HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK … · BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU...
Transcript of HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK … · BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU...
HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK
BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KULAI, JOHOR
PATRICK TAN CHUN VUI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK
BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DI DAERAH KULAI, JOHOR
PATRICK TAN CHUN VUI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Buat keluarga yang berada di Sabah
Dan tidak dilupakan juga kepada
insan-insan yang sentiasa berada di sisi.
Doa kalian memberi dorongan dan kekuatan
buat diri ini untuk meneruskan perjuangan
sehingga ke mercu kejayaan
Tiada kata yang dapat ku lafazkan
kecuali TERIMA KASIH yang tidak terhingga
Doaku moga kalian
dilindungi dan diberikan kehidupan
yang bahagia dan sejahtera selalu
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, projekpenyelidikan ini dapat disiapkan mengikut masa setelah menempuh pelbagaihalangan dan dugaan.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek Prof. Madya Syed MohamedShafeq Bin Syed Mansor Alhabshi atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan danpandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini.
Selain itu, penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkanribuan terima kasih kepada pengetua dan guru-guru yang sudi menghulurkan tangankepada saya untuk menjayakan projek ini. Kerjasama yang diberikan oleh merekaamat dihargai.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada ibu dan ayah serta keluargatersayang di atas pengorbanan, sokongan dan dorongan. Terima kasih juga buatsemua pensyarah dan staf UTM serta pihak-pihak yang membantu secara langsungatau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dikendalikan untuk meninjau tahap kepuasan kerja danhubungannya dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-gurusekolah menengah kebangsaan di Daerah Kulai, Johor. Seramai 278 orang gurudipilih secara persampelan rawak daripada empat buah Sekolah MenengahKebangsaan di Daerah Kulai. Kajian ini bertujuan mengenalpasti perbezaankepuasan kerja dari segi demografi (jantina, taraf pendidikan dan mengalamanmengajar). Soal selidik Job Descriptive Index (JDI) mengandungi 72 itemdigunakan bagi mengukur kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gajiyang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja), manakala Propensity to Leave Index(PLI) dengan lima item digunakan untuk mengukur kecenderungan hendak berhentikerja. Nilai Kebolehpercayaan bagi instrumen JDI adalah 0.89 dan PLI ialah 0.85.Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5(SPSS 11.5) untuk menganalisis statistik deskriptif dan statistik inferensi (Ujian t,ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson) pada aras signifikan 0.05. Keputusan kajianmendapati tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi pada kerja itu sendiri, penyeliaan,rakan sekerja dan secara keseluruhan manakala aspek gaji yang diterima dankenaikan pangkat berada pada tahap sederhana. Tahap kecenderungan hendakberhenti kerja pula pada tahap rendah. Keputusan kajian mendapati wujud perbezaanyang signifikan di aspek gaji yang diterima sahaja dari segi jantina. Keputusan kajianjuga mendapati wujud perbezaan yang signifikan di semua aspek dan secarakeseluruhan, melainkan aspek penyeliaan yang tidak wujud perbezaan signifikan darisegi taraf pendidikan. Keputusan lain dalam kajian menunjukkan wujud perbezaanyang signifikan kepuasan kerja dari segi pengalaman mengajar di aspek kerja itusendiri sahaja. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan negatif yang sangatsignifikan di antara kecenderungan hendak berhenti kerja dengan semua aspekkepuasan kerja dan juga secara keseluruhan.
