ISDR malaysiaTerminology(tarun).cdr

Click here to load reader

  • date post

    31-Dec-2016
  • Category

    Documents

  • view

    220
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of ISDR malaysiaTerminology(tarun).cdr

  • 2009

    Istilah berkaitan

    Pengurangan Risiko Bencana

    Malaysia Bahasa Malaysia

  • Published by the Asian Disaster

    Reduction and Response Network

    (ADRRN) with the assistance of UNISDR

    Asia and the Pacific Office, Bangkok.

    Malay edition, 2010 The translation and adaptation of the

    terminology is developed by MERCY

    Malaysia, Malaysia.

    This publication may be freely quoted or

    reprinted, but acknowledgment of the

    source is requested.

  • 2009

    Istilah berkaitan

    Pengurangan Risiko Bencana

  • 01

    In 2009, the United Nations International Strategy for Disaster Reduction (UNISDR) developed a UNISDR Terminology on Disaster Risk Reduction. The book was the result of an ongoing review process by the UNISDR and consultations with a broad range of experts and practitioners at various international, regional and national levels. It was developed as part of the Hyogo Framework for Action (HFA) which requested the UNISDR to update and widely disseminate international standard terminology related to disaster risk reduction.

    This Disaster Risk Reduction Terminology Kit, developed by Asian Disaster Reduction and Response Network (ADRRN), builds on the 2009 UNISDR English version. It defines the terms by a single sentence with a comments paragraph underneath to provide additional context, qualification and explanation. The terminology includes words that are central to the contemporary understanding and evolving practice of disaster risk reduction. A number of emerging new concepts that are not in widespread use, but are of growing professional relevance are also incorporated.

    This kit goes on to simplify and localize the terminology as much as possible. Involving various members including communities, governments and academic institutions, ADRRN has translated the terminology into nine Asian languages. Each has been vetted by various members post translation to ensure maximum relevancy within the local setting.

    At the same time, simple illustrations have been added along with each term to make the terminology accessible to a larger audience.

    The kit is beneficial for practitioners on two fronts. First, it will aid the spread of disaster risk reduction knowledge at the local level. Second, it will help standardize definitions of key terms, making it easier to communicate and collaborate on disaster risk reduction activities across the Asian region.

    The efforts of the UNISDR Bangkok office and the ADRRN member organizations have been integral to this work. We are equally indebted to the critical support of the Government of Maldives and Government of Afghanistan without whom this publication would not have been possible.

  • 02

    Risiko boleh diterima

    Penyesuaian Bahaya biologi

    Kod Bangunan Kapasiti

    Pembangunan kapasiti

    Perubahan Iklim

    Perancangan kontingensi

    Kapasiti penerimaan

    Pengurusan pembetulan risiko bencana

    Kemudahan kemudahan kritikal

    Bencana Risiko bencana

    Pengurusan risiko bencana

    Pengurangan risiko bencana

    Rancangan Pengurangan risiko bencana

    Sistem amaran awal

    Perkhidmatan ekosistem

    Fenomena Pengayunan Selatan El Nio

    Pengurusan kecemasan

    Perkhidmatan kecemasan

    Penyahgredan alam sekitar

    Penilaian impak alam sekitar

    Pendedahan

    Risiko ekstensif* Ramalan

    Bahaya Geologi

    04

    04 05

    06 06

    07

    07

    09

    09

    10

    10

    11 12

    12

    13

    14

    14

    15

    16

    16

    17

    18

    18

    19

    19 20

    20

  • 03

    Gas rumah hijau

    Bahaya

    Bahaya Hidrometeorologi

    Risiko Intensif*

    Perancangan pengunaan tanah

    Pengurangan

    Platform nasional bagi pengurangan risikobencana

    Bahaya semula jadi

    Kesiapsiagaan Pencegahan

    Pengurusan Risiko Bencana Prospektif*

    Kesedaran Awam / Umum

    Pemulihan Sisa Risiko

    Ketahanan Respon

    Retrofiting (Penambahbaikkan struktursedia ada)

    Risiko

    Penilaian Risiko

    Pengurusan Risiko

    Pemindahan Risiko

    Bahaya sosio-alam*

    Langkah struktur dan bukan struktur

    Pembangunan Mampan

    Bahaya teknologi

    Kerentanan

    21

    21

    22

    23

    23

    24

    24

    25

    25 26

    27

    27

    28 29

    29 30

    30

    31

    31

    32

    33

    34

    35

    36

    36

    37

  • 04

    Risiko boleh diterima

    Ulasan: Mengikut Istilah kejuruteraan, risiko boleh diterima turut digunakan bagi menilai dan mendefinisikan langkah struktur dan bukan struktur yang diperlukan, bagi mengurangkan tahap kerosakan kepada manusia, harta, perkhidmatan dan sistem. Tahap kerosakan itu perlu dikurangkan ke tahap toleransi terpilih, menurut kod atau amalan diterima, yang berdasarkan kepada kemungkinan berlakunya bahaya dan faktor lain.

