Institusi agama di Eropah Zaman Pertengahan
description
Transcript of Institusi agama di Eropah Zaman Pertengahan
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
INSTITUSI AGAMA DI EROPAH ZAMAN PERTENGAHAN
1.0 Pengenalan
Zaman Pertengahan di Eropah merupakan tempoh masa yang memperlihatkan
pengaruh agama Kristian yang meluas ke atas masyarakat Eropah. Eropah melalui zaman
Pertengahan dalam tiga peringkat. Pertama ialah zaman Pertengahan Awal (400 BCE –
1000 BCE) diikuti oleh zaman Pertengahan Lanjutan (1000 BCE – 1300 BCE) dan ketiga
ialah zaman Pertengahan Akhir (1300 BCE – 1500 BCE). Agama Kristian terdiri
daripada dua aliran iaitu Arianisme dan Orthodoks. Semasa Zaman Pertengahan di
Eropah, gereja merupakan institusi agama yang sangat berkuasa. Pada masa zaman
Pertengahan ini, gereja mengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah. Gereja
secara realitinya dikawal oleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja
sebagai alat bagi memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja
ialah sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas. Hilang ketaatan kepada gereja
atau mempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadap gereja
dan dihukum mati.1 “Exalt not yourself, but if you would reign the longer, be subject to
God. It is written, God’s to god and caesar’s to Caesar. The palace is the Emperor’s, the
Churches are the Bishop’s.” This emphasis on an independent role for the church made
possible the emergence of a dual power structure between church and state that formed
one of the most important elements of medieval civilization. 2 Penekanan ke atas peranan
bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa antara gereja dan negara yang
salah satunya membentuk elemen terpenting pada zaman Pertengahan. Gereja pada
zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbangan ahli-ahlinya. Gereja memperoleh
pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yang besar
dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe.3 Raja, putera raja dan tuan tanah yang
kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan biara. Fungsi gereja bukan hanya
1 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 182.2 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 181.3 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 182.
1
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem perundangan yang teliti.4 Gereja
mempunyai mahkamah sendiri yang menyelesaikan semua perkara yang melibatkan
bukan sahaja kepada monk tetapi juga pelajar, pejuang, janda, anak-anak yatim dan
golongan yang kurang berupaya.5 Gereja juga mempunyai organisasi negara. Pope
sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman
Pertengahan Eropah. Bahasa rasmi seluruh gereja ialah Latin.6 Gereja di Eropah semasa
zaman Pertengahan ialah gereja Katholik.7
2.0 Asal-usul agama Roman Khatolik
Agama misteri membentuk satu kategori pemujaan baru dan adakalanya
diserapkan ke dalam agama Kristian.8 Kepercayaan pagan ini turut diserapkan dalam
agama Kristian Katholik. Agama misteri ini dikenali kerana ajaran agama misteri ini
memasuki komuniti atau penganut yang hampir dengan cara upacara tertentu atau
“misteri”. Terdapat banyak jenis upacara ini: pemujaan Serapis; Cybele, juga dikenali
sebagai The Great Mother; Isis dan Mithra, Tuhan Parsi.9
Agama misteri ini, termasuk Kristian, mempunyai banyak ciri persamaan. Agama
ini datang daripada Timur. Agama ini bersifat universal, tidak terhad kepada kumpulan
etnik yang khusus atau kedudukan sosial.10 Agama ini mempunyai sifat yang tersendiri
dan peribadi yang lebih baik berbanding sivik dan masyarakat yang dimiliki oleh agama
pagan Rom dan Greek. Agama ini menawarkan janji permulaan kehidupan yang baik
selepas mati. Daripada ciri-ciri ini, dapat dilihat bahawa pemujaan ini melanda pelbagai
4 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 182.5 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 182.6 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, hlm. 183.7 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadworths, hlm. 178.8 Cruz, Jo Ann Hoeppner Mohan & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 48. 9 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, hlm. 48.10 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-149, hlm. 48.
2
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
kategori yang merentas dalam pemikiran Hellenestik sebagai falsafah-falsafah
pemerintahan: Epicureanisme, Stoicisme dan Neoplatisme.
Agama misteri yang tersebar meluas dalam Empayar Rom sebelum kejayaan
Kristian ialah Mithraisme, pemujaan kepada “The Unconquerable Sun.”11 Mithra
selalunya digambarkan membunuh seekor lembu jantan, sumber kehidupan dan
gambaran ini menyampaikan idea tentang kehidupan melalui kematian.12 Pemujaan ini
mengamalkan banyak “misteri” tentang kesucian makan dan minum dan menyokong
sikap yang beretika tinggi. Penganut dihakimi sesuai dengan kehidupan selepas mati
berdasarkan kelakuan yang beretika tinggi. Walaupun Mithraisme berasal dari Parsi,
agama ini tersebar meluas ke Barat dan popular khususnya dalam kalangan Tentera Rom.