vi
ABSTRACT
This research was being carried out to distinguish the level of job satisfactionand propensity to leave among the teachers in Kulai district. This research is also todetermine differences between job satisfaction and demography (sex, qualificationand working experience). 278 teachers were chosen randomly from four schools.Job Descriptive Index (JDI) with 72 items was used to measure the level of jobsatisfaction (work itself, salary, promotion, supervision and co-workers) whilePropensity to Leave Index (PLI) with 5 items was used to measure the level oftendency to leave. The reliability coefficient for JDI is 0.89 while PLI is 0.85. Thedata was analyzed into descriptive statistics and inference statistics at the significantlevel 0.05 (t-test, One-way ANOVA and Pearson Correlation) using the StatisticalPackages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS 11.5). The outcomes indicated thatthe level of job satisfaction were high in the aspects of work itself, supervision, co-workers and in overall while aspects of salary and promotion was moderate. Thetendency to leave was at the low level. The outcomes showed that there existssignificant difference in job satisfaction between sex factor in salary aspect only. Theoutcomes also showed that there exists significant difference in job satisfactionbetween academic qualification factor in all aspects including in overall exceptsupervision aspect which showed no significant difference. The findings showedthat there exists significant difference in job satisfaction between teaching experiencefactor in aspect of work itself only. The outcomes showed that there exists a verysignificant negative relation between the tendency to leave and the job satisfaction inall aspects including in overall.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
TAJUK i
PENGESAHAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Model Kajian 7
1.7 Hipotesis Kajian 8
1.8 Kerangka Teoritis
1.8.1 Teori Dua Faktor Herzberg
11
11
viii
1.8.2 Teori Jangkaan dan
Keseimbangan
1.8.3 Teori Hieraki Keperluan Maslow
1.8.4 Teori Persamaan Adam
12
13
14
1.9 Kepentingan Kajian 15
1.10 Batasan Kajian 16
1.11 Definisi Istilah
1.11.1 Kepuasan Kerja
1.11.2 Kecenderungan Berhenti
Kerja
1.11.3 Guru
1.11.4 Sekolah
1.11.2 Sosio Demografi
16
16
17
18
18
18
1.12 Kesimpulan 19
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Kajian Kepuasan Kerja
2.2.1 Kepuasan Kerja Terhadap
Pekerjaan itu sendiri
2.2.2 Kepuasan Kerja Terhadap
Gaji yang diterima
2.2.3 Kepuasan Kerja Terhadap
Kenaikan Pangkat
2.2.4 Kepuasan Kerja Terhadap
Penyelia dan Penyeliaan
2.2.5 Kepuasan Kerja Terhadap
Rakan Sekerja
20
21
22
22
23
24
2.3 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap
Demografi
24
2.4 Kajian Kecenderungan Hendak 25
ix
Berhenti Kerja
2.5 Kajian Hubungan Kepuasan Kerja
Dengan Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja
26
2.6 Kesimpulan 26
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Lokasi Kajian 29
3.4 Persampelan Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal Selidik
3.5.2 Skala Permarkatan Job
Descriptive Index(JDI)
3.5.2.1 Kaedah Permarkatan Job
Descriptive Index(JDI)
3.5.3 Skala dan Kaedah
Permarkatan Propensity to
Leave Index (PLI)
31
31
32
34
36
3.6 Penganalisisan Data 37
3.7 Kesimpulan 38
4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Bahagian A : Laporan Deskriptif
4.2.1 Analisis Kebolehpercayaan Data
Kajian
41
41
x
4.2.2 Analisis Profil Responden
4.2.3 Keputusan Analisis Deskriptif
Tahap Kepuasan Kerja
Responden
4.2.4 Keputusan Analisis Deskriptif
Tahap Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja Responden
42
44
53
4.3 Bahagian B : Laporan Inferensi
4.3.1 Keputusan Ujian T (Perbezaan
Kepuasan Kerja Dari Segi Jantina
Responden)
4.3.2 Keputusan Ujian T (Perbezaan
Kepuasan Kerja Dari Segi Taraf
Pendidikan Responden)
4.3.3 Keputusan Ujian ANOVA Sehala
(Perbezaan Kepuasan Kerja Dari
Segi Pengalaman Mengajar
Responden)
4.3.4 Keputusan Korelasi Pearson
(Hubungan Kepuasan Kerja
Dengan Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja)
55
55
59
64
71
4.4 Kesimpulan 74
5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan Dan Rumusan Analisis
Deskriptif
5.2.1 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub
75
76
xi
Skala Kerja Itu Sendiri
5.2.2 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub
Skala Gaji Yang Diterima
5.2.3 Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Kenaikan Pangkat
5.2.4 Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Penyeliaan
5.2.5 Tahap Kepuasan Kerja Dari
Aspek Rakan Sekerja
5.2.6 Tahap Kepuasan Kerja Secara
Keseluruhan
5.2.7 Tahap Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja
77
77
78
79
80
81
5.3 Perbincangan Dan Rumusan Analisis
Inferensi
5.3.1 Keputusan Ujian T (Perbezaan
Kepuasan Kerja Dari Segi
Jantina)
5.3.2 Keputusan Ujian T (Perbezaan
Kepuasan Kerja Dari Segi Taraf
Pendidikan)
5.3.3 Keputusan Ujian Anova Sehala
(Perbezaan Kepuasan Kerja Dari
Segi Pengalaman Mengajar)
5.3.4 Keputusan Korelasi
Pearson(Hubungan Kepuasan
Kerja Dengan Kecenderungan
Hendak Berhenti Kerja)
82
82
83
84
85
5.2 Implikasi Dapatan Kajian 87
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 89
5.5 Kesimpulan 89
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Senarai Sekolah Terpilih Serta Bilangan
Populasi Dan Sampel Guru
31
3.2 Bilangan Item Mengikut Sub Skala JDI 33
3.3 Pecahan Item Soalan Soal Selidik JDI Mengikut
Sub Skala Dan Bentuk Soalan.
