INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

14
Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN PEMANTAPAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM: PELAKSANAAN BERDASARKAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) 1 Oleh HAJI MUSTAFAR HAJI ALI Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia Abstraks Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. 2 MUKADDIMAH 1. Definisi Integriti - Satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi. Ciri 1 Kertas Kerja dibentangkan dalam “Wacana Fasilitator Eksekutif Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA)” pada 27 Februari 2006 di Hotel Istana Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2 Petikan Perutusan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia semasa Pelancaran Pelan Integriti Nasional dan penubuhan Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 2004 Institut Integriti Malaysia (IIM) 1

Transcript of INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Page 1: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

PEMANTAPAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM: PELAKSANAAN BERDASARKAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)1

Oleh

HAJI MUSTAFAR HAJI ALITimbalan Presiden

Institut Integriti Malaysia

Abstraks

Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan

masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian

matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih

cemerlang, gemilang, dan terbilang.2

MUKADDIMAH

1. Definisi Integriti - Satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi. Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur “wholeness” (yakni kewujudan secara berpadu sebagai keseluruhan) pada diri individu ataupun organisasi. Dalam akhlak Islam, integriti bersesuaian dengan sifat-sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi teguh, peribadi mulia, mu’min yang bertaqwa dan sebagainya, yang membawa pengertian menyeluruh pengamalan nilai-nilai akhlak yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah s.a.w.

2. Oxford Dictionary mentafsirkan ‘integrity’ sebagai quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided dan the condition of being unified or sound in construction.

3. Y.A.Bhg. Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysiamengatakan ‘Integriti’ berkait amat rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik. ‘Amanah’ dalam pengurusan, umpamanya, adalah sebahagian daripada etika yang baik.3

4. Definisi Nilai - Selalu dikatakan bahawa “nilai” merupakan sesuatu yang terlalu abstrak. Ia mungkin tidak dapat ditunjukkan secara fizikal tetapi boleh dilihat dari sifat yang dizahirkan

1 Kertas Kerja dibentangkan dalam “Wacana Fasilitator Eksekutif Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA)” pada 27 Februari 2006 di Hotel Istana Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).2 Petikan Perutusan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia semasa Pelancaran Pelan Integriti Nasional dan penubuhan Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 20043 Petikan Ucapan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, semasa melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan Pengurusan Kerajaan Malaysia, di Ibu Pejabat BPR Pesiaran Duta, 8 Januari 1998.

Institut Integriti Malaysia (IIM) 1

Page 2: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

dengan perilaku seseorang. ‘Nilai’ sering definisikan sebagai satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria pelakuan yang baiki atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif.

5. Pembentukan Nilai, Etika dan Integriti - Nilai seseorang atau sesuatu kelompok dipengaruhi oleh persekitarannya. Nilai boleh dicorakkan oleh budaya dan agama sesuatu kelompok manusia. Manakala himpunan nilai dan moral menjadi piawai tingkah laku individu, organisasi dan profesyen dan merupakan etika yang menjadi panduan dan pegangan mereka. Tentunya bagi mereka yang bekerja dalam sesebuah organisasi, himpunan nilai inilah yang akan menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berpegang teguh kepada nilai yang dikehendaki oleh organisasi itu. Bagi memastikan pencapaian output sesebuah organisasi, nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil menjadi antara nilai perlu dan utamanya. Justeru, pembentukan nilai, etika dan integriti organisasi itu ditentukan oleh persekitaran bekerja, kelompok manusia yang mendokongnya, lebih-lebih lagi yang menerajui atau yang menentukan halatuju organisasi iaitu pemimpin dan kepimpinan organisasi berkenaan.

