ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang...

81
ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NURUL FARHANA BINTI JUMAAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang...

Page 1: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

NURUL FARHANA BINTI JUMAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : NURUL FARHANA BINTI JUMAAT Date of birth : 6th DECEMBER 1986 Title : ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG_ ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH Academic Session : 2009/2010 I declare that this thesis is classified as : I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the

purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by:

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

861206-56-6160 DR. DAYANG HJH TIAWA

(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR Date: 14 APRIL 2010 Date: 14 APRIL 2010

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

NOTES :*If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

Page 3: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Teknologi Pendidikan”

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penyelia: DR.DAYANG HJH TIAWA BT AWANG HJ. HAMID

Tarikh : ……………………………….

Page 4: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

NURUL FARHANA BINTI JUMAAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Signature : ……………………………….

Name : NURUL FARHANA BINTI JUMAAT

Date : ……………………..

Page 6: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

iii

Khas buat Ayahanda dan Bonda Tercinta

En Jumaat Bin Misman &

Pn. Norridah Hj Abd Rahman

Keluarga Tersayang

Amirul Afham

Muhd Zharif Zuhair

Ili Nadirah

Page 7: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya maka dapat saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan

khas buat penyelia saya, Dr. Dayang Hajah Tiawa yang telah banyak memberi tunjuk

ajar, panduan serta tidak betah memberikan nasihat yang berguna kepada saya hingga

saya berjaya menyempurnakan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan khusus kepada ayahanda, En. Jumaat Bin Misman serta

bonda, Pn. Norridah Hj Abd Rahman serta adik beradik yang tidak jemu mendoakan

kejayaan saya, serta memberi sokongan dan galakan sepanjang saya menyiapkan

projek ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sanggup

meluangkan masa serta tenaga bagi membantu saya menjayakan projek ini.

Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua-

pengetua di 8 buah Sekolah Kebangsaan Orang Asli sekitar negeri Johor yang

memberikan kerjasama serta layanan yang sewajarnya sepanjang lawatan saya ke

sekolah mereka.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang

terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan

projek penyelidikan ini..

Page 8: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

v

ABSTRACT

Knowledge and skills in integrating ICT in early education is essential in

developing and improving education among Orang Asli children. The study investigates

the relationship between student’s attitudinal constructs and knowledge with ICT use

level and the effectiveness of ICT usage as their learning tools. A questionnaire was

completed by 80 Year Six students from eight Orang Asli primary schools around Johor.

Besides, researcher also implements non-participant observation and conducted an

interview with two ICT teachers. Data collected were analysed by SPSS software to see

the scores and percentage and also using the Spearman Rho correlation. It was discussed

that ICT use level of Orang Asli students is significantly related with each of attitudinal

constructs and knowledge. The findings also revealed that the percentage of the

effectiveness of ICT usage as their learning tools is relatively high.

Page 9: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

vi

ABSTRAK

Pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT di tahap

awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan

di kalangan murid-murid Orang Asli agar tidak mundur berbanding bangsa lain di

negara ini. Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan

dan tahap penggunaan ICT di kalangan anak-anak Orang Asli selain keberkesanan

penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka. Kajian yang dilaksanakan adalah

berbentuk kajian tinjauan iaitu pengedaran borang soal-selidik, temuramah dan

pemerhatian (non-participant observation). 80 orang responden Tahun Enam dari 8

buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain

dua orang guru ICT yang ditemuramah pengkaji. Data dianalisis dengan menggunakan

perisian SPSS untuk mencari skor, peratusan serta mencari korelasi koefisien dengan

menggunakan kaedah Spearman’s Rho. Dapatan kajian menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan ICT dengan sikap dan pengetahuan

mereka. Peratusan juga tinggi bagi keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Page 10: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRACT v

ABSTRAK vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Penutup 8

Page 11: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 9

2.2 Latarbelakang Orang Asli 9

2.3 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Orang Asli 13

2.3.1 Matlamat Dasar Pendidikan Orang Asli 14

Ke Arah 2010

2.3.2 Strategi Pembangunan Pendidikan Orang Asli 14

Berasaskan Tahap Pembangunan & Aksesibiliti

2.4 ICT dan Pendidikan 15

2.5 Penggunaan ICT di Sekolah 17

2.6 ICT dan Keberkesanan dalam Pembelajaran 18

2.7 Meningkatkan Kualiti Pendidikan menerusi ICT 20

2.8 ICT dalam Pendidikan di Malaysia

2.8.1 Polisi Nasional 21

2.8.2 Tahap Penggunaan dan Akses ICT 21

dalam Pendidikan di Malaysia

2.8.3 Cabaran dalam Penggunaan ICT 22

dalam pendidikan

2.9 ICT dan Komuniti Orang Asli 23

2.10 Kerangka Konseptual 24

2.11 Penutup 25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Lokasi Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Borang Soal Selidik 29

3.5.2 Soalan Temuramah 31

Page 12: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

ix

3.5.3 Nota Lapangan (field-notes) 31

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Dapatan Kajian Rintis 32

3.7.1 Ujian Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 32

3.8 Prosedur Pengumpulan Data 33

3.9 Prosedur Analisis Data 34

3.10 Penutup 36

4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis data Bahagian A 37

4.3 Analisis data Bahagian B 38

4.3.1 Hubungan antara sikap pelajar 39

dan tahap penggunaan ICT

4.3.2 Hubungan antara pengetahuan pelajar 41

dan tahap penggunaan ICT

4.4 Analisis data Bahagian C 42

4.5 Pemerhatian 43

4.6 Temuramah 47

4.7 Penutup 48

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan Kajian 49

5.3 Perbincangan

5.3.1 Hubungan antara sikap responden dengan tahap 51

kepenggunaan ICT dalam pembelajaran

5.3.2 Hubungan antara pengetahuan responden dengan 51

tahap kepenggunaan ICT dalam pembelajaran

Page 13: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

x

5.3.3 Keberkesanan penggunaan ICT dalam 52

pembelajaran murid-murid Orang Asli

5.3.4 Pemerhatian ke atas kemudahan 52

infrastruktur ICT di sekolah

5.4 Cadangan 53

5.5 Kesimpulan 54

REFERENCES 55

LAMPIRAN A-D

Page 14: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Projek

Perkembangan yang pesat dalam bidang komunikasi berlaku dengan pantas.

Dengan kemunculan teknologi, telah berlaku revolusi besar dalam bidang komunikasi

sejagat. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara manusia bekerja.

ICT juga dikatakan dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi pelajar

seperti penggunaan teknologi sebagai medium untuk bantuan pembelajaran selain dari

pembelajaran formal di dalam kelas. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran mengguna

serta mengintegrasikan ICT di tahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam

membentuk dan menaik taraf pendidikan di kalangan pelajar orang asli agar tidak mundur

berbanding bangsa lain di negara ini.

Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan dan

tahap penggunaan ICT di kalangan anak-anak Orang Asli selain keberkesanan penggunaan

ICT dalam pembelajaran mereka.

Page 15: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

2

1.1 Latar Belakang Kajian

Masyarakat Orang Asli umumnya tergolong dalam kategori masyarakat yang

miskin dan jauh ketinggalan berbanding bangsa lain di negara ini. Tidak kiralah dari

aspek pembangunan sosial, ekonomi dan juga dari aspek pendidikan. Walhal Malaysia

sedang berusaha gigih mengejar impiannya menjadi sebuah negara maju dan berdaya

saing di mata dunia menerusi harapan yang terkandung di dalam Wawasan 2020.

Bagi merealisasikan dan memastikan matlamat tersebut tercapai, aspek

pendidikan kini diambil kira sebagai fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang

ketinggalan dalam arus perdana yang serba pantas ini. Namun demikian, masih terdapat

masyarakat Orang Asli yang masih lagi tercicir dalam mengejar pendidikan (Basir,

2008). Kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati faktor keciciran di kalangan

masyarakat Orang Asli ini adalah berpunca daripada faktor kemiskinan, tiadanya bantuan

pendidikan, perbezaan antara budaya dan pedagogi, ketidakhadiran murid ke kelas, dan

ibu bapa yang tidak ambil peduli dengan sistem yang disarankan oleh kerajaan akan

betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka.

Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat Orang Asli dapat membuat

perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran

sepanjang hayat seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli.

Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan

kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk

lama. Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya ingin memajukan diri seiring

dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar pendidikan negara juga sentiasa

menyokong golongan ini untuk maju ke depan.

Menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008) berkenaan marapatkan jurang

pendidikan telah menyarankan beberapa program serta projek infrastruktur ICT di luar

Page 16: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

3

bandar. Ini adalah bertujuan supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di

kalangan kanak-kanak berumur lima tahun khususnya murid-murid luar bandar dan juga

anak-anak Orang Asli. Sementara itu, kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia

Ke-9 (2006-2010) turut menyatakan bahawa prasarana ICT yang mencukupi akan

diagihkan kepada semua institusi pendidikan di negara ini termasuklah pelaksanaan

kurikulum ICT dalam pembelajaran, pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran, menaik taraf pengetahuan dan kemahiran ICT, pengaplikasian ICT dalam

sistem pengurusan sekolah serta memperbaiki kemudahan dan kelengkapan ICT dari

semasa ke semasa.

Ianya turut dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2001-

2010) dimana pembangunan ICT dalam pendidikan akan dilaksanakan dengan tujuan

utamanya adalah untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur ICT selain

daripada meluaskan akses dan ekuiti kelengkapan ICT, mewujudkan kurikulum

berasaskan ICT (ICT-based), meningkatkan sistem penilaian menggunakan ICT,

menggalakkan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, guru-guru dan staf-staf lain,

mengaplikasi ICT dalam sistem pengurusan, memperbaiki kemudahan dan kelengkapan

ICT, mempertingkat usaha dalam kajian dan pembangunan ICT, serta usahasama antara

institusi pendidikan dan komuniti sosial haruslah diterapkan bagi menggalakkan

penggunaan ICT dalam pendidikan.

Menurut Yuen, Law, & Wong (2003), sejak beberapa dekad lalu, peningkatan

positif dalam penggunaan dan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat dan aktiviti

seharian mereka. Maka, tidak mustahil jika terdapatnya peningkatan pada minat,

tumpuan serta pelaburan yang besar dilaburkan untuk pengintegrasian ICT dalam

pendidikan di seluruh dunia. Beberapa ‘masterplans’ untuk mengintegrasikan ICT dalam

pendidikan telah dilaksanakan di beberapa buah negara (Pelgrum dan Anderson, 1999).

Antara objektif yang ingin dicapai dalam perancangan ini termasuklah membentuk

Page 17: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

4

kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah, memahami konsep ‘self-learning’,

menganalisis maklumat yang dicari dan berfikir secara kritis.

Penggunaan dan pengaplikasian ICT dalam konteks pendidikan di Malaysia

adalah faktor utama yang menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi

kini (Salbiah, n.d). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ICT membantu dari aspek

pembelajaran dan pengajaran serta sistem pengurusan di sekolah. Oleh yang demikian,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan

iaitu: kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk

mengurangkan jurang digital antara sekolah, ICT dalam pendidikan sebagai medium

bantuan pengajaran dan pembelajaran, menjadikan ICT sebahagian daripada

matapelajaran di sekolah serta menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan

produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah.

Pembukaan Sekolah Kebangsaan Orang Asli telah memberi peluang kepada anak-

anak Orang Asli menerima pendidikan formal seperti rakyat lain. Selain daripada itu, ia

menunjukkan kesungguhan penduduk tempatan untuk menyediakan kemudahan tempat

belajar bagi semua lapisan masyarakat. Mengikut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terdapat 93 buah sekolah di mana 100%

adalah murid Orang Asli. Pecahan sekolah Murid Orang Asli 100% mengikut negeri

adalah seperti berikut iaitu Perak (28 buah), Pahang (26 buah), Kelantan (12 buah),

Selangor (11buah), Johor (10 buah), Negeri Sembilan (4 buah) dan Terengganu (2 buah).

Kementerian Pelajaran juga berusaha untuk merapatkan jurang pendidikan di

antara muridmurid sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luar

bandar seperti mana yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP). Kementerian Pelajaran berusaha membangunkan projek ICT di sekolah-sekolah

Orang Asli dengan pengwujudan rangkaian Schoolnet, Pusat Akses (cybercafe) dan

kemudahan siaran TV Pendidikan melalui ASTRO. Pihak kementerian berusaha

Page 18: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

5

membudayakan penggunaan ICT di kalangan murid khususnya yang tinggal di kawasan

luar bandar dan pedalaman.

