i rnwm witmm urn i'tmrnw vmnm - Welcome to UTHM...
Transcript of i rnwm witmm urn i'tmrnw vmnm - Welcome to UTHM...
i rnwm witmm urn i'tmrnw vmnm KiJi'KHi i RfiAN M f m i l T f J) :»3PtKTil : P R A M S DI
POINRKNIK S U N AH HA.II M M ) SHAH KUANTAN
HASHAK ran i mm
j ' . ' . i j , 5 V'iv; l i j \ . s : i ? i » l :SiVv i. V l i t * »U>vVi . . - i \ u f l u *
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS4
JUDUL : TINJAUAN KELAZIMAN GAYA PENGAJARAN PENSYARAH KEJURUTERAAN MENURUT PERSPEKTIF PELAJAR DI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
Saya
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
HASNAH BINTI NGAH (800325-11-50561 (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Saijana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( " O
SULIT
TERHAD
(Mengandungi makiumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI1972)
(Mengandungi makiumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan.
TIDAK TERHAD
GANPENULIS) (T ANDXTANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 425C KG LOSONG PANGLIMA PERANG 21000 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
Nama Penyelia: TN HJ MOHD SALLEH B. HJ TAHAR
Tarikh: MAC 2004 Tarikh: MAC 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saijana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
'Sava akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional."
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
J W 2 -TN. HJ\ MOHD SALLEH B. HJ. TAHAR
T I N J A U A N K E L A Z I M A N G A Y A P E N G A J A R A N P E N S Y A R A H
K E J U R U T E R A A N M E N U R U T P E R S P E K T I F P E L A J A R D I P O L I T E K N I K
S U L T A N H A J I A H M A D S H A H K U A N T A N
H A S N A H B I N T I N G A H
L a p o r a n p r o j e k in i d i k e m u k a k a n
s e b a g a i m e m e n u h i s e b a h a g i a n d a r i p a d a s y a r a t
p e n g a n u g e r a h a n I j a z a h S a r j a n a P e n d i d i k a n T e k n i k d a n V o k a s i o n a l
F a k u l t i T e k n o l o g i K e j u r u t e r a a n
K o l e j U n i v e r s i t i T e k n o l o g i T u n H u s s e i n O n n
M A C 2 0 0 4
HALAMAN PENGAKUAN
akui kaiya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
HASNAH BINTI NGAH /oo. /
Istirnewg buat yang tersayang.
Bon4a Pn Hjh Wan Maimun Yusof
Doa ku4usrou...kasib sucimu membawaku kesyurga..
Kekan4a Che Mubaroroa4, Che Mukbtar, Paulani, Rucjayyab, Nor Azilab, Ab4 R^b
serta A4in4a Ab4 Manaf-
Kasih sayang kita kan bersatu selamanya..
Anak-anak buab tersayang..ja4ilab insan yang berguna..
Buat sahabat yang penub pengertian..
An <§r Ani...Teriroa Kasib gigs persababatan yang in4ab..
Buat teman-ternan. . . .
Se4ikit kenangan ku [urut.. .menja4i inspirasi berpanfangan..
TeHmg kasih...
iv
PENGHARGAAN
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang "
Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas kekuatan yang dianugerahkan
sehingga dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan
jua buat Tuan Haji Mohd Salleh Tahar selaku pembimbing yang telah banyak
memberikan sokongan, dorongan, bimbingan serta motivasi yang tidak ternilai harganya
sepanjang tempoh kajian ini.
Sekalung penghargaan buat pensyarah dan pelajar di Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah Kuantan yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama
terutamanya sepanjang proses memungut data dijalankan. Terima kasih juga kepada
pensyarah-pensyarah Jabatan Teknik Dan Vokasional Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn, teman-teman sepeijuangan serta semua individu yang terlibat secara
langsung mahupun tidak sepanjang kajian ini dijalankan.
Di harap kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya
yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan agar mampu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik dan menarik.
Akhir sekali teristimewa buat keluarga dan sahabat-sahabat yang telah banyak
memberikan perangsang, bantuan dan pengorbanan material dan spiritual yang tidak
terhingga. Budi dan jasa baik kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
V
ABSTRAK
Kajian ini menumpukan kepada gaya pengajaran bagi pensyarah bidang
kejuruteraan. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat apakah gaya pengajaran yang lazim
digunakan oleh pensyarah kejuruteraan sama ada bagi pensyarah kejuruteraan awam,
elektrik mahupun mekanikal dari perspektif pelajar. Selain itu, kajian ini juga melihat
apakah terdapat perbezaan gaya pengajaran yang digunakan oleh pensyarah bagi ketiga-
tiga kursus ini. Kajian ini dijalankan ke atas 129 orang pelajar Diploma Kejuruteraan di
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan sebagai sampel. Keseluruhan data telah
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi
11.0 dengan mendapatkan nilai peratusan, jumlah, skor min dan juga perbandingan min.