PEMBUDAYAAN NILAI, ETIKA DAN INTEGRITI

6. Nilai dan Budaya - Mungkin perkataan nilai itu tidak wujud dalam satu bentuk perkataan sejak bermulanya ketamadunan manusia. Namun begitu, ciri-ciri yang diperlihatkan oleh seseorang individu dalam kelompok masyarakat itu sendiri yang menterjemahkan pemilihan himpunan nilai yang menjadi pegangan, seterusnya menjadi norma kehidupan. Pengamalan nilai itu sehari-harian lantas disebut sebagai budaya di kalangan masyarakat itu. Persoalannya, adakah nilai yang dilakukan oleh seseorang individu atau sesebuah masyarakat itu merupakan nilai yang baik atau sebaliknya. Dengan lain perkataan, adakah nilai yang dibudayakan itu nilai positif atau negatif.

7. Pembudayaan Nilai Murni – Bila dikatakan nilai murni berbanding dengan nilai buruk, nilai positif dan negatif, di sinilah mungkin wujud polemik atau ‘persengketaan’ mengenai pembudayaan nilai. Pada sesetengah kelompok, sesuatu yang telah dibudayakan oleh mereka itu merupakan himpunan nilai yang diterima, sesuai dan perlu. Bermaksud, apa juga nilai yang diterima itu adalah nilai yang baik dan bukan sahaja wajar tetapi perlu dilakukan.

8. Pertentangan Antara Nilai - Polemik atau ‘persengketaan’ yang dimaksudkan di sini adalah, bertentangan dengan kelompok masyarakat atau kumpulan di atas, nilai yang dianggap baik, perlu dan wajar mungkin dianggap sebagai sesuatu yang berlawanan dengan nilai dan budaya mereka. Dalam kelompok masyarakat jahiliyyah Quraish umpamanya, membunuh anak perempuan dianggap nilai yang perlu dan wajar kerana menganggap anak perempuan itu kelak akan menyebabkan kesusahan. Apabila Fir’aun memerintah, membunuh anak lelaki dianggap nilai baik dan perlu pada sesetengah kumpulan mereka kerana dikhuatiri kemunculan seseorang yang boleh menggugat kedudukan Maharaja Fir’aun, yang bukan sahaja sangat berkuasa lantaran penerimaan nilai dan budaya pengamalan sihir dan kewujudan begitu ramai tukang sihir, sehinggakan Fir’aun menobatkan dirinya sebagai tuhan!

9. Nilai Buruk Tetapi Dianggap Betul dan Baik – Dalam kumpulan Mafia, kumpulan perompak dan penyangak, melakukan sesuatu yang baik adalah bertentangan dengan naluri kesepakatan kumpulan mereka. Mencuri, merompak melakukan jenayah bersendikit, keganasan merupakan pelakuan biasa atau cara kerja seharian kumpulan mereka. Mereka yang baik, mempunyai nilai murni dan tidak setuju dengan budaya kumpulan Mafia berkenaan (mungkin

Institut Integriti Malaysia (IIM) 2

Page 3: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

kerana telah timbul kesedaran atau keinsafan) akan menjadi terpinggir, dinyahkan, malahan dilenyapkan daripada muka bumi ini oleh anggota kumpulan yang ‘baik’. Ringkasnya, menjadi baik merupakan pelanggaran kepada nilai mereka.

10. Kecelaruan Nilai Masakini - Bukanlah tujuan kertas ini untuk membincangkan masalah nilai masakini yang mungkin dianggap wujud kecelaruan dan kekeliruan. Tidak juga ia bertujuan untuk mengemukakan satu kajian komprehensif untuk memperlihatkan nilai masyarakat Malaysia khususnya, dan di peringkat global amnya, yang dilihat terdapat segelintir yang menyimpang daripada pengamalan nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Namun begitu, adalah dirasakan dewasa ini kita berasa sangat terpanggil untuk secara bersama membicarakan persoalan nilai dan pembudayaan nilai itu dalam konteks pelaksanaannya. Pelaksanaan pengukuhan nilai baik dalam diri individu, setiap sektor khusus seperti sektor awam, swasta, pertubuhan bukan Kerajaan, belia dan pelajar, seterusnya kepada kelompok masyarakat dan negara. Pastinya dalam kertas kerja yang ringkas ini tidaklah semua perkara mengenai pembudayaan nilai itu dapat dibicarakan dengan meluas dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

PEMBENTUKAN DAN PENGUKUHAN NILAI, ETIKA DAN INTEGRITI – APA TELAH DILAKUKAN?

