INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

download INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

of 10

Transcript of INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    1/10

    www.islam.gov.my/pipa

    INTEGRITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAMOleh :

    Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

    1. Pendahuluan :

    Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana taufik danhidayaNya dapatlah saya menyediakan rencana yang ringkas ini untukdirenung dan dihayati bersama. Mudah-mudahan ianya dapat membantuusaha semua pihak dalam melahirkan warga perkhidmatan awam yangmempunyai integriti dan kewibawaan diri yang tinggi. Namun begitusekiranya terdapat apa-apa yang baik, hayatilah dengan bersungguh-sungguh.

    2. Definisi :

    Menurut Datuk Dr. Sulaiman Mahbob, Presiden Institut Integriti Malaysiabahawa Integriti adalah kewibawaan, Integriti boleh ditakrifkan sebagaikeutuhan. Sebenarnya integriti itu adalah kesuluruhan pembawaan kita darisegi peribadi, tutur kata dan sopan santun . Menurut beliau lagi, interitiberasal dari Bahasa Inggeris yang lebih kurang maknanya berpegang teguhkepada prinsip kejujuran serta mempunyai prinsip moral yang tinggi .

    Berasaskan kepada huraian di atas nyatalah bahawa sasaran integriti iniialah makhluk manusia itu sendiri dan bukannya makhluk yang lain. Danaspek Integriti merupakan sebahagian dari akhlak mulia yang diajar olehIslam. Akhlak pula adalah sebahagian dari ajaran Islam di samping aqidahdan syariah. Akhlak Islam adalah hasil dari aqidah yang benar dan amalansyariah yang saheh. Akhlak tidak sama dengan moral. Akhlak bersumberkanhukum Ilahi, tetap dan sama untuk semua, sedangkan moral pulaberasaskan pemikiran manusia yang seringkali berbeda mengikut suasanadan budaya sesuatu kelompok atau masyarakat.

    Selaras dengan fitrah manusia yang menghargai integriti, maka terdapat

    berbagai ciri untuknya telah ditentukan. Dalam menentukan ciri-ciri initerdapat perbezaan antara sesuatu budaya, sesuatu masyarakat dansesuatu masa. Maka ciri integriti dalam Islam yang paling unggul ialah Taqwa . Mengenai hal ini Allah berfirman yang bermaksud :

    Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orangyang paling bertaqwa darikalangan kamu .

    1

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    2/10

    www.islam.gov.my/pipa

    3. Taqwa :

    Yang dimaksudkan dengan taqwa ialah melaksanakan segala suruhan Allahdan menjauhi segala laranganNya . Suruhan dan larangan Allah terdapat di

    dalam Al-Quran dan dalam Sunnah Rasulullah S.A.W. dan juga dalam sumberhukum Islam yang lain yang diterima dan diiktiraf. Antara perkara asas yangmesti dilakukan ialah beriman kepada enam Rukun Iman beramal denganlima Rukun Islam dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Manakalaperkara yang mesti dijauhi antaranya ialah mensyirikkan Allah,meninggalkan solat lima waktu, melakukan zina, menderhakai ibu bapa,melakukan rasuah dan mengkhianati amanah

    4. Contoh Ikutan :

    Kita manusia sering mencari contoh untuk diikuti dalam membentuk dirimempunyai integriti. Namun kita selalunya gagal kerana tokoh yang kitaambil itu ternyata banyak kelemahannya. Sebagai orang Islam kitasepatutnya tidak gagal sekiranya tokoh yang kita pilih itu berdasarkanpanduan Allah sendiri. Adapun tokoh yang ditunjukkan oleh Allah tidak lainmelainkan hanyalah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Allah berfirman: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W. itu contoh ikutanyang baik.

