Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2,...

6
Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mejar Nadzri Mus- man, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/ Kelab Remaja ISMA (KRIM) No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor [email protected] 12 DIARI KRIM 21 Jun 2008 (Sabtu) Kejohanan Bola Jaring Remaja 2008, anjuran KRIM Kepala Batas, P. Pinang, di Sek. Men. Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Salini bt. Suid di 019-5629606. 21 Jun 2008 (Sabtu) Kejohanan Futsal Remaja 2008, anjuran KRIM Kepala Batas, P. Pinang, di Safira Sport Planet, Seberang Jaya, P. Pinang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara Mursyid di 019-4572527 22 Jun 2008 (Ahad) Pertandingan “Futsal Piala Dr. T”, anjuran ISMA PJ, bertempat di D’Samba Futsal Center, Jalan 222, P.J. Sila hubungi Adam Fong di 012-2025784. KEM REMAJA MUSLIM 2008, PORT DICKSON Port Dickson, 23 Mei 2008 Port Dickson, 23 Mei 2008 Port Dickson, 23 Mei 2008 Port Dickson, 23 Mei 2008 - Program Kem Remaja Muslim 2008 anjuran KRIM NS & Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 23 – 25 Mei lalu dengan jayanya. Program tiga hari dua malam ini berlangsung di Ixora Permai PDS Resort bagi puteri dan di Kem Survival, Kolej Uniti bagi put- era. Antara matlamat program ini termasuklah : Melatih peserta untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup Memantapkan aqidah islamiah dan menanamkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam diri setiap peserta. Membentuk hubungan persaudaraan dan mengkuhkan lagi ukhuwwah islamiah di kalangan remaja Islam di Negeri Sembilan & Melaka Memantapkan jatidiri remaja muslim supaya boleh berdikari, berdisiplin & bekerjasama di kalangan peserta Memperkenalkan KRIM kepada peserta dan disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan lain Seramai 52 orang pelajar putera dan 83 orang pelajar puteri dari Negeri Sembilan dan Melaka telah berjaya dikumpulkan dalam program ini. Bertemakan Kenali Ilahi, Unggul Peribadi program ini mendapat komitmen dan sambutan yang menggalakkan daripada semua peserta. Program dimuatkan dengan pengisian, tazkirah, qiamullail, aktiviti ‘indoor’ dan ‘outdoor’. Tahun 2 / Bil. 8 Jun 2008 http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja Assalamualaikum wbt, Selamat kembali ke sesi persekolahan kepada semua pelajar khususnya yang berada di dalam darjah enam dan tingkatan tiga. Tinggal tiga atau empat bulan sahaja lagi peperiksaan UPSR dan PMR akan berlang- sung. Semoga dua minggu cuti baru-baru ini telah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sempena cuti sekolah yang lalu juga, Kelab Remaja ISMA (KRIM) turut tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai program bermanfaat khusus kepada pelajar di seluruh negara. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Antara program-program anjuran KRIM sepan- jang cuti persekolahan lepas adalah: i) “Perkhemahan Remaja 2008” anjuran KRIM Kuantan. ii) “Nadwah Kepimpinan Remaja KRIM Nasional 2008” anjuran KRIM Pusat. iii) “Kem Remaja Muslim 2008” anjuran KRIM Negeri Sembilan & Melaka. iv) “Perkhemahan Realisai Insan Cemer- lang” anjuran KRIM Johor. v) “Motivasi Insan Dinamika (MIND-A)”, Siri II, anjuran KRIM Petaling Jaya. vi) “Seminar Motivasi Pelajar” anjuran KRIM Terengganu. vii) “Karnival Bolasepak ISMA 2008” dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Na- sional (PEMBINA). Suasana program-program di atas dapat dili- hat pada ruangan “KRIM Sana Sini” di dalam buletin ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Semoga usaha kerdil ini mendapat keberkatan Allah Taala. Kepada pelajar yang mengambil bahagian, diharap dapat menimba sesuatu yang ber- guna untuk dibawa dalam kehidupan yang mendatang. Jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan lain ke program KRIM yang seterusnya. InshaAllah akan ada banyak lagi aktiviti KRIM yang menarik selepas ini. Akhir kalam, Selamat Kembali ke Sekolah” J A M A D I L A K H I R 1 4 2 9 H Selamat Kembali Selamat Kembali Selamat Kembali Selamat Kembali Menarik Di Dalam Muka 2: Peraduan SMS Haram? Muka 3: Melatih Remaja Sebagai Pemimpin Muka 4 - 5: Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang” Muka Tengah: Peribadi Muslim Muka 8 - 12: KRIM Sana Sini Muka 12: Diari KRIM 1

