inspirasi niaga.pdf

42

Transcript of inspirasi niaga.pdf

Page 1: inspirasi niaga.pdf
Page 2: inspirasi niaga.pdf

Penasihat PenerbitanDr. Azizan OsmanJerry Rizal

Penulisan & EditorOm Karini KareanNurzamir ZakariaNani Koraiza Yaacob

Pemasaran DigitalAizzuan Mohamad AliMohd Iqbal Hazzard

Pereka GrafikMohd Helmi Mamat

ISIKANDUNGAN

SULAIMAN AL-RAJHI : TOKOH ISLAM ABAD KE-21 YANGMENGUBAH DUNIA

RAMADHAN : 9 SILIBUSDIDIKAN ALLAH

UMRAH : PENGALAMAN UMRAHAIZZUAN & HAFIZ

DIARI RICHWELL : 1 HOME 1 BOX

RICHWELL : ZIARAH DAN JOM CUCI SURAU

1

8

22KESAN KE ATAS PELABURAN PASCA GST

MY PERSONAL JOURNEY :UMRAH IN RAMADHAN

33

36

18

26

Page 3: inspirasi niaga.pdf
Page 4: inspirasi niaga.pdf

1 AO Tribe

SULAIMAN AL-RAJHITokoh Islam Abad Ke-21Yang Mengubah Dunia

merugikan keluarga, masyarakat dan negara.

Pengagihan harta ini juga dibuatagar beliau boleh memastikanpewarisnya boleh menguruskan perniagaan dan pelaburan yangtelah dibuatnya. Dengan cara ini juga, beliau berpeluang untukmemberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya yang seramai 23 orang, sekiranya mereka menghadapimasalah dalam mentadbir perniagaanyang diwarisi.

Sulaiman Al Rajhi juga berharap dengan mewariskan sebahagianbesar daripada hartanya ke jalan Allah, beliau telah dapat menunaikantanggungjawab menjaga saudara-saudara Islam yang lain dan seterusnyamenjadi bekalan pahala untukdirinya di akhirat kelak.

dilakukan dan seterusnya menjadikanbeliau insan yang ‘miskin’ semula dan hanya tinggal ‘sehelai sepinggang’. Kata Sulaiman Al Rajhi, jalan yang dipilihnya ini, telah membuatkanjiwanya menjadi lebih tenang dan gembira. Beliau menganggapdirinya hanyalah penjaga bagi seluruh harta kekayaannya, yang mana pemilik kekal adalah Allah S.W.T.

Dengan melakukan pengagihanhartanya, beliau juga dapatmengelakkan perebutan harta dan seterusnya permusuhan dalamkalangan anak-anaknya sekiranyabeliau pergi meninggalkan duniatanpa mengagihkan hartanya terlebihdahulu. Sesuatu yang tidakdiingininya adalah melihatperpecahan antara anak-anaknya sendiri, seperti yang kerap berlaku dalam masyarakat sekarang yang seterusnya pada fikirannya akan

“Bagaimana anda bolehmemuaskan nafsu lapar anda

sedangkan jiran andamenghabiskan malammereka dalam keadaan

kelaparan?” Pada bulan Mei 2011, Sulaiman Al Rajhi telah melemparkan soalanini kepada sekumpulan ahliperniagaan di hadapannya. Pada bulan yang sama juga, dunia telah digemparkan dengan pengumumanbeliau untuk memindahkansebahagian besar harta kekayaannyayang dianggarkan Forbes bernilai USD 7.7 bilion itu kepada anak-anak beliau dan sebahagian besaryang lain kepada badan-badan amal dan kebajikan serta wakaf.

Dengan bantuan agensi-agensi yang berkaitan, pengagihan hartaperniagaannya termasuklah sahamdan hartanah miliknya telah berjaya

Page 5: inspirasi niaga.pdf

AO Tribe 2

PROFIL - SHEIKH SULAIMAN BIN ABDUL AZIZ AL RAJHI :Daripada Padang Pasir

Akhirnya Ke Persada Dunia

Sulaiman Al Rajhi lahir pada tahun 1920, di sebuah kampung yang dinamakan Al-Bukairiyah didaerah Qassim, Arab Saudi. Beliau merupakanseorang tokoh korporat dan bilionwan berbangsaArab Saudi. Beliau menerima pendidikanterakhirnya daripada Universiti King Abdul Aziz di Arab Saudi. Beliau merupakan Pengerusi kepada Bank Al Rajhi, salah satu syarikat terbesar di Arab Saudi dan bank Islam yang terbesar di seluruh dunia. Pada tahun 2011, Forbes telah menyenaraikanbeliau sebagai seorang yang berpengaruh danmerupakan orang yang ke 120 terkaya di dunia. Dengan anggaran harta beliau bernilai 7.7 bilionUSD, beliau merupakan antara 10 orang yang terkayadi Arab Saudi.

Sulaiman Al Rajhi bukanlah seorang yang lahirdalam keluarga yang berada dan bukan juga seorangyang berketurunan diraja. Beliau membesar dipadang pasir Nejd dan bersama-sama saudarakandungnya, Saleh Al Rajhi telah memulakanperniagaan menukar wang untuk pengembara yang merentasi padang pasir ke Bandar Mekah danMadinah.

KEKAYAAN SULAIMANAL RAJHI : Bank Al Rajhi -Perbankan Secara Islam

Di kala usia mudanya, beliau berpengalaman dalamaktiviti penukaran mata wang. Pengalaman yangdikutipnya ini dijadikan asas dan panduannya untukmenubuhkan Bank Al Rajhi, dan seterusnyamenjadikannya pemegang saham terbesar untuksyarikat itu. Abang beliau iaitu Sheikh Saleh Bin Abdul Aziz Al Rajhi juga turut menjadi tulangbelakangnya dalam merancang penubuhanserta menguruskan Bank Al Rajhi.

Sulaiman Al Rajhi adalah seorang yang bijakmentadbir dan menjalankan urusan perniagaannyasehingga Bank Al Rajhi dilaporkan mencatatkeuntungan yang paling tinggi jika dibandingkandengan bank-bank lain di Arab Saudi.

Menceritakan semula detik permulaan perbankansecara Islam, melalui satu wawancara media yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi daripadaAl-Eqtisadiah Business Daily, Sulaiman Al Rajhi telah menceritakan bagaimana pada lebih 30 tahundahulu, beliau telah mengambil keputusan untukberjumpa dengan Pengurus Bank of Englanduntuk berbincang mengenai perbankan secara Islam. Beliau menegaskan bahawa sistem bayaran ‘faedah’ adalah riba yang haram bagi kedua-dua agama Islamdan Kristian, dan mengesyorkan perbankan secaraIslam sebagai penyelesaian yang terbaik bagimenaikkan taraf ekonomi dunia.

Setelah idea dan fakta-fakta yang dibincangkan ini diterima, beliau kemudiannya telah merantau keserata dunia untuk berjumpa dengan ketua-ketua bank negara dan memberitahu mereka bagaimanaciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam.

Page 6: inspirasi niaga.pdf

3 AO Tribe

Akhirnya, perbankan secara Islam ini telahmendapat sokongan mufti besar, Sheikh AbdulAziz Bin Baz dan kemudiannya mula diterimadi mata dunia seterusnya dilaksanakan di negara Arab dan juga di kota London.

Terkini, Bank Al Rajhi telah mempunyai sebanyak570 cawangan di seluruh dunia. Pada Oktober 2006, Bank Al Rajhi telah membuka cawangannyadi Malaysia dan sebanyak 24 cawangan banknyasudah dibuka sehingga kini, 15 di Lembah Klang serta satu cawangan di setiap negeri seperti di JohorBahru, Melaka, Penang, Ipoh, Kota Bharu,Kuantan, Kuching, Sg. Petani dan Kota Kinabalu.Bank Al Rajhi juga telah dianugerahkan beberapaanugerah di peringkat antarabangsa.

Pusat Penternakan AyamAl-Watania

Sebagai seorang Muslim yang teguh keimanannya, Sulaiman Al Rajhi juga seorang yang amat sensitif dalam etika penternakan haiwan ternakan. Ketikabeliau mengadakan lawatan ke ladang ternakan di luar negara, beliau telah melihat dengan matanyasendiri proses penternakan yang ada. Beliaumerasakan proses yang dilakukan pada ketika itu adalah salah dari segi syariah.

Beliau kemudiannya memutuskan untuk menceburibidang ternakan dengan menubuhkan PusatPenternakan Ayam al-Watania yang terletak diBandar Qassim, Arab Saudi. Ayam-ayam di ladang ternakannya ini diternak dengan baik, diberi makandengan sempurna dan disembelih secara halalmengikut undang-undang syariah. Kini, syarikat ini telah berjaya mengeluarkan setengah juta ayam dan satu juta telur setiap hari dan menguasai hampir 40% pasaran di Arab Saudi dan merupakan ladangbinatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Pusat Pertanian Al-Watania

Sulaiman Al Rajhi juga telah melabur lebih USD 250 juta dalam pertanian secara organik untukmemastikan masyarakat tempatan mendapat makanan yang bebas daripada bahan kimia berbahaya. SyarikatPertanian Al-Watania yang ditubuhkan pada tahun 1982 kini telah menjadi salah satu syarikat pertanian terkemuka di Arab Saudi. Syarikat ini telah banyak melakukan penyelidikan terhadap tanaman secara organik dan berbangga dengan produk pertaniannyayang menggunakan baja organik sepenuhnya.Terdapat beribu pejabat pusat pertanian ini di kotaRiyadh. Syarikat ini mempunyai ladang yang terletak di utara, tengah dan selatan Arab Saudi.

Universiti Dan KolejSulaiman Al Rajhi

Selain itu, Sulaiman Al Rajhi juga telah menubuhkan sebuah Universiti dan Kolej Sulaiman Al Rajhi yang fokus utamanya adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang, antaranya kesihatan dan perbankan Islam. Sesuai dengan misi beliau ingin melahirkan lebih ramai cendikiawan-cendikiawan dan Muslim profesional di masa hadapan. Kelahiran pelajar daripada universiti dan kolej yang terletak di daerah Qassim, Arab Saudi ini juga dilihat dapat memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara Arab Saudi dan juga negara-negara Islam yang lain.

