Hubungan Etnik Di Malaysia (Sejarah , Iltizam Dan Cabaran Baru)
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Transcript of Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI & MENANGANI CABARAN
PENGENALAN
Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk
Persoalan hubungan etnik sangat penting bagi mewujudkan kestabilan politik, dan seterusnya memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
PENGENALAN
Antara kekuatan Malaysia :-“Semua golongan etnik utama terlibat dalam
ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi”.
Contoh : 1. Pengaruh Cina Peranakan @ Baba. Mereka mengasimilasikan tiga kebudayaan iaitu kebudayaan Cina, Melayu & Barat
2. Sumbangan orang India terdapat dalam budaya & falsafah politik Melayu
DASAR & PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN
Usaha untuk mengukuhkan hubungan etnik secara holistik adalah amat mencabar.
2 perkara terawal sebagai pelan tindakan untuk mengekalkan serta mengukuhkan hubungan etnik :-
1) RUKUN NEGARA2) PERLEMBAGAAN MALAYSIA
RUKUN NEGARA
Dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri yang unggul
Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 Digubal oleh Majlis Perundingan Negara Bertujuan menyemai dan memupuk
integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969
RUKUN NEGARA
Rukun negara dengan prinsip bertunjangkan semangat perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri sebagai bangsa Malaysia
Rukun negara menjadi pedoman untuk sebarang program pembangunan negara
Menjadi ikrar untuk acuan integrasi nasional, pembentukan bangsa Malaysia dan ideologi negara
IKRAR RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
IKRAR RUKUN NEGARA
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN
RUKUN NEGARA : KUPASAN
Secara keseluruhan, dalam konteks pembangunan politik, Rukun Negara dengan jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa malaysia yang hidup bersatu-padu, mengamalkan cara hidup demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan juga berfikiran terbuka
Dalam konteks ekonomi ditekan tentang sains dan teknologi berasaskan perindustrian untuk membentuk masyarakat progresif
RUKUN NEGARA : KUPASAN
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini membawa maksud
rakyat di negara ini mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Islam adalah agama Persekutuan. Namun kebebasan beragama selain daripadanya tidak dihalang sama sekali. Dengan kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia yang bermoral, akomodatif, jujur dan tolong-menolong antara satu sama lain.
RUKUN NEGARA : KUPASAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAYang Dipertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Rakyat mesti menunjukkan kesetiaan dan kepada baginda dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub di dalam perlembagaan
RUKUN NEGARA : KUPASAN
3. KELUHURAN PERLEMBANGAAN
Rakyat harus mematuhi dan menghormati perlembagaan sebagi undang-undang yang tertinggi.Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran
RUKUN NEGARA : KUPASAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANGMesti menghormati kedaulatan undang-undang kerana dengan undang-undang kesepakatan dan juga keamanan akan dapat terpelihara.
RUKUN NEGARA : KUPASAN
KESOPANAN DAN KESUSILAANRakyat haruslah mempunyai akhlak yang baik dan terpuji sesuai dengan ciri-ciri atau nilai ketimuran kita. Dengan akhlak yang terpuji akan dapat melahirkan sikap akomodatif.
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
Dalam konteks hubungan etnik, dasar pembangunan negara merujuk kepada :-
1) Usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum
Terdapat 3 pelan dasar pembangunan negara yang utama :
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN
NEGARA
ERA DASAR EKONOMI BARU
(1971 – 1990)
ERA DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL(1991 – 2000)
ERA DASAR WAWASAN NEGARA
(2001 – 2010)
ERA DASAR EKONOMI BARU (1971 – 1990)
Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara
kaum dan wilayah
Mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang
perniagaan dan perusahaan
ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)
Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil
Mewujudkan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
ERA DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - 2010)
Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan
makmur
Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya
Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957
Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara.
Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik
Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.
Falsafah Pendidikan Negara
Berasaskan pendekatan keseimbangan J.E.R.I
Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu mencapai kesejahteraan diri lalu menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
1. Bahasa Kebangsaan sbg bahasa pengantar
2. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
3. Sistem peperiksaan yang sama4. Melicinkan tatacara pengurusan
pendidikan
Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
5. Meningkatkan mutu pendidikan menyeluruh
6. Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dan membuka peluang kepada golongan kurang bernasib baik dan di luar bandar
Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
8. Memperkenalkan sistem KBSR & KBSM berasaskan perkara 3M
9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
10.Mempermudahkan dan memperbanyakkan kemudahan universiti
Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
11. Mempertingkat aspek kerohanian, moral dan disiplin
12. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib yang diajar di sekolah dan memberi peluang pembelajaran bahasa lain (Tamil & Mandarin)
13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin
Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
Memperkenalkan sekolah wawasan RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan. Objektif RIMUP :1) Menggalakkan penyertaan guru dan murid
dlm kegiatan bersama2) Mewujudkan sikap kerjasama 3) Melahirkan persefahaman atr murid
pelbagai kaum4) Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga
dan kepakaran dlm kegiatan khas
Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
Menawarkan pembelajaran bhasa Tamil & Mandarin di sekolah kebangsaan
PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
**Secara jelas banyak dasar dan sistem pendidikan memberi ruang kepada penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini