Hukum Muzik dan Nyanyian
-
Upload
suriana-norizan -
Category
Documents
-
view
125 -
download
1
description
Transcript of Hukum Muzik dan Nyanyian
Hukum Muzik & NyanyianNyanyian dalam Islam
Nyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang
utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika
dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam
merupakan agama yang indah dan Allah sendiri sebagai pencipta alam
semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga
menyukai kecantikan dan juga keindahan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: ” Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya”
(As-Sajdah:7)
Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah
itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengan sebaik-baiknya
(sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang
maha indah dan menyukai keindahan.
Hukum Nyanyian
Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut
syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam
menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama
menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala
sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang
mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian
masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang
dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah
SAW.
Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan Muzik
Seperti sedia maklum terdapat sebahagian ulamak yang berpendirian
mengharamkan terus nyanyian dan muzik. Mereka telah berhujah
dengan mendatangkan beberapa nas-nas aal-quran bagi menyokong
pendirian mereka. Antara dalil dari al-quram yang golongan ini
ber[egang padanya termasuklah:
Firman Allah:
Maksudnya: dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta
membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara
hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan
orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu
sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab
Yang menghinakan.
Surah Luqman:6
Perkataan ‘lahwal hadis’ di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai
nyanyian. Ini menurut riwayat yang sahih daripada ibnu Mas’ud, Ibnu
‘Abbas dn Ibnu Umar. Malah Ibnu Mas’ud telah bersumpah dengan
berkata: demi Allah, maksudnya adalah nyanyian. Ini disebut oleh
Ibnuu al-Qayyim dan yang lainnya.
Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada
pada tahap hadis yang marfuk. Ibnul Qayyim turut menambah yang
hadis pada sahabat adalah lebih berautoriti dan leboh layak diterima
berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya meskipun
masih terdapat pertikaian berhubung pendapat berkenaan.
Berdasarkan ayat yang dikemukakan ini, sebenarnya tafsiran bagi
perkataan lahwal-hadith tidaklah hanya terhad tafsirannya kepada
maksud nyanyian sahaja. Bahkan ada juga yang mentafsirkannya
sebagai cerita-cerita dan kisah-kisah orang a’jam (bukan arab)
berhubungkait dengan raja-raja mereka.
Yusuf al-Qardawi tidak menerima pendapat yang menyatakan bahawa
tafsir sahabat adalah sama seumpama hadis marfuk. Ini ekoran
tafsiran para sahabat lazimnya berasaskan kepada kefahaman mereka
sendiri berhubung ayat-ayat al-quran. Ini kerana banyak berlaku
pertentangan antara tafsiran dikalangan sahabat sendiri. Jika semua
tafsiran mereka setaraf hadis marfuk sudah tentu tafsuran mereka
tidak berbeza bahkan serupa antara satu dengan yang lain.
Ibnu Hazmin berpendapat bahawa tafsiran sahabat ini tidak boleh
dijadikan hujah kerana beberapa sebab:
1. Orang-orang selain dari Rasulullah, kata-katanya tidak boleh
dijadikan hujah.
2. Tafsiran tersebut bertentangan maksud dengan tafsiran para
sahabat yang lain.
3. Nas ayat tersebut telah menidakkan hujah mereka sendiri
Dalil al-quran berikutnya yang mengharamkan nyanyian dan muzik:
Maksudnya: “dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia,
mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amal Kami
dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak
ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil".
Surah al-Qasas: 55
Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan
dengan lafaz al-laghwa dalam ayat ini adalah ‘kata-kata bodoh’ seperti
‘caci-maki’, ‘sumpah-seranah’ dan sebagainya. Ibnu Jurayj telah
memberi sedikit kelonggaran bagi mndengar nyanyian. Lalu beliau
ditanya secara sinis: Pada hari akhirat kelak, adakah nyanyia ini akan
dating dalam suratan kebajikan atau kejahatan kita? Lalu beliau
menjawab: tiada dalam suratan kebajikan mahupun suratan kejahatan.
Ini kerana ia adalah sama seperti al-laghwi dalam satu firman Allah:
Maksudnya:“Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu
Yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu
bersalah (dan akan mengenakan hukuman) Dengan sebab sumpah
Yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat
bersumpah). dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Penyabar”
Surah Al-baqarah: 255
Dr Yusuf al-Qardawi tetap berpegang dengan pendiriannya yang
menyatakan bahawa tidak semua nyanyian adala laghwa bahkan ia
mempunyai hokum yang tersendiri bergantung kepada niat si
pelakunya. Niat yang baik boleh mengubah hiburan menjadi suatu
qurbah dan perkara yang harus menjadi satu amalan taat. Berbeza
pula dengan niat buruk yang akan merosakkan amalan yang pada
zahirnya berbentuk ibadat tetapi pada hakikatnya terdapat sifat riya’.
Bagi sesiapa yang mendengar nyanyian tanpa mempunyai apa-apa
niat sama ada ibadat mahupun untuk maksiat, ia merupakan satu
perkara lagho yang dimaafkan. Ia samalah seperti seorang yang
bersiar-siar di taman atau duduk di pintu rumahnya sambil melihat
permandangan di luar.
Dalil seterusnya bagi golongan yang mengharamkan nyanyian adalah:-
Maksudnya : “Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa
Yang Engkau rancangkan)! kemudian siapa Yang menurutmu di antara
mereka, maka Sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu
semua, sebagai balasan Yang cukup.Dan desak serta pujuklah sesiapa
Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah
penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka; dan turut - campurlah Dengan mereka Dalam
menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah
mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh
Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Al-Israa: 63 dan 64
Sesetengah ahli tafsir menyatakan: maksud suaramu itu suara syaitan
dalam ayat tttersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata: suara syaitan
ialah nyanyian, seruling, dan hiburan. Ad dohlak berkata: suara tiupan
seruling (muzik). Namun begitu, tafsiran ini tidaklah bersifat maksum.
Oleh itu, kita tidak wajib berpegang kepada tafsiran ini kerana ramai
ahli tafsir lain yang membuat tafsiran berbeza sama sekali.
Ibnu Abbas r,a berkata: Maksud suara syaitan ialah setiap seruan yang
menggalakkan perbuatan maksiat kepada Allah. Ia turut ditafsirkan
sebagai bisikan was-was. Hakikat yang sebenarnya ialah: apa yang
difahami daripada ayat ini, bukan makna zahirnya yang tersurat.
Kerana maksudnya di sini ialah keran Iblis yang dilaknat itu telah
diberitahu agar menyesatkan umat manusia. Sesungguhnya iblis tidak
berupaya menyesatkan hamba Allah yang ikhlas.
HUKUM SUARA WANITA
Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana
perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah
kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan
lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada
kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai
dan sopan)”
Tiada dalil yang terang dan jelas dalam syariat Islam yang menyatakan
hukum bagi suara wanita. Namun demikian berdasarkan hadis-hadis
marfu’ hukum suara bagi wanita dapat diperjelaskan.
Contoh hadith yang menyentuh tentang suara wanita ialah daripada
Shahih Bukhari, hadis 949 dan 952, Shahih Muslim, hadits 892
menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak
perempuan bernyanyi di rumahnya. Hadith Riwayat Tirmidzi dinilainya
sahih Imam Asy-Syaukani Nailul Authar, VII / 119 juga ada menyatakan
tentang perbuatan Rasulullah terhadap suara wanita dimana
Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar
untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah .
Daripada Dalil As-Sunnah ini menunjukkan suara wanita bukanlah
aurat, sebab jika aurat tentu tidak akan dibiarkan oleh Rasulullah.[1]
BILAKAH SUARA WANITA MENJADI AURAT?
Suara wanita akan menjadi aurat bila berada dalam keadaan yang
berikut,
Pertama, apabila bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan
muhrim akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat
serta melalaikan Keduanya menurut Imam Ghazali ialah ketika wanita
menyanyi. Maka pada saat itu suaranya aurat . Terakhir ialah
daripada syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama
terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi berkata, suara wanita
ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat, kecuali ketika dia
menyanyi, maka pada saat itu suaranya aurat
SUARA WANITA DAN NYANYIAN
Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat
contohnya mendayu-dayu, mengada-ngada, merayu, dan
seumpamanya.
Kedua, perbuatan itu tidak disertai perbuatan-perbuatan haram dan
maksiat, seperti minum arak, membuka aurat, dan sebagainya.
