Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2015

download Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2015

of 21

description

PEKELILING

Transcript of Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2015

  • IPAD PDSI V2015.2

    1

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    ARAS BAWAH & ARAS 2, NO 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

    INSTRUMEN PEMANTAUAN PELAKSANAAN AKTIVITI DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Instrumen ini terbahagi kepada 9 aspek:

    1. Aspek 1- Persatuan Pendidikan Islam. 2. Aspek 2- Pelaksanaan Hari Kebesaran Islam 3. Aspek 3- Pertandingan 4. Aspek 4- Khemah Ibadah 5. Aspek 5- Surau IMARAH 6. Aspek 6- Program Bulan Dakwah 7. Aspek 7- Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)(SMKA SABK sahaja) 8. Aspek 8- Program Pemantapan Sahsiah (SM)

    OBJEKTIF PEMANTAUAN:

    a) Memastikan pihak sekolah mempunyai perancangan program dakwah

    sepanjang tahun dan jadual pengurusan yang telah dikemaskini.

    b) Memastikan sekolah-sekolah melaksanakan program dakwah secara berfokus.

    c) Mengetahui sejauhmana keberkesanan, kelemahan dan kekuatan aktiviti dakwah di sekolah-sekolah.

    d) Menilai keberkesanan program dakwah dalam menyumbang pembangunan

    modal insan selaras dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia ( PPPM ).

    e) Memberi cadangan kepada pihak sekolah sebagai panduan ke arah penambahbaikan program dakwah di sekolah.

    Negeri : ____________________________ Nama Sekolah : ____________________________

  • IPAD PDSI V2015.2

    2

    PROFIL SEKOLAH

    Bahagian ini berkaitan dengan maklumat am sekolah yang dipantau.

    Arahan : Sila isi maklumat dalam ruangan yang disediakan

    Bahagian A : Maklumat Asas Sekolah

    Nama Sekolah :

    Alamat Sekolah :

    No. Telefon :

    No. Faks :

    Alamat email :

    Laman web :

    Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam:

    Nombor Telefon :

    Arahan : Pada setiap kenyataan sila tanda (/) dalam ruangan yang berkenaan.

    Bahagian B : Profil sekolah Dipantau

    1. Jenis Sekolah

    1. Sekolah Kebangsaan (SK)

    2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

    3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

    4. Sekolah Kebangsaan (Pendidikan Khas)

    5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

    6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

    7. Sekolah Menengah Kebangsaan (Pendidikan Khas)

    8. Sekolah Menengah Teknik (SMT)

    9. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

    10. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

    11. Sekolah Sukan

    12. Sekolah Seni

    13. Lain-Lain; nyatakan :

  • IPAD PDSI V2015.2

    3

    2. Lokasi Sekolah

    1. Bandar

    2. Luar Bandar

    3. Pedalaman

    3. Gred Sekolah

    1. Gred A

    2. Gred B

    3. Sekolah Kurang Murid (SKM)

    4. Kategori Sekolah

    1. Kerajaan

    2. Bantuan Kerajaan

    3. Lain-Lain; nyatakan

    5. Maklumat Persekolahan

    Sesi Persekolahan Bilangan Murid Bilangan Kelas

    1. Satu Sesi (pagi sahaja) Pagi Pagi

    2. Dua Sesi (pagi dan petang)

    Pagi Pagi

    Petang Petang

    6. Status Premis

    1. Premis Sendiri

    2. Sekolah Menumpang (Beroperasi Sementara Menunggu Premis Sendiri Siap)

    3. Lain-Lain; nyatakan

    7. Senarai Nama Guru Pendidikan Islam /Guru Bahasa Arab/Guru jQAF

    Bil. Nama No. Telefon

    * Sertakan lampiran jika perlu

  • IPAD PDSI V2015.2

    4

    Arahan: Pada setiap kenyataan sila isikan Skor dalam ruangan yang berkenaan dengan merujuk kepada skala yang ditetapkan. PENENTUAN SKOR

    No. Aspek Aspek

    No. Item Item

    Skor Sekolah

    0 1 2

    1.

    Persatuan Pendidikan Islam

    (a) Persatuan Pendidikan Islam

    i. Fail Persatuan ii. Takwim Aktiviti Tahunan iii. Aktiviti :

    1..... 2.....

    iv. Laporan

    Jumlah Aspek 1

    /8

    2.

    Sambutan Hari Kebesaran Islam

    (a) Maal Hijrah / Maulidur Rasul

    i. Kertas Kerja & Laporan ii. Aktiviti :

    1..... 2.....

