INTEGRITY INFO - customs.gov.my · kerohanian pada April yang lalu dan ia telah berlangsung di...
Transcript of INTEGRITY INFO - customs.gov.my · kerohanian pada April yang lalu dan ia telah berlangsung di...
1
INTEGRITY INFO
“Diharapkan program ini
dapat diteruskan pada
masa akan datang. Ianya
bagus kerana program ini
sedikit sebanyak mem-
berikan pendedahan ten-
tang integriti terhadap
pegawai-pegawai di
JKDM ”
-Penolong Kanan Pengarah
Kastam I
Apa yang
dibincangkan?
Pengenalan
Cawangan Integriti
Kes-kes tatatertib
Prosedur kerja JKDM
Hal-hal integriti dan
lain-lain perkara
Para peserta Program Mesra Integriti di Wisma JKDM, Ipoh, Perak
PROGRAM MESRA INTEGRITI
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Cawangan Integriti, Ibu Pejabat kepada semua warga Jabatan di seluruh Malaysia dan juga untuk membudayakan integriti dida-lam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran integriti terhadap warga Jabatan.
Memastikan warga Jabatan menjalankan tugas dengan mengikut prosedur dan pros-es kerja yang telah ditetapkan.
.
CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT OKTOBER 2015
2
Program Pengukuhan Integriti
Kelana Jaya, 17 April 2015 :
Cawangan Integriti, Ibu pejabat telah menjalankan satu program
kerohanian pada April yang lalu dan ia telah berlangsung di Surau
Kuarters Kastam WPKL. Program yang telah dijalankan dengan
kerjasama diantara Cawangan In-
tegriti, Ibu Pejabat bersama Badan
Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA)
Ibu Pejabat dan juga JKDM WPKL.
Program yang berlangsung selama
2 hari ini merangkumi program
bacaan yaasin perdana, ceramah
keagamaan dan juga qiyamullail.
Ceramah telah disampaikan oleh
Mufti Wilayah Persekutuan, SS
Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri .
Program juga telah dihadiri oleh Ket-
ua Pengarah Kastam Malaysia ber-
sama dengan Timbalan-Timbalan
Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Ihya’ Ramadhan 2015
Putrajaya, 11 Jun 2015 :
Satu program semasa bu-
lan Ramadhan telah dijal-
ankan di Ibu Pejabat
Kastam Diraja Malaysia,
Putrajaya.
Program yang diterajui oleh
Unit pengukuhan Integriti
Ibu Pejabat telah dijalankan
di Dewan Semarak Jati dan
penceramah yang dijemput
adalah Imam Besar Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Putrajaya Ustaz Hj. Haza-
rudin Bin Hj. Baharudin.
Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Program Ceramah dan Qiyamullail di Surau Kuarters Kastam WPKL
Penghargaan kepada SS Mufti Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur
3
PENGENALAN CAWANGAN INTEGRITI
Sebelum Cawangan Integriti ditubuhkan secara rasminya, Unit Pem-
atuhan Integriti telah ditubuhkan diletakkan di bawah Cawangan Pen-
gurusan Prestasi dan Tatatertib (CPPT) Bahagian Khidmat Penguru-
san dan Sumber Manusia di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Ia
adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat JKKMKPK pada 19
Ogos 2010 untuk menubuhkan Unit Pematuhan Integriti di semua Ke-
menterian dan Jabatan Kerajaan.
Pada Ogos 2013, Cawangan Integriti telah ditubuhkan secara ras-
minya dan telah diterajui oleh Tn. Razim Bin Mohd Noor (gambar kanan) iaitu pegawai kader
daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ke hari ini. Sehingga
kini terdapat 24 orang pegawai yang telah menggerakkan cawangan ini dengan melakukan
program-program yang boleh meningkatkan Integriti warga JKDM.
Perkara yang anda
perlu tahu
Segala aduan tatake-
lakuan anggota boleh
dihantar terus ke Unit
Pengurusan Aduan
samada melalui e-
Aduan, emel, messag-
ing, telefon ataupun
surat menyurat.
Majlis penutupan Mesyuarat Kajian Semula Pencapaian Prestasi Setengah Tahun 2015 Cawangan Integriti yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali Bin Hj. Ahmad di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Turut bersama Pengarah Kastam Negeri Melaka, Dato’ Syed Mohri Bin Syed Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Cawangan Integriti Tn. Razim Bin Mohd Noor.
UNTUK MENYEPADUKAN SEMUA PENGURUSAN HAL-HAL
YANG BERKAITAN DENGAN INTEGRITI DI BAWAH SEBUAH
CAWANGAN YANG KHUSUS BERTUJUAN IANYA DAPAT DIL-
AKSANAKAN DENGAN SECARA YANG LEBIH FOKUS DAN
TERANCANG SUPAYA ELEMEN PENGINSTITUSIAN INTEGRI-
TI, PENCEGAHAN, PEMATUHAN DAN PENGESANAN SALAH
LAKU DAPAT DIKUATKUASAKAN SECARA EFISEN DAN MEN-
CAPAI KEBERHASILAN YANG OPTIMUM
OBJEKTIF CAWANGAN INTEGRITI
Lencana Integriti Kastam
4
Pasukan Naziran Integriti bersama Pengarah Kastam Negeri Melaka, Dato’ Syed Mohri Bin Syed Abu Bakar
NAZIRAN PEMATUHAN INTEGRITI
Melaka, 27 April 2015 :
Satu naziran integriti telah dijalankan oleh pasukan Unit Pemerik-
saan dan Pematu-
han, Cawangan
Integriti di JKDM
Melaka. Naziran
yang diketuai oleh
Tn. Mohd Halim
Bin Mohd Yusof
dan pegawai-
pegawai daripada
Cawangan Integriti
ini menjurus kepada naziran Akaun Belum Terima (ABT), naziran
kehadiran dan juga pemeriksaan wang saku. Naziran telah dijal-
ankan di beberapa buah stesen terpilih di Negeri Melaka dan ini
termasuklah di Wisma Kastam Melaka sendiri.
Tujuan naziran ini dilakukan adalah supaya warga Kastam patuh
dan sentiasa mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jab-
atan. Dengan naziran ini juga pegawai akan selalu diingatkan ten-
tang kepentingan untuk mengikut segala SOP yang telah ditetap-
kan.
INFO MENGENAI UNIT
PEMERIKSAAN &
PEMATUHAN
Melaksanakan atau bekerjasa-
ma dengan unit-unit pematu-
han yang khusus seperti Baha-
gian Audit Dalaman dan Baha-
gian Penguatkuasaan dalam
hal-hal yang berkaitan dengan
pelanggaran tatakelakuan dan
ketidakpatuhan prosedur kerja
bagi tindakan susulan oleh unit
integriti dalam aspek tatatertib.
Mengadakan pemeriksaan ber-
jadual dan mengejut serta nazi-
ran terhadap pelaksanaan tu-
gas dan tanggungjawab yang
telah ditetapkan di Bahagian/
Cawangan/Unit yang telah
dikenalpasti bagi memastikan
pematuhan terhadap dasar,
undang-undang, kod etika dan
peraturan yang berkaitan telah
ditetapkan berdasarkan Aku-
Janji Piagam Pelanggan; (cth:
pemeriksaan wang saku, urine
test, Kertas Siasatan, ABT dan
sebagainya.)
Tn. Mohd Halim Bin Mohd Yusof menjalankan pemeriksaan wang saku terhadap pegawai di lapangan
5
Program Pengukuhan Integriti Zon Utara
Langkawi, 1 September 2015 :
Unit Pengukuhan Integriti telah
menjalankan satu program di
AKMAL Langkawi pada bulan Sep-
tember yang lepas. Program yang
dikenali sebagai Program Penguku-
han Integriti merupakan program
tahunan yang dijalankan untuk
semua pegawai Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM).
Program yang berlangsung selama
4 hari ini merangkumi peserta-
peserta daripada zon utara dari
negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pu-
lau Pinang. Program yang dianjur-
kan oleh Cawangan Integriti
mendapat kerjasama daripada
pihak JAKIM sendiri.
Sepanjang program ini berlangsung
terdapat banyak aktiviti
yang dijalankan ber-
tujuan untuk meningkat-
kan tahap integriti para
pegawai dan se-
terusnya membentuk
jati diri untuk lebih ber-
integriti.
Majlis penutup dirasmi-
kan oleh Pengarah
Kastam Negeri Kedah,
Dato’ Abdul Latif Bin
Abdul Kadir.
Para peserta Program Pengukuhan Integriti Zon Utara bersama Pengarah Kastam Negeri Kedah, Dato’ Abdul Latif Bin Abdul Kadir, Pengarah Kastam Negeri Perak Dato’ Awai Bin Mamat, Pengarah AKMAL Langkawi Tuan Zulkurnein Bin Abd Rahman dan pihak Urusetia daripada Cawangan Integriti