Isi Sjhk3013 Politik
-
Upload
sarimah-eimah -
Category
Documents
-
view
143 -
download
4
description
Transcript of Isi Sjhk3013 Politik
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
1.0 PEMBENTANGAN: PERJUANGAN DATO’ MAHARAJA LELA DAN TOK JANGGUT
Sila rujuk halaman Lampiran bahagian A
2
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
2.0 ULASAN KRITIS MENGENAI PERANAN DAN SUMBANGAN DATO’ MAHARAJA
LELA DALAM POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20
Catatan kegagahan dan ketokohan Dato’ Maharaja Lela atau nama sebenarnya, Pandak
Lam bin Maharaja Lela Maulud merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam lipatan
sejarah Tanah Melayu khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan tidak dapat disangkal oleh
mana-mana pihak. Beliau merupakan seorang yang berketurunan Daeng Selili, anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.. Beliau digelar Orang Besar Delapan
Perak atau Dato Maharaja Lela Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tenjana Perak. Beliau
memegang jawatan sebagai Pembesar kawasan Pasir Salak, Sungai Dedap dan Sungai
Kerang. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Mufti Perak. Dato Maharaja Lela
pernah mempunyai kuasa untuk memancung kepala orang yang disyaki bersalah tanpa
bertanya.
Sir Frank Athelstane Swettenhem, bekas Residen British menyifatkan Dato’
Maharaja Lela sebagai seorang yang gagah dan berkedudukan tinggi. Dari segi kekananan,
Dato’ Maharaja Lela berada di tempat ketujuh daripada Sultan Abdullah Muhammad Shah II.
Tokoh ini dikatakan tidak pernah berenggang dengan pedang, menyebabkan sesiapa
sahaja menggeruni beliau, bak kata Hang Tuah ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Begitulah
jua semangat anak Melayu ini yang tidak sanggup melihat Tanah Melayu dikuasai penjajah.
Beliau begitu menonjol dalam sejarah Perak khususnya, Malaysia amnya kerana
beliau adalah salah seorang pembesar di negeri melayu khususnya di negeri Perak yang
melancarkan tentangan terhadap British di Perak. Dato’ Maharaja Lela merupakan
pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak bersama-sama dengan
pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja atau lebih dikenali
sebagai Dato' Sagor. Beliau mula menunjukkan tentangan terhadap British melalui tindakan
tidak hadir dalam Perjanjian Pangkor. Raja Muda Abdullah dan beberapa pembesar Perak
serta Gabenor Sir Andrew Clarke telah menandatangani Perjanjian Pangkor di atas Kapal
Api Pluto. Dalam Perjanjian ini, British mengiktiraf Raja Muda Abdullah sebagai sultan
Perak dan seorang Residen Inggeris dilantik bagi mewujudkan sistem kerajaan yang lebih
baik di negeri Perak. Sultan Abdullah berharap perjanjian ini bukan sahaja dapat mengiktiraf
kuasa beliau sebagai seorang sultan yang sah di Perak, tetapi baginda juga berharap ia
dapat meleraikan peperangan antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang berlarutan
selama 12 tahun.
Kehadiran Residen Inggeris James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch tidak
disenangi oleh bangsa Melayu. Melalui perlantikan Residen British di mana pembaharuan-
pembaharuan dilakukan oleh residen British itu, dan melalui pembaharuan antaranya ,
4
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
pembesar-pembesar Perak dilarang memungut cukai dan jika ada sesiapa yang memungut
cukai. Kegiatan itu disifatkan sebagai melawan British. Bukan itu sahaja, cuaki baharu turut
diperkenalkan dan mencampuri adat resam orang Melayu. Pembesar dan sultan Perak
sebenarnya terperangkap dengan perjanjian Pangkor, J.W.W. Birch bukan sahaja berkuasa
dalam memungut cukai dan hasil negeri, tetapi lebih menyedihkan sultan Abdullah terpaksa
melaksanakan apa sahaja nasihat dan arahan yang diberikan oleh residen British ini. Raja
Abdullah yang tidak berpuas hatiakan keadaan ini telah memohon peguam F.W. Duke untuk
memaklumkan kepada Gabenor untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Sementara itu,
Dato’ Maharaja Lela dan pembesar berbincang jalan terbaik untuk mengusir British dari
negeri Perak.
Kemuncak kebencian orang Melayu terhadap Residen British ialah apabila Residen
British, J.W.W. Birch menaikkan cukai di Pasir Salak sehingga membebankan orang ramai.
