i PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN … · pembangunan laman web ini adalah Adobe...
Transcript of i PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN … · pembangunan laman web ini adalah Adobe...
i
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D
SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
Untuk ayah dan ibu tersayang,
HJ AZIMAN BIN TUMIRIN dan HJH HAMIDAH BINTI ASHAK,
Adik beradik
HAIRUL AZIZI BIN AZIMAN
HAIRUL AZWANI BIN AZIMAN
NURUL AZFAHANI BIN AZIMAN
MUHAMMAD HAZIQ BIN AZIMAN
dan teman teristimewa
WAN NOR HAFIDZAH BINTI WAN MOHD
Doa, jasa, dan pengorbanan kalian sentiasa dalam ingatan kini dan selamanya
Tiada kasih yang lebih luhur selain kasihmu
Terima kasih segalanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, tesis ini
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dengan hasil yang memberangsangkan.
Pertamanya, jutaan terima kasih ditujukan buat keluarga dan teman tersayang
kerana sentiasa memberi kata-kata semangat dan dorongan yang iltizam didalam
menempuh pengajian yang penuh mencabar di Universiti.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan kepada Penyelia Projek
Sarjana Muda, En Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria atas cadangan dan kritikan
yang diberikan serta memberikan impak yang positif dan mendalam dalam
penghasilan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya rakan-rakan
SPP yang sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan di kala senang mahupun
susah.
Salam takzim kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa
memberi tunjuk ajar,sokongan dan pandangan dari semasa ke semasa. Tidak
dilupakan juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian
semua.
v
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membangunkan laman web yang menyediakan
ruangan pembelajaran tajuk animasi 2D dan 3D yang interaktif berasaskan strategi
pembelajaran berasakan masalah (PBM). Bahasa penyampaian yang digunakan
didalam laman web adalah Bahasa Melayu. Pembangunan laman web ini mengambil
kira aspek pembelajaran animasi berasaskan PBM, pembelajaran animasi berasaskan
web, isu-isu reka bentuk laman web dan pemilihan elemen multimedia yang sesuai.
Model pembangunan Hannafin and Peck (1988) telah digunakan sebagai garis
panduan dalam proses pembangunan laman web ini. Perisian yang digunakan dalam
pembangunan laman web ini adalah Adobe Dreamweaver CS3 dan beberapa perisian
tambahan seperti Adobe Photoshop CS2, Adobe Image Ready CS2 dan Macromedia
Flash MX 2004 juga digunakan bagi menghasilkan laman web ini. Diharapkan laman
web ini dapat membantu pelajar dalam pembelajaran animasi 2D dan 3D.
vi
ABSTRACT
The purpose of this development is to produce a website which provides
interactive environment in learning the animation 2D and 3D based on problem
based learning (PBL) strategy. The contents of the website are presented in Malay
language. The website is developed by considering the aspects of learning animation
based on PBL and based on web, the issues of website designs and the appropriate
choice of multimedia elements. Hannafin and Peck instructional design model (1988)
is used as the guide-lines during develop this website. Adobe Dreamweaver CS3, as
the web authoring tool and other supporting tools such as Adobe Photoshop CS2,
Adobe Image Ready CS2 and Macromedia Flash MX 2004 were used to create this
website. Hopefully, this website is able to help students in learning the animation 2D
and 3D.
