INFLUENZA · 2020. 1. 21. · Agen penyebab penyakit ini? •Virus influenza jenis A, B dan C...
Transcript of INFLUENZA · 2020. 1. 21. · Agen penyebab penyakit ini? •Virus influenza jenis A, B dan C...
-
INFLUENZA
-
Apa itu influenza?
Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada
hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam,
selesema dan batuk.
-
Agen penyebab penyakit ini?
• Virus influenza jenis A, B dan C • Wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2) • Virus jenis A menyebabkan influenza merebak
secara epidemik iaitu di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama
• Virus jenis B menyebabkan wabak berlaku dalam satu rantau (beberapa buah negara)
• dan Jenis C kurang menjejaskan manusia
-
Bagaimana Cara
Penularan
Influenza? Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
-
Langkah Pencegahan Influenza?
-
Apakah vaksin yang ada
dan bagaimana ia
diberikan?
Terdapat 2 jenis vaksin: • Vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan dan • Vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu • Vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu boleh
diberikan melalui suntikan ke dalam otot setiap tahun untuk kanak-kanak berusia daripada 6 bulan hingga ke 5 tahun.
• Vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan boleh diberi setiap tahun melalui semburan hidung untuk kanak- kanak berusia lebih daripada 5 tahun.
-
Rawatan influenza adalah menerusi ubat antivirus. Sekiranya doktor di klinik dapat mengesan virus yang menyebabkan influenza, antivirus boleh diberikan terus kepada pesakit. Berbeza dengan demam biasa, hanya parasetamol diberi untuk mengurangkannya dalam tempoh kurang seminggu. Untuk individu sihat, influenza boleh sembuh dalam masa beberapa hari sehingga kurang dari dua minggu tetapi sebilangan akan mendapat komplikasi.