Setelah percubaan meracun dan menyihir J.W.W Birch gagal, Dato’ Maharaja Lela dan
pengikut-pengikutnya nekad untuk membunuh Residen British itu. Beliau merancang dan
membuat pakatan untuk membunuh James Wheeler Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen
British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat yang telah dilakukan sebanyak 7 kali
yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya yang
diadakan dari bulan Mac hingga Oktober 1875.
Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato’ Maharaja Lela, pada 30
Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh J.W.W Birch di
Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh J.W.W. Birch . telah
menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya
untuk membunuh Birch. J.W.W. Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan
perahunya. Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke
arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai
namun masih bernyawa. J.W.W. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta
pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan
parang panjangnya.
Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-
besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh
J.W.W Birch. British mengerah askarnya dari Pulau Pinang, Melaka dan Singapura,
Hongkong dan India untuk memburu Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya. Pantang maut
sebelum ajal, mereka tetap tetap memberi tentangan yang hebat walaupun terpaksa hidup
sebagai pelarian. Perjuangan mereka bukanlah kerana kehilangan kuasa dan punca
pendapatan, hakikatnya mereka tidak boleh menerima nilai Barat yang bercanggah dengan
nilai yang diamalkan oleh masyarakat tempatan.5
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Akhirnya, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri kepada British setelah mempercayai
kata-kata Maharaja Abu Bakar dari negeri Johor yang berjanji akan memberikan
perbicaraan yang dilakukan secara adil dan saksama. Setelah lapan hari perbicaraan di
Matang, Perak, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut, Panjang Bur, Ngah Jabor,
Kulup Ali dan Si Tuah telah didapati bersalah dan bersubahat membunuh J.W.W. Birch.
Pada asalnya, ketujuh-tujuh mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Namun,
British bimbang hukuman itu bakal menaikkan lagi semangat orang Melayu menentang
British. Maka, British memutuskan untuk menggantung Dato’ Maharaja Lela, Pandak Indut
dan Dato’ Sagor sahaja.
Manakala, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad
Amin dan Syahbandar Uda Mahamor, dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Mereka tidak
dijatuhkan hukuman mati kerana mereka adalah golongan pembesar dan mempunyai
pengaruh yang kuat di negeri Perak. Pengikut Dato’ Maharaja Lela pula terpaksa menjalani
hukuman penjara seumur hidup. Pengorbanan pahlawan Melayu Perak yang sanggup
menggadaikan nyawa demi mempertahankan tanah air membuktikan bahawa bangsa
Melayu bukanlah bangsa yang mudah diperalatkan oleh orang luar. Di mata penjajah,
mereka dilihat sebagai pesalah, namun mereka dianggap sebagai pejuang di hati rakyat.
Usaha untuk menghalau penjajah dari negeri Perak ternyata tidak kesampaian.
Namun, perlu kita mengambil perhatian bahawa tidak berlaku tentangan secara terbuka,
tetapi tentangan-tentangan berlaku. Hal ini terbukti pada tahun 1920-an dan 1930-an,
lahirnya suara-suara tidak puas hati terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu. Suara-
suara ini dilahirkan atau dinyatakan dalam akahbar-akhbar Melayu. Hal ini bermaksud apa
yang berlaku di negeri Perak telah memberi semangat atau inspirasi perjuangan kepada
pejuang-pjuang yang kemudiannya menentang British dan menuntut kemerdekaan sehingga
kita merdeka pada 31 Ogos 1957.
Kisah penentangan Dato’ Maharaja Lela bukanlah suatu yang sia-sia, kerana
generasi hari ini masih dapat merasai jasa dan pengorbanan mereka utuk mengecap nikmat
kemerdekaan suatu masa dahulu.. Sungguhpun usaha pejuang ini kecundang di tali
gantung, pengorbanan dan jasa beliau haruslah dikenang sampai bila-bila. Tragedy
berdarah di Pasir Salak adalah antara kisah perjuangan yang membuka mata penjajah
bahawa takkan Melayu hilang di dunia. Peranan Dato’ Maharaja Lela dalam
mempertahankan tanah air jelas membawa maksud tanggungjawab perjuangan tidak akan
padam sampai bila-bila.
6
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Kecenderungan kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara berlaku sekitar akhir abad ke-19
hingga pertengahan abad ke-20. Dengan kata lain, kedatangan kuasa Eropah ini dilakukan
bagi tujuan penjajahan dan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti Portugis, Belanda dan
British serta negara Eropah lain yang sedang bersaing menjadi kuasa besar. Oleh itu,
negara-negara ini giat berusaha meluaskan tanah jajahan mereka. Hal ini menyebabkan
bermulalah penjajahan mereka di sekitar Asia Tenggara.
Secara umumnya, perkataan penjajahan bermaksud perihal atau perbuatan
menjajah sesebuah negeri atau kawasan lain. Penjajahan sering berkait rapat dengan istilah
imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme ini bermaksud satu kecenderungan sesebuah
masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain
dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan. Sarjana tempatan seperti
Wan Abdul Rahman Latif (2001) memberikan maksud imperialisme sebagai suatu fahaman
atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan
penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain dengan menonjolkan keunggulan
bangsanya sendiri manakala Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka secara ringkas
mentakrifkan imperialisme sebagai dasar meluaskan sesebuah empayar dengan menjajah
negara lain. Definisi yang diberikan dilihat mempunyai persamaan makna dengan istilah
kolonialisme. Namun begitu, terdapat perbezaan dimana konsep imperialisme dibentuk di
negara asal kuasa penjajah dan kemudiannya dikembangkan ke negara jajahan. Ia juga
merupakan suatu kecenderungan sesebuah masyarakat atau pemerintahan untuk
mengawal masyarakat lain dalam pelbagai tujuan.
Faktor utama penjajahan kuasa-kuasa Eropah atau imperialisme ini dijalankan
adalah bagi mendapatkan tanah jajahan bagi membuktikan kekuasaan politik mereka
kepada negara lain. Negara atau kuasa yang mempunyai kawasan taklukan yang luas pada
ketika itu akan dipandang tinggi oleh kawan dan lawannya. Dasar imperialisme ini juga
berlaku adalah kerana negara-negara kuasa besar ingin menguasai ekonomi negara
jajahan. Penguasaan ekonomi ini amat diperlukan kerana berlakunya revolusi perindustrian
terutamanya di Eropah yang memerlukan sumber bahan mentah yang banyak. Selain itu,
negara-negara Eropah melakukan dasar imperialisme ini juga kerana mereka mengatakan
bahawa mereka bertanggungjawab mentamadunkan rakyat di Asia Tenggara yang dianggap
tidak bertamadun. Mereka menggunakan slogan ‘beban orang putih’ sebagai alasan
melakukan mentamadunkan negara jajahan melalui penjajahan.
Kolonialisme berasal dari kata kolonial (latin) yang membawa maksud tanah
permukiman/ jajahan. Ianya bermaksud dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi
sesuatu kawasan serta masyarakatnya yang dianggap lemah. Pengeksploitasian itu meliputi
berbagai sudut seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta politik atau secara 8
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
ringkasnya meliputi kesemua cara hidup masyarakat tersebut. Menurut G.H. Nadel dan L.P.
Curtis (1964), kolonialisme adalah suatu penindasan, penghinaan atau eksploitasi terhadap
penduduk peribumi oleh penjajah di tanah jajahan.
Bagi Tanah Melayu, penjajahan telah dilakukan ke atasnya oleh tiga kuasa besar
iaitu Portugis, Belanda dan British. Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku
pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk
mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya
adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta
memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang
yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’
Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510
untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de
Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya
mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de
Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan
alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya
untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan
akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
Bagi Belanda pula, mereka mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada
hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui
orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka
yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan
Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah
gagal. Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung
dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu
perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14
Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki
Melaka(1511-1641).
Bagi British pula, pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan Syarikat
Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . Lama kelamaan
syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan
dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari pengkalan
yang bebas dari serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau
Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah. Pada 6 Februari 1819,
9
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian
dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah
Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu .
Jelaslah di sini bahawa penjajahan sememangnya membawa banyak impak
terhadap kawasan yang telah dijajah termasuklah Tanah Melayu. Kesannya dapat
dikategorikan mengikut beberapa aspek iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial.
4.0 BANDING BEZA IMPAK PENJAJAHAN TERHADAP PERKEMBANGAN EKONOMI,
SOSIAL DAN POLITIK
4.1 PERSAMAAN IMPAK PENJAJAHAN OLEH PORTUGIS, BELANDA DAN BRITISH
4.1.1 EKONOMI
Terdapat beberapa persamaan dalam impak penjajahan yang dilakukan oleh Portugis,
Belanda dan British. Ini boleh dilihat dalam aspek ekonomi. Ketiga-tiga kuasa besar iaitu
Portugis, Belanda dan British sama-sama mengamalkan dasar memonopoli sumber
ekonomi utama kawasan yang dijajah. Hal ini dapat dilihat melalui penjajahan Portugis yang
telah menjajah Melaka. Disebabkan sumber ekonomi utama kerajaan Melaka ialah melalui
aktiviti perdagangan, Portugis telah mewajibkan kapal-kapal pedagang untuk membaya
cukai yang lebih tinggi berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 6 hingga 10 peratus. Selain
itu, mereka juga telah memonopoli barang dagangan utama seperti rempah-ratus.
