ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi...
Transcript of ii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia projek ini dikemukakan sebagai memenuhi...
i
ii
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TAJUK PENGHILANG
GELEMBUNG DAN KANCING BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK
WAN ROSMARIAH BINTI NIK MUSTAPHA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
iv
Dedikasi Teristimewa Buat:
Ayah Ibu tercinta:
Nik Mustapha bin Nik Mud & Limah binti Yusuff
Jutaan terima kasih buat ayah dan ibu atas segala pengorbanan, sokongan dan
bantuan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-cita dan
memperoleh kejayaan. Semoga ayah dan ibu sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T,
dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan. Harapan ayah dan ibu telah ku tunaikan
jua.
Serta Adik Beradik Tersayang:
Terima kasih di atas segala pengorbanan, bantuan dan sentiasa memberi keyakinan
serta dorongan agar menjadi insan yang cemerlang. Semoga dipanjang umur,
dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T
Ditujukan Khas Buat
Pn Nur Qistina Andin Abdullah
Ilmu yang dicurahkan akan daku manfaatkan ke jalan yang baik. Semoga Allah
memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni dalam mendidik anak
bangsa
Buat Teman Seperjuangan
Bersama mencipta kecemerlangan dan kenangan bersama tidak mungkin hilang
dalam ingatan. Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan projek sarjana muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
penyelia saya, Pn Nur Qistina Abdullah yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk menyempurnakan
projek sarjana muda ini. Segala teguran dan ulasan yang telah diberikan akan saya
jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam menempuh cabaran pada hari yang
mendatang.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada semua pensyarah di
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di atas kesudian memberi maklumat dan
bekerjasama dalam segala aspek.
Rakaman ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan
individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan
projek sarjana muda ini. Teguran-teguran yang diberikan amatlah dihargai dan semoga
segala bantuan yang dihulurkan di rahmati serta di balas oleh Allah S.W.T.
vi
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina Modul Pembelajaran
Kendiri (MPK) Penghilang Gelembung dan Kancing bagi kursus Pakaian dan Fabrik
sebagai bahan pembelajaran kendiri untuk pelajar-pelajar tahun pertama program Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). MPK dibina untuk
membantu pengguna memahami isi pelajaran dan juga untuk meningkatkan tahap
penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung dalam MPK berdasarkan
kemampuan masing-masing. Pembinaan MPK ini adalah berdasarkan kepada Teras-
Cabang Shaharom (1994). Kesesuaian dari segi teks, gambarajah, soalan, ringkasan bab,
aktiviti dan objektif pembelajaran dinilai dalam MPK ini. Instrumen kajian yang
digunakan ialah temubual dan soal selidik. Penilaian MPK dilakukan dalam dua fasa
iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK). Dalam PFSS, seorang pensyarah dan seorang pengajar yang mengajar
kursus Pakaian dan Fabrik terlibat untuk menilai kesesuaian MPK dengan menggunakan
kaedah temubual. Dalam PFKK, seramai 20 orang pelajar tahun akhir program SPH
telah menilai kesesuaian MPK melalui kaedah soal selidik. Data yang diperolehi
daripada PFSS dianalisis secara transkripsi dan PFKK dianalisis secara deskriptif
menggunakan Statistic Package for Social Science Version 15.0 (SPSS). Dapatan kajian
menunjukkan majoriti responden berpuashati dengan penggunaan teks, gambarajah,
soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran dalam MPK dan sesuai untuk
digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri dengan nilai purata min 2.66. Pembinaan
dan penghasilan MPK ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini
dengan lebih baik dan berkesan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to establish the Disposal of Fullness and Fastening
Self Learning Module (SLM), for Clothing and Fabric course as self-directed learning
material for first year students of the Degree of Bachelor of Technology and Education
(Living Skill) programmed. SLM was built to facilitate a user to understand the material
content and also to improve their mastery levels towards a topic included in the SLM
based on own their ability. Teras-Cabang Model by Shaharom (1994) had been used in
developing the SLM. The suitability about text, figure, question, summary of the chapter,
activity and learning objective was evaluated in SLM. Research instrument used was
interview and questionnaire. The assessments of the SLM have two phases that is
through Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) and Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK). In PFSS, a lecturer and instructor which teach Clothing and Fabric and
course are involved to assess the suitability of SLM used interview method. In PFKK, 20
students’ final year SPH students were evaluate the suitability of SLM through
questionnaire. Data from PFSS was analyzed by transcription and PFKK was analyzed
by descriptive using Statistic Package for Social Science Version 15.0 (SPSS). The result
showed majority respondent were satisfy with text, figure, question, summary of the
chapter, activity and learning objectives of the SLM is appropriate for self-directed
learning material and the mean of 2.66. The development of SIM will be able to help the
students to understanding of these topics.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM 10
1.6.2 Pensyarah 11
ix
1.6.3 Fakulti Pendidikan 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 13
1.9.1 Bahan Pembelajaran Kendiri 13
1.9.2 Aktiviti Pemulihan 13
1.9.3 Aktiviti Pengayaan 13
1.9.4 Bahan Pengajaran dan pembelajaran 14
1.9.5 Pembelajaran 14
1.10 Kesimpulan 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengajaran Bermodul (PB) 15
2.3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 16
2.3.1 Ciri-ciri MPK 17
2.3.2 Objektif Penggunaan MPK 18
2.3.3 Prinsip-prinsip MPK 18
2.3.4 Kebaikan Menggunakan MPK 19
2.4 Kriteria Penilaian MPK 22
2.4.1 Teks 22
2.4.2 Gambarajah 23
2.4.3 Soalan 24
2.4.4 Aktiviti 25
2.4.5 Ringkasan 26
2.4.6 Objektif Pembelajaran 26
2.5 Model Pembinaan Modul atau MPK 27
2.5.1 Model Burn 27
x
2.6.2 Model Klingstedt 29
2.6.3 Model Eijil 30
2.6.4 Model Meyer 31
2.6.5 Model Teras Cabang Shaharom Noordin 33
2.7 Kesimpulan 37
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Prosedur Kajian 38
3.2.1 Kajian Tahap I : Pembinaan Penghilang
Gelembung dan Kancing 40
3.2.1.1 Rasional Pemilihan Model 40
3.2.1.2 Prosedur Pembinaan MPK 43
3.2.2 Kajian Tahap II : Penilaian MPK 45
3.2.2.1 Peringkat I (Elemen Kajian) 45
3.2.2.1.1 Rekabentuk Kajian 45
3.2.2.1.2 Tempat Kajian 45
3.2.2.1.3 Populasi Kajian 46
3.2.2.1.4 Sampel Kajian 46
3.2.2.1.5 Instrumen Kajian 47
3.2.2.2 Kesahan Kandungan MPK 48
3.2.2.3 Peringkat II (Penilaian Formatif) 48
3.2.2.3.1 Kerangka Penilaian
Formatif 49
3.2.3 Kajian Tahap III: Analisis Kesesuaian MPK 50
3.2.3.1 Menguji Kesesuaian MPK 50
3.3 Andaian Kajian 53
3.4 Kesimpulan 54
xi
4 ANALISIS KESESUAIAN MPK
4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Kesesuaian MPK 55
4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) 56
4.2.1.1 Kesesuaian Kandungan MPK
(Kaedah Kualitatif) 56
4.2.1.2 Kesimpulan 64
4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 65
4.2.2.1 Kesesuaian Kandungan MPK
(Kaedah Kuantitatif) 65
4.2.2.1.1 Bahagian A: Analisis
Maklumat Responden 66
4.2.2.1.2 Bahagian B: Analisis
Item Persoalan Kajian 68
4.2.3 Kesesuaian Keseluruhan MPK Penghilang
Gelembung dan Kancing 74
4.3 Kesimpulan 75
5 MPK PENGHILANG GELEMBUNG DAN KANCING
5.1 Pengenalan 77
5.2 Struktur Pembinaan MPK Penghilang Gelembung
dan Kancing 77
5.2.1 Komponen-komponen dalam MPK 79
5.2.1.1 Penghasilan Muka Depan MPK 87
5.3 Kesimpulan 88
xii
6 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 89
6.2 Rumusan Kajian 89
6.3 Perbincangan 91
6.3.1 Teks 91
6.3.2 Gambarajah 92
6.3.3 Soalan 93
6.3.4 Ringkasan 94
6.3.5 Aktiviti 95
6.3.6 Objektif Pembelajaran 96
6.4 Cadangan 96
6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98
6.6 Kesimpulan 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 104
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Perbandingan model-model MPK 42
3.2 Maklum balas dan Skor Skala Likert 47
3.3 Pengkelasan Tahap Kesesuaian MPK 52
4.1 Pengkelasan Min Keseluruhan dan Tahap Kesesuaian MPK 66
4.2 Kekerapan dan peratus responden mengikut jantina 66
4.3 Kekerapan dan peratus responden mengikut umur 67
4.4 Kekerapan dan peratus responden mengikut
kelayakan akademik sebelumnya 67
4.5 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan
mengikut kesesuaian teks 68
4.6 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan
mengikut kesesuaian penggunaan gambarajah 69
4.7 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan
mengikut kesesuaian soalan 70
4.8 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan
mengikut kesesuaian ringkasan bab 71
4.9 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan
mengikut kesesuaian aktiviti 72
4.10 Taburan kekerapan, peratus, min dan min keseluruhan
mengikut kesesuaian objektif pembelajaran 73
4.11 Jadual kesesuaian keseluruhan MPK 74
5.1 Komponen-komponen dalam MPK Penghilang
Gelembung dan Kancing 80
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Contoh teks yang digunakan dalam buku rujukan 4
1.2 Gambarajah dan cara penyampaian yang kurang
jelas 5
1.3 Modul Jahitan Politeknik Johor Bharu 6
2.1 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 33
2.2 Carta Aliran Model Teras- Cabang Shaharom 36
3.1 Rangka Kerja Prosedur Kajian Keseluruhan MPK 39
3.2 Rangka Kerja Tahap I 43
3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK Penghilang
Gelembung dan Kancing 44
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 49
3.5 Kaedah Pengiraan Nilai Tahap Kesesuaian 52
4.1 Gambarajah yang kabur dan kurang jelas 58
4.2 Gambarajah seelpas dibuat penambahbaikan 60
4.3 Ringkasan bab dalam bentuk peta minda berwarna 62
5.1 Praujian MPK Penghilang Gelembung dan Kancing 81
5.2 Objektif pembelajaran dalam bahagian teras 82
5.3 Contoh aras kesukaran yang terdapat pada soalan 83
5.4 Ringkasan bab dalam bahagian pemulihan 84
5.5 Contoh maklum balas bagi jawapan 1 b bahagian teras 85
5.6 Rujukan laman web mengenai mesin jahit 86
5.7 Rujukan yang diperolehi daripada pelbagai sumber 87
5.8 Muka depan MPK Penghilang Gelembung dan Kancing 88
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKNA MPK Modul Pengajaran kendiri
P&P Pengajaran dan pembelajaran
PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS Penilaian Formatif Satu Satu
PSM Projek Sarjana Muda
PB Pengajaran Bermodul
SPH (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran hidup)
SPSS Statistical Package for Social Sciences
S Setuju
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kajian Awal 104
B Borang Pengesahan Kandungan MPK 109
C Soalan Temubual 114
D Transkrip Temubual 118
E Soal Selidik Kesesuaian MPK 125
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar, bidang
pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang perlu di ambil berat. Ini kerana
bidang pendidikan akan dapat membantu dalam usaha melahirkan generasi muda
yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan berilmu. Oleh itu, bahan pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai di perlukan.
Salah satu bahan P&P yang dipercayai berkesan adalah dengan menggunakan
modul kerana ia merupakan salah satu cara yang lebih efektif dalam melahirkan
generasi muda yang mampu menghadapi cabaran globalisasi. Menurut Sharifah
Alwiah (1984) menyatakan terdapat beberapa kebaikan jika sesi pembelajaran
berjalan dengan menggunakan modul, malah ia lebih mudah untuk di fahami. Pelajar
akan dapat belajar sendiri dan dapat membuat ulangkaji dengan berpandukan modul
akademik atau MPK (Sidek, 2005).
2
Menurut Sidek dan Jamaluddin (2005), MPK adalah modul yang lengkap dan
dapat membantu mengukuhkan pemahaman dan memberi pengetahuan kepada
pelajar. Minat pelajar untuk terus belajar akan dapat di tingkatkan dengan
menggunakan kaedah pembelajaran melalui modul walaupun pengajaran bermodul
bukanlah pelengkap sebenar yang boleh menjamin kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran (Klingstedt, 1973). Selain itu, pelajar dapat membuat ulangkaji dan
belajar secara sendiri tanpa bantuan pensyarah dengan berpandukan modul akademik
yang di sediakan oleh pihak universiti atau pusat pengajian tinggi (Sidek, 2005).
Kesimpulannya, MPK adalah merupakan salah satu bahan pembelajaran yang
dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar. Maka, secara tidak langsung,
dengan adanya MPK ini, ianya dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran globalisasi pada
masa hadapan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Setiap pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) di wajibkan untuk mengambil kursus jahitan. Salah
satu kursus jahitan adalah kursus Pakaian dan Fabrik (SPL 1122). Pelajar-pelajar
yang mengikuti program ini perlu mengambil kursus tersebut yang ditawarkan pada
tahun pertama pengajian.
Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar
tahun pertama dan 20 orang pelajar tahun akhir mendapati bahawa keputusan yang
3
diperolehi adalah menunjukkan masih belum terdapat MPK jahitan yang dihasilkan.
Tujuan pemilihan responden tahun pertama dan tahun akhir adalah untuk membuat
perbandingan berdasarkan keputusan yang diperolehi. Namun begitu, semua
responden menyatakan bahawa masih belum terdapat MPK jahitan. Selain itu,
dapatan daripada tinjauan awal yang dijalankan juga menunjukkan bahawa sebanyak
85% responden pelajar-pelajar tahun pertama bersetuju MPK jahitan dihasilkan.
Manakala sebanyak 80% responden pelajar-pelajar tahun akhir bersetuju MPK
jahitan dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa MPK jahitan diperlukan.
Ada pelbagai topik yang perlu di pelajari oleh pelajar-pelajar yang
mengambil kursus ini. Sebagaimana yang kita maklum, waktu kuliah yang
diperuntukkan oleh universiti dalam satu waktu kuliah hanyalah 50 minit sahaja.
Berdasarkan buku panduan akademik 2009/2010, kursus Pakaian dan Fabrik
mewakili 2 jam kredit iaitu satu kredit teori dan satu kredit amali. Di antara topik
yang di pelajari oleh para pelajar ialah topik penghilang gelembung dan kancing.
Penghilang gelembung dan kancing adalah penting kerana tanpa penghilang
gelembung dan kancing, pakaian yang dihasilkan tidak sempurna. 50 minit waktu
kuliah yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menyampaikan isi pelajaran untuk
semua tajuk yang terdapat dalam kursus ini. Hal ini akan menyebabkan semua isi
pelajaran kursus Pakaian dan Fabrik tidak dapat disampaikan secara mendalam. Oleh
yang demikian, tidak semua tajuk dalam kursus ini dapat disampaikan dengan jelas
dan pelajar mungkin memerlukan daya usaha sendiri untuk lebih memahami tajuk-
tajuk dalam kursus ini. Oleh yang demikian, pelajar perlu menguasai isi pelajaran
melalui penggunaan MPK bagi mengatasi masalah ini.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pembelajaran di kalangan pelajar
kurang berkesan. Ini termasuklah jenis bahan pembelajaran yang digunakan mungkin
kurang sesuai, organisasi bahan kandungan yang dipelajari kurang terancang
(Shaharom, 2000). Kebanyakan bahan rujukan yang digunakan oleh pelajar lebih
b
p
s
y
m
p
k
m
t
t
p
u
l
R
bertumpu ke
pelajar (Suk
sukatan mata
yang dilakuk
menarik. Sa
penggunaan
kerana deng
menerima isi
erdapat satu
eks yang k
panjang dan
untuk memb
angsung ak
Rajah 1.1).
Raja
epada maklu
kri, 1998). B
a pelajaran
kan, kebany
alah satu ya
teks. Menu
gan teks yan
i yang henda
u buku rujuk
urang mena
tulisan teks
baca. Jika se
kan menyeba
h 1.1: Sala
umat yang k
Bahan-bahan
dan tidak m
akan buku r
ang menyeb
urut Adi Ku
ng baik aka
ak di sampai
kan yang tela
arik. Teks y
s yang bersa
esuatu bahan
abkan pelaj
ah satu conto
kurang men
n rujukan ya
menggalakka
rujukan yan
babkan buk
usrianto (20
an menjadik
ikan pada ba
ah di hasilka
yang di has
aiz agak kec
n rujukan te
ar kurang b
oh teks yang
nekankan ke
ang ada sek
an pemikiran
ng terdapat d
ku rujukan
009), pemilih
an pembaca
ahan bacaan
an dan berad
ilkan adalah
cil. Ini akan
ersebut kuran
berminat un
digunakan d
epada aktivit
karang kuran
n. Daripada
di pasaran a
kurang me
han teks ad
a dapat mem
tersebut. Seb
da di pasaran
h mempuny
menyebabk
ng menarik,
ntuk memba
dalam buku r
ti melibatka
ng memenuh
a pemerhatia
adalah kuran
enarik adala
dalah pentin
mahami sert
bagai contoh
n mempunya
yai ayat yan
kan kesukara
, secara tida
acanya (ruju
rujukan
4
an
hi
an
ng
ah
ng
ta
h,
ai
ng
an
ak
uk
d
s
a
m
K
d
a
m
b
m
m
p
Raja
Rajah
dan penyamp
strategik dan
akan menye
menyebabka
Kesannya ial
Menu
dan pembela
aktiviti peni
mengikuti la
boleh dijalan
menyeluruh
memudahkan
pembelajaran
h 1.2: Gam
h 1.2 menun
paian isi yan
n kedudukan
ebabkan isi
n para pela
lah ianya aka
urut Kamdi K
ajaran yang
laian serta
angkah dem
nkan secara
dan tidak m
n pelajar y
n yang berka
mbarajah dan
njukkan cont
ng kurang je
n yang tidak
yang ingin
ajar tidak d
an melumpu
Kamil (1990
lengkap sep
arahan dan
mi langkah u
individu. B
menjurus sec
yang agak l
aitan (Abdul
n penyampai
toh bahan ru
elas. Gamba
k sesuai. C
n di sampa
dapat memah
uhkan minat
0), MPK per
perti objekt
tatacara ya
untuk mengu
uku-buku ru
cara mendal
lemah pada
l Razak,1999
an yang kura
ujukan yang
ar-gambar ya
ara penyam
ikan adalah
hami isi ya
pelajar untu
rlu mempuny
if, bahan da
ang sistemat
uasai sesuatu
ujukan di pa
lam mengen
a satu-satu
9).
ang jelas
g mempunya
ang tidak di
mpaian yang
h kabur dan
ang ingin d
uk menelaahn
yai satu pak
an aktiviti p
tik supaya p
u unit pemb
asaran juga
nai tajuk-taju
tajuk mem
ai gambaraja
susun secar
kurang jela
n tidak jela
di sampaikan
nya.
ej pengajara
pembelajaran
pelajar dapa
belajaran da
lebih bersifa
uk kecil bag
mbuat aktivi
5
ah
ra
as
as
n.
an
n,
at
an
at
gi
iti
6
Institut Pengajian Tinggi seperti Politeknik dan Kolej Komuniti menawarkan
kursus Fesyen dan Pakaian. Kursus ini mengandungi pelbagai subtopik yang perlu di
pelajari oleh para pelajar yang mengikuti kursus tersebut. Politeknik yang
menawarkan kursus Fesyan dan Pakaian ialah Politeknik Johor Bharu dan institusi
tersebut telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran (MPK) mereka
sendiri. MPK yang dihasilkan adalah untuk kegunaan dalam sahaja iaitu untuk
kegunaan institusi tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan MPK. Menurut Shaharom & Yap (1992), MPK
adalah merupakan salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang di gunakan di
dalam pengajaran bermodul (PB) dan ianya boleh di gunakan di semua peringkat
pengajian samada peringkat rendah mahupun peringkat tinggi. Oleh sebab itu,
penghasilan MPK untuk kursus Pakaian dan Fabrik adalah sememangnya wajar.
Rajah 1.3: Modul Jahitan Politeknik Johor Bharu
7
Menurut Kamdi Kamil (1990), matlamat utama pembelajaran menggunakan
modul adalah untuk membolehkan pelajar sama ada individu atau berkumpulan
untuk mengikuti atau melaksanakan setiap aktiviti atau langkah yang terdapat di
dalam modul bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah
(1984), terdapat beberapa kebaikan jika sesi pembelajaran berjalan dengan
menggunakan modul, malah ia lebih mudah untuk di fahami. Pelajar akan dapat
belajar sendiri dan dapat membuat ulangkaji dengan berpandukan modul akademik
atau MPK (Sidek Mohd Noah, 2005). Justeru daripada permasalahan yang di
nyatakan di atas, adalah wajar pembinaan modul di lakukan kerana dengan adanya
modul ini, pelajar akan berdikari untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran tanpa
bergantung kepada pensyarah.
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dapat mempengaruhi perubahan sikap
pelajar terhadap mata pelajaran, ketrampilan dalam pembelajaran serta beberapa
aspek lain (Shaharom dan Yap, 1992). Menurut Rusell (1997) dalam Sidek dan
Jamaluddin (2005) menyatakan modul adalah satu pakej pengajaran berkaitan
dengan satu unit konsep mata pelajaran. Secara kesimpulannya, MPK Penghilang
Gelembung dan Kancing ini di bina adalah bagi mengatasi masalah-masalah yang
wujud di samping menyediakan modul pembelajaran yang masih belum ada lagi
setakat ini.
1.3 Penyataan Masalah
MPK Penghilang Gelembung dan Kancing akan di bina kerana sehingga
sekarang, masih belum ada lagi MPK jahitan yang di hasilkan untuk pelajar-pelajar.
8
Oleh sebab itulah, MPK Penghilang Gelembung dan Kancing akan di bina sebagai
bahan rujukan kepada para pelajar khasnya pelajar yang mengikuti kursus Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang mengambil
kursus Pakaian dan Fabrik. Jumlah masa kuliah yang diperuntukkan oleh pihak
universiti juga menjadi faktor kepada pembinaan MPK ini kerana jumlah 50 minit
masa kuliah tidak memadai untuk menyampaikan isi pelajaran kursus Pakaian dan
Fabrik. Kelemahan bahan rujukan untuk kursus jahitan yang terdapat di pasaran juga
menjadi faktor kepada pembinaan MPK Penghilang Gelembung dan Kancing ini.
Selain itu juga, institusi pengajian tinggi lain seperti Politeknik Johor Bharu telah
mempunyai modul jahitan mereka sendiri. Setakat ini, masih belum terdapat modul
untuk subjek jahitan yang di hasilkan di Fakuliti Pendidikan. Oleh itu, dengan
penghasilan MPK ini, ianya akan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut.
Pemilihan teori dan model yang bersesuaian dalam menbangunkan modul juga perlu
di titikberatkan bagi menghasilkan modul yang mudah di fahami, padat dan ringkas.
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini ialah:
1.4.1 Membina satu MPK bertajuk “Penghilang Gelembung dan Kancing”
mengikut model pembinaan Model Shaharom (1994)
1.4.2 Menilai kesesuaian MPK yang telah di bina dari aspek:
a) Teks
b) Gambarajah
9
c) Soalan
d) Ringkasan
e) Aktiviti
f) Objektif pembelajaran
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang di bina berkaitan dengan objektif kajian supaya kajian
yang di lakukan mencapai objektif asal. Antara persoalan kajian yang di lakukan
ialah:
1.5.1 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing
terhadap kesesuaian teks yang digunakan dalam MPK ini?
1.5.2 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing
terhadap kesesuaian gambarajah yang digunakan dalam MPK ini?
1.5.3 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing
terhadap kesesuaian soalan yang digunakan dalam MPK ini?
1.5.4 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing
terhadap kesesuaian ringkasan yang digunakan dalam MPK ini?
1.5.5 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing
terhadap kesesuaian aktiviti yang digunakan dalam MPK ini?
10
1.5.6 Apakah persepsi pengguna MPK Penghilang Gelembung dan Kancing
terhadap kesesuaian objektif pembelajaran yang digunakan dalam MPK
ini?