11. Apabila disebut pembentukan dan pengukuhan nilai, ia berkait amat rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika dan integriti. Pelbagai usaha bagi membentuk etika yang baik dilakukan. Pelbagai slogan, moto, kaedah, pendekatan, mekanisme dan dasar dibuat dan dikeluarkan untuk pelaksanaan. Pelbagai slogan dan tema menjurus kepada penerapan dan penghayatan serta pengamalan nilai murni dan mulia di ketengahkan, baik kepada anggota perkhidmatan awam, mahupun masyarakat awam. Kalau dilihat kebelakang, senarai usaha yang direkacipta terlalu banyak. Antaranya:

Piagam Pelanggan Penggunaan Tanda Nama Penggubalan Kod Etika Hari Bertemu Pelanggan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti – Aktiviti Berisiko Modul Pengurusan Integriti Tapisan Keutuhan Laporan Perisytiharan Harta Program Nilai Murni Pusingan tempat kerja Penandaarasan Tonggak Duabelas “Bersih, Cekap, Amanah” penerapan Nilai-Nilai Islam Kepimpinan Melalui Teladan” Prinsp-Prinsip Rukun Negara Pelbagai jawatankuasa ditubuh, antaranya Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Pasukan

Petugas Bagi Mengurangkan Karenah Birokrasi Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

12. Senarai ini masih panjang jika hendak catat dan diperincikan satu-persatu dasar dan usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Namun

Institut Integriti Malaysia (IIM) 3

Page 4: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

begitu, sejauhmana program dan aktiviti yang dirancang itu dilaksanakan. Jika dilaksanakan, adakah ianya telah mencapai matlamat atau objektif sesuatu program itu. Adakah kumpulan sasaran yang ditentukan dirangkumi sepenuhnya atau hanya sebahagian kecil terlibat dan sebahagian kecil sahaja menikmati manfaat dari pelaksanaannya. Adakah usaha dan pendekatan ini berjaya bukan sahaja mendidik, mengasuh, menerap dan mengamalkan nilai murni dan disebarkan juga kepada pelanggan? Atau adakah masih banyak kemelut yang melanda umat manusia masakini hingga ubat paling mujarab masih belum ditemui untuk membantu mengatasi permasalahan membentuk nilai, etika dan integriti.

PELAN INTEGRITI NASIONAL

13. Bagi memahami tajuk perbincangan mengenai nilai dalam Pelan Integriti Nasional (PIN), adalah difikirkan perlu untuk kertas ini menjelaskan sedikit mengenai prinsip dan falsafah PIN itu sendiri, objektif, strategi pelaksanaannya dan apa yang hendak dicapai oleh PIN itu. Mengenali dan memahami PIN memudahkan kita mengenalpasti halatuju nilai dalam PIN, khususnya ke arah Wawasan Negara.

Komitmen Kepimpinan Negara

14. Sebagai suatu komitmen kepimpinan negara yang mahukan usaha pengukuhan integriti dimantapkan, pada 5 November 2003, dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama selaku Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, telah mengumumkan keputusan Kerajaan untuk membentuk Pelan Integriti Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM).

Prinsip dan Falsafah PIN

15. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara. PIN juga dibimbing oleh gagasan cabaran Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.

Konsep dan Objektif Pelan Integriti Nasional

16. PIN ialah satu pelan induk yang bertujuan menetapkan hala tuju dan bimbingan kepada semua sektor supaya mereka dapat bekerjasama dan berkoordinasi dalam suatu usaha bersama membina masyarakat yang bermoral, beretika dan berintegriti tinggi. PIN merupakan suatu pelan yang komprehensif yang digerakkan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, sektor dan wilayah. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan PIN suatu pelan tindakan yang mempunyai kekuatan mengubah nilai dan amalan masyarakat serta mereformasi institusi-institusinya ke arah membudayakan integriti.

Objektif Umum Pelan Integriti Nasional (PIN)

17. PIN mempunyai objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum PIN ialah untuk menyumbang kepada usaha pencapaian Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.”

Institut Integriti Malaysia (IIM) 4

Page 5: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

Objektif Khusus

memberikan hala tuju dan bimbingan multi sektor -Kerajaan, swasta, parti politik, kalangan agama, wanita, NGO, media, belia, pelajar, dan lapisan lain masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor terhadap usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

18. Agenda Keutamaan Negara – Pada dasarnya, penekanan untuk membudayakan integriti di kalangan masyarakat Malaysia menjadi agenda keutamaan negara. Penggubalan dan pengimplementasian PIN merupakan penterjemahan hasrat, azam dan iltizam bersama ke arah pengukuhan dan pemantapan nilai murni yang pastinya bagi menyahut gagasan dan wadah Wawasan 2020 – Malaysia sebagai negara maju mengikut acuannya sendiri. Bagi mengejar kemajuan dan pembangunan kita memerlukan mereka yang berintegriti dan memiliki nilai serta keperibadian mulia. Mereka inilah bakal pendokong yang berupaya membawa kemajuan dan pembangunan. Tanpanya, pelaksanaan kerja ke arah mencapai kejayaan tidak akan berhasil. Setelah maju dan membangun pula, kelangsungan kepada kejayaan itu akan terus memerlukan mereka yang berintegriti dan memiliki sifat dan sikap dengan nilai yang baik bagi memastikan hasil kejayaan dipertahan dan diperkukuhkan.

LIMA SASARAN UTAMA PELAKSANAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL: FASA PERTAMA 2004 – 2008 - TEKAD 2008

19. PIN merupakan usaha dan langkah jangka panjang dalam pembentukan nilai dan integriti pelbagai sektor dan komponen masyarakat. Perbincangan mengenai nilai dan pengukuhan integriti yang disepadukan dengan strategi pelaksanaan Agenda Integriti menjadi pengukur ke arah pemastian pencapaian fasa pertama pelaksanaan PIN iaitu dari tahun 2004 hingga 2008 yang dinamakan sebagai TEKAD 2008. Lima sasaran utama digariskan untuk dicapai, iaitu:

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;

Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;

Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

Institut Integriti Malaysia (IIM) 5

Page 6: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

Memantapkan institusi keluarga; dan

Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Strategi Pelaksanaan

20. Pelaksanaan pendekatan, strategi dan pelan tindakan PIN digarispandukan melalui agenda integriti. Ia boleh dicapai dengan perancangan dan pelaksanaan secara terperinci strategi pelaksanaan dan pelan tindakan lapan komponen daripada pelbagai institusi masyarakat dan negara iaitu:

Institusi Keluarga;

Komuniti;

Masyarakat Sivil (Pertubuhan Bukan-Kerajaan);

Institusi Sosiobudaya

Institusi Agama;

Institusi Ekonomi;

Institusi Politik; dan

Institusi Pentadbiran.

Faktor Penentu Kejayaan Pelaksanaan PIN

21. Dalam apa juga pelaksanaan sesuatu pelan tindakan, terdapat faktor-faktor yang menentukan kejayaannya. Justeru, keberkesanan dan penentu kejayaan pelaksanaan Agenda Integriti PIN dikenalpasti dan merangkumi lapan komponen utama seperti gambarajah di bawah. Faktor utama adalah komitmen padu kepimpinan. Isyarat dan pernyataan yang jelas, tegas dan konsisten, disokong pula dengan penggembelingan kerja secara kolektif akan mengobarkan semangat, keyakinan dan keghairahan rakyat untuk turut bersama dengan pemimpin menjayakan pembudayaan integriti kepada semua sektor.

