IHSAN

13
IHSAN

description

Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."

Transcript of IHSAN

Page 1: IHSAN

IHSAN

Page 2: IHSAN

DEFINISI IHSANIhsan ( ناسحI ) adalah kata dalam bahasa Arab yang berarti “kesempurnaan” atau “terbaik.” Dalam terminologi agama Islam, Ihsan berarti seseorang yang menyembah Allah seolah-olah ia melihat-Nya, dan jika ia tidak mampu membayangkan melihat-Nya, maka orang tersebut membayangkan bahawa sesungguhnya Allah melihat perbuatannya.

Ihsan ditakrifkan dengan makna membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t dan melakukan secara tekun dan terbaik yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini hasil gabungan akal,hati,perbuatan dan percakapan. Jelasnya,ihsan bermaksud “Ibadat yang disertai dengan ‘muraqabah’ secukupnya kepada Allah S.W.T. Yakni hatinya sentiasa terasa diawasi oleh Allah S.W.T. dengan memiliki sifat amanah,warak,takwa dan sebagainya.

Page 3: IHSAN

Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka. Sesungguhnya Allah S.W.T

sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan

ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak.

Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:

“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang

mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli

syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya.”

Page 4: IHSAN

Menurut hadis daripada Umar bin Khattab yang bermaksud :

“ Khabarkanlah kepadaku tentang ihsan.” Rasulullah s.a.w. menjawab : “ Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah s.w.t. seolah-olah engkau melihatNYA, tetapi jika engkau tidak melihatNYA, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” (Muslim)

Page 5: IHSAN

Bahagian Ihsan

Ihsan kepada Allah

S.W.TIhsan

kepada manusia

Ihsan dalam ibadah

Ihsan dalam amalan

Ihsan dalam perkataan

Ihsan kepada haiwan

Page 6: IHSAN

IHSAN KEPADA ALLAH S.W.T

Ihsan kepada Allah s.w.t. adalah kemuncak kepada pengabdian manusia kepada Ilahi, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis tersebut. Andainya individu melaksanakan tuntutan ibadat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh rukun islam yang lima dengan penuh teliti, semata-mata kerana ia diperhatikan oleh Allah s.w.t. , maka individu tersebut akan melaksanakannya dengan sebaik-baik mugkin hinggakan terasa bimbang andai berlaku sebarang kesilapan. Insan yang menghayati konsep insan adalah manusia yang sentiasa menyedari bahawa amal perbuatannya diperhatikan Allah s.w.t. sama ada di tempat terbuka mahupun tersembunyi,

Page 7: IHSAN

Ihsan Kepada Sesama ManusiaBoleh dilihat dalam hubungan kita kepada setiap makhluk Allah s.w.t. di dunia ini seperti berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, keluarga, jiran tetangga, orang lain. Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat mahupun yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.”

Page 8: IHSAN

IHSAN DALAM IBADAH

Kita berkewajiban ihsan dalam beribadah, iaitu dengan menunaikan semua jenis ibadah, seperti solat, puasa, haji, dan sebagainya dengan cara yang benar, iaitu menyempurnakan syarat, rukun, sunnah, dan adab-adabnya. Hal ini tidak akan mungkin dapat ditunaikan oleh seorang hamba, kecuali jika saat pelaksanaan ibadah-ibadah tersebut ia dipenuhi dengan cita rasa yang sangat kuat (menikmatinya), juga dengan kesadaran penuh bahwa Allah sentiasa memantaunya hingga ia merasa bahawa ia sedang dilihat dan diperhatikan oleh-Nya.

Page 9: IHSAN

IHSAN DALAM AMALAN

Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Page 10: IHSAN

IHSAN DALAM PERKATAAN

Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan

terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh

mendatangkan manfaat atau sebaliknya.

Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:

“…. Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…)

Page 11: IHSAN

IHSAN KEPADA HAIWAN

Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan

kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau

sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini

bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

” Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W

katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas

tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka

elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka

elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang

kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia

melapangkan binatang sembelihannya”.

Page 12: IHSAN

CIRI-CIRI KELEBIHAN IHSAN

Mentaati perintah dan larangan Allah SWT

dengan ikhlas

Merasakan nikmat dan haus akan ibadah

Sentiasa amanah ,jujur dan menepati janji

Mewujudkan keharmonian masyarakat

Mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Dibawah muraqabatullah (pemerhatian Allah

s.w.t.)

Dapat mengukuhkan hubungan ukhwah fillah ( persaudaraan sesama manusia kerana Allah

s.w.t. )

Dapat melakukan sesuatu tugasan dengan

penuh tekun dan bersungguh-sungguh

Page 13: IHSAN

Cara Penghayatan Ihsan Dalam

kehidupan

Menyembah dan beribadah kepada

Allah

Memelihara kesucian aqidah

tidak terbatal

Mengerjakan ibadah fardhu ain dan sunat

Hubungan baik dengan

keluarga,tetangga dan masyarakat

Melakukan perkara-

perkara yang baik

Melakukan perkara-

perkara yang baik