India Kahwin

63
GAMBAR-GAMBAR ADAT RESAM PERKAHWINAN INDIA . ASPEK PERSEDIAAN SEBELUM ISTIADAT PERKAHWINAN (MERISIK,BERTUNANG)

description

semoga bahan ini boleh membantu.

Transcript of India Kahwin

GAMBAR-GAMBAR ADAT RESAM PERKAHWINAN INDIA.

ASPEK PERSEDIAAN SEBELUM ISTIADAT PERKAHWINAN (MERISIK,BERTUNANG)

JUADAH KUIH MUIH UTAMA/HANTARAN PIHAK LELAKI DAN PEREMPUAN.

AMALAN-AMALAN/RITUAL YANG DILAKUKAN.

HIASAN DALAMAN DAN LUARAN TEMPAT UPACARA PERTUNANGAN.

KAD JEMPUTAN.

GAMBAR DI SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN.

RUMUSAN.

Rajah dan Vani telah selamat bertunang pada Ogos 2013.Sebelum majlis pertunangan dijalankan kebanyakkan Adat Resam Perkahwinan India seperti merisik,kunjungan ke rumah pengantin,kaji kecocokan pengantin,ikat janji,parisam telah dilalui oleh pasangan ini.Uniknya pasangan ini masih mengikut adat resam lama walaupun mereka berada di zaman moden sekarang. Mereka dijodohkan oleh keluarga.Keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan memainkan peranan penting menjayakan hubungan pasangan ini.Mereka diperkenalkan oleh ibubapa dan tidak memaksa mana-mana pihak untuk menerima hubungan itu.Mereka diberi masa untuk berkenalan selepas adat merisik dijalankan.Setelah adat merisik dijalankan,adat kunjungan ke rumah pengantin,kaji kecocokan pengantin dijalankan.Keserasian pihak lelaki dan perempuan telah menampakkan keputusan yang positif maka ikat janji pun telah dibuat.Persiapan untuk bertunang telah di buat oleh kedua-dua pihak.Kaum wanita agak lebih sibuk membuat persiapan dari pakaian,hiasan,hantaran,kuih muih dan sebagainya.Oleh kerana pihak perempuan tinggal di kawasan rumah teres perumahan yang keluasan rumahnya tidak dapat menampung keperluan majlis pertunangan,maka Dewan India Chamang Bentong menjadi tempat pilihan majlis pertunangan dijalankan.Kuil India berada bersebelahan dengan dewan,ini memudahkan lagi majlis dijalankan.Pihak lelaki dari Johor membawa rombongannya dengan menaiki sebuah bas.Ibu bapa dan sanak saudara yang terdekat telah mengikuti rombongan bagi memeriahkan majlis.Pihak perempuan tidak kurang persediaannya,turut mengundang sanak saudara malah jiran-jiran setaman.

Majlis telah dijalankan disebelah malam.Semuanya berjalan dengan lancar dan sangat meriah.Pasangan telah mengikat tali pertunangan selama setahun.Semoga pasangan ini akan Berjaya melalui cabaran semasa bertunang dan seterusnya melalui majlis perkahwinan.

Oleh kerana pasangan Rajah dan Vani akan berkahwin pada tahun 2014,maka saya telah mengikuti majlis perkahwinan diantara K.Ragunalan dan S.Yashitha Devi yang telah berlangsung pada 15 September 2013.Majlis telah diadakan di Dewan China Bentong,Pahang.Majlis telah seawal pagi.Dewan telah mula dipenuhi dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak bagi menyaksikan upacara perkahwinan yang dijalankan oleh Pedanda.Upacara perkahwinan dijalankan di atas pentas dewan.Pengantin perempuan telah dihias indah dalam pakaian sarinya.Setelah selesai pasangan melalui upacara perkahwinan,majlis persandingan telah dijalankan disampingan majlis jamuan makan tengahari.Keluarga kedua-dua pihak lelaki dan perempuan bergilir-gilir memberi restu kepada pengantin semasa upacara persandingan dijalankan.Pengantin juga diberi sumbangan hadiah dan wang.Majlis berjalan dengan sangat meriah dengan kehadiran para tetamu.Paling menarik mereka datang dengan mengenakan pakaian kaum India iaitu sari wanita dan bagi kaum lelaki.Pakaian sari memang sangat cantik dengan pelbagai warna.Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan lagu India yang bertemakan perkahwinan.Tetamu dari kaum Melayu dan Cina turut hadir.Ini menunjukkan kita duduk di Negara Malaysia yang mengamalkan Budaya 1 Malaysia yang tidak membezakan kaum.Semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.

\6GN!)

6etr*

.. rJi

EP.aA

\s

CUA

ES^- r\::\SR'{.Se\.8s-ss Ll-

L

's i\,c*c(*

Ntc\NfOv)a\N

Ra,\..J{,is

i.i -S:.FNq-s\) \l

ri13So

*c.S

NsESEd,\3StR"llss\ssp $ERS*r S

^\S\3^s\{sEar3'!s=a

=s, .sQtGsvh SL) SoosN6{ssfsEsE:SEStSukss.sSS:\s sE"s