Dapatan kajian mendapati gaya pengajaran yang lazim digunakan oleh pensyarah
kejuruteraan ialah gaya pengajaran fasilitator. Sementara tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi gaya pengajaran yang digunakan oleh pensyarah kejuruteraan awam,
elektrik dan juga mekanikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di harap, kajian
ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
vi
A B S T R A C T
This study focuses on the teaching style of engineering lecturers. The purpose of
this study is to know the teaching style which usually used by engineering lecturers
whether for civil, electric or mechanical engineering from student perspective. Besides,
this study also done to know the difference of teaching style which used by lecturers from
three groups of this courses. The sample for this study are a group of 129 students of
Engineering Diploma in Polytechnic Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan who takes civil,
electric and mechanical engineering of subject. Those data was analysed by using of
Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0 software to get a percentage,
total, mean and comparison mean. The result of this study showed that teaching style
which usually used by engineering lecturers is facilitator style. Meanwhile, there have not
significant differentiation of teaching style which used by civil, electric and mechanical
engineering lecturers during teaching and learning process. Hopefully, this study will
give a benefits for all interested party.
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
BORANG PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
1.10 Rumusan 11
H SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengajaran 13
2.3 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 15
2.4 Model Pengajaran 16
2.4.1 Model Pengajaran Robert Glaser 16
2.4.2 Model Pengajaran Sim 18
2.4.3 Model Taba 21
2.5 Pendekatan Pengajaran 22
2.6 Strategi Pengajaran 23
2.7 Gaya Pengajaran 25
2.8 Gaya Pengajaran Kejuruteraan 32
2.8.1 Kaedah Syarahan / Kuliah 35
2.8.2 Kaedah Amali 35
2.8.3 Kaedah Tunjuk Cara 36
2.8.4 Kaedah Projek 37
2.9 Rumusan 37
ix
m METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi Dan Sampel 40
3.4 Sumber Data 41
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Penganalisisan Data 44
3.8 Prosedur Kajian 46
3.9 Rumusan 49
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Kajian 51
4.3 Bahagian A: Demografi Pelajar 51
4.4 Bahagian B: Kelaziman Gaya Pengajaran
Pensyarah Kejuruteraan 53
4.5 Bahagian B: Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah
Kejuruteraan 60
4.6 Rumusan 71
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kelaziman Gaya Pengajaran Pensyarah
72
72
73
V
5.2.2 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal 78
5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian 87
5.4 Cadangan 89
5.5 Rumusan 90
BEBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN 95
S E N A R A I J A D I A l .
N O . J A D U A L T A J U K M l K A SI R A T
2.1 Gaya Pengajaran Kentra 28
2.2 Kaedah pengajaran Bagi Setiap Gugusan
Gaya Pengajaran 31
3.1 Pcmbahagian Soalan Mengikut Gaya
Pengajaran 42
3.2 Skala Likert 43
4.1 Makiumat Responden 52
4.2 Tahap Kccendcrungan Min 53
4.3 Skor Min Bagi Gaya Pakar 54
4.4 Skor Min Bagi Gaya Wibawa Formal 55
4.5 Skor Min Bagi Gaya Model Pcribadi 56
4.6 Skor Min Bagi Gaya Fasilitator 57
4.7 Skor Min Bagi Gava Delegator 59
4.8 Pcrbandingan Min Gaya Pengajaran Pakar 61
4.9 Pcrbandingan Min Gava Pengajaran Wibawa
Formal 63
4.10 Pcrbandingan Min Gava Pengajaran Model
Pcribadi 65
4.11 Pcrbandingan Min Gaya Pengajaran Fasilitator 67
4.12 Pcrbandingan Min Gaya Pengajaran Delegator 69
xi i
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kaedah Mengaj ar Yang Memusat Kepada
Guru 2
2.1 Pengajaran Sebagai Bidang Komunikasi 14
2.2 Model Pengajaran Robert Glaser (1962) 17
2.3 Model Pengajaran Sim 19
2.4 Interaksi Yang Melibatkan Dua Pembolehubah 20
2.5 Model Taba 21
3.1 Kerangka Operasi 48
S E N A R A I L A M P I R A N
L A M P I R A N T A J U K M U K A S U R A T
LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 95
LAMPIRAN B Analisis Kajian Rintis 100
LAMPIRAN C Analisis Demografi Responden 102
LAMPIRAN D Analisis Data Bahagian B 104
LAMPIRAN E Analisis Data Bahagian C 111
B A B 1
P E N G E N A L A N
1 .1 P e n d a h u l u a n
Proses pengajaran adalah proses penyampaian ilmu yang memberikan kesan yang
besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik daijah. Menurut Ee Ah
Meng (2002), pengajaran boleh difahami sebagai proses penyampaian ilmu pengetahuan,
sikap, kemahiran dan nilai yang mana ianya akan membawa kepada perubahan tingkah
laku seseorang pelajar. Pembelajaran pula boleh ditafsirkan sebagai proses perubahan
tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang
diteguhkan.
Selain media pengajaran, guru dan pelajar merupakan dua elemen yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru selain melibatkan diri secara
langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan, turut berperanan
merancang aktiviti pengajaran dan melaksanakannya dalam bilik daijah mengikut strategi
pengajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2003).
Justeru, dalam era globalisasi ini menyaksikan cabaran yang lebih besar kepada
guru dalam proses menyampaikan pengajaran. Ini kerana, perubahan teknologi
menyebabkan berlaku perubahan dalam gaya pengajaran. Jika dahulu, kaedah mengajar
2
lebih memusatkan kepada guru dan pelajar biasanya pasif (Ee, 2003). Keadaan ini
menyebabkan berlakunya komunikasi satu hala di mana pelajar hanya berperanan
mendengar dan menerima fakta-fakta yang disampaikan oleh guru dan mereka tidak
digalakkan untuk mengambil bahagian dan terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran
seperti yang digambarkan dalam rajah 1.1.
R a j a h 1 .1 : K a e d a h m e n g a j a r y a n g m e m u s a t k e p a d a g u r u
Sumber: Ee Ah Meng (2002)
Oleh itu, pensyarah atau guru perlu memainkan peranan yang tersendiri dengan
memilih kaedah atau gaya pengajaran yang sesuai dengan mata pelajaran yang di ajar.
Menurut Boon dan Ragbir (1998), strategi pengajaran yang sesuai menjamin
keberkesanan penyampaian dan pelajar akan mengalami suatu pelajaran yang bermakna
dan dapat menarik minat mereka. Pelbagai bentuk gaya pengajaran di bilik kuliah
disyorkan dari semasa ke semasa. Antaranya ialah kaedah pengajaran pakar, wibawa
formal, model peribadi, fasilitator dan juga delegator.
Hal ini tidak terkecuali bagi pensyarah bidang kejuruteraan. Bidang kejuruteraan
merupakan satu bidang yang agak kompleks kerana ia melibatkan teori dan praktikal.
Selain itu, ia turut melibatkan pelbagai jenis kemahiran dan material sama ada yang agak
3
mudah seperti definisi set dan fungsi atau memerlukan kemahiran yang agak sukar seperti
taakulan matematik dan pengulangan.
Oleh itu, tidak mudah bagi seseorang pensyarah bidang kejuruteraan untuk
memilih kaedah pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama
ada di dalam kelas mahupun di bengkel amali. Justeru, kajian ini dibuat bagi melihat
kelaziman gaya pengajaran yang digunakan oleh pensyarah kejuruteraan dalam proses
pengajaran mereka di dalam bilik kuliah dan juga di bengkel amali.
1.2 Latar belakang masalah
Menurut Dick & Reiser (1989) dalam Ismail Zain (2002), pembelajaran berkesan
adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan membawa implikasi pelajar
tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh
mendorong pelajar-pelajarnya memberikan tumpuan serta mengambil bahagian yang
menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini boleh diwujudkan
sekiranya tenaga pengajar atau pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan gaya
pengajaran yang sesuai dan menarik. Oleh itu, para pensyarah perlu mengetahui apakah
gaya pengajaran yang sesuai dengan subjek yang diajar agar ianya dapat memberikan
kefahaman yang lebih baik kepada pelajar.
Apabila pelbagai cara didedahkan kepada pelajar dan mereka mendapat ilmu
darinya, kemungkinan pensyarah itu akan diminati oleh pelajarnya. Sebenarnya pelajar
akan berasa bosan sekiranya pensyarah hanya menggunakan kaedah kuliah sahaja
sepanjang masa tanpa mengambil kira subjek yang di ajar (Abdul Malek, 1995).
4
Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dikenalpasti oleh
pensyarah terutamanya yang mengajar bidang kejuruteraan sama ada bidang kejuruteraan
awam, elektrik mahupun mekanikal. Ini kerana mata pelajaran kejuruteraan adalah salah
satu bidang yang agak kompleks kerana ianya menggabungkan kedua-dua konsep teori
dan amali.