Page 7: inspirasi niaga.pdf

AO Tribe 4

Keperibadian SulaimanAl Rajhi

Kejayaan sentiasa berpihak kepada Sulaiman AlRajhi, tak kira apa jua bidang yang diceburinya. Namun, beliau juga tidak pernah terlepas daripadadugaan Allah S.W.T., antaranya apabila kilangternakan beliau hangus terbakar dijilat api. Peristiwa ini berlaku bukan sekali tetapi dua kali kilang yang berlainan menghadapi masalah kebakaran. Apabiladiberitahu perihal kejadian itu oleh kakitangansyarikatnya, beliau tampak sabar dan tabah danhanya mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Beliaukemudiannya meminta agar pengurusan syarikatkilangnya itu berpindah ke tempat lain danmembersihkan segala kerosakan yang dialamisehingga semuanya dapat dibaiki.

Sulaiman Al Rajhi bersifat suka merendah diri dan turut memiliki pegangan saham syarikat penerbangannamun tidak berminat untuk memiliki jet peribadi. Katanya, beliau lebih suka menaiki penerbangan kelas ekonomi. Baginya Allah tidak memberikannyaharta untuk ditunjuk-tunjuk kepada orang ramai.Beliau juga seorang yang sangat suka bersedekah dan baru-baru ini telah membuat amal denganmemberi makan kepada hampir 3 juta jemaah haji yang mengerjakan wuquf di Arafah. Sulaiman Al Rajhi tidak hanya menyediakan wang dan mengupahorang memasak hidangan itu, tetapi beliau sendiritelah ‘turun padang’ dan terlibat secara aktifbersama-sama lebih daripada 800 tukang masak yang diupah untuk penyediaan hidangan itu. Sesuatu yang dipelajarinya pada awal pembabitannyadalam urusan perniagaan ialah untuk menepati masa. Pernah katanya, temu janjinya untuk berjumpadengan seorang pegawai di Eropah dibatalkanhanya kerana beliau terlewat beberapa minit untuk temu janji itu. Sejak daripada peristiwa itu, beliau telah mendisiplinkan dirinya untuk lebih menepatimasa. Beliau juga sering membawa buku notakecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan akan sentiasa merujuk buku notanya untukmemastikan beliau tidak lupa apa-apa aktiviti atau temu janji yang telah dijadualkan.

Ketegasannya dengan prinsip Islam amat digeruni. Pernah beliau keluar daripada satu majlis makanmalam apabila mengetahui terdapat programhiburan di majlis makan malam itu. Setelahpembatalan program hiburan tersebut dan setelahdijemput semula oleh menteri yang terbabit barulahbeliau menyertai semula majlis makan malam itu.

Kerajaan Arab Saudi juga telah menganugerahkan beliau Anugerah Antarabangsa Raja Faisal 2012dalam satu acara gilang gemilang yang telahdiadakan di Riyadh. Beliau telah dipilih untukmenerima anugerah ini atas jasa dan peranan besar beliau dalam mewujudkan perbankan Islam yang terbesar selaras dengan ajaran Syariah. Beliau juga diiktiraf atas segala jasa beliau seperti sokongankewangan yang diberikan, mencetak ratusan ribusalinan Al-Quran dan mengedarkannya secarapercuma ke seluruh dunia terutamanya di Afrika, pembinaan masjid dan sumbangan tak terkira beliau dalam pembangunan sosio-ekonomi.

Semoga jasa dan bakti yang telah beliau taburkan diingati selalu. Marilah kita sama-sama berdoa agar usianya dipanjangkan dan hidupnya diberkati Allah dunia dan akhirat.

Tip Kejayaan MembinaEmpayar Perniagaan

Bertindak! Bukan SekadarKomplen

1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras, beliau bermuladari bawah.

2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidaksempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; Al-Watania Poultry. Kini, syarikat ini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.

3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimiadalam makanan, maka Al-Watania Agriculturalterlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya.

Page 8: inspirasi niaga.pdf

5 AO Tribe

10 PRINSIP HIDUPSULAIMAN AL RAJHI

turut mengagihkan rezeki tersebutkepada orang sekeliling dalamproses menambah keimanan dan ketakwaan.

PRINSIP #4

Tidak suka membazir.Antara perkara menarik tentangbeliau adalah beliau seringmengingatkan pekerjanya kenapaperlu pasang langsir tebal danmemasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

PRINSIP #5

Bisnes vs peribadi.Beliau tidak suka mencampurkan urusan peribadi dan urusan bisnesnya. Walaupun beliau memiliki ekuitisyarikat penerbangannya sendiri tetapi beliau masih membayar untuktiketnya sekiranya perjalanan itu melibatkan urusan-urusan peribadi.

PRINSIP #6

Merendah diri.Ke mana sahaja beliau pergi, beliaulebih selesa dengan menaikipenerbangan kelas ekonomi.Bukan beliau tidak faham bahawanikmat itu perlu ditunjuk, tapibeliau memilih untuk tidak menunjuknunjuk dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana fahaman.

PRINSIP #7

Menepati waktu.Beliau mempelajari kepentinganmenepati waktu pada awalpermulaan bisnesnya kerana beliaupernah terlewat beberapa minituntuk menghadiri temujanji dengan seorang pegawai syarikat terkemuka

di Eropah dan pegawai tersebutenggan berjumpanya keranakelewatan tersebut.

PRINSIP #8

Tegas dengan prinsip Islam.Beliau dijemput menghadiri satu jamuan makan malam tetapi beliau keluar dari jamuan tersebut selepasmenyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteribertanggungjawab akhirnyamembatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah teladan orang kaya yang beriman. Beliau hidup dengan berpegang kuat pada prinsip Islam.

PRINSIP #9

Sentiasa bersangka baik.Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapipada kali keduanya ia berlaku,beliau tetap mengucap Alhamdulillah juga.

PRINSIP #10

Semuanya Allah punya.Kita cuma pemegang amanah di muka bumi ini. Semuanya adalahmilik Allah yang memberikansegala kurniaannya kepada sesiapayang dikehendakiNya dan Dia jualah yang mampu menarik kembalidaripada sesiapa yang dikehendakiNya.

(Sumber rujukan: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/sulaiman-al-r a j h i - j u t a w a n - i s l a m - y a n g - k a y a -dunia-dan-akhirat.html)

PRINSIP #1

Menurunkan ilmu danpengalamannya. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.Walaupun beliau telahpunmewariskan kekayaannya kepadaanak-anaknya, tapi duit itu akan habis kalau ia tidak diwariskanbersama ilmu perniagaan yangbetul dan sifat rendah diri kepadaAllah.

PRINSIP #2

Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. Sebagai seorang yang berjaya, beliau juga mahu anak-anaknya juga turutberjaya. Dan kejayaan itu tidak akan datang bergolek melainkanseseorang itu perlu gigih berusaha di samping memerlukan seorang guru untuk meringkaskan proses kejatuhan banyak kali seperti yang dihadapi oleh usahawan-usahawan lain. Beliau pernah jatuh beberapa kali dan ditimpa ujian sepanjang menjalankan perniagaan, makabeliau juga tidak mahu anak-anaknya mengalami proses yang sama dan dia menjadi mentor kepada anak-anaknya sendiri.

PRINSIP #3

Cekap membahagi masa.Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikanpersaudaraan sesama keluargadijaga dan juga kehidupan di akhirat.Benarlah janji Allah yang memberikanrezekiNya pada hamba-hambaNya yang Dia mahu, supaya mereka

Page 9: inspirasi niaga.pdf
Page 10: inspirasi niaga.pdf
Page 11: inspirasi niaga.pdf

RAMADHAN :9 SILIBUS DIDIKAN ALLAHAlhamdulillah, Ramadhan sudah tiba. Berapa ramai yang sudah bersedia untuk Ramadhan tahun ini?Berapa ramai yang betul-betul sudah bersedia?

Sebelum itu, adakah anda sudah pun capai apa yang nak dicapai pada Ramadhan yang lalu? Kalau ada sepuluh matlamat yang nak dicapai pada Ramadhanyang lalu, adakah anda capai 10 atau 5 atau 1 atau mungkin pencapaian terbaik setakat ini adalahkembali seperti sediakala iaitu seperti tahun-tahun sebelumnya tanpa ada apa-apa perubahan.

Pembaca sekalian,

Tulisan ini tidak akan mampu untuk menjadi ‘Jerung’ mengejar anda untuk bertindak. Ia juga bukan sebuah ‘Tukul’ untuk mengetuk berkali-kali agar pakutersebut mampat ke dalam sebatang kayu. Tapitulisan ini hanyalah sebuah alat seruan, yang mengembalikan segala urusan menyampaikannya itu hanyalah kepada Tuhan. Kerana urusan hati ituadalah mutlak milikNya dan urusan perubahan itu adalah tertakluk kepada pemandunya iaitu kita sendiri

Kami percaya, setiap titik kebenaran itu tidak akan ditemui oleh sesiapa sehinggalah pemilik kebenaran itu menyampaikannya dengan tujuan apa sekalipun tanpa duduk membatu dan diam membisu.

Bila tiba musim Ramadhan, manusia akan menjadiganjil. Masakan tidak, kalau di luar musimRamadhan, berapa ramai sahaja yang datang bersolat Jemaah di surau atau di masjid? Satu saf? Dua saf? Subuh? Zohor? Mana semua orang ni untuk bersolat fardhu? Tapi cuba tengok apa terjadi bila tiba waktu untuk berterawih. Setiap tahun pengerusi surau atau masjid akan pening kepala memikirkan ruangan solatyang tidak mencukupi, tempat letak kereta yangbertindih-tindih dan makanan moreh yang selalukehabisan awal. Solat sunat sahaja, tetapi mengapabegitu ramai mengalahkan solat yang Fardhu?Sungguh, sungguh ganjil.

Bila tiba musim Ramadhan, yang tidak suka menutupaurat lantas menutup aurat. Yang tidak pernah ada bajet untuk menyumbang, terus tahu jalan ke sekolah anak yatim yang berhampiran. Ia tidak pelik jika

AO Tribe 8

Page 12: inspirasi niaga.pdf

semuanya berlaku secara berterusan, tapi kalau lagi 11 bulan anak yatim itu kembali yatim, itulah yang dinamakan pelik. Maka di sini perlunya seseorang itu pada Istiqamah ataupun konsisten. Bertindak sudah bagus, namun untuk konsisten bukan semua orang mampu untuk melakukannya.

