Hyperlink 2

19
Kisah 25 Nabi menceritakan sejarah hidup para Nabi Selasa, 25 Desember 2007 NABI MUHAMMAD SAW Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman. Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

description

alkisah 25 nabi nabi islam dalam bahasa indonesia

Transcript of Hyperlink 2

Page 1: Hyperlink 2

Kisah 25 Nabimenceritakan sejarah hidup para Nabi

Selasa, 25 Desember 2007NABI MUHAMMAD SAW

Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan

Page 2: Hyperlink 2

oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab

Page 3: Hyperlink 2

itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Turunnya Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah

Page 4: Hyperlink 2

yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Wafatnya Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Hijrah Ke Madinah

Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Page 5: Hyperlink 2

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.Diposkan oleh danissha di 17:35

57 komentar:

Umammengatakan... trima kasih telah menampilkan kisah-kish para Nabi dengan indah,tapi kalo seandainya ditampilkan dalil-dalil dari Al-Qur'an dan Haditsnya pasti akan lebih indah..... trims

26 Oktober 2008 02:31

googlemengatakan... Assalamu Alaikum Wr,Wb

Page 6: Hyperlink 2

Saya sangat berterima kasih kepada yang membuat naskah ini. Semoga amalan anda mendapat ridho Allah SWT.AMIN YA ROBBAL ALAMIN

29 Juli 2009 11:11

nur wahyudimengatakan... terima kasih atas ceritanyasemoga ALLAH semoga amal ibadah nya di ridhoi ALLAH SWT

15 Agustus 2009 12:54

junoth_3gmengatakan... Assalamu Alaikum Wr,Wbsaya sagat berterimakasih banyak telah menampilkan cerita / sejarah para nabi dan rasul, namun dalam penulisan( eja'an ) masih terdapat yg salah

13 September 2009 09:11

Murtadhomengatakan... Assalamu'alaikum wr.wbTerima ksh bnyk bwt anda yg bikin naskah Teks crta Rossulullah diatas. Tp klo menurt aku crtanya msh kurg lengkp,terlalu singkat & bner apa yg diomongin Umam dìatas,lbh indah jk ditambahin ayat2 suci Al-Qur'an. Mhn m'f jka kata2ku td menyinggung perasa'anmu.

13 Oktober 2009 19:09

Murtadhomengatakan... Assalamu'alaikum wr.wbTerima ksh bnyk bwt anda yg bikin naskah Teks crta Rossulullah diatas. Tp klo menurt aku crtanya msh kurg lengkp,terlalu singkat & bner apa yg diomongin Umam dìatas,lbh indah jk ditambahin ayat2 suci Al-Qur'an. Mhn m'f jka kata2ku td menyinggung perasa'anmu.Wasalam

13 Oktober 2009 19:14

Aris Dwiyantoromengatakan... bagus...sekarang tinggal membahas tentang hadist-hadistnya dong...

22 Oktober 2009 19:30

AL KALAMmengatakan... Assalamualaikum,Salut dengan adanya blog ini.Saya mo minta ijin mengutip cerita dari blog ini sebagai aplikasi mobile agar bisa dibaca di ponsel, boleh? :)Beberapa aplikasi mobile sudah saya buat di AL KALAM - http://m.alkalam.asiaSemoga aplikasi kisah 25 nabi ini pun disetujui.Jazakallahu, terima kasih sebelumnya

13 Januari 2010 16:39

Page 7: Hyperlink 2

rian supriantomengatakan... ass...saya meminta ijin kepada pemilik blog ini untuk mengutip seluruh isi dari blog ini untuk postingan di blog saya,ya... untuk berjaga jaga kalau misalkan disekolah saya ada tugas dapat sewaktu waktu saya print tanpa harus mengunjungi blog anda karena saya mudah lupa alamat blog seseorang terima kasih

16 Januari 2010 10:14

abinayamengatakan... Assalamualaikum Wr.Wb

saya pribadi sangat berterimakasih atas adanya naska tersebut krn menambah wa2san & sejarah islam krn saya pribadi menganut agama islam..semoga amalan anda mendapat ganjaran yg setimpal dri allah SWT....amin ya robal alamin

3 Februari 2010 11:04

@wokmengatakan... Allahumma Shalliala Syaidina Muhammad wa ala ali syaidina muhammad...ya Rasullulah engkau adalah panutan dan tauladan kami.. kerinduan kami tak terperih...air mata ini tak cukup untuk meluapkan kerinduan kami...salamun Qaulam mirrabbir rahim..

