IKAN-HIASAN
-
Upload
zuraina-idris-zue -
Category
Documents
-
view
263 -
download
4
description
Transcript of IKAN-HIASAN
IKAN HIASAN
Pengenalan
Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di
dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang
memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna
sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang
Bahagian Ikan
Sirip
Membantu ikan bergerak. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor,
sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik.
Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus. Sirip berpasangan
berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.
Sisik
Meliputi keseluruhan badan . Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan
penyakit .
Garis Lateral
Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor.
Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .Ia juga berfungsi sebagai organ deria
telinga .
Insang
Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.
Jenis Ikan Hiasan
Terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual di kedai. Anara yang biasa kita dapati di
kedai adalah seperti berikut :
Ikan Flowerhorn Ikan Arowana
Angelish Ikan Pelaga
Ikan Emas Ikan Koi
Tujuan Memelihara Ikan Hiasan
Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk :
a) Mencantikkan ruang di dalam atau di luar rumah.
b) Dapat member ketenangan kepada penggemarnya.
c) Memupuk perasaan cinta akan haiwan peliharaan dan alam akuatik.
d) Menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan.
e) Mendatangkan pendapatan lumayan.
Mengenal Ciri-Ciri Istimewa Ikan Hiasan
a) Warna
b) Sisik
c) Bentuk badan
d) Sirip
e) Cara pemakanan
f) Cara pembiakan
g) Pergerakan
h) Jantina
Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara
a) Ikan hiasan yang dipelihara sebagai hobi tentulah memiliki cirri-ciri yang dapat memikat
hati terutama dari segi warna dan bentuk ikan.
b) Lebih menarik lagi sekiranya ikan itu dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi oleh
pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup.
c) Ikan yang dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang
ditangkap dari habitat semulajadi kerana ikan liar sukar untuk menyesuaikan diri hidup di
dalam kurungan seperti akuarium.
d) Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu ekosistem akuarium. Contohnya,
ikan pemangsa harus dipelihara di dalam akuarium yang mengandungi ikan jenis itu
sahaja kerana ikan pemangsa akan memburu dan memakan ikan-ikan kecil yang lain
yang di letakkan di dalam akuarium yang sama.
e) Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli dari kedai hiasan
atau dibiakkan sendiri.
f) Ikan hiasan yang ingin dipelihara juga mestilah adapt bertahan dengan perubahan mutu
air dan tahan daripada serangan penyakit.
Memilih Akuarium Dan Aksesori
a) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah petempatan
ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.
b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar kerana
ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16 inci hingga 18
inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan tersebut.
c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang sunyi dan
aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan perkembangan serta
tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber elektrik dan air yang cukup.
d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir, tumbuhan
akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.
e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air pump yang
dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan penggunaannya.
f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana dapat
member suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.
Jenis-jenis Akuarium :
1. Akuarium kaca
2. Akuarium plastik
3. Akuarium kaca bulat
4. Akuarium kaca berbadan kayu
5. Akuarium kaca berbingkai aluminium
6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang
Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm
Menyediakan Dan Menghias Akurium
a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan keupayaan
pemilik untuk menghias akuarium tersebut.
b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki,
cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.
c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir halus,
dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.
Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam Akuarium
i. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan hiasan yang
telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut.
ii. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah seperti yang
berikut :
a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.
b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan untuk
menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di dalam
akuarium.
c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.
d) Selepas 30 minit, buka bekas plastic yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan ikan itu
keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.
Mengenal Dan Memilih Jenis Makanan Ikan
a) Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, pemakanan adalah factor yang sangat
penting untuk tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara.
b) Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu makanan hidup,
makanan kering, makanan basah, dan makanan rumusan.
c) Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma halus yang biasanya terdapat di dalam
air dan dikenali sbagai plankton, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan,
cengkerik, lipas dan sebagainya.
d) Makanan kering pula adalah seperti cacing yang diawet atau roti.
e) Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad dan
bayam.
f) Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang diproses. Makanan ini terdiri daripada
pellet, emping dan stik yang telah sedia diproses oleh kilang yang membuat makanan.