Sesungguhnya konsisten atau istiqamah itu amat membebankan apabila perubahan itu sangatmendadak. Lama-kelamaan ia akan terhenti dan tak nak buat lagi. Lebih teruk apabila kita mengungkitpula atas segala apa yang telah dikorbankan dandibelanjakan ketika waktu semangat dahulu. Keranaitulah baginda Nabi saw menekankan konsep biar sedikit asalkan ia berterusan. Bertindak secaramelampau sangat pun tidak bagus kerana akhirnyadia akan tewas dengan setiap perbuatannya dankecewa atas segalanya.

Di sini, kami cuba untuk berkongsi dengan anda, 9 silibus utama bagi membantu kepada perubahan yang positif di bulan Ramadhan kali ini. Moga perkongsian ini boleh dimanfaati bersama dan juga orang lain.

seseorang itu boleh begitu amanah, kenapa dalamhal-hal lain yang berkaitan duniawi, manusia seringkali tewas dengan konsep amanah tersebut?

Amanah sebagai seorang bapa adalah memastikankeluarganya sentiasa dalam keadaan baik,memperolehi perkara-perkara yang baik danmenjamin keselamatan dan kesejahteraan keluarganyasekalipun dia tiada lagi untuk bersama. Wahai ayah,adakah dirimu kini betul-betul memikul tanggungawab amanah ini sebagai ayah?

Amanah seorang suami adalah memastikan isterisentiasa mendapat apa sahaja yang dipertanggung-jawabkan ke atas seorang suami. Samada dari sudut nafkah dan sebagainya, dia juga memegang amanahyang besar untuk memastikan isterinya adalahbetul-betul pasangan hidupnya dan bukannyapasangan hidup orang lain. Wahai sang suami,sudahkah anda benar-benar memikul amanah ini?

Pemimpin, rakyat, majikan, pekerja, guru, pelajar,sesiapa sahaja semuanya ada amanah yangdipertanggungjawabkan. Maka sejauh manakah amanah berpuasa diimplimentasikan ke dalam semua amanah kehidupan kita?

Sesungguhnya, amanah ketika berada di dalam kelompok yang ramai itu bermula dengan amanah ketika berada keseorangan.

SILIBUS #1 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG AMANAH

Seorang yang sedang berpuasa, walaupun diaberada di dalam rumah seorang diri, sedangkanrumah tersebut ada pelbagai makanan yang bolehdimakan, namun dia memilih untuk menahan diri daripada itu. Kenapa boleh jadi begitu? Sedangkantiada siapa pun nampak mahupun pegawai agama yang membawa van jenazah pun tidak nampak. Ini kerana rasa amanah yang ada pada dirinya. Berbekalkan ilmu yang dipelajarinya di sekolah ataupun di masjid, ditambah pula dengan didikan keluarga yang faham tentang puasa, lantas membuatkan individu tersebut sangat amanah dengan puasanya. Alhamdulillah.Cuba renungkan sejenak. Kalau dalam puasa

9 AO Tribe

Page 13: inspirasi niaga.pdf

SILIBUS #2 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG MENGAWAL PERASAAN

Kata Rasulullah saw, orang yang kuat itu bukanlahorang yang menang bergusti, malah orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan marahnya.Betapa tinggi nilai yang diterapkan oleh bagindanabi sehinggakan di dalam waktu kita berpuasa,andai kita dihina dan dilemparkan kata nista ataudiajak untuk bertumbuk, maka katakanlah, “Akusedang berpuasa”. Nabi mengajar kita untuk beralahtapi bukan semestinya kalah. Namun impak kawalanperasaan ini akan meletakkan seseorang di satu tahap yang tertinggi di dalam hidupnya.

SILIBUS #3 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG SIHAT

Benar, berpuasa adalah salah satu cara yang mudahuntuk mengelakkan sebarang penyakit. Masakan tidak, selama 11 bulan kita memasukkan semuabenda ke dalam tangki utama iaitu perut, dan makanan-makanan yang kita masukkan kebanyakannya ramai yang kurang peduli tentang apa yang dimakannya. Akibatnya, makanan tersebut akan menjadi racun yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepadatuannya. Kami ada berkongsi dengan pembaca AO Tribe bahawa pentingnya seseorang itu makanmakanan mengikut kumpulan darah bagimengelakkan makanan tersebut menjadi racun diam di dalam badannya. Bagi yang berpuasa, tangkiproses makanan dapat direhatkan seketika bagimenjamin proses kemaskini yang lebih kondusif.

Kawalan perasaan juga datang ketika seseorang itu berbuka. Lihat apa hidangan berbuka kita padaRamadhan lalu? Berapa banyak di kalangan kita sanggup menjadi saudara syaitan apabila membuang makanan dan membazir ketika membeli belah di bazar Ramadhan. Ketika berpuasa, tidak dinafikan semuanya nampak sedap belaka. Tapi takkanlahsampai semua jenis air bancuhan untuk kita kumpul koleksi kesemuanya ketika berbuka?

Membeli belah di bazar Ramadhan tiada halangannya.Mungkin ada yang pulang lewat tak sempat memasak atau mereka yang inginkan kelainan ketika berbuka supaya dapat membeli apa yang diingini. Namunberhati-hati dan kawal perasaan anda ketikamembeli. Walaupun syaitan sedang tertambat dineraka, tidak salah untuk melahirkan saudara-saudaranya di dunia dan menunggu untuk mendapat pengiktirafan sebagai saudara usai Ramadhan nanti.

AO Tribe 10

Page 14: inspirasi niaga.pdf

menekankan pada pentingnya bersahur lewat dan berbuka awal bagi membezakan puasa kitaberbanding puasa orang-orang yahudi dan nasrani. Sekali pandang mungkin kita hanya menganggap puasa sahaja yang perlu dibezakan dengan mereka, tetapi konsep yang nak dibawa oleh baginda adalah lebih besar daripada itu.

Segalanya apa yang dimiliki Islam pada hari ini perlu dieksklusifkan dengan cara tindakan kita mesti tidak patuh pada setiap tindak tanduk mereka. Sesungguh-nya jarum yang disuntik oleh mereka sangat halus yang lama kelamaan mesti kita turut mengikut jejak langkah mereka andai kepatuhan kita bukan padaAllah dan Rasul dengan sepenuh hati. Maka iabermula dengan kepatuhan yang kita akan sama-sama pelajari sepanjang Ramadhan ini. Belajaruntuk patuh pada perkara-perkara yang mungkin kita anggap ianya remeh, lama-kelamaan kita akan lebih mudah untuk patuh pada perkara-perkara yang lebih berat dan luar biasa.

SILIBUS #5 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG KUAT

Pernah satu ketika seorang Presiden Pertama Tunisia iaitu Habib Bourguiba yang memerintah dari tahun 1957 hingga 1987 telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Ia berlaku pada tahun 1961 ekoran produktiviti negara merosotekoran rakyatnya yang lemah setibanya bulanRamadhan.

Bagi membenarkan arahan tersebut, beliau dananggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai. Sungguh hebat.

SILIBUS #4 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG PATUH

Terlalu banyak kepatuhan ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Seringkali baginda yang agung akan mengingatkan sahabat-sahabatnya berkaitan dengankepatuhan supaya individu mesti sentiasa berada pada level ‘peak state’ untuk menghabiskan puasayang hampir 14 jam lamanya. Seorang yangberpuasa, dia tidak dibenarkan untuk berkata-katakesat, menipu dan bercakap pada perkara yang tidak membawa sebarang faedah hatta untuk dirinyasendiri.

Kesemuanya itu adalah antagonis kepada puasa itu sendiri yang lebih bersifat damai, menahan diridaripada maksiat mulut, telinga dan mata. Begitujuga perihal sahur dan berbuka. Baginda sangat

Bekerja seharian pun perlu kepada rehat, begitu juga dengan tubuh badan, lebih-lebih lagi perut kitasendiri, ia juga perlukan rehat yang baik.

Perlu diingatkan juga, bagi mereka yang sudahpun berazam untuk ‘berdiet dan kurus’ apabilamusim Ramadhan, harus dihentikan niat ini.Sesungguhnya puasa adalah lebih daripada apayang diniatkan itu. Ia adalah ibadah yang dipenuhidengan roh tarbiyyah yang membawa seseorang itumempraktikkan manifestasi perhambaan kepadaNya.Betul, berpuasa mampu untuk mengurangkan beratbadan, tapi itu bukan tujuan asal berpuasa yang telah difardhukan ke atas sekalian mukmin. Betulkankembali ‘mind setting’ tersebut agar kesemua amalan kita hari ini samada sedar atau tidak, kita mahu ianya adalah ibadah hanya untuk Allah swt.

11 AO Tribe

Page 15: inspirasi niaga.pdf

pekerja perlu pulang lebih awal seawal 4:30 petang? Mesyuarat-mesyuarat kebanyakannya ditangguhkan demi menjaga keharmonian Ramadhan. Kerja-kerja utama yang sepatutnya siap ditunda ke bulan hadapan bagi menghormati keistimewaan Ramadhan supaya umat Islam kuat beribadah.

Adakah ini yang Islam mahukan dari sebuahRamadhan?

Lupakan seketika pada Tunisia dan Bourguiba. Lihat pada diri kita hari ini. Adakah Ramadhan ini akan buatkan kita lebih bertenaga ataupun kita juga akan turut lemah seperti kisah rakyat Tunisia pada masa silam. Pilihan itu terletak di tangan kita. Tak perlumenunding untuk mengatakan diri sendiri lebihbagus daripada yang lain. InsyaAllah, tanamkandalam hati dan jiwa untuk Ramadhan kali ini supayakita lebih kuat fikzikal dan mental berbandingRamadhan-ramadhan yang lepas. InsyaAllah, hasil kekuatan di bulan Ramadhan ini akan buatkan kita sentiasa ‘peak state’ untuk sebelas bulan akan datang. Kata nabi, orang mukmin yang kuat lebih disukaioleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Maksud hadis.

Apabila syaitan semuanya dibelenggu, nafsu yang tinggal di dalam diri diberi tekanan dengan berpuasa, maka apa lagi yang tinggal melainkan seseorang itu harus kuat untuk menempuhi segala-galanya. Latihan selama 30 hari sebenarnya sangat terlalu cukup untuk kita semua teruskan kekuatan itu untuk menghadapi sebelas bulan yang mendatang.

