IJAZAH A15

4
IJAZAH UMUM AYAT 15 Dengan membaca ayat lima belas dengan izin Allah SWT dapat memberi kemaslahatan iaitu memenuhi perluan hidup, menyembuhkan orang sakit atau keracunan, serta memberikan keselamatan dan keamanan. Dalam kitab catatan peninggalan para leluhur ada diterangkan tentang kelebihan yang tinggi pada ayat lima belas secara lengkap. Ayat lima belas terdiri daripada : 1. Ali Imran : 1-2 dan 18 2. Al-An`am : 95 3. Ar-Ra`d : 31 4. Yasin : 82 5. Al-Fatihah : 2 6. Qaf : 15 7. Al-Hadid : 4 dan 25 8. At-Taghabun : 13 9. Ath-Thalaq : 3 10. Al-Jinn : 28 11. Al-Muzzammil : 9 12. An-Naba : 38 13. Abasa : 18-19 14. At-Takwir : 20 15. Al-Buruj : 20-22 Ayat ke 1: Mendapat ampunan dosa. “Alif laamim, allahu laa ilaaha illallah huwal hayyul qoyyum“

description

Ayat 15

Transcript of IJAZAH A15

IJAZAH UMUM AYAT 15

Dengan membaca ayat lima belas dengan izin Allah SWT dapat memberi kemaslahatan iaitu memenuhi perluan hidup, menyembuhkan orang sakit atau keracunan, serta memberikan keselamatan dan keamanan.

Dalam kitab catatan peninggalan para leluhur ada diterangkan tentang kelebihan yang tinggi pada ayat lima belas secara lengkap. Ayat lima belas terdiri daripada :

1. Ali Imran : 1-2 dan 18

2. Al-An`am : 95

3. Ar-Ra`d : 31

4. Yasin : 82

5. Al-Fatihah : 2

6. Qaf : 15

7. Al-Hadid : 4 dan 25

8. At-Taghabun : 13

9. Ath-Thalaq : 3

10. Al-Jinn : 28

11. Al-Muzzammil : 9

12. An-Naba : 38

13. Abasa : 18-19

14. At-Takwir : 20

15. Al-Buruj : 20-22

Ayat ke 1: Mendapat ampunan dosa.Alif laamim, allahu laa ilaaha illallah huwal hayyul qoyyum

Apabila ayat ini dibacakan kepada orang yang sakit secara berterusan maka orang yang sakit itu akan mendapat ampunan dosa dari Allah SWT.

Ayat ke 2: Diperkenankan HajatQaaiman bilqisthi dzaalikumullaahu fa-annaa tukfakuuna

Dengan membaca ayat ini secara istiqomah pada malam hari, maka orang yang mengamalkannya akan diperkenankan hajatnya yang belum kesampaian oleh Allah SWT.

Ayat ke 3: Disengani semua orangWalau anna Quraanan suyyirot bihil jibaalu auquththi-at bihil ardhu au kullima bihil mauta balillaahil amru jamii-an

Apabila ingin dicintai oleh semua orang baik lelaki mahupun perempuan atau ingin mendamai musuh untuk menjadi kawan, maka ayat ke 3 mempunyai kemaslahatan untuk itu bila dibaca tujuh kali lalu sebutlah nama orang yang dimaksud, Insya Allah akan berhasil.

Ayat ke 4: Memberi pelajaran kepada orang zalim

Innamaa amruhuu idzaa araada syai an an yaquula lahuu kun fayakuun

Apabila ayat tersebut ditulis dikertas kemudian ditulis juga nama orang yang zalim, maka mempunyai kelebihan setelah tulisan tersebut ditulis lalu ditindih dengan batu maka orang zalim yang dimaksud akan mengalami sakit. Tapi perlu di ingat bahawa perbuatan yang sedemikian adalah berdosa besar sehingga Allah akan melaknat ummatnya yang membuat aniaya. Tangan mencincang bahu memikul, barang siapa berbuat keburukan akan mendapat buah keburukan. Nauzubillah!!!

