How to Knotting

20
HOW TO KNOTTING BOWLINE

description

cara knotting step by step

Transcript of How to Knotting

Page 10: How to Knotting

UNTUK LEBIH BANYAK IKATAN DAN SIMPULAN LINK WEB INIhttp://www.folsoms.net/knots/Posted by Kembara Pahang at 00:26 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

PENGENALAN KAYAK

Definisi KanuKanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu

Perbezaan Kayak dan KanuKayak Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.

KanuMerujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.

Sejarah Perkembangan KayakSeawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai.Oleh hal demikian masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu

Page 11: How to Knotting

hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout.Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangkan kanu daripada kayu dan dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu CanadianPenghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun Kayak Eskimo.Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. NAmun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA.Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah hamper kesemua sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ciptaannya ini.Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. 7 tahun kemudian, kelab ini telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.

Page 12: How to Knotting

Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll' Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Dua belas tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo'.

PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIADi negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarahkayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata MalaysiaKementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.

Page 13: How to Knotting

Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala LUmpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995.Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan , atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi MAlaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.Posted by Kembara Pahang at 00:02 1 comment: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

Sunday, 24 July 2011

Anatomi Kayak

Page 14: How to Knotting

clik to viewSemua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat

pengeluar dan teknologi semasa.Sebagaimana fizikal manusia, kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan

prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya. Kat  bawah ini akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada

sesebuah kayak.Bentuk Hull Kayak

clik to viewAnatomi Kayak

Page 16: How to Knotting

click to viewBow dan Stern (Haluan dan Buritan)Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak berbentuk tajam dan bulat. Bow dalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik. Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.

Page 17: How to Knotting

Hull Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.  Deck (Geladak Atas)Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stem. Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggles Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggle terbahagi dua iaitu toggles yang tenditi daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. la lebih selamat dan selesa digunakan. Eng loops pula terdiri dari seutas gelungan tali yang tertetak dihujung bow dan stem, la murah dan mudah disediakan tertapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop kayak yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan anda.Cockpit Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.  Seat (Tempat Duduk)Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart (mempunyai saiz yang tetap), tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.Coaming Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

Knee Brace Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya

Page 18: How to Knotting

terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.  Towline / Deckline Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Keel Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.Buoyancy (Bahan Apungan) Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

Footrest Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest. Selain itu ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang mefindungi pedayung dan terhentak atau meogelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran. Secara umum terdapat tiga jenis footrest iaiut:-

i. Verbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak;

i. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga di sisi port dan starboard kayak; iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.

Hatches Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck. Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.