vii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Pembangunan
1.5 Rasional Pembangunan
1.6 Kepentingan Pembangunan
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Guru dan Pensyarah
1
2
4
4
5
5
5
6
1.6.3 Pihak Intitusi
1.6.4 Masyarakat
1.7 Skop Pembangunan
6
6
6
viii
1.8 Batasan Pembangunan
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Laman Web
1.9.2 World Wide Web
1.9.3 Internet
1.9.4 Multimedia
1.9.5 Pembangunan
1.9.6 Animasi
1.9.7 Flash
1.10 Penutup
7
7
7
8
8
8
9
9
9
9
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Masalah Pembelajaran Multimedia
2.3 Komputer dalam Pendidikan
2.3.1 Pembelajaran Berasaskan Komputer
2.3.2 Pembelajaran Berasaskan Internet
2.3.3 Pembelajaran Melalui Web
2.3.4 Pembelajaran Melalui Animasi
2.3.5 Multimedia dalam Pendidikan
2.3.6 Multimedia dalam Laman web
2.3.6.1 Grafik
2.3.6.2 Teks
2.3.6.3 Audio
2.3.6.4 Animasi
2.3.6.5 Video
11
12
14
14
15
16
16
17
17
18
18
18
19
19
2.4 Teori Pembelajaran
2.4.1 Teori Konstruktivisme
2.5 Pendekatan Pembelajaran
2.5.1 Pembelajaran Aktif
2.5.2 Pembelajaran Koperatif
2.5.3 Pembelajaran Reflektif
19
20
21
21
22
22
ix
2.5.4 Pembelajaran Berasaskan Masalah
2.6 Model Rekabentuk Laman Web
2.6.1 Model ADDIE
2.6.2 Model Rekabentuk Hannafin dan Peck
2.7 Penutup
23
25
26
27
28
3
REKABENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan
3.2 Model Rekabentuk Laman Web yang Digunakan
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan
3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran
3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Isi Pelajaran
3.2.1.3 Analisis Keperluan Perkakasan dan Perisian
3.2.2 Fasa Rekabentuk
3.2.2.1 Carta Alir Pembangunan
3.2.2.2 Perkakasan yang Digunakan
3.2.2.3 Perisian yang Digunakan
3.2.2.3.1 Microsoft Office Word 2003
3.2.2.3.2 Mozilla Firefox
3.2.2.3.3 Macromedia Flash MX 2004
3.2.2.3.4 Adobe Photoshop CS2
3.2.2.3.5 Macromedia Dreamweaver CS3
3.2.2.3.6 Sony Sound Forge 6.0
3.2.2.3.7 Macromedia Captive 1.0
29
29
30
30
30
31
31
31
32
33
33
33
33
34
34
34
35
3.2.2.4 Ciri-ciri Konsep Rekabentuk Laman Web
3.2.2.4.1 Konsep Rekabentuk Informasi
3.2.2.4.2 Rekabentuk Antara Muka
Pengguna
3.2.2.4.3 Rekabentuk Interaksi
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan
3.2.4 Penilaian dan Pengulangan
3.3 Spesifikasi Keperluan
35
35
36
36
37
37
37
x
3.4 Penutup
38
4 HASIL REKABENTUK LAMAN WEB
4.1 Pengenalan
4.2 Struktur Asas dan Perbincangan Persembahan Laman
Web
4.2.1 Paparan Mula Laman Web
4.2.2 Paparan Menu Utama
4.2.3 Paparan Objektif
4.2.4 Paparan Masalah
4.2.5 Paparan Forum
4.2.6 Paparan Latihan
4.2.7 Paparan Pautan
4.2.8 Paparan Rujukan
4.2.9 Paparan Pembangun
4.3 Penyebaran dan Penggunaan Laman Web
4.4 Penutup
39
39
40
41
42
43
48
50
51
51
52
53
53
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan
5.3 Masalah dan Kekangan Yang Dihadapi
5.3.1 Kekangan Kepakaran dan Pengetahuan
5.3.2 Kekangan Masa
5.4 Kelebihan Laman Web
5.5 Kekurangan Laman Web
5.6 Cadangan
5.7 Penutup
54
54
56
56
57
57
58
58
59
xii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK
MUKASURAT
2.1 Komponen yang Terdapat dalam Model ADDIE 26
2.2 Komponen yang Terdapat dalam Model Hanaffin
dan Peck
27
4.1 Paparan Mula Laman Web (Montaj) 40
4.2 Paparan Menu Utama Web 41
4.3 Paparan Objektif 42
4.4 Paparan Senarai Masalah 43
4.5 Paparan Masalah 44
4.6 Paparam Pemahaman dan Kehendak Masalah 44
4.7 Paparan Kaedah Penyelesaian Masalah 45
4.8 Paparan Penyelesaian Masalah Muat Turun 47
4.9 Paparan Penyelesaian Nota 49
4.10 Paparan Penyelesaian Perbualan 48
4.11 Paparan Penyelesaian Forum 49
4.12 Paparan Latihan 50
4.13 Paparan Pautan 51
4.14 Paparan Rujukan 52
4.15 Paparan Pembangun 53
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan Dalam dunia sekarang yang dikenali sebagai dunia tanpa sempadan telah
banyak mengubah cara hidup masyarakat dunia dalam pelbagai aspek terutamanya
bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada pembentangan separuh
penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) oleh Perdana Menteri, beliau
menyatakan penambahan peruntukan untuk meningkatkan penyediaan penggunaan
ICT dalam semua bidang. Ini merupakan susulan dari RMK-8 dimana Malaysia
berusaha gigih dan menaruhkan pelaburan yang besar untuk menyediakan
infrastruktur ICT yang telah membawa perkembangan yang pesat dalam e-
pembelajaran.
