PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep...

51
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH MODUL PEMBELAJARAN EDUP2033 PEDAGOGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2200, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR D.E.

Transcript of PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep...

Page 1: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH

MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2033

PEDAGOGI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAARAS 1-3, BLOK 2200, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA,SELANGOR D.E.

Effective from March 2016(March 2016 Edition)

Page 2: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

November 2015Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

1

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

November 2015Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2

Page 4: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

PENGENALAN

Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan dan mentaksir pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Kandungan kursus meliputi konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran; model-model pengajaran; pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran; kemahiran-kemahiran asas pengajaran mikro; pengurusan bilik darjah, komunikasi dan interaksi yang berkesan; pentaksiran sekolah rendah; pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir kursus ini pelajar dapat:1. Menjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan

pembelajaran. (C2, LO1)2. Menganalisis teori-teori pembelajaran melalui pelbagai sumber yang relevan. (C4,

LO3, LO6)3. Memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan

pelajar berdasarkan model pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. (C5, LO3)

4. Melaksanakan pengajaran mikro berdasarkan prinsip kemahiran asas dalam pengajaran. (C6, A4, LO3, LO4)

5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini dan yang relevan budaya. (C6, LO3)

3

Page 5: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

AGIHAN TAJUK

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini.

TopikKandungan

Jam InteraksiBersemuka

JamModul

JumMasa

K T A

1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pengertian Pengajaran dan

pembelajaran Prinsip-prinsip pengajaran dan

pembelajaran

1 1

2 Proses Pembelajaran

Kesediaan Belajar Pengamatan Penanggapan Ingatan Lupaan Pemindahan Pembelajaran

3 1 4

3 Teori-Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Behaviouris Teori Pembelajaran Kognitif dan

Kontruktivis Teori Humanistik Implikasi teori-teori terhadap

pengajaran dan pembelajaran

3 2 5

4 Model-Model Pengajaran Model Pemprosesan Maklumat Model Behavioural Model Sosial Model Personal Implikasi model-model pengajaran

dan

3 2 2 7

5 Konsep pedagogi, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

Konsep pedagogi Pendekatan pengajaran Strategi pengajaran Kaedah dan teknik pengajaran

1 1 5 7

6 Pengajaran Mikro dan Penulisan Refleksi

3 1 6 10

4

Page 6: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Konsep dan kepentingan pengajaran makro

Perancangan dan penulisan RPH Kemahiran asas pengajaran mikro Pelaksanaan pengajaran mikro Penulisan refleksi dan

penambahbaikan pengajaran

7 Pedagogi Masa Kini Kerangka kemahiran pedagogi Ciri-ciri pedagogi masa kini Implikasi pedagogi masa kini

dalam pengajaran dan pembelajaran

2 1 3 6

8 Pedagogi Relevan Budaya Konsep dan Definisi Pedagogi

Relevan Budaya Elemen-Elemen dalam Pedagogi

Relevan Budaya Usaha Memupuk Hubungan Etnik

antara Masyarakat Malaysia

2 1 3 6

Jumlah 18 9 18 45

5

Page 7: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda

agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk

belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak

biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang

kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan

masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran

anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika

anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara

begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila

diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia

bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian

Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod

Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod

sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri.

SUSUNAN TAJUK MODUL

6

Page 8: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung

kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda

telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di

antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai

cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti

rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan

tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika

terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada

sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan

masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan

dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga

perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda

untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran

anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan

membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran

pembelajaran anda.

7

Page 9: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti

maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan

yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

8

Page 10: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Tajuk 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta

prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran

dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan

guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

1.2 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

2. Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne

3. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

1.4 Kandungan

9

Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Asas Prinsip-Prinsip

Pengajaran dan

Pembelajaran (Ewell)

Definisi Pengajaran &

Pembelajaran

Situasi mendesak

Maklum balas berterusan

Suasana yang menyeronokkan

Penglibatan aktif

Perkaitan dan corak

Pembelajaran informal

Page 11: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

1.4.1 Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan

untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan

dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai

satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran merupakan

suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan

pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-

aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.

Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat

menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja

berkongsi pengetahuan

membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang

menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya

menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional

menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai

(Noriati, Boon & Sharifah, 2012)

Definisi –definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain:

Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan “ classroom talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti dilaksanakan ( Amidon & Hunter, 1964 )

Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, 1926)

Pengertian pembelajaran

Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah

laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman

berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak

dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan

atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower

& Hilgard, 1981)

10

Page 12: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang

individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan

semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.

Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:

Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku.

Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan.

Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh itu, anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.

Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan “Adakah pembelajaran itu kekal?”

1.4.2 Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell

Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana

pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk

belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan,

belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan

pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Perbincangan seterusnya akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang

dikemukakan oleh Ewell(1997). Beliau telah membentuk satu model yang

menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan

pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam

bilik darjah.

Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell adalahterdiri daripada yang berikut:

11

Page 13: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

(a) Penglibatan Aktif

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam

pengajaran guru. Pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara

langsung tetapi pelajar harus boleh mereka dan membina pengetahuan.

Mengikut Ewell(1997,ms.6), ”the learner is not a ’receptacle’ of knowledge, but

rather creates his or her learning activity actively and uniquely”. Cara

pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu

kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan

pembelajaran akandapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja

perlu bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer,

2004).

Pelajar bukan sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu

diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat

selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini,

pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan,

memberi pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan

menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baharu.

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada:

Perbincangan dalam kumpulan kecil Adakan diskusi atau forum secara online Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-share dan pembelajaran jigsaw Latihan bertulis sepertione minute paper untuk pelajar meninjau dan

membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

(b) Perkaitan dan Corak

Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan

perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran.

Proses kognitif iniinvolves actively creating linkages among concepts, skill

elements, people, and experiences (Ewell, 1997). Pelajar dapat mengadaptasi

terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengkait,

mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah

dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila diberi tugasan, pelajar

12

Page 14: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

mendekatinyadengan membanding beza, menyusun dan memilih daripada apa

yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. Murid boleh menghubungkait

dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat perkaitan tentang

bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa depan. Tambahan pula,

jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik, murid boleh menggunakan

pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta mengektrapolasikannya

secara bermakna di dalam situasi baharu.

(c) Pembelajaran Informal

Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari

dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Semua murid belajar

sepanjang masa, bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal

merupakan pembelajaran implisit, iaitu memperoleh pengetahuan akibat

interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya

dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit (Ewell,1997b).

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, peluang

untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah sahaja. Pelajar boleh

mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak

perlu hanya dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar

di mana pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk

meneroka dan belajar.

Guru boleh mewujudkan kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar

bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang

untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar

cara bermain dengan betul. Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara

informal bagaimana berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat

permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru(Noriati, Boon & Sharifah,

2012).

(d) Pengalaman Langsung

Mengikut Ewell (1997), pembelajaran langsung merujuk kepada learning-by-

doing, iaitupelajar akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembelajaran

secara langsung. Pelajar diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri

secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan

13

Page 15: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman

lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat.

Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran

murid (Halpern &Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pengalaman

langsung, pelajar diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran

dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak

Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan

sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu.

Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak

kompleks dan mendesak sertameminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian

inovatif yang boleh diguna pakai. Guru juga boleh menyediakan pelbagai

peluang untuk melibatkan pelajardalam pelbagai kemahiran serta memberi

jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula,

guru mewujudkan situasi di mana pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan

kemahiran sedia ada sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara

caranya termasuk mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar

merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan

keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar.

(f) Maklum balas

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu

mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Maklumat ini

membolehkan pelajar untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan

pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik,

preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Peranan maklum

balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat

tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar.

Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi

pelajar.

14

Page 16: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi

pelajar input secara lisan atau bertulis.Rakan sebaya juga memberi maklum

balas kepada rakannya. Selain itu, maklum balas dalam bentuk cadangan-

cadangan penambahbaikan akan membantu pelajar untuk membaiki

prestasinya.

Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau

insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses

pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum

balas ataaupun peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari

dengan baik boleh hilang begitu sahaja.

(g) Suasana yang menyeronokkan

Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluan interaksi,

pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang

pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak

kumpulan dan secara lisan.

Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan

suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja

dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan

mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar.

Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan

intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan

penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan

tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan

menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.

Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya

guru yang demokratik akanmenerimaidea pelajar secara terbuka, menggalakkan

pelajaruntuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini

mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Manakala,

kepimpinan autokratik akan menyebabkanpelajar berada dalam keadaan

tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru, sentiasa dimarahi

atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. Guru yang

15

Page 17: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

berkepimpinan laissez fairepula memberi kebebasankepada pelajar untuk

melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah

yang tidak selesa dan tidak terkawal.Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan

mempunyai unsur kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang

merangsangkan pembelajaran pelajar. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan

kepada pelajar hingga menjejaskan prestasi mereka.

Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan

dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti-

aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan.

(h) Refleksi

Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan

kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama

bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat(Ross,1987).

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman

dan implikasinya terhadap diri kita. Ia adalah satu usaha bermakna untuk

menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan

kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita

menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai

kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.

Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi

tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.

Kesemua ini akan mengakibatkan pemindahan pembelajaran ke situasi baharu

serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi

pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Pelajar

membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai

proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.

Renungan:Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah. Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada anda?

1.5 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-

prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap

16

Page 18: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

jenis pembelajaranmemerlukan keadaan–keadaan dalaman dan luaran yang berlainan.

Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui.

Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang

berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara

pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

Rujukan

Amidon,E. & Hunter,E.(1964).Student teaching :Cases and comments. New York:Holt,Rinehart & Winston.

Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved from http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Gagné, R. (1985). Conditions of learning. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Gagne , R. M., and Briggs, L. J. (2005).Principles of instructional design (2nd ed.). New York: Holt, Rinehart &Winston.

Morrison, H.C.(1926).The practice of teaching in secondary school.Chicago:University of Chicago Press.

Noriati, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012).Murid dan alam belajar. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Slavin, R.E. (2005).Educational psychology: Theory into practice.Englewood Cliff: Prentice Hall Ltd.

Tan, O,S., Parsons,R.D.,Hinson,S.L.,Sardo-Brown,D.(2003). EducationalPsychology: A practitioner-research approach(An Asian Ed.). Singapore: Thomson Learning.

Woolfolk, A. (2004). Educational psychology (9th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Yelon, S. C., &Weinstein G. W. (1977).A Teacher’s world:Psychology in the Classroom. New York: MacGraw Hill.

17

Page 19: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

2.1 SINOPSIS

Proses pembelajaran melibatkan kesediaan belajar, pandangan dan persepsi, Ingatan dan Lupaan, Pemindahan Pembelajaran dan Implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

1. Menjelaskan konsep-konsep, membanding dan membezakan pengertian

dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran.

2. Menganalisis proses kesediaan belajar

3. Membanding dan membezakan konsep Persepsi dan Penanggapan.

4. Menjelaskan proses ingatan dan Lupaan dalam proses pembelajaran.

5. Menjelaskan bagaimana pemindahan pembelajaran dapat dilakukan.

6. Menghuraikan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajarann

pembelajaran.

2.3 KERANGKA TAJUK

18

Proses Pembelajaran

Kesediaan Belajar

Persepsi dan Penanggapan

Ingatan dan Lupaan

Pemindahan Pembelajaran

Implikasi proses pembelajaran terhadap

pengajaran dan pembelajaran

TAJUK 2 PROSES PEMBELAJARAN

Page 20: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

2.4 KANDUNGAN

2.4.1 KESEDIAAN BELAJAR

Pengenalan

Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran tertentu. Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif. Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut:

Jenis Jenis Kesediaan Belajar

1. Kesediaan Kognitif.

Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan menilai (menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.

Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya

19

Aktiviti 2.4.1(1)

Banding beza jenis-jenis kesediaan belajar mengikut tahap pembelajaran

Page 21: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

2. Kesediaan Afektif

Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah.

3. Kesediaan Psikomotor

Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor

20

Page 22: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

2.4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar

Apa yang dapat diperhatikan ialah dalam sesebuah kelas yang sama, kita sering mendapati ada murid yang minat dalam pelajaran dan ada pula yang tiada minat untuk belajar. Jadi Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran. Kesediaan belajar adalah dipengaruhi oleh kematangan, minat dan sikap serta pengalaman pada seseorang. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Lee, Shok Mee (1998) menyatakan kesediaan belajar seseorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkahlaku murid itu sendiri. Kebiasaannya, minat dan sikap seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor persekitaran keluarga atau murid-murid. Jika seseorang kanak mempunyai minat dan sikap yang positif, kanak tersebut akan bersemangat yang mendadak untuk belajar. Maka, guru memainkan peranan yang penting ketika memulakan satu tajuk khasnya dalam peringkat set induksi.

2.4.3 Langkah-langkah membantu kesediaan belajar pelajar

            Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari pihak guru. Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak guru untuk memastikan setiap pelajar boleh benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza. Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, guru haruslah memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan berulangkali agar pelajar dapat menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai.

Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip bagi memenuhi keperluan-keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar

21

Page 23: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

pelajar.  Guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti secara kumpulan. Guru boleh membenarkan murid-murid memilih rakan-rakan sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid.

2.5 Pengamatan

2.5.1 Konsep Pengamatan

     Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian. Secara spesifiknya, pengamatan adalah bererti dengan perkataan persepsi, iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), atau tanggapan.

Definisi Pengamatan

Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1997). Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pengamatan sebagai suatu interpretasi yang memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu.

            Pengamatan adalah satu proses yang mana otak kita menerima maklumat dari deria-deria kita (seperti deria lihat, deria mendengar, deria merasa, deria menghidu dan deria menyentuh), menyusun semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya. Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka gambaran ‘motosikal’ dengan cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini.

2.5.2 Organisasi Pengamatan

22

Page 24: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan diorganisasikan dalam  bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan simetri. Jadi, organisasi pengamatan merupakan proses mental yang menyusun maklumat, membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan pengalaman lampau. Namun begitu, penetapan makna maklumat tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang individu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut.

Di dalam kehidupan harian kita, kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan terdiri daripada satu-satu, malah bukan terpisah-pisah. Ahli-ahli psikologi Gestalt pula berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut.

2.5.3 Teori Pembentukan Pengamatan

Ahli-ahli psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi. Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama. 

Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.

23

Page 25: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ini adalah bergantung kepada pilihan pemerhati tentang bentuk dan latarnya. Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori Gestalt ialah bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa yang mereka pelajari. Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap dan nilai pelajar.

Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut:

(a) Prinsip Kedekatan                     (b) Prinsip Bentuk dan Latar

(c) Prinsip Kesamaan                     (d) Prinsip Simetri

(e) Prinsip Lengkapan                    ( f) Prinsip Terangkum

 

2.5.4 Teori Pengajaran-Pembelajaran yang berkaitan dengan Pengamatan

24

Page 26: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Wetheirmer ialah pengasas teori Gestalt. Beliau mengambil berat tentang cara kanak-kanak belajar terutama di sekolah. Beliau tidak bersetuju dengan penggunaan hafalan. Beliau mahu kanak-kanak mencapai kefahaman, dan mempunyai celik akal dalam sesuatu masalah.

Kohler pula menjalankan eksperimen terhadap perlakuan seekor chimpanzi telah mengemukakan konsep celik akal yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara tiba-tiba. Dalam kajiannya, chimpanzi yang lapar dimasuk ke dalam sangkar dan beberapa batang kayu panjang diletak berhampirannya, manakala sebiji pisang pula diletakkan di luar sangkar. Chimpanzi mendapat idea dengan memahami masalah dan cari penyelesaian iaitu, menyambungkan kayu-kayu tersebut dan berjaya mengaitkannya dengan buah pisang. Chimpanzi ini menunjukkan apa yang dipanggil oleh Kohler sebagai celik akal dan Kohler merasakan bahawa ia berlaku terutama dalam pembelajaran manusia.