Sehubungan itu, menyedari akan betapa pentingnya ICT dalam pembangunan

pendidikan negara, maka kajian ini akan menjelaskan kedudukan anak-anak Orang Asli

tentang tahap kepenggunaan mereka menyesuaikan diri dengan kemudahan ICT yang

telah diperuntukkan di sekolah-sekolah.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut survey yang telah dijalankan oleh pihak UNESCO Asia Pasifik yang

bersidang di Bangkok antara lain menyatakan bahawa, faktor utama yang merencat

perkembangan ICT di Malaysia ialah infrastruktur dan akses telekomunikasi adalah

terhad di kawasan luar bandar dan pedalaman.Jika dilihat dari sudut penggunaan

teknologi di sekolah, JHEOA telah menempatkan beberapa kemudahan seperti

kemudahan komputer di sekolah dan laptop untuk guru-guru bagi persediaan untuk

mengajar. Namun persoalannya, adakah anak-anak Orang Asli mengaplikasikan

sepenuhnya kemudahan komputer yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka

di sekolah? Menyedari akan hakikat ini, kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan

dan penguasaan anak-anak Orang Asli mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah

disediakan sebagai medium bantuan dalam pembelajaran mereka.

1.3 Objektif Kajian

Secara amnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:

a) Mengenalpasti hubungan antara sikap murid dengan tahap penguasaan

menggunakan ICT dalam pembelajaran;

Page 19: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

6

b) Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan murid dengan tahap penguasaan

menggunakan ICT dalam pembelajaran;

c) Mengenalpasti keberkesanan penggunakan ICT dalam pembelajaran murid-

murid di Sekolah Rendah Orang Asli.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang timbul dalam kajian ini termasuklah:

1. Adakah terdapat hubungan antara sikap murid dengan tahap penggunaan ICT

dalam pembelajaran?

2. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan murid dengan tahap

penggunaan ICT dalam pembelajaran?

3. Adakah penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka berkesan?

1.5 Hipotesis Kajian

Berikut merupakan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini

1. Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap murid dengan

tahap penguasaan menggunakan ICT dalam pembelajaran.

Hipotesis Alternatif: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap murid dengan

tahap penguasaan menggunakan ICT dalam pembelajaran.

2. Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan murid

dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Hipotesis Alternatif: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan murid

dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Page 20: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

7

1.6 Kepentingan Kajian

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat

mengenalpasti tahap penguasaan murid-murid Orang Asli menggunakan ICT dalam

pembelajaran mereka. Seterusnya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-

murid Orang Asli menyesuaikan diri menggunakan kemudahan ICT yang telah

disediakan. Hasil daripada kajian ini juga penting kepada pihak-pihak terbabit untuk

meninjau masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian bagaimanakah caranya

untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak Orang Asli menggunakan

kemudahan ICT di sekolah.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada:

i) Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 di Sekolah Rendah

Kebangsaan Orang Asli di negeri Johor. Pelajarnya terdiri daripada masyarakat Orang

Asli sepenuhnya.

ii) Instrumen yang digunakan kajian ini adalah berbentuk soal selidik

iii) Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah mencari hubungan antara

pengetahuan dan sikap murid terhadap penggunaan ICT serta keberkesanan penggunaan

ICT dalam pembelajaran mereka.

Page 21: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

8

1.8 Penutup

Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen

penting dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latarbelakang kajian,

objektif dan kepentingan kajian. Ini menunjukkan pengkaji jelas akan kajian yang akan

dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya.

Page 22: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan

dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang

telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat

samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.

2.2 Latarbelakang Orang Asli ”Orang Asli (Malay: Original People) is the accepted term for 17 to 25 indigenous

ethnic minorities of Peninsular Malaysia”

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah

Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di

timur dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami

semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Fauzi, 2006).

Mereka dikatakan berasal dari China dan Tibet, dan berhijrah ke Semenanjung Tanah

Melayu melalui tanah besar Asia Tenggara.

Page 23: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

10

Menurut Hasan Mat Nor (1998) dalam Khairul Hisyam (2008), warga peribumi

ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan

dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang

dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Seterusnya, bacaan diperluaskan lagi dan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa

perkata dan frasa-frasa lain yang digunakan bagi merujuk kepada masyarakat peribumi

iaitu Bumiputera dan Orang Asli.

Dalam Kamus Dewan, masyarakat peribumi ditakrifkan sebagai ‘penduduk asli’

dan juga bumiputera. Kamus Longman Edisi Kedua mentakrifkan peribumi sebagai

aboriginal, iaitu para penduduk asal yang menduduki sesebuah negara sejak awal lagi.

Di sini dapat difahami bahawa Peribumi adalah istilah umum yang digunakan bagi

merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni awal atau

terawal di Malaysia. Namun muncul pula dua istilah yang lebih spesifik bagi

membezakan status kumpulan penduduk asal iaitu bumiputera dan Orang Asli.

Kumpulan bumiputera ialah Orang Melayu di Semenanung; Orang Melayu, Iban,

Bidayuh, Kadazan, Murut, Melanau, Kelabit dan penduduk natif lain di Sarawak dan

Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan penduduk natif lain di Sabah.

Perbezaan maksud tentang istilah bumiputera dan Orang Asli dapat dilihat

dengan merujuk kepada definisi dalam Perlembagaan Negara dan juga Akta Orang Asli

1954 (Malaysia, 1974). Menurut (fasal) perlembagaan, istilah bumiputera membawa

maksud yang lebih luas dan merangkumi seluruh Malaysia. Akta 134, iaitu akta khusus

bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu. Akta ini

menetapkan empat syarat utama apabila mendefinisikan Orang Asli, iaitu;

1. Mana-mana orang yang bapanya adalah daripada rumpun Orang Asli yang bercakap

dalam bahasa Orang Asli, yang lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat,

serta kepercayaan. Ini termasuk keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang daripada

Page 24: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

11 apa-apa kaum yang di ambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang

Asli dan ialah seseorang daripada sesuatu masyarakat Orang Asli.

2. Anak daripada apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan

seseorang lelaki daripada kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap

dalam bahasa Orang Asli, dengan adat dan kepercayaan Orang asli masih lagi

menjadikan seseorang itu daripada sesuatu masyarakat Orang Asli.

3. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang asli

kerana ia telah masuk sesuatu agama atau atas apa-apa sebab lain, tetapi masih mengikut

cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan

sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin

mengamalkan agama itu.

4. Apa-apa persoalan samada seseorang itu adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli

hendaklah diputuskan oleh Menteri.

Daripada definisi di atas, masyarakat Orang Asli adalah berbeza daripada

kelompok penduduk yang di istilahkan sebagai masyarakat Bumiputera. Peruntukan

dalam akta jelas menunjukkan bahawa istilah Orang Asli hanya diguna bagi

menjelaskan status penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu, manakala lain-lain

kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Melayu di Semenanjung diistilahkan

sebagai bumiputera.

Kini, Orang Asli ialah kelompok minoriti masyarakat peribumi di Semenanjung

Malaysia (Nicholas, 2000; Sunaidin, 1997). Mereka dianggap minoriti kerana dengan

penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya membentuk 0.5%

daripada jumlah keseluruhan penduduk negara (JHEOA, 2003). Masyarakat Orang Asli

di Malaysia terdiri daripada tiga kumpulan suku bangsa, iaitu Negrito, Senoi, dan

Melayu-Proto (JHEOA, 2003; Ibrahim Ngah & Khairul Hisyam, 2007).

Page 25: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

12

Taburan penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu,

zon utara yang majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku

kaum Senoi, dan zon selatan oleh suku kaum Melayu-Proto (JHEOA, 2003).

Mengikut statistik daripada kajian yang telah dijalankan oleh Nicholas (2006),

terdapat peningkatan jumlah anak-anak Orang Asli yang mendaftar untuk ke sekolah.

Pada tahun 1994, sebanyak 13,200 anak-anak Orang Asli mendaftar ke sekolah rendah

dan pada tahun 2003, jumlah itu telah meningkat kepada 23,807, iaitu peningkatan

sebanyak 45 peratus. Disini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli kini

sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Setidak-tidaknya,

mereka berusaha mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan mereka

terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam bidang pendidikan. Kehidupan yang

menumpu kepada sara diri boleh diubah dengan adanya pendidikan yang formal.

Dengan adanya sistem pendidikan teratur, mereka mampu untuk berdaya saing

setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara ini.

Jadual 1 menunjukkan latarbelakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan

suku kaum mengikut kumpulan.

Jadual 2.2: Latarbelakang Orang Asli di Malaysia (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli Negeri Johor, 2010)

Kumpulan Keterangan Suku Kaum

Melayu-Proto Tinggal di sekitar Orang Melayu di Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

Adat resam dan kebudayaan mereka boleh

dikatakan ada persamaan dengan orang Melayu

Kebanyakkan perkampungan mereka kini

terletak di kawasan bandar dan pedalaman.

Temuan, Semelai,

Jakun, Orang Kanaq,

Orang Kuala dan

Orang Seletar.

Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng

Titiwangsa iaitu di pedalaman negeri Perak,

Che Wong, Mahmeri,

Jahut, Semoq Beri,

Page 26: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

13

Kelantan dan Pahang.

Mereka menyara keluarga dengan bercucuk

tanam, berburu dan mencari tumbuh-

tumbuhan hutan.Semenjak kerajaan memberi

penumpuan untuk memberi kesejahteraan

kepada rakyat kini Orang Senoi sudah ada

kampung halaman mereka untuk mengubah

cara hidup mereka agar setanding dengan

masyarakat umum.

Semai, dan Temiar.

Negrito Sesetengah orang negrito masih suka hidup

berpindah randah mencari tempat yang sesuai

untuk mencari bahan-baha makanan.

Tinggal di kawasan sekitar daerah Gerik, Hulu

Perak, kawasan pedalaman Kelantan, pedalaman

Utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan

Selatan Kelantan.

Kensiu, Kintak, Lanoh,

Jahai, Mendriq dan

Bateq.

2.3 Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Orang Asli.

Tujuan pembentangan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan perancangan

awal pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli bagi tempoh 2001 sehingga

2010 dan untuk mendapatkan pandangan ahli majlis mengenai perancangan awal Pelan

Tindakan. Pada 31 Julai 2001 yang lalu, Majlis Penasihat Pembangunan Masyarakat

Orang Asli (MPKPMOA) telah bermesyuarat dan bersetuju akan cadangan dasar dan

strategi bagi pembangunan pendidikan Orang Asli dan meminta Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli (JHEOA) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan

pelan tindakan ini. Pada 7 Ogos 2001, pelan ini dibentangkan di mesyuarat Pasukan

Petugas Peringkat Menteri yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri.

Mesyuarat telah bersetuju untuk meningkatkan pembangunan pendidikan masyarakat

Page 27: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

14 Orang Asli sebagai alat peningkatan sosial terulung dalam pembasmian kemiskinan

supaya masyarakat Orang Asli standing masyarakat lain di Malaysia.

2.3.1 Matlamat Dasar Pendidikan Orang Asli Ke Arah 2010

Berikut merupakan matlamat dasar pendidikan Orang Asli kea rah 2010:

1. Celik huruf bagi masyarakat Orang Asli berada di tahap 70% pada tahun 2000.

2. Sekurang-kurangnya 50% daripada kanak-kanak Orang Asli berada dalam TASKA

dan TABIKA anggaran 15% pada masa sekarang. Justeru itu, bilangan TASKA dan

TABIKA perlu diperbanyakkan.

3. 100% kanak-kanak Orang Asli yang berada dalam tahap umur bersekolah rendah

berada dalam sistem persekolahan rendah.

4. Kadar keciciran dalam peringkat sekolah di tahap minima 5% berbanding pada

tahun 2000 sebanyak 10.3%.

5. Kadar keciciran peralihan peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah menurun

ke 10% berbanding dengan tahun 2000 iaitu sebanyak 81%.

6. Sekurang-kurangnya 50 orang anak-anak Orang Asli Berjaya keluar dari IPT setiap

tahun.

2.3.2 Strategi Pembangunan Pendidikan Orang Asli Berasaskan Tahap

Pembangunan & Aksesibiliti

Strategi dan program dilaksanakan berasaskan tahap pembangunan dan aksesibiliti 3

kumpulan yang berbeza iaitu:

Kumpulan A: Orang Asli di pedalaman;

Kumpulan B: Orang Asli di pinggiran kampong;

Page 28: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

15

Kumpulan C: Orang Asli yang tinggal di bandar

2.4 ICT dan Pendidikan

Menurut Blurton (1998), Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT

(Information and Communication Technologies) didefinisikan sebagai satu set

teknologi dari sumber yang digunakan untuk komunikasi, serta untuk menghasil,

menghapus, menyimpan dan mengurus segala bentuk informasi ataupun maklumat.

Teknologi ini merangkumi komputer, Internet, radio dan televisyen serta telephony.

Bagi negara membangun seperti di Malaysia, ICT memainkan peranan yang

penting khususnya dalam pembangunan pendidikan.

ICT’s greatly facilitate the acquisition and absorption of knowledge, offering

developing countries unprecedented opportunities to enhance educational systems,

improve policy formulation and execution, and widen the range of opportunities for

business and the poor. One of the greatest hardships endured by the poor, and by

many others, who live in the poorest countries, is their sense of isolation. The new

communication technologies promise to reduce that sense of isolation, and to open

access to knowledge in ways unimaginable not long ago (Blurton,1998).

Menurutnya, ICT berupaya menggalak perkongsian maklumat lantas menjadi

pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara dan membuka peluang dalam

meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Tiada lagi istilah terasing dari negara maju

sebagaimana yang dihadapi oleh negara-negara miskin dengan adanya perkembangan

teknologi komunikasi sejagat.

Page 29: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

16

ICT kini adalah alat perkongsian maklumat yang berpotensi untuk

mempertingkat kualiti pendidikan samada digunakan secara formal ataupun tidak

formal. Ianya melangkaui batas umur, etnik, gender samada lelaki atau perempuan,

orang kurang upaya, muda atau tua (Tinio,2002) . Semua golongan boleh

menggunakannya tanpa ada sempadan masa dan bangsa.

Pembelajaran menggunakan teknologi (komputer dan Internet) itu sendiri

berfokus kepada ”bagaimana teknologi dapat membantu dalam menyampaikan

maklumat dalam sesebuah kurikulum pembelajaran?”. Ini termasuklah:

1. Pembentangan (presentation), demonstrasi, dan manipulasi data.

2. Menggunakan aplikasi multimedia dalam kurikulum pembelajaran sperti kuiz,

permainan, latih tubi, tutorial, makmal virtual dan sebagainya.

3. Mendapatkan maklumat dari sumber-sumber lain seperti CD-ROM, ensiklopedia,

peta interaktif, jurnal elektronik dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kemahiran atau pengetahuan menggunakan teknologi

adalah faktor utama bagi memastikan teknologi dapat di manfaatkan sepenuhnya.

Proses ini menuntut pelajar supaya belajar menggunakannya sebelum

mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka.

Menurut Vekiri (2010), terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi

penggunaan ICT di kalangan pelajar. Antaranya ialah kepentingan, faedah, minat dan

keseronokan, serta pengetahuan dalam penggunaan ICT. Faktor-faktor ini jugalah yang

akan menyumbang kepada keputusan untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan

ICT dalam pembelajaran.

Page 30: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

17 2.5 Penggunaan ICT di Sekolah Beberapa kajian terdahulu menunjukkan penggunaan ICT pelajar perempuan

adalah kurang berbanding pelajar lelaki bukan sahaja semasa di rumah tetapi juga di

sekolah, dan apabila mereka menggunakannya, mereka menggunakannya untuk tujuan

yang berbeza (Janssen Reinen & Plomp, 1997 dalam Volman et al., 2005). Kajian lain

yang dijalankan oleh Volman (2005) yang mengkaji penggunaan komputer di sekolah

rendah di kalangan etnik minoriti di Amerika menunjukkan, golongan ini jarang

menggunakan komputer untuk mencari maklumat bagi persediaan pembelajaran di

dalam kelas. Mereka juga jarang menggunakan Internet semasa di sekolah. Penggunaan

komputer pula lebih kepada untuk memantapkan kemahiran literasi menggunakan

komputer.

Dalam satu kajian tentang pengetahuan mengenai ICT yang telah dijalankan

oleh Volman & Van Eck (2001) memperlihatkan bahawa, pelajar perempuan cenderung

mempunyai nilai dan sikap yang negatif tentang penggunaan dan kemahiran dalam ICT

berbanding pelajar lelaki. Menurut ’value-expectancy theory’ yang diperkenalkan oleh

Eccles (1994), beliau percaya bahawa para guru dan ibu bapa dapat memberi pengaruh

yang positif kepada golongan muda untuk menggunakan komputer dan internet. Para

ibu bapa dan guru-guru telah memberi peluang dan galakan kepada golongan muda

dengan mendedahkan kepentingan dan faedah menggunakan ICT kepada mereka.

Dalam kajian yang melihat perbandingan penggunaan komputer di sekolah

antara pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa lebih ramai pelajar lelaki

yang mengahabiskan masa mereka menggunakan komputer dan Internet berbanding

pelajar perempuan. Ini kerana pelajar lelaki lebih berminat menggunakan komputer.

Antara aktiviti yang digemari mereka adalah bermain permainan komputer. Dalam erti

kata lain pelajar lelaki mempunyai tahap penggunaan komputer dan Internet yang tinggi

berbanding pelajar perempuan (Volman & Van Eck, 2001).

Page 31: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

18 Bagi kawasan di pedalaman Afrika, budaya penggunaan teknologi didominasi

oleh golongan pelajar lelaki. Mereka mempunyai sikap yang positif terhadap

penggunaan ICT berbanding pelajar perempuan di awal tahap pendidikan. Turut

dinyatakan, pelajar perempuan akan berhadapan dengan masalah dalam penggunaan

ICT terutamanya pembelajaran membabitkan subjek sains (Dlodlo, 2009). Dengan itu,

pelbagai langkah telah diambil bagi menangani isu ini. Antaranya memberi peluang dan

berkongsi pengalaman tentang penggunaan ICT kepada mereka, menambah

pengetahuan mereka tentang ICT dan memberi kemudahan akses ICT di kawasan

pedalaman.

2.6 ICT dan Keberkesanan dalam Pembelajaran

Keberkesanan penggunaan ICT di sekolah adalah bergantung kepada kemudahan

infrastruktur yang disediakan. Pihak sekolah juga perlu menyediakan servis baik pulih,

sokongan teknikal supaya dapat diakses oleh semua.

Beberapa tahun kebelakangan ini, para pengkaji dan penggubal polisi telah

berusaha dan menjalankan pemerhatian dalam mencari peranan ICT dalam peningkatan

pencapaian pelajar dalam pembelajaran (Cox et al., 2003). Difahamkan, pengkaji

haruslah mempunyai bukti-bukti kukuh dalam mendapatkan keputusan yang boleh

menilai peranan ICT dan tahap pancapaian mereka dalam pembelajaran.

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Laurillard (1994), beliau

menyatakan bahawa terdapat hubungan yang jelas berkaitan penilaian tentang impak

penggunaan teknologi dalam pendidikan dan pencapaian pelajar. Dari hasil kajian

mengenai ICT dan pencapaian pelajar, beliau membuat kesimpulan bahawa konteks

penggunaan ICT itu sendiri yang akan menentukan impak ICT dalam pembelajaran.

Konteks yang tersusun dan seimbang antara penggunaan ICT dan penerapan pedagogi

pembelajaran inilah yang akan memberikan impak yang positif terhadap pencapaian

pelajar (Joy II and Garcia, 2000).

Page 32: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

19 Di Australia dan New Zealand, guru berperanan penuh dalam memberi bantuan

dan pengukuhan penggunaan ICT semasa di sekolah. Oleh itu, adalah amat sukar untuk

mencari perkaitan antara tahap penggunaan ICT dan tahap pencapaian pelajar di dalam

kelas. Namun secara keseluruhannya, masih terdapat lagi beberapa kajian yang ingin

mengkaji keberkesanan ICT dalam pembelajaran. Dalam pada itu, terdapat bukti kukuh

yang menyatakan bahawa kemudahan ICT yang disediakan di bilik-bilik darjah mampu

meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih efektif lantas membentuk

sikap mereka agar lebih bebas dan berdikari semasa proses pembelajaran sedang

berlangsung (Tiu, Reimann & Freebody, 2008)

Kebanyakan kajian yang dijalankan sebelum ini adalah untuk mengkaji

hubungan penggunaan ICT dalam subjek tertentu pembelajaran atau pendidikan ICT itu

sendiri (Selinger, 2001). Subjek-sebjek yang diberi perhatian termasuklah pendidikan

ICT, English, Sains dan Matematik berbanding subjek-subjek lain. Kajian mendapati

terdapatnys hubungan yang signifikan antara penggunaan ICT dan pencapaian subjek-

subjek tersebut di dalam kelas. Selinger(2001) juga bersetuju bahawa tahap penggunaan

ICT yang tinggi juga turut menyumbang kepada pencapaian positif pelajar dalam

matapelajaran sains.

Bagi pendidikan ICT, kajian mendapati fokus diberikan kepada penggunaan

perisian Microsoft Word terutamanya bagi tahap awal pendidikan . Adakalanya

pengetahuan ini akan diintegrasikan semasa pembelajaran subjek bahasa Inggeris.

(Mumtaz, 2002). Hasil kajian mendapati kebanyakan sekolah rendah di United

Kingdom telah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran di dalam kelas

secara efektif.

Dalam satu kajian di Korea yang mengkaji hubungan antara tahap penggunaan

ICT dan dorongan untuk belajar memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang

positif antara tahap penggunaan ICT dan dorongan belajar. Mereka yang menghabiskan

masa yang lama menggunakan komputer mempunyai dorongan untuk belajar yang

Page 33: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

20 tinggi berbanding pelajar lain (Im, 2006). Sementara itu, hasil kajian juga mendapati,

pelajar yang berpendapat bahawa komputer dapat menarik minat belajar dan

meningkatkan pencapaian akademik akan mendapat skor yang tinggi semasa penilaian

pembelajaran mereka. Kajian yang sama turut mendapati bahawa terdapat hubungan

yang positif antara penggunaan ICT dan sikap pelajar. Pelajar yang menggunakan

komputer lebih daripada 30 minit akan mendapat skor yang tinggi bagi penilaian

mengenai sikap mereka terhadap pembelajaran.

2.7 Meningkatkan Kualiti Pendidikan menerusi ICT

ICT membantu para guru dalam mengubah cara mereka mempersembahkan

bahan pengajaran kepada kaedah pengajaran yang lebih efektif. ICT juga membantu

proses pembelajaran dalam kelas menerusi bantuan alat pengajaran yang interaktif.

Cara ini sekaligus dapat menambahkan minat para pelajar, dalam pada masa yang sama

meningkatkan kemahiran asas mereka menggunakan kemudahan ICT di sekolah.

Penggunaan pelbagai sumber multimedia seperti televisyen, video dan perisian

komputer menawarkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisien kepada para

pelajar di semua peringkat.

2.8 ICT dalam Pendidikan di Malaysia

Secara umumnya, kerajaan Malaysia telah mengenalpasti beberapa inisiatif

yang boleh dilaksanakan untuk mengintegrasikan ICT bagi menaik taraf pendidikan

dalam negara sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Nasional:

“membentuk individu yang berpotensi secara menyeluruh termasuk membentuk nilai

murni, serta melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, akhlak, emosi dan

fizikal”

Page 34: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

21 2.8.1 Polisi Nasional

Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan tiga polisi utama dalam

pendidikan nasional iaitu: kemudahan ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai

langkah untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah, ICT dalam pendidikan

sebagai medium bantuan pengajaran dan pembelajaran, menjadikan ICT sebagai

sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta menggunakan kemudahan ICT

untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam sistem pengurusan sekolah.

2.8.2 Tahap Penggunaan dan Akses ICT dalam Pendidikan di Malaysia

Mengikut statistik, Malaysia menduduki tangga ke-17 daripada 25 buah negara

yang paling ramai pengguna Internet. Dicatatkan dalam tempoh dua tahun, pengguna

Internet di Malaysia meningkat sebanyak 3.7 juta kepada 5.7 juta pengguna iaitu

peningkatan sebanyak 50 peratus. Peratusan bagi jumlah pengguna Internet berbanding

jumlah populasi di Malaysia (23, 396, 700 orang) adalah sebanyak 24 peratus. Angka

ini adalah lebih tinggi berbaning negara-negara ASEAN yang lain seperti Indonesia (2

peratus) di tangga ke-21 dan Thailand (5.7 peratus) di tangga ke-25. Satu faktor yang

menyumbang kepada peningkatan ini adalah kerana dengan adanya talian tetap telefon

bagi setiap isi rumah di Malaysia dengan peratusan sebanyak 66 peratus (UNESCO

Asia, 2003).

Pada tahun 2001, Malaysia merupakan negara ke-dua selepas Singapura bagi

kategori kos pemasangan Internet terendah, dimana servis ini disediakan secara percuma

di negara jiran itu. Menurut Kesatuan Telekomuniksi Antarabangsa (ITU) purata kos

untuk 30 jam akses Internet di Malaysia adalah kurang daripada US$ 20. Ini

termasuklah kos bagi pemasangan talian telefon, sewa bulanan dan kos bagi langganan

servis Internet daripada pembekal. Kos langganan adalah sekitar US$ 5 lebih rendah

Page 35: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

22 berbanding negara Thailand dan Filipina iaitu sebanyak US$ 19 dan US$ 25 bagi

Indonesia.

Pada tahun 2003, sebanyak 31 peratus atau 7,217 sekolah rendah di Malaysia

dan 54 peratus atau 1,641 sekolah menengah empunyai kelengkapan komputer: 10

peratus sekolah rendah dan 34 peratus sekolah menengah mempunyai kemudahan akses

Internet. Tetapi agihan kelengkapan yang disediakan kerajaan tidak setara di semua

negeri. Hanya di Lembah Klang dan Kuala lumpur sahaja, semua sekolah dilengkapi

dengan kemudahan ini, malah dalam lebih 1000 buah sekolah di luar kawasan ini tidak

langsung mempunyai talian telefon (Belawati, 2003).

Langkah untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di

semua peringkat sekolah di Malaysia dilihat sebagai satu keperluan. Oleh yang

demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 30 peratus daripada bajet

tahunan mereka (RM 42 bilion) untuk diagihkan kepada 230 buah sekolah di

pedalaman dengan kemudahan Internet dimana 120 buah sekolah akan diberi

kemudahan talian ISDN, 100 buah sekolah dengan talian PSTN dan 10 buah sekolah

dengan sambungan VSAT. Hasilnya, awal tahun 2003 menunjukkan hampir kesemua

institusi pendidikan di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu makmal

komputer. Secara khususnya, sebanyak 75 hingga 90 peratus sekolah dan kesemua

universiti di Malaysia mempunyai kemudahan mengakses Internet (UNESCO Asia,

2003). Dengan kemudahan sebegini, dijangkakan penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Tambahan pula, Kemeterian Pelajaran Malaysia

turut memuatkan subjek berkaitan kepenggunaan komputer di dalam kurikulumnya.

2.8.3 Cabaran dalam Penggunaan ICT dalam Pendidikan

Faktor utama yang mengekang kepenggunaan ICT dalam pendidikan di Malaysia

adalah kos pemasangan Internet yang mahal. Ini termasuklah kos perkakasan serta

Page 36: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

23 kurangnya pengalaman dan pengetahuan kita dalam bidang ini. Selain daripada itu, faktor

yang menjadi penghalang dalam penggunaan ICT di dalam kelas datangnya daripada para

pendidik itu sendiri, dimana guru-guru kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer

seterusnya mengintegrasikan ICT dalam sesi pengajaran mereka.

2.9 ICT dan Komuniti Orang Asli

Menurut Hakansson dan Deer (2006), antara isu yang dibincangkan semasa

Persidangan Informasi Sejagat (World Summit Information Society) adalah berkenaan

menjaga hak-hak kaum peribumi dengan gerbang informasi dan hak mereka untuk

mengakses kemudahan ICT dan jaringannya. Dari aspek pendidikan, mereka

mencadangkan pendidikan jarak jauh (distance education) kepada mereka dimana

pembelajaran boleh dilaksanakan di rumah. Ini memandangkan mereka tinggal jauh di

pedalaman. Akan tetapi, interaksi dengan komuniti luar juga diperlukan bagi

memastikan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.

Sejak tahun 2005, kerajaan Australia telah menubuhkan Skim Bantuan

Pembelajaran kepada komuniti Orang Asli di negara mereka dan skim ini dinamakan

Indigenous Tutorial Assistance Scheme (ITAS). Skim ini bertujuan membantu pelajar

dari komuniti Orang Asli untuk meningkatkan tahap pencapaian pendidikan mereka.

Dana sebanyak $105.8 juta diperuntukkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan

tuisyen di dalam kelas setelah kajian awal menunjukkan peningkatan dalam kemahiran

dan literasi khususnya di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Polisi pendidikan yang dibangunkan oleh kerajaan Australia juga

memperkenalkan pelbagai program agar penggunaan teknologi dimanfaatkan

sepenuhnya dan memenuhi keperluan pendidikan penduduk asal negara itu (Naidu &

Jasen, 2006). Beberapa isu mengenai ICT turut dibincangkan terutamanya yang

melibatkan penduduk asal (indigenous Australians), warga tua, golongan wanita,

Page 37: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

24 golongan kurang upaya, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman serta yang

mereka yang terlibat dalam pengukuhan faktor sosio-ekonomi. Beberapa polisi

pendidikan untuk penduduk asal Australia telah mempromosikan pelbagai cara bagi

memperkenalkan kewujudan, kepentingan dan penggunaan teknologi bagi memastikan

ianya memenuhi keperluan asas pendidikan bagi penduduk asal negara ini. Antaranya

kerajaan telah menyarankan agar diwujudkan satu rangkaian komunikasi untuk semua

sekolah termasuk di kawasan pedalaman dan mensasarkan para guru agar mempunyai

pengetahuan sekurang-kurangnya literasi asas dalam penggunaan komputer.

Namun demikian, masih kurang kajian khusus yang meninjau penggunaan ICT

di kalangan murid-murid Orang Asli di Malaysia. Kesannya, masyarakat tidak mendapat

gambaran yang jelas akan kedudukan dan persepsi pelajar Orang Asli berhubung

penggunaan ICT terutamanya ketika di sekolah. Ini juga adalah penting untuk anak-anak

Orang asli diberi perhatian sewajarnya akan kepentingan penggunaan teknologi dalam

dunia serba moden ini.

2.10 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia

ditunjukkan di dalam bentuk gamba rajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat

faktor-faktor yang memberi gambaran mengenai tahap penguasaan dan keberkesanan

penggunaan ICT dalam kalangan murid-murid di Sekolah Rendah Orang Asli. Terdapat

dua faktor yang ingin dilihat dan dijadikan sebagai objektif kajian. Rekabentuk tersebut

ditunjukkan seperti mana gamba rajah di bawah:

Page 38: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

25

Sikap murid-murid • Minat • Seronok • Sedar akan kepentingan

Tahap penggunaan ICT murid-murid Sekolah Rendah Orang Asli

Pengetahuan murid-murid • Kemahiran asas • Permainan komputer • Mengakses Internet

Keberkesanan ICT dalam pembelajaran

Rajah 2.10: Kerangka konseptual

2.11 Penutup

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap

penggunaan ICT di kalangan pelajar. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya menilai

dua faktor utama iaitu sikap pelajar dan pengetahuan mereka dalam penggunaan ICT

semasa di sekolah. Selain daripada itu, keberkesanan ICT dalam pembelajaran juga

akan dinilai. Ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan

ICT dalam pembelajaran murid-murid Orang asli di negeri Johor khususnya.

Page 39: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara

melaksanakan penyelidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk

memudahkan pemahaman kepada pembaca. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam

bab ini termasuklah rekabentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian,

prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.

Penyelidikan dalam pendidikan adalah merujuk cara yang teratur untuk

mendapatkan sesuatu pengetahuan baru. Oleh itu kaedah yang berkesan akan

menghasilkan keputusan yang memuaskan. Menurut Mohd. Majid Konting (1994),

kaedah penyelidikan dalam pendidikan adalah merujuk bagaimana kita mendapatkan

maklumat bagi mencapai satu matlamat penyelidikan pendidikan. Dalam perkara ini,

pengkaji menggunakan cara yang paling berkesan dengan kos yang minima. Terdapat

pelbagai jenis kajian penyelidikan yang digunakan. Menurut Sulaiman Ngah Razali

(1997), terdapat beberapa alat kajian untuk mengumpul data, antaranya adalah borang

soal-selidik, pemerhatian, temuduga dan juga ujian psikologi.

Page 40: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

26

3.2 Rekabentuk Kajian

Pengkaji akan menjalankan dua bentuk kajian. Pertamanya adalah kajian

berbentuk kuantitatif.Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji dapat mengumpulkan

maklumat dengan jitu serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang

dilakukan. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih rekabentuk tinjauan (survey)

dengan menggunakan kaedah soal selidik. Babbie (1973) menyatakan, kaedah tinjauan

menggunakan soal selidik sebagai alat kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus.

Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat daripada

responden yang terlibat sahaja.

Kaedah penyelidikan berbentuk tinjauan ini juga merupakan kaedah penyelidikan

bukan eksperimental yang paling popular dan digunakan dalam pelbagai bidang

terutamanya dalam bidang sains-sosial. Kaedah ini digunakan untuk meninjau tentang

keberkesanan dan penggunaan yang menyeluruh tentang isu dan masalah dalam pelbagai

perspektif contohnya ia akan menghuraikan sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan,

tingkah laku dan sebagainya. Antara kelebihan kaedah penyelidikan ini adalah pengkaji

dapat memungut data dengan cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat yang

terus dari responden dan berkeupayaan untuk mengeneralisasikan keputusan kajian

Keduanya, pengkaji juga menjalankan kajian berbentuk kualitatif iaitu secara

pemerhatian (observation). Kekuatan kajian secara pemerhatian ini adalah untuk

mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji mengenai persekitaran dan situasi sebenar yang

dialami oleh responden (Gay, Mills dan Airasian, 2009). Dalam konteks kajian ini,

pengkaji memilih pengamatan tanpa kehadiran peserta atau dikenali (non-participant

observation). Peserta disini bermaksud responden. Dalam hal ini, pengkaji mengamati

persekitaran sekolah Orang Asli seperti meninjau keadaan makmal komputer dan

meninjau infrastruktur ICT yang disediakan di sekolah selain menjalankan sedikit

temuramah (interview) bersama dua orang guru ICT di beberapa sekolah yang terlibat.

Page 41: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

27

3.3 Lokasi Kajian

Kajian akan dilakukan di lapan buah sekolah kebangsaan Orang Asli dimana

100% muridnya adalah terdiri daripada kalangan Orang Asli. Kajian akan dijalankan di

empat buah daerah di negeri Johor iaitu, daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan

Segamat. Jadual di bawah menunjukkan sekolah-sekolah dan daerah yang terlibat. Data

yang menunjukkan bilangan murid di sekolah-sekolah yang terlibat ini telah diperolehi

dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor. Berikut merupakan senarai sekolah

yang terlibat:

Jadual 3.3: Sekolah dan Daerah yang terlibat

Bil. Nama Sekolah Daerah

1 SK. Sayong Pinang Kota Tinggi

2 SK Sungai Layau Kota Tinggi

3 SK Kg Kudong, Bekok Segamat

4 SK Segamat Kecil Segamat

5 SK Seri Sedohok Kluang

6 SK Pengkalan Tereh Kluang

7 SK Labong, Endau Mersing

8 SK Tanah Abang Mersing

Sumber: Perangkaan Pelajar Orang Asli Negeri Johor, Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli Tahun 2010

Page 42: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

28

3.4 Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang murid-murid tahun 6 di lapan buah

sekolah kebangsaan Orang Asli di empat buah daerah di negeri Johor iaitu Kluang,

Mersing, Kota Tinggi dan Segamat. Pemilihan pelajar tahun 6 ini bertujuan untuk melihat

kepenggunaan ICT di awal tahap pendidikan dan melihat sejauh mana kemahiran mereka

menggunakan ICT dalam pembelajaran. Berikut merupakan sampel kajian dan bilangan

responden yang dikaji.

Jadual 3.4: Senarai Sekolah, Daerah dan Bilangan Murid yang terlibat

Sumber: Perangkaan Pelajar Orang Asli Negeri Johor, Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli Tahun 2010.

Bilangan Murid Bil. Nama Sekolah Daerah

L P

1 SK. Sayong Pinang Kota Tinggi 7 4

2 SK Sungai Layau Kota Tinggi 6 6

3 SK Segamat Kecil Segamat 5 8

4 SK Kg Kudong, Bekok Segamat 7 5

5 SK Seri Sedohok Kluang 2 3

6 SK Pengkalan Tereh Kluang 2 6

7 SK Labong, Endau Mersing 2 6

8 SK Tanah Abang Mersing 8 3

39 41

Jumlah Keseluruhan 80

Temuramah pula dijalankan ke atas 2 orang guru ICT di Sekolah Kebangsaan Seri

Sedohok, Kluang dan Sekolah Kebangsaan Labong, Endau, Mersing. Mereka merupakan

guru ICT dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditugaskan untuk berkhidmat di dua

buah sekolah Orang Asli ini.

Page 43: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

29

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal

selidik yang mengandungi 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Sekaran (1992)

berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik

dalam pengumpulan maklumat. Instrumen kedua merupakan satu set soalan temu ramah

yang terdiri daripada 5 item soalan yang akan diajukan kepada guru-guru ICT di dua

buah sekolah yang terlibat. Instrumen ketiga adalah nota kajian lapangan (field notes)

yang dicatat sewaktu lawatan pengkaji ke sekolah.

3.5.1 Borang Soal-Selidik

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal

selidik yang mengandungi 20 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Sekaran (1992)

berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik

dalam pengumpulan maklumat.

Soal-selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian A

Bahagian A mempunyai satu soalan yang meninjau aspek demografi responden iaitu

jantina responden.