SILIBUS #6 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG PEMURAH

Tidak dinafikan, semua pembaca AO Tribe adalahseorang yang pemurah. Alhamdulillah, setibanyabulan Ramadhan kali ini, apa kata kita tingkatkan iakepada yang lebih luar biasa. Adapun Rasulullahsendiri umum mengetahui bahawa baginda adalahorang yang paling kuat bersedekah. Namun baginda

Kenapa terjadi sedemikian? Adakah Bourguiba tidak pernah membaca sejarah? Bukankah peperanganBadar berlaku pada bulan Ramadhan? Bukankah pembukaan Kota Makkah juga berlaku pada bulan Ramdhan? Salehuddin Al-Ayubi menawan kembaliBaitul Maqdis dan membebaskan Masjidil Aqsa juga pada bulan Ramadhan? Umat Islam sangat kuatlebih-lebih lagi apabila tibanya Ramadhan. Ini fakta.

Bourgiba buta sejarah dan tidak menilai sensitivitiumat Islam? Tidak sama sekali. Beliau juga tahusejarah dan beliau juga tahu sensitiviti tersebut.Namun sikap skeptik terhadap puasa itu adalahberpunca daripada rakyatnya sendiri. Masakan tidak, kalau bulan lain, boleh bekerja daripada pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang, kenapa bulan Ramadhan

AO Tribe 12

Page 16: inspirasi niaga.pdf

meningkatkannya kepada dua kali ganda setibanyabulan Ramadhan.

Oleh itu, setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhantanpa memikirkan sebarang kerugian sepertimembanyakkan bersedekah kerana balasan di atassetiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisiAllah di hari akhirat kelak. Apatah lagi di bulanRamadhan yang setiap satunya digandakan kepadasebanyak 70 kali ganda. Dan gandaan itu bolehmeningkat semahu-mahu atas rahmat dan keredhaan daripada Allah. Perlu juga diingatkan, bersedekah bukan hanyamemberikan wang, tetapi termasuk di dalamnyamengajak berbuka puasa kepada fakir miskin,anak-anak yatim dan orang-orang yang berpuasa.Alhamdulillah, pada setiap tahun, Richworks di bawah kendalian Richwell akan sentiasa mencarirumah-rumah anak yatim dan pusat-pusat penjagaan orang tua dan kurang upaya untuk kita anjurkanbersama untuk berbuka puasa. Jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan kami sebagai orang tengah, amat bersyukur dengan pemberian anda semua.

Kami selalu teringat akan pesanan Dr Azizan Osman kepada murid-muridnya,

“Anda datang belajar untuk ubahhidup supaya lebih banyak masa, lebih banyak wang dan lebih banyak peluang

untuk mencapai impian. Apabilabanyak masa, anda boleh beribadah

dengan tenang. Boleh bersama denganibu ayah dan tunaikan apa sahajakemahuan mereka yang mungkindari dahulu mereka tidak mampu

mencapainya.

Kemudian bila anda banyak wang, bukannya semua anda nak belanjakan

untuk penuhkan perut sendiri.Banyaknya wang anda adalah untukbantu mereka yang memerlukan. Lagi

banyak anda memberi, lagi banyakAllah akan berikan kepada anda.

Lantas kami wujudkan Richwell untuk

memudahkan proses tersebut demimenyalurkan apa sahaja bantuan dan pemberian anda kepada mereka yang

sangat-sangat memerlukan”.

Entah di mana silapnya, atau entah di mana takbagusnya mengajar orang supaya menjadi hartawanyang dermawan. Takkan ada sesiapa yang mampuuntuk menjadi setaraf Abdul Rahman bin Auf atau Saidina Usman bin Affan, tapi janganlahmeletakkan diri setaraf dengan Abu Jahal dan juga Abu Lahab. Tak mampu untuk menyokong usaha yang baik, diam dan bantu senyap-senyap secara sendiri. Moga semua kita dipandang mulia di sisiNya.Moga amalan sedekah kita di bulan Ramadhan tidak terhenti di sini sahaja. Jadikan ia sebagai sebuahproses kebiasaan yang akan membuatkan kitamemberi tanpa henti, membantu tanpa nanti.

13

Page 17: inspirasi niaga.pdf

SILIBUS #7 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG BERSAUDARA

Allah telah menyatakan hampir 19 ayat di dalamAl-Quran tentang pentingnya menghubungkansilaturrahim. Terdapat 3 ayat di mana Allah amat membenci mereka yang suka memutuskan hubungansesama saudaranya. Sememangnya Ramadhanadalah waktu yang sangat sesuai untuk kembalibertaut sesama saudara. Berkumpul beramai-ramai berbuka, sama-sama berterawih, bertadarus Al-Quran pada setiap malam, lambat laun ia akan meningkatkan kualiti silaturrahim di antara kita.

Kata nabi lagi, barang siapa yang mahu dimurahkanrezekinya dan dipanjangkan umurnya, makasambunglah silaturrahim. Ia adalah lafaz yang umum tidak hanya menumpu prosesnya pada bulanRamadhan semata. Namun, dengan kehadiran bulanRamadhan tak lama lagi, masing-masing bolehmerancang sesuatu yang istimewa demi mengeratkan lagi hubungan supaya ianya berkekalan hingga ke akhir hayat.

Pernah suatu hari seorang lelaki dari Afrikamenelefon Mufti Arab Saudi dan bertanyakan soalantentang puasa. Katanya, “Wahai Tuan Mufti, apakah hukumnya jika seseorang itu berpuasa tanpa bersahurdan berbuka?” Lantas mufti tersebut tidak mampumenjawab dan jelas air matanya sedang derasmengalir. Hari ini umat Islam berbuka sampai ketahap membazir sedangkan jutaan manusia yangmerupakan saudara Muslim kita yang berakidah sama dengan kita, yang berpuasa seperti kita tidak ada makanan untuk berbuka dan bersahur! Kita berlaparhanya untuk beberapa jam sahaja, namun merekaberlapar selagi mereka masih nampak bulan danbintang.

Tidaklah seruan ini meminta untuk kita semua pergike sana dan membantu. Kalau boleh lebih baik. Tapi paling tidak, rasailah persaudaraan antara kita dan mereka dalam sama-sama berlapar. Niat dan doakanyang terbaik untuk mereka kerana mereka jugaadalah saudara kita semua.

SILIBUS #8 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG OPTIMIS

Berpuasa di bulan Ramadhan langsung tidak akan sama sepertimana berpuasa pada bulan-bulan yang lain. Ia ada keistimewaannya yang tersendiri yang mana Allah telah mengaturkannya dalam bentuk 3elemen yang utama seperti mana yang telahdianjurkan di dalam ayatnya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

[Al-Baqarah : 183]

Ia mengandungi sebuah hadiah istimewa iaitu‘Takwa’. Tapi siapa sedar kenapakah Allah akhiriayat di atas dengan kalimah ‘Supaya’? Ia samaseperti, mudah-mudahan, semoga, moga-moga kamumenjadi orang yang bertakwa. Ini bermakna, iaadalah satu perkara yang tak pasti samada bolehdapat atau pun tidak dapat. Sebagai orang positif,sudah semestinya kita mahu dapat semuanyalebih-lebih lagi ia adalah sebuah hadiah daripadaAllah. Oleh itu bagaimana untuk kita optimismendapatkannya? Mari kita lihat perbincangan di bawah.

AO Tribe 14

Page 18: inspirasi niaga.pdf

nak makan moreh yang tak seberapa. Orang yang mengejar takwa, mereka yang menjaga input dan proses supaya selari untuk sebuah hadiah yang sangat bermakna iaitu takwa. InsyaAllah, setiap kita sangat optimis untuk mendapatkannya dan seruan untuk diri kami dan anda semua moga bersama mencapainya.

SILIBUS #9 : RAMADHANMENGAJAR KITA MENJADISEORANG YANG KAYA

Jadi kaya? Betul. Memang Ramadhan mengajarkita untuk menjadi kaya. Tapi bukan kaya hartasemata-mata. Bahkan ia mengajar kita untuk kaya jiwa sekaya-kayanya. Terlalu banyak ganjaran yang Allah swt sediakan untuk mereka yang benar-benar melaluinya dengan penuh keimanan dan pengharapanpada pengampunan. Sehingga bau mulut orang yang berpuasa digambarkan seperti bauan kasturiwalaupun hakikat sebenar baunya sukar digambarkan.Doa setiap individu yang berpuasa tersangatlahistimewa sehingga Allah berkata doa mereka tidak akan ditolak sekiranya mereka berdoa ketika

berbuka. Allah yang sama juga berikan lagi dua kegembiraan bagi mereka yang berpuasa.Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraanapabila menemui tuhannya. Dan orang yang berpuasa juga disediakan sebuah pintu khas bernama Rayyan untuk ke syurga.

Orang baru nak masuk Islam, perlu mengucap dua kalimah syahadah dan disaksikan oleh orang lain. Ibadah solat, kita boleh tahu samada orang itusolat ataupun tidak. Bukanlah untuk kitamenghukum, tapi kalau waktu solat, masih berada di tempat yang sama sehingga masuk waktu solatseterusnya, orang boleh tahu bahawa orang ini

Pertama, seruan utama Allah adalah eksklusif untuk orang yang ada pada dirinya IMAN. Itu merupakan input utama kekuatan untuk menerima ayat ini tanpaada sebarang penolakan. Dengan iman manusia itu bersolat, tapi pelik sangat kalau puasa dan tidaksolat. Dengan iman manusia mengenali perkara-perkara yang ghaib, tapi pelik mengapa masih ada manusia yang tidak mempercayai adanya Lailatul Qadr dan berusaha untuk mengejarnya. Lantas iman adalah perkara utama jalan menuju takwa. Adakah dengan iman sahaja sudah mencukupi? Tidak.

Kemudian, dengan keimanan yang jitu, hasildaripada tarbiyyah imaniah yang kita perolehi dari masa ke semasa, ia berpindah kepada sebuah‘proses’ pasca keimanan tadi iaitu puasa. Bagaimanapuasa itu dijalankan semuanya tertakluk kepada ilmu yang masing-masing kita pelajari. Perlu diingatkan, kepentingan menuntut ilmu tidak kiralah apa juabidang sekalipun haruslah dipertingkatkan. Sangat sedih sekiranya seseorang yang berpuasa hari ini umurnya sudah pun mencecah 48 tahun, tapi ilmu yang diguna pakai untuk berpuasa adalah ilmu yang berumur 15 tahun. Itu pun silibus pelajaran yangdihafal untuk menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dahulu kala. Bagaimana seseorang yangbermusafir ketika berpuasa, bagaimana orang sakitketika berpuasa, adakah batal korek hidung ketikaberpuasa, semuanya perlukan ilmu-ilmu yangmampu mengubah ataupun menguatkan pendirian kita tentang puasa.

Akhirnya, dengan iman yang kuat, proses puasanyabetul, maka hasil hadiah takwa itu pasti akanmenjadi milik kita semua. Letih sebenarnya setiapkali datangnya bulan puasa, ramai yang hanyaberlapar dan berdahaga. Lebih meletihkankepada mereka yang berpusu-pusu datang terawih bergaduh-gaduh berebut parkir kereta semata-mata

15 AO Tribe

Page 19: inspirasi niaga.pdf

memang tak solat. Nak berzakat? Kena ada saksidaripada penerima khususnya ketika seseorang itu mahu mengeluarkan zakat. Nak buat haji, pihak Tabung Haji kena tahu bahawa anda salah seorang yang layak untuk pergi ke sana menunaikan ibadah yang mulia itu.

Adapun puasa? Siapa yang tahu anda berpuasaataupun tidak? Kita tidak menelan air semasa mandidi bilik air, tidak melihat yang haram walaupunsendirian jauh dari pandangan manusia, semuanyakerana kita berpuasa atas dorongan iman kepadaAllah.

PENUTUP

Akhir kata, kami penerbit Majalah AO Tribememohon maaf di atas sebarang bicara, salah tutur ayat dan kata. Tidak ada kemahuan yang lebih dari kami semua melainkan adalah untuk kita sama-sama bersedia untuk melakukan satu perubahan yang baik untuk Ramadhan kali ini. Lakukan yang terbaik andaiRamadhan yang lalu belum membawa apa-apakesan ke dalam diri kita. Kami akhiri tulisan inidengan sebuah hadis daripada Rasulullah sawberkata:

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘WahaiMuhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan,namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapatampunan, maka jika mati ia masuk Neraka.Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Dorongan ini kita ulang 30 kali dalam sebulan untukmenanam nilai tulus dan ikhlas dalam beramalkepada Allah. Atas maksud inilah, Allah memberikan ganjaran khusus lagi eksklusif kepada mereka yang berpuasa kerana ia adalah ta’abbud yang istimewaantara seorang hamba dengan Penciptanya. Inilah yang dinamakan dengan kaya jiwa. Kekayaan yang boleh membawa seseorang ke mana-mana sahaja. Kaya harta semata-mata, kaya pangkat, kaya rupa, semuanya akan berakhir. Tapi kekayaan jiwa yang kita miliki hasil tarbiyyah Ramadhan ini adalahuntuk kita pakai selamanya. Orang lain juga turut merasa tempiasnya sekalipun kita sudah tiada lagi di sisi mereka. Bermula dengan kaya jiwa, segalakekayaan yang lain akan turut serta. Mohonlah kekuatan daripadaNya.

AO Tribe 16

Page 20: inspirasi niaga.pdf
Page 21: inspirasi niaga.pdf

AO Tribe 18

Hi Assalammualaikum, saya Aizzuan bin Mohamad Ali, memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran Digital untuk ABC IT Works Sdn Bhd.

Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga pada yang Esa, atas segala limpahan rahmat dan kurnia dariNya, pada tahun lalu saya dan isteri telah dijemput untuk menunaikan ibadah umrah bersama mentor kesayanganramai iaitu Dr Azizan Osman dan Tuan Zafrul Rizal. Ucapan terima kasih ini adalah untuk mereka yang telah memilih kami mencapai impian kami iaituuntuk menunaikan ibadah umrah ini, ditambah lagi ianya pada bulan Ramadhan!

Antara pengalaman yang saya dapat kongsikandengan anda:

1. Ketika pertama kali melihat Kaabah dengan mata kepala sendiri. Kalau sebelum ini hanya dapat melihatmelalui desktop ataupun poster. Namun sekarangQiblat yang menjadi impian jutaan muslimseluruh dunia kini berada di hadapan mata. Betapa

hebat dan agungnya kuasa Allah yang menghimpunkanjutaan hambaNya setiap detik tanpa putus, manusia melakukan ibadat tawaf.

2. Pengalaman puasa di sana sama sekali langsung tidak sama dengan puasa di sini. Masyarakat Arabbetul-betul mengisi setiap ruangan waktu di bulan ini penuh dengan aktiviti yang sesuai dengan ibadah.Kalau dia tidak bercakap, dia akan kembali membaca

PENGALAMANUMRAH AIZZUAN & HAFIZ

Tak Ada Moreh PunOrang Masih Ramai?

Page 22: inspirasi niaga.pdf

19 AO Tribe

Al-Quran mahupun zikrullah. Suasana di masjidsentiasa penuh seawal waktu sahur kerana kebanyakansahur disediakan oleh pemilik-pemilik hati emasyang memberi tanpa henti.

3. Pengalaman berterawih di sana juga tidak langsung sama seperti di sini. Kebanyakan masjid atau surau di daerah kita hanya berterawih sebanyak 8 rakaat dan jarang-jarang ada yang melakukan 20 rakaat. Namun, di sana terawihnya adalah 20 rakaat. Lebihmengujakan apabila tiada orang yang bergegaspulang setelah selesai rakaat yang kelapan danmasjid akan melimpah penuh sekalipun tiada moreh yang disediakan.

Pesanan saya untuk sahabat dan rakan-rakan:

1. Tanamkan niat dan mula menyimpan khususuntuk pergi ke sana sama ada untuk mengerjakanumrah apatah lagi untuk ibadah haji.

2. Jangan tunggu sampai sudah tidak larat dantiada kudrat baru berpeluang untuk ke sana.Sementara masih muda dan ‘sado’, itulah peluang yang sebaik-baiknya, beribadah tanpa mengharap dan menyusahkan orang lain untuk kita.

3. Sentiasa bersangka baik terutamanya dengan Allah kerana setiap rezeki hambaNya itu telah pun ditentukan olehNya. Jangan putus asa untukmemohon dan sentiasa berdoa padaNya agardiberikan peluang untuk mengunjungi tanah suci.

Salam hormat,Aizzuan bin Mohamad AliPengurus Pemasaran DigitalABC IT Works Sdn Bhd

Assalammualaikum kepada anda semua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berkongsikan sedikit pengalaman ketika berada di tanah haramtahun lalu (2014) untuk menunaikan Umrah.Alhamdulillah, sebenarnya ini adalah pengalaman Umrah pertama saya berada di sana.

Izinkan saya bermula dengan satu perkongsiansebelum mendapat berita gembira ini yang padamulanya saya pernah berniat untuk dijemputmenjadi tetamuNya bersama sahabat saya iaitu Aizzuan “Abang Bara-Bara”. Setiap masa kamiberChat dan bercadang untuk mencari travel yang menawarkan harga yang berpatutan untukmenunaikan Umrah bersama.

Kami bercadang untuk menunaikan Umrah padatahun 2014. Allah Maha Kuasa dan MahaMendengar. Betullah kata-kata Dr Azizan Osman, ‘Apa yang kita fikir dan cakap itu merupakan satu doa’. Tanpa disangka-sangka, pada satu pagi ketika sedang bermesyuarat, nama kami berdua dipang-gil untuk menerima tawaran menunaikan Umrahbersama pihak pengurusan Richworks iaitu DrAzizan Osman, Puan Hasdiana dan Tuan Zafrul Rizal. Lebih mengujakan apabila isteri saya juga turutberpeluang menunaikan Umrah bersamamereka di bulan Ramadhan.

Sepanjang saya berada di sana, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan.

1. Saya dapat menghayati dan merasai secara langsung tentang sejarah yang kita pernah belajardahulu dengan melawat tempat-tempat yang jikadulunya saya hanya tahu dari buku sahaja.Antaranya seperti lokasi seperti Bukit Uhud danperistiwa peperangan Uhud itu sendiri, Masjid

Saya TerpaksaDukung Isteri Saya

Page 23: inspirasi niaga.pdf

AO Tribe 20

Nabawi, Masjidil Haram, lokasi-lokasi jemaah haji menunaikan haji dan pelbagai tempat bersejarah lagi yang sangat menyentuh perasaan.

2. Saat paling mengembirakan adalah sayaberpeluang bersama isteri Nur Atiqah Hazirah menunaikan solat sunat di Hijir Ismail. Siapa yang mengenali saya, susuk dan saiz badan saya dan isteri tidaklah sepadan seperti mana rakyat Turki mahupunSudan. Kecik-kecik comel orang kata. TapiAlhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya.

3. Ketika menziarahi maqam Nabi Muhammad SAW, ia adalah saat paling menyentuh hati saya. Pastinya perasaan rindu dan sayang menjelma tidak henti-henti ketika berada di sana. Allah makbulkanimpian pertama saya adalah untuk menziarahbaginda dengan lebih dekat.

4. Ketika saya di Madinah dengan perasaan terujasaya terus masuk ke Masjid Nabawi kerana saya ada dengar tentang Raudhah. Ia adalah tempat yangistimewa di dalam masjid itu. Keluasan Masjid tu jangan cakap la. Dengan saiznya yang luas, saya pulak pergi seorang diri masa tu. Sampai la di suatu tempat yang sangat sesak dan saya masih tak tahu di mana Raudhah tersebut. Hampir satu jam sayaberdiri di sebalik kumpulan yang ramai.Sehinggakan saya berada di suatu tempat sepertidi kepung pagar. Rupa-rupanya saya berada dalamsatu kumpulan yang sedang menunggu giliran untukmasuk kawasan yang dipanggil Raudhah.Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga saya memasukinya.

Saya juga ingin berkongsi tentang beberapa suasana antara di sana dan di sini.

1. Ringannya tangan mereka menghulurkansumbangan kepada orang lain. Jika anda tanya bagaimana berbuka puasa di sana, anda hanya perluberdiri sahaja. Berebut-rebut manusia yang akan

menarik anda untuk berbuka puasa dengan apa yang mereka hidangkan. Ya Allah, suasana yang sungguh sangat dahsyat sehinggakan anda juga akan merasa ingin buat sesuatu walaupun dengan hanya membeli sekotak kurma dan beri kepada orang lain atau ambik segelas air zamzam dan hidang kepada mereka.

2. Perbezaan dari segi cuaca juga menjadi cabaran kepada saya dan isteri. Saya masih ingat pada hari ke-3 di mana isteri saya tak dapat bertahan lagisehinggakan saya terpaksa mendukung beliau daritapak lokasi rumah asal baginda Rasulullah sawsehinggalah ke hotel penginapan kami. Kelihatanramai wanita-wanita dari pelbagai negara cuba untukmembantu isteri saya dengan meletakkan air kemuka beliau.

3. Assalammualaikum. Di mana-mana andapergi, ucapan Assalammualaikum akan sentiasa kedengaran. Tasbih atau Al-Quran akan sentiasa di tangan jemaah-jemaah Umrah yang lain tanpamengira apa sahaja warna kulit mereka. Subhanallah.

Di sini saya ingin berkongsi rasa dan pesanan buat sahabat semua.

1. Sentiasa berdoa supaya anda akan menjejakkan kaki anda ke sana dan menjadi tetamunya suatu hari nanti.

2. Jangan risau jika anda sentiasa mendengarperkara-perkara yang menakutkan seperti “Tidak nampak Kaabah”, “Kaabah hilang”, “Orang arab ganas” atau benda merepek lain. Tidaklahbermaksud saya anda tidak perlu menjaga adab tapi jangan menjadikan perkara negatif begini sebagai penghalang anda untuk menunaikan ibadah yang mulia ini.

3. Saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Azizan Osman danpihak pengurusan Richworks kerana memberipeluang istimewa ini bagi saya dan isteri.

4. Saya juga mendoakan kepada anda semuasemoga sentiasa dipermudahkan dan diizinkan Allah untuk menjadi tetamunya suatu hari nanti.InsyaAllah.

Mohd Hafiz bin JasmiSenior Client Account ExecutiveRichworks International Sdn Bhd

Page 24: inspirasi niaga.pdf
Page 25: inspirasi niaga.pdf

DIARI RICHWELL1 Home 1 Box

Antara rumah yang kami kunjung seorang nenek tua tinggal seorang diri, sentiasa ditemani anak lelaki yang tinggal di depan rumahnya, si emak bongkok sabut dan sakit lutut, manakala si anak sakit selaput mata. Berjirankan seorang pakcik tua yang bujang, yang dahulunya tinggal bersama arwah ibu tersayang.

Bila melihat keadaan mereka, hati tertanya “bagaimanaagaknya keadaan diriku nanti tika tua dan uzur?”

Ya Allah, lindungi mereka dan kasihi merekasepertimana kasihnya kedua ibu bapa kami akan kami tika kecil, seperti mana kasihnya kami kepada kedua ibu bapa kami.

24 MAC 2015 - JERAM

Syukur Alhamdulillah selesai sesi pertama pengagihan “1 Home 1 Box” di kawasan sekitar Jeram.

Suasana kampung amat tenang, saya seolah-olah lupa akan kepesatan bandar, minum petang di gerai tepi jalan terasa nikmat membasah tekak.

AO Tribe 22

Page 26: inspirasi niaga.pdf

27 MAC 2015 - JERAM

Cerita siang tadi, sangat mengusik jiwa. Kami hampir “banjir” tapi kami tabahkan juga. Tak terbayang akan berkunjung ke rumah-rumah insan istimewa, syukur masih wujud kasih sayang seikhlas hati, sesungguhnyaaturan Allah amat indah. Ayah dan ibu terlantar, anak-anak masih ada menjaga, anak terbiar masih ada saudara mara, anak istimewa masih waras dan mampu menjaga ibu terlantar, pelbagai duka, namun ada juga sukanya.

Bila airmata mengalir tanpa sebab, itu tanda “bicaradalam sepi”, kami faham. Bila ceria seolah tiada duka, kami mengusik si Nenek. Apa yang mereka inginkan ialah supaya kita “tahu” akan kewujudan mereka disini. Si Nenek bercerita ketika zaman Jepun, bagaimanadia menyorok dalam gulungan tikar mengkuangketika askar Jepun masuk ke rumahnya, bukan selalu kita mendengar pengalaman sebegini, tak pernah kot!

Luas pandangan dan pengalaman kami siang tadi, disusuli dengan hujan tiba-tiba tika panas terik,seolah-olah alam menangis bersama. “This isnot about us, it’s about them”. Mereka lebihmemerlukan, kita boleh pilih nak makan di mana,mereka “makan apa yang ada”.

8 APRIL 2015 – PARIT MAHANG

Pagi tadi semasa berziarah ke rumah Pakcik di Parit Mahang, hati sayu dan sedih, baru saya tahu bahawakebanyakan pesakit-pesakit stroke akan “terbiar” di rumah masing-masing, mungkin menanti “hari”sahaja. Bagi mereka yang mempunyai wang,InsyaAllah mereka akan selesa di rumah, denganpemantauan doktor bila perlu, pembantu, orang gaji, keluarga dan sebagainya.

Muka sudah sedikit hitam dek panas terik, lantaklah! Badan melekit dek peluh , lantaklah! Singgah makan di mana sahaja, sedap atau tidak bukan persoalannya,sekadar lapik perut. Bila pulang, kita boleh mandi sepuasnya, salin baju dan pilih nak makan apa atau masak sendiri, Apa pilihan mereka? Banyak?

23 AO Tribe

Page 27: inspirasi niaga.pdf

Bagi Pakcik ini contohnya, Alhamdulillah keluarga sangat menjaga, namun mereka mengharap bantuankepada Klinik Kerajaan berdekatan. Setiap duaminggu, tiub di hidung Pakcik harus ditukar, keluargasaban minggu akan mengangkat Pakcik ke klinik berkenaan dengan kereta. Bayangkan kesakitan dan kepayahan yang perlu Pakcik lalui. Sejak kebelakanganini, tiub ditukar bukan lagi di dalam klinik, tetapi di dalam kereta, kerana Pakcik tidak tahan bergerakterlalu banyak dan menunggu giliran.

Kami ke sini lagi menziarahi pakcik, bersama DrZulkifli Sharif. Banyak perkongsian hebat daribeliau tadi, dari tips-tips penjagaan pesakit stroke, permakanan yang berkhasiat, hubungan kekeluargaan,input kerohanian & spiritual, aurat, solat dan lain-lain lagi.

Yang paling penting, doa dari anak-anak serta“penghujung yang baik” untuk pesakit stroke.

Terlalu banyak sharing dari beliau, dalam maksud tersirat. Terima kasih Dr. Zulkifli.

17 APRIL 2015 - SABAK

Ini cerita mereka...

1. Sebuah pondok di tepi sawah yang kita tidakmenduga ada penghuninya. Seorang ayah mengalirkan air matanya apabila ditanya tentang hidupnya apatah lagi perihal anak..soalan kami tamat.

2. Kagum! Anak yg berbakti pada ibunya sanggup mengenepi kebahagiaan hidupnya demi menjaga ibu biarpun hidup dalam kesusahan.

3. Isteri setia yang tidak pernah jemu menguruskananak istimewa ditambah pula suami yang sakitmengharungi kesempitan hidup.

4. Kasihnya seorang kakak yang menjaga danmenguruskan adiknya dihujung usia.

Entah bagaimana cerita kita.

AO Tribe 24

Page 28: inspirasi niaga.pdf

12 MAY 2015 - DELEK, KLANG

Misi 1Home1Box untuk Bulan Mei kami mulakandengan lawatan kami ke Kg. Delek, Klang.Pengalaman yang berbeza, tiada suasana kampung, jangkaan saya secara peribadi agak skeptical “susah”kah mereka ini? Betul ke pilihan kami untuk ke sini?

Rata-rata yang kami temui adalah ibu tunggal yang samada berfikiran positif atau mereka yangtenggelam dengan permasalahan sendiri. Ada yang sibuk mencari mata pencarian sehingga keadaan anak-anak serta rumah terabai. Namun ada yang bersyukur dan sangat berterima kasih denganpemberian kami yang tidak seberapa ini. Dan yang membanggakan, mereka yakin ada lagi keluarga yang lebih susah dan lebih memerlukan bantuan.

Yang menggusarkan kami ialah apabila berhadapan dengan masalah sosial yang membelenggu segelintirmereka - ayah yang mendesak untuk mendapatkan bantuan “warga emas” atas alasan “aku nak hisaprokok dan makan roti canai”, anak lemas “menghidu gam”, ayah asyik keluar masuk penjara meninggalkanbeban menyara anak seramai 14 orang kepada siisteri, si ibu menghadapi tekanan perasaan akibatkematian suami, mempunyai seorang anak OKU, tidak mampu mengharunginya sehinggaasyik keluar masuk hospital atau wad sakitjiwa, dan pelbagai lagi kisah suka duka.

Beruntungnya ada pihak JKKK Kampung yang masih prihatin dan mengambil berat, sentiasamenjenguk nasib mereka ini, tanpa mengenalerti penat.

Tak semua mempunyai hati yang cekal untuk melalui dugaan hidup ini, sehingga mereka lupa akan hikmah dan “keindahan” disebalik setiap kesusahan. Mungkinbenar pandangan seorang JKKK - “semua ini dapatdiatasi jika kita semua “kembali” kepadaNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidaklangsung. Kami merasa amat terharu dan bertuahdengan kerjasama yang erat yg diberikan olehsemua yang terlibat.

24 APRIL 2015 - SABAK

Berakhirlah sudah kembara 1Home1Box padabulan April ini. Genap 100 buah rumah yg telah kami ziarah.Catatan kami di lawatan yang terakhir untuk bulan April ini. Banyak yang kami pelajari.

1. Isteri seorang pakcik sakit saraf hinggamenyebabkan anggota badannya kejang. Darinyakami belajar ertinya cinta.

2. Makcik yang sakit kepala yang tidak dapatdikesan sakitnya. Semasa kami tiba, dia sedang di serang sakit. Kami dapat menyelami kesakitanyang dialaminya melalui airmata yg mengalirmenahan sakit. Kami belajar erti tabah darinya.

3. Nenek yang cekal mempertahankan hak cucunya sebagai anak yatim. Ibu mereka pula bertarung nyawa melawan kanser darah tahap4. Ketika ini beliau sedang menerima rawatan di HTAR. Darinya kami belajar erti pengorbanan.

