Ii - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3989/1/... · "Pemakaian...
Transcript of Ii - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3989/1/... · "Pemakaian...
4
Oleh Siti Haliza Yusop [email protected]
P enyerapan budaya dari Asia Barat atau Arabisasi di alam Melayu sering dianggap menghilangkan budaya Melayu sehingga ia dijadikan
isu dan polemik dalam masyarakat. Antara trend Arabisasi dalam
masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan isu itu adalah pemakaian jubah, selain penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Arab.
Bagi sebahagian pihak, aliran pemakaian yang semakin mesra dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini dilihat tidak wajar diperbesarkan, apatah lagi jubah yang dikenakan mengikut syariat
. Islam. Bagaimanapun, ada pula yang
menyifatkan trend pemakaian jubah itu sebagai kebudayaan Arab yang dianggap menjejaskan kebudayaan Melayu.
Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, berkata trend yang semakin meluas pada masa kini itu tidak boleh ditolak atau dihalang.
Jubah, serban Sultan diarak "Bagaimanapun, ia tidak boleh melupakan terus busana Melayu kita sehingga ada yang beranggapan mereka yang tidak berjubah sebagai tidak Islamik.
"Sebenarnya, pakaian itu sudah lama wujud dalam budaya Melayu kerana ketika pemerintahan empayar Melaka dulu, jubah dan serban Sultan Melaka diarak sehingga ke masjid serta disarungkan setiap kali baginda mahu menunaikan solat Jumaat," katanya kepada Sastera BH di Kuala Lumpur, barubaruini.
Bagaimanapun, Mohd Rosli mengingatkan pakaian baju Melayu sudah bermula sejak ratusan tahun dulu, iaitu pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muhammad Syah (1424-1444).
"Pemakaian baju Melayu itu bukan saja menunjukkan kesopanan, bahkan menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri tinggi. .
"Cuma generasi kini tidak dapat melihat maksud tersirat di sebalik pemakaian baju Melayu yang penuh dengan falsafah sedangkan ia mempunyai kaitan dengan akal budi Melayu itu sendiri," katanya.
II Setiap e/emen do/am baju Me/ayu itu difikirkan dengan teliti dan bukan sekadar dipakai begitu saja hinggakan samping yang dipakai turut menjadi /ambang maruah serta adab mengingatkan kita untuk me/indunginya"
Mohd Rosli Saludin, Pengarah IPM, UPSI
Lambang akal budi Melayu Menurut Mohd RQsli, pemakaian busana Melayu yang lengkap bukan setakat memenuhi syariat Islam, malah lebih utama lagi meneerminkan kesopanan dan sebagai perlambangan akal budi masyarakat Melayu.
"Baju Melayu eekak musang yang mempunyai lima butang, misalnya membawa maksud lima Rukun Islam, manakala baju teluk belanga yang mempunyai satu butang bermaksud Tuhan Yang Esa.
"Itu hebatnya orang Melayu dulu. Setiap elemen dalam baju Melayu itu difikirkan dengan teliti dan bukan sekadar dipakai begitu saja hinggakan samping yang dipakai turut menjadi lambang maruah serta adab mengingatkan
kita untuk melindunginya," kata MohdRosli.
Sementara itu, pereka fesyen, Salikin Sidek, berkata pakaian Melayu tidak terpinggir meskipun pemakaian jubah dilihat mula mencipta aliran baharu dalam masyarakat.
Beliau yang setia mereka busana tradisional dan mengangkatnya ke peringkat antarabangsa, berkata pakaian tradisional gah dalam elemennya yang tersendiri sehingga menyebabkannya sentiasa dieari.
Rasadekat, pakaian tradisional "Malah tempahan jubah untuk sambutan Syawal, baru-baru ini, hanya meliputi 10 peratus daripada semua tempahan yang saya terima.
"Ada pelanggan yang masih menempah busana Melayu meskipun sudah lama bermastautin di luar negara kerana dekatnya masyarakat kita dengan pa- r kaian tradisional," katanya.
Salikin tidak hanya menghasilkan busana Melayu, bahkan turut menerbitkan tiga karya, iaitu Variasi Busana Ii Tradisional pada tahun 2010; Busana Pengantin Melayu Tradisional (2012) dan Variasi Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu (2015).
"Selain itu, elemen tradisional boleh digabungkandengan unsurmoden seperti pemakaian keba-
ya dan seluar yang dapat dilihat kini, tetapi kita perlu bijak membawa diri dan tetap mengenakan pakaian tradisional sepenuhnya ketika berada dalam aeara formal.
"Fesyen sentiasa melalui perubahan yang tersendiri dan paling penting ia diharap dapat memikat generasi muda untuk terus me-
® RABU 5 OGOS 2015
ngenakan pakaian tradisional," katanya.
Salikin sempat berkongsi pengalaman tertarik dengan pakaian tradisional Melayu apabila ia bermula dengan rekaan baju Tokoh Budayawan Negara, Allahyarham Toh Puan Azah Aziz sehingga menyerap 'semangatnya.'