Hirzul Yamani 16-9-2013

24
ليما رز ا ح الُ سْ بَ حَ انِ اْ الَ قِ ادِ رْ الَ قِ اهِ رْ الَ قِ وِ ّ يْ الَ عِ زْ يِ زْ الَ جَ ّ بِ ارْ ل اَ حُ ّ يْ الَ قُ ّ يْ وِ مِ بَ لُ ِ عٍ ْ يِ اَ لِ ػِ اَ ّ نَ كُ قْ لَ تُ اْ دُ عْ وِ َ أْ سَ تِ جْ بَ لُ كْ مَ وِ اَ ّ نَ كَ لُ تْ خِ لُ فْ الِ مْ يَ عِ اد, ِ ا لَ هِ اَ ّ لُ اْ الَ عِ زْ يُ زْ الَ جِ لْ يُ لَ يَ ا عِ زْ يُ زَ يَ ج اِ لْ يُ لKemudian membaca Hizib I'tishom ( Penjagaan ) Yg merupakan Hizib yang di bacakan sebelum membaca Hiriz Al-Yamani, Hizib I'tishom ini merupakan satu2nya Hizib yang berbentuk Qosam berikut di bawah ini Hizib I'tishom Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani R.A U َ عَ زْ ُ تَ عَ لْ يُ ـكْ مَ يَ ا اْ صَ حَ ابِ ّ السْ حِ رَ وْ الَ وْ سَ وِ اسَ وْ اعَ تَ صْ مُ تِ بَ كَ يُ ا اَ يُ ا اَ يُ ا اِ بَ حِ ّ قِ الخِ ضْ رَ وِ إْ لَ يَ اسَ وِ بَ حِ ّ قَ كْ هَ يَ جَ ْ هَ يَ جَ كْ هَ كْ هَ يَ جَ حَ وَ جَ وَ جَ َ رَ خَ وَ خَ ْ رَ َ خَ وَ خَ ْ هَ مَ جَ وَ غِ بَ حِ ّ قَ اَ يَ خَ زَ جَ رَ رَ هَ يَ مَ وَ غَ طَ فَ عَ اجَ اْ زَ ر ى اْ لَ جَ اسَ وِ بَ حِ ّ قَ آ دَ مَ وُ نْ وٍ ح

Transcript of Hirzul Yamani 16-9-2013

  • ,

    acabmem mulebes nakacab id gnay biziH nakapurem gY ) naagajneP ( mohsit'I biziH acabmem naidumeK masoQ kutnebreb gnay biziH ayn2utas nakapurem ini mohsit'I biziH ,inamaY-lA ziriH A.R inaliaJ-lA ridoQ ludbA hkieyS mohsit'I biziH ini hawab id tukireb

    U

  • ,

    ,

    . , x 1 ini hawab id joraF a'od acabmem naidumeK

  • audek adap nakacab ,x 1 2gnisam salhkI-lA ,qalA-lA ,sannA ,x 1 nurifaklA taruS acabmem naidumeK zduat halacab naidumek hubut atoggna aumes adap bst nagnat kapalet 2ek nakpasu ulal nagnat kapalet : ini hawab id

    x1 rihoT a'oD acabmem naidumeK

    inamaY luzriH tawalohS acabmem naidumeK

    ,

    x 1 ini hawab id mohsit'I lurmA a'oD acabmem naidumeK

  • lutqaM-lA bahiyS hkieyS anidiyyaS naaynupeK rihgoS sulsaW a'oD acabmem naidumeK

    ,

    , ,

    : duskamid gy inamaY luzriH halini , ifyaS /inamaY luzriH halacab naidumeK

  • ,

  • .

    ,

    .

    :

  • ,

    .

  • .

    .

  • .

  • .

    ,

    ,

  • ,

    ,

  • .

    ,

    ,

    ,

    ,

    .

  • Artinya:

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Dan telah berselawat Allah ke atas

    junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta sahabatnya, dan telah diberi kesejahteraan.

    Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan (hadapkan) kepada Mu dihadapan segala nafas dan kelipan

    pandangan yang telah dipandang denganya oleh segala ahli langit dan ahli (penghuni) bumi, dan segala

    sesuatu, ia berada dalam ilmu (pengetahuan) Mu, samada yang sedang berada atau pun yang pernah

    ada (telah sedia), aku persembahkan kepada Mu di depan segalanya itu.