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 11 item atau soalan yang diukur dengan skala Likert. Lima

pilihan jawapan disediakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan

sangat setuju. Responden dikehendaki memilih satu daripada lima pilihan jawapan

tersebut. Soalan yang di reka adalah bertujuan untuk mencari perhubungan antara sikap

Page 44: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

30

dengan tahap kepenggunaan ICT responden dan hubungan antara pengetahuan dengan

tahap kepenggunaan ICT responden.

Jadual 3.5 : Skala Likert

Skala Aras

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Jadual di atas menunjukkan skala Likert yang dipangkatkan dari skala 1 hingga 5.

Jadual 3.5.1: Pembahagian item mengikut subskala tertentu.

Subskala Item

Sikap 1-6

Pengetahuan 7-11

Jumlah 11

Jadual di atas menunjukkan subskala yang menilai sikap dan pengetahuan responden

terhadap penggunaan ICT.

Bahagian C

Bahagian ini mengandungi 8 soalan dan semua soalan merupakan jenis soalan tertutup.

Soalan-soalan adalah berkaitan dengan keberkesanan ICT dalam pembelajaran dan

responden hanya diberi dua pilihan jawapan iaitu 1 (Ya) dan 2 (Tidak).

Sila rujuk LAMPIRAN A untuk melihat contoh borang soal selidik.

Page 45: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

31

3.5.2 Soalan Temuramah

Soalan temuramah bersama dua orang guru ICT di dua buah sekolah Orang Asli

yang terlibat antara lain meninjau keadaan infrastruktur ICT dan keadaan makmal

komputer di sekolah-sekolah mereka.

Sila rujuk LAMPIRAN B untuk melihat soalan temu ramah yang dijalankan.

3.5.3 Nota Lapangan (field notes)

Dalam kajian kualitatif, nota lapangan ialah maklumat yang didengar, dilihat,

pengalaman yang dilalui dan apa yang difikirkan serta menjadi imbasan ke atas data yang

ada. Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji mencatat hasil pemerhatian secara bertulis dan

pengambilam foto di kawasan kajian.

3.6 Kajian Rintis

Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis

dijalankan. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambaran

secara menyeluruh tentang mutu soal selidik, menguji keberkesanan instrumen dan

menguji kesesuaian rekabentuk kajian. Kesahan pula merujuk kepada keupayaan

instrumen penyelidikan mengukur permasalahan kajian dengan cepat. Menurut Mohd

Najib (1999), kesahan merujuk kepada sejauh mana pengukuran berguna dalam

tujuannya. Ia merujuk kepada satu-satu kegunaan. Keputusan penilaian berbeza daripada

segi kesahan untuk setiap tafsiran atau interpretasi yang dibuat. Kajian yang dilaksanakan

Page 46: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

32

mengikut kaedah tertentu dan memenuhi kriteria yang boleh memberi lebih makna

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Aspek yang harus ditekankan dalam pelaksanaan kajian rintis ini adalah teknik

persampelan yang betul. Setiap pengkaji haruslah mengenalpasti pemilihan sampel yang

betul dibuat iaitu responden yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel sebenar.

Sampel untuk kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid-murid tahun 6 Sekolah

Kebangsaan Ulu Semenyih, Selangor.

3.7 Dapatan Kajian Rintis

Seramai 10 orang murid-murid orang Asli yang bersekolah di Sekolah

Kebangsaan Ulu Semenyih, Selangor telah dipilih untuk menjawab soalan soal selidik

ini. Sekolah ini dipilih berdasarkan kriteria yang sama dengan kelompok sampel sebenar.

Data bagi kajian rintis ini kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS (Statistical

Package For Social Science) versi 16.0 untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaannya

(Alpha) terhadap item yang dibuat.

3.7.1 Ujian Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Kebolehpercayaan merupakan darjah ketepatan dan kepersisan bagi ukuran yang

dibuat oleh sesuatu instrumen kajian (Ranjit Kumar, 1999). Sesuatu instrumen kajian

dikatakan boleh dipercayai jika pengukuran berulang kali yang dibuat di bawah situasi

yang tetap masih memberi keputusan yang sama. Lihat jadual 4 di bawah untuk melihat

kekuatan niai alpha.

Page 47: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

33

Jadual 3.7.1: Klasifikasi kekuatan Koleransi

Nilai Alpha Kekuatan

0.000-0.200 Sangat lemah

0.200-0.400 Lemah

0.400-0.700 Sederhana

0.700-0.900 Tinggi

0.900-1.000 Sangat Tinggi

Jadual 3.7.2: Statistik reliabiliti Alpha Cronbach

Cronbach’s Alpha

Cronbach’s Alpha based

on Standardized

Items N of Items .897 .092 20

Nilai Alpha yang diklasifikasi diantara 0.700 sehingga 0.900 adalah tahap

kekuatan yang tinggi. Nilai yang diperolehi untuk kajian rintis adalah 0.897. Oleh itu,

nilai kebolehpercayaan ini menunjukkan soalan soal selidik dianggap bagus dan boleh

digunakan untuk kajian ini.

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Terdapat beberapa prosedur yang harus dilaui oleh pengkaji dalam

menyempurnakan kajian ini. Pertamanya, pengkaji mendapatkan borang pengesahan

status pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, UTM. Seterusnya surat rasmi kebenaran

membuat kajian di sekolah-sekolah yang terlibat dan surat pengesahan status dibuat dan

dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setelah permohonan diluluskan, barulah pengkaji menjalankan pengumpulan data di

Page 48: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

34

sekolah-sekolah Orang Asli yang terlibat. Sila rujuk LAMPIRAN C untuk melihat surat

pengesahan status dan LAMPIRAN D untuk melihat surat kebenaran menjalankan

kajian.

Pengumpulan data akan dijalankan ke atas lapan (8) buah Sekolah Orang Asli di

empat (4) buah daerah di negeri Johor. Daerah-daerah yang terlibat adalah Kota Tinggi,

Kluang, Mersing dan Segamat. Responden pula terdiri daripada murid-murid tahun enam

(6) yang belajar di sekolah terbabit. Pengumpulan data telah bermula pada 18 Januari

2010 dan berakhir pada 28 Januari 2010. Soal-selidik akan diagihkan semasa lawatan

pengkaji ke sekolah-sekolah yang terlibat dan dikumpulkan semula sejurus selepas

selepas sesi menjawab soal-selidik selesai.

3.9 Prosedur Analisis Data

Maklumat yang diperolehi dari soal-selidik dianalisis secara statistik perihalan

(Descriptive Statistic) dan statistik takbiran (Inferential Statistic) dengan menggunakan

perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Menurut Yoon Fah & Chwee

Hoon (2008) statistik perihalan dan statistik takbiran merupakan cabang dari ilmu

statistik gunaan (Applied Statistic). Statistik perihalan merangkumi kaedah-kaedah untuk

mengorganisasi, memapar dan menghuraikan data dengan menggunakan jadual, graf dan

ukuran ringkasan. Johnson dan Christensen (2000) pula mendefinasikan statistik

perihalan sebagai statisik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan

menerangkan data. Statistik perihalan akan membuat ukuran seperti mengira min, skor,

peratusan, varians dan julat.

Statistik takbiran pula merangkumi kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk

membuat keputusan, inferens, ramalan dan jangkaan mengenai ciri-ciri populasi

berdasarkan data yang diperoleh dari sampel (Yoon Fah & Chwee Hoon, 2008). Statistik

Page 49: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

35

jenis ini akan mencari peratusan, varians, sisihan piawai, korelasi, koefisien regresi dan

seumpamanya. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik perihalan untuk

bahagian A dan Bahagian C yang mencari skor dan peratusan dari data yang diperolehi.

Statistik takbiran digunakan untuk menilai data dari bahagian B dengan menggunakan

kaedah korelasi Spearman’s Rho bagi mencari perhungan antara;

1) sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT serta, 2) pengetahuan pelajar dan tahap

penggunaan ICT.

Korelasi Spearman’s Rho merupakan alternatif bukan parametrik bagi koefisen

korelasi Pearson. Korelasi Spearman’s Rho akan menganalisis data yang mempunyai

skala pengukuran jenis ordinal dan boleh dipangkatkan dari nilai yang terkecil ke nilai

terbesar. Sebagai contoh, darjah persetujuan responden meneganai sesuatu pernyataan

(1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju, 5 = Sangat

Setuju). Nilai diambil dari parameter sampel bagi koefisien korelasi yang biasanya di

wakili dengan simbol r. Berpandukan skala Rowntree (1981), tafsiran indeks kekuatan

korelasi ‘r’ adalah seperti berikut:

Jadual 3.9 : Skala Rowntree Untuk Tafsiran Nilai Pekali Korelasi ‘r’

Nilai pekali korelasi ‘r’ Kekuatan hubungan

0.9 hingga 1.00 Sangat tinggi, sangat kuat

0.7 hingga 0.89 Tinggi, kuat

0.4 hingga 0.69 Sederhana

0.2 hingga 0.39 Lemah, rendah

0.0 hingga 0.19 Sangat lemah

Seterusnya penialaian dibuat untuk mencari:

1) Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT.

a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan

tahap penggunan ICT

Page 50: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

36

b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan

tahap penggunan ICT

2) Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT.

a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar

dan tahap penggunan ICT.

b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar dan

tahap penggunan ICT.

3.10 Penutup

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh

pengkaji. Beberapa aspek penting seperti rekabentuk kajian, lokasi, sampel kajian dan

instrumen kajian turut dibincangkan. Daripada kaedah yang dipilih ini, pengkaji berharap

agar hasil dapatan dapat menentukan tahap kepenggunaan ICT dalam pendidikan di

kalangan anak-anak Orang Asli.

Page 51: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

BAB 4

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Penganalisisan data melibatkan aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung

dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Mohd Majid, 1994). Data-data yang

diperoleh dari soal selidik merupakan data ataupun bahan mentah dan dianalisis bagi

mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Bab ini membincangkan dapatan

kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan perisian SPSS Version 16.0.

4.2 Analisis data Bahagian A

Bahagian A merupakan maklumat berkaitan demografi responden yang akan

mengenalpasti jantina responden.

Jadual 4.2: Analisa Jantina Responden

Frekuensi Peratus Peratus kumulatif

Valid P 41 51.2 51.2

L 39 48.8 100.0

80 100.0

Page 52: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

38

48.8%

51.2%

Perempuan

Lelaki

Rajah 4.0: Carta pai peratusan jantina responden

Jadual dan rajah diatas menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut

jantina. Seramai 80 0rang responden yang terlibat (n = 80). 41 responden (n = 41) adalah

terdiri daripada murid perempuan dan 39 responden (n = 39) adalah terdiri daripada

murid lelaki. Ini membawa kepada peratusan sebanyak 51.2 % responden perempuan dan

selebihnya, 48.8% responden lelaki.

Jadual 4.2.1: Ujian-t antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan

Ujian-t dilakukan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang

signifikan dalam min bagi dua kumpulan sampel iaitu antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan dengan tahap penggunaan ICT pelajar. Daripada analisis yang dibuat, terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan ICT bagi kumpulan pelajar lelaki

dan kumpulan pelajar perempuan.Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, pelajar lelaki

Page 53: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

39

mempunyai tahap penggunaan ICT yang yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar

perempuan.

4.3 Analisis data Bahagian B

Bahagian B merupakan analisis yang menguji perkaitan antara dua hipotesis yang

dikaji iaitu:

1) Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT.

a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan

tahap penggunan ICT

b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan

tahap penggunan ICT

2) Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT.

a. Hº: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar

dan tahap penggunan ICT.

b. H¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar dan

tahap penggunan ICT.

4.3.1 Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT

Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan hubungan antara sikap sebenar

responden dan tahap penggunaan ICT. Keputusan analisis adalah dalam jadual yang

tertera di bawah.

Page 54: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

40

Jadual 4.3.1: Hubungan antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT

Minat guna komputer

Minat guna

Internet

Seronok guna

komputer

Seronok guna Internet

Tahap Penggunaan *0.304 *0.410 *0.249 *0.331

Dapatkan bantuan dari

guru

Kesedaran akan kepentingan

komputer MIN

SIKAP

Tahap Penggunaan *0.365 *0.491 *0.358

* mewakili koefisien korelasi Spearman’s Rho, (r).

Berdasarkan jadual 4.1.1 di atas, terdapat hubungan yang signifikan antara min

sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT iaitu r = 0.358. Korelasi koeffisien diantara

tahap penggunaan ICT dan subskor sikap pelajar dibuat pada tahap signifikan , a=0.05

atau tahap keyakinan 95% lantas menghasilkan r = 0.304 (tahap penggunaan dan minat

menggunakan komputer), r = 0.410 (tahap penggunaan dan minat menggunakan

Internet), r = 0.249 (tahap penggunaan dan perasaan seronok menggunakan komputer),

r = 0.331 (tahap penggunaan dan perasaan seronok menggunakan Internet), r = 0.365

(tahap penggunaan dan keinginan mendapatkan bantuan dari guru) dan r = 0.491 (tahap

penggunaan dan kesedaran akan kepentingan komputer).