Transcript of Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2,...

Page 1: Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, ... Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia

Sidang Editor

Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mejar Nadzri Mus-

man, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/

Kelab Remaja ISMA (KRIM)

No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A,

Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

[email protected] 12

DIARI KRIM

21 Jun 2008 (Sabtu)

Kejohanan Bola Jaring Remaja 2008, anjuran KRIM Kepala Batas, P. Pinang, di Sek.

Men. Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan

Salini bt. Suid di 019-5629606.

21 Jun 2008 (Sabtu)

Kejohanan Futsal Remaja 2008, anjuran KRIM Kepala Batas, P. Pinang, di Safira Sport

Planet, Seberang Jaya, P. Pinang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara Mursyid

di 019-4572527

22 Jun 2008 (Ahad)

Pertandingan “Futsal Piala Dr. T”, anjuran ISMA PJ, bertempat di D’Samba Futsal

Center, Jalan 222, P.J. Sila hubungi Adam Fong di 012-2025784.

KEM REMAJA MUSLIM 2008, PORT DICKSON Port Dickson, 23 Mei 2008 Port Dickson, 23 Mei 2008 Port Dickson, 23 Mei 2008 Port Dickson, 23 Mei 2008 - Program Kem Remaja Muslim 2008 anjuran KRIM NS & Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 23 – 25 Mei lalu dengan jayanya. Program tiga hari dua malam ini berlangsung di Ixora Permai PDS Resort bagi puteri dan di Kem Survival, Kolej Uniti bagi put-era. Antara matlamat program ini termasuklah :

• Melatih peserta untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup

• Memantapkan aqidah islamiah dan menanamkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam diri setiap peserta.

• Membentuk hubungan persaudaraan dan mengkuhkan lagi ukhuwwah islamiah di kalangan remaja Islam di Negeri Sembilan & Melaka

• Memantapkan jatidiri remaja muslim supaya boleh berdikari, berdisiplin & bekerjasama di kalangan peserta

• Memperkenalkan KRIM kepada peserta dan disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan lain

Seramai 52 orang pelajar putera dan 83 orang pelajar puteri dari Negeri Sembilan dan Melaka telah berjaya dikumpulkan dalam program ini. Bertemakan Kenali Ilahi, Unggul Peribadi program ini mendapat komitmen dan sambutan yang menggalakkan daripada semua peserta. Program dimuatkan dengan pengisian, tazkirah, qiamullail, aktiviti ‘indoor’ dan ‘outdoor’.

Tahun 2 / Bil. 8 Jun 2008

h t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o m

Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja

Assalamualaikum wbt, Selamat kembali ke sesi persekolahan kepada semua pelajar khususnya yang berada di dalam darjah enam dan tingkatan tiga. Tinggal tiga atau empat bulan sahaja lagi peperiksaan UPSR dan PMR akan berlang-sung. Semoga dua minggu cuti baru-baru ini telah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sempena cuti sekolah yang lalu juga, Kelab Remaja ISMA (KRIM) turut tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai program bermanfaat khusus kepada pelajar di seluruh negara. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Antara program-program anjuran KRIM sepan-jang cuti persekolahan lepas adalah: i) “Perkhemahan Remaja 2008” anjuran

KRIM Kuantan. ii) “Nadwah Kepimpinan Remaja KRIM

Nasional 2008” anjuran KRIM Pusat. iii) “Kem Remaja Muslim 2008” anjuran

KRIM Negeri Sembilan & Melaka. iv) “Perkhemahan Realisai Insan Cemer-

lang” anjuran KRIM Johor. v) “Motivasi Insan Dinamika (MIND-A)”, Siri

II, anjuran KRIM Petaling Jaya. vi) “Seminar Motivasi Pelajar” anjuran KRIM

Terengganu.

vii) “Karnival Bolasepak ISMA 2008” dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Na-sional (PEMBINA).

Suasana program-program di atas dapat dili-hat pada ruangan “KRIM Sana Sini” di dalam buletin ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Semoga usaha kerdil ini mendapat keberkatan Allah Taala. Kepada pelajar yang mengambil bahagian, diharap dapat menimba sesuatu yang ber-guna untuk dibawa dalam kehidupan yang mendatang. Jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan lain ke program KRIM yang seterusnya. InshaAllah akan ada banyak lagi aktiviti KRIM yang menarik selepas ini. Akhir kalam,

“Selamat Kembali ke Sekolah”

J

A

M

A

D

I

L

A

K

H

I

R

1

4

2

9

H

Selamat KembaliSelamat KembaliSelamat KembaliSelamat Kembali

Menarik Di Dalam

Muka 2: Peraduan SMS Haram? Muka 3: Melatih Remaja Sebagai Pemimpin

Muka 4 - 5: Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang” Muka Tengah: Peribadi Muslim Muka 8 - 12: KRIM Sana Sini

Muka 12: Diari KRIM 1

Page 2: Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, ... Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia

K enyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, berkenaan isu Peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom Sdn Bhd amatlah dinanti-nantikan bagi mengelakkan keke-liruan masyarakat tentang gejala perjudian yang berselindung di sebalik peraduan Khid-mat Pesanan Ringkas atau SMS.

Beliau menyatakan yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan, “Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan dan pertaruhan adalah satu perjudian. Maka peraduan ini berunsur perjudian. Nasihat saya kepada umat Islam di negara ini, peraduan ini adalah haram di sisi agama dan jangan sertai peraduan ini.” Jika kita lihat trend masakini, terlalu banyak peraduan-peraduan seumpama ini wujud di negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Apa yang didapati, peraduan ini lebih menguntung-kan pihak penganjur dan menyebabkan orang yang menyertainya kehilangan wang yang banyak akibat pertaruhan tersebut. Sebagai contoh, lihatlah keluhan-keluhan peserta peraduan anjuran Celcom Sdn Bhd yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia. “Kini saya perlu menjelaskan bil saya sejumlah RM3,000 itu di samping menanggung dosa kerana berjudi yang mana seumur usia ini tak pernah saya lakukan. Peraduan ini memang satu perjudian kerana ramai yang kalah dan kerugian beribu-ribu ringgit sedang-kan yang menang hanya seorang.” HUSSAIN, Perak “Saya adalah pelanggan telefon mudah alih pasca bayar Celcom sejak tahun 2000. Baru-baru ini, saya terkejut apabila panggilan keluar saya disekat. Apabila menghubungi pihak Celcom untuk penjelasan saya menjadi lebih terkejut apabila diberitahu panggilan saya disekat kerana bil sudah mencecah RM2,500. Untuk pengetahuan, had kredit untuk telefon saya hanya RM500 sahaja. Maksudnya panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) keluar akan disekat secara automatik apabila mencecah RM500. Saya sekeluarga merasa keliru apabila menyertai peraduan 100 hari seratus 100 kereta oleh Celcom. Satu-satunya peraduan yang dianjurkan oleh syarikat komunikasi yang dirasakan sangat mahal iaitu RM5 untuk satu SMS.” PENGGUNA SETIA, Melaka Adalah disarankan supaya pihak kerajaan dapat mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala yang sangat mengelirukan masyarakat Islam ini. Sesungguhnya JUDI adalah HARAM di sisi Islam. Ia bukan sahaja membazir dan membuang masa, malah menggalakkan masyarakat supaya tidak berusaha dan akhirnya melahirkan masyarakat yang lesu dan tidak produktif. Kepada remaja sekalian, diingatkan agar tidak terjebak kepada perkara negatif ini. Wang harian atau bulanan yang diberikan oleh ibu bapa seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Ingatlah ke-susahan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung kehidupan anda sekeluarga.