    Tahap potensi kerugian sebuah masyarakat dan komuniti, yang masih dapat diterima, bergantung kepada aspek sosial, ekonomi, politik, budaya, teknikal dan keadaan alam sekitar.

    Penyesuaian

    Ulasan: Definisi ini menangani kebimbangan perubahan iklim dan sumber diperoleh daripada sekretariat Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC). Konsep penyesuaian yang lebih luas turut melibatkan faktor bukan iklim seperti hakisan tanah atau penenggelaman permukaan. Penyesuaian boleh berlaku secara autonomi, sebagai contohnya, melalui perubahan pasaran, atau kesan dasar dan rancangan penyesuaian yang disengajakan. Banyak langkah pengurangan risiko bencana dapat menyumbang secara langsung kepada penyesuaian yang lebih baik.

    Keselarasan dalam sistem manusia atau semula jadi sebagai respons kepada rangsangan iklim yang dijangkakan berlaku atau benar-benar berlaku, atau kesannya. Penyesuaian ini menyederhanakan kerosakan atau mengeksploitasi peluang yang bermanfaat.

  • 05

    Bahaya biologi

    Ulasan: Contoh Bahaya biologi termasuk wabak penyakit epidemik, penularan wabak melalui tumbuhan atau haiwan, serangga atau wabak dan serangan jangkitan haiwan lain.

    Fenomena atau proses yang bermula secara organik atau wujud oleh vektor biologi, termasuk pendedahan terhadap mikroorganisma patogenik, toksin dan bahan aktif yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan, penyakit atau impak kesihatan lain, kerosakan harta, kehilangan punca pendapatan dan perkhidmatan, gangguan sosial dan ekonomi, atau kerosakan alam sekitar.

  • 06

    Kod Bangunan

    Ulasan: Kod bangunan boleh merangkumi kedua-dua piawaian teknikal dan fungsian. Ia harus merangkumi pengajaran daripada pengalaman antarabangsa dan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat. Rejim penguatkuasaan sistematik adalah keperluan sokongan kritikal bagi melaksanakan kod bangunan dengan berkesan.

    Set ordinan atau peraturan dan piawaian bersekutu yang diwujudkan bagi mengawal aspek reka bentuk, pembinaan, bahan-bahan, perubahan dan kependudukan struktur. Ini semua perlu bagi memastikan keselamatan dan kebajikan manusia, termasuk ketahanan struktur bagi mengelakkan bangunan.roboh dan rosak

    Kapasiti

    Ulasan: Kapasiti mungkin termasuk infrastruktur dan aspek fizikal, institusi, kemampuan masyarakat menghadapi keadaan tertentu, pengetahuan, kemahiran dan sifat kolektif manusia seperti hubungan sosial, kepimpinan dan pengurusan. Kapasiti juga dapat digambarkan sebagai kemampuan. Penilaian kapasiti adalah Istilah bagi proses menilai kapasiti kumpulan dalam mencapai target yang diingini, dan mengenal pasti jurang kapasiti bagi tindakan selanjutnya.

    Kombinasi pelbagai aspek kekuatan, sifat dan sumber yang ada dalam komuniti, masyarakat atau organisasi yang dapat digunakan bagi mencapai matlamat yang dipersetujui.

  • 07

    Pembangunan kapasiti

    Ulasan: Pembangunan kapasiti adalah konsep yang turut merangkumi semua aspek mencipta dan mengekalkan kemampanan perkembangan dari semasa ke semasa. Ia melibatkan proses pembelajaran dan pelbagai jenis latihan, termasuk keupayaan berterusan bagi mengembangkan institusi, kesedaran politik, sumber kewangan, sistem teknologi dan persekitaran budaya dan sosial yang lebih luas.

    Proses apabila individu, organisasi dan masyarakat merangsang dan mengembangkan kemampuan mereka secara sistematik, dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat sosial dan ekonomi, termasuk melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran, sistem dan agensi.

    Perubahan Iklim

    (a) Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) mendefinisikan perubahan iklim sebagai ''suatu perubahan iklim yang dapat dikenal pasti (contoh, dengan menggunakan ujian statistik) o l e h p e r u b a h a n k e a d a a n d a n / a t a u kebolehubahan ciri-cirinya, dan ia dapat bertahan untuk jangka masa panjang, biasanya berdekad atau lebih. Perubahan iklim mungkin disebabkan kejadian dalaman semula jadi atau faktor luaran paksaan, atau perubahan antropogenik yang terus-menerus berlaku di atmosfera atau daripada penggunaan tanah.

    (b) Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) mendefinisikan perubahan iklim sebagai

  • 08

    ''perubahan iklim yang berlaku secara langsung atau tidak langsung daripada aktiviti manusia, yang mengakibatkan perubahan komposisi atmosfera global. Ia adalah salah satu faktor pembolehubah iklim semulajadi yang sering diperhatikan, di sepanjang tempoh masa tertentu.'

    Ulasan: Bagi tujuan pengurangan risiko, kedua-dua definisi ini adalah sesuai, namun ia bergantung kepada konteks tertentu. Definasi UNFCCC lebih terhad kerana ia mengecualikan faktor perubahan iklim yang disebabkan oleh kejadian semula jadi.