4. Kami melawat seorang nenek yang usianyamenjangkau 100 tahun, tidak boleh berjalan tapi solatnya terjaga. Kami belajar erti taat darinya.

25 AO Tribe

Page 29: inspirasi niaga.pdf

DIARI RICHWELLZiarah, Jom Cuci Surau

Puan Badilah mula mengetahui tentang penyakit kansernya pada penghujung tahun 2013. Pada ketika itu kansernya sudah tahap 2, tetapi beliau menangguhkansebarang perubatan kerana anak sulungnya akanmenghadapi peperiksaan STPM. Alhamdulillah,anaknya kini menuntut di UPSI. Beliau menangguhkan lagi perubatan kerana anak bongsunya selalu demam kerana tonsil. Begitu besar pengorbanan kasihnya ibu.

Pada Februari 2015, kansernya telah melarat ke tahap 3 dan pada Mac 2015, telah berada di tahap 4. Sebak kami memandang wajahnya, pucat dan lesu.

Airmata kami tidak dapat ditahan lagi tika anaksulungnya berselawat sambil membasahi bibiribunya dengan air, dan berkata “Ibu, telan lah air ini ibu, basahilah tekak Ibu”. Berkali-kali anaknyamencium pipi ibu kesayangan, terpancar kasihteramat akan ibunya yang terlantar.

Mereka kini berkumpul di rumah adik Puan Badilah, dan kakaknya berkunjung setiap hari bergilir-gilirmenjaganya. Persekolahan anak-anak terpaksadiuruskan pertukaran ke sekolah berhampiran,dengan yuran sekolah tertunggak. Anak sulungterpaksa mengambil cuti dari pengajian demi ingin menjaga ibu serta adik-adik.

3 APRIL 2015 - SG.CHOH, KLANG

Hati kami tergerak untuk ke sana petang tadi, sebak hati kami melihat keadaan Pn Badilah.

Tiub sejak semalam telah dibuka kerana badannyatidak lagi dapat menerima. Beliau sedang koma,hampir kesemua organ dalaman telah rosak sertamengalami perdarahan otak serta pangkal rahim.

Kami terpanggil untuk berkunjung ke sana demianak-anak beliau. Anak bongsu belajar di tahun 3 turut demam kerana tonsil, sudah mendapat surat doktor dan perlu dibedah.

AO Tribe 26

Page 30: inspirasi niaga.pdf

Kagum dengan ketabahan kesemua ahli keluarga ini, walaupun tika bersembang dengan kakaknya, airmata bergenang beberapa kali.

Kami tak berdaya bertahan lagi, meminta izin untuk pulang, masuk ke kereta kami diam seribu bahasa. Bila rumah hilang dari pandangan, airmata mengalir tanpa disekat lagi.

Walaupun cuaca panas petang tadi, hati kami mendung dan suram. Hari ini kami “kecundang”, “banjir kilat” melanda. Ya Allah, Kau lorongkan bantuan kepada keluarga ini, tabahkan hati mereka ini. Tabahkan hati ini Ya Allah.

Puan Badillah telah menghembuskan nafas yangterakhir pada 3 April 2015, meninggalkan enam orang anak. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Al-Fatihah.

8 APRIL 2015 - SG.CHOH, KLANG

Kami berziarah ke rumah arwah Pn Badilah, melawat anak-anak beliau sebelum anak sulungnya kembali menyambung pengajian ke UPSI minggu hadapan.

Anak-anak ini nampak ceria secara luaran, tetapi di hati mereka hanya Allah yang Maha Mengetahui.Hilang tempat bermanja, hilang tempat bergantung.Alhamdulillah, ada sanak saudara yang sangat mengambil berat.

Yang penting sekarang pendidikan dan persekolahan anak-anak ini harus diutamakan. InsyaAllah dengan sumbangan dan sokongan yang diberi, kami akan terus membantu anak-anak ini.

3 APRIL 2015 - PUSAT JAGAANAMAL ASYURA

Cerita semalam - kembara team Richwell.

Aturan Allah sangat indah, selepas berziarah ke rumah arwah Pn Badilah, kami singgah di rumah ini. Hatiterubat melihat keletah anak-anak kecil ini, sangat comel dan manja.

Kami mengalu-alukan sumbangan dari segi barangan berikut:

1) Katil single 1 unit, utk menyusun tilam-tilam sedia ada. Mereka memang tidak memerlukan tilam yang tebal dan berat, sebab bila ringan senang dikemas serta dicuci.

2) Buku-buku bagi anak-anak berumur 3-6 tahun,terutama buku mewarna (coloring book)

3) Pakaian kanak-kanak

4) Barangan dapur

Kesemua barang derma anda boleh disalurkan terus ke Pusat Jagaan Amal Syura atau melalui Richwell.

Anak-anak ini jauh lagi perjalanan hidup mereka, kita bantu apa yang mampu, InsyaAllah.

18 MAY 2015 - WAD RADIOTERAPI, HOSPITAL KL (HKL)

Cerita pagi tadi Ziarah Richwell ke Wad Radioterapi HKL, rata-rata pesakit adalah pesakit kanser tahap 3 dan 4, yang menerima rawatan di wad tersebut, dengan harapan penuh untuk pulih.

Ada yang kanser perut, kanser usus, kanser tulang, kanser payudara dll. Yang sempat saya bertanya - kanser dikesan di tahap 3, ada yang di tahap 4. Pesakit

27 AO Tribe

Page 31: inspirasi niaga.pdf

paling muda kami bertemu berusia 18 tahun , penghidapkanser tulang.

Sempat juga kami berkenalan dengan tiga orang sukarelawan yang telah “berkhidmat” secara sukarela di HKL lebih dari 10 tahun.

Pengalaman pagi tadi sangat memberi kesan,melihat keluarga melayan dan menjaga pesakitdengan penuh kesabaran. Kadang-kadang kita diduga dengan sedikit kesusahan dan penyakit, kita rasa kita paling teruk, kita tidak sabar, kita lemah, di sini baru kita sedar apa yang Allah beri sangat kecil dugaan berbanding dengan mereka. Demam sikit, komplen, batuk sikit komplen, kerja banyak komplen, mereka ini kena lalui pelbagai treatment, bukan setakat batuk demam, mereka ini nak kerja pun belum tentu boleh. nasi yang dimakan mengenyangkan dan memberi

tenaga. Sekurang-kurangnya ia mencukupi untuk sebulan.

Mungkin ia boleh dibuat nasi lemak, nasi goreng atau nasi impit, dan dijual sebagai sumber pendapatan. Atau dibuat bubur, bagi orang tua, orang sakit atau bayi.

Yang penting kita beri dan terus memberi,sekurang-kurangnya dengan kegembiraan mereka membawa pulang sekampit beras dapat membuatkan “hati kita bertaman-taman” gembira dan sebak.

Terima kasih kepada yang terus menerus menyokong kami melalui sumbangan yang konsisten dan berterusan.Sumbangan anda amat kami hargai. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan ini.11 APRIL 2015 - MASJID KARIAH

KG. PAYA, PORT DICKSON

Di sekitar pengagihan beras sumbangan Richwell,kepada penduduk kampung di Masjid Kariah Kg Paya, Port Dickson. Ini bersempena dengan program“Jom Cuci Masjid”.

AJK Masjid mengambil berkat mengagihkan beras sumbangan pada program ceramah bulanan.

Mungkin pada setengah orang “apa la sangat dengansekampit beras ini?’. Pada kita beras ialah sesuatuyang sangat biasa-biasa, setiap rumah ada beras.Kadang-kadang kita jemu nak makan nasi. Tetapibukan bagi setengah orang.

Kita tidak tahu apa keindahan disebalik sekampitberas ini bagi mereka yang memerlukan mungkin untuk dimakan sebagai melapik lapar, lauknya mungkin telur atau ikan masin, atau tiada lauk. Sekurang-kurangnya

16 MAY 2015 - SURAU DATO’ HJDAHLAN, KG. BUKIT KUCHINGTENGAH, JERAM

Team Richwell & AJK Surau membersihkan surau wakaf arwah Dato’ Dahlan. Seusai membersih, kami teruskan dengan misi mengganti dan menambahbaik keadaan surau.

AO Tribe 28

Page 32: inspirasi niaga.pdf

bertambah suka mereka, ada yang pakai untuk pergi kerja, ada dapat jaket, dan lain-lain lagi.

Mereka tambah gembira sebab malam ni dapat banyakbarangan. Lebih beruntung bila team Anis Choc Moist Moon Lovely Bite turut menyertai kami, denganmembawa kek coklat mereka.

Sempat bersembang dengan team leader kami - memberi makanan setiap malam kepada mereka ini cuma secebis dari agenda keseluruhan, plan jangkapendek dan jangka panjang mereka ialah untukberkenalan melalui nasi yang diberi. Bila dah makan,kita “hook” mereka melalui perbualan, akhirnya kita boleh bantu mereka untuk “earn a living” melaluibeberapa cara - berniaga, jadi stokis, pengedarbarangan dan lain-lain.

Hati gembira bila dapat memberi, hati tersenyum tanda syukur padaMu atas peluang yang diberi.

Langsir usang yang digunakan sebagai tirai antara muslimin dan muslimat kami tukarkan. Tikar getah di bahagian luar yang dah koyak dan nipis kami ganti dengan yang lebih tebal sikit.

Kami belikan kabinet dapur untuk menyimpan pingganmangkuk dan perkakas dapur yang lain. Semogakurang habuknya kalau disimpan dalam kabinetmemandangkan surau ini di tepi jalan.

Kami ganti dengan apa yang kami mampu beli dipekan kecil berhampiran sahaja.

Bersembang dgn Pengerusi Surau semalam “kami plan nak adakan gotong royong mengemas surau ni dlm 2 ke 3 minggu lagi kerana Ramadhan sudahhampir, hajat tertunai lebih awal rupanya”. Alhamdulillah bantuan sampai awal sikit dariNya.

14 MAY 2015 - BANDAR KLANG

Syukur Alhamdulillah selesai misi “#‎FeedTheHunger” bersama dengan our street friends. Gembira merekadapat shampu dan gel mandian, “minggu ni kamiwangi la dapat sabun cam gini” kata mereka.

Tambah pula dengan baju terpakai yang kami bawa,

29 AO Tribe

Page 33: inspirasi niaga.pdf

11 JUN 2015 - FEED THEHUNGER, KUALA LUMPUR

Syukur Alhamdulillah selesai “Feed the Hunger”untuk malam ini. Sumbangan kami untuk malam ini - Nasi Ayam Pak Mal, tuala muka, kismis dan biskut.

Gembira melihat mereka makan dengan penuh selera Nasi Ayam yang kami bawa.

Di kala kebanyakan orang telah pulang ke rumahmasing-masing, kembali ke suasana rumah yangselesa, bersedia untuk tidur lena di tilam yang empuk, ada di kalangan kita yang meluangkan masa mengagihmakanan, minuman dan lain-lain kepada “our street friends”. Kami datang dengan minda terbuka, merekajuga manusia seperti kita, cuma nasib merekaberlainan dari kita, mereka meminta tanpa segan, kami memberi tanpa bangga.

Bulan Ramadhan bakal berkunjung, apakah juadah berbuka dan sahur mereka?

Memberi, memberi dan teruskan memberi. Terima kasih kepada semua yang tidak pernah putus untuk memberi. Menjadi satu kepuasan bagi kami apabiladapat menyampaikan segala amanah yang telah anda pertanggungjawabkannya kepada kami.

Semoga dengan usaha yang kecil ini dipandang di sisi Allah swt sebagai medium untuk menambahkan lagi keimanan antara kita sekaligus menjadi bekal yang baik untuk kita bawa dalam perjalanan ke syurga kelak.Terima kasih ya Allah, terima kasih penyumbangsemua, terima kasih semua.

AO Tribe 30

Page 34: inspirasi niaga.pdf
Page 35: inspirasi niaga.pdf
Page 36: inspirasi niaga.pdf

33 AO Tribe

KESAN KE ATASPELABURAN PASCA GST

untuk yuran RM70 itu adalahsebanyak 6% atau RM4.20. Maka jumlah yuran pembrokeran dan penjelasan termasuk GST adalah RM74.20. Jadi kesan GST kepada pelabur dan pedagang runcit adalah sedikit sahaja.

Pelabur dan pedagang runcit menyumbang lebih daripada 26% aktiviti perdagangan saham diBursa Malaysia tahun lepas, manakala institusi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dan Permodalan NasionalBerhad (PNB) kira-kira 40% manakala penyertaan asing sebanyak24%.

Menurut Haji Asri lagi, sebaliknya,kesan GST akan dirasai oleh pelaburlogam berharga yang berdagang produk fizikal seperti emas, perak, syiling, barang kemas dan koleksi

bahawa bagi pelabur dan pedagangruncit, keuntungan daripadapenjualan saham, pendapatandividen yang diterima, nilai belian dan jualan saham secara langsung daripada pasaran saham atau melalui unit amanah tidak tertakluk kepada GST.

Yang dikenakan GST hanyalah ke atas yuran pembrokeran danpenjelasan bagi transaksi belian dan jualan saham tersebut, dan juga yuran yang dikenakan olehpengurus dana unit amanah. Jadi jumlah caj GSTnya kecil sebab GST dikenakan ke atas yuran sahaja.Sebagai contoh, seorang pelaburmembeli saham Tenaga NasionalBerhad (TNB) berjumlah RM14,000 dan dikenakan yuranpembrokeran dan penjelasansebanyak katakanlah, 0.5% atau RM70. GST yang perlu dibayar

Pada 1 April 2015, Malaysia menyertai 160 negara lain di dunia untuk melaksanakan Cukai Barangandan Perkhidmatan (GST) dengan kadar permulaan sebanyak 6%.Impaknya merangkumi banyak benda termasuk kos pelaburansaham dan hartanah.

“Apa kesannya kepada sayasebagai pelabur?” anda akanbertanya. Metro mengajukansoalan itu kepada mentor pelaburan saham nombor satu di Malaysia, Haji Mohd Asri Ahmad. Jawapan beliau pendek dan mudah. “Setiap pelabur akan menerima kesannya, tetapi bagi ramai di antara kita,impaknya sedikit sahaja”.

Haji Asri yang telah berkongsi ilmu pelaburan saham kepada lebih7,000 peserta di dalam seminar-seminar pelaburannya, menjelaskan

Page 37: inspirasi niaga.pdf

AO Tribe 34

lain kerana GST dikenakan ke atas nilai produk fizikal yang diniagakan. Sebagai contoh, jongkong emas yang didagangkan pada harga RM10,000 akan tertakluk kepada 6% GST atas nilai dagangan atau RM600. Walau bagaimanapun, pelabur yangberdagang emas melalui akaun pelaburan emas tidak tertakluk kepada GST.

Sebagai pelabur, akan ada juga kos sampingan seperticaj pemindahan dana antara bank, yuran penjelasancek, pertukaran mata wang asing yang jugatertakluk kepada GST apabila pelabur berurusandengan bank-bank bagi pemindahan dana untukpelaburan. Memang tidak dinafikan bahawa semua ini menambah kepada kos pelaburan, tetapi bayaran-bayaran ini adalah sangat kecil. Sebagai contoh, jika caj yang dikenakan adalah RM5, GST ke atasnya adalah 30 sen sahaja.

Bagi pelabur hartanah, samada GST ada atau tidak, harga hartanah akan meningkat dengan kenaikankeseluruhan kos bahan binaan. Satu fakta yangmelegakan ialah kos tanah, yang merangkumisebahagian besar dari kos hartanah, tidak tertaklukkepada GST. Apapun, kenaikan harga ini mungkintidak secara mendadak memandangkan sektorhartanah yang lesu masa kini dan sikap tunggu dan lihat para pelabur.

“Walaupun nilai Ringgit di kadar yang rendah dan sentimen ekonomi keseluruhan agak lemah, masihterdapat banyak peluang bagi pelabur Malaysia.Indeks pasaran saham di Amerika Syarikat, seperti Dow Jones dan Nasdaq, yang menjadi kayu pengukur pasaran saham dunia dan tempatan berada di tahap tertinggi. Peluang terbuka bagi pelabur dan pedagang runcit yang bijak untuk meraih pulangan yang baik dari pasaran saham.

Setiap masalah pastinya membuka banyak peluangyang lain bagi mereka yang peka. Yang pentingperlulah mempunyai sikap peduli dan ambil tahutentang perkembangan ekonomi di sekeliling dancarilah peluang-peluang untuk meningkatkan pendapatan antaranya seperti melalui pelaburansaham bagi menampung kesan peningkatan kos sara hidup dewasa ini”, kata Haji Asri.

Page 38: inspirasi niaga.pdf
Page 39: inspirasi niaga.pdf

AO Tribe 36

MY PERSONAL JOURNEY :

UMRAH IN RAMADHANreligious duties with each passing year. I continuously read the holy books in order to be able to fulfill my duties and acts of worship in a more conscious and focused way.

this beautiful desert-like paradise. Sometimes it makes me wonder, the likeness of Makkah as a reflectionof Mahsyar and Madinah a mirrorimage of Heaven on Earth.

I secretly grin with fear andadmiration in my head for themiracle that Allah SWT has sograciously given mankind toprepare us for a heavenly life or to face the darkness of hell. It is to my self bewilderment to think of humankind spending an eternity in hell just to seek for redemption in heaven (Syurga).

Feeling so blessed that I am able to embrace Islam and to study how it is possible to embark on a spiritual journey that leads to Syurga.

As days pass, with Allah’s grace, I am becoming more observant of my

Makkah. The birthplace of Nabi Muhammad. The site ofMuhammad’s first revelation of the Quran. The holiest city in thereligion of Islam. Home to theKabah. A place of pilgrimageobligatory for all able Muslims.

Today, Makkah has become one of the most cosmopolitan anddiverse cities in the Muslim world.

2014. Just about 12 months ago, I was priviledged to be on another personal journey together with Dr Azizan Osman, Hasdiana Ahmad and selected staff from Richworks. To experience Umrah in Ramadhan.

Every opportunity to be in Mak-kah always seems like the first time. Being in this holy land during the most auspicious time of the year and spending my nights in

Page 40: inspirasi niaga.pdf

37 AO Tribe

The moment I touched down at the airport, I couldn’t wait for my first glance of this paradise. Some of the greatest men and women that have ever lived walked on this holy land centuries ago. My mind is gushing with thoughts of having been born at that time and the amazing life that would have been to be in the company of the greatest people to have ever stepped foot on this planet! However, Allah always does what is best for the believer so this must be the best time for me to be around.

What was special about being here during Ramadhan was definitely about the breaking of fast. After the Azhan Maghrib, mammoth of volunteers will startoffering dates, bread, nuts and water for everyone else. Everyone would feel the brotherhood amongst us. No one to distinguish your race, color, origin or whatsoever that made it so extraordinarily special. You see everyone united in peace to have a common meal and at every moment, we were all reminded that we are here for one purpose, for the sake of Allah SWT and his messenger Prophet Muhammad.

Though I had been on Umrah before, but for the past year, I had really wanted to go to experience it during Ramadhan. Like everyone else, I was excited. But I was equally worried if my trip and Ibadat would be as fulfilling as I had hoped. It’s just a feeling you get as you mature through life. In the end for many of us, it is redemption in a spiritual journey through this lifetime.

The Holy Land awaited me.

As I continue my days here, my emotions grew raw as ever. I could not help thinking, reflecting and would start crying after every thought that comes to mind. “Am I doing enough to earn Allah’s Mercy?”

Being here is an individual experience. I felt at peace with myself. I felt blessed. I felt the presence ofAllah’s grace. I’m aware of my limitations but I am at peace. I pray and live with this consciousness that I everyday would live a life dedicated to this spiritual journey.

SubhanAllah it is all worth it when you think of where you are, what you’re doing, and how much reward you could be earning.

The masjid is always packed with people. The roads were full of people coming from all directions. Some would just end up praying in the middle of the roads. There’s hardly space and you’d be lucky if you could find a spot to kneel just for prayers.

These indescribable moments, hearing the Azhan, watching people sujud and pray in unity cannot be matched by anything in this world. My heart just felt so at peace and as I write this, I wish I could be there right now.

I pray to Allah to be granted this opportunity again for it is an experience I will never forget and I pray the same for my fellow Muslims to be given thisprivilege of Umrah in Ramadhan.

Page 41: inspirasi niaga.pdf
Page 42: inspirasi niaga.pdf