Ketiga, tidak bersuara manja, dengan tujuan menarik perhatian dan
menggoda lelaki.
PERINGATAN BUAT KAUM HAWA
1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum
Hawa dengan suatu hajat yang perlu sahaja
2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembut-
lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan
muhrimnya kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah
orang
3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak
disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang,
kecuali di kalangan mereka sendiri
4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan
imam dalam sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih
seperti yang dilakukan oleh lelaki tetapi memadailah dengan menepuk
tangannya saja
5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat
6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang
memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia
dilarang bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita
7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah
dilarang. Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin
mengenai galakan belajar Al-Quran berlagu.
Hukum alat muzik menurut pandangan Ulama’.
Ulama telah berselisih pendapat dalam menghukum alat muzuk baik
dari jenis peralatan tersebut dan juga hukum memainkannya. Terdapat
3 pandangan ulama’ utama dalam hukum alat muzik. Penjelasan
terperinci mengenai golongan ulama dan juga pandangan masing-
masing adalah seperti yang di bawah.
Golongan Ulamak Yang Pertama
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua termasuk ulama 4
mazhab bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan
kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang
ditegah oleh syarak sepertimana diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Bahawa Allah telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan
membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan
Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif
(alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat
awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah …..
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )
Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz
hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad
bin Hanbal.
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani
dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh
sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka
hadis ini menjadi hassan. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga
ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
حرام والمزامير حرام والمعازف حرام والدن حرام الكوبة
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan
alat muzik jenis bertiup itu haram.
Selain itu terdapat juga hadis yang berkaitan dengan pengharaman
alat ma’azif
, بالمعازف رءوسهم على يعزف اسمها بغير يسمونها الخمر أمتي من س أنا ليشربن
, والخينزير, القردة منهم ويجعل األرض بهم الله يخسف .والغنيات
Akan datang masanya di mana orang-orang dari kaumku akan
meminum khamar(minuman keras)yang kemudian dinamakannya
dengan rentak dan nyanyian-nyanyian para wanita,nanti Allah akan
tengelamkan mereka ke dalam bumi, dan akan menjadikan mereka itu
monyet-monyet dan babi-babi.[2]
(Riwayat Ibn Majah)
والمعارف الخمر و والحرير الحر يستحلون أقوام أمتي من ليكونن
Akan ada dari kalangan umatku segolongan manusia yang
menghalalkan zina,sutera,arak dan al-ma’azif
Walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur
rawinya) dan mu’allaq (sanadnya terputus). Pengkritik hadis yg
berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu
Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu’adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai
bermaksud alat muzik.
Golongan Ulamak Yang Kedua
Sebahagian ulama yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik
ialah Al Syeikh Mahmud Syaltut Beliau telah menjelaskan dalam
fatwanya Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir fi Hayatihi
al Yaumiyyah wa al ‘Ammah[3] di mana katanya:
“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu
tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara
manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan
pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia
melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.
Selain itu, Dr. Ahmad al Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa
ulamak dalam kitabnya dalam perkara mendengar muzik dan
nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa
beliau berpendapat, fatwa al ‘Allamah al Syeikh Mahmud Syaltut itu
adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulama yang
mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik
dan nyanyian itu[4].
Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh al
Dilalat fi Sama’i al Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang
berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) bahawa hukum
haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan di dalam hadis
bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian
yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang
demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti
suara burung akan termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulama
telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu
tidaklah dihukum haram. Bahkan menggunakan dan mendengar alat-
alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang
haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “ Al
Laghwa ”. Menurut beliau “ Al Laghwa ” ialah perkara-perkara yang
dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan
dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada
melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat.
Golongan Ulama Yang Ketiga
Imam Al-Ghazali diantara golongan yang mengharamkan beberapa
jenis alat muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik
yang diharamkan itu ialah (al mizmar- المزمار) seruling atau semua alat
yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya, (al awtar – األوتار) alat
muzik bertali dan ( al Kubah Thoblu – الكوبة طبل ) gendang kecil ramping
ditengah. Ini kerana ia menjadi lambang kepada peminum arak. Selain
daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya masih kekal dengan
seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat
loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang
yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.