Maharaja Aurelian (270-275) berniat untuk menjadikan Mithraisme agama negara tetapi
mangkat sebelum sempat melaksanakannya.13
3.0 Hierarki institusi agama gereja Katholik
3.1 Pope
Gereja Katholik di Eropah semasa Zaman Pertengahan terdiri daripada beberapa
tingkat hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,
archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar dan paling bawah ialah nuns.
Pope juga digelar sebagai papa. “The Latin word papa merely means “father,” a title
given by courtesy to other priests than the pope. It is not known for certain when the
word pope was first applied exclusively to the bishop of Rome.”14 Pope merupakan ketua
kepada gereja Katholik disebabkan kedudukannya yang terletak pada hierarki tertinggi.15
“The powers of the pope were very great, every one admitted,...”.16 Pope dianggap
11 Cruz, Jo Ann Hoeppner Mohan & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 48.12 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 48.13 Cruz, Jo Ann Hoeppner Mohan & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-149, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 48.14 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 172.15 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 181. 16 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western
3
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Jawatan pope wujud dalam insitusi agama Roman
Katholik dengan penyenaraian Saint Peter sebagai pope pertama dalam Annurio
Pontificio (buku tahunan rasmi Vatican).17 Pengaruh dan kekuasaan Pope adalah luas.
Antara perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa Pope ialah hal-hal yang berkaitan
dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot. Pope berkuasa dalam melantik
archbishop, bishops dan abbot. Hal ini berdasarkan penyataan berikut bahawa Pope
mempunyai kuasa tersebut: “should the king or the pope have the advantage of selecting
the bishops and the abbots of rich monasteries. Naturally both were anxious to place
their friends and supporters in these influential positions. Moreover, the pope could
claim a considerable contribution from those whom he appointed, and the king naturally
grudged him the money.”18
Pope juga berperanan sebagai ketua kepada curia iaitu mahkamah.19 Dalam
menguruskan gereja, pope memerlukan pendapatan yang banyak dan pendapatan ini
diperolehi daripada archbishop, bishops dan abbot. Archbishop, bishops dan abbot
digesa untuk memberikan sumbangan. Perlantikan archbishop, bishops dan abbot adalah
melalui pemilihan yang dilakukan oleh pope. Lebih banyak sumbangan yang diberikan
oleh archbishop, bishops dan abbot maka lebih besar peluang mereka dipilih oleh pope
untuk menjawat jawatan.20 Dalam perkataan lain, pope berhak untuk memilih dan
melantik kepada kenaikan setiap kelas mobiliti sosial ataupun hierarki. Bidang kuasa
pope bukan hanya sebagai penggubal undang-undang yang agung tetapi pope juga
merupakan hakim yang agung.21 Pope berkuasa untuk membuat pengecualian kepada
semua undang-undang manusia, contohnya membenarkan sepupu berkahwin dan
Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, Hlm 19617 The Americana Encyclopedia: Volume 21 Oporto to Photoengraving. 1997. hlm. 366.18 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn,Hlm 19519 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, hlm. 184.20 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 184.21 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, hlm. 183.
4
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
membebaskan rahib daripada ikrar atau sumpah yang dibuat.22 Pengecualian ini dikenali
sebagai dispensations.23 Pope mengawal semua bahagian gereja Katholik melalui warkah
atau legates.24
3.2 Cardinal
Cardinal ialah jawatan kedua tertinggi dalam institusi gereja Katholik selepas
pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gereja Roman Katholik yang paling kanan di
bawah Pope dan mewakili golongan paderi Roman. Cardinal dalam institusi gereja
Khatolik adalah terdiri daripada 12 orang. Jawatan cardinal yang berperanan dalam
memilih pope hanya wujud pada tahun 1059 selepas Pope Nicholas II dilantik menjadi
pope.25 Tugas cardinal ialah membantu pope dalam menguruskan gereja. Selain itu,
cardinal juga turut membantu pope mentadbir mahkamah yang dikenali sebagai curia.26
Tugas cardinal yang paling besar ialah dalam memilih pope. Selepas kematian seseorang
pope adalah menjadi tugas cardinal untuk memilih pope yang baru bagi menggantikan
pope sebelumnya yang telah meninggal dunia.