8 Februari 2010 09:14

dian citramengatakan... ass...

memang maha besar engkau ya ALLAH...bahkan engkau meninggalkan jejak-jejak cerita tentang nabi, untuk kita pelajari...Subhanallah...

Wass...11 Mei 2010 09:15

hen_driemengatakan... saya sangat berterima kasih karena telah menampilkan hadis-hadis 25 nabi. yang insya allah bisa bermanfaat bagi saya dan bagi semua umat islam

8 Juni 2010 09:36

hen_driemengatakan... saya sangat berterima kasih karena telah menampilkan hadis-hadis 25 nabi. yang insya allah bisa bermanfaat bagi saya dan bagi semua umat islam

8 Juni 2010 09:37

Page 8: Hyperlink 2

ROHIS SMANSAmengatakan... syukran katsiran...

15 Juni 2010 11:05

Syarif hidayatulohmengatakan... Syukron,..Alhamdulillah

26 Juli 2010 11:49

Dark Vampiremengatakan... Wah anak kecil melihat dirinya di bedah malaekat??

Mimpi kali yah si muhammad...Dasar anak kecil!

itu aja bangga....!

Hmm.....28 Juli 2010 13:02

welcomemengatakan... terima kasih atas artikelnya

14 Agustus 2010 13:45

welcomemengatakan... http://yuli-suryanto.blogspot.com/artikel yang menarik

14 Agustus 2010 13:47

welcomemengatakan... http://yuli-suryanto.blogspot.com/artikel yang menarik

14 Agustus 2010 13:47

dinimengatakan... terima kasih atas postingnya ..numpang copy yapp .. buat di baca2 . hho.!makasi2,.dini jd makin makin cinta sama Nabi Muhammad :)

17 Agustus 2010 23:22

Catatan Joewamengatakan...

Page 9: Hyperlink 2

makasih ya dah posting kisah 25 nabi. lumayan buat belajar anakku.. Semoga amal Anda dicatat oleh Allah SWT

30 September 2010 20:28

agungmengatakan... Makasih atas infonya...,sangat bermanfaat buat saya. jangan lupa berkunjung ke web saya di www.nabimuhammad.info ya,,,makasih.

4 Februari 2011 18:36

Nuridamengatakan... assalamualaikum wbt..syukran kepada yang menulis kisah 25 Rasul ini..sangat membantu saya dalam mencari kisah-kisah para Rasul..:)

6 Februari 2011 09:34

Masjid Agung Baitul Hikmahmengatakan... ass...saya meminta ijin kepada pemilik blog ini untuk mengutip seluruh isi dari blog ini untuk postingan di blog saya,ya...trims smoga pemilik blog ini ber kenanhttp://mbaitulhikmah.blogspot.com/

8 Februari 2011 18:49

satrio(abu abdil muhsin)mengatakan... bagus itu bisa menjadi dongeng untuk anak kecil.....syukran

18 Februari 2011 22:50

sandi lebonmengatakan... Allahumashali ala syaidinna MuhammadWaala ali syaidinna Muhammad

24 Februari 2011 01:44

sastromengatakan... ijin Copas Sob..!!! nuwun...

28 Februari 2011 09:12

hasta karyamengatakan... thx ya....bs buat tambahan ilmu...n smga bs meneladani dari kisah bliauminta ijin copi kisah2nya...

2 Maret 2011 23:09

hasta karyamengatakan... thx ilmunya....maaf ijin copy

Page 10: Hyperlink 2

2 Maret 2011 23:12

SALSA MANDIRImengatakan... assalamu'alaikum wr.wbterimah kasih atas pelajarannya semoga kita semua diakui oleh rosullullah sebagai ummatnya dan akan mendapatkan pertolongannya diakhir zaman amin ya rabbal 'alamin

11 Maret 2011 21:33

fardan99_blogspot.commengatakan... ASS..WR..WB..SUBHANALLAH,,,SEMOGA KITA SMUA DPT MENGIKUTI JEJAK RASULULLAH SAW DLM MENEGAKAN AGAMA ALLAH SAW,,,,

AMIEN,,,,,18 Maret 2011 16:27

fardan99_blogspot.commengatakan... ASS..WR..WB..

SUBHANALLAH.....SEMOGA KITA SMUA DAPAT MENGIKUTI JEJAK BAGINDA NABI BESAR MUHAMMAD SAW, DLM MENYIARKAN AGAMA KEBENARAN YAITU ISLAM,,,,,

ALLAHU AKBAR,,18 Maret 2011 16:29

astiyani slludhatimengatakan... nabi muhammad idolaku

27 Maret 2011 16:18

M. Faqih 'Aliyuddin S.mengatakan... TERIMA KASIH TELAH MENAMPILKAN BEBERAPA KISAH2 NABI SAYA COPY PASTE Y.... TRIMZ.. WASSALAM.

23 April 2011 13:36

qitthunmengatakan... Ijin share Semua cerita nabi yaa,,aaaaterimakasih banyak,,,

22 Mei 2011 03:33

qitthunmengatakan... Assalamu Alaikum Wr,WbIjin shere semua cerita para NABI ya ,,Terimakasih banyak,,,

Page 11: Hyperlink 2

22 Mei 2011 03:34

rizkynurrohmatmengatakan... Assalamualaikum...Semoga Allah senantiasa meluruskan hati kita semua, terima kasih untuk penulis karena semua kisah ini tentu dicari umat muslim termasuk saya, karena kita mengharap ke surga tidak seperti orang kafir yang mengharap neraka.Wassalam,Idang RohimatKarawang.

29 Mei 2011 23:18

dian productionmengatakan... assalammualaikum wr.wb bagus sekali penampilanya dari cerita itu

6 Juni 2011 20:08

faifson ellyantha cyandya siagianmengatakan... sungguh sangat berbeda isa dan muhammad.isa terkemuka di dunia dan akhirat.isa manusia suci.

19 Juni 2011 15:21

azka ponkanny upriemengatakan... tak sabar ingin bertemu nabi muhammad saw...

25 Juni 2011 16:32

Abu Hasans Khanmengatakan... terimakasih kepada blogger yg telah rela menulis blog cerita nabi :) hope his blessing always be onto you :)

14 September 2011 11:42

Raimaymengatakan... Assalamu'alaikum Wr.Wb, terima kasih sudah bersedia shared info, postingan ini sangat membantu saya, semoga bermanfaat bagi kita semua umat islam. Ijin copas semua ya, mau saya pelajari, penasaran banget ma kisah" Nabi. Makasih ""

20 September 2011 19:47

fitri pebryanti :)mengatakan... assalamualaikum,saya ingin meminta ijin untuk mengcopy cerita kisah nabi muhammad saw di blog anda .terimaksih

11 Oktober 2011 16:03

syiar-muslim.blogspot.commengatakan... Assalamualaikum wr.wbkami khaira ummah dari syiar-muslim.blogspot.com ingin meminta izin untuk meng-copy kisah-kisah para nabi untuk kami post dblog khaira ummah ,untuk media ta'lim ,dan Allah pasti akan mengganti dg pahala atas manfaat dan kebaikan tersebut

Page 12: Hyperlink 2

wassalamualaikum24 Oktober 2011 12:56

nykomengatakan... mantaf ae.. Sbelumnya maaf q cm bz komen aja,postingan nie masih kurang lengkap msih byak yg blum di critain loch..

1 November 2011 10:12

rachma azeyamengatakan... Assalamu'alaikum Yaaa Rasulullah . assalamu'alaikim ya Habiballah.

i Love u nabi Muhammad. saw17 November 2011 09:04

rachma azeyamengatakan... Assalamu'alaikum ya Rasullah ya Habiballah ...

aku rindu Engkau nabi ku Muhammad . smoga ALLAH mmprtemukan q dg Mu ya Rosul , d akherat nanti. ammiiinnn

17 November 2011 09:09

Sofiah Najihahmengatakan... Ilmu Allah itu kan harus dikongsi. Saya kongsi ya? Makasih.

25 Desember 2011 11:21

yblumarmengatakan... Alhamdullilah......ijinkan ke semua kisah para nabi saya paste.yaaa..!!ibaratkan di dalam rumah kita harus tau dimana letak kamar tidur,k mandi,ruang tamu,r makan,dsbnya..salam bahagia atas isi blognya.

25 Desember 2011 22:24

Belajar Blogmengatakan... Assalamu Alaikum....

Amien Amien YA ALLAH....

Terimakasih atas yang telah mempostingkan Artikel ini....saya juga mohon izin untuk meng-copy artikel yang telah di posting...semoga bermanfaat bagi umat manusia....

Terimakasih....

Wassalamu Alaikum

Page 13: Hyperlink 2

27 Desember 2011 01:15

Belajar Blogmengatakan... Assalamu Alaikum Wr,WbAmien-Amien YA ALLAH

Terima kasih telah menampilkan kisah-kish para Nabi...Saya meminta izin untuk mengutip cerita dari blog ini untuk arsip saya

Terima kasih

Wassalamu Alaikum Wr,Wb27 Desember 2011 01:25

M. Faqih 'Aliyuddin S.mengatakan... trima ksih tlah menamplkan ksah2 pra nabi... bleh copy ya...

3 Januari 2012 06:34

Tatik Ifta Farihahmengatakan... Terima kasih banyak atas artikelnya...^_^

4 Januari 2012 11:28

benmengatakan... maha besar allah

20 Februari 2012 03:45

Mochamad Faishal Rasidmengatakan... arigatou gozaimasu, saya sudah membaca semua cerita 25 Nabi di blog ini, Alhamdulillah menambah pengetahuan saya.God bless you

25 April 2012 21:04

edhocronosmengatakan... saya mengucapkan banyak terima kasih atas ilmu yang bermanfaat...mohon izin copas,,,tks

1 Mei 2012 17:28 Poskan Komentar

Posting Lebih Baru BerandaLangganan: Poskan Komentar (Atom)

Web kisah25nabi.blogspot.com

Page 14: Hyperlink 2

Arsip Blog ▼ 2007 (25)▼ Desember (25)MUKADDIMAH NABI ADAM AS NABI IDRIS AS NABI NUH AS NABI HUUD AS NABI SHOLEH AS NABI IBRAHIM AS NABI ISMAIL AS NABI LUTH AS NABI ISHAQ AS NABI YA'KUB AS NABI YUSUF AS NABI SYU'AIB AS NABI AYYUB AS NABI DZULKIFLI AS NABI MUSA AS NABI HARUN AS NABI DAUD AS NABI SULAIMAN AS NABI ILYAS AS NABI ILYASA' AS NABI YUNUS AS NABI ZAKARIA AS & NABI YAHYA AS NABI ISA AS NABI MUHAMMAD SAW

Mengenai SayadanisshaLihat profil lengkapku

NABI ILYAS AS

Nabi Ilyas diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus (Libanon Timur sekarang). Dia mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la. Hal inilah yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Ilyas adalah paman Nabi Ilyasak.namun betapapun gigihnya Nabi Ilyas berdakwah, kaumnya tidak mau mendengarkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan azab didunia dan akhirat.Selepas kematian Nabi Sulaiman A.S., kerajaan telah mengalami perpecahan. Pengaruh syaitan telah berleluasa. Manusia yang beragama diejek-ejek. Undang-undang Somaria telah membunuh kebanyakan golongan yang mengetahui dan

Page 15: Hyperlink 2

mengikuti akidah yang sebenar. Pengaruh kejahatan menjadi semakin buruk dan Allah telah menghantar Nabi Ilyas A.S. untuk memulihkan manusia pada zaman pemerintahan Raja Ahab dari Israil. Baginda berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan manusia daripada mempercayai banyak tuhan dan melarang mereka menyembah Tyrian Bal.

Baginda juga menasihati manusia untuk menyembah Allah dan mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan. Apabila usahanya tidak dihiraukan dan tidak membuahkan hasil, baginda tiba-tiba muncul sebeum raja dan tukang tiliknya memberitahu yang arus deras dan kebuluran akan melanda negeri tersebut. Baginda juga memberitahu yang Tyrian Bal tidak mempunyai kuasa untuk menahan bencana tersebut. Para penduduk tidak mengendahkan amarannya dan tidak mengubah kepercayaan mereka. Kenabian Nabi Ilyas akhirnya terbukti benar dan seluruh negeri dilanda banjir besar dan rakyat mengalami kebuluran. Selepas dua tahun, Nabi Ilyas memohon Allah mengurniakan belas kasihan dan keampunan-Nya kepada penduduk yang kebuluran itu. Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa sangat menyesal.

Sejurus selepas arus deras berhenti dan Allah telah menarik balik sumpahannya, Allah telah menyuruhnya memanggil al-Yas'a menggantikannya. Baginda melaksanakan perintah Allah dengan penuh ketaatan dan hilang secara misteri. Terdapat satu petikan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

" Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik" (Shaad, 28: 48) .Diposkan oleh danissha di 17:52

0 komentar:

Poskan Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama BerandaLangganan: Poskan Komentar (Atom)

Web kisah25nabi.blogspot.com

Arsip Blog ▼ 2007 (25)▼ Desember (25)MUKADDIMAH NABI ADAM AS NABI IDRIS AS NABI NUH AS NABI HUUD AS NABI SHOLEH AS NABI IBRAHIM AS NABI ISMAIL AS