Menurut Halimah dalam Rosni (2000) menyatakan bahawa teknologi
multimedia mampu melibatkan sebanyak mungkin pancaindera seperti deria
penglihatan, pendengaran dan deria sentuhan lalu menghasilkan pembelajaran yang
lebih menyeluruh. Perkembangan teknologi multimedia telah diserap dalam bidang
pendidikan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ini dapat merubah
teknik pembelajaran dan pengajaran (P&P) di peringkat sekolah dimana proses
penyampaian maklumat lebih menarik berbanding menggunakan cara penyampaian
tradisional. Selain itu pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah
diubah supaya lebih efektif dan seiring dengan perkembangan pendidikan sekarang.
Menurut Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh (2006) kerajaan akan memberikan
tumpuan terhadap usaha meningkatkan kerjaya perguruan dan menyediakan graduan
2
yang dikehendaki pasaran melalui usaha menambah kemahiran dan kecekapan
mereka dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Laman web dan komputer memang sinonim dalam pekembangan multimedia
dan komunikasi. Komputer merupakan perkakas utama dalam dunia komunikasi dan
penggunaannya tidak terhad kepada pekerjaan di pejabat tetapi telah diterapkan
kedalam bidang pendidikan terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Pembangunan laman web juga tidak kurang hebatnya dimana pelbagai sektor telah
menggunakan pendekatan laman web untuk memberi perkhidmatan dan
mempromosi syarikat kerana dengan cara ini ia lebih mudah dan efektif. Bidang
pendidikan juga tidak ketinggalan dalam pendekatan laman web sebagai contoh
Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Pembangunan laman web memerlukan elemen-
elemen multimedia untuk menjadikan laman web yang terhasil lebih efektif,
maklumat tepat dan menarik pengguna melayarinya.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2000), multimedia boleh didefinisikan
sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi
penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.
Apabila elemen-elemen multimedia diserap dalam bidang pendidikan, maka proses
pembelajaran dan pengajaran akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan
dan akan membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah.
1.2 Latar Belakang Masalah Multimedia merupakan satu cabang dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Subjek multimedia yang baru diperkenalkan beberapa tahun
dahulu diperingkat sekolah menengah kurang diberi perhatian oleh pelajar khususnya
kerana subjek ini dianggap tidak penting kerana susah dan tidak dikira dalam
keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kefahaman pelajar yang
mengambil subjek multimedia dalam memahami konsep animasi, terdapat beberapa
jenis pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi yang berpusatkan pelajar
dengan kemunculan dan perkembangan ICT. Antaranya adalah pembelajaran
3
berpandukan masalah dengan menggunakan kemudahan ICT yang dikatakan dapat
mengekalkan minat dan pembelajaran bermakna dan seterusnya akan dapat
memperkembangkan kemahiran generik (Luca, 2002). Pendekatan berpandukan
masalah dalam pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan minat dan penglibatan
aktif pelajar malah dapat memupuk perkembangan kemahiran generik (Selby &
Pearce, 1999). Menurut Selby dan Pearce (1999), salah satu kelebihan dalam
pendekatan berpandukan masalah adalah memberi penekanan dalam kemahiran
generik seperti kemahiran penyelesaian masalah.
Oleh itu kajian ini dibuat untuk membangunkan sebuah laman web yang
bertajuk Animasi 3D versus 2D berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM) supaya pelajar dapat memahami dengan lebih bekesan dan pelajar
akan membina kebolehan berfikir secara kritis secara berterusan berkaitan dengan
idea yang dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima.
(Gallagher, 1997).
