ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini...
Transcript of ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini...
ii
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR
TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK
NOR FADILAH BINTI MOHAMAD SAAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Fizik)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2 MEI 2008
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
iv
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
v
DEDIKASI
Ditujukan khas buat mak, Pn Ra’aini Binti Mohamad dan abah, En Mohamad Saat
Bin M.Yusof yang banyak memberikan dorongan untuk terus tabah dalam
mengharungi cabaran hidup.
Segala pengorbananmu dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anakmu ini
menjadi pemangkin untuk kejayaan anakmu ini. Semuanya akan kukenang dan
kubalas sehingga ke akhir hayatku…
Buat adik-adikku
Noor Zawani, Nur Izzati, Mohamad Syafiq, Mohamad Syamim dan Mohamad Syahrin
Syazwan,
Teruskan perjuanganmu dan semoga kejayaanku ini akan menjadi semangat buatmu
dalam mencapai kejayaan di masa hadapan
Dan untuk rakan-rakanku ,
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas semua tunjuk ajar, dorongan dan
nasihat sepanjang persahabatan kita.
Akan ku kenang kenangan kita bersama…
vi
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, maka dapatlah
saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti yang disyaratkan untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan
kepada Penyelia Projek, Prof Madya Dr Hj. Shaharom Bin Noordin atas bimbingan dan
dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini. Kesanggupan beliau meluangkan masa
untuk berbincang dan membimbing serta memberi kritikan membina memberikan
inspirasi kepada saya untuk menyempurnakan projek ini.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda Prof.
Madya Dr.Zaleha Binti Ismail dan Prof. Madya Dr.Seth Bin Sulaiman di atas kerjasama
dan komen yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga buat pelajar tahun dua Pendidikan Fizik yang sudi
memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang penyelidikan dijalankan. Kerjasama,
idea dan rangsangan yang diberikan semasa saya menjalankan penyelidikan ini akan
dikenang sepanjang hayat.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi memudahkan
pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan kajian saya ini.
Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini
secara langsung atau tidak langsung.
vii
ABSTRAK
Kefahaman kemahiran saintifik adalah penting bagi seseorang bakal guru dalam
mengendalikan kelas amali di sekolah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap
kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi responden sebelum dan
selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Responden pula adalah pelajar tahun
dua Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 41 orang
responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 29 orang perempuan. Pembolehubah
bebas bagi kajian ini adalah program pengajian dan jantina. Reka bentuk kajian yang
digunakan adalah One-Group Pretest-Posttest Design. Alat kajian yang digunakan
adalah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentakrif Secara
operasi. Ianya mengandungi 40 item yang berbentuk objektif dan nilai
kebolehpercayaannya, α = .93. Analisis statistik deskritptif dalam bentuk min dan
sisihan lazim telah digunakan dalam menganalisis data. Hasil dapatan kajian, secara
keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman responden adalah baik dan tiadanya
perbezaan tahap kefahaman responden sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan
Amali Fizik I. Bagi merentas program pengajian dan jantina, juga menunjukkan tiadanya
perbezaan tahap kefahaman responden terhadap dua kemahiran ini sebelum dan selepas
mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I iaitu tahap kefahaman responden berada
ditahap baik. Kesimpulannya, kursus pendidikan Amali Fizik I kurang memberikan
sumbangan terhadap kefahaman responden.
viii
ABSTRACT
The level of understanding in scientific skills among teachers are the most
important element in order to conduct practical classes in school. The purpose of this
study was to find out the level of understanding in observation and defining operationally
skill before and after attending Practical in Physics Education I. The respondents of this
study were 41 students (12 male and 29 female) chosen among the second year of
Physics Education programme at the Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. The
independent variables in this study were courses and gender. The design of study used
was One-Group Pretest-Posttest Design. The instrument used in this study was Ujian
Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentaktif Secara Operasi. It
consisted of 40 objective items. The reliability value of this instrument was α = .93.
