Homeostasis

32
BIOSAINS:BIOKIMIA MABC1122 HOMEOSTASIS YOGESWARI RENGANATHAN YOGESWARI RENGANATHAN KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR ALOR SETAR

description

homeostasis

Transcript of Homeostasis

Page 1: Homeostasis

BIOSAINS:BIOKIMIAMABC1122

HOMEOSTASISYOGESWARI RENGANATHANYOGESWARI RENGANATHAN

KOLEJ PEMBANTU KOLEJ PEMBANTU PERUBATANPERUBATAN

ALOR SETARALOR SETAR

Page 2: Homeostasis

Topik-topik di bawah homeostasis :

Maklumbalas negatif dan maklumbalas positif

Kawalatur utama badan Keseimbangan cecair badan dan elektrolit Keseimbangan asid dan bes

Page 3: Homeostasis

MAKLUMBALAS NEGATIF DAN MAKLUMBALAS POSITIFOBJEKTIF : Menyatakan definisi homeostasis Menerangkan proses homeostasis Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi

homeostasis Menerangkan maklumbalas negatif Menerangkan maklumbalas positif Menerangkan maklumbalas sekresi hormon

Page 4: Homeostasis

HOMEOSTASIS

A. Definisi Satu mekanisma automatik dalam

pengimbangan persekitaran dalaman badan.

Page 5: Homeostasis

B. Pengenalan Proses ini juga dipanggil sebagai

homeodinamik kerana perubahan persekitaran luaran dan dalaman yang sentiasa berubah menyebabkan pengawalan (adjustment) sentiasa berlaku

Dalam keadaan normal, tisu dan organ bertindak bagi mengekalkan keseimbangan dalam badan apabila perubahan dalaman dan luaran berlaku

Page 6: Homeostasis

Mekanisma ini membolehkan penyesuaian pada persekitaran berbeza

Proses ini dikawal oleh sistem saraf dan endokrina

Homeostasis merangkumi Aktiviti metabolik perlu keadaan seimbang Suhu badan dikekalkan dalam julat yang kecil [Nutrien], [O2], gas-gas, bahan kimia lain

kekalkan keseimbangannya setiap masa.

Page 7: Homeostasis

Ginjal memainkan peranan penting dalam hemeostasis melalui:

Kawalatur paras air darahMengekalkan paras garam dan ion

dalam darahKawalatur pH darah Kumuhan urea dan sisa lain

Page 8: Homeostasis

Faktor pengaruhi homeostasis Suhu Tekanan Keadaan pH darah Hormon Pengimbangan air dan elektrolit.

Jika keseimbangan tidak dicapai maka gangguan sebabkan ketidak fungsian berlaku yang akhirnya menyebabkan penyakit atau kematian

Page 9: Homeostasis

C. Mekanisma Kawalan Terdiri dari 3 komponen

ReseptorMenerima maklumat tentang perubahan

persekitaran melalui stimulus (ransangan) Pusat kawalan

Menerima dan proses maklumat dari reseptor

Page 10: Homeostasis

Efektor Memberi respon terhadap arahan pusat kawalan

sama ada dengan menentang atau menggalakkan stimulus

Contoh: Bagi kawalatur suhu badan, terdapat reseptor suhu

pada kulit Jika terdapat stimulus (keadaan sejuk atau panas),

ia akan dikesan oleh reseptor

Page 11: Homeostasis

Reseptor akan menghantar maklumat ini kepada otak (pusat kawalan) untuk diproses dan memberikan arahan untuk bertindak

Salur darah dan kelenjar peluh (efektor) akan

bertindak mengikut arahan otak

Page 12: Homeostasis

D. Maklumbalas Negatif

Merupakan tindakbalas sistem respon yang menahan atau mengurangkan stimulus asal

Kekalkan keadaan tidak lebihi had boleh toleransi, maka kekalkan homeostasis

Berikut merupakan aliran tindakan maklumbalas negative secara am

Page 13: Homeostasis
Page 14: Homeostasis

Contoh: Apabila kepekatan karbon dioksida dalam badan

meningkat, paru-paru diberi isyarat untuk meningkatkan aktiviti pernafasan bagi membolehkan banyak karbon dioksida dikumuhkan. Maka, paras karbon dioksida dapat diturunkan ke paras normal

Page 15: Homeostasis

E. Maklumbalas Positif

Merupakan tindakbalas sistem respon yang meningkatkan dan mencepatkan output stimulus yang sudah ada

Bertentangan sistem maklumbalas negatif Ia memberikan kesan ketidakstabilan maka

tidak menyebabkan homeostasis Sistem ini berisiko dan berupaya melebihi

had toleransi

Page 16: Homeostasis

Contoh : Semasa perdarahan biasa akibat luka tindakan

mekanisme negatif akan merangsangkan enzim dan faktor pembeku bagi menggumpal darah untuk menghentikan pengaliran darah dari luka. Jika pendarahan terlalu banyak, maka mekanisma maklumbalas positif akan bertindak dengan merangsang jantung untuk mengepam lebih banyak darah ke salur darah bertujuan mengekalkan isipadu dan tekanan salur darah.

Page 17: Homeostasis

Sekiranya mekanisme maklumbalas negatif tidak berfungsi dan mekanisme maklumbalas positif berterusan, seseorang boleh maut akibat dari perdarahan berterusan akibat dari tindakan jantung terus mengepam darah

Page 18: Homeostasis

4.2 KAWALATUR UTAMA BADAN

OBJEKTIF : Menghuraikan mekanisma bagi setiap

kawalatur

Page 19: Homeostasis

3 kawalatur utama badan Thermoregulation Osmoregulation Glucoregulation

Ia merupakan sebahagian dari sistem maklumbalas negatif yang beroperasi sepanjang masa dan berterusan dalam badan manusia.

Page 20: Homeostasis

I. THERMOREGULATION

Suhu badan sentiasa dikawal rapi melalui thermoregulation

Jika terdapat perubahan diluar julat normal maka badan tidak berfungsi lancar

Sensor / reseptor akan mengesan perubahan (stimulus) dan maklumat dihantar ke pusat integrasi di otak atau saraf tunjang ataupun di sel-sel sistem endokrina.

Page 21: Homeostasis

Jika suhu badan > 37 °C maka pusat kawalan (pusat integrasi) akan merangsang kelenjar peluh mengeluarkan peluh

bagi turunkan suhu badan bulu roma akan mendatar pada kulit bagi

menggalakkan haba dari kulit bebas keluar vasodilatasi (vasodilatation) pada arteriol bagi

mempercepatkan kehilangan haba pada kulit

Page 22: Homeostasis

Jika suhu badan < 37 °C masa pusat kawalan (pusat integrasi) perpeluhan dihentikan bulu roma menegak bagi membantu

memerangkap haba pada permukaan kulit vasokonstriksi (vasoconstriction) pada arteriol

mengurangkan kehilangan haba melalui kulit

Page 23: Homeostasis

II. OSMOREGULATION

Kawalatur aktif tekanan osmotik cecair badanGinjal memainkan peranan penting dengan

kawalatur jumlah air dalam kumuhan urin.Hormon seperti ADH (hormon antidiuretik),

aldosteron dan angiotensin II meningkatkan ketelapan duktus pengumpul (collecting duct) pada ginjal bagi serapan semula air dan menghalang ia dikumuh dalam urin

Page 24: Homeostasis

Berikut merupakan aliran tindakan semasa osmoregulation

Page 25: Homeostasis

Contoh: Jika paras air tinggi dari normal dalam badan. Ia

akan dikesan osmoreseptor. Osmoreseptor akan memberi maklumat pada hipotalamus. Hipotalamus pula akan memberi isyarat pada kelenjar pituitari agar sedikit ADH dirembeskan. Ketelapan duktus pengumpul berkurangan menyebabkan sedikit air diserap semula. Ini menyebabkan banyak air dikumuhkan melalui urin dan ini mengurangkan paras air ke tahap normal.

Page 26: Homeostasis

Jika paras air kurang dari normal dalam badan. Ia akan dikesan osmoreseptor. Osmoreseptor akan memberi maklumat pada hipotalamus. Hipotalamus pula akan memberi isyarat pada kelenjar pituitari agar banyak ADH dirembeskan. Ketelapan duktus pengumpul meningkat menyebabkan banyak air diserap semula. Ini menyebabkan sedikit air dikumuhkan melalui urin dan ini menaikkan paras air ke tahap normal.

Page 27: Homeostasis

III. GLUCOREGULATIONKawalatur paras glukosa darahBerikut merupakan aliran tindakan semasa glucoregulation

Page 28: Homeostasis
Page 29: Homeostasis

Jika paras glukosa darah meningkat, ia akan dikesan oleh reseptor pancreas. Pankreas akan menghasilkan lebih banyak hormone insulin. Paras hormon insulin yang tinggi menggalakkan penggunaan glukosa dan penukaran glukosa kepada glikogen (di hepar). Maka, paras glukosa diturunkan ke paras yang normal

Page 30: Homeostasis

Jika paras glukosa darah berkurang, ia akan dikesan oleh reseptor pancreas. Pankreas akan menghasilkan lebih banyak hormon glukagon. Paras hormon glukagon yang tinggi menggalakkan penukaran glikogen ke glukosa di hepar. Maka, paras glukosa dinaikkan ke paras yang normal

Page 31: Homeostasis

ULANGKAJI MAKLUMBALAS NEGATIF DAN MAKLUMBALAS

POSITIF

1. Berikan definisi homeostasis

2. Huraikan konsep mekanisma kawalan

- Reseptor

- Stimulus

- Pusat kawalan

Page 32: Homeostasis

3. Huraikan konsep bagi

a. maklumbalas negatif

b. Maklumbalas positif

KAWALATUR UTAMA BADAN

Bincangkan mekanisma bagi setiap kawalatur utama badan

- kawal atur thermo (Thermoregulation)

- kawal atur gluko (Glucoregulation)

- kawal atur osmo (Osmoregulation)