33
3.4 Cara Permarkatan Skala JDI 34
3.5 Cara Permarkatan Skala PLI 36
4.1 Analisis Nilai Kebolehpercayaan (alpha) Data
Kajian Daripada Instrumen Kajian Job
Descriptive Index (JDI) Dan Propensity to
Leave Index (PLI)
42
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
43
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Taraf Pendidikan
43
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Pengalaman Mengajar
43
4.5 Analisis Tahap Kepuasan Kerja Dari Segi Sub
Skala Kerja Itu Sendiri
44
4.6 Analisis Tahap Kepuasan Kerja Dari Segi Sub
Skala Gaji Yang Diterima
45
4.7 Analisis Tahap Kepuasan Kerja Dari Segi Sub
Skala Kenaikan Pangkat
46
4.8 Analisis Tahap Kepuasan Kerja Dari Segi Sub 46
xiv
Skala Penyeliaan
4.9 Analisis Tahap Kepuasan Kerja Dari Segi Sub
Skala Rakan Sekerja
46
4.10 Analisis Tahap Kepuasan Kerja Secara
Keseluruhan (JDI)
47
4.11 Bilangan Dan Peratusan Responden Menjawab
Setiap Item Di Sub Skala Kerja Itu Sendiri
47
4.12 Bilangan Dan Peratusan Responden Menjawab
Setiap Item Di Sub Skala Gaji Yang Diterima
48
4.13 Bilangan Dan Peratusan Responden Menjawab
Setiap Item Di Sub Skala Kenaikan Pangkat
49
4.14 Bilangan Dan Peratusan Responden Menjawab
Setiap Item Di Sub Skala Penyeliaan
50
4.15 Bilangan Dan Peratusan Responden Menjawab
Setiap Item Di Sub Skala Rakan Sekerja
51
4.16 Analisis Tahap Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja (PLI)
52
4.17 Bilangan Dan Peratusan Responden Menjawab
Setiap Item Dari Segi Kerjaya Anda
53
4.18 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Kerja Itu
Sendiri) Dari Segi Jantina
54
4.19 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Gaji Yang
Diterima) Dari Segi Jantina
56
4.20 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Kenaikan
Pangkat) Dari Segi Jantina
56
4.21 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja
(Penyeliaan) Dari Segi Jantina
57
4.22 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Rakan
Sekerja) Dari Segi Jantina
57
4.23 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja Secara
Keseluruhan Dari Segi Jantina
58
4.24 Rumusan Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja
(Kerja Itu Sendiri, Kenaikan Pangkat, Gaji Yang
58
xv
Diterima, Penyeliaan Dan Rakan Sekerja) Dari
Segi Jantina
4.25 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Kerja Itu
Sendiri) Dari Segi Taraf Pendidikan
59
4.26 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Gaji Yang
Diterima) Dari Segi Taraf Pendidikan
60
4.27 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Kenaikan
Pangkat) Dari Segi Taraf Pendidikan
60
4.28 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja
(Penyeliaan) Dari Segi Taraf Pendidikan
61
4.29 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja (Rakan
Sekerja) Dari Segi Taraf Pendidikan
61
4.30 Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja Secara
Keseluruhan Dari Segi Taraf Pendidikan
62
4.31 Rumusan Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja
(Kerja Itu Sendiri, Kenaikan Pangkat, Gaji Yang
Diterima, Penyeliaan Dan Rakan Sekerja) Dari
Segi Taraf Pendidikan
63
4.32 Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala
Perbezaan Kepuasan Kerja (Kerja Itu Sendiri)
Dari Segi Pengalaman Mengajar
64
4.33 Keputusan Ujian Post-Hoc ANOVA Sehala
LSD (Least Significant Different) Bagi
Perbezaan Kepuasan Kerja (Kerja Itu Sendiri)
Dari Segi Pengalaman Mengajar.
65
4.34 Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala
Perbezaan Kepuasan Kerja (Gaji Yang
Diterima) Dari Segi Pengalaman Mengajar
66
4.35 Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala
Perbezaan Kepuasan Kerja (Kenaikan Pangkat)
Dari Segi Pengalaman Mengajar
67
4.36 Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala
Perbezaan Kepuasan Kerja (Penyeliaan) Dari
68
xvi
Segi Pengalaman Mengajar
4.37 Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala
Perbezaan Kepuasan Kerja (Rakan Sekerja) Dari
Segi Pengalaman Mengajar
68
4.38 Analisis Skor Min Dan ANOVA Sehala
Perbezaan Kepuasan Kerja Secara Keseluruhan
Dari Segi Pengalaman Mengajar
69
4.39 Rumusan Analisis Perbezaan Kepuasan Kerja
(Kerja Itu Sendiri, Kenaikan Pangkat, Gaji Yang
Diterima, Penyeliaan Dan Rakan Sekerja) Dari
Segi Pengalaman Mengajar
70
4.40 Analisis Hubungan Kepuasan Kerja (Kerja Itu
Sendiri, Kenaikan Pangkat, Gaji Yang Diterima,
Penyeliaan Dan Rakan Sekerja) Dengan
Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja
72
4.41 Analisis Hubungan Kepuasan Kerja Secara
Keseluruhan Dengan Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja
72
4.42 Rumusan Analisis Hubungan Kepuasan Kerja
(Kerja Itu Sendiri, Kenaikan Pangkat, Gaji Yang
Diterima, Penyeliaan Dan Rakan Sekerja)
Dengan Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja
73
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Model kajian hubungan kepuasan kerja dan
kecenderungan hendak berhenti kerja
7
1.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow (Maslow,
1970)
14
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Dalam usaha negara untuk membangun dan memaju ke arah yang lebih
gemilang dan dihormati, para pendidik akan mempunyai tanggungjawab yang lebih
berat dalam usaha mendidik generasi yang bakal memimpin negara kelak. Ekoran
itu, sistem pendidikan negara haruslah dipastikan dalam keadaan yang baik dan
mantap dalam usaha merealisasikan wawasan negara. Isu-isu dan permasalahan yang
boleh menjadi kekangan dalam pembangunan sistem pendidikan negara haruslah
ditegah dan diatasi.
Justeru itu, guru iaitu tulang belakang kepada sistem pendidikan harus
bertanggungjawab dalam hal ini. Bagi melaksanakan tugas tersebut, guru perlulah
mempunyai kecekapan, komitmen dan profesional dalam bidangnya. Tetapi secara
umumnya, para guru datang daripada latar belakang yang berbeza. Oleh itu, mereka
akan membawa bersama sistem nilai masing-masing. Sistem nilai yang berlainan ini
menentukan kepuasan mereka terhadap kerja yang akan mempengaruhi motivasi
mereka serta keperluan mereka..
Menurut Meadbius, kepuasan kerja dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Kepuasan kerja boleh dipertingkatkan sekiranya mempunyai dasar-dasar pentadbiran
yang baik Faktor-faktor lain ialah seperti pekerjaan itu sendiri, gaji, peluang
2
kenaikan pangkat, rakan sekerja, penyeliaan dan lain-lain.(dalam Panirsilvan 1999).
Seseorang akan berpuas hati sekiranya mempunyai gaji yang setimpal, peluang
kenaikan pangkat (Heneman dan rakan, 1988), penyelia yang baik (Maimon dan
Ronen, 1978) serta mendapat kerjasama daripada rakan sekerja (Martin,1981).
(dalam Shahabudin 1999). Herzberg menekankan bahawa kepuasan kerja yang
maksima boleh diperolehi oleh seseorang pekerja jika pihak majikan dapat
memenuhi keinginan-keinginannya.
Keseluruhannya, manusia dewasa ini banyak menghabiskan masa mereka
dalam pekerjaan yang diceburi. Oleh itu, semua organisasi termasuklah bidang
perguruan memerlukan satu polisi efektif yang boleh mengenalpasti dan menjaga
kebajikan pekerja, agar kepuasan terhadap kerja akan diperolehi. Ini adalah penting
bagi menjamin mutu dan produktiviti organisasi tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion perguruan merupakan salah
satu kerjaya yang dipandang mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat di
Malaysia. Hal ini terbukti apabila guru telah diibaratkan sebagai lilin yang
menyalakan diri untuk menerangi orang lain. Namun, tanggungjawab guru bukan
setakat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, malahan juga berperanan
sebagai pendidik dan pembentuk generasi akan datang. Profesion perguruan juga
merupakan bidang asas kepada profesion yang lain kerana bidang profesion yang lain
pula wujud dari hasil titik peluh para guru. Ahli korporat yang berjaya, doktor yang
handal, jurutera yang mahir dan pemimpin yang berkaliber tidak akan wujud dengan
ketiadaan profesion perguruan.
Lantaran itu, jika berlaku kegagalan di sesebuah organisasi sekolah dari segi
memenuhi kehendak golongan guru, ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati dan
secara tidak langsungnya prestasi kerja guru sedikit sebanyak akan turut terjejas.
3
Seandainya keadaan ini dibiarkan berleluasa, akhirnya akan membawa kepada
fenomena berhenti kerja di kalangan guru.
Kepuasan kerja berhubung dengan aspek konteks pekerjaan mampu
mempengaruhi kesediaan dan keupayaan mereka menggunakan segala peluang yang
ada untuk mencapai matlamat-matlamat peribadi daripada pekerjaan yang dilakukan.
Para guru yang berasa puas terhadap pekerjaannya, pendapatan, teman sekerja dan
penyelia serta penyeliaan memperlihatkan sikap yang lebih positif terhadap
pekerjaan yang dilakukan. Mereka beranggapan positif bahawa melaksanakan suatu
tugas dengan baik dan sempurna adalah suatu kemestian dan akan merasa bersalah
sekiranya tidak melakukan yang terbaik.
Locke (1969) menyatakan bahawa keseronokan emosi seseorang pekerja
dicapai apabila berjaya melaksanakan suatu tugas dengan sempurna dan kepuasan
dicapai dengan melakukan pekerjaan tersebut. Manakala Vroom (1964) menyatakan
bahawa kepuasan adalah satu orentasi sikap individu yang positif terhadap
peranannya dalam kerja. Fenomena adalah berkait dengan aspek pekerjaan yang
disukai berbanding dengan aspek pekerjaan yang tidak disukainya, kepuasan dapat
dicapai apabila dapat melakukan pekerjaan disukai berbanding pekerjaan yang tidak
disukainya.
Dalam petikan Jamalludin Yusof(1990), terdapat sebilangan guru yang
mendakwa bahawa mereka diabaikan. Akibat daripada rintihan tersebut, ramai guru
yang minta ditukarkan ke sekolah lain. Menurut data Kementerian Pendidikan
Malaysia, dalam tahun 1980, 122 orang guru sekolah rendah dan 144 orang guru
sekolah menengah meninggalkan bidang perguruan manakala tahun 1984, 303
sekolah rendah dan 180 sekolah menengah, mengambil tindakan yang sama.
(Sumber EPRD, KPM 1985)(dalam Shahabdin 1999). Angka ini dapat menunjukkan
bahawa ketidakpuasan tehadap kerja bukanlah perkara baru tetapi sudah lama timbul
sebelum ini.
4
Menurut Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(KPPK) P.Ramanathan (Utusan Malaysia, 13.2.1995), kerjaya guru sudah tidak
dianggap sebagai satu kerjaya yang mulia lagi dan ini dapat dilihat apabila
pemohonan untuk menjadi guru semakin menurun dari tahun ke tahun. Pernyataan
“Himpitan hidup paksa guru pandu teksi” (Berita Harian,10 Mac 1997) membuktikan
profesion guru tidak lagi digemari dalam masyarakat turut memperlihatkan kejatuhan
nilai dan kewibawaan profesion guru di mata masyarakat.
Menurut bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Amar Sulaiman Daud
pula, masalah utama guru yang dibincangkan adalah masalah kenaikan gaji, peluang
kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan (Utusan Malaysia, Khamis,
16.2.1995). Kenyataan ini disokong oleh Siti Rohani 1991(dalam Syed Shafeq 1997)
menyatakan bahawa guru-guru terpaksa membuat kerja lebih masa, membuat ABM,
kerja-kerja pengkeranian, menghadiri kursus, bengkel dan seminar demi melakukan
penyesuaian kaedah pengajaran yang baru. Ini mengambil masa yang banyak bagi
guru-guru untuk melaksanakannya dan boleh menimbulkan ketidakpuasan dalam
kerja mereka. Selain itu, petikan guru dakwa suasana kerja tak kondusif yang
menyatakan persekitaran kerja yang serba kekurangan di Sibu menyebabkan guru
tidak selesa bekerja, seterusnya akan mempengaruhi pretasi kerja mereka (Berita
Harian, Selasa, 18.7.2005) menunjukkan ketidakpuasan terhadap kerja masih wujud
dan diharapkan dapat diatasi oleh pihak berkenaan untuk menjamin kebajikan guru
sebagai kakitangan kerajaan profesional dapat dijaga.
Dalam ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 (27-04-2004),
beliau menyatakan profesion guru tidak lagi dipandang tinggi sebagaimana sebelum
ini. Perkara ini adalah sesuatu yang menyedihkan. Menurut beliau juga, kejayaan
anak muda negara banyak bergantung kepada kualiti guru-guru mereka. Untuk itu,
kita perlu berusaha secara serius dan merancangkan bersama bagi meningkatkan
sistem pendidikan dengan melipatganda motivasi serta memperbaiki kedudukan
bidang perguruan.
5
Pihak pengurusan harus mengambil kira faktor yang boleh membantu
kepuasan kerja guru. Pihak pengurusan seharusnya peka bahawa selain daripada
ganjaran luar yang melahirkan kepuasan kerja di kalangan guru, penekanan terhadap
faktor-faktor sampingan seperti suasana interaksi yang baik sesama rakan sejawat,
perasaan dihormati dan dihargai juga amat penting. Oleh itu dengan adanya kajian
yang dijalankan ini, diharapkan dapat memberi gambaran tentang kepuasan kerja
terhadap guru-guru yang mengajar di daerah Kulai.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian kepuasan kerja telah banyak dilaksanakan dan membawa faedah
dalam kebanyakan bidang kerjaya yang ceburi. Bidang kerjaya yang telah dikaji
termasuklah bidang perguruan yang berfungsi dan berperanan sebagai tenaga mahir
dalam mendidik generasi akan datang.
Dalam hal ini, pengkaji ingin menjalankan kajian tinjauan hubungan
kepuasan kerja dan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah
menengah kebangsaan di daerah Kulai, Johor.
1.4 Persoalan Kajian
Beberapa soalan kajian dibuat:
1.4.1 Sejauhmana tahap kepuasan kerja (pekerjaan, gaji, pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) dan tahap kecenderungan hendak
berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kulai?
6
1.4.2 Apakah perbezaan kepuasan kerja (pekerjaan, gaji, pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) dari segi demografi ( jantina, taraf
pendidikan dan pengalaman mengajar)?
1.4.3 Sejauhmana hubungan kepuasan kerja (pekerjaan, gaji, pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) yang membawa kepada kecenderungan
hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan
Daerah Kulai, Johor?
1.5 Objektif Kajian
Secara umumnya, objektif kajian ini terbahagi kepada:
1.5.1 Mengenalpasti tahap kepuasan kerja (pekerjaan, gaji, pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) dan tahap kecenderungan hendak
berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan daerah
Kulai, Johor.
1.5.2 Mengenalpasti perbezaan kepuasan kerja (pekerjaan, gaji, pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) dari segi demografi (jantina, taraf
pendidikan, pengalaman mengajar)?
1.5.3 Mengenalpasti hubungan kepuasan kerja (pekerjaan, gaji, pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja) dengan kecenderungan hendak berhenti
kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan daerah Kulai,
Johor.