ips tanam orkid
-
Upload
haryati-sulaiman -
Category
Documents
-
view
245 -
download
0
Transcript of ips tanam orkid
-
7/31/2019 ips tanam orkid
1/6
ips tanam orkid
Susunan ZALEHA UJANG
Taman Pertanian Universiti
Kehebatan orkid mendominasi 1/7 daripadatumbuhan berbunga di seluruh alam dan terdapat
ribuan pelbagai orkid yang boleh dibiakkan.
Di Malaysia terdapat lebih kurang 100 genus
orkid, atau dikenali dengan istilah botaninya
Orchidaceae.
Antara yang paling digemari oleh peminat orkid
ialah Oncidium, Phalaenopsis, Dendrobium,Cattleya, Arachnis, Vanda, Rananthera,
Aeridovanda, Aeridanchis, Aranda,
Arachnopsis, Burkillara, Christieara dan
Doritaenopsis.
Kaedah pertumbuhan orkid
Terdapat dua kaedah bagi pertumbuhan orkid iaitu secara monopodial dan simpodial.
Simpodial merujuk kepada cara pertumbuhan melalui rizom atau bebawang, tiada batang utama.
Bebawang adalah bersegmen (beruas-ruas) dan sebahagiannya pendek tanpa ruas.
Setelah bebawang ini matang ia akan mengeluarkan pucuk-pucuk baharu.
Bunga akan keluar di penghujung pucuknya (kecuali bagiDendrobrium sp. Bunga akan keluar di
sisi batangnya).
Bebawang yang telah mencapai peringkat tua akan mengeluarkan tunas baharu sebelum
mengecut dan mati.
Bagi tujuan untuk mendapatkan benih bebawang ini boleh dibiakkan.
Contoh orkid simpodial ialah Dendrobium, Oncidium, Cymbidium dan Cattleya.
Monopodial pula merujuk kepada kaedah pertumbuhan dengan hanya satu batang sahaja yangtumbuh secara menegak, tidak bercabang dan tunas baharu akan keluar apabila batang ini
dipotong .
Salah satu kaedah penjagaan Cattleya iaitu meletakkan tanaman di atas
medium tanaman.
-
7/31/2019 ips tanam orkid
2/6
Contoh orkid monopodial ialah seperti Vanda sp., Arachnis sp., Renanthera sp., Phalaenopsis sp.,
dan Aranthera sp.
Kaedah Pembiakan Orkid
Orkid boleh dibiakkan melalui bebawangnya bagi orkid jenis simpodial dan melalui keratan bagiorkid jenis monopodial.
Bagi pembiakan dengan menggunakan biji benih, tahap kematangan adalah agak perlahan
dengan mengambil masa selama satu sehingga tiga tahun untuk mencapai peringkat matang.
Bagi pembiakan dengan menggunakan keratan pula tahap matang dapat dicapai dengan lebihcepat iaitu seawal empat bulan sehingga 12 bulan.
Bagi pembiakan secara keratan bagi orkid monopodial, potong batang orkid tersebut dan ditanam
pada tanah yang mempunyai tahap kelembapan yang rendah.
Akar udara akan keluar melalui batang tersebut. Berbunga pada bahagian batang di antara dua
ketiak daun.
Kaedah lain yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat dan pengusaha orkid ialahkaedah pembiakan secara kultur tisu.
Habitat orkid
Habitat orkid boleh dibezakan melalui empat habitat yang berbeza iaitu epifit, terrestrial, litofit
dan saprofit.
Epifit
Merujuk kepada orkid yang hidup dengan cara menumpang mana-mana bahagian pokok lain
tanpa mengambil nutrien perumahnya. Contoh orkid jenis ini ialah Catteleya, Dendrobrium,
Oncidium dan phaleonopsis.
Terrestrial
Merujuk kepada cara orkid yang hidup dan membesar secara terus di atas tanah. Contoh orkid
jenis ini ialah Aranthera, Rananthera, Arachnis dan Vanda.