Descriptive statistics in the form of mean and standard deviation was used in analyzing
the data. Overall, the level of understanding among students was good and there was no
different before and after their attending Practical in Physics Education I. Furthermore
the findings also indicate that there was no different in the level of understanding of the
observation and defining operationally skills across genders and program of study and the
result was good. In conclusion, Practical in Physics Education I contributed less in
improving the level of understanding of respondent.
ix
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GAMBARAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.2.1 Kelemahan Pencapaian Pelajar Dalam
Mata Pelajaran Fizik SPM 3
1.2.2 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran
Fizik dalam Kalangan Guru 7
1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Di Dalam Kelas
Amali 9
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
x
1.6 Rangka Kerja Konsep 11
1.7 Kepentingan Kajian 13
1.8 Skop Kajian 15
1.9 Andaian Kajian 15
1.10 Batasan Kajian 16
1.11 Takrifan 17
1.11.1 Tahap Kefahaman 17
1.11.2 Kemahiran Memerhati 17
1.11.3 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 18
1.11.4 Program 19
1.12 Rumusan 19
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 20
2.2 Teori berkaitan Kemahiran Memerhati Dan
Mentakrif Secara Operasi 20
2.2.1 Kemahiran Memerhati 21
2.2.2 Kepentingan Kemahiran Memerhati 26
2.2.3 Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran
Memerhati 28
2.2.4 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 29
2.2.5 Kepentingan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi 33
2.2.6 Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi 35
2.3 Kajian Dalam Negara Yang Berkaitan
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif
Secara Operasi Di Peringkat Pengajian Tinggi 36
2.4 Kajian dalam Negara Yang Berkaitan Kemahiran
Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi
Di Peringkat Sekolah 38
xi
2.5 Kajian Luar Negara Yang Berkaitan Kemahiran
Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi
Di Peringkat Pengajian Tinggi 41
2.6 Kajian Luar Negara Yang Berkaitan Kemahiran
Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi
Di Peringkat Sekolah 43
2.7 Rumusan 44
3 PENGKAEDAHAN
3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 45
3.3 Responden Kajian 46
3.4 Alat Kajian 48
3.5 Tatacara Kajian 50
3.5.1 Kajian Sebenar 51
3.6 Analisis Data 52
3.7 Rumusan 56
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 57
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati
Dan Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I 58
4.3 Perbezaan Tahap Kefahaman Kemahiran
Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi
Merentas Program Pengajian 66
4.4 Perbezaan Tahap Kefahaman Kemahiran
Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi
xii
Merentas Jantina 70
4.5 Rumusan 74
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 75
5.2 Ringkasan 75
5.3 Kesimpulan 77
5.4 Perbincangan 78
5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati
Dan Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I 78
5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan
Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I Merentas Program Pengajian 82
5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan
Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I Merentas Jantina 85
5.5 Implikasi 86
5.5.1 UTM 87
5.5.2 Fakulti Pendidikan 87
5.5.3 Pembantu Makmal 88
5.5.4 Pensyarah 89
5.5.5 Bakal guru 90
5.6 Cadangan 90
5.7 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 93
5.8 Rumusan 94
xiii
RUJUKAN 95
LAMPIRAN 99
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKASURAT
1.1 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran
Fizik tahun 2005 bagi daerah Seremban 3
1.2 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata
Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi daerah Seremban 4
1.3 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran
Fizik tahun 2005 bagi daerah Kuala Pilah 4
1.4 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran
Fizik tahun 2006 bagi daerah Kuala Pilah. 5
1.5 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran
Fizik tahun 2005 bagi Negeri Sembilan. 5
1.6 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran
Fizik tahun 2006 bagi Negeri Sembilan 6
2.1 Relationship of Science Process Skill and
Thinking Skill 32
3.1 Bilangan Responden Mengikut Program 47
3.2 Item-Item Kemahiran Memerhati Mengikut
Kriteria Yang Dinilai 49
3.3 Item-Item Kemahiran Mentakrif Secara Operasi
Mengikut Kriteria Yang Dinilai 50
3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran
Memerhati dan Mentakrif Secara Operasi 52
3.5 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran
Memerhati dan Mentakrif Secara Operasi
xv
Secara Keseluruhan 53
3.6 Sistem Penggredan Markah Bagi Kursus Di UTM 53
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara
Operasi Sebelum Mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I 58
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara
Operasi Selepas Mengikuti Kursus
Pendidikan Fizik Amali I 59
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara
Operasi Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I Merentas Program Pengajian 67
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentas Program Pengajian 68
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara
Operasi Sebelum Mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I Merentas Jantina 71
4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara
Operasi Selepas Mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I Merentas Jantina 72
xvi
SENARAI GAMBARAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKASURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 12
3.1 Kriteria –kriteria Yang Terlibat Dalam
Kemahiran Memerhati 48
3.2 Kriteria –kriteria Yang Terlibat Dalam
Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 49
xvii
SENARAI SINGKATAN
KM - Kemahiran Manipulatif
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS - Kemahiran Saintifik
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
ORES - Objective Referenced Evaluation in Science
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan kurikulum
PUB - Pembolehubah Bergerak Balas
PUM - Pembolehubah dimanipulasikan
SAS - Fenneman-Sherman Mathematics Attitudes Scales
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
TCT - Traditional Cosmology Test
TIPS II - The Test of Integrated Process Skills II
TIPS - Test Of Integrated Process Skill
TOS - Test Of Observational Skills
UKKS - Ujian Kefahaman Kemahiran Saintifik
UPTKMM- Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentakrif
Secara Operasi
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
N - Jumlah Bilangan Responden
Nspf - Responden bagi SPF
Nspp - Responden bagi SPP
NL - Responden Lelaki
Np - Responden Perempuan
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT
A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman
Kemahiran Memerhati dan Mentakrif
Secara operasi 99
B Jawapan Bagi Ujian Pencapaian Tahap
Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan
Mentakrif Secara Operasi 121
C Soal Selidik Tahap KefahamanKemahiran
Proses Sains Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Dua Program Pendidikan Fizik 122
D Jawapan Bagi Soal Selidik
Tahap Kefahaman Kemahiran Proses
Sains Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Dua Program Pendidikan Fizik 127
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kemahiran Saintifik (KS) adalah salah satu perkara yang penting yang
berkaitan Fizik yang diajar oleh guru di sekolah. Penguasaan dalam kemahiran
saintifik ini adalah amat penting untuk pemahaman yang lebih baik terhadap sesuatu
konsep Fizik yang ingin disampaikan oleh seseorang guru.
Matlamat mata pelajaran Fizik KBSM bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang Fizik
dan kemahiran saintifik
(Lilia et al., 2002:2)
Daripada pernyataan di atas juga, telah dijelaskan bahawa kemahiran saintifik
ini adalah salah satu faktor untuk melahirkan pelajar yang pengetahuan. Jika pelajar
tidak menguasai KS ini, maka seseorang pelajar ini boleh dikatakan tidak
mempunyai asas yang kukuh terhadap ilmu Fizik yang dipelajari. Pelajar perlu
mempelajari ilmu KS dan Fizik ini untuk membentuk diri menjadi seorang pelajar
yang cemerlang dan berilmu.
Bagi membentuk pelajar yang cemerlang dan gemilang ini, guru juga perlu
menjalankan tugas di samping mematuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
telah digubal untuk menuju kearah tersebut.
2
………developing the potential of individuals in a holistic and
integrated manner, so as to produce individuals who are
intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced
harmonious based on a firm belief in and devotion to God. Such an
effort is designed to produce Malaysian citizen who are
knowledgeable and competent, who possess high moral standards
and who are responsible and capable of achieving a high level of
personal well-being as well as being able to contribute to the
betterment of the family, society and the nation at large.
(Curriculum Development Centre, 2004:vii)
Berdasarkan Falsafah Pedidikan Kebangsaan inilah, guru akan melahirkan
pelajar yang berilmu dan berpengetahuan tinggi kerana pelajar adalah masa depan
negara yang akan mentadbir negara. Pelajar yang dilahirkan juga akan mempunyai
nilai moral dan etika yang tinggi untuk menjadi seorang manusia yang berwawasan
dan juga mahir dalam bidang sains dan teknologi yang menuju ke arah globalisasi.
