Insan bermoral

22
Pendahuluan Guru mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru juga bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah. Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan suci itu ialah para guru atau pendidik. Para guru sebagai ejen kepada keberkesanan pendidikan oleh itu tidak dinafikan guru banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar kerana walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika ejen menyampaikan tidak efektif. Sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk 1

Transcript of Insan bermoral

Page 1: Insan bermoral

Pendahuluan

Guru mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan

pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru juga

bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati

serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada

perkembangan moral pada pandangan pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah.

Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari

memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang

mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan

suci itu ialah para guru atau pendidik.

Para guru sebagai ejen kepada keberkesanan pendidikan oleh itu tidak dinafikan guru

banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih

lagi dalam membentuk sahsiah pelajar kerana walau sebaik manapun sistem pendidikan,

maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika ejen

menyampaikan tidak efektif.

Sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa

dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,

tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian

Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan

mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai

yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk

meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota

masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan

dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah,

pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi dan

cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan

juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani

1

Page 2: Insan bermoral

masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang

bermoral tinggi.

Rajah 1: Masalah Salah Laku Remaja

Insan Bermoral

Konsep insan bermoral berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan bermoral ialah

seorang individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral juga merujuk kepada

individu yang mempunyai perlakuan atau tingkahlaku yang baik yang boleh diterima

oleh masyarakat umum,dengan mematuhi satu set peraturan yang prespektif dan

ditetapkan oleh autoriti tanpa sebarang soal. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa

ada perlakuan individu yang dilakukan secara terpaksa. Ini kerana kemoralan itu

melibatkan aspek-aspek kerohanian, pemikiran dan dijelmakan dalam bentuk perlakuan.

Sebagai contoh seseorang itu tidak dianggap bermoral sekirannya membantu seseorang

dalam kesempitan mencuri untuk mendapatkan wang. Walaupun membantu seseorang

adalah amalan yang baik tetapi sikap mencuri itu adalah tingkah laku yang tidak

bermoral. Walaupun niat untuk menolong orang adalah yang berada di dalam kesusahan,

2

Page 3: Insan bermoral

Insan Bermoral

merupakan satu nilai yang baik, tetapi dari aspek perlakuan mencuri itu merupakan

perlakuan yang tidak bermoral maka individu seperti ini bukanlah insan yang bermoral.

Insan yang bermoral merupakan individu yang mempunyai tingkahlaku yang baik dan

dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Seorang insan yang bermoral tidak akan

melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang dengan nilai normal dan

peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan yang bermoral lahir daripada amalan nilai

murni berasaskan kepada demensi dan pegangan prinsip moralnya. Ketekalan moral yang

selari dengan peraturan masyarakat merupakan faktor utama untuk membentuk insan

yang bermoral. Ketekalan moral ialah kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan

prinsip moral. Berasaskan ketekalan moral sesorang dapat mengenali dri sendiri serta

sentiasa beristiqomah dalam amalannya. Ketekalan moral juga dapat menguatkan

pegangan walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Rajah 2

menjelaskan secara ringkas model profil insan bermoral.

Rajah2 : Model Profil Insan Bermoral

3

Mempunyai prinsip hidup yang diterima

oleh keluarga, masyarakat dan negara

Mengamalkan nilai-nilai berdasarkan prinsip hidupnya

setiap masa walau di mana berada

Berpegang teguh dengan prinsip hidup

Page 4: Insan bermoral

Seorang insan yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti :

Berbudi pekerti, mempunyai tingkah laku yang mulia, serta berbudi bahasa.

Tidak suka menunjuk-nunjuk, tidak angkuh dan tidak sombong dalam pergaulan

dengan orang lain.

Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan

kelemahan diri sendiri.

Insan yang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati.

Ciri-ciri insan bermoral

Terdapat beberpa ciri insan yang bermoral iaitu :

Menghormati autoriti iaitu ibu bapa, guru, pemimpin negara atau agama.

Insan yang bermoral harus menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan amalan yang

bermoral dan bolleh diterima oleh masyarakat. Mereka akan menghormati agama dan

kepercayaan orang lain serta menyanyangi nyawa mereka dan menghargai nyawa orang

lain. Orang yang berpendidikan moral dapat membuat keputusan moral secara

autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesan serta akibatnya.

Mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain.

Insan yang bermoral ialah orang yang mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang

perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan

orang lain harus dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

Melakukan sesuatu secara bebas

Insan yang bermoral ialah insan yang dapat melakukan sesuatu scara bebas tanpa

sebarang tekanan tetapi berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang

rasional, Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoalkan akan

dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Mempunyai emosi atau motivasi moral

4

Page 5: Insan bermoral

Insan yang bermoral juga haruslah mempunyai emosi atau motivasi moral untuk

melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar

untuk bertindak sekirannya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.