Litofit
Tumbuh di atas batu-batan. Contoh orkid jenis ini ialah Dendrobrium dan Phaleonopsis.
Saprofit
-
7/31/2019 ips tanam orkid
3/6
Humus dan bahan organik sebagai media pertumbuhan. Contoh orkid jenis ini ialah Caranthe dan
Goodyera sp.
Keperluan Pertumbuhan
Umumnya orkid memerlukan persekitaran yang panas pada siang hari dan keadaan yang sejukpada malam hari.
Keperluan air pula adalah bergantung kepada jenis media yang digunakan yang kebiasaannya
disesuaikan dengan sifat pertumbuhan orkid yang ditanam, keadaan persekitaran yang berkaitrapat dengan suhu dan peringkat pertumbuhan iaitu usia orkid tersebut.
Kaedah Penanaman Orkid
Langkah pertama yang harus dilakukan bagi penanaman orkid ialah mengenalpasti jenis orkid
yang dipilih, kemudian mengenalpasti keperluan orkid tersebut.
Kita harus memahami secara terperinci segala keperluan bagi menjamin pertumbuhan yang baik
dan seterusnya memantapkan kemandirian orkid tersebut bagi penghasilan bunga yangberkualiti.
Perkara-perkara yang harus diambil perhatian ialah pemilihan media yang bersesuaian, keperluan
persekitaran orkid tersebut dan cara-cara menjaganya.
Pemilihan Media
Secara umumnya media yang dipilih harus mempunyai ciri-ciri seperti daya pegangan air yang
baik bagi membekalkan kelembapan yang optimum.
Pada masa yang sama juga boleh memegang baja yang dibekalkan, boleh menyediakanpengudaraan yang baik dan bersesuaian dengan keadaan persekitaran di mana orkid itu akan
ditempatkan.
Nisbah campuran media juga penting bagi menjamin pertumbuhan yang baik.
Contoh-contoh media yang biasa digunakan ialah arang, batu-bata, habuk kayu, spaghnum moss,
tunggul kayu, sabut kelapa, akar paku pakis, tempurung kelapa dan tanah campuran.
Ada juga orkid yang tidak memerlukan media untuk hidup di mana boleh digantung sahaja,seperti Vanda. Bagi kaedah ini penyiraman yang kerap diperlukan.
Arang
Sesuai untuk orkid yang memanjat dan bersifat epifit. Dipercayai boleh mengikat bahan-bahantoksin yang terhasil dari bahan organik dan juga bagi tujuan sokongan akar dan pengudaraan.
-
7/31/2019 ips tanam orkid
4/6
Arang dipecah-pecahkan terlebih dahulu kepada tiga saiz iaitu besar, sederhana dan kecil dan
kebiasaannya digabungkan bersama pecahan batu bata dengan kadar 1:1.
Rendamkan arang dengan air biasa dan biarkan semalaman.
Rendaman ini bertujuan untuk membuang kandungan garam dan bahan kotoran yang terdapatpada arang tersebut semasa arang diproses.
Seterusnya bilas dengan air biasa. Boleh juga direndam dengan air baja untuk menggalakkan
pertumbuhan.
Susunkan pecahan arang tadi dengan pecahan bersaiz besar pada dasar pasu, kemudian diikutidengan saiz sederhana dan saiz kecil pada bahagian atas.
Susunan ini bertujuan untuk kelancaran pengakaran dan pengudaraan. Jika susunan terlalu padat
pokok akan bantut.
Batu-bata
Langkah-langkah penggunaan batu bata adalah sama seperti penggunaan arang. Perbezaannya
adalah batu-bata direndam dengan racun kulat terlebih dahulu untuk mengelakkan jangkitankulat pada akar orkid.
Sabut kelapa
Penggunaan sabut kelapa sesuai untuk orkid bersaiz kecil. Digunakan kerana daya pegangan air
yang tinggi, namun harus dikawal kelembapannya kerana boleh menyebabkan jangkitan kulat.
Boleh juga digunakan secara gabungan dengan arang dan batu-bata.
Habuk kayu
Biasanya digunakan sebagai media pasuan dan juga cara penanaman dengan menggunakan batas.
Serbuk kayu ini juga harus dirawat dengan menggunakan racun kulat sebagaimana arang danbatu bata.
Spaghnum moss
Adalah sejenis lumut yang telah diproses. Boleh menyimpan air dalam masa yang lama. Sesuai
Bagi orkid jenis yang tidak berbawang (monopodial) dengan untuk pengekalan kelembapan yanglebih lama. Digunakan sebagai media sokongan untuk orkid yang ditanam pada potongan kayu.
Boleh juga digunakan sepenuhnya sebagai media pasuan tanpa gabungan dengan arang dan batu-
bata contohnya bagi genus Phaleonopsis.
Tunggul kayu
-
7/31/2019 ips tanam orkid
5/6
Sesuai digunakan untuk penanaman orkid secara gantung. Pilih kayu yang tidak terlalu reput dan
pastikan kayu tersebut bebas perosak seperti kulat dan anai - anai. Pelbagai olahan kreatif bolehdihasilkan dengan menggunakan tunggul kayu. Gunakan spaghnum moss sebagai media
sokongan dan membantu mengekalkan kelembapan kerana tunggul kayu akan kering dalam
masa yang singkat.
Akar paku pakis
Akar paku pakis mempunyai kebolehan untuk menyimpan air dengan lebih lama berbanding
tunggul kayu. Oleh itu kadar penyiraman boleh dikurangkan. Gunakan spaghnum moss sebagai
media sokongan.
Tanah campuran
Bagi menyediakan tanah campuran penting bagi kita untuk mengetahui apakah nisbah yang
sesuai, bahan apakah yang harus digunakan, adakah media tersebut dimampatkan atau tidak.
Pemilihan ciri-ciri ini ditentukan oleh sifat pertumbuhan orkid tersebut. Antara contoh campuranyang biasa digunakan ialah kompos, perlite atau kerikil dan sekam padi dengan nisbah 1:1:1.
Dendrobium
Keperluan Persekitaran Orkid
Pencahayaan dan suhu adalah dua faktor utama yang memainkan peranan yang amat penting didalam menjamin pertumbuhan yang baik bagi tanaman orkid.
Penghasilan bunga juga bergantung kepada keperluan suhu persekitaran, pencahayaan dan
jangkamasa. Orkid seperti Phaleonopsis, Dendrobium, Cattleya dan Oncidium akan berbungadengan baik sekiranya ditempatkan di kawasan yang redup.
Berlainan pula bagi orkid jenis Vanda, Ranthera, Mokara dan Aranda yang akan berbunga
dengan baik apabila didedahkan dengan cahaya matahari secara berterusan pada peringkat
matang.
Bagi kawasan tropika, keperluan cahaya tidak menjadi masalah yang ketara. Orkid memerlukan
cahaya sekurang-kurangnya 10 jam sehari sehingga 14 jam sehari.
Cara terbaik untuk memberikan cahaya kepada orkid adalah dengan mewujudkan keadaan yang
sama sebagaimana habitat asalnya iaitu hutan rimba.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengawal kadar pencahayaan bagi orkid.
Penggunaan rumah teduhan amat digemari oleh para peminat tegar orkid.
-
7/31/2019 ips tanam orkid
6/6
Rumah teduhan ini menggunakan net atau jaring hitam yang mempunyai ketelusan cahaya pada
kadar 50 peratus. Teduhan juga boleh diwujudkan dengan cara menempatkan orkid di bawahpokok-pokok yang bertindak sebagai naungan.
Cara ini sekali gus mampu menghasilkan dekorasi laman gabungan bersama orkid dan tanaman
landskap yang lain.