Internet
-
Upload
kalai-vani -
Category
Documents
-
view
250 -
download
0
Transcript of Internet
5.1 PENDAHULUAN
Penggunaan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang menyemarakkan penyebaran ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat
mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai
maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan kawalan.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan
rasa takut bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengekang kebebasan
bersuara penduduk mereka.
Penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang
ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting
dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media
ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan
pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malahan kebanyakan negara mempunyai peruntukan
undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.
5.2 DEFINISI
Penyalahgunaan internet biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti jenayah yang berkaitan dengan
teknologi dan komputer menerusi internet. Namun begitu, definisi penyalahgunaan internet sebenarnya
mempunyai takrifan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kita boleh mendapatkan definisi
penyalahgunaan internet melalui pelbagai sumber dan maklumat yang sentiasa berubah dan selari
dengan perkembangan dan evolusi IT.
Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER), Leftenan
(Lt.) Kolonel Husin Jazri menyatakan bahawa buat masa ini tidak ada satu definisi ancaman keganasan
atau penyalahgunaan yang sesuai dan diterima pakai oleh semua. Beliau berkata, adalah lebih baik kita
gunakan istilah ``ancaman siber'' dan tidak ``ancaman keganasan siber'' kerana ancaman siber walaupun
tidak semestinya ganas, mampu membawa implikasi yang buruk secara global dalam masa yang amat
singkat. (Utusan Malaysia, Februari 2004)
Takrifan lain mengenai penyalahgunaan internet boleh didapati melalui laman web
(www.techterms.org/definition/internetabuse) iaitu penyalahgunaan internet ditakrifkan sebagai ³criminal
activity done using computers and the Internet. This includes anything from
downloading illegal music files to stealing millions of dollars from online bank accounts. Cybercrime also
includes non-monetary offenses, such as creating and distributing viruses on other computers or posting
confidential business information on the internet´.
Terdapat berbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masa kini. Diantara jenis-jenis
jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna internet ialah:
a. Cetak rompak
b. Judi siber
c. Pornografi
d. Penyalahgunaan laman sosial
Oleh itu berdasarkan beberapa definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa
jenayah siber ialah sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui teknologi internet. Maka melalui
kajian ini, dapat dilihat jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja- remaja khususnya
mahasiswa supaya semua pihak dapat membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk membendungnya.
5.5 KESIMPULAN KAJIAN
Penyebaran ilmu dan maklumat semakin rancak dengan adanya internet sebagai alat
komunikasi. Oleh kerana tiada pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat dalam dunia siber,
berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea,
ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan
kawalan.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini membolehkan
remaja umumnya dan mahasiswa khasnya menggunakan teknologi ini tanpa mengambil kira akibat
perbuatan mereka. Hal ini dapat dibendung sekiranya ada pihak yang dapat membantu mereka untuk
menggunakan kemudahan bukan dengan sewenang-wenangnya.
Seperti yang diketahui, penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat-
alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan
peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.
Namun, bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif
seperti internet. Ini membolehkan penyebaran maklumat dilakukan secara tanpa batasan dan pelbagai
konflik boleh terjadi selepas itu. Walaubagaimanapun, hal ini dapat dibendung sekiranya pengguna
terutama mahasiswa mempunyai jati diri yang kukuh dan mengelakkan diri sendiri dari melakukan
penyalahgunaan.
Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat ketara
kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan
pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang cenderung untuk
menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, masyarakat
sudah pastinya tidak mahu melihat adanya mahasiswa yang melakukan penyalahgunaan internet. Bak
kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
.0 PENUTUP
Penyalahgunaan internet sememangnya mewujudkan pelbagai permasalahan terhadap Universiti
Kebangsaan Malaysia.Reputasi dan nama universiti akan tercalar disebabkan perlakuan yang tidak patut
oleh mahasiswa.Oleh yang demikian, melalui kajian ini diharap telah memberi sedikit gambaran kepada
mahasiswa dan universiti tentang betapa penyalahgunaan internet dan mengapa perlunya
penyalahgunaan internet diatasi dalam kalangan mahasiswa.
Selain itu juga, usaha membanteras perlu diteruskan di samping satu program jangka panjang perlu
difikirkan dari sekarang agar suasana akan lebih baik dari hari ke hari.Jenayah siber akan sentiasa
mengheret bersamanya banyak lagi jenayah-jenayah yang lain. Masalah pengunaan internet tidak datang
bersendirian sebaliknya datang dengan seribu masalah yang lain dari pelbagai aspek.
Penyelidik amat berharap pihak Universiti Kebangsaan Malaysia tidak berputus asa untuk menyelesaikan
masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan mahasiswa.Kepada Allah penyelidik serahkan segala
usaha menyelesaikan masalah ini.