    Kerajaan Malaysia telah banyak berusaha dan berbelanja untuk membentukrakyatnya terutamanya warga perkhidmatan awamnya agar memiliki

    integriti yang tinggi. Maka untuk itu setiap warga perkhidmatan awamterutamanya yang beragama Islam dalam apa sektor sekalipun, lebih-lebihlagi dalam sektor perkhidmatan Hal Ehwal Islam hendaklah memiliki sifattaqwa yang tinggi. Yang mampu memikul tanggungjawab dan melaksanakanamanah yang diserahkan dengan sebaik-baiknya. Maka antara sifat utamayang mesti dimiliki ialah :

    i. Amanah :

    Iaitu bekerja dengan penuh kesedaran bahawa :

    a. Jawatan yang dipegang adalah amanah yang diterimaatas permintaan atau kehendak sendiri setelah janji untukmelaksanakannya dengan sempurna diberikan dandiucapkan.

    b. Melaksanakan amanah mengikut apa yang ditentukan dankepada orang yang berhak menerimanya.

    2

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    3/10

    www.islam.gov.my/pipa

    c. Menyempurnakan segala tugas jawatan adalah wajib. Jikadilakukan dengan baik, maka pahala (syurga)ganjarannya; sebaliknya jika cuai dan abai, maka dosalah(neraka) balasannya. Dalam sebuah hadis RasulullahS.A.W. bersabda yang bermaksud antara lainnya: antara

    tanda orang munafik itu ialah mengkhianati amanah ....

    ii. Benar :

    Iaitu melakukan yang benar dalam segala perkara. Benar padaniat, benar pada perbuatan, benar pada perkataan. Setiapanggota warga perkhidmatan awam mestilah mempunyai niatbenar semasa menjalan apa jua tugasan yang diberikan semata-mata kerana Allah, membuat dan mengemukakan apa-apatuntutan berpandukan fakta dan butiran yang benar dan

    mengeluarkan pandangan atau percakapan yang benar menuruhajaran Islam serta menggunakan cara dan adab yang sopan danmulia. Dengan benar misalnya seseorang itu akan terselamatdari melakukan keburukan dan kesalahan.

    iii. Telus :

    Warga perkhidmatan awam mestilah bersifat telus iaitu bekerjamengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukandan bersedia sepanjang masa untuk di audit dan diperiksa bagimenjaga nama baik perkhidmatan awam dan mengelakkan diri

    dari rasuah dan penyahgunaan kuasa. Warga perkhidmatanawam tidak boleh menyembunyikan apa-apa yang perludisampai atau yang boleh disampaikan kepada umum.

    iv. Bijaksana :

    Warga perkhidmatan awam mestilah bijaksana dalammenguruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.Maka untuk menjadi seorang yang bijaksana, setiap wargaperkhidmatan awam mestilah memiliki ilmu yang berterusan

    baik secara formal atau non formal. Warga perkhidmatan awammestilah rajin belajar, membaca berbagai jenis bahan cetak yangberguna, mendengar radio, menonton televisyen dan lain-lain.

    Pada maasa ini, keperluan membina kebijaksanaan sangatmendesak, kerana Rakyat Malaysia hari ini banyak yangberpendidikan tinggi dan bijaksana. Maka dalam keadaan seperti

    3

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    4/10

    www.islam.gov.my/pipa

    ini adalah memalukan jika pegawai-pegawai tidak mampumenguruskan pentadbiran dengan bijaksana dan berkualiti.

    v. Adil :

    Anggota warga perkhidmatan awam mestilah adil dalammenjalankan tugas yang diamanahkan. Maksud adil ialahmeletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Setiap layananyang diberikan kepada umum mestilah adil. Manakala memberisesuatu kepada yang tidak berhak adalah zalim, yangmerupakan salah satu sifat yang sangat hina dan keji. Pelakunyaakan dihukum dengan siksaan yang amat pedih di dunia dan diakhirat.