Mempunyai iltizam

Insan bermorfal ialah insan yang mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut

dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral

yang asas.

Peranan Guru Melahirkan Insan Yang Bermoral

Guru sering juga disebut pendidik. Guru ialah orang yang mengajar atau orang yang

kerjanya mengajar atau memberikan pelajaran di sekolah. Secara khususnya guru ialah

orang yang bertanggungjawab menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah.

Seorang guru telah diamanahkan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang

bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran

moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Guru harus mendidik dan memberi

tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui

penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam

agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Ini dapat membina satu

panduan hidup yang menjadi insan yang bermoral.

Perubahan tingkah laku seseorang individu boleh berlaku secara formal dan tidak formal.

Perubahan tingkah tingkah laku individu ini secara formal dapat dilihat melalui system

pendidikan yang digubal selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan untuk

menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju. Kita mahukan kehidupan rakyat

yang maju, yang seimbang, bertunjangkan ilmu pengentahuan dan bermoral tinggi. Ini

selaras dengan falsafah pendidikan negarayang berusaha untuk memperkembangkan

individu secara menyeluruh dan mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi dan jasmani.

5

Page 6: Insan bermoral

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Rajah 3 : Falsafah Pendidikan Negara

Guru perlu memainkan peranan yang penting dan merupakan agen utama dalam

melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia. Insan yang bermoral perlu

meliputi tiga dimensi iaitu;

Penakulan

Emosi

Tingkah laku

Rajah di bawah menggambarkan insan berakhlak mulia

6

Page 7: Insan bermoral

Rajah 4: Model Insan Menyeluruh

Organisani Pendidikan Moral di sekolah mengandungi lima bidang pembelajaran yang

menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nlai murni di kalangan murid. Bagi

membolehkan nilai-nilai murni dipupuk secara berterusan ke dalam diri murid, bidang

pembelajaran dan nilai yang sama diajar di setiap tahun iaitu dari tahun 1 hinggalah ke

tahun 6. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi

pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan

mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid. Lima bidang yang di

maksudkan ialah;

Nilai berkaitan dengan perkembangan diri

Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan

kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh kesedaran

hati nurani seseorang insan.

7

Page 8: Insan bermoral

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga

Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap

anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai anggota masyarakat yang menghayati

kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar

Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif dalam

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara

Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia kepada

negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan dan

keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Di dalam bidang pendidikan guru mempunyai peranan yang penting untuk membentuk

generasi yang beriman dan beramal dengan nilai-nilai yang diterima masyarakat Peranan

guru amat penting dalam membentuk insan yang bermoral dan berakhlak mulia pada

masa akan datang. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan malah guru

mendidik untuk membentuk insan yang bertrampilan dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan spiturtual.

Guru merupakan insan yang terpilih untuk membentuk manusia menjadi makhluk yang

sayang pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Guru adalah

kerjaya yang suci bersih dan mensucikan dan membersihkan orang lain juga. Guru juga

merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjana insan mulia generasi akan

datang. Terdapat beberapa peranan guru dalam melahirkan insan yang bermoral dan

berakhlak mulia seperti yang digambarkan dalam rajah 3 di bawah.

8

Guru

Page 9: Insan bermoral

 

Rajah 5 : Peranan Guru Melahikan Insan Bermoral

Antara peranan guru dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia ialah:

(i) Guru Sebagai Mu’allim

Mu’allim bermaksud menyampaikan ilmu. Tugas seorang guru ialah menyampaikan ilmu

pengentahuan yang betul dan bermanafaat atau pun proses pemindahan maklumat yang

benar kepada seseorang. Ilmu pengentahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan

seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan

menyampaikan ilmu pengentahuan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses

melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.

Guru adalah pendidik dan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan

seseorang pelajar.Maka murid berperanan menerima didikan daripada guru dan menjadi

9

Mu’allim

Murabbi

Mursyid

Mudarris

Mu’addib

Insan bermoral dan berakhlak mulia

melahirkan

Page 10: Insan bermoral

seseorang insan yang berguna dan berjasa kepada negara.Murid bukan sahaja menerima

ilmu daripada guru maka perlu belajar menjadi seseorang yang bermoral dan

berguna.Guru yang juga merupakan pendidik merupakan seseorang yang sesuai dalam

mendidik dan menyuburkan jati diri murid sebab mereka mempunyai pengalaman dan

ilmu yang tinggi.Dengan kemajuan dan perkembangan pendidikan negara, terdapat ramai

guru terdesak menguasai pelbagai kemahiran generik demi mendidik murid agar mereka

dapat menjadi bakal yang menerajui dan mewarnai masa depan negara.Jadi tidak

dinafikan bahawa guru banyak berkorban dalam melahirkan generasi yang berilmu dan

berguna kepada negara.Sebagai rakyat kita juga harus menghormati guru sebab mereka

berperanan dalam mendidik dan membimbing murid agar menjadi insan yang berguna

kepada negara.