    (b) Israk Mikraj

    i. Kertas Kerja & Laporan ii. Aktiviti :

    1..... 2.....

    (c) Ihya Ramadhan

    i. Kertas Kerja & Laporan ii. Aktiviti : Tazkirah Ramadan / penerbitan

    : Iftar Jamaie : Tadarus Al-Quran / khatam Al-Quran

    Jumlah Aspek 2

    /16

    Skor Deskripsi (Tahap Pelaksanaan) 0 Tiada 1 Sederhana 2 Cemerlang

  • IPAD PDSI V2015.2

    5

    No. Aspek Aspek

    No. Item Item

    Skor Sekolah

    0 1 2

    3.

    Majlis Tadarus Al-Quran & Nasyid

    (a) Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) & Nasyid

    i. Kertas Kerja & Laporan ii. Aktiviti : Tilawah

    : Hafazan : Syarahan / Cerita : Nasyid

    Jumlah Aspek 3

    /10

    4.

    Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah

    (a) Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) (SMKA/SABK / KAA sahaja)

    i. Kertas Kerja & Laporan ii. Aktiviti : Kalimatus Sobah

    Hiwar Kuiz Bahasa Arab Kuiz Ilmu Wahyu Qiraat Sabah Hafazan

    Jumlah Aspek 4

    /14

    5.

    Khemah Ibadah

    (a) Khemah Ibadah / Kem Motivasi Islam

    i. Kertas Kerja & Laporan

    ii.

    Aktiviti : 1..... 2.....

    Jumlah Aspek 4

    /4

    6.

    Surau IMARAH (a) Surau IMARAH

    i. Pengurusan Pentadbiran ii. Pengurusan Aktiviti iii. Pengurusan Kelengkapan iv. Pengurusan Fizikal

    Jumlah Aspek 5

    /8

  • IPAD PDSI V2015.2

    6

    No. Aspek Aspek

    No. Item Item

    Skor Sekolah

    0 1 2

    7.

    Program Bulan Dakwah

    (a)

    Program Bulan Dakwah 2014 /2015 (minimum 4 aktiviti)

    Kertas Kerja & Laporan i. Kempen Menutup Aurat Dengan Sempurna ii. Kempen Smart Salam (Senyum Salam Sapa) iii. Kuliah 3 Minit iv. Radio Islami v. Semarak Jawi vi. Street Dakwah vii. Pendakwah Cilik (SR sahaja) viii. Imam Remaja (SM sahaja) ix. Kempen Tak Nak Couple (SM sahaja) x. Kaunter Faraid (SM sahaja)

    Jumlah Aspek 6

    /10

    8.

    Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) (SMKA & SABK sahaja)

    (a) Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

    i. Fail ( Bilangan 6) ii. Aktiviti iii. Usrah iv Laporan

    Jumlah Aspek 9

    /8

    9.

    Program Pemantapan Sahsiah (SM)

    (a) Program Pemantapan Sahsiah (SM)

    i. Kertas Kerja & Laporan

    ii.

    Aktiviti : 1..... 2.....

    Jumlah Aspek 9

    /4

  • IPAD PDSI V2015.2

    7

    RUMUSAN

    No. Aspek Aspek

    Markah penuh % SK SMK SMK (KAA)

    SMKA / SABK

    1 Persatuan Pendidikan Islam

    2 Sambutan Hari Kebesaran Islam 3 Majlis Tadarus Al-Quran & Nasyid 4 Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah 5 Khemah Ibadah 6 Surau IMARAH

    7 Program Bulan Dakwah

    8 Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) (SMKA & SABK sahaja)

    9 Program Pemantapan Sahsiah (SM sahaja)

    JUMLAH SKOR KESELURUHAN /74 /78

    PENARAFAN (Pencapaian 60% ke bawah perlu tindakan pemantauan susulan)

    PERATUS PENCAPAIAN TARAF PENCAPAIAN

    PENCAPAIAN (Tandakan )

    90% - 100% CEMERLANG

    76% - 89% SANGAT BAIK

    61% - 75% BAIK

    50%- 60% SEDERHANA

    49% ke bawah LEMAH

  • IPAD PDSI V2015.2

    8

    ULASAN PEGAWAI PEMANTAU : Arahan : Sila catatkan pada ruangan kosong di bawah 1. Perancangan program dakwah:

    2. Pelaksanaan program dakwah secara berfokus:

    3. Kekuatan aktiviti dakwah:

    4. Kelemahan aktiviti dakwah:

    5. Rumusan

    . Tandatangan

    Ketua Pegawai Pemantau & Cop

    . Tandatangan

    Pegawai Pemantau & Cop

    . Tandatangan

    Pengetua / Guru Besar & Cop

  • Lampiran Surat Pekeliling yang berkaitan 1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9A/1976 :

