Intonasi Ayat Bm

13
Sia Pong Won Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak

description

penjelasan ringkas intonasi bm - satu catatan ringkas

Transcript of Intonasi Ayat Bm

Page 1: Intonasi Ayat Bm

Sia Pong WonJabatan Pengajian MelayuInstitut Pendidikan Guru Kampus Sarawak

Page 2: Intonasi Ayat Bm

Intonasi ialah pola turun naik kelangsingan atau melodi dalam ujaran (Kamus Linguistik 1997).

Page 3: Intonasi Ayat Bm

Intonasi ialah nada suara yang turun naik/tinggi rendah apabila bercakap dan berdasarkan jenis/bentuk ayat BM, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat songsang, ayat pasif.

Page 4: Intonasi Ayat Bm

Intonasi dalam ayat:

Intonasi ialah nada turun naik suara yang wujud apabila kita bercakap.

Dalam percakapan seharian, nada suara kita jarang mendatar tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya meninggi dan rendah.

Satu ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi sewaktu bercakap.

Page 5: Intonasi Ayat Bm

Intonasi dalam ayat:

Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu, oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat.

Dalam beberapa bahasa yang kita ketahui misalnya bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dan predikat ditandai dengan kata kerja pada predikat. Hal demikian tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu.

Page 6: Intonasi Ayat Bm

Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.

Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

Page 7: Intonasi Ayat Bm

Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4.

Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan.

Page 8: Intonasi Ayat Bm

PERANAN INTONASI•Indirawati & Mardian (2006) mengatakan bahawa terdapat tiga peranan intonasi dalam ujaran iaitu:

• Linguistik

• organisasi maklumat ujaran, dengan menandai perenggan, ayat, frasa/rangkai kata, menjelaskan maklumat dalam domain seperti penyata, pertanyaan dan sebagainya, serta memberikan fokus konstituen tertentu dlm domain

Page 9: Intonasi Ayat Bm

PERANAN INTONASI• Indirawati & Mardian (2006)mengatakan bahawa

terdapat tiga peranan intonasi dalam ujaran iaitu:• Paralinguistik

• merujuk emosi atau sikap penutur, termasuk bahasa badan seperti mimik muka, pergerakan badan, serta kualiti dan qualifier [kualifier ] suara. Berfungsi menjelaskan maklumat yang dirujuk. Misalnya, aksi tangan yang dirapatkan ke telinga seorang rakan, bermaksud ada rahsia besar yang hendak diberitahu .

Page 10: Intonasi Ayat Bm

PERANAN INTONASI• Indirawati & Mardian (2006)mengatakan bahawa

terdapat tiga peranan intonasi dalam ujaran iaitu:

• Ekstralinguistik

• kesan gender, umur, latar belakang dalam pertuturan. Misalnya, melalui prosodi, akan dikesan unsur aksen. Wujudnya ciri-ciri aksen (fitur fonologi  seperti nada tinggi suara) , orang yang mendengar sesuatu perbualan dalam telefon dapat menjangkakan siapa yang dilawan bercakap, walaupun tidak dikenal wajahnya perbualan telefon, penutur dan pendengar mendapat isyarat sama ada menarik minat  orang yang dilawan bercakap, atau mahu meneruskan atau menamatkan perbualan.

Page 11: Intonasi Ayat Bm

•Iii.

Fungsi emosional:

Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

Fungsi gramatis:

Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.

FUNGSI INTONASI

Page 12: Intonasi Ayat Bm

•Iii.

Fungsi struktur informasi:

Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.

Fungsi psikologis:

Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan..

FUNGSI INTONASI

Page 13: Intonasi Ayat Bm

•Iii.

Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu

membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

Fungsi tekstual:

Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

FUNGSI INTONASI