2.6 Penanggapan

2.6.1 Konsep Penanggapan

Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea. Dengan ini, penanggapan merupakan suatu proses pembentukan konsep. Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Sebagai contoh, haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.

Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Namun, dalam proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar sering terganggu sekiranya banyak rangsangan wujud di sekelilingnya

2.6.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan atau Konsep

25

Page 27: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

a. Pengalaman

Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak dapat membentuk penanggapan yang betul.

b. Imaginasi

Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.

c. Kecerdasan

Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah. Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta membentuk penanggapan.

d. Penguasaan Bahasa

Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan murid-murid membentuk penanggapan yang salah.

e. Contoh-contoh

Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satu-satu konsep. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk pembentukan konsep.

2.6.3 Kesimpulan

Menurut Razhiyah (2006), setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun begitu, setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Jadi, guru hendaklah memikirkan, merancangkan strategi pengajaran-pembelajaran mengikut tahap murid-murid. Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan. Sebagai guru, adalah menjadi

26

Page 28: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

tanggungjawab kita untuk memastikan faktor-faktor yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan murid-murid dapat diwujudkan.

2.7 Ingatan

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

2.7.1       Proses Ingatan

Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

2.7.2       Jenis-jenis ingatan

Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana dikenali sebagai

27

Page 29: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta.

Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan.

Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.

Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik, ingatan prosedural dan ingatan perdana. Pertama, ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain. Kedua, ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya, penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan sebagainya.

Manakala yang ketiga, ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap. Keempat, ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan

28

Page 30: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. Kadang-kadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang. 

2.7.3        Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor bahan pembelajaran, faktor kaedah pembelajaran dan faktor peribadi. Kategori pertama ialah faktor bahan pembelajaran. Kategori ini  merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan bahan dan bahan bermakna. Pertama, panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya, biasanya boleh mengingatnya selepas membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata, maka diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16 suku kata lagi, ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.

Kedua, faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya, mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat, tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan, oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama. Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terus-menerus.

Ketiga, kedudukan bahan pembelajaran  menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan secara tertib, mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di tempat pertengahan, khasnya

29

Page 31: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Terdapat banyak contoh harian yang kita boleh huraikan fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain sepanjang tahun.

Keempat ialah bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley menunjukkan pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set suku kata yang tidak bermakna. Dengan perkataan lain, pembelajaran bahan yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak bermakna.

Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama, masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Di dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan B belajar dua minit, rehat tiga minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit, rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik, diikuti dengan kumpulan B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara pembelajaran secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.

Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah berjaya menguasai semua langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus pembelajarannya. Contohnya, menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali membacanya, barulah disebut sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran. Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai. Justeru itu, untuk mengekalkan ingatan, selepas mencapai seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.

Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran. Pertama, faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat

30

Page 32: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

pembelajaran yang terkuat ialah pada waktu kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928), calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa esperanto, iaitu satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof pada tahun 1887. Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun. Selepas 20 tahun, kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur 25 tahun. Selepas umur 35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai umur 42 tahun, ia telah diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya.

Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti bermain alat muzik, menjahit, menulis, melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya.

Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi berkait rapat dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan sebagai motivasi untuk mendorong pembelajaran, kerana banyak kajian telah membuktikan pemberian ganjaran adalah lebih berkesan daripada mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini diteraskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku diteruskan, malah ia tidak pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah yang positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran merupakan positif, sedangkan kesan motivasi hukuman adalah negatif.

Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran. Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat muzik, tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka. Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti  tersebut. Secara ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan daripada aktiviti pembelajaran memperoleh kejayaan atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi untuk pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan dalam ingatan.

Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok (sedih), dan cemas (risau) atau tenang.

31

Page 33: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Kebiasaannya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok.

2.8       Lupaan

Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

2.8.1       Jenis-jenis lupaan

Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang.  Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu pertama, lupaan keusangan. Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula. Kedua, lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.

Ketiga, lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan. Jenis lupaan yang keempat ialah lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama.

Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu

32

Page 34: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru.

Kelima, jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri. Jenis lupaan keenam iaitu lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai “mental block”. Keenam, lupakan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting. Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang. 

2.8.2       Faktor-faktor lupaan

Pertama, faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Faktor kedua, ialah perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.

Faktor ketiga ialah peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Faktor keempat, keusangan di mana persekitaran yang berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya.

33

Page 35: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Faktor kelima, pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Faktor keenam,  masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Dan faktor yang ketujuh, iaitu aras keyakinan. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor kelapan, kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan. Faktor kesembilan, gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru. Faktor yang terakhir ialah terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.

2.8.3       Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan

Pertama, guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid. Kedua, guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak,

34

Page 36: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. Ketiga, memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan. Keempat, menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala  subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.

Kelima, menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang. Keenam, guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya. Ketujuh, guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran  dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Kelapan, guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Kesembilan, guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan pengajaran visual.

2.8.4        Kesimpulan

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

2.9      Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)

Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu dalam satu konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan lain,  mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan.

35

Page 37: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

2.9.1         Jenis-jenis pemindahan pembelajaran

Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif dan pemindahan negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan menegak (vertical transfer). Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan pembelajaran  prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari konsep sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.

Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.

Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar. Pertama, pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan pengantara, ia berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.

36

Page 38: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik. Keempat, pemindahan sifar, ia bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.

2.9.2    Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran

Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.

2.9.3  Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif `          dalam pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

37

Page 39: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”

Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat  untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik.

Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas. 

2.9.4        Kesimpulan

Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di kalangan murid-murid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran.

Bibliografi

Ee Ah Meng. (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

38

Page 40: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

Lee Shok Mee. (1998). Psikologi Pendidikan 2. Edisi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rahill Mayyuddin dan Habibah Elias (2007), Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan. Edisi 2. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlan Hamzah Lily Mastura Harun, PhD. (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan: Untuk PraSarjana Muda Dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Razhiyah K. A. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ridzuan Hussin. (2009). Teori Gestalt. Tg. Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slavin, R.E. (1997). Educational psychology. Theory and practice. 5th.ed. Boston: Ally & Bacon.

Pengamatan. Retrived Ogos 24, 2012. From the http://cintakudikeningau.blogspot.com/2011/06/pengamatan.html

Psikologi P&P. Retrived Ogos 24, 2012. From the http://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/05/psaikoloji-pp/

Kesediaan Penentu Keberkesanan Pembelajaran. Retrived Ogos 23, 2012. From the http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/36-mengenai-pendidikan/5584-kesediaan-penentu-keberkesananan-pembelajaran.html

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

EDUP 2033 PEDAGOGY

39

Page 41: PEDAGOGIipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/EDUP2033_PEDAGOGI.docx · Web viewMenjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) Menganalisis

EDUP2033 PEDAGOGI

NAMA KELAYAKAN

EN NOR AZNAN B HJ MAHMOOD

PensyarahIPG Kampus Batu LintangJln College93200 KUCHING

Kelulusan:M. Sc Biologi, UPMB.Sc Hons (Management) Forestry, UPMDip Edu, UIADip. Pertanian , UPM

Pengalaman:Pensyarah Sains dan MatematikGuru Sains dan Kemahiran Hidup

HJH DYG PUTRI BINTI HJ AWG MAHBI

PensyarahIPG Kampus Batu Lintang,Jln College93200 KUCHING.

Kelulusan:M.Ed. (Kurikulum dan Pedagogi) UKMB.Sc Hons (Science Human Development) UPMDip. Perguruan (Pengajian Melayu Sekolah Rendah)

Pengalaman:Pensyarah Pedagogi PendidikanGuru Bahasa Melayu

40