Terdapat pelbagai gaya pengajaran yang disyorkan dari semasa ke semasa.
Antaranya ialah pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran
berfikir, kontekstual, masteri dan sebagainya. Kesemua gaya pengajaran ini bertujuan
untuk meningkatkan lagi kefahaman, keseronokan dan kepelbagaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Karplus (1998), gaya pengajaran yang biasa diaplikasikan dalam bidang
kejuruteraan bersifat lebih tradisional, di mana pelajar akan diajar melalui bahan-bahan
yang telah disediakan terlebih dahulu oleh pensyarah. Pelajar akan mengemukakan
soalan apabila mereka mempunyai masalah dan akan menyelesaikan soalan yang
diberikan oleh pensyarah di dalam kelas. Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar
menjangkakan bahawa mereka akan mendapat pengetahuan yang sepenuhnya melalui
buku rujukan dan juga pengajaran pensyarah di dalam kelas. Menurut Razidah et.al
(1992) pula, selain kaedah penyampaian ilmu melalui kuliah, hanya sebilangan kecil
sahaja pensyarah kejuruteraan yang menggunakan kaedah lain seperti demonstrasi atau
'reading assignment' di dalam kelas.
Gaya pengajaran pensyarah amat penting. Ia bukan sekadar proses pemindahan
maklumat tetapi turut melibatkan pemindahan kemahiran kepada para pelajar. Oleh itu,
gaya pengajaran yang sesuai amat diperlukan bagi menjamin segala kemahiran dapat di
miliki sepenuhnya oleh pelajar, terutamanya bagi latihan amali. Latihan amali agak sukar
untuk diaplikasikan kerana ianya amat berbeza di antara melihat seseorang membuatnya
dengan melakukannya sendiri.
5
Justeru, gaya pengajaran yang sesuai amat penting bergantung kepada bidang
yang di ajar oleh seseorang pensyarah itu. Menggunakan gaya pengajaran yang sesuai
akan meningkatkan lagi kefahaman pelajar dan secara tidak langsung akan memudahkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Pernyataan masalah
Ramai orang percaya bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
daijah hanya berasaskan isi kandungan pelajaran, prosedur dan juga kemahiran
pensyarah. Namun hakikatnya proses tersebut tidak hanya menekankan isi kandungan,
prosedur dan kemahiran pensyarah sahaja, tetapi turut menekankan kepada gaya
pengajaran pensyarah dan bagaimana gaya pembelajaran pelajar. Dengan kata lain, jika
seseorang pensyarah itu mengetahui tidak semua pelajar dapat menerima pelajaran dalam
kaedah pengajaran yang sama, maka pensyarah tersebut perlu meningkatkan gaya
pengajaran mereka agar lebih ramai pelajar yang dapat mengikuti pelajaran tersebut
dengan lebih baik, terutamanya bagi subjek kejuruteraan yang lebih menekankan kepada
teori dan praktikal. Justeru, pengkaji melihat ianya sebagai satu masalah yang perlu
dititikberatkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku
secara lebih berkesan lagi melalui gaya pengajaran yang sesuai diaplikasikan oleh
pensyarah bidang kejuruteraan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:
i. Mengenalpasti apakah gaya pengajaran yang lazim digunakan oleh
pensyarah bidang kejuruteraan menurut perspektif pelajar.
ii. Mengenalpasti apakah perbezaan gaya pengajaran di antara pensyarah
bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan juga kejuruteraan
mekanikal menurut pespektif pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti iaitu:
i. Apakah gaya pengajaran yang lazim digunakan oleh pensyarah bidang
kejuruteraan menurut perspektif pelajar?
ii. Sejauh manakah terdapatnya perbezaan gaya pengajaran di antara pensyarah
bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan juga kejuruteraan
mekanikal menurut perspektif pelajar?
7
1.6 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan kajian ini ialah:
i. Matlamat kajian ini ialah untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas melalui gaya pengajaran yang paling
sesuai digunakan oleh pensyarah kejuruteraan.
ii. Dapatan kajian ini dapat memberikan makiumat yang berguna kepada semua
pihak terutamanya kepada pihak pengurusan di Politeknik tentang gaya
pengajaran yang sesuai digunakan oleh semua pensyarah kejuruteraan.
iii. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji-pengkaji yang akan
datang.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat apakah gaya pengajaran yang lazim
digunakan oleh pensyarah yang mengajar subjek kejuruteraan terutamanya di Politeknik
seluruh Malaysia. Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan berdasarkan gaya pengajaran yang sesuai
dengan subjek kejuruteraan tersebut. Namun begitu, kajian ke atas gaya pengajaran ini
hanya dijalankan ke atas pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal di
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan sahaja.