Tambahan pula, mereka membeli barang dagangan dengan harga yang rendah yang
kemudiannya dijual dengan harga yang tinggi. Hal ini menyebabkan para pedagang tidak
lagi ingin berdagang di pelabuhan Melaka disebabkan cukai dan harga barang yang tinggi.
Semasa penjajahan Belanda pula, mereka turut melaksanakan dasar ekonomi yang
sama iaitu untuk memonopoli sumber ekonomi utama tanah jajahan. Mereka telah
menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1602 yang bertujuan untuk
menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu. Bukan itu sahaja, mereka turut
memonopoli hasil bijih timah di negeri-negeri Melayu. Hal ini kerana tujuan utama mereka
menjajah Tanah Melayu adalah untuk menguasai sumber bijih timah. Mereka juga telah
mengubah corak pentadbiran. Para pedagang hendaklah mempunyai pas untuk berdagang
di Tanah Melayu.
Hal yang sama turut berlaku semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Mereka
memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu seperti bijih timah dan getah dengan
menguasai negeri-negeri pengeluar utama seperti negeri Perak dan Selangor. Kesan
penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi
10
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza
namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama
yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah
telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu
berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan
peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang. Dapat dilihat di sini bahawa
mereka sanggup membawa masuk pekerja asing demi mengaut semua hasil bumi Tanah
Melayu untuk dibawa masuk ke negara asal mereka.
4.1.2 SOSIAL
Persamaan impak penjajahan yang kedua ialah dari segi sosial. Aspek sosial ini
boleh dilihat dari segi pembentukan struktur masyarakat. Kedatangan dan serangan
Portugis ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham, Sultan telah menahan
beberapa pedagang Portugis yang datang berdagang ke Melaka. Alfonso De Albuquerque
tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta Sultan Melaka
membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi. Keengganan baginda telah
menyebabkan Melaka diserang dengan 800 orang Portugis dan 600 orang India. Tentera
seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum pada
ketika itu. Tambahan lagi, penjajahan Portugis menyebabkan wujud masyarakat serani yang
berlaku akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Hal ini telah
menyebabkan rakyat di Tanah Melayu pada ketika itu berbilang bangsa dan agama.
Penjajahan British juga telah menyebabkan wujudnya masyarakat yang berbilang
bangsa di Tanah Melayu. Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan
Eropah terbentuk melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara
sukarela untuk menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu
yang berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra
dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan
masyarakat pluralistik pada zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan
secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat
tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah
berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang
Melayu.
Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh
penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas
kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada
imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk
11
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk
memenuhi keperluan ekonomi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka
hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun begitu,
kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan
sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang
harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini.
Selain itu, penjajahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga kuasa besar iaitu Portugis,
Belanda dan British telah memberi impak terhadap perkembangan infrastruktur di Tanah
Melayu. Semasa penjajahan Portugis, mereka telah membina sebuah kubu pertahanan
yang di namakan A Famosa. Ia merupakan kubu pertama yang dibina oleh orang Portugis
selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis
menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan
orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa",
atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Pembinaan kota A Famosa atas
arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk
Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik
sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Bukan itu sahaja, Portugis juga telah membina
Gereja St. Paul yang juga dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar
oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St.
Paul".
Belanda juga telah membina beberapa struktur binaan semasa menjajah Melaka.
Pada tahun 1650, Belanda telah membina bangunan Stadthuys yang dibina sebagai
penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran
Belanda di Melaka. Pada tahun 1710, Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia,
dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk
mengamalkan agama mereka. Pada taun 1753 pula, Gereja Christ, yang melambangkan
seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
Penjajah British juga tidak ketinggalan untuk membina beberapa infrastruktur
semasa menjajah Tanah Melayu. Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut
menyebabkan perkembangan infrastruktur dalam sistem pengangkutan dan perhubungan di
Tanah Melayu. Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke
pelabuhan untuk dieksport. Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di
Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi. Jalan
keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada tahun1918 dan tahun
1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.
Pada tahun 1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura. Pembinaan 12
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk
penanaman getah. Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah
selepas terdapatnya jalan keretapi. Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan
perjalanan malah dapat membawa muatan yangbanyak. Pembinaan jalan raya pula
menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah.
Pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya
bertambah. Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan infrastruktur dalam
sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan
udara. Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan
lebih cekap dan cepat.
4.1.3 POLITIK
Penjajahan yang dilakukan oleh Portugis, Belanda dan British turut memberi kesan terhadap
perkembangan politik di Tanah Melayu. Kesan yang paling ketara ialah terhapusnya Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultam Melaka telah
mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar
Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang
menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan.
Baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka
terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar
Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga
Puluh Dua. Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Setelah kedatangan penjajah sistem ini telah dihapuskan dan digantikan dengan sistem
pemerintahan yang lain.
4.2 PERBEZAAN IMPAK PENJAJAHAN OLEH PORTUGIS, BELANDA DAN BRITISH
4.2.1 EKONOMI
Penjajahan kuasa-kuasa besar iaitu Portugis, Belanda dan British mempunyai impak yang
berbeza dari sudut perkembangan ekonomi. Semasa zaman penjajahan Portugis dan
Belanda, sistem ekonomi yang dijalankan adalah bersifat sara diri. Ekonomi sara diri
bermaksud melakukan pelbagai kegiatan ekonomi secara kecil-kecilan untuk menyara diri
dan keluarga sahaja. Sekiranya ada lebihan, barulah dijual atau aktiviti pertukaran
mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dihasilkan sendiri boleh dijalankan.
Kegiatan terpenting ialah pertanian. Di samping itu, terdapat juga kegiatan perikanan,
berburu, penternakan, mengutip hasil hutan dan pertukangan. Di samping itu, penduduk
13
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti pertanian dagangan,
perlombongan dan perdagangan.
Apabila British datang untuk menjajah Tanah Melayu, barulah sistem itu berubah.
Menjadi sistem ekonomi komersial. Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil
secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi
yang berbeza antara satu sama lain. Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19 dan 20
terutamanya selepas kemasukan Inggeris. Hal ini kerana Inggeris lebih menumpukan
kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport seterusnya mendorong pelabur-pelabur
asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi.
Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik
lama iaitu mendulang yang agak merugikan. Melalui teknologi baru yang dibawa oleh
Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat
serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang
merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan
pembukaan bandar-bandar baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi.
Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih telah
membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi
diseimbangkan oleh kewujudan system pengangkutan darat.
4.2.2 SOSIAL
Penjajahan yang dilakukan oleh Portugis, Belanda dan British turut mempunyai perbezaan
dari aspek perkembangan sosial. Hal ini dapat dilihat melalui perkhidmatan kesihatan.
Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman
penjajahan British. Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk
bertambah dan tidak diurus dengan baik. Bekalan air bersih juga tidak mencukupi
menyebabkan penyakit mudah merebak.Untuk mengawal wabak penyakit British
menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala
Lumpur pada tahun 1898. Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut
dibina. 1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau. Di
Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching.
Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu. Ada juga
hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala
Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina. Institut
Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit. Institut ini
bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut
14
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
diambil.Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan
kesihatan bandar.Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.Pada tahun 1911, Sanitary
Board dipecahkan kepada dua bahagian. Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar
dijalankan oleh Sanitary Board. Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan
Kesihatan.
Berbeza pula pada penjajahan Portugis dan Belanda, di mana perkhidmatan
kesihatan tidak sediakan. Hal ini dibuktikan oleh jumlah kematian yang sangat tinggi akibat
penyakit malaria iaitu seramai 500 orang semasa zaman penjajahan mereka. Pihak
Belanda turut kehilangan seramai 1,500 tentera termasuk tiga orang nakhoda kerana
masalah kesihatan.
4.2.3 POLITIK
Penjajahan Portugis, Belanda dan British turut mempunyai perbezaan dari segi
perkembangan politik. Terdapat perbezaan dari segi sistem pentadbiran. Portugis lebih
senang mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Di bawah sistem ini
suku-suku kaum akan diletakkan di bawah seorang ketua kaum. Ketua ini bertindak sebagai
institusi polis untuk menjaga kekuasaannya. Perkataan "Kapitan" berasal dari bahasa
Sepanyol dan ada kemungkinan sistem itu digunakan di tanah jajahan Portugis lainnya.
Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan Portugis pada
14 Januari 1641. Belanda juga memerintah Melaka dengan menggunakan sistem
ketenteraan di samping meneruskan sistem ber'kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis
dahulu.