Sebagai guru Pendidikan moral kita harus merancang aktiviti dan kaedah yang sesuai

dengan tahap dan kebolehan murid. Menurut Teori Pembelajaran Peniruan yang

diasaskan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa faktor-faktor kognitif memainkan

peranan yang sangat penting dalam pembelajaran seseorang individu. Dalam kajian yang

dibuat oleh Albert Bandura dapatlah dirumuskan bahawa tingkah laku kanak-kanak hasil

periruan tingkah laku permodelan orang lain. Ini dilakukan dengan memerhati gerak

balas yang terhasil daripada rangsangan persekitara. Berdasarkan teori ini maka dapatlah

dikatakan bahawa murid-murid akan sentiasa memerhati tingkah laku gurunya dan

seterusnya meniru guru tersebut. Maka sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan

tingkah laku yang baik kerana guru akan menjadi model kepada murid-muridnya.

Guru merupakan orang yang menyebar ilmu. Terdapat lima bidang yang harus diajar

dalam Pendidikan Moral sekolah rendah seperti yang telah diterangkan di atas. Sebagai

contoh semasa mengajar bidang pembelajaran 1 iaitu nilai yang berkaitan dengan

perkembangan diri yang bertajuk Kepercayaaan Kepada Tuhan, guru haruslah

meyakinkan bahawa Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya

berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Guru juga harus mengerjakan solat dan puasa seperti yang ditutut oleh agama. Murid

akan meniru perlakuan guru.

10

Page 11: Insan bermoral

(ii) Guru sebagai Mudarris

Murabbi bermaksud pengajar atau pendidik. guru memainkan peranan yang penting

dalam memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Seorang guru tidak harus hanya

memberi ilmu kepada pelajar dari segi akedemik sahaja tetapi juga harus memainkan

peranan dalam membentuk sahsiah pelajar. Guru perlulah sentiasa memberi pendekatan

yang baik kepada pelajar tentang isu perpaduan di negara kita. Mereka haruslah sentiasa

mengutamakan perpaduan pelbagai kaum dalam apa sahaja aktiviti kelas yang

dianjurkan. Selain itu, mereka haruslah melayani semua pelajar dengan adil tanpa

mengambil kira kaum dan agama pelajar-pelajarnya. Selain itu, mereka juga

bertanggungjawab dalam menyemai nilai-nilai yang murni dalam jiwa pelajar-pelajar.

Guru juga berperanan memperkembangkan kemahiran dalaman dan luarannya.

Kemahiran dalaman merangkumi empat aspek utama iaitu

Kemahiran Sikap Peribadi (personal antributes)

Kemahiran ini melibatkan kemahiran yang berpegang teguh kepada etika kerja,

kemahiran menghormati pelanggan dan orang-orang serta persekitarannya. Guru juga

perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi seperti guru

tidak sepatutnya mengaitkan kata-kata yang kasar dan boleh menyentuh perasaan secara

negatif. Guru juga tidak boleh mnghina dan memperkecilkan kebolehan murid-murid.

Kemahiran Penampilan Diri (Interpersonal)

Kemahiran ini pula berkait dengan kemahiran seoramg guru dalam menyesuaikan diri

dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran ndalam proses

pengajaran dan pembelajaran, dengan kata lain kemahiran menggunakan alat-alat yang

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pengajaran. Guru harus

bijak memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan

kebolehan dan tahap pencapaian murid. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan

lebih menarik minat murid dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Sebagai seorang

guru haruslah mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu

11

Page 12: Insan bermoral

terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan

seterusnya mencapai misi nasional.

Kemahiran Menyelesaikan masalah

Guru juga harus bijak menyelesaikan masalah. Guru harus berfikir dengan kritis dan

kereatif untuk menyelesaikan masalah. Guru harus bijak menaakul, membuat andaian dan

menganalisis segala maklumat dan seterusnya menyelesaikan masalah.

Kemahiraan Membuat Keputusan

Guru harus bijak membuat keputusan. Keputusan yang dibuat haruslah benar dan

tepat.Sebelum membuat keputusan guru haruslah memikirkan sebab dan akibatnya.

Berdasarkan Teori Perlaziman Cuba Jaya yang diperkenalkan oleh Thorndike

menyatakan bahawa prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda.

Sesorang akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya manusia

akan mengelakan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri.

Teori ini jelas menunjukan seseorang kanak-kanak akan membuat sesuatu jika mendapat

ganjaran. Di dalam bilik darjah guru haruslah sentiasa memberi peneguhan atau ganjaran

kepada murid yang bertingkah laku baik supaya tingkah laku ini akan berterusan dan

menghukum murid yang melakukan kesalahan supaya kesalahan tersebut tidak diulang.