Makanan ini dapat dibeli dari kedai ikan atau pembekal makanan haiwan.
Mengenal Pasti Jenis Makanan Yang Sesuai Mengikut Spesis Ikan Hiasan
i. Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas pertengahan kepala serti
ikan Swordtail, Guppy, dan Angelfish lebih sesuai memakan makanan rumusan yang
dapat terapung di permukaan air seperti pallet.
ii. Ikan seperti Corydoras dan Loach yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke
bawah lebih sesuai diberikan makanan jenis tenggelam.
iii. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
pemakanannya, iaitu :
a) Ikan Karnivor
Ikan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan
lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan mempunyai rahang yang kuat.
Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oscar dan Arowana. Makanan yang sesuai
bagi ikan karnivor ialah makanan hidup seperti katak, cengkerik, anak ikan atau
kulat.
b) Ikan Herbivor
Ikan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan tumbuhan. Biasanya,
ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi tumbuhan
akuatik.
c) Ikan Omnivor
Kebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan omnivor. Contoh ikan omnivor
ialah ikan pelaga dan Flag Cichild. Makanan ikan jenis ini terdiri daripada pelbagai
jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan, atau pallet.
d) Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam air
Ikan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang memakan mikroorganisma di
dalam air. Contoh ikan pemakan plankton ialah ikan Tiger Barb, Black Tetra, dan
kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat anak.
Kekerapan Memberi Makan Ikan Hiasan
a) Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar yang disyorkan dan jadual pemakanan
yang betul.
b) Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan tiga kali sehari,
iaitu pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar yang disyorkan pula tidak
tetap dan mengikut keperluan ikan.
Mengenal Pasti Kandungan Mutu Air
a) Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan oksigen yang terlarut. Kandungan mutu
air berbeza mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung kepada beberapa factor, iaitu
pH air, suhu, dan bahan beracun.
b) pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur dengan menggunakan kertas
litmus dan diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air berada pada tahap
kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai 14 menunjukkan air itu berada
pada tahap kemasaman paling rendah atau paling alkali.
c) Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral.
Untuk mengelakkan air terlalu asidik, nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke
semasa.
d) Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar 26°C
hingga 27°C. suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dapat menyebabkan ikan mati
manakala suhu dibawah 26°C pula menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit.
e) Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat yang terhasil
daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara, iaitu bahan buangan urin dan najis.
f) Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan beracun tersebut kepada bahan
makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium.
g) Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh
tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.
Melakukan Kerja Pembersihan Bekas, Menukar Air, Dan Mencuci Penapis
a) Melakukan kerja-kerja membersih bekas, menukar air, dan mencuci penapis ialah rutin
mingguan yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan akuarium.
b) Penjagaan akuarium terbahagi kepada penjagaan harian dan mingguan.
c) Penjagaan harian meliputi penjagaan makanan ikan. Ikan perlu diberi makan tiga kali
sehari mengikut kadar yang sesuai dan keperluan ikan.
d) Kelakuan ikan perlu diperhatikan untuk mengesan tanda ikan tidak normal atau sakit
seperti berenang dalam keadaan yang luar biasa, berpusing-pusing, terdapat
kecederaan, berubah warna, dan sisiknya tertanggal atau kembang. Ikan yang
mempunyai tanda-tanda tersebut perlu diasingkan dan dirawat.
e) Buang ikan yang telah mati dan jangan biarkan bangkai ikan di dalam akuarium.
f) Pastikan semua peralatan asas akuarium seperti kelengkapan pengudaraan, penapis,
dan lampu dapat berfungsi dengan baik.
g) Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammnonia, oksigen, dan karbon dioksida dengan
menggunakan alat yang sesuai.
h) Penjagaan mingguan melibatkan kerja-kerja menukar air setiap minggu atau sekurang-
kurangnya dua minggu sekali sebanyak ½ atau 1/3 bahagian daripada isipadu tangki.
i) Tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi perlu dicantas.
j) Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
k) Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara
waktu.
l) Bersihkan kotoran yang terdapat di dalam tangki dan cuci kapas penapis dngan air yang
bersih.
m) Tambahkan air di dalam tangki sehingga ke paras asal.
n) Jangan sesekali member makanan kepada ikan secara berlebihan.
Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan dan
Langkah mencegah dan merawatnya
i. Ikan hiasan yang dipelihara mudah trdedah kepada penyakit sekiranya langkah
penjagaan dan pencegahan tidak dititik berat.
ii. Antara faktor-faktor yang munyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah :
a) Faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk iaitu berada di bawah 26°C.
b) Kebersihan air tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar mengikut waktu yang
ditetapkan.
c) Proses memindahkan ikan yang menyebabkan kecederaan atau luka pada bahagian
badan ikan.
iii. Antara simptom-simptom penyakit ikan hiasan ialah :
a) Murung dan pasif.
b) Badan kurus dan tidak bergerak lancar.
c) Warna badan pudar dan pucat.
d) Siripnya longlai.
e) Terdapat kesan luka, penyakit pada kulit atau sirip terkoyak.
iv. Antara punca-punca penyakit yang dihidapi oleh ikan hiasan ialah :
a) Serangan bakteria/ parasit yang hidup di dalam air akuarium.
b) Air dan bahan hiasan tidak bersih.
c) Kewujudan ikan yang membawa penyakit.
d) Kurang vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan.
Antara Penyakit Yang Sering Menjangkiti Ikan Hiasan
i. Jangkitan kulat
a) Jangkitan kulat berpunca daripada kesan luka pada bahagian anggota badan ikan
yang tidak dirawat.
b) Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut.
c) Antara bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut, dan badan yang
terdapat luka.
d) Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka.
e) Cara merawatnya ialah mencampurkan larutan metilena biru ke dalam air atau
disapukan secara terus pada luka yang dijangkiti kulat tersebut.
f) Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan daripada ikan yang sihat untuk
mengelakkan jangkitan.
ii. Jangkitan bakteria
a) Jangkitan bakteria boleh disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang
tidak sesuai, atau ikan mengalami tekanan.
b) Symptom yang biasa dialami oleh ikan yang dijangkiti penyakit ini adalah seperti
warna ikan berubah menjadi pudar, sisiknya mengembang, atau perutnya menjadi
buncit.
c) Cara merawatnya adalah dengan menggunakan antibiotic yang boleh dibeli dari
pembekal ubat tempatan dengan bimbingan dan nasihat dari pegawai perikanan.
iii. Penyakit bintik putih
a) Penyakit ini berpunca daripada parasit yang melekat pada sisiknya disebabkan
keadaan suhu air yang terlalu sejuk.
b) Cara merawatnya ialah memindahkan ikan itu ke dalam tangki lain dan
mencampurkan larutan metilena biru dan sedikit garam biasa ke dalam air tersebut.
c) Selain itu, terdapat juga ubat khas bagi penyakit ini yang boleh didapati dari kedai
akuarium.
Menjaga Tumbuhan Akuatik Di Dalam Akuarium
i. Tumbuhan akuatik yang diletakkan di dalam akuarium sering dijadikan sebagai
perhiasan.
ii. Tumbuhan akuatik perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana :
a) Bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan-bahan toksik yang
dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan
oleh ikan. Sebaliknya, bahan perkumuhan ikan dan sisa makanan ikan tersebut akan
bertindak sebagai baja yang menyuburkan tumbuhan akuatik tersebut dengan
mendak ke dalam substrat di dasar akuarium.
b) Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium hasil daripada proses
fotosintesis yang dijalankan. Gas oksigen ini digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
c) Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan perlindungan ikan kecil daripada
musuh dan sebagai tempat berehat.
d) Menjadi sumber makanan bagi ikan jenis herbivor.