2

Peraduan SMS Haram?

KRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINI

11

NADWAH KEPIMPINAN REMAJA KRIM NASIONAL 2008 Shah Alam, 24 Shah Alam, 24 Shah Alam, 24 Shah Alam, 24 ---- 26 Mei 2008 26 Mei 2008 26 Mei 2008 26 Mei 2008 - Alhamdulillah, program Nadwah Kepimpinan Remaja Nasional 2008 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bertempat di Sekolah Hira’, Seksyen 27 Shah Alam, Selangor. Nadwah Kepimpinan Remaja peringkat nasional yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri sera-mai 68 orang ahli KRIM (34 peserta lelaki dan 34 peserta perempuan) yang terpilih dari pelusok tana-hair. Bertemakan “Remaja dan Perubahan”, antara objektif Nadwah yang diberikan penekanan ialah pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan remaja di samping mengasah bakat-bakat kepimpi-nan dan kreativiti remaja melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirangka. Terdapat dua pembentangan kertas kerja beserta bengkel dan satu slot forum yang membincangkan tentang matlamat hidup, peranan dan tanggungjawab remaja, telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas. Manakala slot Motivasi Remaja yang begitu ceria dan bersemangat telah disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang didatangkan khas dari Petaling Jaya iaitu En Iswardy Morni. Selain itu terdapat aktiviti qiyamullail dan kuliah Subuh sebagai pengisian kerohanian. Peserta juga diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan kuliah Mahgrib sepanjang program ber-langsung. Slot Bicara Remaja pula menyingkap kembali zaman kegemilangan tamadun Islam melalui tontonan video dan dituruti dengan aktiviti kreatif yang dapat mencetuskan rasa sayang dan cinta remaja kepada Islam dan zaman kegemilangan tersebut. Seakan tidak lengkap sekiranya program tidak diseri-kan dengan Malam Kesenian Islam yang membentuk daya kreativiti dan keberanian remaja membuat persembahan berunsurkan nasihat dan teladan. Hari terakhir program telah diselitkan dengan aktiviti Pidato Remaja. Aktiviti yang berkonsepkan persi-dangan Dewan Parlimen ini lebih kepada melatih keberanian peserta berucap di khalayak ramai di samping mengeluarkan hujah-hujah bernas mengupas isu-isu semasa yang telah diberikan. Nadwah diakhiri dengan aktiviti penutup dan penyampian hadiah dan sijil kepada para peserta. In-shaAllah program ini akan diteruskan sebagai platform kepada pemimpin remaja berkumpul dan ber-muzakarah sesama mereka. Semoga usaha kerdil ini diberkati Allah Taala.

Page 3: Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, ... Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia

PERKHEMAHAN “REALISASI INSAN CEMERLANG” Johor, 25 Mei 2008 Johor, 25 Mei 2008 Johor, 25 Mei 2008 Johor, 25 Mei 2008 - Seramai 125 pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai program perkhemahan yang julung-julung kali diadakan oleh Kelab Remaja Isma (KRIM) dengan kerjasama Pembina ini yang telah diadakan di Nurfa Farmstay, Kaki Gunung Pulai 2. Peserta yang hadir merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Skudai, Kulai, Pontian, Sim-pang Renggam dan Benut. Adalah diharapkan setiap peserta dapat memahami hakikat asas kehidupan ini dan bermotivasi untuk menjadi insan-insan yang cemerlang sekembalinya dari menghadiri perkhe-mahan ini.

KRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINI

10

30 ORANG PELAJAR SERTAI PERKHEMAHAN REMAJA

Kuantan, 24 Kuantan, 24 Kuantan, 24 Kuantan, 24 ---- 26 Mei 2008 26 Mei 2008 26 Mei 2008 26 Mei 2008 - Perkhemahan Remaja 2008 yang dianjurkan oleh ISMA Cawangan Kuan-tan telah menarik minat seramai 30 peserta terdiri daripad pelajar dari tingkatan 1-3 daripada sekolah sekitar Kuantan. Moto bagi mukhayyam kali ini ialah “REMAJA MUKMIN JALAN KE SYURGA” . Antara kandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, cearamah dan persembahan.

3

K EPEMIMPINAN elemen penting dalam kehidupan seseorang manusia. Apabila kita mampu memimpin diri ke arah syahsiah cemerlang, ia satu kejayaan sebelum kita memimpin orang lain. Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah

membentuk generasi al-Quran.

Remaja hari ini menjadi satu kelompok besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara dan umat Islam seluruhnya. Remaja adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Justeru, latihan dan bimbingan secukupnya perlu diberikan bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin kelak. Kesempatan ketika remaja masa paling sesuai untuk menyuburkan budaya ilmu dan kepemimpinan kerana mereka lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini ditunjukkan ketika Nabi Muhammad mula menyebarkan ajaran Islam, golongan muda yang menyatakan sokongan dan seterusnya beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah itu. Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa remaja adalah aset dan golongan yang sangat perlu dipelihara kerana masa depan sesebuah masyarakat dan negara terletak sepenuhnya di bahu mereka. Mereka adalah pewaris yang sah kepada tamadun masa kini untuk dilanjut dan dipertingkatkan kualitinya pada masa akan datang. Remaja hari ini diingatkan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan umat seluruhnya. Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak yang penuh. Bahkan Rasulullah menggariskan panduan yang sewajarnya diikuti dalam mendidik anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya tujuh tahun dan pukul mereka (seandainya enggan) apabila umurnya 10 tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad) Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa Islam memandang serius terhadap didikan anak. Tempoh umur antara kanak-kanak hingga zaman remaja waktu yang paling berharga dan penting kepada setiap manusia. Pada masa ini proses perkembangan jiwa dan minda berlaku. Justeru, remaja perlu kental dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup di samping memiliki iman yang teguh. Jika tidak, sudah tentu mereka akan mudah terjerumus dan terperangkap ke lembah kebinasaan. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kedua-dua kaki anak Adam itu tetap akan berdiri di hadapan Tuhannya pada hari kiamat kelak sehingga selesai ditanya empat perkara:

• Umurnya untuk apa dihabiskan;

• Masa mudanya untuk apa dipergunakan;

• Hartanya dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan;

• Ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.” Berdasarkan maksud hadis itu, jelaslah setiap manusia akan dipersoalkan setiap perkara yang dikurniakan kepadanya termasuk peluang yang diberikan ketika muda. Umum mengetahui, banyak perkara boleh dilakukan pada masa muda kerana pada usia sebeginilah kita dikurniakan tubuh yang sihat, bertenaga dan cerdas akal fikiran. Amat rugilah jika kesempatan sebegini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Melatih Remaja Sebagai Pemimpin

“Kesempatan ketika remaja masa paling sesuai untuk

menyuburkan budaya ilmu dan kepemimpinan kerana mereka

lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan.”