Pembangunan laman web memerlukan rangkaian internet untuk pengguna
melihat dan mempelajari topik yang dibangunkan oleh pembangun. Menurut
Sulaiman (1996), internet akan menjadi sebahagian dari program Sekolah Bestari
menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah
menengah akan mendapat talian ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu dengan kerjasama serta bantuan
kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek
ini, pihak kementerian telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian
kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang
berterusan kepada para guru. Ini menunjukkan pihak kerajaan telah mula
memandang serius penggunaan laman web dalam pendidikan.
Pembangun memilih pembelajaran konstruktivisme sebagai satu
pembelajaran dalam laman web yang dihasilkan. Dalam pembangunan laman web,
pembangun menekankan ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme dengan
pendekatan pembelajaran berasaskan masalah iaitu dengan memberi sesuatu masalah
kepada pelajar dan pelajar akan cuba menyelesaikan dengan bertanya dan berbincang
dengan pelajar serta guru. Pembangun berpendapat bahawa pendekatan pembelajaran
4
berasaskan masalah sesuai dipraktikkan di dalam penghasilan laman web ini kerana
pendekatan ini memberi penekanan kepada supaya mencari maklumat dahulu
sebelum mendapat pengetahuan. Pendekatan ini juga kurang memberi penekanan
kepada tingkahlaku pelajar tetapi lebih menekankan aktiviti mental pelajar. Melalui
laman web yang dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di mana
pelajar akan belajar dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar
dengan komputer.
1.3 Pernyataan Masalah Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, penggunaan multimedia sedang
rancak dilaksanakan dengan adanya subjek pembangunan laman web dan perisian
komputer diperingkat sekolah menengah lagi. Walau bagaimanapun, laman web
yang menerangkan aspek multimedia bagi tajuk animasi 3-Dimensi dan 2-Dimensi
adalah kurang berbanding laman web yang lain terutamanya dalam bahasa melayu.
Selepas mengambil subjek Teknologi Multimedia, pembangun telah melihat
sebilangan pelajar hanya mengetahui secara umum tentang konsep 3-Dimensi (3D)
dan 2-Dimensi (2D). Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab dan minat
pembangun untuk berkongsi ilmu dan membantu pelajar terutamanya pelajar yang
mengambil subjek multimedia di peringkat sekolah mahupun lebih tinggi memahami
konsep 3D dan 2D dengan lebih mendalam. Oleh itu, pembangun berharap dapat
membagunkan sebuah laman web yang menyediakan ruang untuk pelajar mendalami
subjek multimedia
1.4 Objektif Pembangunan Antara objektif pembangunan yang ingin dicapai oleh pembangun ialah
i. membangunkan laman web berlandaskan kepada pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi subjek multimedia iaitu
Animasi pengkhususan 2 Dimensi dan 3 Dimensi
5
ii. merekabentuk sebuah pembangunan multimedia berasaskan laman web
bagi subjek multimedia iaitu Animasi pengkhususan 2 Dimensi dan 3
Dimensi.
1.5 Rasional Pembangunan Sebuah laman web dibangunkan bagi memudahkan capaian maklumat
terutama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mahu pun pelajar di institusi
pengajian tinggi. Di samping itu, guru-guru dan pensyarah-pensyarah juga boleh
turut serta untuk mendapatkan maklumat daripada laman web ini dan menjadikan
sebagai alat bantu mengajar tambahan. Pembinaan laman web ini berdasarkan
kepada pengalaman pembangun semasa mengambil subjek Teknologi Multimedia,
Animasi, Audio, Video di Universiti Teknologi Malaysia dan ia adalah berasaskan
kepada kefahaman pelajar-pelajar menerangkan konsep animasi 3D dan 2D.
1.6 Kepentingan Pembangunan Terdapat beberapa kepentingan yang akan terlibat dalam pembangunan laman
web ini. Mereka ialah pelajar sekolah dan intitusi pengajian tinggi, guru, pensyarah,
pihak institusi dan masyarakat.
1.6.1 Pelajar Pembangunan laman web ini penting untuk pelajar kerana ia dapat memberi
banyak maklumat dan belajar secara mendalam . Selain itu, ia dapat mengukuhkan
lagi kefahaman pelajar mengenai topik multimedia yang diajar oleh guru atau
pensyarah didalam kelas