    PELAKSANAAN BIMBINGAN AGAMA BAGI MURID-MURID BERAGAMA ISLAM

    2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : PENCERAMAH JEMPUTAN UNTUK MAJLIS DAN AKTIVITI AGAMA ISLAM DI SEKOLAH

    3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1991 : TATAKELAKUAN PELAJAR KETIKA DI MASJID

    4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1977 : KEMUDAHAN UNTUK MURID-MURID ISLAM SEKOLAH MENENGAH MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT

    5. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1977 : BACAAN DOA MENGIKUT AGAMA KRISTIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MISYEN

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

    Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : PELAJARAN

    Ruj. Tuan :

    Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (60)

    Tarikh : 5 Februari 1991

    Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1991 : Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid Dukacita didapati akhir-akhir ini keadaan di mana sebilangan pelajar tidak dapat menunjukkan adab serta tatatertib yang baik ketika berada di masjid untuk solah berjemaah, jelasnya bagi fardhu Jumaat. Terdapat perlakuan di kalangan pelajar yang berbuat dan bergurau sesama sendiri, serta membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para jemaah lainnya. 2. Perlakuan sedemikian boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap disiplin pelajar, sekaligus menggugat kewibawaan sekolah yang akan dianggap sebagai gagal memberikan pendidikan yang berkesan. Hal seumpama ini tidak seharusnya dibiarkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat dengan perlakuan tersebut masih kecil. 3. Sebagai langkah kawalan, sekolah-sekolah adalah dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut :

    (a) Sentiasa memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib ketika berada di tempat-tempat khas, lebih-lebih lagi apabila berada di masjid, surau atau madrasah, melalui perhimpunan mingguan, atau dilakukan oleh guru di dalam kelas, di samping pengajaran mata pelajaran Agama Islam.

    (b) Guru-guru ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan pelajar di masjid di

    mana lazimnya pelajar menyempurnakan fardhu Jumaat dan di masjid-masjid di mana guru-guru menjadi kariahnya.

    (c) Bagi menentukan keberkesanan pengawasan, lebih sesuai jika pelajar-

    pelajar dikelompokkan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Pengawas Sekolah. Pelajar-pelajar seharusnya berada di saf-saf yang diperuntukkan kepada mereka.

    (d) Lain-lain tindakan yang dapat membantu mengawas perlakuan tidak

    berdisiplin pelajar ketika di masjid. 4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah jagaan tuan. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

  • Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    s.k 1. Y.B. Dato Sri Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia

    2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

    3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

    4. Ketua Setiausaha

    Kementerian Pendidikan

    5. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan

    6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan

    7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan

    8. Timbalan Ketua Setiausaha II

    9. Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

    10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

    Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : PELAJARAN

    Ruj. Tuan :

    Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (53)

    Tarikh : 25 Januari 1991

    Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah Pengajaran Agama Islam bersifat formal di bilik darjah sewajarnya disokong dengan strategi-strategi amali, latihan danpengayaan di luar bilik darjah untuk membantu pelajar-pelajar yang beragama Islam mengukuhkan lagi pengetahuan serta penghayatan mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti Agama Islam yang dijalankan di sekolah, seperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus diadakan dan sememangnya digalakkan. Akan tetapi, dalam kaitan ini, penyampaian kuliah atau ceramah agama yang lazimnya diadakan untuk majlis-majlis tersebut, difikirkan lebih sesuai jika dilakukan oleh kalangan para guru sendiri. 2. Bermula daripada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini, pihak pentadbir sekolah hendaklah memberi keutamaan menjemput guru-guru Agama Islam yang sedang berkhidmat di sekolah atau berada dalam perkhidmatan pendidikan untuk menyampaikan kuliah atau ceramah di majlis-majlis sebagaimana dinyatakan di atas. Jemputan kepada individu-individu bukan guru atau tokoh-tokoh perseorangan di luar daripada perkhidmatan pendidikan hendaklah dielakkan. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

  • Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    s.k 1. Y.B. Dato Sri Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia

    2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

    3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

    4. Ketua Setiausaha

    Kementerian Pendidikan

    5. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan

    6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan

    7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan

    8. Timbalan Ketua Setiausaha II

    9. Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

    10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan

  • 1PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

    Fax: 03-2535150

    KP (BS) 8591/Jld. XIV/(14)22 Jun 1998

    Semua Pengarah Pendidikan Negeri

    Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/1998:Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah

    Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Pendidikan Islam antara lain memberikanpenekanan kepada aspek penghayatan dan amali. Sehubungan dengan itu, kewujudansurau dan bilik sernbahyang menjadi penting dan perlu dalam usaha mengukuhkanpengajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah. Narnun demikian, hasil kajian yangdijalankan oleh Kementerian Pendidikan mendapati masih banyak sekolah yang dibinasebelum Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7)yang belum mempunyai surau atau bilik sembahyang yang tetap dan sesuai untukmenjalankan kegiatan Pendidikan Islam selaras dengan kehendak kurikulum.

    2. Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduankepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolahmasing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturan-peraturan yang ada. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Surat Pekelilinglktisas ini dikeluarkan.

    i. DEFINISI

    a. Istilah surau bermaksud satu bangunan tersendiri yang terpisah daripada bilikdarjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyangdan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.

    b. Bilik sembahyang bermaksud bilik yang dibina bersambung dengan bangunansekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam olehseluruh warga sekolah.

    ii. KEBENARAN UNTUK MEMBINA SURAU

    a. Pelan bangunan surau atau bilik sembahyang perlu mendapat kelulusan pihakberkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kerja Raya, JabatanBomba dan pihak-pihak lain yang berkaltan.

    b. Lokasi bangunan surau atau bilik sembahyang perlu dipersetujui oleh pihaksekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

  • 2iii. PEMBIAYAAN

    a. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan hanya memberi peruntukan kewanganbagi pembinaan bilik sembahyang sahaja. Bagi pembinaan surau, tiadaperuntukan diberikan. Permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagipembinaan bilik sembahyang hendaklah dikernukakan melalui JabatanPendidikan Negeri kepada Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan BekalanKementerian Pendidikan.

    b. Sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang sendiriboleh memohon bantuan daripada individu, orang rarnai, pihak swasta dan lain-lain, selain daripada Kerajaan, melalui Persatuan lbu Bapa dan Guru.

    c. Pungutan derma yang melibatkan pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada dan kandungan Surat Pekeliling lktisas Bil. 7/1983.

    iv. PROSEDUR PEMBINAAN

    a. Dari segi tapak binaan, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memastikanbahawa pelaksanaan projek tidak akan mengganggu projek-projekpembangunan yang akan datang di sekolah berkenaan.

    b. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai bilik sembahyang bolehlahmembina bangunan tambahan bersambung dengan bangunan sekolah ataumengubahsuai bilik darjah yang sedia ada.

    c. Bilik sembahyang yang bersambung dengan bangunan sekolah hendaklahmengambil kira arah qiblat jika boleh dan reka bentuknya sesuai sebagai biliksembahyang.

    d. Sekolah-sekolah yang akan membina surau atau bilik sembahyang hendaklahmengikut pelan, reka bentuk dan piawaian yang diluluskan oleh Jabatan KerjaRaya dan Kementerian Pendidikan.

    e. Bilik sembahyang seperti yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan dalambrif projek bangunan sekolah adalah seperti berikut.

    SEKOLAH MENENGAH

    (i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 18 bilik darjah, keluasan untuk biliksembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meterlebar).

    (ii) Sekolah yang mempunyai 24 hingga 36 bilik darjah, keluasan untuk biliksembahyang = 135 meter persegi (6 petak = 7.5 meter panjang X 18 meterlebar).

    (iii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6meter lebar) Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan

    SEKOLAH RENDAH

    (i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 30 bilik darjah, keluasan untuk biliksembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meterlebar).

  • 3(ii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6meter lebar). Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan

    f. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membinaatau mengubahsuai bilik sembahyang dengan keluasan yang berbeza daripadayang ditetapkan di atas, kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan PendidikanNegeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

    g. Bilik sembahyang perlu mempunyai kabinet atau rak kayu untuk menyimpankeperluan-keperluan surau.

    h. Setelah projek pembinaan surau atau bilik sembahyang siap,bangunan atau biliktersebut perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolahyang bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengawasan, penyeliaan danpenyelenggaraan.

    i. Pihak sekolah hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan olehJabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.

    3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lktisas ini kepada semua sekolah dinegeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

    Terima kasih.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

    DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

    s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul RazakMenteri Pendidikan Malaysia

    2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid YunusTimbalan Menteri Pendidikan

    3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan OnnTimbalan Menteri Pendidikan

    4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

    5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

    6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

    7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

    8. Ketua Nazir Sekolah

    9. Pegawai Perhubungan Awam