IIUM Power Point Template

52
NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DR AZIZAH MOHD JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAM AIKOL, UIAM

Transcript of IIUM Power Point Template

Page 1: IIUM Power Point Template

NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-

UNDANG DI MALAYSIADR AZIZAH MOHD

JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAMAIKOL, UIAM

Page 2: IIUM Power Point Template

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)

LOCATION:– Main Campus: Gombak, Selangor (283 hectares)– Centre for Foundation Studies Campus: Petaling Jaya

& Nilai– Kuantan Campus: Bandar Indera Mahkota (404 hectares)– International Institute of Islamic Thought &

Civilization (ISTAC) Campus: Kuala Lumpur (8 hectares)

Page 3: IIUM Power Point Template

POPULATION STUDENTS:

• Undergraduate: 15,807 Students(Malaysian: 14,003, Internationals: 1,804)

• Postgraduate: 3,008 Students• International students come from over 90

countries

STAFF: Academic Staff: 1,633 Lecturers Administrative Staff: 1,489 Staff

LANGUAGE Medium of instruction:

• ENGLISH• ARABIC (for faculty of Laws & Islamic

Revealed Knowledge)

FACULTY No. of faculties: 15 (Some of them include; Laws, Economics &

Management Sciences, Engineering, Architecture, Medicine, Allied Health Sciences, Dentistry and Pharmacy)

(As of June 2007)

(As of Feb 2007)

Page 4: IIUM Power Point Template

Pendahuluan• Anak merupakan aset sesebuah

keluarga.• penyambung generasi dan keturunan• penyambung misi sesebuah masyarakat

dan bakal mengganti pucuk pimpinan Negara.

• Demi menjamin satu masa depan yang gemilang, Islam mensyariatkan supaya ia dilahirkan di dalam satu ikatan yang suci murni iaitu ikatan perkahwinan

Page 5: IIUM Power Point Template

Pendahuluan Samb…• Ikatan perkahwinan: satu permulaan

yang mulia• menjanjikan satu kehidupan yang

penuh bermakna bagi anak-anak,• mereka terhasil melalui jalan yang

syar’I penuh dengan kehormatan. • memberikan anak-anak satu nasab

keturunan yang sah yang bakal menjanjikan pula perlindungan hak-hak

Page 6: IIUM Power Point Template

Pendahuluan Samb…• Nasab adalah juga merupakan satu

hak kanak-kanak yang utama wajib ditunaikan oleh ibu bapa,

• kerana sekiranya adanya nasab, kehormatan mereka terpelihara dan dalam masa yang sama hak-hak dan keperluan mereka tidak terabai dan dilindungi.

Page 7: IIUM Power Point Template

Latar Belakang• Malangnya, dewasa ini, sealiran

dengan perkembangan teknologi, Ramai kanak-kanak yang dilahirkan di luar pernikahan yang sah, yang mana ini bakal menafikan hak mereka ke atas nasab.

• kehormatan mereka juga tercalar akibat dari perbuatan ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab

Page 8: IIUM Power Point Template

Latar Belakang Samb…• Di Malaysia kelahiran anak di luar

perkahwinan yang sah (anak luar nikah) amat ketara dan berleluasa.

• laporan resmi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahwa sekitar 257.000 angka kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapanya sejak tahun 2000 hingga bulan Julai 2008.

• Berdasarkan statistic kelahiran anak luar nikah, ada kemungkinan yang kelahiran kanak-kanak di luar nikah di Malaysia akan sentiasa meningkat tahun demi tahun.

Page 9: IIUM Power Point Template

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Page 10: IIUM Power Point Template

Sumber: Hasyim (berita harian 21/03/2010)

  

Page 11: IIUM Power Point Template

Sumber: Berita harian (21 Mac 2010)

Page 12: IIUM Power Point Template

Fenomena Buang Bayi

Page 13: IIUM Power Point Template

Samb…

Page 14: IIUM Power Point Template

Buang bayi di lantai fletPosted on February 4, 2009 by

pemudasarawak

Page 15: IIUM Power Point Template

Bayi ditemui dalam lubang tandas 14/12/2008 dalam

keadaan sedang menghisap jari.

Page 16: IIUM Power Point Template
Page 17: IIUM Power Point Template

Selamat Bayi.jpg

Page 18: IIUM Power Point Template
Page 19: IIUM Power Point Template

Sumber: Polisi Diraja Malaysia (PDRM)

Page 20: IIUM Power Point Template

Pengertian Nasab• Nasab adalah perkataan dari Bahasa

Arab dari segi bahasanya yang bermaksud

• keturunan atau asal usul seseorang• Dari segi istilah pula ia merujuk

kepada hubungan darah yang menghubungkan manusia dengan ibu bapa serta datuk neneknya, anak-anak dan keturunannya dan juga kaum kerabatnya

Page 21: IIUM Power Point Template

Pengertian Anak Luar Nikah• Seorang anak yang dilahirkan di luar

pernikahan yang sah atau pernikahan syubhah

Page 22: IIUM Power Point Template

Nasab Anak Luar Nikah: Peruntukan Undang-undang di Malaysia

Page 23: IIUM Power Point Template

Pengenalan kepada sistem perundangan Malaysia

 • masyarakat Malaysia terdiri dari dua kumpulan masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan Islam.

• Bagi menepati penduduknya yang berbilang bangsa dan berlainan agama, Malaysia mempraktikkan sistem perundangan dualisma; Undang-undang Sivil dan Undang-undang Islam

Page 24: IIUM Power Point Template

Perundangan Msia samb…• Penggubalan Undang-undang Islam

diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri.

• Walau bagaimanapun, bidangkuasa Badan Perundangan Negeri dalam menggubal perkara-perkara mengenai undang-undang Islam adalah terhad

Page 25: IIUM Power Point Template

Butiran 1 Senarai II (Senarai Negeri) Perlembagaan• “Hukum Syarak dan undang-undang diri

dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,, pembahagian harta dan amanah bukan khairat….”

Page 26: IIUM Power Point Template

Samb…• Nasab anak adalah satu perkara di

bawah undang-undang diri dan keluarga

• Di bawah bidangkuasa kerajaan negeri

Page 27: IIUM Power Point Template

Samb…• Kuasa Badan Perundangan Negeri

termasuklah menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atas orang Islam (Mahkamah Syariah)

• Perkara 121 (1A): Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa di dalam mana-mana perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah

Page 28: IIUM Power Point Template

Nasab dan Anak Luar Nikah di bawah Akta Keluarga Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

• nasab ditakrifkan sebagai keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah

• Terma Anak luar nikah di Malaysia adalah ‘anak tak sahtaraf’

• “ tak sahtaraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah” seksyen 2

Page 29: IIUM Power Point Template

Peruntukan Berkenaan Kesahtarafan Seorang Anak

• “Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak bekahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu....” AUKI s. 110

• Peruntukan yang sama terdapat dalam Enakmen Negeri-negeri

Page 30: IIUM Power Point Template

Peruntukan Lain• sekiranya seorang anak dilahirkan

selepas empat tahun pembubaran perkahwinan, bekas suami tidak boleh dianggap sebagai bapa kepada anak tersebut kecuali si bapa atau warisnya mengaku anak tersebut adalah anak kepada lelaki itu – s. 111

Page 31: IIUM Power Point Template

Kes-kes Yang Telah Diputuskan

• Salim lwn Masiah• Masiah telah menuntut nafkah untuk

anaknya Maimon. • Pernikahan pada 6 Oktober 1968 dan

telah melahirkan seorang anak pada 2 Jun 1969. Si suami mendakwa beliau telah mengandung terlebih dulu sebelum bernikah dengannya. Mahkamah telah memutuskan bahawa anak tersebut adalah sah tarafnya.

Page 32: IIUM Power Point Template

Hj Ghazali lwn Asmah• rayuan di atas keputusan Kadhi yang telah

menghukumkan pihak perayu untuk membayar nafkah anak.

• Perayu mendakwa bahawa anak itu bukan anaknya kerana isterinya telah mengandung terlebih dahulu sebelum mereka berkahwin. Responden telah berkahwin dengan perayu pada 7 November 1974 dan melahirkan anak pada 11 Ogos 1975. Mahkamah memutuskan bahawa anak yang dilahirkan selepas perkahwinan yang sah adalah sah tarafnya.

Page 33: IIUM Power Point Template

Ismail lwn Kalam• Pihak menuntut telah menceraikan

isterinya pada 28 September 1985. Seorang anak telah dilahirkan pada 23 September 1989.

• Oleh kerana jarak perceraian dengan tarikh anak itu dilahirkan adalah lebih dari empat tahun, Mahkamah memutuskan bahawa anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bekas suami ibu anak tersebut.

Page 34: IIUM Power Point Template

Fatimah binti Abdullah dan Seorang lagi v Mat Zin bin

Kassim• berkahwin dengan defendan pada 1 November 1976 dan bercerai pada 11 Disember 1976. Pada 26 November, plaintif pertama telah melahirkan seorang anak selepas setahun bercerai

• ada berlakunya persetubuhan di antara plaintif petama dan defendan selama 5 kali, dan anak itu telah dilahirkan lebih enam bulan dari tarikh persetubuhan tersebut.

• Diputuskan sabit nasab

Page 35: IIUM Power Point Template

Norzaini binti Alias lwn Mohamad Sharif bin Mohamad

Taib• pernikahan pada 10/4/1987. • bercerai pada 21/8/1989.• Anak dilahirkan pada 27/2/1988,

iaitu selepas kandungan berusia 9 bulan

• Sabit nasab

Page 36: IIUM Power Point Template

Maryam Nurisa binti Othman lwn Huzairin bin

Basir• pihak-pihak telah berkahwin pada 22 Ogos 2008.

• Anak perempuan telah lahir pada 25 September 2008.

• Plaintiff (ibu kanak-kanak) dalam keterangannya telah menyatakan bahawa dia telah mengandung dahulu sebelum berkahwin. Ini juga telah diakui oleh Defendan (bapa biologi anak tersebut.

• Mahkamah: tak sahtaraf dan tak sabit nasab

Page 37: IIUM Power Point Template

Peruntukan Berkenaan Persetubuhan Syubhah

• “Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh di antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu” s. 113

Page 38: IIUM Power Point Template

Contoh kes persetubuhan syubhah

• kes Ismail lwn Aris Fadilah dan Seorang lagi

• Hussin lwn Saayah dan seorang lagi

Page 39: IIUM Power Point Template

Pensabitan Nasab• “ Jika seseorang lelaki mengaku

seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu” s. 114

Page 40: IIUM Power Point Template

Syarat2 Pengakuan• anak itu tidak berbapa• umur keduanya dalam keadaan yang

munasabah bahawa wujud pertalian bapa dan anak

• Anak bersetuju dengan pengakuan yang dibuat sekiranya pada masa pengakuan itu dibuat, dia telah dewasa.

• ibu kepada anak boleh disatukan dalam perkahwinan yang sah ketika pembenihan anak itu.

Page 41: IIUM Power Point Template

Syarat2 Pengakuan samb…• Pengakuan itu juga haruslah

mengakui anak itu sebagai anak sahtaraf

• Tujuan pengakuan dibuat untuk memberi kesahtarafan anak itu juga diambil kira dan pengakuan itu mestilah jelas maksudnya dan anak itu diakui sebagai anak kandungnya

Page 42: IIUM Power Point Template

Peruntukan lain• Nafkah ATST – s. 80(1)

– Kes Roslan lwn Zulkifli• Penjagaan (Hadanah) Anak Tak

Sahtaraf– S. 85 – kes Maryam Nurisa binti Othman

lwn Huzairin bin Basir• Wali - Umum- Wali Raja

– Sharifah Yuliana bt Syed Ali Hanafiah v Muhammad Munif bin Osman

Page 43: IIUM Power Point Template

Keputusan Fatwa Kebangsaan

• “ Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya”.

• “Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sahtaraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah”.

Page 44: IIUM Power Point Template

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) pada

tahun 2004 • Anak yang dilahirkan di luar nikah

sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;

• Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);

Page 45: IIUM Power Point Template

• Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikuti Hukum Syarak.

Page 46: IIUM Power Point Template

Fatwa Berkenaan Bank Air Mani dan Bayi Tabung Uji

i - Mengadakan Bank air mani adalah haram dalam Islam.

ii- Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.

iii- Permanian berhadas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (diluluskan oleh syarak) dibenarkan oleh Islam.

• iv – Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram

Page 47: IIUM Power Point Template

Fatwa Bayi Tabung Uji

• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-5 dan ke-6, 16-17 November 1982 & 10 Oktober 1983

• Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung uji itu adalah tidak sah.

Page 48: IIUM Power Point Template

Fatwa Bayi Tabung Uji• Bayi yang dilahirkan melalui tabung

uji itu boleh menjadi wali dan berhaj menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak

• Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat

Page 49: IIUM Power Point Template

Perbandingan Negara Islam (Syria)

• Di Syria, Qanun al-Ahwal al-Shakhsiyyah 1953,• S. 128 memperuntukkan; masa terpendek hamil ialah

180 hari, dan masa maksima hamil ialah setahun. • Seterusnya, s. 29 meletakkan dua syarat bagi nasab

perkahwinan yang sah;• Kelahirannya melepasi masa terpendek hamil• Tidak sabit bahawa kedua suami isteri tidak dapat

berjumpa dalam bentuk yang boleh dibuktikan oleh 5 pancaindera

• Sekiranya salah satu dari syarat di atas tidak dipenuhi, maka tidak sabit nasab anak kecuali apabila ayahnya beriqrar atau mengakui bahawa anak itu adalah anaknya. (s 129 (2)

Page 50: IIUM Power Point Template

Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah al-Kuwaiti no. 51,

1983• Peruntukan yang sama terdapat di Kuwait,, yang memperuntukkan masa terpendek hamil ialah enam bulan qamariah dan masa terpanjang hamil ialah 365 hari (s. 166).

• Dua syarat yang sama dikenakan untuk kesahtarafan (s. 169 (1)). Sekiranya syarat tidak mencukupi, tidak sabit nasab anak kecuali dengan iqrar dari suami

Page 51: IIUM Power Point Template

Penutup• Salah satu daripada maqasid syar’iyyah adalah

untuk memelihara nasab keturunan manusia. • Perkahwinan disyariatkan demi menjaga kesucian

nasab dan memelihara manusia dari perbuatan tidak bermoral seterusnya melindungi hak anak2 secara bermaruah

• Perkahwinan ini juga adalah titik tolak untuk mengelakkan dari lahirnya anak yang tidak berdosa

• Agama Islam mengharamkan perzinaan dan mengenakan sekeras-keras hukuman pada orang yang berzina yang bertujuan untuk menghalang dari lahirnya anak-anak di luar pernikahan

Page 52: IIUM Power Point Template

Terima Kasih