Berbeza bagi British, mereka mengamalkan sistem Residen. Pengenalan sistem
residen oleh kolonial memberikan kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat
tradisional tempatan. Kehadiran residen bertujuan untuk mengkoreksi minda mereka
mengikut kepakaran masing-masing dalam menjalankan dasar British. Setiap perkara pula
perlu mendapat persetujuan gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) dan Pejabat Tanah Jajahan
di London. Kita dapat menilai bahawa semua ini telah mengubah struktur sosioekonomi.
Perubahan ini adalah disebabkan penguasaan residen menafikan kuasa raja atau sultan
yang memerintah. Hal ini dibuktikan apabila J.W.W. Birch yang menjadi residen bertindak
sesuka hati memperkenalkan dasar-dasar British tanpa mempedulikan kuasa Sultan
Abdullah yang memerintah Perak ketika itu. Keadaan ini telah menyebabkan kuasa sultan
semakin luntur dan hanya sebagai boneka oleh British. Oleh itu, pengenalan sistem residen
merupakan kesan kolonialisme yang mengubah struktur sosioekonomi masyarakat
tradisional tempatan dari aspek kekuasaan sultan dan penguasaan ekonomi oleh British.
15
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Selain itu, penjajahan yang dilakukan oleh British telah menyebabkan munculnya
semangat kebangsaan yang terus berkembang dalam jiwa anak bangsa selagi mana ada
kuasa tertentu yang cuba menganggu gugat negara, agama dan bangsanya. Dalam konteks
penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ia telah memberikan sumbangan yang amat besar
kepada berkembangnya semangat nasionalisme penduduk di negara ini. Asal usul
bertumbuhnya semangat ini adalah disebabkan peranan penjajah yang telah membawa
masuk bangsa asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih
timah dan juga perkembangan sistem pendidikan yang telah menyedarkan bangsa Melayu
untuk bangun menentang kuasa asing yang begitu rakus menyelongkar hasil mahsul negara
ini. Paling awal adalah penentangan terhadap penjajahan British oleh beberapa individu
seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain
lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan
yang berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris.
Berbeza pula dengan penjajahan yang dilakukan oleh Portugis dan Belanda.
Penjajahan yang dilakukan tidak memberi kesan terhadap semangat kebangsaan rakyat
tempatan. Hal ini kerana, masih belum ramai lagi tokoh-tokoh yang berpendidikan Barat
mahupun Timur yang dapat membuka hijap mata masyarakat tempatan tentang penjajahan
kuasa asing di Tanah Melayu pada ketika itu.
5.0 PENUTUP
Penjajahan meninggalkan banyak kesan yang turut dirasai oleh semua etnik di Malaysia.
Salah satu di antaranya ialah sistem Residen yang dijalankan semasa penjajahan British
dan kesannya turut dirasai oleh semua kaum yang ada di Malaysia sehingga kini. Namun,
penjajahan ini telah banyak membuka mata banyak pihak bahawa betapa pentingnya
negara kita diperintah oleh bangsa kita sendiri. Kita juga hendaklah berusaha untuk
mengukuhkan hubungan etnik yang sedia agar perpaduan yang pada masa sekarang tidak
akan digugat oleh anasir-anasir luar yang berbahaya.
16
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
REFLEKSI
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
kuasa dan izin-Nya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu
Sehingga Awal Abad Ke-20 ini dengan jayanya. Melalui kerja kursus ini, pelbagai
pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.
Pada awalnya, tugasan yang Puan Afinah berikan ini agak sukar dan saya berasa
sangat tidak bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Ditambah lagi dengan mengkaji
teori-teori yang sebelum ini belum pernah saya temui semasa saya masih dalam Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Hal inilah yang menyebabkan saya agak malas
dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, saya harus sentiasa positif kerana jika saya
fikirkan saya boleh, saya pasti boleh untuk menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Jika
rakan-rakan saya boleh bersemangat dalam membanding beza impak penjajahan terhadap
perkembangan ekonomi, sosial dan politik, maka saya juga boleh memupuk semangat dan
suka kepadanya. Alhamdulillah juga kerana selepas pensyarah memberi penerangan dan
hasil perbincangan dengan rakan-rakan sekelas, saya dapat memahami konsep dan
tugasan kerja kursus kali ini. Walaupun agak sukar, namun jawapan bagi soalan-soalan ini
boleh dikupas dengan baik dengan menganalisis maklumat dan membuat kajian ilmu
dengan sistematik agar jawapan yang diberikan merupakan jawapan dan maklumat yang
betul.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mempelajari betapa pentingnya
masa untuk dimanfaatkan. Saya mempunyai kelemahan terbesar iaitu sikap sering
bertangguh untuk membuat sesuatu pekerjaan. Sesungguhnya benarlah kata hikmah
terdahulu yang mengatakan bahawa ‘masa itu emas’. Saya dapat lihat betapa berharganya
masa untuk diisi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menyempurnakan
tugasan yang diberikan tanpa bertangguh. Hal ini demikian kerana, sesuatu kerja yang
dilaksanakan secara bertangguh pasti akan menghasilkan sesuatu yang tidak memuaskan.