Ayat ke 5: Untuk menunaikan segala hajatAlhamdulillaahi rabbil aalamiin

Mempergunakannya dengan dibaca sebanyak tujuh kali sambil menahan nafas, lalu sampaikan hajat.

Ayat ke 6: Menawarkan Racun

Balhum fii labsiin min khalqin jadiidin

Bacalah ayat ke 6 sebanyak tujuh kali pada 7 butir beras atau gandum dalam bejana mangkuk putih porselin yang sudah dituangi air. Lalu airnya minum dan beras atau gandumnya dimakan oleh orang yang terkena racun, dengan izin Allah racun akan akan tawar dengan cepat.

Ayat ke 7: Juga menawarkan racunWahuwa ma-akum ainamaa kuntum wallaahu bimaa tamaluuna bashiir

Bacakan pada air kelapa hijau sebanyak tiga kali lalu diminum airnya oleh orang yang terkena racun, Insya Allah racunnya akan tawar dengan izin Allah.

Ayat ke 8: Untuk terhindar dari marabahaya dan ampunan dosaInnallaaha qawiyyun aziizun. Allaahu laa ilaaha illaa huwa wa alallaahi fal yatawakkalil muminun

Baca dengan penuh keikhlasan dalam keadaan berwudhu maka akan diampuni oleh Allah dosanya. Dan jika dibaca sebelum tidur maka akan dilindungi Allah dari segala marabahaya kebakaran, maling, pembunuhan, bencana alam dan sebagainya ketika tidur, Insya Allah.

Ayat ke 9: Untuk Keselamatan dari Penyakit MenularWamayyatawakkal alallaahi fahuwa hasbuhuu innallaaha balighu amrihi qad ja-alallaahu likulli syai-in qadraan

Ayat ke 10: Untuk hajat duniawi dan ukhrowi cepat terkabul

Wa ahaatho bimaa ladaihim wa ahshaa kulla syai-in adadan

Bila dibaca ayat ke 10 ini secara berterusan maka hajat duniawi dan ukhrowi Insya Allah segera diperkenankan dengan izin Allah.

Ayat ke 11: Untuk meredakan orang yang mengamuk atau sedang marahRobbul masyriqi wal maghribi laa ilaaha illaa huwa fatta khidzhu wakiila

Ayat ke 12: Untuk hajat agar cepat tercapaiLaa yatakallaamuuna illa man adzina lahu rrahmaanu waqaala shawaaban

Dengan mengamalkan ayat ini maka segala hajat akan cepat ditunaikan oleh Alah SWT, Insya Allah.

Ayat ke 13: Untuk melumpuhkan perampok dan pencuri

Min ayyi syai in khalaqahuu min nuthfatin khalaqahuu faqaddarahuuApabila suatu waktu anda diserang oleh perampok, tawakal kepada Allah. Ambilllah debu secepatnya kemudian ayat ke 13 sebanyak 7 kali lalu tebarkan ke sekeliling. Insya Allah dengan kekuasaan Allah seketika para perompak akan kebingungan sehingga tidak berdaya.

Ayat ke 14: Melemahkan penguasa jahat dan kejam Inda dzil arsyil makiini

Baca 7 kali sambil menahan nafas ketika berhadapan dengan orang yang zalim kemudian hembuskan padanya tersebut sambil mohon dalam hati agar dilindungi Allah dari kejahatannya dan dimudahkan segala urusan dengannya. Insya Allah.

Ayat ke 15: Untuk membuka pintu atau tali ikatan Wallaahu min waraa ihim muhithun bal huwa qur aanun majidun fii lauu hin mah fudhin

Ayat yang ke 15 ini sungguh luar biasa dan nyata, barang siapa kehilangan kunci sehingga pintu tidak boleh dibuka maka dengan membaca ayat ke 15 sebanyak 21 kali kemudian hembuskan pada tombol tersebut maka seketika pintu itu akan terbuka dengan izin Allah. Dengan cara yang sama dapat juga membuka ikatan tali atau rantai. Insya Allah