    Sifat adil ini sangat penting dalam kehidupan setiap warga

    perkhidmatan awam. Umumnya setiap warga perkhidmatanawam menerima amanah untuk menguruskan hal masyarakattermasuk mengeluar atau memberi harta dan hak milik,memberi lesen, memberi rawatan, memberi perkhidmatan dansebagainya. Ini semua mestilah dijalankan dengan adil tanpaberat sebelah, tanpa pilih kasih dan tidak mengutamakankeluarga.

    vi. Syukur :

    Syukur itu ertinya berterima kasih. Warga perkhidmatan awammestilah berterima kasih kepada Allah, kepada kerajaan dankepada rakyat. Terima kasih kepada Allah ialah melakukan segalaperintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Terima kasihkepada kerajaan bermaksud setiap anggota perkhidmatan awammestilah bekerja dengan penuh keikhlasan, berhemat dandedikasi. Mentaati segala undang-undang dan peraturan yangdiadakan serta membela dan mempertahankan kebenaran yangada pada pihak kerajaan dan sekali-kali tidak melakukan perkarayang boleh mendatangkan nama buruk kepada kerajaan.Sekiranya ada sesuatu pembetulan yang perlu disampaikan,

    maka disampaikan menerusi saluran yang telah ditetapkan.

    vii. Sabar :

    Sabar ertinya menahan diri apabila menghadapi suasana danpekerjaan yang sukar dan mencabar. Warga perkhidmatan awamdalam hubungannya dengan masyarakat sentiasa terdedah

    4

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    5/10

    www.islam.gov.my/pipa

    kepada kritikan dan kemarahan masyarakat. Maka oleh sebab itumereka mestilah banyak bersabar dalam menerima berbagaitekanan dan keburukan.

    Selain dari itu warga perkhidmatan awam juga mestilah sabar

    berusaha dan memperbaiki kelemahan yang ada baik pada dirimahupun pada organisasi.

    viii. Ikram :

    Sifat ikram bermaksud suka melayani atau memuliakan oranglain. Dalam konteks warga perkhidmatan awam ialah sukamelayani dan memuliakan orang ramai terutama mereka yangdatang berurusan. Warga perkhidmatan awam tidak bolehsombong, tidak boleh marah-marah dan tidak boleh

    menghinakan orang lain.

    Tanda orang yang mempunyai sifat ikram juga ialah tidak sukamelengah-lengahkan kerja dan menangguhkannya keranamenyusahkan pelanggan dan orang ramai dan menyebabkan kosyang tidak perlu ke atas semua pihak.

    Ketiadaan atau kekurangan sifat ikram ini sering menimbulkanketegangan antara warga perkhidmatan awam denganmasyarakat umum. Malah imej kerajaan turut terjejas bila wargaperkhidmatan awam tidak pandai melayani dan menghormati

    pelanggan.

    ix. Rajin dan Tekun :

    Rajin dan tekun adalah sifat mulia yang dikehendaki oleh Islam.Sebaliknya sifa malas dan sambil lewa adalah dikeji dan dihinaoleh Islam. Namun begitu terdapat dalam kalangan wargaperkhidmatan awam yang malas dan sambil lewa. Ini dapatdilihat di mana sahaja. Perangai suka melepak, berborak antaratanda-tanda perangai buruk yang dibenci itu.

    Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang mahukan pekerja yangpemalas. Majikan tidak suka, pelanggan benci dan Allah sertaRasulNya murka. Islam mahukan setiap umatnya melaksanakantugas dengan rajin dan tekun. Rajin dan tekun melaksanakantanggungjawab agama, serta rajin dan tekun melaksanakanamanah masyarakat dan Negara. Rasulullah S.A.W. bersabda

    5

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    6/10

    www.islam.gov.my/pipa

    yang bermaksud : Sesungguhnya Allah sukakan seseorangyang tekun dalam menjalankan tugasnya

    x. Taat :

    Taat ini ertinya tunduk dan patuh kepada perintah. Wargaperkhidmatan awam berada dalam sesebuah organisasi tertentu,maka kerana itu mestilah taat dan patuh kepada pemimpin sertasegala peraturan dan undang-undang yang ada. MAsyarakatumum selalunya menjadikan warga perkhidmatan awam sebagaicontoh ikutan mereka. Sekiranya didapati warga perkhidmatanawam sendiri tidak taat dan patuh kepada kerajaan dan undang-undang, maka mereka tidak akan menghormati wargaperkhidmatan awam yang sedemikian.

