Hudud -Mencuri Di Potong tangan

9
ASSALAMUALAIKUM HADIS KETUJUH BELAS

Transcript of Hudud -Mencuri Di Potong tangan

Page 1: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

ASSALAMUALAIKUM

HADIS KETUJUH BELAS

Page 2: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

MAKSUD HADIS“mengambil berat tentang seorang wanita suku Bani

Makhzum Dari Aisyah r.a sesungguhnya orang Quraisy telahpun yang mencuri,mereka itu berkata:”Tiada siapa yang memperkatakan (hal itu)kepada Rasullulah S.A.W dan tiada yang berani menceritakan hal itu kecuali Usamah yang dikasihi Rasullulah S.A.W,maka ia memperkatakan hal itu kepada Rasullulah S.A.W,lalu baginda bertanya:Adakah engkau memberi syafaat tentang satu had dari had-had Allah,kemudian baginda bangun berucap seraya berkata:Wahai manusia,sesungguhnya binasa menjadi umat sebelum kamu kerana mereka itu apabila orang atasan mencuri mereka tinggalkan(tidak dikenakan hukuman)dan apabila orang bawahan mencuri dikalangan mereka,mereka kenakan hukuman.Demi Allah jikalau sekiranya Fatimah Binti Muhammad ini mencuri nescaya aku akan memotong tangannya.”

Page 3: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

Keterangan Hadis secara ringkas

Hadis ini diceritakan oleh Aishah mengenai orang-orang Quraisy yang mengambil berat kes seorang perempuan dari bani Makhzum mencuri, tiada siapa yang berani membawa kes ini kepada nabi.Orang ramai mengatakan bahawa Usamah adalah seorang yang dikasihi nabi,lalu Usamah menceritakan kes ini kepada Rasullulah S.A.W setelah itu baginda mengatakan:Adakah kamu ingin menolong satu kes dari hudud-hudud Allah?Selepas itu nabi berkhutbah:sesungguhnya telah rosak orang-orang sebelum kamu dimana kalau orang atasan melakukan jenayah mencuri tidak dikenakan hukuman,dan kalau orang bawahan melakukan jenayah dihukum,kemudian nabi S.A.W bersabda:Demi Allah,kalau Fatimah binti Muhammad mencuri sekalipun aku sendiri memotong tangannya.

Page 4: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

Keterangan Hadis secara terperinci

1-Pengertian mencuri dan hukumnya dalam islamPengertian bahasa:pengambilan harta benda secara

diam-diam.Istilah syarak:pengambilan harta secara diam- diamdan

zalim dari tempat simpanan sewajarnya dengan terikat kepda syarat tertentu.

-Hukuman mencuri dalam islam mengikut nas-nas Al-Quran dan hadis As-Syarif ialah potong tangan keatas pencuri samaada lelaki atau perempuan apabila sabit kesalahannya

-Pembalasan (hukuman)tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curinya sendiri atau pihak pemerintah,

ia juga tidak harus ditukar ganti dengan hukuman yang lain atau ditangguhkan pelaksanaanya.

Page 5: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

2-Syarat-syarat bagi sabit hukuman curi

a)Syarat pencuri

-Sempurna akal -Baligh -Pilihan sendiri -Terikat dengan undang-undang Islam -Pencuri bukan asalnya (bapa atau datuk) -Tahu mencuri itu haram

Page 6: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

b)Syarat harta yang dicuri -Jenis barang yang bernilai -Cukup nisab -Harta yang dicuri terletak di tempat yang sewajarnya dengannya. -Harta yang dicuri itu jenis tahan disimpan dan tidak jenis rosak -Hendaklah barang yang dicuri bukan sesuatu yang diharus seseorang mengambilnya. -Harta benda itu bukan miliknya. -Terpelihara,iaitu pencuri tidak ada hak mengambil, tidak ada takwil dan tidak ada sepakat -pencuri tidak dibenarkan masuk ke tempat simpanan dan tidak mempunyai keizinan -Ada niat mencuri

Page 7: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

3-kedudukan dan kesan apabila tiada perlaksanaan hukuman had terhadap individu dan masyarakat

a)Individu1-Seorang yang tidak dijatuhkan hukuman akan

berasa tidak takut serta ada kemungkinan dia akan melakukan lagi kesalahan tersebut.

2-Individu lain sentiasa takut dan bimbang barang-barang mereka dicuri.

b)Masyarakat1-Masyarakat akan mengambil tindakan sendiri

terhadap pencuri 2-Keadaan masyarakat tidak aman serta

menimbulkan permusuhan di kalangan mereka

Page 8: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

Pengajaran Hadis

1-Pencuri wajib dipotong tangan, tidak boleh ditukar dengan hukuman yang lain

2-Tidak boleh pilih kasih dalam menjalankan hukuman,walaupun anak sendiri

3-Kebinasaan akan menimpa kalau dihukum orang bawahan sahaja dan orang atasan dibiarkan sahaja.

4-Tidak bolrh melindungi kesalahan hudud,hndaklah diberitahu kepada pihak tertentu

Page 9: Hudud -Mencuri Di Potong tangan

SEKIAN TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH:SULIZA BT ZAMALESHARINUR HAZWANI BT RAZALI

NURUL FARIHAH BT HASHIM