Imbuhan Pinjamawef wefwefwen

3
Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota ) Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman) Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh: Maha_ Maksud Mahaguru Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat. Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar Mahasiswa Penuntut di universiti mahasiswi Penuntut perempuan di universiti Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem Tata - Maksud Tatacara Susunan acara, agenda Tatabahasa Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu. Tatacara Cara dan peraturan Tatanegara Susunan dan bentuk pemerintahan negara. Tatasusila Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik. tatatertib Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin. Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh: -wan Maksud Angkasawan Orang yang pergi ke angkasa lepas. Bangsawan Orang yang berbangsa atau keturunan mulia. Budayawan Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban) Cendekiawan Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah ) Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita atau cantik

description

ew fdwefde fwe fwe fwefewf wfdsvcx vsewfwefwefwe ewfef ewf weefdsf

Transcript of Imbuhan Pinjamawef wefwefwen

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )

Nota: Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran

Awalan maha -: yang bermaksudsangat, amat atau teramat.Contoh:

Maha_

Maksud

Mahaguru

Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.

Maharaja

Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar

Mahasiswa

Penuntut di universiti

mahasiswi

Penuntut perempuan di universiti

Awalan tata - : yang bermaksudperaturan, acara, kaedah susunan atau sistem

Tata -

Maksud

Tatacara

Susunan acara, agenda

Tatabahasa

Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.

Tatacara

Cara dan peraturan

Tatanegara

Susunan dan bentuk pemerintahan negara.

Tatasusila

Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.

tatatertib

Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksudpelaku atau pemilik. Contoh:

-wan

Maksud

Angkasawan

Orang yang pergi ke angkasa lepas.

Bangsawan

Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.

Budayawan

Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)

Cendekiawan

Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual

Dermawan

Orang yang suka menderma ( pemurah )

Jelitawan

Gadis atau wanita yang jelita atau cantik

Jutawan

Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak

Hartawan

Berharta , kaya

Karyawan

Penghasil karya, pencipta atau penulis

Negarawan

Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.

Olahragawan

Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

Peragawan

Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.

Pustakawan

Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.

Rupawan

Perempuan yang cantik.

sejarawan

Ahli sejarah

Sukarelawan

Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.

Usahawan

Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.

Wartawan

Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.

Akhiran man : bermaksud yangahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:

-man

Maksud

Budiman

Orang yang berbudi

Seniman

Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran wati : bermaksudperempuan yang ahli Contoh:

-wati

Maksud

Olahragawati

Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

Peragawati

Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.

Seniwati

Bintang filem

Sukarelawati

Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran - ita :bermaksud wanita. Contoh:

-ita

Maksud

bidunita

Penyanyi atau pelakon wanita.