Seorang sahabat ada berpesan kepada saya iaitu sikap bertangguh merupakan sifat
syaitan. Kita sebagai seorang Muslim hendaklah menjauhkan diri kita daripada sifat
berkenaan agar hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT. Insya Allah, saya
akan mengubah sikap buruk saya ini sedikit demi sedikit dan terus istiqamah iaitu
berterusan agar mendapat redha Allah SWT.
Pada pendapat saya, tugasan kerja kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga
Awal Abad Ke-20 ini amat memberi faedah dan input kepada diri saya dan rakan-rakan. Hal
ini demikian kerana, saya akan mengajar subjek Sejarah di sekolah nanti. Oleh itu, saya
perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sejarah. Hal ini kerana guru yang baik ialah
17
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
guru yang mempersiapkan dirinya dengan pelbagai jenis ilmu. Oleh yang demikian, jika
bukan saya yang perlu belajar bersungguh-sungguh, maka siapa lagi? Dalam tugasan satu
dan dua, saya dapat menghayati susah payah pejuang tempatan untuk membebaskan
tanah air daripada dijajah kuasa asing. Selain itu, tugasan ketiga pula mengajar saya
bahawa semangat kebangsaan yang kuat perlu ada dalam diri setiap rakyat agar dapat
mengelakkan tanah air kita dengan mudahnya kita serahkan kepada kuasa asing.
Sesungguhnya kerja kursus ini telah menyedarkan diri saya bahawa betapa pentingnya
subjek ini untuk dipelajari dan dihayati.
Tugasan kerja kursus ini telah mengajar pelbagai perkara yang bermanfaat untuk diri
saya juga rakan-rakan. Saya telah bertekad untuk melakukan tugasan kerja kursus akan
datang dan seterusnya dengan tidak bertangguh lagi. Saya akan berusaha untuk mula
membuat kerja kursus sejurus selepas mendapat soft copy atau hard copy bagi soalan
tugasan tersebut sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya, saya tidak kelam kabut dan
terpaksa untuk tidak tidur pada waktu malam semata-mata untuk menyiapkan tugasan-
tugasan kerja kursus yang diberikan kerana due-date iaitu waktu untuk menghantar tugasan
semakin hampir. Tambahan lagi, saya juga akan lebih rajin untuk berkolaborasi dengan
pensyarah dan rakan-rakan agar mendapat lebih banyak ilmu baru yang bermanfaat.
Akhir kalam dari saya, saya berterima kasih kepada Allah kerana memberi keizinan-
Nya kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Kepada semua yang banyak membantu
saya dalam menyiapkan tugasan ini, sejambak mawar seharum kasturi saya berikan kerana
tanpa bantuan daripada semua pihak, tugasan saya tidak akan sesempurna ini. Tidak lupa
juga kepada sahabat-sahabat saya yang banyak memberi semangat kepada saya, seinfiniti
terima kasih untuk anda semua. Saya memohon maaf kepada semua yang terguris hati dan
perasaan semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.
18
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
BIBLIOGRAFI
Anis (2011). Perkembangan ekonomi kolonial 1874 – 1900. Daripada http://aspirasisejarahanakandazurkarnain.blogspot.my/2011/10/perkembangan-ekonomi-kolonial-1874-1900.html. Diakses pada 23 September 2015.
AsnarulKhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Auni Haji Abdullah(2005).Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Buyong Adil (1985). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 – 16. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Selangor : Macmillan Pub (M) Sdn Bhd.
Ctrohaida (2011). Kegemilangan Melaka. Daripada http://cgrohaida.blogspot.my/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html. Diakses pada 21 September 2015.
G.H Nadel & L.P. Curtis (1964). Imperialism and Colonialism. United Kingdom: Macmillan Ltd.
Hamidi, M. Y. (1961). Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Helmi Affendy (2014). Dato’ Maharaja Lela: Pejuang Melayu Menentang Penjajah. Daripada http://www.thepatriots.my/dato-maharaja-lela-pejuang-melayu-menentang-penjajah/. diakses pada 25 September 2015.
Joginder Singh Jessy.(1979). Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ku Seman Ku Hussain (2011). Nilai Perjuangan Datuk Maharaja Lela. Daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm. Diakses pada 26 September 2015.
Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia (2015). Melaka Di Bawah Portugis dan Belanda. Daripada http://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/melaka-di-bawah-portugis-dan-belanda. Diakses pada 20 September 2015.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2015). Penjajahan. Daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penjajahan. Diakses pada 20 September 2015.
Rahmah Abdul Rahman @ Hassan & Raja Norazlena Raja Bakhtiar Affendy. (2012). Penguasaan Inggeris di Tanah Melayu telah Mewujudkan Pelbagai Kesan. Bincangkan. Daripada http://saku30.tripod.com/sm17.htm. Diakses pada 20 September 2015.
Ruslan Zainuddin et.al (2005). Kenegeraan Malaysia. Kuala Lumpur : Oxford Fajar
19
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Siti Rosnah Ahmad (2002). Bunga Bangsa Dan Pahlawan Negara. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Wan Abdul Rahman Latif et.al. (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRANA) Tugasan 1: Pembentangan Tajuk: Perjuangan Dato’ Maharaja Lela dan Tok Janggut
20
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
B) Artikel mengenai peranan/sumbangan Dato’ Maharaja Lela
Nilai perjuangan Datuk MaharajalelaKu Seman Ku Hussain
33
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
BARU-baru ini sebuah akhbar melaporkan rumah peninggalan pahlawan Melayu yang
menentang British, Datuk Maharajalela di Perak terbiar dan menjadi sarang penagih dadah.
Datuk Maharajalela ialah tokoh dalam sejarah moden Melayu hingga mencatatkan
peristiwa besar pembunuhan Residen British, J.W.W Birch di Pasir Salak pada 2 November
1875. Pahlawan ini akhirnya ditangkap British dan dihukum mati. Kalau benar seperti yang
dilaporkan, kita semua ini bangsa jenis apakah namanya? Adakah kita ini bangsa yang
melupakan perjuangan orang terdahulu, lama sebelum timbul gerakan menuntut
kemerdekaan oleh golongan politik Melayu?
Perjuangan menuntut kemerdekaan bermula jauh lebih awal daripada laungan
“merdeka” Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Antara yang
menyumbang kepada laungan itu adalah Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Putum dan
banyak lagi.
Apabila rumah tradisional peninggalan Datuk Maharajalela terbiar, ini adalah sikap
bangsa kita yang sebenar terhadap orang yang berjasa. Kita menjadi bangsa yang tidak
tahu mengenang jasa.
Buktinya, perdebatan siapakah memperjuang merdeka hanya berlegar tahun 1940-
an hingga 1950-an sahaja. Tokoh sebesar Datuk Maharajalela pun kita boleh lupakan, apa
lagi tokoh yang lebih kecil atau berhaluan kiri kepada British.
Adakah ini kerana kita tidak menganggap British itu menjajah kita sebaliknya
menaungi kita? Lalu menentang British sama dengan menentang raja-raja Melayu ketika itu
yang menerima nasihat” British?
Kalau sejarah Datuk Maharajalela itu sangat lama, bangsa kita juga telah melupakan
pejuang-pejuang yang bergadai nyawa di Bukit Kepong tahun 1952. Buktinya selepas
tercetus kontroversi barulah Bukit Kepong dijejaki semula. Ramai pula yang menziarah
pusara pejuang itu yang sebelum ini tidak pernah dikunjungi dengan begitu meriah. Mujur
juga ada kontroversi, setidak-tidaknya bangsa kita boleh mengingati kembali satu episod
dalam siri perjuangan silam.
Ketika rumah peninggalan Datuk Maharajalela terbiar walaupun senibinanya sangat
unik, bangsa kita lebih berbangga memulihara peninggalan penjajah seperti di Melaka dan
Pulau Pinang. Lebih berbanggalah bangsa kita apabila badan antarabangsa seperti
UNESCO mengumumkan sebagai tapak warisan dunia.
Mujurlah ada penjajah yang merompak sekian banyak hasil bumi, dapatlah kita
berbangga” dengan pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO. Kita tidak sedikit pun
mempersoalkan kenapa tapak warisan dunia mempunyai kaitan dengan penjajah?
34
SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 SJHK3013
Barangkali kerana Datuk Maharajalela itu penentang British maka ini bukan sejarah besar
bangsa Melayu yang mesti diingati dan dibanggakan. Demikianlah nilai perjuangan seorang
pahlawan Melayu di mata bangsanya yang lebih British dari British
(Dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 26/09/2011)
35