Al Imam al Ghazali berhujah dengan berkata bahawa syara’ tidak
mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia
hanya kerana kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut
dilarang. Ia dilarang atas dasar turutan (ittiba’). Apabila arak
diharamkan, maka semua amalan peminum arak turut diharamkan
bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling. Setiap perkara yang
mendorong kepada yang haram mesti diharamkan juga sebagai satu
jalan menghalang daripada berlaku kesesatan.
Muzik bertali dan seruling (atau seumpamanya) menjadi haram kerana
mengikuti pengharaman arak berdasarkan beberapa alasan iaitu Alat
ini menyebabkan seseorang yang baru meninggalkan arak mengingati
kembali majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini
kerana majlis hiburan tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-
alat muzik tersebut. Dengan itu apabila dia bermain dengan muzik
tersebut, maka ia akan membawa kepada ingatan terhadap majlis itu.
Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab seseorang yang
telah meninggalkan amalan meminum arak kembali melakukannya.
Selain itu,terdapat ijma’ ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi
amalan orang-orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai
mereka. Ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka
termasuk di kalangan kaum tersebut.
Hukum bermain alatan muzik bertali
Dalam kategori-kategori alatan muzik yang menggunakan tali,
terdapat banyak cabang daripadanya. Tetapi ianya boleh di khususkan
kepada beberapa alat muzik khasnya yang di petik iaitu Al-‘Ud atau Al-
Muzhir : Kecapi Ar-Rabab : Rebab (seperti biola). At-Tanbur : Gambus
Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil, biola, gitar piano.. Adapun alatan
muzik seperti gambus, gitar bass, gitar lead, semuanya termasuk
dalam kategori gitar. Manakala keyboard termasuk dalam kategori
piano.
Pada fasa kemodenan di era kini, muzik telah berkembang dengan
begitu pesat, sehingga timbul bermacam-macam persoalan mengenai
muzik. Terdapat alatan muzik yang menggunakan sistem komputer
seperti minus one yang semakin banyak di gunakan. Begitu juga
dengan alat muzik DJ yang di gunakan dalam lagu-lagu
berunsurkan rap dan juga r n b dan terdapat juga pada lagu-lagu
nasyid kontemporari. Bagaimana maslahah memandangnya.
Hukum bermain gitar, piano dan biola
Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali
menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan
yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada
punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana
berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah
melarangnya. Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :
Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat
alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan
yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan
manusia merasa seronok juga tidak boleh. Akan tetapi yang
diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai
pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat
tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan
sebagainya. Justeru, setiap apa yang
menjadilambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan
iaitulah autar danmazamir.
Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum
pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya samalah seperti hukum
berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya
iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan
muqaddimah ke arah maksiat keji tersebut. Oleh itu, alat muzik autar
dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak
dengan 3 sebab:-
1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum
arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar
alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat
muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu
tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan
membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya
semula ke tabiat lama.
3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat
kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita
dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang
menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan
dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”
Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian
menyatakan:
Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana
ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang
diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua
perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan
kepada manusia[5]. Bersesuaian dengan firman Allah,
“Katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani )
mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk
hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi
halal dari rezki yang dikurniakanNya?” (Al-A’raf:32)
Syeikh Ibn Baz berkata dalam kitabnya Majmoo’ al-Fataawa[6] 3/423-
424 :
Ma’aazif merujuk kepada menyanyi dan peralatan muzik. Nabi SAW
berpesan kepada kita, pada akhir zaman akan datang seseorang yang
akan membenarkan semua ini seperti mana mereka membenarkan
arak, zina dan sutera. Ini adalah satu petanda kenabian nabi SAW
semua ini telah berlaku. Hadith ini menyatakan bahawa alat muzik
adalah haram, dan mengutuk sesiapa yang menghalakannya, sama
seperti mengutuk sesiapa yang berkata arak dan zina dibenarkan.
Banyak ayat al-Quran dan hadith yang memberi amaran dan larangan
berkenaan nyanyian dan alat muzik. Sesiapa yang menyatakan
bahawa Allah membenarkan nyanyian dan alat muzik adalah
berbohong dan melakukan kemungkaran besar. Kita memohon kepada
Allah supaya dijauhkan daripada hasutan hawa nafsu dan syaitan.
Lebih teruk lagi dan lebih berdosa lagi daripada sesiapa yang
menyatakan muzik atau alat muzik mustahabb (disarankan). Tidak
diragukan lagi, ini membawa kepada perasaan tidak peduli kepada
Allah dan agamaNya. Ini menderhaka kepada Allah dan berbohong
tentang undang-undangNya.
Apa yang disarankan (mustahabb) ialah, memukul daff (kompang)
pada majlis perkahwinan. Perbuatan ini disaran kepada wanita sahaja
dalam mengumumkan perkahwinan dan bg mengelakkan fitnah. Tidak
ada salahnya wanita bernyanyi sesama wanita, disertakan dengan
kompang selagi nyanyian tidak mengandungi perkataan yang
menggalakkan kejahatan atau melalaikan manusia daripada
melakukan tugas mereka. Ini dengan syarat sesama wanita sahaja dan
tidak bercampur dengan lelaki. Dan juga tidak mengganggu jiran
tertangga. Sesetengah orang menguatkan nyanyian dengan pembesar
suara adalah kejahatan, kerana mengganggu Muslim yang lain, jiran
tertangga dan orang lain. Tidak dibenarkan juga bagi wanita di majlis
perkahwinan atau majlis lain, menggunakan sebarang alat muzik
selain kompang, seperti oud (alat muzik arab yang bertali), biola,
rebab (alat muzik arab yang bertali) dan lain-lain. Penggunaan alat
muzik ini adalah kemungkaran, kebenaran kepada wanita untuk
menggunakan alat muzik adalah kompang sahaja.
Bagi orang lelaki pula, tidak dibenarkan mereka bermain apa-apa alat
muzik sekali pun sama ada pada majlis perkahwinan atau majlis-majlis
lain. Apa yang Allah tentukan bagi lelaki ialah berlatih menggunakan
alatan perang seperti menggunakan pedang, lembing, menunggang
kuda, kereta kebal, pesawat pejuang, meriam, machine gun, bom dan
lain-lain lagi yang boleh membantu jihad demi Allah.
Di dalam mencari nas pengharaman nyanyian dan muzik tidak ada nas
yang cukup kuat di dalam mengisthibat hukumnya. Kaedah fiqh “asal
hukum sesuatu perkara itu boleh”. Dalam syariat Islam sesuatu nas itu
mestilah cukup kuat dan jelas dalam mengharamkan sesuatu perkara,
ini kerana haram dan halal itu ada kaitannya dengan pembalasan di
akhirat.
Kebanyakan nas yang dijadikan sandaran dalam pengharaman muzik
dan nyanyian dipertikai oleh ulama muktabar akan kesahihanya
terutamanya hadis-hadis Rasulullah s.a.w. walaupun ada nas yang
sahih dari sudut sanadnya tidak sorih (jelas) dari segi
pengharamannya. Pada masa yang sama ada nas yang sorih (jelas)
tetapi tidak sahih pula hadis tersebut.
Di antara tanda keuniversalan Islam itu adalah bertoleransi, memberi
kemudahan, bukan menjadi masyarakat yang menakutkan orang lain
dan menjauhkannya. Dalam satu riwayat Nabi s.a.w telah
menunjukkan sikap Baginda yang tegas terhadap Abu Bakar yang
bersikap keras ke atas dua orang hamba sahaya yang bernyanyi, ini
jelas dalam beberapa hadis yang sahih di antara yang bermaksud:
Agar orang-orang yahudi mengetahui, bahawa dalam agama kita
(Islam) terdapat keluasan dan toleransi.
Manakala menurut Imam al-Syaukani[7]: “Ulama’ Madinah dan yang
bersepakat dengan ulama al-Zohiriy serta ulama-ulama Sufiyyah
mengharuskan nyanyian biarpun nyanyian itu diiringi dengan alat
muzik yang bertali.”