    Jadi, taat ini adalah sifat mulia manakala ingkar dan tidak setiaadalah sifat hina dan keji.

    Demikian sepuluh sifat mulia yang utama yang diajar oleh Islam. Denganmengamalkan sifat-sifat utama tersebut, maka warga perkhidmatan awamakan menjadi orang yang berintegriti dan dapat mempertingkatkan lagikewibawaan dan keutuhan peribadi dari semasa ke semasa. Di samping itudengan sendirinya imej dan nama baik kerajaan akan terpelihara dandisanjung tinggi oleh masyarakat dan dihormati oleh jiran dan rakan.

    5. Integriti Warga Perkhidmatan Hal Ehwal Islam :

    Warga perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia adalah merupakansebahagian dari warga perkhidmatan awam Negara keseluruhannya. Merekamempunyai pengetahuan berkaitan dengan Islam lebih mendalamberbanding yang lain. Justeru mereka diharap dapat menjalakan tugasdengan terbaik di samping mempunyai akhlak mulia dan terpuji yangunggul.

    Demikian harapan masyarakat dan harapan Negara. Namun begitu tidak

    semua berkeupayaan melakukan yang terbaik. Terdapat di kalanganpenjawat awam ini yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai inyegritiyang diharapkan. Masih ada yang belum menyempurnakan amanahnya,yang kurang jujur dan ikhlas dalam melakukan tanggungjawabnya, kurangmesra pelanggan dan lain-lain perilaku yang kurang memuaskan.

    Oleh keadaan sedemikian, maka seluruh warga perkhidmatan hal ehwalIslam di Negara ini mestilah menginsafi segala kelemahan dan kekurangan

    6

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    7/10

    www.islam.gov.my/pipa

    dan serentak dengan itu bangkit memperbetulkan diri masing-masing. Tanggungjawab yang dipikulkan adalah berat. Jangan sampai pengabaiantanggungjawab ini menjadi sebab utama mendapat kehinaan di dunia dankesengsaraan di akhirat. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasibsesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri mengubah nasib diri masing-

    masing. Demikian maksud firman Allah dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim.

    6. Membina Integriti :

    Integriti boleh dibina dan diusahakan. Ianya mampu dilakukan oleh semuaorang. Islam mempuyai cara dan pendekatan tertentu dalam membina danmempertingkatkan integriti manusia. Cara yang telah dijalankan olehBaginda Rasulullah S.A.W. ternyata berjaya menghasilkan natijah yang baiklagi mengkagumkan. Integriti para sahabat baginda seperti Abu BAkar Al-Siddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan begitu agung dan

    cemerlang. Pendekatan itu ialah :

    i. Menanam Iman :

    Pendekatan pertama yang dilakukan oleh Islam ialahmenanamkan keyakinan dan keimanan dalam diri setiapindividu. Setiap muslim mesti beriman kepada enam rukun imanyang telah ditetapkan dengan betul dan sempurna.

    Keimanan yang benar dan tulen, terutama keimanan kepada

    Allah, kepada Malaikat dan Hari Akhirat akan mampumembentuk peribadi menjadi kuat. Kuat dalam mengerjakansuruhan Islam dan kuat memelihara diri dari apa yang dilarangolehnya.

    Iman dan yakin adalah perbuatan hati. Hati manusia sifatnyaboleh, malah mudah berubah, maka oleh itu setiap muslimmestilah sentiasa menjaga hatinya agar tetap dalam imandengan menunaikan segala tuntutan rukuan Islam sertaditambah dengan amalan-amalan sunat dan zikrullah.

    ii. Menunaikan Rukun Islam :

    Sebagaimana telah dinyatakan bahawa iman mesti dibaja dandiperkuatkan sepanjang masa. Kalau tidak ia akan menjadilemah dan terhakis. Maka cara yang paling berkesan untukmemperkuatkan iman seseorang ialah mengerjakan semuatuntutan Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah,

    7

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    8/10

    www.islam.gov.my/pipa

    menunaikan sembahyang lima waktu, menyempurnakan ibadatpuasa bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakanibadat haji di Mekah al Mukarramah.

    Ibadat sembahyang lima waktu adalah kewajipan yang paling

    utama dalam membentuk dan menanamkan keimanan yangtulen kepada Allah S.W.T. disamping ianya menjadi faktor utamadalam memupuk semangat kesetiakawanan sesama insan danalam sekelilingnya serta membentuk disiplin yang unggul danmulia.

    8

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    9/10

    www.islam.gov.my/pipa

    Iii. Mendidik Akhlak Mulia :

    Untuk melahirkan insan yang baik dan berintegriti, dia mestidididik dan dilatih. Allah dan RasulNya meletakkan

    tanggungjawab mendidik ini ke atas bahu ibu bapa. Oleh itu ibubapa wajib mendidik dan melatih anak-anak mereka agarsentiasa berkelakuan dan berperangai baik dan muliasebagaimana dikehendaki oleh Islam. Di samping itu ibu bapasendiri menjadi contoh ikutan dalam menghayati nilaikeperibadian mulia dan akhlak terpuji.

    Tugas mendidik dan mengasuh insan berakhlak mulia tidakterhad kepada ibu bapa sahaja, malah Islam meletakkantanggungjawab ini kepada masyarakat dan kepimpinan Negara juga. Ketiga-tiga pihak ini bertanggungjawab atas apa jua

    masalah akhlak individu dan umat.

    Menurut Islam, akhlak individu dan umat boleh dibentuk dandikawal menerusi dua pendekatan ini, iaitu al-amru bil bilmakruf dan al-nahyu anil munkar. Kemungkaran dalamkeluarga, dalam masyarakat dan dalam Negara mestilah dicegahdan dihapuskan sedaya mungkin kerana salah satu kelemahanmanusia ialah mudah terdorong untuk melakukan kejahatan dankemungkaran.

    Jadi, apabila usaha dilakukan untuk melahirkan individu yang

    berintegriti, maka usaha itu mestilah dilakukan dengan berpandukanbimbingan dan pendekatan Islam, kerana pendekatan Islam adalahdatangnya dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui akan makhlukNyadan Maha Bijaksana.

    7. Penutup :

    Sebenarnya isu integriti bukanlah isu baru dalam ajaran Islam. Agamadari Allah sejak dari Nabi Adam A.S. hinggalah kepada Nabi MuhammadS.A.W. membicarakan hal ini dan meletakkan garis panduan dan bimbingan

    yang sesuai dan serasi dengannya. Cuma manusia selalu lupa. Dia perludiperingatkan selalu. Manusia ada yang tidak belajar. Dia perlu diajarkan.Manusia sering tenggelam dalam dosa dan maksiat menyebabkan hatinyaberkarat. Karat hatinya perlu dibersihkan.

    Sesungguhnya telah banyak program dan aktiviti berkaitan integriti ini.Semua ini adalah baik dan mulia. Maka seluruh warga perkhidmatan awamdan masyarakat umum mestilah menerimanya dan memastikan diri masing-

    9

  • 8/14/2019 INTEGRITI - DATUK SHAHIR-edited

    10/10

    www.islam.gov.my/pipa

    masing mempunyai integriti dan kewibawaan yang setinggi-tingginya. SabdaRasulullah S.A.W. bermaksud : Semulia-mulia orang mukmin itu ialahmereka yang paling baik akhlaknya dan firman Allah bermaksud :Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu disisi Allahialah yang paling tinggi taqwanya. Mudah-mudahan huraian ringkas ini

    memeberi manfaat untuk kita semua. Akhirnya menjadikan kita muslim yangberintegriti, dihormati oleh pelanggan, dipercayai oleh majikan dan dikasihiserta diredhai oleh Allah dan RasulNya.

    Amin, ya rabbal alamin.

    10