IKTIHAR HIDUP.pptx

44
INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN GERKO IKTHIAR HIDUP NAMA PEMBENTANG :MAYURE A/P BALAKRISHNAN : RAMAH A/P SIMANJALAM NAMA PENSYRAH : PUAN. MAZNAH BINTI MANAN

Transcript of IKTIHAR HIDUP.pptx

SURVIVAL SKIL a.k.a IKHTIAR HIDUP

INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS RAJA MELEWARSEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

GERKO

IKTHIAR HIDUP

NAMA PEMBENTANG :MAYURE A/P BALAKRISHNAN : RAMAH A/P SIMANJALAM

NAMA PENSYRAH : PUAN. MAZNAH BINTI MANAN

Pengenalan ikthiar hidupIkhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Membantu individu yang berada dalam keadaan dan tempat yang bahaya.Penggunaan kemahiran : Membuat unggun apiCari dan membina tempat berteduhCari air yang bersih untuk diminumCari makanan yang selamat dimakanDalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas, sejuk, gurun, pedalaman atau pulau

ObjektifMemperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit, gunung-ganang atau sebagainya.

Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUPKelaparanKehausanKesakitanKesejukan dan kepanasanKeletihanKesepian dan ketakutanPanikTekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus hidup dan keluar dari keadaan tersebut.

Asas bagi ikhtiar hidupTerdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi ini iaitu :Tempat berteduh ( shelter )Air ( water )Makanan ( food)Api ( fire )Perangkap binatang ( trap & snares )Shelter ( tempat berteduh )Melindungi diri dari bencana atau kesejukanSebagai tempat untuk tidur dan berehatDibina sendiriKita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah:berdekatan dengan punca airmudah untuk membuat unggun apiMudah untuk mencari makanan

Pondok pelindung anginPondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbentuk V terbalik Bumbung ditongkat oleh dua batang tiangBumbung boleh dibuat daripada pelbagai jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya.Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

Pondok Pisang SesikatPondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiangTiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakangBumbung dibuat curam ke belakangDi bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar) juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja degan bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah.Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

Pondok satu minggu

Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta mempunyai tangga dan berbumbung.Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi.Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu minggu.Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

Perlindungan SemulajadiSelain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.Pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan.Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang, sarang serangga dan sebagainya.

Shelter yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintu masuk gua untuk memudahkan untuk cari jalan keluar.

Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh, buat unggun api di kawasan pintu masuk gua supaya dapat menghalang binatang daripada memasuki atau mendekati gua.

Jika memilih untuk membuat lubang dibawah tanah sebagai tempat berteduh, pastikan pintu masuk ke lubang itu ditutup dengan kulit kayu dan ranting pokok.Kita juga boleh membina shelter yang berbentuk condong menggunakan kayu dan ranting-ranting pokok, di atas binaan ranting dan kayu itu kita letakkan plastik.

Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut dan mengurangkan kesejukan serta dapat mengelak dari panas dan hujan.

Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air.Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa. Tapi akan lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.Kekurangan air akan menyebabkan sakit kepala, pitam, pening dan boleh menyebabkan kematian.Air Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan kehilangan air dalam badan. Antaranya :

Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar melalui pernafasan dengan mulut

Jangan merokok.

Berehat dan tidak melakukan kerja berat.

Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan digunakan untuk menghadam ; kuantiti akan berkurang.SUMBER AIR BERSIHAir hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam tumbuhan adalah selamat diminum.Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Cara membersihkan air adalah:-Menggunakan iodin , klorin atau rebuskan.Masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air agak sejuk gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30 minit sebelum diminum.Atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut, tambah setiap 1minit untuk setiap penambahan 300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang tidak diketahui pada paras.

Penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan bila berada dalam suhu yang sejukmengelakkan dari binatang buascara untuk membuat nyalaan api 1) Pilih satu tempat yang selamat 2) Himpunkan bahan bakar 3) Longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat.

NYALAAN APIHujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicariDapatkan beberapa potong kayu yang agak besarBelah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang keringSekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat bunga jarauGunakan bahagian dalam yang kering.

Sekiranya kayu basah..Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris

Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang

Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan

Cara lain.

manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makananuntuk mendapatkan makanan :boleh menangkap ikan membuat perangkap binatang mencari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracunMAKANAN Serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :Serangga bersengat Berbulu dan berwarna terang Berbau keras Labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan lalat

Tidak boleh dimakan

ikanburunghaiwan amphibiahaiwan mamalia

Kemahiran memasak tanpa alatMemasak nasi menggunakan buluhRuas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti memasak lemang.

Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda digulungkan dan dimasukkan ke dalam ruas buluh.

masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut.

Menutup lubang buluh dengan menggunakan daun

boleh dimasak secara melintang.

Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya. Buatkan pemegang

Bersihkan buluh tersebut sebelum diisikan dengan beras.

Perangkap terbahagi kepada dua:i. Perangkap berumpankadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.

PERANGKAP BINATANGii. Perangkap tidak menggunakan umpanPerangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatangBinatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.

Jerat BidasJerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjeratBinatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

SEKIAN TERIMA KASIH