Sementara itu, menurut Imam al-Haramain di dalam kitab al-Nihayah
dan Ibn Abi al-Dunya telah meriwayatkan satu peristiwa yang stabit
(tepat) dari sudut sejarah : “Sesungguhnya Abdullah bin al-Zubir
memiliki beberapa orang hamba sahaya yang pandai bermain alat-alat
muzik yang bertali. Pada suatu hari Abdullah bin Umar telah masuk ke
dalam rumah Absullah bin al-Zubir dan mendapati di sisinya terdapat
alat muzik yang bertali, lalu dia bertanya kepada Abdullah bin al-Zubir,
Apa ini sambil memegang dan memerhatikan alat muzik tersebut,
Abdullah bin al-Zubir menjawab: “Alat ini untuk mengimbangi
kecerdasan akal.”
Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab
berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar :-
Mazhab Hanbali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan
gitar serta lain-lainnya.
Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang
dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-
lainnya.
Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan
lain-lainnya.
Mazhab Hanafi.
Haram : Semua jenis alat muzik kecuali kompang.
Hukum muzik menggunakan sistem komputer
Dr al-Imam Prof Yusof al-Qaradhawi berpendapat hadis-hadis yang
berkaitan haramnya alat muzik tertentu kesemuanya tidak terlepas
dari kecacatan. Ini kerana isu muzik mula dibahaskan di zaman
sahabat dan tabi’in. Maka hukum alat muzik (baik dari alat atau
penghasilan komputer) itu harus dan keharusannya bergantung
kepada penggunaannya. Kecualilah alat muzik itu menjadi lambang
kefasikan dan dinisbahkan kepada agama tertentu menurut
pandangan uruf (budaya setempat).
Kebanyakan nas yang mengharamkan nyanyian dan muzik adalah
apabila ia bercampur dengan perkara-perkara haram seperti nyanyian
disertakan dengan arak, pergaulan lelaki dan wanita tanpa batasan,
seni kata yang bercanggah dengan iktiqad Islam, muzik yang
digunakan yang melampau seperti rock yang padanya tidak
mendatangkan ketenangan malahan mendatangkan ketegangan
emosi yang tidak stabil.
Nyanyian dan muzik hukumnya harus selagi mana etika Islam
dipelihara di dalamnya seperti nyanyian yang menggambarkan
keindahan alam, kasih sayang sesama manusia, ketuhanan,
kedamaian dan sebagainya.
Perkara ini masih menjadi khilaf di kalangan ulama’ mengenai hukum
muzik. Para ulama’ sejak zaman silam telah cuba mengupas masalah
ini berdasarkan kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan
dengan uslub istinbat hukum sebagaimana yang tertera di dalam
kanun perundangan Islam. Muzik terus menjadi salah satu isu yang
sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama’ dan fuqaha’ telah
berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagi kepada
dua golongan iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang
mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang
tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara
ini.
Sebagai kesimpulannya, hukum bermain alat muzik seperti gitar,
piano, dan biola hukumnya harus selagimana tidak ada perkara yang
boleh menjadikannya haram seperti adanya arak, pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Begitu juga dengan
sesuatu alat itu mengikut ‘urf setempat, jika menunjukkan kepada
kefasikan dan nisbah kepada suatu agama lain maka jatuh hukumnya
haram. Manakala hukum bermain alat muzik menggunakan komputer
juga adalah harus hukumnya selagi tidak ada perkara yang
membolehkannya haram.
Isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan hukum muzik dan
hiburan dalam islam
Antara isu-isu yang selalu diperkatakan ialah:
1) Hukum mendengar atau menyanyikan lagu-lagu bahasa asing yang
tidak diketahui makna seni kata atau liriknya.
- tiada dalil atau nas serta pandangan ulama yang khusus
mengenainya
- sememangnya ia boleh menimbulkan keraguan
- ia boleh merosakkan akidah seorang muslim jika liriknya
bertentangan dengan akidah umat islam.
- Sebagai langkah berwaspada umat islam haruslah meneliti latar
belakang penyanyi,konsep lagu tersebut,ciri-ciri lagunya dan
sebagainya.
- Menurut Yusuf al-Qaradawi : terdapat syarat berkaitan dengan diri
orang yang mendengar hiburan(muzik)
- orang yang mendengar hiburan itu adalah dikira orang yang lebih
memahami tentang dirinya sendiri dan lebih layak menjadi penentu
hukum kepada diri sendiri.
2) Hukum mendengar serta menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai
lirik yang agak melampau atau bercanggah dengan syariah islam.