Page 4: Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, ... Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia

D i kesempatan ini, KRIM Ter-engganu ingin berkongsi ber-sama rakan-rakan pelajar yang kira-kira di saat ini san-

gat tekun dan bersemangat menuntut ilmu. InsyaAllah untuk ‘entry’ kali ini dan seterus-nya, kita akan sama-sama lihat dan me-neliti 13 rahsia untuk menjadi pelajar ce-merlang seperti yang ditulis oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad (Pakar Moti-vasi Alihan Pelajar) dalam bukunya yang bertajuk 13 Rahsia Pelajar Cemerlang13 Rahsia Pelajar Cemerlang13 Rahsia Pelajar Cemerlang13 Rahsia Pelajar Cemerlang. InsyaAllah, sedikit penambahan dan pengo-lahan dibuat untuk memenuhi citarasa dan kefahaman para pelajar mengenai rahsia-rahsia ini. Rahsia 1: Matlamat atau SasaranRahsia 1: Matlamat atau SasaranRahsia 1: Matlamat atau SasaranRahsia 1: Matlamat atau Sasaran Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Mereka tahu apa tu-juan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di univer-siti, mahupun kerjaya yang bagaimana bakal ditempuh dan sebagainya. Bagi seo-rang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Na-mun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digaris-kan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW), Rasulullah s.a.w bersabda yang maksud-Rasulullah s.a.w bersabda yang maksud-Rasulullah s.a.w bersabda yang maksud-Rasulullah s.a.w bersabda yang maksud-nya:”Jadikanlah dirimu orang alim nya:”Jadikanlah dirimu orang alim nya:”Jadikanlah dirimu orang alim nya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar penga-atau orang yang selalu mendengar penga-atau orang yang selalu mendengar penga-atau orang yang selalu mendengar penga-jaran atau orang yang mencintai (tiga jaran atau orang yang mencintai (tiga jaran atau orang yang mencintai (tiga jaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah golongan yang tersebut) dan janganlah golongan yang tersebut) dan janganlah golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang ke-engkau menjadi dari golongan yang ke-engkau menjadi dari golongan yang ke-engkau menjadi dari golongan yang ke-

lima, yang dengan sebabnya engkau akan lima, yang dengan sebabnya engkau akan lima, yang dengan sebabnya engkau akan lima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.binasa.binasa.binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]” [ Riwayat Al Bazzar]” [ Riwayat Al Bazzar]” [ Riwayat Al Bazzar] Berdasarkan hadis tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan agar kita umatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan matlamat yang jelas. Antara matlamat yang digariskan adalah untuk menjadi orang yang berilmu (memiliki ilmu), atau menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi orang yang sekurang-kurangnya mencintai ilmu. Perlu difahami di sini, sebagai pelajar Muslim, matlamat menuntut ilmu adalah untuk memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap umatnya menjadi manu-sia berilmu. Apabila matlamat ini telah jelas difahami dan dihayati, insyaAllah mat-lamat-matlamat yang lainnya akan menyu-sul dan mudah dikecapi. Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dapat gambarkan den-gan jelas siapa mereka di penghujung ke-hidupan nanti. Stephen Covey dalam bu-kunya ‘The 7 HabitsThe 7 HabitsThe 7 HabitsThe 7 Habits‘ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, kita menggambar-

Siri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang”Rahsia 1: Matlamat atau Sasaran

4

SEMINAR MOTIVASI DI SEK. MEN. KEB. CHUKAI KEMAMAN

Kemaman, 22 Mei 2008 Kemaman, 22 Mei 2008 Kemaman, 22 Mei 2008 Kemaman, 22 Mei 2008 - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu dengan kerjasama Bahtera Training Consultant telah menganjurkan satu program motivasi untuk para pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut. Seramai 14 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam program tersebut. Bersama penceramah berkaliber, Usaz Zukifli Ibrahim (Ustz Zul) dan Che Wan Asri Che Wan Abdullah