Mengikut nilai pekali kolerasi ’r’ yang dinyatakan oleh Downtree (1981), pada

skala 0.358 hubungan antara pembolehubah ini adalah pada tahap lemah ataupun rendah.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan signifikan linear

positif yang lemah antara sikap pelajar dan tahap penggunaan ICT dikalangan pelajar.

Page 55: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

41

4.3.2 Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT.

Jadual 4.3.2: Hubungan antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT

Komputer mudah

dikendalikan

Mahir guna Microsoft

Word

Pernah bermain

permainan komputer

Internet membolehkan saya mencari

maklumat Tahap

Penggunaan *0.344 *0.376 *0.389 *0.282

Tahu mencari maklumat dari

Internet

MIN PENGETAHUAN

Tahap

Penggunaan *0.275 *0.333

* mewakili koefisien korelasi Spearman’s Rho, (r).

Berdasarkan jadual 4.3.2 di atas, terdapat hubungan yang signifikan antara min

pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT iaitu r = 0.333. Korelasi koeffisien

diantara tahap penggunaan ICT dan subskor sikap pelajar dibuat pada tahap signifikan ,

a=0.05 atau tahap keyakinan 95% lantas menghasilkan r = 0.344 (tahap penggunaan dan

merasa mudah menggunakan komputer), r = 0.376 (tahap penggunaan dan kemahiran

menggunakan Microsoft Word), r = 0.389 (tahap penggunaan dan pernah bermain

permainan komputer), r = 0.282 (tahap penggunaan dan tahu maklumat terdapat di

Internet) dan r = 0.275 (tahap penggunaan dan tahu mencari maklumat di Internet)

Mengikut nilai pekali kolerasi ’r’ yang dinyatakan oleh Downtree (1981), pada

skala 0.333 hubungan antara pembolehubah ini adalah pada tahap lemah ataupun rendah.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan signifikan linear

positif yang lemah antara pengetahuan pelajar dan tahap penggunaan ICT dikalangan

pelajar.

Page 56: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

42

4.4 Analisis data Bahagian C: Keberkesanan Penggunaan ICT dalam

Pembelajaran

Bahagian C merupakan analisis daripada dapatan mengenai penilaian terhadap

keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran di kalangan responden. Peratusan

bagi setiap item akan dianalisis

Jadual 4.4: Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran

No. Item Ya Tidak 1. Adakah penggunaan komputer membuatkan

pembelajaran anda lebih menarik?

72.5%

(n = 58)

27.5%

(n = 22)

2. Adalah menyeronokkan melihat komputer

menjalankan fungsinya (contohnya animasi, bunyi dan

warna)

75%

(n = 60)

26%

(n = 20)

3. Adakah kemudahan komputer dan Internet yang

disediakan di sekolah membantu anda dalam

pembelajaran?

73.8%

(n = 59)

26.2%

(n = 21)

4. Pernahkah anda menggunakan CDRI pembelajaran

ketika di sekolah?

65%

(n = 52)

35%

(n = 28)

5. Adakah penggunaan CDRI pembelajaran membantu

anda meningkatkan kefahaman anda dalam sesuatu

subjek (contohnya matematik, sains dan sebagainya)

65%

(n = 52)

35%

(n = 28)

6. Adakah latihan amali di makmal komputer sudah

memadai untuk melengkapkan diri anda dengan

kemahiran menggunakan komputer?

55%

(n = 44)

45%

(n = 36)

7. Adakah anda memerlukan latihan tambahan supaya

anda lebih mahir menggunakan komputer? 81.2%

(n = 65)

18.8%

(n = 15)

8. Adakah persekitaran tempat pembelajaran menarik

minat anda menggunakan komputer? 82.5%

(n = 66)

17.5%

(n = 14)

Page 57: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

43

Jadual di atas menunjukkan analisis statistik atau penilaian terhadap keberkesanan

penggunaan ICT dalam pembelajaran. Daripada jadual di atas, 72.5% responden

bersetuju bahawa penggunaan komputer membuatkan pembelajaran mereka lebih

menarik. Ini disokong dengan pernyataan bahawa mereka berasa seronok melihat

komputer menjalankan fungsinya (contohnya animasi, bunyi dan warna).

59 daripada 80 orang responden atau 73.8% daripada mereka juga bersetuju

bahawa kemudahan komputer dan Internet yang disediakan di sekolah membantu mereka

di dalam pembelajaran dimana 65% daripada mereka pernah menggunakan CDRI

pembelajaran semasa di sekolah. Statistik menunjukkan penggunaan CDRI membantu

meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu subjek (contohnya matematik, sains dan

sebagainya).

Sebanyak 45% responden tidak bersetuju bahawa latihan amali di makmal

komputer sudah memadai untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang

diperlukan menggunakan komputer. Ini diperkukuhkan lagi dengan 81.2% responden

bersetuju bahawa latihan tambahan diperlukan bagi meningkatkan kemahiran mereka

dalam penggunaan komputer. Akhir sekali, 66 daripada 80 orang responden bersetuju

dengan pernyataan bahawa persekitaran tempat pembelajaran mampu menarik minat

mereka untuk menggunakan komputer.

4.5 Pemerhatian

Pemerhatian yang dijalankan sepanjang lawatan ke sekolah-sekolah Orang Asli

mendapati kesemua 8 buah sekolah rendah mempunyai kemudahan makmal komputer di

mana setiap satunya mempunyai kemudahan akses Internet dengan pengwujudan

rangkaian SchoolNet. Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membangunkan projek

Page 58: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

44

ICT di sekolah-sekolah Orang Asli ini bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan di

antara murid-murid sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luar

bandar seperti mana yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP).

Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM, projek SchoolNet

merupakan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh

negara. Prasarana SchoolNet ini menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang

melangkaui bilik darjah biasa. Tujuannya adalah untuk menyediakan infrastruktur

komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di

Malaysia, mewujudkan susana pendidikan interaktif selain menyediakan infrastruktur

komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di

Malaysia.

Dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis

teknologi digunakan iaitu Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi

memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk

kawasan Bandar, wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui

gelombang udara untuk kawasan terpencil dan Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT)

iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi

untuk kawasan luar Bandar.

Sekolah pertama yang dilawati adalah Sekolah Kebangsaan Kg. Layau, Kota

Tinggi, Johor. Kesemua murid sekolah ini terdiri dari kalangan anak-anak Orang Asli

dimana jumlah murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang bersekolah disini tidak lebih dari

70 orang. Tinjauan pengkaji ke makmal komputer mendapati sekolah dilengkapi 10 buah

komputer dan 1 mesin pencetak di mana kesemuanya berfungsi dengan baik.

Seterusnya pengkaji ke Sekolah Sayong Pinang, juga terletak di daerah Kota

Tinggi. Sekolah ini dilengkapi dengan 7 buah komputer tetapi pengkaji mendapati hanya

Page 59: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

45

4 buah komputer sahaja yang berfungsi. Pengkaji seterusnya ke Sekolah Seri Sedohok di

daerah Kluang. Di sekolah ini, sebanyak 9 buah komputer ditempatkan di dalam kelas

murid tahun 6, dimana setiap seorang murid berpeluang menggunakan setiap komputer

yang disediakan. Di Kluang, pengkaji juga ke menjalankan kajian di Sekolah Pangkalan

Tereh. Sekolah ini turut mempunyai makmal komputer yang lengkap bersama LCD

Projektor.

Kajian diteruskan ke daerah Mersing iaitu di Sekolah Kebangsaan Labong, Endau

dan Sekolah Kebangsaan Tanah Abang. Kedua-dua sekolah ini mempunyai makmal

komputer. Sungguhpun begitu tidak semua komputer yang disediakan dapat berfungsi

dengan baik. Akhir sekali, pengkaji ke daerah Segamat. Dua lagi sekolah terlibat iaitu

Sekolah Kebangsaan Kg. Kudong, Bekok dan Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil.

Disini pengkaji juga mendapati walaupun terdapat makmal komputer di sekolah, tetapi

tidak semuanya juga dapat berfungsi dengan baik.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang lawatan pengkaji ke sekolah-sekolah yang

terlibat.

Rajah 4.5.1:Kajian ke SK. Kg Layau, Rajah 4.5.2: Pengkaji di SK Labong, Kota Tinggi. Endau , Mersing.

Page 60: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

46

Rajah 4.5.3: Komputer di dalam kelas di Rajah 4.5.4: Bilik komputer SK. Segamat SK Seri Sedohok, Kluang. Kecil, Segamat.

Rajah 4.5.5: Responden di SK Sayong Rajah 4.5.6: Responden di SK Kg. Pinang, Kota Tinggi. Kudong, Bekok, Segamat. Rajah 4.5.7: Pemancar SchoolNet di Rajah 4.5.8: Pemancar Schoolnet di SK Tanah Abang, Mersing. SK Labong, Endau, Mersing.

Page 61: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

47

4.6 Temuramah

Temuramah dijalankan ke atas dua orang guru ICT. Masing-masing mengajar di

Sekolah Kebangsaan Labong, Endau, Mersing dan Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok,

Kluang. Hasil temuramah bersama Cikgu Kamu dari Sekolah Kebangsaan Labong,

Endau mendapati murid-murid disitu amat berminat untuk menggunakan komputer yang

disediakan di sekolah sehinggakan ada yang berebut-rebut ingin menggunakannya.

Kemudahan akses Internet juga disediakan dengan adanya rangkaian Schoolnet yang

disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, komputer yang sedia

ada ini terhad penggunaannya kerana daripada 12 buah komputer yang disediakan, 6

buah daripadanya rosak dan tidak boleh digunakan. Menurut Cikgu Kamu lagi, servis

untuk membaiki komputer ini diserahkan kepada kontraktor yang akan berubah-ubah

mengikut jangka masa tender yang diberikan. Ini menyukarkan pihak sekolah kerana

mereka terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menanti kehadiran

kontraktor baru.

Hasil temuramah bersama Cikgu Zulkifli Harun, dari Sekolah Kebangsaan Seri

Sedohok, Kluang mendapati, pihak sekolah benar-benar memberi galakan kepada murid-

muridnya untuk mengintegrasikan penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana 9 buah komputer ditempatkan di dalam kelas murid tahun 6 di

sekolah itu. Menurut Cikgu Zul lagi, pihak sekolah amat menyokong hasrat murni

kerajaan yang antara lain ingin merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan

pelajar luar bandar atau pedalaman. Menjadi tanggungjawab guru-guru dalam membantu

dan merealisasikan hasrat ini lebih-lebih lagi memperkenalkan penggunaan teknologi

kepada anak-anak Orang Asli.

Beliau menambah, sebanyak lebih kurang 50 keping CDRI atau CD Interaktif

Pembelajaran diberikan pihak KPM kepada sekolah ini. Penggunaan CDRI terutama

dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris mampu menarik minat murid-murid

terhadap subjek ini. Guru juga memberi pendedahan akan penggunaan Internet yang

Page 62: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

48

disediakan dengan menggalakkan murid-murid melawati laman Skor-A iaitu laman web

yang menyediakan nota dan latih tubi untuk persiapan mereka menghadapi UPSR. Apa

yang menariknya, hasil temu bual bersama Cikgu zul juga mendapati, kemudahan

komputer di sekolah ini juga dikongsi bersama komuniti di sekitarnya. Penduduk dari

kampung berdekatan boleh menggunakan kemudahan komputer dan akses Internet yang

terdapat di sekolah. Penggunaannya dibuka selepas waktu sekolah iaitu jam 2.00 petang

dan berakhir jam 8.00 malam. Pengawal keselamatan di sekolah lah yang

bertanggungjawab dalam memastikan segalanya dalam keadaan selamat dan teratur.

4.7 Penutup

Dari analisis data yang dipaparkan, pengkaji berharap segala persoalan kajian

telah terjawab dan dapat memenuhi objektif kajian. Seterusnya kesimpulan dan rumusan

dari hasil dapatan akan dibincangkan dalam bab 5. Penyelidik juga akan mengemukakan

beberapa cadangan hasil daripada keputusan yang diperolehi ini.

Page 63: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini memuatkan perkara-perkara seperti rumusan, perbincangan dan cadangan

berdasarkan hasil dapatan kajian. Rumusan akan bertumpu kepada kesimpulan yang

dapat dibuat oleh pengkaji secara menyeluruh. Seterusnya segala perbincangan tentang

hasil dapatan kajian turut dikupas dan dikaitkan bersama sorotan penulisan terdahulu.

Akhir sekali, beberapa cadangan untuk tindakan selanjutnya akan dibuat untuk makluman

pengkaji-pengkaji akan datang, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak JHEOA

dan kepada pihak-pihak yang berminat dalam kajian ini.

