Interaksi Pelbagai Tamadun
-
Upload
siaw-zhen-liew -
Category
Documents
-
view
344 -
download
1
Transcript of Interaksi Pelbagai Tamadun
INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN
WAJ3101 TITAS
Minggu 3
PENGENALAN
• Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum atau etnik.
• Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.
• Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA DAN CHINA
• Menurut rekod sejarah China, interaksi antara Tamadun India dan Tamdun China berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 SM.
• Jalan Sutera adalah saluran interaksi yang menjadi laluan para pedagang.
• Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China.
• Para kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.
Kesan-kesan
1. Penyebaran Agama Buddha Dibawa masuk ke China pada kurun pertama masihi. Maharaja menghantar wakil ke India untuk
memahami dan mendalami ajaran. Agama Buddha disesuaikan dengan tradisi budaya
masyarakat Cina: doktrin Daoisme & Konfusianisme. Sami dari China menetap di India & mempelajari
kitab Buddha. (Bahasa Sanskrit & Pali) Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu
koleksi. (Tripitaka)
2. Sains dan Teknologi Teknologi pembuatan kertas, tembikar, bahan
letupan, percetakan dan kompas dari China. Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi
penghormatan yang tinggi di India. Teknologi India untuk menghasilkan gula daripada
tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke dalam bahasa Cina dan ahli astronomi India pernah berkhidmat di China.
Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam Bahasa Cina.
3. Bahasa, Kesusasteraan dan KesenianIlmu fonetik Cina mengguna pengetahuan
dan teknik ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme.
Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina.
Alat muzik Cina yang berasal dari India seperti Pipa dan konghou.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA
• Bermula seawal abad ke-3 SM.• Bahan bertulis dari India ada menyebut
tentang “Malayadvipa”. (Semenanjung Melayu)
• Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan emas.
• Gelaran Suvarnabhumi (tanah emas) diberi kepada Tanah Melayu.
Kesan-kesan
1. Penyebaran AgamaAgama Hindu dan Buddha telah diterima
dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.
2. Sistem PemerintahanKonsep “Dewaraja” (dalam bahasa Sanskrit
yang bermakna God King) adalah konsep ketuhanan agama hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.
Upacara pertabalan adalah untuk mengekalkan status tinggi Raja.
Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.
3. Struktur MasyarakatAkibat pengaruh dari sistem kasta (susun
lapis dalam masyarakat), terdapat pemisahan jelas golongan atasan dan bangsawan yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa.
Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat “feudal” dalam kehidupan masyarakat Melayu.
4. Adat Resam & BudayaKedatangan agama Hindu telah
mempengaruhi kehidupan dan adat resam masyarakat melayu seperti amalan jampi dan mentera.
Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.
Masyarakat “India Chittyan” memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu.
5. BahasaPengaruh bahasa Sanskrit.Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit
(683M), Batu Bersurat Tuwo (684M), Batu Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692M) buktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu .
Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit.
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu lama dengan baru)
• Bhakti = bakti• Bhumi = bumi• Dosa = dosa• Drohaka = derhaka• Maharddhika = merdeka• Prakara = perkara• Rupa = rupa• Samicra = mesra• Tathapi = tetapi• Vela = bila
6. Kesusasteraan Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik
Ramayana & Mahabharata.Karya sastera Melayu tradisional
mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta menyelitkan unsur epik dan mitos.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA
• Rekod rasmi China bertarikh 648M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China.
• Kedah merupakan pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250M.
• Pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh.
• Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja China.
• Maharaja China menghantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah.
• Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” atau “Peranakan”.
• Pada awal abad ke-19, setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang China yang terdiri daripada golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai “Cina Selat” atau Straits Chinese.
Kesan-kesan
1. Penyebaran Agama- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya
dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran hubungan perdagangan.
- Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).
2. Warisan Cina Peranakan- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.- Kebudayaan mereka turut mempunyai
unsur pengaruh kebudayaan Melayu.- Bahasa Melayu Baba banyak
mengandungi perkataan Hokkien.- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya
masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan.
- Pakaian kebaya dan kain sarong.
3. Kebudayaan- Pertukaran barangan sebagai hadiah
melalui misi diplomatik memperkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’.
4. Perubatan dan Teknologi- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan
mengeimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’.- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi
1000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
- The Cina atau ‘green tea’.- Teknologi perlombangan, pertanian dan
pertukangan.- Teknologi baru seperti menghasilkan barangan
termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan lilin.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DAN TAMADUN JEPUN
• Berlaku secara aman.• Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun
Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.
• Dari segi agama dan tulisan,– Agama Buddha diperkembangkan dalam
Tamadun Jepun. (Agama Shinto)– Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
• Perkembangan intelektual dan kesusasteraan– Upacara seperti upacara minum the dan seni
tanam.– Struktur pembinaan bandar.– Ajaran falsafah Konfusianisme seperti
penekanan kepada institusi keluarga.– Konsep mandat dari Syurga telah
memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
– Sistem pemerintahan berpusat.
Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
Institut Keluarga Tamadun Islam• Memberi kepentingan dalam hubungan
kekeluargaan. • Hubungan anak-anak dengan ibu bapa
berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. • Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah
dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan;– Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan
yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
– Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa.
– Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.
Institut Keluarga Tamadun China• Unit asas dalam Tamadun China. • Ajaran Confucius menjadi asas kepada Tamadun
China.• Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan
sesama manusia:– hubungan maharaja dengan rakyat– hubungan bapa dengan anak– hubungan abang dengan adik– hubungan suami dengan isteri– hubungan kawan dengan kawan
• Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.
• Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang.
Institut Keluarga Tamadun India• Unit penting dalam Tamadun India. • Membentuk sistem sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.
• Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
• Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.
Komuniti Tamadun Islam • Unit yang penting dalam Tamadun Islam.• Ikatan sesama anggota komuniti tidak
hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
• Menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
• Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita.
• Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Komuniti Tamadun China• Pembentukan komuniti Cina banyak
dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat Cina.– Kuasa lelaki dan bapa. – Sistem kekerabatan berasaskan
hubungan darah.– Sistem kelas dalam komuniti ditentukan
oleh tahap pendidikan dan kemahiran.
Komuniti Tamadun India• Berbeza daripada Tamadun lain.
– komuniti Tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.
– Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.– Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu
diwarisi daripada nenek moyang. – Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang
boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
– Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
• Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
• Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun
• Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.• Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi
antaranya:– Alam sekitar – hidup harmoni dengan alam.– Keluarga – asas pembentukan masyarakat.– Komuniti – menentukan personaliti dan identiti manusia.– Kerajaan – moral/akhlak sangat penting, para sarjana
seperti Moh-Tze, Kautilya, Mawardi membincangkannya dalam buku masing-masing.
– Ekonomi – moral semesta.– Pendidikan – pembinaan sifat-sifat manusia.– Kesihatan – pandangan dan pendekatan holistik.