Sebelum tahun 1059, pemilihan pope adalah di bawah kawalan raja dan golongan
tuan-tuan tanah. Selepas Pope Nicholas II dipilih pada tahun 1059, Pope Nicholas II telah
mengeluarkan perintah agar hak pemilihan pope yang sebelumnya dipegang oleh raja dan
golongan tuan-tuan tanah dipindahkan buat selamanya kepada cardinal.27 Langkah yang
dilakukan oleh Pope Nicholas II ini bertujuan untuk membebaskan gereja daripada
kawalan raja dan golongan tuan-tuan tanah. Pemilihan pope yang baru dilakukan melalui
22 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 183.23 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 183.24 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 18325Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 151.26 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 184.27 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 151.
5
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
institusi yang dikenali sebagai College of Cardinals.28 “..the college of cardinals
fashioned a form of election that depended upon a majority vote of those presnt..”.29
College of Cardinals ini merupakan institusi khas yang bertanggungjawab dalam
pemilihan pope yang baru dan masih wujud sehingga kini di Vatican City. Cardinal juga
berperanan sebagai penasihat utama30 kepada pope dalam membuat sesuatu keputusan
misalannya dalam meluluskan rang undang-undang yang baru. Di samping itu cardinal
bertindak sebagai pentadbir kepada pope.31 Cardinal membantu pope dalam
menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, permohonan yang telah
diselesaikan dan isu keputusan bertulis (decretal letters).32
3.3 Archbishop
Selepas cardinal ialah archbishop. Nama lain bagi archbishop ialah
metropolitan.33 “As time went on, it became necessary to have archbishops, whose seats
were usually in the Roman capitals or chief cities of the provinces, and who in charge of
all the churches in their respective provinces. These men were called metropolitans.”34
Sejarah archbishop atau metropolitan bermula dari Asia Minor dan juga di Pulau Crete,
Greek namun ahli sejarah belum dapat mengetahui tarikh tepat bila archbishop pertama
dilantik.35 Archbishop ialah institusi yang dikenali dalam gereja melalui Council of Nicea
(341M) dan juga Council of Antioch (341M).36 Archbishop merupakan orang yang berada
ataupun orang yang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek
perniagaan. Secara asasnya archbishop lebih berkuasa daripada bishop.37 Seorang
28 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 151.29 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 40830 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 180.31 Western Civilization Comprehensive Volume, hlm. 180.32 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 409.33 Messmer, Sebastian, 1907, The Catholic Encyclopedia Volume I, New York: Robert Appleton Company, hlm. 15.34 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 172.35 Messmer, Sebastian, 1907, The Catholic Encyclopedia Volume I, New York: Robert Appleton Company,hlm. 15.36 The Catholic Encyclopedia Volume I. hlm. 15.37 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America:
6
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
archbishop merupakan seorang bishop yang mana kekuasaanya melebihi kuasa yang ada
dalam wilayahnya.38 Kawasan yang berada di bawah kekuasaan archbishop mengandungi
beberapa daerah yang ditadbir oleh bishop.39 Archbishop juga merupakan seorang bishop
dan biasanya bishop daerah yang paling penting dalam wilayahnya. Antara tugas lain
archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara pertabalan raja.40
Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga
berkuasa ke atas semua wilayah bishop.41 Dengan kata yang lebih tepat, archbishop
mengetuai semua bishop.
3.4 Bishop
Bishop berada di bawah archbishop dalam hierarki. Orang yang memegang
jawatan bishop adalah dilarang untuk berkahwin. “According to the law of the Church,
the bishops and abbots could not marry and so could have no children to whom they
might transmit their property.” 42 Sama seperti archbishop, bishop juga merupakan orang
yang berada ataupun orang yang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam
aspek perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin43 dan kuasa yang
dipegang dipindahkan kepada mereka dengan kekuasaan Tuhan. Bishop mewakili Gereja
Sedunia dalam daerah masing-masing. Asal-usul jawatan bishop adalah tidak jelas tetapi
kemungkinan uskup telah menubuhkan jawatan bishop, priest dan deacon dalam gereja
Kristian pada abad kedua Masihi.44 Setiap bishop mempunyai gereja khas sendiri yang
dikenali sebagai cathedral.45 Selain cathedral gereja lain di bawah kawalan bishop ialah
Wadsworth. hlm.180.38 Robinson, James Harvey 1926. Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. hlm. 184.39 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 118.40 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, hlm. 402.41 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 184.42 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 14743 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 184.44 The New Encyclopedia Britannica: Volume 2 Micropædia Ready Reference, 1998, hlm. 238.45 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of the Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 185.
