intonasi p.point

10

Transcript of intonasi p.point

Page 1: intonasi p.point
Page 2: intonasi p.point

Intonasi ialah pola turun naik kelangsingan atau melodi dalam ujaran (Kamus Linguistik 1997). Intonasi ialah nada suara yang turun naik/tinggi rendah apabila bercakap dan berdasarkan jenis/bentuk ayat BM, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat songsang, ayat pasif.

Page 3: intonasi p.point

3. 3. Intonasi dalam ayat: Intonasi ialah nada turun naik suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara kita jarang mendatar tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya meninggi dan rendah. Satu ciri utama pertututran manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi sewaktu bercakap. Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam beberapa bahasa yang kita ketahui misalnya bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal demikian tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu.

Page 4: intonasi p.point

Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan.

Page 5: intonasi p.point

PERANAN INTONASI•Indirawati & Mardian (2006)mengatakan bahawa terdapat tiga peranan intonasi dalam ujaran iaitu:i) linguistik –organisasi maklumat ujaran, dgn menandai perenggan, ayat, frasa/rangkai kata, menjelaskan maklumat dlm domain spt penyata, pertanyaan dan sebagainya, serta memberikan fokus konstituen tertentu dlm domain ii) paralinguistik – merujuk emosi atau sikap penutur. Termasuk bahasa badan spt mimik muka, pergerakan badan, serta kualiti dan kualifier suara. Berfungsi menjelaskan maklumat yg dirujuk. Misalnya, aksi tangan yg dirapatkan ke telinga seorang rakan, bermaksud ada rahsia besar yg hendak diberitahu .

Page 6: intonasi p.point

•Iii.

iii) Ekstralinguistik – merujuk kesan gender, umur, latar belakang dlm pertuturan. Misalnya, melalui prosodi, akan dikesan unsur aksen. Wujudnya ciri-ciri aksen (fitur fonologi  seperti nada tinggi suara) , orang yg mendengar sesuatu perbualan dalam telefon dapat menjangkakan siapa yang dilawan bercakap, walaupun tidak dikenal wajahnya perbualan telefon, penutur dan pendengar mendapat isyarat sama ada menarik minat  orang yg dilawan bercakap, atau mahu meneruskan atau menamatkan perbualan.

Page 7: intonasi p.point

Disamping itu,intonasi juga mempunyai fungsi lain seperti:Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.

Page 8: intonasi p.point

Fungsi psikologis: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan..Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

Page 9: intonasi p.point

nnk

Selain itu, ada beberapa fungsi lain dalam intonasi.Antaranya ialah:Fungsi emosi-pelbagai makna sikap seperti gembira, bosan, marah, terkejut, takut Fungsi gramatis-menandakan kontras dari segi nahu terhadap sesuatu ujaran sama ada klausa atau ayat berupa pertanyaan, penyataan, positif/negatif. Fungsi strukur informasi –menandakan sesuatu yang baru berbanding dimaklumi dalam makna sesuatu ujaran iaitu menekankan kata yang membawa makna tersebut

Page 10: intonasi p.point