- diharamkan kerana ianya secara terang-terangan bersalahan dengan
apa yang telah disyaratkan oleh ulama’
- Dr.Yusuf al-Qaradawi: Nyanyian yang harus hukumnya ialah nyanyian
yang tema dan kandungannya menepati
syarak serta.tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam samaada
dari segi akhlak, syariah, aqidah dan sebagainya.
3) Isu lagu berbentuk dakwah (nasyid) tetapi menggunakan muzik
yang agak melampau seperti berunsur rock dan sebagainya.
- liriknya bercirikan dakwah,nasihat,kisah-kisah nabi,selawat,zikir dan
sebagainya.
- Dr.Yusuf al-Qaradawi berpendapat: muzik yang diharuskan itu adalah
selama mana ia tidak melampau,serta tidak melalaikan sehingga lupa
kepada tanggungjawab sebagai muslim .
Ulama yang mengharuskan hiburan berunsur muzik ini meletakkan
beberapa syarat sebagai landasan kepada umat islam. Menurut fatwa
yang dikeluarkan oleh JAKIM garis panduan yang digariskan mengenai
hiburan ialah:
Program Hiburan
a. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
b. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu
ketenteraman awam dan orang ramai.
c. Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti
masyarakat dan ajaran Islam.
d. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
e. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh
menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
f. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
Persembahan Muzik
a. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
b. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
c. Tidak melalaikan.
Lirik
a. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
b. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu
syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi
perangsang melakukan dosa.
c. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan
peribadi.
d. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab
kesopanan dalam Islam.
e. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat
Islam.
f. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
g. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah
dan seumpamanya.
h. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
Persembahan Artis
a. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata
yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
b. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah
dengan kehendak Islam.
c. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan
perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
d. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan
maksiat atau menghina agama Islam.
Persembahan Tarian
a. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah
dengan kehendak Islam.
b. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
c. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang
boleh menimbulkan fitnah.
d. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
e. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Tanggungjawab Penganjur
a. Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan
menepati garis panduan yang telah disediakan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, hukum bermain alat muzik seperti gitar,
piano, biola dan alatan muzik lain yang menggunakan tali
hukumnya harusselagimana tidak ada perkara yang boleh
menjadikannya haram.
Begitu juga dengan sesuatu alat itu mengikut ‘uruf setempat, jika
menunjukkan kepada kefasikan dan nisbah kepada suatu agama lain
maka jatuh hukumnya haram. Manakala hukum bermain alat muzik
menggunakan komputer juga adalah harus hukumnya selagi tidak ada
perkara yang membolehkannya haram.
Hukum tentang muzik ini harus berlandaskan beberapa syarat yang
telah ditetapkan oleh para ulama’ yang mengharuskannya..
Rujukan1. Yusuf al-Qardawi. 2006. “Nyanyian dan Muzik menurut perspektif
Islam”, Pustaka Salam Sdn Bhd.
2. Zuhayli, Wahbah, 1997. Al-fiqh al-islami wa adillatuhu, Damsyik: Al-fikr.
3. Yusuf al-Qardawi. 2001. “Al-islam wa al-fan, seni menurut perspektif
islam”, Perniagaan Jahabersa.
4. Engku Ibrahim bin Ismail, 1992. “Konsep seni dalam Islam”, Akademi
Pengajian Melayu Universiti Malaya.
5. Muhammad Qutb, 1980. “Manahij al-Fan al-Islami”, Cairo: Dar al-syuruq.
6. Yusuf al-Qardawi. 1967. “al-Halal wa al-Haram fi al-Islam”. Beirut
[1] Abdurrahman Al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 69-70
[2] Yusuf Al-Qardhawi(2010),fikh halal dan haram dalam Islam.cetakan
ke 8.
[3] Mahmud Syaltut Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir
fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al ‘Ammah
[4] Ahmad al Syarbashi :Yas’alunaka ‘an al Din wa al Hayah
[5] DR. Yusuf Al-Qardawi, Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-
Quran dan As-Sunnah, (Cetakan Pertama : Ogos 2006)
[6] http://www.muttaqun.com/music.html
[7] Imam Al-Syaukani, Nail al-Authar, jilid 8, hal. 264-266Share this: