqot suara yang sederhana. Antara peranan tarannum jenis ini ialah dapat
menenangkan ketegangan persembahan, melembutkan persembahan, membawa
kekhusyukan dan keinsafan. Selain dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran dan
menimbulkan perasaan mengagumi mukjizat Al-Quran.
PENUTUP
Kesimpulannya ilmu tarannum merupakan satu bidang ilmu suara yang begitu unik, indah dan
setiap lagu-lagu tarannum itu dihiasi pula dengan pelbagai seni lain seperti tabaqoh suara,
burdah, aliran tarannum yang pelbagai dan banyak lagi. Keindahan dan keistimewaan ilmu
tarannum ini bukan sahaja disokong dan diakui oleh pendengar dan penuntut ilmu tarannum ini
sendiri malah masyarakat luar yang bukan daripada beragama Islam, sehinggakan ada yang telah
terpaut dengan kebenaran Al-Quran apabila mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca dengan
tarannum.
Dapat kita lihat bagaimana galakan daripada Rasulullah S.A.W sendiri berkenaan
membaca Al-Quran dengan bertarannum sehingga baginda ada menyatakan bahwa “Bukanlah
umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran” (Sahih Bukhari: 6/273) dapat
kita lihat betapa baginda mementingkan melagukan bacaan semasa membaca Al-Quran, ini
kerana dengan bertarannum seseorang bukan sahaja mendapat ketenangan, khusyuk, bahkan
mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Kita sungguh bersyukur sehingga kini ilmu tarannum tidak luput dik zaman walaupun
telah lama berada di dalam bidang ilmu sejak zaman Rasulullah SAW lagi, bahkan kini ilmu ini
menjadi semakin berkembang sehingga diajar bukan sahaja di rumah atau pun sekolah tetapi di
peringkat tertinggi di Universiti. Semuanya adalah merupakan sumbangan daripada tenaga-
tenaga pengajar yang terdiri daripada qori dan qoriah sejak dahulu lagi. Tidak lupa juga kepada
Baginda junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah jemu mengajar mendidik para
sahabat membaca Al-Quran dengan sempurna darisegi makna, tajwid, lahjah arab dan banyak
lagi sehingga mereka boleh mengajar pula ilmu Al-Quran ini kepada orang lain sehingga kehari
ini.
20
RUJUKAN
Che Yahya, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon
Tengah dan Selatan, JAKIM,hlm 7.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian
Tarannum,Darul Quran : Kuala Kubu, hlm 5.
Hj. Nik Ja’fa Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran
Peringkat Zon Tengah dan Selatan, JAKIM, hlm 7.
Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.
Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Tahsin al=Quran Peringkat Zon Tengah
dan Selatan, JAKIM, hlm 2-7.
Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.
Syeikh Fatihi Hassan Maliji, 2007, Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Baharu: Pustaka
Aman Press, hlm 23.
21
LAMPIRAN
Tokoh Tarannum Negara
Dato' Hj. Ismail bin Hashim
Qari Pertama Menjadi Johan Musabaqah Membaca Al-Quran
Sebanyak 9 Kali Di peringkat Kebangsaan.
Qari Pertama Menjadi Johan Musabaqah Membaca Al-Quran
Sebanyak 8 Kali Di peringkat Antarabangsa.
Dato' Hj. Ismail bin Hashim dilahirkan pada 16 April 1933 di Jerlun, Kedah. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi sehingga darjah tiga dan meneruskan
pelajaran ke Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu pada tahun 1942. Seterusnya, pada tahun
1947 beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Star.
Nama Allahyarham Dato' Ismail b. Hashim tidak asing lagi dalam Majlis Tilawah Al-
Quran sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Kemerduan dan
kelunakan suaranya ketika memperdengarkan ayat suci al-Quran bukan saja dikagumi
masyarakat tempatan malah masyarakat Islam di luar negara. Selepas pertama kali diadakan
musabaqah membaca Al-Quran pada tahun 1956, Allahyarham merupakan satu-satunya Qari
22
pertama yang menjadi johan sebanyak sembilan kali di peringkat Kebangsaan dan lapan kali di
peringkat antarabangsa.
Allahyarham merupakan peserta tunggal negara yang telah mencapai peringkat tertinggi
dalam pertandingan musabaqah al-Quran. Allahyarham juga merupakan anak Melayu pertama
dimana bacaan al-Qurannya telah disiarkan secara langsung di televisyen dan radio Sudan
semasa beliau melawat negara tersebut pada tahun 1966 dan kemudiannya di Mesir pada tahun
1976. Allahyarham yang bersara daripada jawatannya sebagai Nazir Sekolah Agama Kedah pada
tahun 1988, pernah diberi penghormatan oleh Kerajaan Negara Thailand untuk
memperdengarkan bacaan al-Qurannya pada Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Bangkok
pada tahun 1963.
Sebagai mengenang sumbangan dan baktinya beliau telah dianugerahkan Johan Setia
Mahkota (J.S.M) dan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang DiPertuan Agung serta pingat
Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Perkhidmatan Setia Kedah (P.C.K), Dato' Setia DiRaja Kedah
(D.S.D.K) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Kedah dan Raja Perlis.
Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Ogos 1997 kerana mengidap sakit jantung
ketika Allahyarham berusia 64 tahun.
23