Sebagai contoh semasa mengajar nilai yang berkaitan dengan diri dan alam sekitar, guru

harus meberi pujian kepada murid yang membuang sampah ditempat yang betul dan

mengenakan denda kepada murid yang membuang sampah di merata tempat.

(iii) Guru Sebagai Murabbi

Murabbi membawa maksud orang yang menjayakan proses pendidikan. Sebagai seorang

pendidik bukan sahaja bertanggungjawab membekalkan nilai luhur kepada generasi

seterusnya malah mereka juga perlu berusaha memperbaiki keadaan masyarakat. Dalam

konteks ini tugas pendidik tidak terhad di dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah

sahaja malah ia juga sebagai pendidik kepada keluarga dan masyarakat.

12

Page 13: Insan bermoral

Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses

tarbiayah. Proses ini ialah dari mendidik kanak-kanak yang tidak mengenal huruf kepada

kanak-kanak yang boleh membaca dan seterusnya menjadi seorang pemimpin. Guru

murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk

mengajar, mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru murabbi juga

harus faham dengan tugasnya yang mulia. Beliau menjadikan tempat kerjanya sebagai

rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kelemahan dan kelalaian diri

dan murid-muridnya. Selain itu guru murabbi juga haruslah peka dengan perubahan.

Perubahan yang berkait dengan profesionya dan perubahan lain yang berlaku

disekelilingnya.

Guru murabbi haruslah mengajar murid nilai-nilai yang terdapat dalam bidang

pembelajaran Pendidikan Moral. Guru harus memilih aktiviti yang sesuai dan menarik

minat murid. Apabila murid minat belaja maka objektif pembelajaran akan tercapai.

Murid dapat menghayati nilai-nilai tersebut dan dapat membentuk akhlak murid

tersebut.Guru murabbi dapat melahirkan insan bermoral.

(iv) Guru Sebagai Mu’addib

Mu’addib dan bermaksud mendidik adab dan budi pekerti. Seorang guru

bertanggungjawab memupuk adab, akhlak ataupun proses pembentukan disiplin dan

sikap pelajar bagi membentuk sahsiah. Guru berperanan untuk mengembangkan potensi

individu yang berakhlak mulia, seimbang dari segi interlektual, rohani, emosi dan

jasmani (JERI) swelaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Guru mu’addib ialah guru

yang mengajar adab dan pekerti. Dalam hal ini guru haruslah memastikan yang adab dan

budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini kerana guru adalah model kepada

murid-murid dan masyarakat sekeliling.

13

Page 14: Insan bermoral

Guru mu’addib bukan sahaja mengajar nilai-nilai murni malah patut mengamal nilai-nilai

tersebut. Antara nilai yang patut ada pada seorang guru ialah sifat daya tahan dan tidak

mudah menyerah kalah. Sikap inilah yang boleh memartabatkan seorang guru dijulang

tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam usaha

mendidik generasi akan datang.

(v) Guru Sebagai Mursyid

Guru mursyid ialah guru yang bertanggungjawab melahirkan peminpin bagi generasi

akan datang. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan ini

merupakan peranan dan tugas yang terletak pada seorang guru. Dilihat dari sejarah

negara kita, ramai pemimpin negara berasal dari seorang guru. Oleh yang demikian,

sejarah telah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpun dan pembentuk

kepimpinan insaniah.

Kurikulum Pendidikan Moral telah dirancang dengan rapi agar segala hasrat dan cita-cita

kerajaan untuk insan bermoral tercapai. Sebagai contoh semasa mengajar bidang

pembelajaran yang menunjukkan Nilai Berkaitan Diri dan Negara, guru harus merancang

aktiviti dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Guru

harus melatih murid supaya boleh menjadi pemimpin. Kaedah kumpulan juga boleh

digunakan kerana di dalam kumpulan pasti ada ketua. Ketualah yang bertanggugjawab

mengurus kumpulan mereka. Sedikit-sebanyak sifat kepimpinan telah pun diterap dalam

kaedah ini.

Kesimpulan

Peranan dan tugas seorang guru memanglah berat dan mencabar dalam membentuk insan

yang bermoral dan berakhlak mulia. Di dam masyarakat dan negara guru adalah

penyampai ilmu yang benar, pengamal sifat yang luhur, mengembang kemahiran

individu, menjayakan proses tarbiyah , pemimpin dan pengikut yang setia. Pemimpin

yang baik akan melahirkan pengikut yang baik. Begitulah sebaliknya. Dengan kata lain

guru adalah perubah zaman samada secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya

tugas seorang guru ialah membentuk muridnya sejak peringkat kanak-kanak lagi

14

Page 15: Insan bermoral

hinggalah dewasa dan seterusnya dapat mengenali erti kehidupan. Peranan guru bukan

sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas

iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar,

pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen

perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan

membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat

dan negara serta agama.

Rajah 6 ; Suasana di Sekolah

15