5.2 Rumusan Kajian

Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap dan

pengetahuan pelajar dengan tahap penggunaan ICT responden selain mengenalpasti

keberkesanan penggunakan ICT dalam pembelajaran murid-murid di Sekolah Rendah

Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ICT di kalangan murid-

murid Orang Asli masih lagi di tahap yang rendah jika dilihat dari aspek sikap dan

pengetahuan mereka. Pertamanya, pengkaji membuat perbandingan tentang tahap

Page 64: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

50

penggunaan ICT di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dari ujian t-test yang

dilakukan, pengkaji mendapati tahap penggunaan ICT di kalangan murid lelaki adalah

lebih tinggi berbanding murid perempuan. Hal yang sama turut dinyatakan dalam kajian

terdahulu yang dijalankan oleh Dlodlo (2009), beliau mendapati di kawasan pedalaman

Afrika, budaya penggunaan teknologi didominasi oleh golongan pelajar lelaki. Ini kerana,

mereka mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT berbanding pelajar

perempuan di awal tahap pendidikan. Hasil kajian mendapati, antara faktor yang

menyumbang kepada hal ini adalah sikap dan pengetahuan pelajar terhadap ICT itu

sendiri. Segelintir pelajar masih tidak berminat, malah mereka tidak merasa seronok

untuk menggunakan kemudahan komputer dan Internet yang disediakan. Selain

kurangnya kesedaran akan kepentingan penggunaan teknologi ini kepada mereka, pelajar

juga tidak mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan bantuan dari guru-guru.

Jika dilihat dari aspek pengetahuan mengenai ICT, masih ramai pelajar yang jauh

ketinggalan dan menyimpulkan bahawa komputer adalah alat yang sukar untuk

dikendalikan. Tambahan lagi kemahiran asas komputer seperti kemahiran menggunakan

perisian seperti Microsoft Word masih lagi lemah dikalangan pelajar. Apatah lagi

pengetahuan mereka mengenai Internet yang menjadi gerbang untuk mencari maklumat

turut berada pada aras yang lemah.

Majoriti reponden bersetuju bahawa pembelajaran menggunakan komputer

menyeronokkan kerana dengan adanya elemen multimedia seperti persembahan animasi,

bunyi dan warna. Mereka juga bersetuju bahawa kemudahan komputer dan Internet yang

disediakan di sekolah membantu mereka di dalam pembelajaran dimana 65% daripada

mereka pernah menggunakan CDRI pembelajaran semasa di sekolah. Statistik

menunjukkan penggunaan CDRI membantu meningkatkan kefahaman mereka dalam

sesuatu subjek (contohnya matematik, sains dan sebagainya).

Page 65: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

51

5.1 Perbincangan

Perbincangan secara terperinci berkenaan hasil dapatan yang diperolehi akan

dibincangkan dalam bab ini.

5.1.1 Hubungan antara sikap responden dengan tahap kepenggunaan ICT dalam

pembelajaran

Murid-murid Orang Asli menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan

ICT dalam pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, ianya masih pada tahap yang

lemah atau rendah. Ini kerana kurangnya rasa minat terhadap penggunaan komputer dan

Internet di sekolah malah mereka kurang merasa seronok untuk menggunakannya. Sikap

yang ditunjukkan oleh murid mempengaruhi tahap penggunaan ICT. Pada awal peringkat

pendidikan, murid-murid Orang Asli sudah terdedah dengan penggunaan ICT yang

disediakan di sekolah-sekolah mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan mereka sedar

akan kepentingan ICT. Namun begitu, mereka tidak mengambil inisiatif sendiri untuk

mendapatkan bantuan dari guru-guru juka terdapat sebarang masalah menggunakan

teknologi ini.

5.1.2 Hubungan antara pengetahuan responden dengan tahap kepenggunaan ICT

dalam pembelajaran

Terdapat hubungan signifikan yang lemah antara pengetahuan murid dan tahap

penggunaan ICT. Masih ramai lagi murid yang beranggapan komputer sukar untuk

dikendalikan selain tidak mahir menggunakan Microsoft Word dan ada yang tidak pernah

bermain permainan komputer. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan pelajar yang tidak

tahu untuk mencari maklumat menggunakan Internet. Para guru seharusnya mengambil

tindakan bagi menangani masalah ini. Murid-murid harus diberi pendedahan akan fungsi

Internet sebagai gerbang mencari maklumat selain menyediakan modul yang efektif

Page 66: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

52

khususnya dalam pendidikan ICT. Sekurang-kurangnya mereka tahu menggunakan

aplikasi asas seperti menggunakan Microsoft Word.

Hal yang sama turut dipersetujui oleh Volman (2005) yang mengkaji penggunaan

komputer di sekolah rendah di kalangan etnik minoriti di Amerika menunjukkan,

golongan ini jarang menggunakan komputer untuk mencari maklumat bagi persediaan

pembelajaran di dalam kelas. Mereka juga jarang menggunakan Internet semasa di

sekolah. Penggunaan komputer pula lebih kepada untuk memantapkan kemahiran literasi

menggunakan komputer.

5.1.3 Keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran di kalangan murid-

murid Orang Asli

Penggunaan ICT memberi impak atau kesan yang positif ke pembelajaran murid-

murid. Hasil dapatan ini disokong dalam satu kajian yang telah dijalankan di sebuah

sekolah di Korea yang mengkaji hubungan antara tahap penggunaan ICT dan dorongan

untuk belajar. Menurut Im (2006), keputusan kajian memperlihatkan bahawa terdapat

hubungan yang positif antara tahap penggunaan ICT dan dorongan belajar. Mereka yang

menghabiskan masa yang lama menggunakan komputer mempunyai dorongan untuk

belajar yang tinggi berbanding pelajar lain. Komputer juga dapat menarik minat belajar

dan meningkatkan pencapaian akademik akan mendapat skor yang tinggi semasa

penilaian pembelajaran mereka.

Kebanyakan responden bersetuju bahawa pengunaan CDRI dalam sebjek-subjek

tertentu terutamanya Sains dan Matematik membantu pemahaman mereka. Ini dikuatkan

lagi dengan dapatan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini yang mengkaji hubungan

penggunaan ICT dalam subjek tertentu pembelajaran (Selinger, 2001). Subjek-sebjek

yang diberi perhatian termasuklah pendidikan ICT, English, Sains dan Matematik. Kajian

mendapati terdapatnys hubungan yang signifikan antara penggunaan ICT dan pencapaian

Page 67: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

53

subjek-subjek tersebut di dalam kelas. Selinger (2001) juga bersetuju bahawa tahap

penggunaan ICT yang tinggi juga turut menyumbang kepada pencapaian positif pelajar

dalam matapelajaran sains.

5.1.4 Pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur ICT di sekolah

Hasil daripada pemerhatian, kesemua sekolah mempunyai kemudahan komputer

dan akses Internet yang lengkap. Namun begitu, aspek penyelengaraan dan sokongan

teknikal bagi memastikan peralatan dapat berfungsi dengan baik tidak dititikberatkan.

Pihak sekoalah harus menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menanti kehadiran

kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara dan memastikan semua unit komputer

di sekolah dapat berfungsi dengan baik.

5.2 Cadangan

Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap penggunaan ICT di

kalangan murid Orang Asli. Antaranya, pengkaji berharap agar kerajaan mewujudkan

lebih banyak pusat-pusat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di kawasan

pedalaman dan luar bandar bagi membolehkan rakyat di kawasan terbabit mengakses ICT

selain mendapatkan maklumat terkini dan semasa. Kita tidak memerlukan pendidikan

jarak jauh (distance learning) sepertimana yang dicadangkan semasa Persidangan

Informasi Sejagat (World Summit Information Society) kerana kita mempunyai guru-guru

dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman

ini. Apa yang penting adalah penyediaan infrastruktur ICT yang lengkap dan

perkhidmatan baikpulih (maintainance) yang berterusan.

Page 68: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

54

Bagi tujuan kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan agar kajian yang akan

dijalankan adalah secara pemerhatian dengan kehadiran peserta (participant observation).

Dengan cara ini, pengkaji akan lebih memahami situasi sebenar dan keadaan sekeliling

responden dengan lebih mendalam lagi. Pengkaji mungkin dapat mengenalpasti beberapa

lagi faktor yang mungkin akan menyumbang kepada kelemahan tahap penggunaan ICT

dalam pembelajaran anak-anak Orang Asli.

5.3 Kesimpulan

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah

pihak kerajaan, para guru dan masyarakat umumnya perlu bekerjasama dalam

meningkatkan pengetahuan dan membentuk sikap positif anak-anak Orang Asli dalam

mempertingkatkan kesedaran mereka akan kepentingan penggunaan ICT. Ini kerana

berdasarkan dari dua aspek utama yang dikaji, sikap dan pengetahuan mereka masih

berada pada tahap yang lemah. Kemudahan infrastruktur yang lengkap sahaja tidak

mencukupi kerana tanpa penyelenggaraan dan bantuan teknikal yang berterusan, hasrat

kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar sukar

untuk dicapai.

Page 69: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

55

RUJUKAN

Babbie, E. (1973). Survey Research Methods. Belmont, California: Wadsworth

Publishing Company.

Basir Zaharom (2008, Disember 22). Pendidikan Orang Asli. Berita Harian. Retrieved

Sept 8, 2009 from http://www.scribd.com/doc/14269900/masalah-keciciran-

pelajaran-kaum-orang-asli.

Belawati, T. (2003). Meta Survey on the Use of Technologies in Education: Malaysia.

dalam G. Farrel & C. Wachholz (Eds.), Meta-Survey on the use of technologies in

Education in Asia and the Pacific (hal. 107-110). Bangkok: Unesco Asia and

Pacific Regional Bureau for Education.

Blurton, C. (1998). New Directions of ICT-Use in Education. Retrieved Sept 10, 2009

from http://www.unesco.org/education/educprog/lwf/dl/edict.pdf

Dlodlo, N. (2009). Access to ICT education for girls and women in rural South Africa: A

case study. Technology in Society, 31 (2009) 168-175. Retrieved February 10,

2010, from Science Direct database.

Donaldson, G. (2007). Improving Scottish education. The use of ICT in teaching and

learning. Scotland: HMIE. Retrieved March 14,2010 from

www.hmie.gov.uk/documents/publication/iseictilat.pdf

Eccles, J. S. (1994). Understanding Women Educational and Occupational Choices.

Psychology of women quarterly, 18, 585-609. Retrieved March 6, 2010, from

Science Direct database.

Freebody, P., Reimann, P., & Tiu, A. (2008). Allignment of perceptions about the uses of

ICT to Australian & New Zealand school. Sydney: University of Sydney.

Australia.

Page 70: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

56

Gay, L.R., Mills, G.E., & Airasian, P. (2009). Educational Research: Competencies for

Analysis and Applications. USA: Pearson Education International.

JHEOA (2003). Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Orang Asli. Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.

JHEOA (2010). Perangkaan Pelajar Orang Asli Negeri Johor Tahun 2010. Jabatan Hal

Ehwal Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.

Hakansson, A.K & Deer K (2006).Indigeneous People and ICT: Millenium Development

Goal 8 and the Information Society. Canada. Retrieved January 22, 2010 from

http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/gaid/unpan033376.pdf

Indigenous Tutorial Assistance Scheme (2008). Indigenous Education: Achievement

Through Choice, Opportunity and Partnership. Australian Government

Department of Education, Employment and Workplace Relations. Retrieved

January 4, 2010 from http://www.dest.gov.au/NR/ factsheet.pdf

Jin-Ho Im (2006). Analysis of the Effectiveness of ICT Use in Education: Focusing on

affective domains. Retrieved March 14, 2010, http://english.keris.or.kr/

ICSFiles/afieldfile/2006/06/08/rnd.pdf

Joy II, E. H., & Garcia, F. E.(2000). Measuring learning effectiveness: A new look at no-

significant-difference findings. Journal of Asynchronous Learning Networks 4(1)

Khairul Hisyam Kamarudin dan Ibrahim Ngah. (2008). Pembangunan Mapan Orang

Asli. Skudai: Penerbit UTM.

Laurillard, D. M. (1994). How Can Learning Technologies Improve Learning?. Law

Technology Journal 3(1), 46–49.

Margaret, C., Chris Abbott., Mary, W., Barry, B., Tony, B., and Valerie, R. (2003). ICT

and attainment . A review of the research literature produced by Becta for the

Department for Education and Skills. Nottinghamshire, UK: Queen’s Printer.

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Page 71: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

57

Mohd Najib Abd. Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia

Naidu, S & Jasen, C (2006). Meta survey on the use of technologies in education:

Australia (hal.149-156). Retrieved from

http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/ict/Metasurvey/australia.pdf

Nicholas, C. (2000). The Orang Asli and The Contest for Resources: Indigenous Politic,

Development and Identity in Peninsular Malaysia. Denmark: International Work

Group for Indigenous Affairs.

Nicholas, C. (2006). The State of Orang Asli Education and Its Roots Problems.

Retrieved Sept 19, 2009, from

http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/images/articles/OA%20Educati

on.pdf

Pelgrum, W.J., and Anderson, R.E.(1999). ICT and the Emerging Paradigm for Life

Long Learning: A worldwide Educational Assessment of Infrastructure, Goals and

Practices, Amsterdam: International Association for the Evaluation of Educational

Achievement.

Rowntree, D. (1981). Statistics Without Tears: A Primer for non-Mathematicians.

London: Penguin Publishing

Salbiah Binti Ismail. (n.d). ICT and School Linkages. Educational Technology Division:

Ministry of Education, Malaysia. Retrieved on Sept 12, 2009 from

http://www.moe.gov.my/43seameocc/download/Malaysia ICT and School

Linkages.pdf

Selinger, M. (2001). Learning information and communications technology skills and the

subject context of the learning. Journal of Information Technology for Teacher

Education 10(1/2),143–156.

Sulaiman Ngah Razali, (1997). Pedagogi- Teori dan Praktik. Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Page 72: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

58

Tinio, V.L (2002). ICT in Education. New York: United Nations Development

Programme: Bureau for Development Policy. Retrieved Sept 15, 2009 from

http://www.eprimers.org

Valacich, J.S., Nicholson, J., & Nicholson, D. (2008). Examining the Effects of

Technology Attributes on Learning: A Contingency Prospective. Journal of

Information Technology Education, Vol.7. Retrieved Sept 3, 2009, from

http://informingscience.org/jite/documents/Vol7/JITEv7p185-

204Nicholson364.pdf

Vekiri, I. (2010). Boys’ and Girls’ ICT beliefs: Do teacher matter?. Computer and

education 56(3), 101-109. Retrieved March 10, 2010, from Science Direct

database.

Volman, M., & Van Eck, E. (2001). Gender Equity and Information Technology in

Education: The 2nd Decade. Review of Educational Research, 71(4), 613-634.

Retrieved March 10, 2010, from Science Direct database.

Volman, M., Van, Eck E., Heemskerk, I., & Kuiper, E. (2005). New technologies, new

differences. Gender and Ethnic differences in pupils’ use of ICT in primary and

secondary education. Computers & Education, 45 (2005), 35-55. Retrieved March

6, 2010, from Science Direct database.

Yoon Fah, L & Chwee Hoon, K (2008). Pengenalan Kepada Analisis Statistic Dalam

Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Venton Publishing.

Yuen, H.K., Law, N., & Wong, K.C.(2003). ICT implementation and school leadership:

case studies of ICT integration in teaching and learning. Journal of Educational

Administration, 41(2), 158-170. Retrieved August 30, 2009 from emerald insight

database.

Page 73: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

Borang Soal Selidik

59

LAMPIRAN A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Penggunaan dan Keberkesanan ICT

Dalam Pembelajaran Di Kalangan Anak-anak Orang Asli

LATAR BELAKANG

Soal selidik yang dijalankan ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai

tahap penggunaan dan keberkesanan ICT di kalangan anak-anak Orang Asli di

Sekolah Rendah Kebangsaan Orang Asli di negeri Johor. Menyedari akan betapa

pentingnya ICT dalam pembangunan pendidikan negara, maka kajian ini diharap

dapat menjelaskan kedudukan anak-anak Orang Asli tentang tahap kepenggunaan

mereka menyesuaikan diri dengan kemudahan ICT yang telah diperuntukkan di

sekolah-sekolah.

Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sulit dan hasil kajian ini

hanya digunakan untuk laporan pengkaji sahaja.

Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak ANDA dapat membantu saya

mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kemahiran ICT. Terima

Kasih.

Page 74: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

Borang Soal Selidik

60

A. MAKLUMAT DEMOGRAFI

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi

responden.

Arahan: Sila Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan

1. Jantina

( ) Lelaki ( ) Perempuan

B. PENILAIAN TERHADAP TAHAP PENGUASAAN ICT RESPONDEN

Bahagian ini merupakan set soalan Skala Likert yang bertujuan untuk melihat

tahap penguasaan ICT responden.

Arahan: Pilih jawapan yang terbaik dan BULATKAN satu nombor bagi tiap-

tiap soalan yang dinyatakan.

No. Pernyataan

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti Setuju Sangat

Setuju

1. Saya berminat untuk menggunakan komputer. 1 2 3 4 5

2 Saya berminat untuk menggunakan Internet

1 2 3 4 5

3. Saya merasa seronok menggunakan komputer. 1 2 3 4 5

Page 75: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

Borang Soal Selidik

61

No.

Pernyataan Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti Setuju Sangat

Setuju

4. Saya merasa seronok

menggunakan Internet. 1 2 3 4 5

5. Saya mendapatkan

bantuan daripada guru

untuk menggunakan

komputer di sekolah.

1

2

3

4

5

6. Penggunaan komputer

penting bagi saya. 1 2 3 4 5

7. Komputer ialah alat yang

mudah dikendalikan. 1 2 3 4 5

8. Saya mahir menggunakan

perisian Microsoft Word. 1 2 3 4 5

9. Saya pernah bermain

permainan komputer. 1 2 3 4 5

10.

Internet membolehkan

saya mencari maklumat

yang saya kehendaki. 1 2 3 4 5

11.

Saya tahu mencari

maklumat dari Internet. 1 2 3 4 5

Page 76: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

Borang Soal Selidik

62

C. PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN ICT DALAM

PEMBELAJARAN

Bahagian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan ICT dalam pembelajaran

di sekolah.

Arahan: Tandakan ( ) di dalam kotak yang berkenaan

1. Adakah penggunaan komputer membuatkan pembelajaran anda lebih

menarik?

( ) Ya ( ) Tidak

2. Adalah menyeronokkan melihat komputer menjalankan fungsinya

(contohnya animasi, bunyi dan warna)

( ) Ya ( ) Tidak

3. Adakah kemudahan komputer dan Internet yang disediakan di sekolah

membantu anda dalam pembelajaran?

( ) Ya ( ) Tidak

4. Pernahkah anda menggunakan CD-ROM pembelajaran ketika di

sekolah?

( ) Ya ( ) Tidak

5. Adakah penggunaan CD-ROM pembelajaran membantu anda

meningkatkan kefahaman anda dalam sesuatu subjek (contohnya

matematik, sains dan sebagainya)

( ) Ya ( ) Tidak

6. Adakah latihan amali di makmal komputer sudah memadai untuk

melengkapkan diri anda dengan kemahiran menggunakan komputer?

( ) Ya ( ) Tidak

Page 77: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

Borang Soal Selidik

63

7. Adakah anda memerlukan latihan tambahan supaya anda lebih mahir

menggunakan komputer?

( ) Ya ( ) Tidak

8. Adakah persekitaran tempat pembelajaran menarik minat anda

menggunakan komputer?

( ) Ya ( ) Tidak

- soalan tamat -

“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji

selidik ini. Kerjasama anda amat saya hargai. Sekian”

Page 78: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

64

LAMPIRAN B Temuramah 1 Temuramah yang dijalankan bersama Cikgu Kamu iaitu guru dari Sekolah Kebangsaan

Labong, Endau Mersing.

Pengkaji: Selamat pagi, cikgu. Apa khabar?

Cikgu Kamu: Selamat pagi. Saya khabar baik.

Pengkaji: Sebelum itu, saya perkenalkan dahulu diri saya. Nama saya Nurul

Farhana, pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia. Saya datang kesini

kerana ingin membuat kajian tentang penggunaan ICT. Boleh perkenalkan

serba sedikit tentang diri cikgu?

Cikgu Kamu: Nama saya Kamu Warid. Saya telah berkhidmat di sekolah ini sebagai

Guru sejak tahun 1990, bermakna sudah 20 tahun saya di sini. Saya

dilantik menjadi guru ICT pada tiga tahun lepas.

Pengkaji: Bagaimana cikgu melihat tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar

sekolah ini?

Cikgu Kamu: Pelajar di sini amat seronok untuk menggunakan komputer. Tetapi

malangnya, daripada 12 komputer yang disediakan 6 daripadanya rosak

dan tidak dapat digunakan. Jadi pelajar disini akan merebut-rebut untuk

menggunakannya.

Pengkaji: Apakah tidak terdapat pihak yang bertanggungjawab untuk

menyelenggara komputer-komputer yang rosak?

Cikgu Kamu: Ada. Tetapi kontrak kontraktor yang dahulu sudah 3 bulan habis. Jadi

kebiasaannya kami akan menunggu dalam masa yang lama untuk

kehadiran kontraktor baru.

Pengkaji: Kebiasaannya, apakah tujuan mereka menggunakan komputer?

Cikgu Kamu: Kebiasaannya pelajar disini menggunakan komputer jika diberi CD

pembelajaran dari guru-guru mereka. Khususnya subjek Sains, Inggeris

dan Matematik.

Page 79: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

65

Pengkaji: Adakah terdapat capaian Internet di sekolah?

Cikgu Kamu: Ada. Capaian Internet diperolehi dari rangkaian SchoolNet yang

disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengkaji: Bagaimana pula dengan kelajuan akses Internet yang disediakan.

Cikgu Kamu: Kelajuan yang dinyatakan oleh pihak KPM adalah 1Mbps tetapi kelajuan

yang diterima kami tidak selaju itu. Mungkin atas faktor demografi.

Maklumlah kawasan kami ini terletak jauh di pedalaman. Namun kami

masih berpuas hati dan kami masih boleh mengakses internet walaupun

agak lambat.

Pengkaji: Jadi, terima kasih cikgu. Itu sahaja soalan saya. Semoga berjumpa lagi

Cikgu Kamu: Ya, sama-sama.

Page 80: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

66

Temuramah 2

Temuramah yang dijalankan bersama Cikgu Zulkifli Harun, dari Sekolah Kebangsaan

Seri Sedohok, Kluang.

Pengkaji: Assalamualaikum cikgu. Maaf saya mengambil sedikit masa cikgu.

Cikgu Zul: Waalaikumussalam. Tidak mengapa, murid-murid juga sedang berehat.

Pengkaji: Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Nurul Farhana

Jumaat, pelajar sarjana dari UTM. Saya sedang menjalankan kajian bagi

melihat infrastruktur ICT dan penggunaan ICT di kalangan murid-murid

sekolah ini. Boleh cikgu perkenalkan serba sedikit tentang diri cikgu?

Ckgu Zul: Baiklah, saya cikgu Zulkifli Bin Harun. Saya merupakan guru ICT dan

baru berkhidmat selama dua tahun di sekolah ini.

Pengkaji: Saya ingin bertanaya beberapa soalan mengenai infrastruktur ICT di

sekolah ini. Adakah terdapat makmal komputer di sekolah ini? Berapa unit

komputer disediakan dan adakah kesemuanya berfungsi dengan baik?

Cikgu Zul: Komputer di sekolah ini diletakkan di kelas tahun 6. ini adalah sebagai

salah satu inisiatif dari pihak sekolah yang menggalakkan penggunaan

komputer sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kesemuanya ada 9 unit komputer dan semua dapat berfungsi dengan baik.

Selain itu pihak sekolah juga berkongsi kemudahan ICT di sekolah

bersama penduduk setempat. Ini bermakna penduduk dari kampung

terdekat boleh menggunakan kemudahan ini di luar waktu sekolah iaitu

dari jam 2 petang hingga 8 malam.

Pengkaji: Bagaimana pula dengan kemudahan akses Internet? Adakah terdapat

sebarang masalah mengenainya?

Cikgu Zul: Kemudahan Internet diperolehi dari capaian pemancar SchoolNet.

Walaupun kelajuan Internet sedikit lambat namun masih memuaskan.

Page 81: ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI DI SEKOLAH ... FullText.pdf · buah sekolah rendah Orang Asli di seluruh negeri Johor terlibat dalam kajian ini selain dua orang guru ICT

67

Pengkaji: Seperti yang saya sedia maklum, murid-murid ada menggunakan

komputer sewaktu sesi pembelajaran. Bagaimana dengan penggunaan CD

Interaktif sewaktu sesi P&P?

Cikgu Zul: Sekolah telah menerima lebih kurang 50 keping CDRI untuk subjek-

subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Penggunaan CDRI

ini lebih bertumpu untuk kegunaan murid Tahun 6. Selain itu dengan

kemudahan akses Internet yang disediakan, murid-murid juga digalakkan

untuk mengakses Skor-A iaitu latihan dan praktis 5 subjek teras untuk

persediaan mereka menghadapi UPSR.

Pengkaji: Baiklah, terima kasih Cikgu Zul. Itu sahaja soalan dari saya. Terima kasih

atas masa yang diluangkan.

Cikgu Zul: Sama-sama.