Institut Integriti Malaysia (IIM) 6

Page 7: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

Gambarajah Faktor Penentu Kejayaan

NILAI, ETIKA DAN INTEGRITI DALAM PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) – ISU DAN CABARAN

22. Berasaskan kepada lima sasaran yang digubal khusus seperti ditentukan dalam TEKAD 2008 di atas (di para 16), penentuan pembentukan nilai dalam aspek tertentu cuba difokuskan:

22.1 Gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa –

Gejala ini merupakan perlakuan keji dan terkutuk. Nilai buruk ini jika menjadi budaya masyarakat sering diumpamakan seperti penyakit barah dalam badan. Secara perlahan ia akan merosakkan sistem dalam badan. Secara perlahan juga perasuah menjahanamkan sistem dan ketahanan Negara. Kerapuhan sistem dalam badan akibat barah jika tidak dirawat pada peringkat awal dan berkesan mengakibatkan pesakit menunggu ajalnya. Implikasi kepada gejala rasuah dan akibat langsung daipada sikap buruk perasuah dan mereka yang hanya membiarkan ianya berlaku tanpa wujud kesedaran untuk mencegah dan menghalangnya, menyebabkan kerapuhan dalam pelbagai sistem ketahanan negara.

Akibat ketidakpuashatian mereka yang dinafikan hak mereka lantaran segelintir mereka yang bernafsu serakah, lebih buruk lagi jika pemimpin dan kepimpinan dalam sesebuah negara itu sendiri yang melakukannya, maka ketidakadilan sosial

Institut Integriti Malaysia (IIM) 7

Page 8: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

(social unjustice) terbentang luas. Apabila keadaan ini berlaku, akan wujud keresahan sosial (social unresti) seperti pemberontakkan, rusuhan, malahan sehingga ke peringkat peperangan saudara dan sebagainya. Banyak negara runtuh atau porak peranda akibat pelakuan rasuah pemimpin mereka. Rakyat rakyat jelata, khususnya mereka yang miskin dan tiada kuasa akan menderita. Justeru PIN menjadikan usaha mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan sebagai sasaran pertama.

22.2 Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi -

Pelaksanaan tugas dan tanggungjawab anggota perkhidmatan awam sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Tuntutan untuk mendapat perkhidmatan terbaik, cepat, ramah mesra, tidak membebankan, kurangnya karenah birokrasi dan serba serbi kemudahan yang ‘terhidang’ menjadi kehendak pelanggan. Kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan kurangnya karenah birokrasi menjadi pengukuran prestasi sejauhmana anggota perkhidmatan awam menjalankan tugas mereka. Nilai kerja berkualiti dan ikhlas yang dibudayakan akan menzahirkan produktiviti tinggi, keyakinan kepada pelanggan dan seterusnya kehidupan lebih sempurna.

22.3 Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan-

Pelan Integriti Nasional sebagai suatu dasar dan strategi pelan tindakan bagi memastikan pembudayaan integriti merangkumi pelbagai sektor. Masyarakat peniaga dan korporat tidak terkecuali. Bagi memastikan masyarakat peniaga mengamalkan etika perniagaan terbaik, antara pengukuran kejayaan pengukuhan dan pemantapan nilai dan integriti dalam sektor ini ialah dengan pengurangan kes penipuan korporat, peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara langsung dan penerimaan Rukuniaga Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan.

22.4 Memantapkan institusi keluarga -

Keluarga merupakan unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga, khususnya ketua keluarga itu sendiri berupaya mengasuh dan membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan nilai dan integriti anggotanya. Sebagaimana selalu disebut, untuk melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni perlu dimulakan dari akar umbi iaitu bermula daripada peringkat kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga mestilah menjadi contoh teladan atau role model terbaik. Pendidikan informal dalam keluarga merupakan sumber utama dan antara critical success factor gerakan pemantapan integriti secara keseluruhannya.

Institut Integriti Malaysia (IIM) 8

Page 9: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

22.5 Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat -

PIN turut menggarikan pelbagai cadangan strategi ke arah peningkatan kualiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan dalam setiap institusi dan sektor seperti yang digariskan di atas secara keseluruhannya akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti yang akan menyumbang kepada pembangunan negara yang seimbang dan mampan.

KESIMPULAN

23. Penulisan kertas kerja ini hanyalah sebagai suatu santapan bacaan dan rujukan ringkas bagi melihat usaha pengukuhan dan pemantapan nilai, etika dan integriti. Apa yang lebih penting ialah pelaksanaan agenda integriti itu sendiri secara bersistematik, bersepadu dan berterusan oleh semua sektor masyarakat. Penghayatan dan pelaksanaan Agenda Integriti yang telah digariskan dalam buku Pelan Integriti Nasional (PIN) yang lebih komprehensif perlu menjadi panduan dan pemangkin kepada usaha secara kolektif, sistematik dan holistik oleh semua pihak.

************************

BIODATATIMBALAN PRESIDEN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

Nama : HAJI MUSTAFAR HAJI ALI Jawatan : Timbalan Presiden, Institut Integriti MalaysiaKelulusan Akademik :

: B.A.(Hons)(Geografi)(Malaya)-1984 : M.Sc (Criminal Justice),New Haven , Connecticut (USA)-1995

Pengalaman Kerjaya :

- Cawangan Perhubungan dan PenerbitanIbu Pejabat BPR Malaysia

- Cawangan Siasatan EkonomiIbu Pejabat BPR Malaysia

- BPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Ketua Cawangan BPR Taiping, Perak

Institut Integriti Malaysia (IIM) 9

Page 10: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

- Pegawai Pendakwa, Bahagian PendakwaanIbu Pejabat BPR Malaysia

- Pegawai Urusetia Bahagian SiasatanIbu Pejabat BPR Malaysia

- Ketua Cawangan Penyelarasan dan Pengawasan DasarBahagian Perancangan dan Koordinasi DasarIbu Pejabat BPR Malaysia

- Jawatan terakhir disandang sebelum dipinjamkan ke Institut Integriti Malaysia ialah Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Ibu Pejabat BPR Malaysia (sehingga 15 Jun 2004); dan

- Mulai 16 Jun 2004 dipinjamkan sebagai Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia (IIM) hingga sekarang

Keahlian Peringkat Kebangsaan:

- Ketua Urusetia Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Peringkat Kebangsaan

- Urusetia Bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

- Ahli Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Kebangsaan Mengenai Pengubahan Wang Haram (National Coordinating Committee on Anti-Money Laundering)

- Ahli Jawatankuasa dan Ketua Urusetia Jawatankuasa Penggubal Pelan Integriti Nasional dan Penubuhan Institut Integriti Malaysia. Atas dasar ini Haji Mustafar dipinjamkan ke Institut Integriti Malaysia (IIM)

Pengalaman Di Peringkat Antarabangsa:

Menghadiri mesyuarat, symposium, persidangan, seminar, woksyop dan lawatan kerja ke beberapa buah negara, antaranya di:

Institut Integriti Malaysia (IIM) 10

Page 11: INTEGRITI - HJ MUSTAFAR ALI

Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam: Pelaksanaan Berdasarkan PIN

- Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom, Vienna Austria, Finland, Sweden, Jerman, The Haque Netherlands (Belanda), Hungary, Australia, Hong Kong, India, dan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Negara Brunei Darussalam, Singapura,.

Institut Integriti MalaysiaMenara Integriti, Pesiaran Duta off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tel: 03-62092022/ 03-62092023Faks: 03-62092193E-mail: [email protected] Web: http://www.iim.com.my

Institut Integriti Malaysia (IIM) 11