7
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
basilica. Basilica memperlihatkan pembahagian hierarki yang jelas dalam institusi agama
Katholik.46 Gereja yang dimiliki oleh bishop ini dianggap yang terbaik dan terbesar di
wilayahnya. Dari segi saiz dan kecantikan, gereja yang dimiliki oleh bishop ini jauh
melebihi gereja daerah yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab bishop untuk
mengawasi tanah dan pemilikan yang dalam wilayahnya.47 Bishop mempunyai kuasa
yang besar ke atas harta, priests dan juga kakitangan gereja yang lain dalam daerah
mereka.
Rajah : Cathedral
Rajah : Basilica di Vatican
Kuasa bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah
kerohanian.48 Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankan tanggungjawab dalam 46 The Americana Encyclopedia: Volume 6 Cathedral to Civil War. 1997. hlm. 2.47 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of the Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 185.48 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European
8
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
gerejanya iaitu penyelamatan jiwa.49 Bishop merupakan pusaka kepada saint tempatan
dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang diperlukan oleh saint.
Untuk sebab ini, orang melihat bishop sebagai pelindung rohani dan mereka taat setia
kepada bishop.
Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga yang berkuasa.50 Situasi di
selatan Gaul pada abad keenam secara jelas menunjukkan gambaran ini. Penulis dan ahli
sejarah yang terkenal iaitu Gregory,51 Bishop Tours (573-594) datang daripada kelurga
Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama beberapa generasi memegang kuasa ke atas
Tours dan Langres dan hampir sebagai hak milik kekeluargaan.
Ketiga ialah bishop mampu memperoleh martabat yang hebat daripada
pengaruhnya di Mahkamah Diraja.52 Dalam kurun ketujuh dan kelapan bishop sentiasa
hadir di mahkamah diraja.53 Seorang lelaki dari keluarga yang penting boleh memulakan
kerjayanya sebagai pentadbir sekular atau pemimpin tentera di mahkamah dan
kemudiaannya menerima daerah untuk ditadbir sebagai penganugerahan untuk
kerjayanya. Memiliki pengaruh di mahkamah mampu meningkatkan martabat seorang
bishop.
Keempat ialah fungsi sekular tempatan bishop membolehkan beliau memperoleh
kuasa dan pengaruh.54 Di Byzantine Itali dan juga kerajaan barbarian yang baru
ditubuhkan bishop memegang lebih banyak jawatan dalam kerajaan tempatan. Di
beberapa bandar, bishop dan pegawai gereja yang lain merupakan kerajaan yang
berkesan. Bishop mengendalikan pentadbiran tempatan, menyelesaikan pertikaian
undang-undang tempatan dan memberikan projek bangunan awam, pendidikan, bantuan
untuk orang miskin, mengambil berat orang yang sakit, pengebumian orang yang
History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 120.49 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.50 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.51 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.52 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.53 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.54 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.
9
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
meninggal dunia dan membaiki tembok kota.55 Di samping tugas rohani, bishop juga
mempunyai tanggungjawab bukan rohani, membuatkan bishop orang yang paling penting
di bandar.
Kelima, dalam kerajaan barbarian, gereja dengan cepat menjadi pemilik tanah
tunggal yang terbesar selepas raja.56 Menjelang abad ketujuh, tiga suku daripada tanah
yang pernah dimiliki oleh gereja telah pun menjadi kepunyaan gereja. Kebanyakannya
walaupun bukan semua, tanah yang dipegang oleh gereja dalam daerah jatuh ke tangan
bishop.57 Dalam masyarakat yang mana tanah merupakan hampir satu-satunya sumber
kekayaan, menjadi tuan tanah bermaksud bahawa bishop mempunyai kekuasaan yang
besar. “The bishops became the vassals of the king or of other feudal lords by doing
homage for a fief and swearing fidelity, just as any other vassal would do.”58
Bishops and abbots practically chosen by the feudal lords. The lord could in this way control the choice of the prelates, for in order to become a real bishop or abbot, one had not only to be elected, he had also to be solemnly “invested” with thw appropriate powers of a bishop or abbot and with his lands. Whwn a bishop or abbot had been duly chosen, the feudal lord proceeded to the investiture. The new bishop or abbot first became the “man” of the lord by doing him homage, and then the lord transferred to him the lands and rights attached to the office. No careful distinction appears to have been made between the property and the religious powers. The lord often conferred both by bestowing upon a bishop the ring and the crosier, the emblems of religious authority. It seemed shocking enough that the lord, who was often a rough soldier, should dictate the selection of the bishops; but it was still more shocking that he should assume to confer religious powers with religious emblems. Yet even worse things might happen, since sometimes the lord, for his greater convenience, had himself made bishop.59
3.5 Priest
Priest merupakan paderi atau pendeta. Sejarah priest bermula dalam gereja
Kristian awal sebagai bishop pertama dan yang lebih tua atau “presbyters”. Menjelang
penghujung abad kedua, bishop gereja mula dikenali sebagai priest dan mula melakukan
55 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 121.56 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492,hlm. 121.57 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 121.58 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of the Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 14759 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 148
10
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
fungsi atau peranan priest yang tertentu terutamanya berkaitan dengan Eucharist.60 Ini
merupakan asal-usul kemunculan priest. Agama Kristian bermula sebagai agama di
bandar-bandar di Eropah dan mengambil masa yang lama untuk tertubuhnya rangkaian
kariah yang meresap di kawasan desa. Sistem priest dan kariah di kebanyakan bahagian
yang kini dikenali sebagai Belgium, Belanda, barat Jerman dan utara Perancis tidak
ditubuhkan sehingga abad kelapan di bawah Empayar Carolingian awal dan sistem priest
dan kariah ini tidak ditubuhkan dengan banyak di Timur Jerman iaitu Rhine sehinggalah
abad kesembilan. Sifat kepaderian secara jelas berbeza dengan besar dari satu tempat ke
tempat yang lain. Di kawasan bandar priest memainkan peranan yang penting. Tugas
yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinya serta
mengurus gereja di bawah pengendaliannya. 61 Lazimnya priest menguruskan gereja kecil
yang dikenali sebagai chapel. Chapel merupakan tempat untuk sembahyang, berdoa,
berkhutbah, menjalankan upacara keagamaan, pengebumian, perkahwinan dan
pembaptisan.62 Latar belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalah
berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripada keluarga yang penting dan
menikmati pendidikan yang baik.63 Berbeza dengan priest luar bandar, priest luar bandar
berasal daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya, dan tidak mampu membaca
kitab dan mengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik.64 Sama seperti
bishop, priest juga dilarang untuk berkahwin.
60 The New Encyclopædia Britannica: Volume 9 Micropædia Ready Reference. 1998. hlm. 695.61 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 122.62 The Americana Encyclopedia: Volume 6 Cathedral to Civil War, 1997, hlm. 285.63 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 122.64 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 122.
11
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
Rajah : Chapel
Pendapatan yang diperolehi priest ialah “the priest were supposed to be supported
by the lands belonging to the parish church and by the tithes. But both of these sources of
income were often in the hands of laymen or of a neighboring monastery, while the poor
priest received the merest pittance, scarcely sufficent to keep soul and body together.”65
Hukuman untuk dosa yang dikenakan oleh priest dikenali sebagai penance. “This
took a great variety of forms. It might consist in fasting, repeating prayers, visiting holy
pleces, or abstaining from one’s ordinary amusements. A journey to the Holy Land was
regarded as taking the place of all other penance. Instead, however, of requiring the
penitent actuallly to perform the fasts, pilgrimages, or other sacrifices imposed as
penance into a contribution, to be applied to some pious enterprise, like building a
church or bridge, or caring for the poor and sick.”66
3.6 Deacons
65 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm.18666 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm 186
12
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
Deacon merupakan jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang
paling rendah dalam hierarki atasan gereja (bishop-priest-deacon). Deacon merupakan
pegawai gereja yang menyelenggarakan hal-hal duniawi dan juga hal-hal yang berkenaan
dengan gereja.67 “Deacons, whose task was to give help to Christians in their ordinary
daily affairs and especially to take care of the administration of the charity;...” 68Sejarah
deacon tercatat dalam Bible iaitu dalam Acts of the Apostles (6:1-6).69 Tugas deacon yang
berkaitan dengan gereja ialah deacon dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi-
fungsi gereja yang penting. Antara tugas deacon yang paling penting ialah membaca atau
memimpin nyayian gereja yang dikenali sebagai gospel.70
Deacon juga menjalankan kewajipan penting yang bukan berkaitan dengan gereja
seperti memberi sumbangan derma kepada golongan yang miskin. Jawatan deacon ini
boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau langkah permulaan ke arah kepaderian.
Gereja zaman Pertengahan Awal yang besar terutamanya yang diduduki oleh
bishop mempunyai pegawai pendeta yang lain. Dokumen-dokumen yang ada
menerangkan tentang subdeacon, penjaga pintu, penyembuh (exorcist), lektor serta
pembantu paderi dalam upacara gereja (acolytes) dan semua golongan ini secara rasmi
dimasukkan dalam “minor orders”. Mereka menjalankan pelbagai upacara keagamaan
yang berkaitan dengan gereja, pentadbiran dan fungsi-fungsi praktikal dalam membantu
paderi dan deacon dalam menguruskan gereja.71
3.7 Monk
Monk (dalam bahasa Latin monachus, bermaksud “seseorang yang hidup
bersendirian”) merupakan orang yang yang mencari kebenaran dengan hidup secara
terpisah daripada dunia dan memisahkan diri daripada masyarakat dan mengabdikan diri
sepenuhnya kepada Tuhan.72 “Those who Lived by the Rule of St. Benedict had to cut off
67 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 123.68 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 172.69 Collier’s Encyclopedia: Volume 7 Colonna to Decatur. 1997. New York: P. F. Collier. hlm. 750.70 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 123.71 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 123.72 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm. 136.
13
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
all ties with their families and their previous lives before entering the monastery.”73
Monk berkait rapat dengan institusi kebiaraan. Komuniti biara Kristian yang terawal
ditubuhkan di padang pasir di Mesir. Tradisi Desert Fathers paling baik digambarkan
oleh Saint Anthony of Egypt (250-315M) yang mengatur pengikutnya ke dalam biara
kuno pada awal abad keempat.74 Pada waktu inilah peranan atau tugas monk muncul.
Dalam peraturan Saint Benedict, monk wajib melakukan beberapa siri aktiviti dengan
penekanan utama ke atas sembahyang dan kerja-kerja manual.75 Beberapa jenis kerja
fizikal perlu dilakukan oleh monk untuk beberapa jam setiap hari kerana kemalasan
merupakan “musuh kepada jiwa”.76 Walau bagaimanapun, kerja-kerja fizikal yang
dilakukan oleh monk ini tidak dibenarkan melebihi kewajipan rohani mereka.
Sembahyang wajib dilakukan oleh monk. Amalan doa ini merupakan “pekerjaan Tuhan”.
Menurut peraturan Saint Benedict, monk mementingkan aktiviti pemujaan.
Mereka bangun pada pukul 2.00 pagi setelah mendengar loceng berbunyi. Rutin tersebut
dilakukan pada waktu malam dan lama dan tanpa berkata dan berfikir, monk bangun
daripada tidur mereka dan pergi ke gereja. Monk akan berkumpul di gereja dan bersama-
sama menyanyikan lagu pujian. Lagu pujian yang dinyanyikan oleh monk ialah Domine,
labia mea aperies ataupun dalam bahasa Inggeris “Lord, open thou my lips”. Semua
monk berkumpul bersama sebanyak tujuh kali semasa hari sembahyang umum dan
menyanyikan lagu-lagu gereja iaitu lagu-lagu suci atau pujian.77 Lagu yang dinyanyikan
ini akan diiringi alunan muzik yang indah. Upacara sembahyang umum dan menyanyikan
lagu-lagu gereja ini dipanggil monastic “hours”.78 Selain itu, tugas yang dilakukan oleh
monk juga termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca.79 Peraturan yang
73 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 176.74 The New Encyclopædia Britannica: Volume 8 Micropædia Ready Reference. 1998. hlm. 245.75 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 137.76 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 137.77 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 137.78 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 123.79 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm.137.
14
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
ditetapkan oleh Saint Benedict ini adalah bersifat bersama iaitu monk makan, bekerja,
tidur dan melakukan aktiviti pemujaan bersama.80
Kebiaraan Kristian ini mempunyai asal-usul daripada dunia kuno, khususnya
dalam Roman Mesir separuh abad kedua kemudiannya. Ini bermula secara perlahan-
lahan tetapi kemudiannya dalam abad ketiga dan keempat ianya menarik minat orang
ramai yang ingin meninggalkan kehidupan duniawi. Kebiaraan Kristian ini mula-mula
tersebar ke seluruh Timur Eropah dan kemudiannya tersebar meluas di Barat Eropah.
Menjelang abad kelapan, kebiaraan Benedict telah tersebar menyeluruh di barat Eropah.
Sungguhpun monk yang sebenar adalah terdiri daripada golongan lelaki, wanita
kemudiannya turut menjadi monk dan memisahkan diri daripada kehidupan duniawi dan
mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhan.81 Kebiaraan memainkan peranan yang tidak
boleh diketepikan dalam tamadun zaman Pertengahan Awal. Monk menjadi hero baru
dalam tamadun Kristian.82 Pengabdian monk kepada Tuhan menjadi keunggulan yang
tertinggi dalam kehidupan Kristian.83 Monk memainkan peranan signifikan yang
bertambah dalam penyebaran agama Kristian kepada seluruh dunia Eropah.
3.8 Abbot
Abbot dikenali sebagai ‘father’ of the monastery. “Abbot”, satu perkataan Greek
untuk “father” telah dipilih oleh Benedict untuk gelaran bagi ketua biara. Abbot ini
merupakan paderi kampung ataupun paderi pada peringkat rendah.84 Tugas abbot ini
ialah mengubati pesakit serta mengajar Kitab Injil dan juga bahasa Latin. Abbot juga
80 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 137.81 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 138.82 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 138.83 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 138.84 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 126.
15
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
mempunyai kuasa penuh ke atas monk.85 Setiap biara Benedictine ditadbir secara tegas
oleh abbot.86 “An abbot would sometimes secure for his monastery the protection of a
neighboring lord by giving up his land and receiving it back again as a fief.”87
Jawatan abbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan ketua yang tidak boleh
dipersoalkan, tetapi sejak kekuasaan ini bersifat kebapaan, ianya perlu diimbangkan
dengan kasih bapa.88 Sungguhpun kata-kata abbot adalah muktamad, abbot perlu
membuat semua keputusan yang penting selepas berbincang dengan monk. Benedict
menggambarkan bagaimana abbot patut menyeimbangkan disiplin dengan kemaafan,
mengambil teknik yang berbeza untuk memandu monk dengan personaliti-personaliti
yang berbeza dan menunjukkan contoh dalam semua perkara dengan perbuatannya dan
bukan hanya kata-kata. Jika dipandang sepintas lalu, ini mungkin kelihatan seperti sifat
alim yang jahil, tetapi jawatan abbot yang ditentukan oleh Benedict bertahan dengan
ujian masa dan terbukti selama beberapa abad sebagai cara yang berkesan untuk
memimpin sesiapa yang mengikut cara hidup yang amat sukar.
3.9 Vicar
Jawatan vicar wujud dalam hierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada
di bawah abbot. Selain itu, jawatan vicar ini turut tergolong dalam bidang kependetaan
atau kepaderian. Asal-usul vicar yang sebenar ialah pegawai kerajaan yang rasmi dalam
Empayar Rom dan memakai gelaran seperti “vicar Rom”, “vicar hakim” dan “vicar
Itali”.89 Gelaran ini digunakan dalam pelbagai cara untuk paderi dalam gereja zaman
85 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm.184.86 Western Civilization Comprehensive Volume, hlm.184.87 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 14788 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 126.89 The Encyclopedia Americana: Volume 28 Venice to Wilmot, John. 1997. Connecticut: Grolier Incorporated.
16
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
Pertengahan dan terus digunakan dalam Roman Katholik.90 Vicar memainkan peranan
yang penting dalam institusi agama. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot.
Kebiasaannya abbot atau paderi kampung yang menjalankan tugas-tugas rohani seperti
mengajar Kitab Injil dan bahasan Latin serta mengubati pesakit. Namun adakalanya
abbot tidak dapat hadir dan di sinilah vicar memainkan peranan. Vicar akan mengambil
alih tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh abbot. Dengan kata lain, vicar bertindak
sebagai pembantu atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika
abbot tidak ada.91 Vicar ini akan memperoleh 1/3 daripada hasil kutipan cukai yang
dikenali sebagai tithe.92
Kebanyakan vicar ini adalah terdiri daripada golongan yang miskin.93 Vicar
merupakan orang perantaraan antara golongan paderi dengan masyarakat. Secara
dasarnya, masyarakat akan bersemuka dengan vicar bagi menyampaikan masalah
mereka. Seterusnya vicar yang akan menyampaikan masalah yang dihadapi oleh
masyarakat kepada abbot. Vicar bukan sahaja berperanan dalam membantu abbot
mengajar Kitab Injil, bahasa Latin serta mengubati pesakit tetapi juga turut mempunyai
tanggungjawab atau tugas lain yang penting. Vicar ataupun dikenali juga sebagai pendeta
kariah merupakan golongan paderi yang akan orang temui dalam urusan yang berkaitan
dengan kehidupan harian mereka.94 Tugas lain yang dilakukan oleh vicar ini ialah vicar
berperanan dalam menyembuhkan jiwa, menjalankan lima daripada tujuh upacara iaitu
pertaubatan, perkahwinan, pembaptisan, upacara keagamaan yang menyediakan wain dan
roti (eucharist) serta perbuatan melumurkan minyak.95 Dua upacara lain pula ialah
pengesahan dan perlantikan paderi dan tugas-tugas ini dirujuk kepada bishop.
3.10 Nuns
hlm. 74.90 The Encyclopedia Americana: Volume 28Venice to Wilmot, John. hlm. 74.91 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 401. 92 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 401. 93 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492,hlm. 401.94 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 40195 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 402.
17
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
Dalam hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling
rendah. Rahib atau monk bukan terdiri daripada lelaki sahaja tetapi juga wanita. Rahib
wanita ini dikenali sebagai nuns. Wanita mengikut langkah lelaki dengan meninggalkan
hal-hal dunia dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhan.96 Seperti monk, nuns juga
berkait dengan institusi kebiaraan. Sejarah awal nuns bermula di kawasan gurun Mesir
oleh Saint Anthony of Egypt. Tradisi Desert Fathers oleh Saint Anthony of Egypt (250-
315M) yang mengatur pengikutnya termasuk nuns ke dalam biara kuno pada awal abad
keempat merupakan sejarah awal kemunculan jawatan nuns.97 Di Eropah, sejarah
kebiaraan bermula dengan biara untuk lelaki di selatan Gaul, Perancis. John Cassian
(360-435M) kemudiannya menubuhkan rumah biara untuk lelaki dan wanita di
Marseilles dalam dekad pertama abad kelima dan juga awal abad keenam. Caesarius
(470-542M) kemudiannya menubuhkan biara untuk wanita yang penting di Arles.98 Nuns
pada abad ketujuh dan kelapan memainkan peranan yang penting dalam penyebaran
agama Kristian. Pada zaman Pertengahan Akhir, kebanyakan nuns berasal daripada
golongan bangsawan yang memiliki tanah. Wanita-wanita yang ingin menjadi nuns
perlulah mengisytiharkan diri mereka miskin. Wanita yang menjadi nuns ialah wanita
yang hebat dan permaisuri yang telah bersara, kemudian menjalani kehidupan yang
terasing di biara.99 Di Jerman semasa zaman Pertengahan, kebanyakan nuns ialah wanita
yang terpelajar.100 Selain itu, terdapat juga wanita yang menjadi nuns kerana kematian
suami. Wanita ini tidak ada tempat untuk bergantung dan oleh itu mereka mengambil
keputusan menjadi nuns. Terdapat juga wanita yang tidak ingin berkahwin dan menjadi
nuns.101 Di samping itu, terdapat keluarga yang tidak dapat mencari calon suami untuk
anak perempuan mereka ataupun seseorang wanita tidak dapat mencari calon suami yang
sesuai.102 Dalam zaman Pertengahan juga masalah rogol berleluasa dan merupakan
perkara biasa dalam masyarakat Eropah. Oleh itu, bagi mengelakkan daripada dirogol
96 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm. 138.97 The New Encyclopædia Britannica: Volume 8 Micropædia Ready Reference. 1998. hlm. 245.98 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 124.99 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 124.100 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm.181.101 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 181.102 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 181.
18
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
terdapat wanita yang menjadi nuns agar mereka lebih selamat. Golongan nuns ini tidak
boleh memisahkan diri mereka sepenuhnya daripada golongan lelaki sungguhpun amalan
“double monasteries” dikembangkan.103 Satu biara untuk rahib lelaki dan satu lagi untuk
biara wanita akan membentuk dua bahagian dalam satu institusi yang sama.104 Lokasi
bagi biara lelaki dan wanita ini adalah berdekatan antara satu sama lain dan dipimpin oleh
abbess iaitu rahib wanita yang menjadi ketua biara.105
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, “No wonder that the churchmen were by far the most
powerful class in the Middle Ages. They controlled great wealth; they alone were
educated; they held the keys of the kingdom of heaven and without their aid no one could
hope to enter in. By excommunication they could cast out the enemies of the Church and
could forbid all men to associate with them, since they were accursed. By means of the
‘interdict’ they could suspend all religious ceremonies in a whole city or country by
closing the church doors and prohibiting all public services.”106
Setiap peringkat hierarki dalam institusi agama di Eropah mempunyai peranan
masing-masing. Tujuannya untuk memanipulasikan masyarakat demi kepentingan
sendiri, gereja dan raja. Pemanipulasian yang dilakukan oleh institusi gereja ini melalui
setiap peringkat hierarki bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada segi kewangan.
Dalam zaman Pertengahan, gereja dipandang tinggi dan mempengaruhi semua aspek
kehidupan masyarakat Eropah dari segi sosial, ekonomi, amalan, intelektual, budaya dan
kehidupan harian mereka. Institusi agama Kristian Katholik yang wujud pada zaman
Pertengahan ini menyebabkan masyarakat Eropah berada dalam keadaan yang mundur
dan tidak mencapai kemajuan dalam hidup.
103 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard 2004. Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company. hlm. 124.104 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 124.105 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 124.106 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn,hlm. 187
19
Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan
20