(Bro Asri), pelbagai permasalahan remaja sekolah telah dikupas dan diseliti dengan pelbagai in-put-input motivasi yang diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para pelajar akan peri pentin-ganya untuk kembali memiliki jati diri seorang pelajar Muslim agar tidak terjerumus ke dalam kancah kerosakan muda-mudi zaman ini. Program sehari bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai yang bermula pada pukul 9 pagi akhirnya melabuhkan tirai pada jam 1 tengah hari.Terima kasih diucapkan kepada warga sekolah di atas kesudian menerima kunjunagan KRIM Terengganu dan Bahtera Training Consutant. Sampai berjumpa lagi!

PROGRAM MOTIVASI INSAN DINAMIKA (MIND-A) SIRI II Damansara, 24 Mei 2008 Damansara, 24 Mei 2008 Damansara, 24 Mei 2008 Damansara, 24 Mei 2008 - Program Motivasi Insan Dinamika (MIND-A) Siri II telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 24-25 Mei 2008 di SMK Damansara Utama. Sambutan dan komitmen para peserta putera dan puteri seramai sekitar 150 orang amatlah tinggi. Di antara matlamat program ini diadakan adalah:

• Memberi kesedaran tentang perlunya belajar dan menuntut ilmu.

• Memberi kesedaran untuk perubahan sikap dan peribadi untuk menjadi pelajar yang cemer-lang akhlak dan cemerlang dalam pembelajaran.

• Memberi bimbingan kepada peserta dalam membentuk sifat kendiri yang tinggi terutamanya dalam membina kesungguhan untuk belajar dan mempunyai akhlak yang tinggi.

• Memberi perangsang dan motivasi diri kepada peserta supaya berusaha bersungguh sungguh mencapai kejayaan.

Program dua hari satu malam ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peserta, dipenuhi dengan aktiviti berbentuk indoor & outdoor, motivasi & kendiri, bengkel & solat berjemaah

9

KRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINI

Page 5: Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, ... Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia

KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA PUTERI 2008

ANJURAN KRIM DHL MERIAH Padang UKM Bangi, 26 April (Sabtu) Padang UKM Bangi, 26 April (Sabtu) Padang UKM Bangi, 26 April (Sabtu) Padang UKM Bangi, 26 April (Sabtu) - Kelab Remaja ISMA (sayap puteri) Daerah Hulu Langat (”KRIM DHL”) telah berjaya menganjurkan satu kejohanan sukan bola jaring untuk para remaja puteri yang buat julung kalinya diadakan. Kejohanan yang diberi nama Kejohanan Bola Jaring Remaja Puteri DHL 2008 telah berjaya menarik minat 6 pasukan remaja puteri berumur ling-kingan 13 - 17 tahun yang terdiri daripada sekolah-sekolah di sekitar Daerah Hulu Langat dan juga turut melibatkan jemputan daripada sekolah luar. Kejohanan tersebut telah diadakan di padang bola jaring B dan C Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebelum kejohanan bermula, proses pengundian dan taklimat kejohanan telah diadakan. Pasukan-pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Antara pasukan-pasukan yang bertanding ialah: Kumpulan A i) Pasukan SMK Bandar Baru Bangi ii) Pasukan Sekolah Menengah Islam ADNI, Ampang iii) Pasukan SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (A) Kumpulan B i) Pasukan SM Islam Sri Al-Amin (Bangi) ii) Pasukan SMK Jalan Tiga, BBB iii) Pasukan SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (B) Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Wanita ISMA DHL, Puan Raba’iah Kamarul Baharin. Sebaik sahaja selesai bacaan ikrar kejohanan oleh wakil KRIM Puteri, perlawanan bola jaring peringkat kumpulan telah dimulakan mengikut jadual yang ditetapkan. Perlawanan berjalan lancar dengan cuaca pagi yang cerah.

KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA PUTERI DHL 2008

Johan : Pasukan SMK Bandar Baru Bangi Naib Johan : Pasukan SM Islam Sri Al-Amin Bangi

Ketiga : Pasukan SM Islam ADNI, Ampang Keempat : Pasukan SMKA Maahad Hamidiah Kajang (B)

Setiap pasukan bertanding juga membawa pulang hamper saguhati.

8

KRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINIKRIM SANA SINISiri “13 Rahsia Pelajar Cemerlang” Rahsia 1: Matlamat atau Sasaran

5

kan kesudahan atau penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik penghu-jung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang akan membantu untuk mereli-asasikan hajat dan cita-cita di penghu-jungnya itu. Apakah yang dapat kita sum-bangkan kepada umat Islam seluruhnya, kepada negara tercinta, kepada masayara-kat setempat, kepada sanak saudara dan kenalan, dan sebgainya. Kalau anda tahu anda mahu mengakhiri kehidupan ini den-gan kejayaan, maka kejayaan yang bagai-mana inigin anda kecapai. Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin ber-jaya’, tetapi anda perlu perincikan lagi den-gan jelas matlamat yang ingin dicapai. Setelah tahu matlamat anda, maka rangka-lah sasaran anda dalam pelajaran. Sa-saran yang ingin ditetapkan haruslah real-istik dan optimistik. Dengan erti kata yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi. Namun, dalam penatapan sa-saran, jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak, se-baliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar mahukannya. Sebab sekiranya anda mahukannya, maka dan sepastinya sen-tiasa akan ada jalan untuk mengusa-hakannya. Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dalam berusaha. Teruskan berusaha dan bertawakal kepadaNya, nescaya akan dimudahkan segala urusan pembelajaran kita. Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nes-Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nes-Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nes-Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nes-caya Dia akan mengadakan baginya jalan caya Dia akan mengadakan baginya jalan caya Dia akan mengadakan baginya jalan caya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya keluar. Dan memberi rezeki kepadanya keluar. Dan memberi rezeki kepadanya keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangkatanpa di sangkatanpa di sangkatanpa di sangka----sangka. Dan barangsiapa sangka. Dan barangsiapa sangka. Dan barangsiapa sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya yang bertawakal kepada Allah, nescaya yang bertawakal kepada Allah, nescaya yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesung-Allah akan mencukupkannya. Sesung-Allah akan mencukupkannya. Sesung-Allah akan mencukupkannya. Sesung-

guhnya Allah melaksanakan urusan yang guhnya Allah melaksanakan urusan yang guhnya Allah melaksanakan urusan yang guhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiapmengadakan ketentuan bagi tiapmengadakan ketentuan bagi tiapmengadakan ketentuan bagi tiap----tiap se-tiap se-tiap se-tiap se-suatu. [Atsuatu. [Atsuatu. [Atsuatu. [At----Talaaq:2Talaaq:2Talaaq:2Talaaq:2----3]3]3]3] Kesimpulannya:Kesimpulannya:Kesimpulannya:Kesimpulannya: 1. Sebagai pelajar cemerlang, penetapan matlamat amat penting dalam memandu halatuju pembelajaran seharian. 2. Sebagai pelajar Muslim, penetapan matlamat haruslah selari dengan tuntutan agama dan syariat. 3. Matlamat yang ditetapkan harus dis-usuli dengan penetapan sasaran yang akan menjurus kepada terlaksananya mat-lamat. 4. Akhirnya, tawakal kepada Allah sete-lah berusaha membawa kepada kemuda-han urusan pembelajaran (dibukakan segala peluang dari sumber yang tidak diketahui) Sehingga bertemu lagi untuk Rahsia Pela-jar Cemerlang seterusnya…

Dipetik dari blog www.krimterengganu.wordpress.com

Page 6: Iltizam - Jamadil Akhir 1429H - · PDF filekandungan program ialah ice breaking, LDK 1 dan 2, junggle tracking, ... Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia