HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja...

24
HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA Mohd Afnan Bin Abdul Khoni Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) 2011 Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Transcript of HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja...

Page 1: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK

CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA

Mohd Afnan Bin Abdul Khoni

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian

(Pembangunan Sumber Manusia)

2011

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Page 2: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

SESI PENGAJIAN :___________

Saya _________________________________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

** sila tandakan ( )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

___________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

______________________________

______________________________

______________________________

Tarikh : _______________________ Tarikh: _____________________________

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Gred:

Page 3: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

i

Pengesahan Pelajar

Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk

“Hubungan Antara Elemen Tekanan Kerja Dan Konflik Campurtangan Kerja

Dan Keluarga” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.

__________________ ___________________

(Tarikh serahan) (Tandatangan Pelajar)

Nama Penuh Pelajar

No. Matrik

Page 4: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

ii

HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK

CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA

MOHD AFNAN BIN ABDUL KHONI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Pembangunan Sumber Manusia)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2011

Page 5: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

iii

Projek bertajuk ‘Hubungan Antara Elemen Tekanan Kerja Dan Konflik

Campurtangan Kerja Dan Keluarga’ telah disediakan oleh Mohd Afnan Bin Abdul

Khoni dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

Pembangunan Sumber Manusia.

Diterima untuk diperiksa oleh:

....................………………………………

Puan Dayang Kartini Binti Abang Ibrahim

Tarikh:

……………………

Gred

Page 6: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Kuasa kerana

memberi kekuatan dan kesabaran kepada saya untuk menyiapkan Projek Tahun

Akhir. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi untuk menyiapkan

Projek Tahun Akhir. Akhirnya, saya dapat juga menyiapkan dengan jayanya setelah

bekerja keras selama dua semester.

Tidak lupa kepada seseorang yang begitu banyak memberi tunjuk ajar kepada

saya. Tanpa beliau, saya tidak akan dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Jasa

dan pengorbanan beliau begitu banyak dan amat bernilai bagi saya. Hanya Allah

S.W.T sahaja yang mampu membalas segala jasa-jasa dan pengorbanan beliau

terhadap saya. Seseorang yang saya maksudkan adalah penyelia Projek Tahun Akhir

saya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada penyelia projek tahun akhir saya iaitu Puan Dayang Kartini atas segala

bimbingan, nasihat, teguran, tunjuk ajar, dan kesudian beliau meluangkan masa untuk

membantu saya di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan

akademik Fakulti Kognitif Sains Dan Pembangunan Manusia. Di samping itu, tidak

lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi bantuan

dalam memberi penerangan jelas untuk saya menjalankan kajian ini.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya

terutamanya kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan

kepada saya selama ini dalam menyiapkan projek ini serta kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek

penyelidikan ini.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

v

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan iv

Jadual Kandungan v

Senarai Rajah viii

Senarai Jadual ix

Abstrak xi

Abstract xii

BAB 1 – PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Kenyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.3.1 Objektif Umun 5

1.3.2 Objektif Khusus 5

1.4 Hipotesis 6

1.5 Kerangka Konseptual 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 9

1.8 Limitasi Kajian 12

1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 – SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Konsep Tekanan Kerja 15

2.1.1 Model Stress 15

2.2 Bukti Teori 17

2.2.1 Teori Spillover 17

2.2.2 Teori “Work/ Family Border Theory” 18

2.3 Elemen Tekanan Kerja 18

2.3.1 Kekaburan Peranan 18

2.3.2 Berlebihan Beban Peranan 19

2.3.2.1 Model Stress Atkinson (1988) 20

2.3.3 Konflik Peranan 22

2.4 Konflik Campurtangan Kerja Dan Keluarga 22

2.5 Hubungan Antara Tekanan Kerja Dan

Konflik Campurtangan Kerja Dan Keluarga 23

Page 8: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

vi

2.6 Kesimpulan 24

BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 25

3.1 Reka Bentuk Kajian 26

3.2 Populasi dan Sampel 26

3.2.1 Populasi 26

3.2.2 Sampel 26

3.3 Instrumen Kajian 28

3.4 Pengumpulan Data 29

3.5 Analisis Data 30

3.5.1 Statistik Deskriptif 30

3.5.2 Penapisan Data 31

3.5.3 Analisis Psikometrik 31

3.5.4 Ujian Regresi Berganda 32

3.5.5 Ujian Pekali Kolerasi Pearson 33

3.6 Ujian Rintis 33

3.7 Kesimpulan 34

BAB 4 – DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 35

4.1 Keputusan Pengedaran Borang Kaji Selidik 36

4.2 Ciri-Ciri Demografi Responden 36

4.3 Ujian Rintis 43

4.4 Penapisan Data 46

4.5 Analisis Psikometrik 48

4.6 Analisis Terhadap Hipotesis 50

4.6.1 Kolerasi Pearson 50

4.6.2 Ujian Regresi Berganda 55

4.7 Hasil Semua Pengujian Hipotesis Yang Digunakan Dalam

Kajian Ini 57

4.8 Kesimpulan 58

BAB 5 – RUMUSAN, CADANGAN, KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 59

5.1 Rumusan 60

5.1.1 Rumusan Bab 1 60

5.1.2 Rumusan Bab 2 61

5.1.3 Rumusan Bab 3 62

5.1.4 Rumusan Bab 4 63

5.1.5 Rumusan Bab 5 65

Page 9: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

vii

5.2 Implikasi 66

5.2.1 Implikasi Kepada Teori 66

5.2.2 Implikasi Kepada Kaedah Penyelidikan 67

5.2.3 Implikasi Kepada Pengamal Sumber Manusia 67

5.3 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 67

5.3.1 Cadangan Kepada Pemantapan Kaedah Kajian 68

5.3.2 Cadangan Kepada Pengamal Sumber Manusia 69

5.3.3 Cadangan Kepada Organisasi 70

5.4 Kesimpulan 71

BIBLOGRAFI 72

LAMPIRAN 78

Page 10: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1

Kerangka Konseptual 7

Rajah 2.1

Model Stress Cooper (1988) 16

Rajah 2.2

Model Stress Atkinson (1988) 21

Rajah 5.1

Cadangan Kerangka Konseptual 69

Page 11: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

ix

SENARAI JADUAL

Jadual 1

Skala Liker 5 Mata 29

Jadual 2

Interpretasi Magnitud Nilai r (Evans, 1996) 33

Jadual 3

Ciri Demografi (taburan responden mengikut jantina) 36

Jadual 4

Ciri Demografi (taburan responden mengikut umur) 37

Jadual 5

Ciri Demografi (taburan responden mengikut bangsa) 38

Jadual 6

Ciri Demografi (taburan responden mengikut status perkahwinan) 38

Jadual 7

Ciri Demografi (taburan responden mengikut bilangan tanggungan) 39

Jadual 8

Ciri Demografi (taburan responden mengikut kekerapan membawa

kerja ke rumah selepas waktu bekerja) 40

Jadual 9

Ciri Demografi (taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan) 41

Jadual 10

Ciri Demografi (taburan responden mengikut tahap pendidikan) 42

Jadual 11

Ujian rintis (Bahagian B(i) : kekaburan peranan) 44

Jadual 12

Ujian rintis (Bahagian B(ii) : konflik peranan) 44

Jadual 13

Ujian rintis (Bahagian B(iii) : berlebihan beban peranan) 45

Page 12: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

x

Jadual 14

Ujian rintis (Bahagian C : konflik campurtangan kerja dan keluarga) 45

Jadual 15

Ujian rintis (secara keseluruhan) 46

Jadual 16

Penapisan Data 47

Jadual 17

‘Goodness of Data’ 49

Jadual 18

Kolerasi Pearson (Ha1) 50

Jadual 19

Kolerasi Pearson (Ha2) 52

Jadual 20

Kolerasi Pearson (Ha 3) 53

Jadual 21

Ujian regresi berganda (model summary) 55

Jadual 22

Ujian regresi berganda (Coefficientsa) 55

Jadual 23

Ujian regresi berganda (Excluded Variablesb) 56

Jadual 24

Hasil hipotesis yang diperolehi 57

Page 13: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

xi

ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN KONFLIK

CAMPURTANGAN KERJA DAN KELUARGA

Mohd Afnan Bin Abdul Khoni

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara elemen tekanan kerja dan

konflik campurtangan kerja dan keluarga. Kajian ini dijalankan untuk menjawab

persoalan sama ada tekanan yang dihadapi oleh pekerja akan mempengaruhi konflik

campurtangan kerja dan keluarga. Kajian ini dijalankan di Jabatan Ketua Menteri

Sarawak. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara elemen

tekanan kerja dan konflik campurtangan kerja dan keluarga. Instrumen kajian yang

digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal

selidik kepada pekerja di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Hasil daripada analisis

ujian pekali kolerasi pearson telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara

elemen tekanan kerja dan konflik campurtangan kerja dan keluarga. Faktor-faktor

tekanan kerja seperti kekaburan peranan, konflik peranan, berlebihan beban peranan

telah dikenal pasti sebagai faktor tekanan kerja yang mempengaruhi konflik

campurtangan kerja dan keluarga. Oleh itu, kesimpulan yang dapat di buat daripada

kajian ini adalah pekerja yang menghadapi tekanan di tempat kerja akan

mempengaruhi kehidupan keluarganya dan menyebabkan berlakunya konflik

campurtangan kerja dan keluarga. Selain itu, cadangan untuk pihak organisasi dan

juga pihak pengkaji akan datang turut di bincangkan dalam kajian ini.

Page 14: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

xii

ABSTRACT

THE RELATIONSHIP BETWEEN WORK STRESS ELEMENTS AND WORK

INTERFERENCE WITH FAMILY CONFLICT

Mohd Afnan Bin Abdul Khoni

The purpose of this research is to examine the relationship between elements of work

stress and work interference with family conflict. This research had been done to

identify whether the work stress of the employees influence the work interference with

family conflict. The research was conducted in the Chief Ministers Department,

Sarawak. The objective of this research is to identify the relationship between

elements of work stress and work interference with family conflict. Methodology used

to conduct this research is by distributing questionnaires to the employees in the

Chief Ministers Department. The research findings that were found after had been

tested in the Pearson Correlation Analysis and it had been proved that there is

relationship between elements of work stress and work interference with family

conflict. Among the predictors that were identified as the factor of work stress that

contributes to family conflict is role ambiguity, role conflict and role overload. In a

nutshell, this research explains that a stressed employee in the workplace will

influence his family life and causes conflict to happen between work and family.

Apart from that, there are also recommendations that were contributed in this

research for the organization and future researchers who might interest to have a

broader research.

Page 15: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini mengandungi sembilan bahagian. Bahagian pertama menjelaskan

tentang latar belakang kajian. Bahagian kedua menjelaskan tentang kenyataan

masalah. Bahagian ketiga menerangkan tentang objektif kajian yang di bahagikan

kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Hipotesis kajian di jelaskan di

dalam bahagian keempat. Bahagian kelima mengenai kerangka konseptual. Bahagian

keenam membincangkan tentang kepentingan kajian. Definisi istilah di jelaskan di

dalam bahagian tujuh. Manakala limitasi kajian dijelaskan dalam bahagian ke lapan

dan kesimpulan di jelaskan di bahagian kesembilan.

Page 16: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

2

1.1 Latar Belakang Kajian

Tekanan merupakan isu yang semakin mendapat perhatian daripada

masyarakat dunia pada hari ini. Tekanan dalam konteks organisasi merujuk kepada

satu keadaan tertekan yang mana bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada

pekerja tetapi kepada keseluruhan organisasi tersebut. Perkembangan era globalisasi

pada hari ini menunjukkan bahawa organisasi harus lebih bersedia untuk menghadapi

cabaran dalam mempertahankan kelebihan daya saing. Pelbagai inovasi dan idea baru

cuba diperkenalkan ke dalam organisasi yang memerlukan komitmen daripada semua

pihak termasuklah sumber manusia. Girdano, (1993) menyatakan kegagalan sesebuah

unit iaitu individu untuk beroperasi dalam satu kumpulan semestinya akan

mempengaruhi keseluruhan prestasi individu yang lain dalam sesebuah organisasi

dan hal ini akan menganggu kelancaran operasi sehariannya.

Dalam keghairahan menjayakan strategi organisasi di dunia perniagaan yang

semakin mencabar, ada ketikanya organisasi mula alpa terhadap sumber yang paling

bernilai iaitu manusia. Kealpaan ini telah menyebabkan pelbagai masalah yang

terpaksa dihadapi oleh sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Masalah seperti

pusingganti pekerja, ketidakhadiran dan ketidakpuasan terhadap kerja adalah antara

masalah yang biasa berlaku di dalam organisasi pada masa kini (Donald, Taylor,

Johnson, Cooper, Cartwright, & Robertson, 2005). Masalah seumpama ini merupakan

ancaman utama dan perlu ditangani dengan kadar segera. Kesemua masalah ini

mempunyai perkaitan dengan tekanan di tempat kerja.

Konsep tekanan di tempat kerja telah digunakan dengan meluas untuk

mengukur keberkesanan organisasi. Tekanan di tempat kerja amat berkait rapat

dengan masalah organisasi seperti ketidakhadiran, pusingganti pekerja, prestasi kerja,

kemalangan dan kesilapan, serta pengambilan alkohol dan dadah (Manshor, Fontaine,

& Choy, 2003). Tekanan adalah satu fenomena sejagat yang mempengaruhi

Page 17: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

3

tingkahlaku dan prestasi kerja manusia. Tekanan boleh mendatangkan kesan baik dan

kesan buruk kepada seseorang pekerja. Masalah yang paling dibimbangi apabila

seseorang mengalami tekanan di tempat kerja adalah ianya boleh menyebabkan

penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan

sistem pertahanan badan terhadap penyakit.

Tekanan di tempat kerja terjadi apabila keperluan terhadap kerja tidak

sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja. Tekanan boleh memberi

kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa

tertekan dengan kerja yang dilakukannya akan menunjukkan kemurungan yang

berpanjangan. Apabila seseorang pekerja mengalami tekanan, psikologi pekerja

tersebut akan terus terganggu dan pekerja tersebut akan gagal membuat keputusan

dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya konflik campurtangan kerja

dan keluarga. Situasi seperti ini juga boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan

juga menggugatkan produktiviti organisasi.

Menyedari impak tekanan yang bukan sahaja akan menjejaskan reputasi

organisasi tetapi akan menjejaskan prestasi pekerja dalam organisasi itu sendiri. Oleh

itu, hal yang berkaitan dengan tekanan dan pengurusan tekanan di tempat kerja mula

diberi perhatian yang serius oleh pihak pengurusan organisasi. Ini kerana, kejayaan

sesebuah organisasi sangat bergantung kepada tahap keberkesanan pengurusan

tekanan dikalangan warga organisasi dalam usaha mengeluarkan produk yang

berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik.

Page 18: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

4

1.2 Kenyataan Masalah

Kekaburan peranan, konflik peranan, dan berlebihan beban peranan telah di

kenal pasti sebagai sumber utama tekanan dalam melakukan pekerjaan (Fisher &

Gitelson, 1983). Kekaburan peranan terjadi ketika seseorang pekerja tidak

mempunyai gambaran yang jelas tentang kerja yang mereka lakukan, bidang tugas

mereka, harapan penyelia terhadap mereka, dan juga tanggungjawab mereka terhadap

kerja (Cartwright& Cooper, 1997). Akibat daripada kekaburan peranan, pekerja akan

merasa tertekan, kurang motivasi untuk melakukan kerja dan merasa rendah diri

(Cartwright& Cooper, 1997).

Manakala, konflik peranan pula terjadi ketika seseorang pekerja terpaksa

melakukan kerja yang bertentangan dengan kerja asal mereka ataupun hal-hal yang

tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kerja asal mereka. Keadaan ini akan

menimbulkan tekanan kepada pekerja tersebut.

Di samping itu, berlebihan beban peranan dikaitkan dengan beban kerja yang

terlalu berat yang berada diluar kemampuan pekerja untuk melakukan tugas tersebut.

Kerja yang terlalu banyak dan juga terlalu sukar untuk pekerja tersebut lakukan juga

merupakan berlebihan beban peranan. Berlebihan beban peranan dalam melakukan

kerja akan menimbulkan perasaan tekanan yang boleh menyebabkan pekerja akan

merasa kurang motivasi untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Pekerja yang tidak mampu menguruskan tekanan kerja yang dihadapi oleh

mereka boleh menyebabkan berlakunya konflik campurtangan kerja dan keluarga

(Adams, King&King, 1996; Duxbury, Higgins & Mills,1992; Russell &

Cooper,1992). Hubungan ini menyatakan bahawa tekanan yang berasal dari tempat

kerja boleh mempengaruhi prestasi seseorang terhadap masalah keluarga (Greenhaus

& Beutell, 1975).

Page 19: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

5

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif

khusus. Penjelasan lanjut tentang kajian ini adalah seperti berikut:

1.3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan konflik

campurtangan kerja dan keluarga.

1.3.2 Objektif Khusus

I. Mengkaji hubungan antara kekaburan peranan dan konflik campurtangan

kerja dan keluarga.

II. Mengkaji hubungan antara konflik peranan dan konflik campurtangan kerja

dan keluarga.

III. Mengkaji hubungan antara berlebihan beban peranan dan konflik

campurtangan kerja dan keluarga.

IV. Mengkaji faktor dominan yang mempengaruhi konflik campurtangan kerja

dan keluarga.

Page 20: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

6

1.4 Hipotesis

Ha1: Terdapat hubungan antara kekaburan peranan dan konflik campurtangan kerja

dan keluarga (Greenhaus dan Beutell, 1985), (Jaafar Muhammad, 2003).

Ha2: Terdapat hubungan antara konflik peranan dan konflik campurtangan kerja dan

keluarga (Greenhaus & Beutell, 1985), (Major, Klein dan Ehrhart, 2002).

Ha3: Terdapat hubungan antara berlebihan beban peranan dan konflik campurtangan

kerja dan keluarga (Greenhaus & Beutell, 1985), (Cooper & Hensman, 1985).

Ha4: Terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor dominan elemen tekanan kerja

dengan konflik campurtangan kerja dan keluarga (Major, Klein & Ehrhart, 2002)

Page 21: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

7

1.5 Kerangka Konseptual

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual dalam kajian ini menerangkan tentang hubungan antara

tekanan kerja (kekaburan peranan, Konflik peranan dan berlebihan beban peranan)

terhadap konflik campurtangan kerja dan keluarga. Kerangka konseptual ini

diadaptasi dan diubahsuai daripada satu jurnal antarabangsa yang bertajuk “The Tug

of Work and Family” oleh Fu and Shaffer (2001).

Pemboleh Ubah Tidak

Bersandar

Tekanan kerja:

I. Kekaburan peranan

II. Konflik peranan

III. Berlebihan beban

peranan

Pemboleh Ubah

Bersandar

konflik campurtangan

kerja dan keluarga

Page 22: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada individu

malahan kepada organisasi dalam usaha meminimunkan tekanan kerja yang dihadapi

oleh pekerja yang boleh menyebabkan berlakunya konflik campurtangan kerja dan

keluarga.

1.6.1 Organisasi

Pengurusan tekanan di tempat kerja sangat penting dalam usaha membantu

pihak pengurusan organisasi untuk mengurangkan kesan tekanan kerja terhadap

konflik campurtangan kerja dan keluarga. Dapatan kajian ini diharapkan dapat

dijadikan rujukan kepada pihak pengurusan dalam menangani masalah tekanan kerja

dikalangan warga organisasi. Hal ini bersesuaian dengan fungsi bahagian

pembangunan manusia dalam konteks mengurus sumber manusia dengan lebih baik

kerana fenomena tekanan yang wujud dikalangan warga pekerja bukan sahaja akan

menggangu kelancaran urusan organisasi bahkan akan menyebabkan berlakunya

konflik campurtangan kerja dan keluarga.

1.6.2 Individu

Hasil dapatan kajian ini juga di harapkan dapat memberi kesedaran serta

pemahaman kepada pekerja mengenai tekanan yang bukan sahaja mendatangkan

kesan kepada diri mereka bahkan kepada keluarga mereka juga.

Page 23: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

9

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Tekanan kerja

Definisi Konseptual:

Perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan

menanggung beban yang sukar untuk ditanggung (Kamus Dewan, 1997). Poon

(1994) mendefinisikan bahawa tekanan kerja adalah suatu situasi ketegangan yang

dapat mempengaruhi emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang individu.

Definisi Operasional:

Tekanan merujuk kepada sebarang gangguan fikiran dan perasaan yang

menjadi punca perubahan tingkahlaku seseorang. Hal ini merujuk kepada keadaan

yang dialami oleh golongan pekerja yang berada dalam keadaan tidak stabil dan juga

tekanan. Dalam kajian ini, tekanan kerja merujuk kepada kekaburan peranan, konflik

peranan dan berlebihan beban peranan.

1.7.2 Kekaburan Peranan

Definisi Konseptual:

Kekaburan peranan terjadi ketika seorang individu tidak mempunyai

gambaran yang jelas tentang apa yang diharapkan di tempat kerja, tanggungjawab

mereka terhadap kerja atau bagaimana sistem penilaian kerja di lakukan (Kahn,

Wolfe, Quinn, Snoek, & Rosenthal, 1964).

Page 24: HUBUNGAN ANTARA ELEMEN TEKANAN KERJA DAN … ANTARA ELEMEN TEKANAN … · 2.3 Elemen Tekanan Kerja 18 2.3.1 Kekaburan Peranan 18 2.3.2 ... BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN ... cabaran

10

Definisi Operasional:

Kekaburan peranan merujuk kepada ketidakjelasan tentang apa yang di

harapkan oleh seseorang individu di tempat kerja mereka. Ini akan menghasilkan

persepsi peranan yang tidak jelas dalam kerja yang mereka lakukan kerana mereka

tidak mempunyai gambaran yang jelas mengenai bidang tugas mereka, deskripsi

tugas dan sebagainya.

1.7.3 Konflik Peranan

Definisi Konseptual:

Konflik peranan adalah kejadian serentak dari dua atau lebih tekanan, dimana

pencapaiannya dengan satu membuatkan pencapaian dengan yang lain menjadi lebih

sukar (Kahn et al, 1964). Konflik peranan berlaku apabila seorang pekerja diharapkan

untuk menyiapkan sesuatu kerja, namun sebahagian daripada kerja itu akan

menyebabkan konflik dengan kerja yang lain (Beehr dan McGrath, 1992).

Definisi Operasional:

Konflik peranan merujuk kepada ketidakserasian dan ketidaksuaian terhadap

arahan yang di terima daripada pihak atasan, deskripsi tugas, dan sebagainya. Konflik

peranan terjadi apabila seseorang pekerja menerima arahan yang bertentangan dengan

pihak atasan. Konflik peranan boleh wujud apabila norma kumpulan yang tidak rasmi

bercanggah dengan kehendak rasmi organisasi. Keadaan ini menyebabkan seseorang

pekerja mengalami tekanan kerana mereka berhadapan dengan keadaan yang

mengelirukan.