“Matlamat negara adalah menuju ke arah wawasan 2020 iaitu menuju ke arah
globalisasi yang akan membentuk generasi yang mempunyai intelektual dan moral
yang tinggi disamping menaikkan taraf penggunaan sains dan teknologi dalam
kehidupan seharian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)”. Berikutan dengan ini,
KS adalah prasyarat bagi pelajar untuk menguasai sains dan teknologi kerana semua
kemahiran yang dipelajari boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat tiga faktor yang akan dibincangkan oleh penyelidik iaitu kelemahan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik SPM, kurangnya penguasaan mata
pelajaran dalam kalangan guru dan sikap negatif pelajar di dalam kelas amali.
Penyelidik akan menyatakan sejauh manakah masalah tahap kefahaman KS ini
dalam bidang pendidikan di negara kita ini.
3
1.2.1 Kelemahan Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik SPM
SPM adalah salah satu peperiksaan yang terbesar yang dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyelidik akan menyatakan kelemahan
pencapaian pelajar berdasarkan analisis peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik
yang telah dijalankan pada tahun 2005 dan 2006.
Jadual 1.1 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2005 bagi
daerah Seremban.
Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus
1A 412 11.8
2A
Cemerlang
375 10.7
3B 334 9.6
4B 411 11.8
5C 471 13.5
6C
Kepujian
399 11.4
7D 653 18.7
8E
Lulus
373 10.7
9G Gagal 63 1.8
Jumlah 3491 100
4
Jadual 1.2 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi
daerah Seremban.
Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus
1A 321 9.5
2A
Cemerlang
313 9.2
3B 366 10.8
4B 365 10.7
5C 366 10.8
6C
Kepujian
428 12.6
7D 693 20.4
8E
Lulus
448 13.2
9G Gagal 98 2.9
Jumlah 3398 100
Jadual 1.3 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2005 bagi
daerah Kuala Pilah.
Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus
1A 43 6.4
2A
Cemerlang
34 5.0
3B 58 9.0
4B 43 6.7
5C 50 7.7
6C
Kepujian
55 8.5
7D 198 29.4
8E
Lulus
158 23.5
9G Gagal 25 3.7
Jumlah 664 100
5
Jadual 1.4 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi
daerah Kuala Pilah.
Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus
1A 31 4.7
2A
Cemerlang
27 4.0
3B 55 8.3
4B 51 7.7
5C 55 8.3
6C
Kepujian
74 11.1
7D 158 23.8
8E
Lulus
169 25.4
9G Gagal 44 6.6
Jumlah 664 100
Jadual 1.5: Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2005 bagi
Negeri Sembilan.
Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus
1A 599 8.8
2A
Cemerlang
549 8.0
3B 570 8.3
4B 352 5.2
5C 773 11.3
6C
Kepujian
821 12.0
7D 1583 23.2
8E
Lulus
1077 15.8
9G Gagal 205 3.0
Jumlah 6829 100
6
Jadual 1.6: Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi
Negeri Sembilan
Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus
1A 431 6.1
2A
Cemerlang
438 6.8
3B 561 8.3
4B 603 8.9
5C 683 10.1
6C
Kepujian
870 12.9
7D 1595 23.6
8E
Lulus
1263 18.7
9G Gagal 311 4.6
Jumlah 6755 100
(Sumber : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah)
Jadual 1.1 dan 1.2 adalah analisis peperiksaan SPM dalam mata pelajaran
Fizik bagi tahun 2005 dan 2006 bagi daerah Seremban. Peratus bagi pelajar
cemerlang pada tahun 2005 ialah 22.50% manakala bagi 2006 ialah 18.70%.
Manakala, peratus pelajar yang mendapat kepujian pula ialah 46.30% bagi tahun
2005 dan 44.90% bagi tahun 2006. Peratus bagi pelajar yang lulus, 29.40% bagi
tahun 2005 dan 33.60% bagi tahun 2006, dan bagi pelajar gagal pula, peratus pada
tahun 2005 ialah 1.80% dan tahun 2006 pula ialah 2.90%.
Jadual 1.3 dan 1.4 adalah analisis peperiksaan SPM dalam mata pelajaran
Fizik bagi tahun 2005 dan 2006 bagi Daerah Kuala Pilah. Didapati peratus bagi
pelajar yang cemerlang ialah 11.40% pada tahun 2005 dan 8.70% pada tahun 2006.
Peratus bagi pelajar kepujian dan lulus ialah 31.90 %dan 52.90% pada tahun 2005,
dan 35.40% dasn 49.20% pada tahun 2006. Peratus bagi pelajar gagal pula ialah
6.60%.
7
Jadual 1.5 dan 1.6 adalah analisis peperiksaan SPM dalam mata pelajaran
Fizik bagi tahun 2005 dan 2006 bagi Negeri Sembilan. Peratus bagi pelajar
cemerlang ialah 16.80% bagi tahun 2005 dan 12.90% bagi tahun 2006. Manakala,
peratus pelajar yang lulus pula ialah 39.00% pada tahun 2005 dan 42.30 % pada
tahun 2006.
Berdasarkan Jadual 1.1 hingga 1.6, menunjukkan penurunan peratusan
berbanding tahun 2006 dan 2005. Ia juga menunjukkan peratus pelajar cemerlang
cuma sebahagian sahaja daripada peratus pelajar yang mendapat kepujian atau lulus.
Namun begitu, masih lagi terdapat pelajar yang gagal walaupun peratus pelajar yang
mendapat kepujian dan lulus adalah tinggi. Seharusnya kelemahan ini tidak timbul
kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan banyak
kemudahan kepada pelajar. Antaranya ialah guru yang terlatih, menggunakan bahasa
ibunda, kemudahan infrastruktur, pinjaman buku teks dan lain-lain lagi. Keputusan
pelajar yang didapati pula adalah tidak memuaskan berbanding dengan kemudahan-
kemudahan yang telah diberikan oleh pihak KPM. Keadaan ini mungkin disebabkan
oleh kelemahan guru dalam P&P dan tidak menguasai konsep Fizik dan KS.
1.2.2 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran dalam Kalangan Guru
Penguasaan mata pelajaran bagi seseorang guru adalah penting. Jika guru
tidak menguasai mata pelajaran tersebut, maka ilmu tidak dapat disampaikan dengan
tepat kepada pelajar.
Seseorang guru harus meneliti dan memahami kurikulum mata
pelajaran yang hendak diajar sebelum memulakan pengajaran
(Lilia et al., 2002: 1)
Berdasarkan pernyataan ini juga, ia menyatakan seseorang guru itu
seharusnya menguasai segala ilmu yang akan disampaikan kepada pelajar sebelum
masuk ke dalam kelas lagi. Guru seharusnya menyiapkan diri dengan ilmu yang lebih
8
daripada pelajar supaya pelajar dapat menerima dan memanfaatkan ilmu yang di
sampaikan.
Bagi guru yang mengajar sains dan matematik, mereka dikehendaki mengajar
dalam Bahasa Inggeris dan didapati guru-guru tidak dapat mengaplikasikan teknik
dan strategi pengajaran yang sesuai untuk menarik minat pelajar belajar matematik
dan sains dalam Bahasa Inggeris. Jika guru kurang menguasai mata pelajaran, maka
ia akan menggangu juga penyampaian seseorang guru untuk menerangkan suatu
fakta semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, KPM telah
memberikan inisiatif dan kemudahan kepada guru sains dan matematik supaya dapat
mengajar dengan baik dalam Bahasa Inggeris seperti memberikan komputer riba dan
mengikuti kursus penguasaan Bahasa Inggeris. Jika guru tidak menguasai mata
pelajaran secara tidak langsung ia akan menyebabkan ilmu KS guru juga adalah
kurang.
Menurut Laporan Prestasi 2002 (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003:139),
beberapa perkara disarankan kepada guru-guru untuk membantu pelajar
meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran Fizik ini iaitu:
1. Kuasai konsep fizik dengan betul dan mendalam
2. Memberikan penekanan kepada kemahiran proses sains,
kemahiran berfikir serta strategi berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran dan semasa penyelesaian masalah
3. Memberi penekanan serius dalam PEKA terutama dalam aspek
kemahiran mengeksperimen dan kemahiran proses sains yang
lain dengan menekankan pelaporan eksperimen yang tersusun
dan lengkap.
9
1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Di dalam Kelas Amali
Semasa di dalam kelas amali, pelajar diberi peluang untuk menjalankan
penyiasatan secara hands-on dan guru berperanan sebagai fasilitator. Terdapat
sesetengah pelajar yang tidak menumpu terhadap apa yang telah diberitahu oleh guru
sebelum melakukan penyiasatan. Disebabkan perkara ini, pelajar tidak dapat
melakukan penyiasatan dengan betul dan tidak mengambil langkah yang berjaga-jaga
untuk berhati-semasa melakukan penyiasatan. Akibatnya, pelajar tidak dapat
memahami konsep atau pun kemahiran yang perlu dipraktikkan semasa kelas amali
dijalankan dan juga boleh menyebabkan kecederaan berlaku kepada diri pelajar.
Bagi pelajar yang sudah mempunyai pengetahuan asas tentang suatu konsep
yang telah dipelajari, ia boleh menyebabkan pelajar merasakan yang mereka telah
memahami konsep tersebut dengan baik. “Ini juga akan menyebabkan pelajar leka
dan rasa jemu terhadap penyiasatan yang dilakukan (Ismail, 1997).” Oleh itu, jika
seseorang pelajar hanya mempunyai pengetahuan asas terutamanya KS, ianya tidak
cukup untuk mereka memahami sesuatu konsep itu dengan baik.
Beberapa saranan diperlukan oleh pelajar supaya meningkatkan lagi tahap
kefahaman disampingkan menambahkan minat semasa menjalankan penyiasatan
dalam kelas amali. Antaranya ialah seperti berikut :
1. Menguasai semua kemahiran asas dalam Fizik.
2. Memberikan perhatian dan tumpuan yang baik semasa kelas amali
dan teori oleh guru.
3. Mesti mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran KBKK
sesuai dengan kehendak soalan semasa.
10
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran saintifik ini haruslah dikuasai dan difahami oleh bakal guru
supaya tidak terdapat salah faham tentang sesuatu kemahiran dan konsep Fizik yang
telah dipelajari. Di dalam kajian ini, penyelidik berhasrat untuk mengkaji sejauh
manakah kemahiran saintifik ini berjaya diterapkan atau tidak di dalam kursus
Pendidikan Amali Fizik I? Oleh itu di dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji
tahap kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi sebelum dan
selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dalam kalangan pelajar
Pendidikan Fizik tahun dua di UTM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini ialah:
1.4.1 Menilai tahap kefahaman dua kemahiran iaitu kemahiran memerhati
dan mentakrif secara operasi dalam kalangan pelajar tahun dua
Pendidikan Fizik di UTM sebelum dan selepas mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I
1.4.2 Membandingkan tahap kefahaman kemahiran memerhati dan
mentakrif secara operasi dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan
Fizik di UTM sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan
Amali Fizik I merentas program pengajian
1.4.3 Membandingkan tahap kefahaman kemahiran memerhati dan
mentakrif secara operasi di kalangan pelajar tahun dua Pendidikan
Fizik di UTM sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan
Amali Fizik I merentas jantina
11
1.5 Persoalan Kajian
Di akhir kajian ini, penyelidik akan dapat menjawab soalan – soalan berikut :
1.5.1 Apakah tahap kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara
operasi bagi pelajar tahun dua Pendidikan Fizik sebelum dan selepas
mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I?
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran memerhati
dan mentakrif secara operasi bagi pelajar tahun dua Pendidikan Fizik
sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I
merentas program pengajian?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran memerhati
dan mentakrif secara bagi pelajar tahun dua Pendidikan Fizik sebelum
dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I merentas
jantina?