    Ya Allah, Engkaulah Raja (Malik) yang hak (benar) yang nyata (mubin) yang qadim, Yang perkasa (mulia)

    dengan kebesaran dan ketakburan, yang esa (tunggal), dengan kekekalan (baqa'), yang hidup, lagi

    menguruskan makhluk, yang berkuasa lagi menentukan, yang memaksa lagi kuat perkasa yang tiada

    tuhan selain Engkau (Dibaca surah Al Ihklas 3 x), Engkaulah Tuhanku dan akulah hambaMu, aku telah

    melakukan kejahatan dan telah menganiyai (menzalimi) diriku dan aku mengaku dengan dosaku, lalu

    ampunilah akan segala dosa-dosaku, lalu ampunilah akan segala dosa-dosaku seluruhnya. Sesungguhnya

    tiada siapa yang mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau sahaja. Wahai Tuhan yang Maha

    mengampuni, wahai Tuhan yang Maha bersyukur, wahai Tuhan yang Maha bijaksana (lemah lembut),

    wahai Tuhan yang pemurah (Mulia), wahai Tuhan yang kuat kesabarannya, wahai Tuhan yang amat

    penyayang.

    Ya Allah sesungguhnya aku memuji Mu dan Engkaulah yang dipuji (pujian) dan Engkaulah, bagi segala

    pujian terlebih layak, dan aku berterima kasih kepada Mu, dan Engkau (layak) mendapat terima kasih,

    dan Engkau bagi terima kasih (syukur) itulah yang paling layak (ahli), terhadap apa yang telah Engkau

    peruntukan aku dengannya, dari segala anugerah (pemberian) yang digemari, dan Engkau telah

    peruntukkan aku dengannya, dari segala anugerah (pemberian) yang digemari, dan Engkau telah

    pertemukan aku (sambungkan aku) dari kelebihan (fadilat) perbuatan, dan Engkau telah berikan

    kepadaku dari (ihsan) kebaikan (budi baik) Mu, dan Engkau telah tempatkan aku dengannya .

    dari tempat-tempat yang menempatkan kebenaran disisiMu, dan Engkau telah capaikan aku dengan dari

    pemberian-pemberian Mu yang bersambung (bertemu) kepadaku dan telah Engkau berbuat baik

    dengannya kepadaku, tiap waktu dari penolakan bala bencana daripadaku dan pemberian taufik

    (petunjuk) bagiku, dan perkenan bagi doa-doaku ketika aku menyeru Mu sebagai orang yang berdoa

    (menyeru) dan aku memanggil-manggil Mu (Munajat) dalam keadaan gemar (suka), dan aku menyeru

    Mu dengan rendah diri, dengan kejernihan, tunduk patuh dan ketika aku mengharapkan Engkau sebagai

    seorang yang mengharap lalu aku mendapati diri Mu lalu aku berlindung dengan Mu, pada semua

    pelusuk (tempat) seluruhnya, lalu jadilah bagiku dan keluargaku dan sanak saudaraku semuanya sebagai

    jiran yang hadir, rapat, baik, teman pada semua perkara seluruhnya dalam keadaan melihat (memerhati)

    dan atas segala seteru (musuh) semuanya sebagai pembantu (penolong) dan bagi segala kesalahan dan

    dosa-dosa seluruhnya sebagai pengampun, dan bagi segala keaiban (kecacatan) seluruhnya sebagai

    pelindung.

    Aku tidaklah ketiaadaan bantuanMu dan kebaikanMu dan kebajikanMu .

    dan kemuliaanMu serta ihsan (baik budi/jasa baik) Mu walau sekelip mata pun, semenjak Engkau

    menurunkan aku (menempatkan aku) di negeri uijian/percubaan ini (dunia) dan (negeri) pemikiran serta

    perhitungan (pengiraaan) ini, untuk Engkau lihat apa yang aku telah persembahkan untuk negeri yang

    kekal abadi dan tetap (akhirat) dan (negeri) tempat kediaman bersama-sama orang-orang yang terpilih.

  • Maka aku ini hambaMu, lalu jadilah aku wahai Tuhanku akan orang yang bebaskan (lepaskan) wahai

    Tuhanku, lepaskanlah aku serta keluarga dan saudara-maraku seluruhnya dari neraka dan dari semua

    yang memudaratkan (yang membahayakan) yang segala yang menyesatkan dan dari segala bencana dan

    perkara-perkara yang menimbulkan keaiban (kecelaan) dan timpaan (peristiwa yang menyedihkan) dan

    dari segala perkara yang pasti akan menimpa serta kerunsingan (kedukaan) yang telah mebuatkan aku

    bimbang (dihantui kebimbangan) tentangnya, oleh segala kedukaan dengan bentangan-bentangan segala

    jenis bala dan berbagai jenis kesukaran Qada' (ketentuan Ilahi). Aku tiada ingat (sebut) dari Mu kecuali

    jasa baik (hok molek jah) dan aku tiada lihat dari Mu kecuali keutamaan (fadilat-fadilat)

    kebaikanMu bagiku menyeluruh (merangkumi) semua dan perbuatan (baik) Mu bagiku adalah sempurna

    dan sifat lemah lembut / pengetahuan (yang halus) dari Mu bagiku adalah melimpah dan keutamaanMu

    terhadapku adalah sentiasa berterusan dan berturut-turut serta nikmatMu bagiku (disisiku) sentiasa

    berhubung (tak putus-putus) tak pernah mungkir dari sisiku (tak pernah langgar janji), Engkau telah

    damaikan rasa takut ku (aman/tenteram), dan Engkau telah nyatakan cita-cita ku (tunaikan).

    Engkau telah menemaniku dalam perjalananku, dan telah Engkau muliakan aku di kala aku menetap

    (hadir di negeri). Engkau telah sembuhkan (afiatkan) penyakitku dan Engkau telah sembuhkan penyakit-

    penyakit kronikku dan Engkau telah perelokkan tempat kembaliku dan kedudukkan ku, dan tidak Engkau

    jadikan pihak musuh-musuhku mengejekku begitu juga orang-orang yang dengki terhadapku dan Engkau

    telah membalas lemparan orang-orang yang telah melemparku dengan kejahatan, dan telah Engkau

    membalas (dengan setimpal) akan kejahatan orang-orang yang memusuhiku. Maka aku memohon Ya

    Allah, semoga sekarang, Engkau menolak dariku segala tipu daya (perangkap) orang-orang yang hasad

    dengki dan kekejaman (kezaliman) orang-orang yang kejam/zalim, dan kejahatan orang-orang yang keras

    kepala. Dan jagalah aku dan keluargaku serta sanak saudaraku ..

    semuanya, di bawah khemah kemuliaanMu wahai Tuhan yang pemurah dari segala yang pemurah. Dan

    jauhilah antaraku dan musuh-musuhku, seperti Engkau telah menjauhkan antara timur dengan barat,

    dan sambarlah penglihatan mereka dariku (supaya mereka tak nampak), dengan cahaya kesucian Mu

    dan pancunglah leher-leher mereka dengan keagungan kemuliaan (kepujian) Mu, dan potonglah

    tengkok-tengkok mereka dengan amukan-amukan kekerasan Mu, dan musnahkanlah mereka serta

    lenyapkanlah mereka dengan satu kali lenyapan, seperti mana Engkau telah menolak tipu daya orang-

    orang yang sangat berhasad dengki dari nabi-nabiMu, dan seperti mana Engkau telah potong leher-leher

    orang-orang yang gagah berani (gedebe), terhadap orang-orang pilihan Mu (para wali-wali dsb) dan

    seperti mana Engkau telah sambar penglihatan musuh-musuh dari wali-wali Mu. Dan Engkau telah

    potong tengkok-tengkok orang-orang yang membesar diri (takbur) terhadap orang-orang yang takwa

    kepada Mu. Dan telah pun Engkau musnahkan fira'un-fira'un dan Engkau telah melenyapkan para dajjal

    (orang-orang sangat bohong/penipu) terhadap orang-orang yang telah Engkau pilih (khususkan) mereka

    (ahli khawas) yang hampir diri mereka dengan Mu serta hamba-hamba Mu yang soleh. ..

    Wahai (Tuhan) yang amat membantu orang-orang yang meminta bantuan, bantulah aku (3x),

    menghadapi semua musuh-musuh Mu. Maka pujianku buat Mu wahai Tuhanku berhujanan (bercurahan)

    dan ucapan pujianku keatas Mu sentiasa berterusan, selama-lamanya dari masa ke masa dengan

    berbagai jenis tasbih (penyucian) dan pemujaan dan berbagai jenis penyucian yang tulus untuk

    mengingati Mu dan pengagungan dan setulus-tulus pengesaan (tauhid) dan ketulusan penghampiran

    dan pendekatan serta penunggalan (pengesaan), permurnian pujian/ pengagungan dengan kepanjangan

    taabbud (pengabdian) dan bilangan. Engkau tiada dibantu (sesiapa pun) dalam kekuasaan Mu, dan tiada

    di sekutukan (dikongsi) dalam ketuhanan Mu, dan tiada Engkau diajarkan (diberitahu) bagi Mu suatu

  • hakikat pun, untuk Engkau menjadi sama rata dengan segala yang bersalahan/bermacam-macam. Dan

    tidak ditentukan ..

    apabila disekat (ditahan) perkara-perkara lain (dari Mu) di atas keazaman yang bermacam-macam

    (tonggak yang berbagai) dan tiada dapat segala bayangan keraguan, meredah tabir-tabir (benteng-

    benteng) yang ghaib untuk menuju kepada Mu. Lalu aku meenganggap Engkau begitu terbatas dalam

    keagungan/kebesaran Mu. Dan tidak sampai kepada Mu kejauhan hemmah (cita-cita) dan tidak

    mencapai Mu kedalam kepintaran Mu dan tidak berakhir kepada Mu penglihatan orang yang melihat

    dalam keagungan jabarut Mu yang terangkat tinggi dari sifat-sifat makhluk oleh sifat-sifat kekuasaan Mu,

    dan meningkat tinggi dari sebutan (ingatan) orang yang menyebut (mengingat) oleh kebesaran Mu, lalu

    tiada kurang, apa-apa yang Engkau kehendaki ianya bertambah dan tidak akan bertambah, apa-apa yang

    Engkau kehendaki ianya berkurangan. Tiada seorang pun yang menyaksi Mu ketika Engkau mencipta

    makhluk dan tiada saingan mahupun lawan yang datang kepada Mu ketika Engkau mesucikan jiwa-jiwa.

    Lemahlah (tumpul) segala lidah untuk menghurai (tafsirkan)

    segala sifat Mu, dan gagallah (tak tergapai) segala akal fikiran dari hakikat pengetahuan Mu, dan sifat

    Mu. Dan bagaimanakah ia hendak mensifatkan (gambarkan) hakikat sifat Mu wahai tuhan, sedangkan

    Engkaulah Allah, raja yang paling berkebesaran, gagah perkasa (gedebe), maha suci lagi azali, kekal abadi

    selamanya , sentiasa dalan keghaiban Engkau sahaja, tiada sekutu bagi Mu, tiada seorang pun di

    dalamnya selain dari Mu dan tiada Tuhan selain Mu, akan kebingunganlah dalam lautan-lautan

    keindahan kerajaan (malakut) Mu oleh segala kedalaman aliran pemikiran, dan tunduklah oleh raja-raja

    kepada kehebatan Mu. Dan menunduk segala muka dengan kehinaan, ketenangan (kekalahan) kepada

    keagungan Mu lalu akan terpandulah segala sesuatu kepada kebesaran Mu, dan tunduklah segala

    tengkuk ..

    Dan segala yang lain dari itu, kebijaksanaan bahasa-bahasa dan sesatlah di sana pentadbiran

    (pengaturan) dalam tindak-tanduk sifat-sifat, Barang siapa yang berfikir pada ciptaan Mu yang indah dan

    pujian Mu yang tinggi dan mendalami pada perkara itu nescaya kembalilah pancaindera Nya kepadanya

    dengan keadaan hampa, kecewa dan akalnya terpesona dan daya fikirnya bingung dan tertawan.

    Ya Allah untuk Mu segala pujian, pujian-pujian yang banyak, sentiasa berterusan dan berturutan dan

    berlipat ganda, luas dan selaras , kekal dan terus berganda dan tidak akan luput selain dari yang hilang

    dalam malakut dan tidak terhapus dalam tanda-tanda , tidak mengurang pada pengenalan. Maka untuk

    Mu sahajalah segala pujian di atas kemuliaan Mu yang tidak terhitung dan nikmat-nikmat Mu yang tidak

    dapat dikira baik di malam hari apabila ia mengundur dan di pagi hari ..

    apabila ia terbit, dan didaratan mahupun di lautan, baik di pagi hari dan di petang hari, baik di malam

    hari ataupun di pagi hari, baik di tengahari ataupun di dinihari. Dan di dalam segala bahagian (juzuk) dan

    bahagian-bahagian malam dan siang.

    Ya Allah untuk Mu segala pujian dengan taufik Mu, telah Engkau hadirkan aku akan kelepasan

    (keselamatan) dan telah Engkau jadikan aku dari Mu dalam daerah penjagaan dan aku sentiasa dalam

    limpahan nikmat-nikmat Mu dan berterusan nikmat-nikmat / anugerah-anugerah Mu, terkawal dengan

    Mu dalam penolakkan dan halangan, terjaga dengan Mu dalam keteguhan pertahan diriku. Ya Allah

    sesungguhnya aku memuji Mu, kerana Engkau tidak memberatkan aku (membeban) lebih dari

    keupayaanku dan Engkau tidak redha (restu) dari ku selain dari ketaatan ku dan Engkau telah meredhai

    aku dari ketaatanku pada Mu dan pengabdian Mu tanpa kekuasaan ku, dan kekurangan daya-upayaku

    dan kekuasaanku, Maka sesungguhnya Engkau Allah ..

    Raja yang benar yang tiada tuhan selain dari Mu. Engkau tiada hilang, dan tak kan terlindung dari Mu

  • sesuatu yang hilang pun dan tidak akan tersembunyi dari Mu sesuatu pun yang bersembunyi dan tiada

    akan hilang dari Mu dalam kegelapan-kegelapan persembunyian (yang tersembunyi) suatu apa pun yang

    hilang, Hanya sanya, urusan Mu apabila Engkau menghendaki sesuatu, Engkau berkata padanya "jadilah"

    maka ianya pun jadi (Dibaca Surah Al Ihklas 3 x).

    Ya Allah, hanya untuk Mu/bagi Mu pujian-pujian. Pujian-pujian yang banyak sentiasa seperti mana

    Engkau memuji dengannya akan diri Mu sendiri, dan berlipat ganda lagi apa yang dipuji akan diri Mu

    dengannya oleh orang-orang yang memuji dan telah bertasbih dengannya akan di Kau oleh orang-orang

    yang bertasbih, dan diagungkan dengannya oleh orang-orang yang mengagungkan Engkau dan telah

    ditakbir akan di Kau dengannya oleh orang-orang yang bertakbir (mengucapkan Allahu Akbar), dan telah

    ditahlilkan (mengucapkan La ilaha llah) dengannya akan di Kau oleh orang-orang yang bertahlil, dan telah

    disucikan di Kau dengannya oleh orang-orang yang mensucikan dan telah mengesakan Engkau

    dengannya oleh orang-orang yang mengesakan, dan telah diagungkan (besarkan) di Kau dengannya

    oleh orang-orang yang mengagungkan dan telah diminta ampun dari Mu dengannya akan orang-orang

    yang meminta ampun sehingga jadilah ..

    untuk Mu dari ku sahaja pada setiap kelipan mata dan kurang dari itu lagi. Seperti pujian semua orang

    orang yang memuji dan pengesaan semua jenis orang yang mentauhidkan dan yang ikhlas, dan

    pensucian semua kelas/jenis orang-orang yang arif, dan kata pujian semua orang yang bertahlil dan

    berselawat/bersolat, dan bertasbih dan seperti mana apa yang Engkau ketahui akannya dan Engkau

    dipuji, dan dikasihi dan terhijab (terlindung) dari semua makhluk Mu, seluruh mereka, baik dari haiwan-

    haiwan dan makhluk dan alam semesta.

    Wahai Tuhanku, aku memohon pada Mu dengan memohon dengan permohonan-permohonan milik Mu

    dan aku gemar/sangat ingin kepada Mu, dengan Mu dalam keberkatan-keberkatan yang telah Engkau

    pertuturkan aku dengannya, dari pujian Mu dan telah Engkau taufikkan aku baginya, dari kesyukuran Mu.

    Dan pengagunganku terhadap Mu. Alangkah mudahnya, apa-apa yang telah Engkau taklifkan kepadaku

    dengannya, dari hak Mu, dan alangkah besarnya apa yang telah Engkau janjikan aku dengannya dari

    nikmat-nikmat Mu, Dan limpahkan kebaikan di atas kesyukuran Mu. Engkau telah memulakan aku

    dengan nikmat-nikmat sebagai keutamaan (jasa baik) dan anugerah dan Engkau telah memerintahku

    dengan kesyukuran (supaya bersyukur) sebagai suatu hak dan keadilan dan Engkau telah menjanjikan

    aku berlipat ganda dan lebih-lebihan yang banyak dan Engkau telah memberikan aku rezeki Mu yang luas

    lagi banyak, dan Engkau meminta dariku untuknya kesyukuran yang sedikit.

    Ya Allah, Untuk Mu segala pujian Ya Allah keatasku, kerana Engkau telah menyelamatkan aku (lepaskan

    aku) dan memberi afiat (kesihatan) kepadaku dengan rahmat Mu dari keletihan bala dan dasar-dasar

    penderitaan, Engkau tidak pernah menyerahkan aku kepada kejahatan (yang jahat/tak baik) dari qada'

    (ketentuan) Mu dan bala-bala Mu. Dan Engkau telah menjadikan pakaianku afiat (kesihatan) dan telah

    Engkau kurniakan aku kesenangan dan kemewahan dan Engkau telah gariskan jalan (syariat) untukku

    matlamat yang paling mudah, dan Engkau telah melipat-gandakan bagiku keutamaan yang mulia serta

    Engkau telah memperhambakan aku dengannya dari jalan jalan-jalan syariat dan Engkau telah

    sampaikan berita gembira dengannya dari darjat yang tinggi menggapai, dan Engkau telah memilih aku

    dengan seagung-agung nabi-nabi dari segi dakwah, dan yang paling utama sekali dari segi syafaat dan

    yang paling tinggi darjat (kedudukan) dan yang paling hampir sekali dari segi tempat dan yang paling

    jelas sekali hujah-hujah (dalil), Penghulu kami Muhammad Salalllahu alaihi wassalam dan ke atas

    keluarganya beserta kesejahteraan dan ke atas seluruh nabi-nabi dan utusan-utusan dan sahabat-

  • sahabatnya yang baik-baik lagi suci murni (Dibaca Surah Al Ihklas 3 x).

    Ya Allah berikanlah salawat (rahmat) Mu ke atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad dan

    ampunilah bagiku dan keluarga ku serta saudara-saudara ku seluruhnya sekira-kira tidak dapat

    dimuatkan kecuali ampunan Mu dan tiada apa yang dapat menghapuskan (dosa) kecuali kemaafan Mu,

    dan tidak dapat menutupnya kecuali perlepasan darimu dan kelebihan Mu dan berilah kepadaku pada

    hariku ini dan malamku ini, dan jam aku ini, dan bulanku ini dan tahunku ini, suatu keyakinan yang benar

    yang boleh mempermudah (meremehkan) atasku segala malapetaka dunia dan akhirat dan kedukaan

    keduanya Dan boleh menjadikan aku rindu kepada Mu dan memberi aku minat pada apa yang disisi Mu

    dan catatkanlah bagiku (tentukanlah bagiku) disisi Mu keampunan dan sampaikanlah aku kepada

    kemuliaan (keramat) dari sisi Mu dan bahagiakanlah aku kesyukuran terhadap apa yang telah engkau

    beri nikmat dengannya atasku, maka sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan selain Engkau yang

    satu lagi tunggal yang tinggi lagi punya daya cipta yang memulakan dan mengembalikan yang maha

    mendengar lagi mengetahui yang tiada bagi urusan Mu tertolak (penolakkan) dan tiada dari ketentuan

    Mu yag terhalang, dan aku bersaksi bahawa Engkaulah tuhanku dan tuhan segala sesuatu, pencipta

    langit-langit dan bumi, maha mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, yang maha tinggi lagi besar

    dan maha meninggi (Dibaca surah Al-Ikhlas 3 x)

    Ya Allah sesungguhnya aku memohon dari Mu ketetapan dalam urusan dan keteguhan azam/kekuatan di

    atas kewarasan fikiran/petunjuk (jalan yang betul) dan kesyukuran atas nikmat-nikmat Mu dan aku

    memohon dari Mu akan kebaikan ibadat terhadap Mu dan aku memohon dari Mu, dari kebaikan segala

    yang Engkau tahu dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan segala yang Engkau tahu, dan aku

    memohon ampun dari Mu, dari kejahatan segala yang Engkau tahu, sesungguhnya Engkau amat

    mengetahui segala yang ghaib, dan aku memohon dari Mu, untukku dan dan keluargaku serta saudara-

    saudaraku seluruhnya, akan keamanan dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan segala sesuatu

    yang jahat dan tipu helah setiap yang menipu dan kezaliman segala yang zalim dan sihir setiap yang

    menyihir (tukang sihir) dan pelampauan setiap yang melampaui. Dan hasad dengki segala yang dengki

    dan pengkhianatan segala yang khianat dan tipu daya segala yang menipu daya (buat perangkap) dan

    permusuhan segala yang memusuh (seteru) dan tikaman setiap yang menikam, dan hasutan setiap yang

    menghasut dan helah setiap yang berhelah dan ejekan setiap yang mengejek dan perseteruan setiap

    yang berseteru.

    Ya Allah, dengan Mu aku mengamuk terhadap musuh dan sekutu-sekutu, dan akan di Kau aku berharap

    akan kedekatan orang-orang yang tersayang dan para wali dan orang-orang yang hampir (muqarabbin)

    maka untuk Mu pujian atas apa yang aku tidak mampu menghitungnya serta membilangnya dari

    keuntungan-keuntungan keutamaan Mu, serta yang diketahui dari rezeki Mu. Serta berbagai jenis apa-

    apa yang telah Engkau berikan aku dengannya dari Limpahan Mu dan kemurahan Mu. Maka

    sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan selain dari Engkau yang telah tersebar luas dikalangan

    makhluk segala kepujian Mu, yang melebarkan (membentangkan) dengan kemurahan akan tangan Mu,

    tidak ada percanggahan dalam pemerintahan Mu dan tiada rebutan dalam urusan Mu dan kesultanan

    (kekuasaan) Mu dan kerajaan Mu, dan tiada sekutu (perkongsian) dalam ketuhanan Mu, dan tidak ada

    kekalutan dalam penciptaan makhluk Mu, Engkau memiliki dari makhluk alam, sebagai apa yang Engkau

    kehendaki, sedangkan mereka tidak pun memiliki diri Mu kecuali apa yang Engkau kehendaki.

  • Ya Allah, sesungguhnya Engkau pemberi nikmat lagi pemberi keutamaan serta berkuasa dan penentu

    segala, yang perkasa lagi dipuja (disucikan) dengan pujian dalam cahaya. kesucian yang Engkau salutinya

    dengan kemuliaan dan keindahan dan Engkau perbesarkan dengan kemuliaan dan ketinggian dan Engkau

    balut dengan kebesaran dan ketakburan (Dibaca Surah Al Ikhlas 3 x).

    Dan Engkau selubungi dengan cahaya dan sinaran. Dan Engkau perbesarkan (peragungkan) dengan

    kehebatan dan keindahan, untuk Mu anugerah yang lama (qadim) dan kekuasaan yang tinggi (mencakar

    langgit) dan kerajaan yang mewah serta kemurahan yang luas serta kekuasaan (qudrat) yang sempurna

    dan kebijaksanaan yang tinggi dan kemuliaan yang menyeluruh, maka untuk Mu segala pujian atas apa

    yang Engkau jadikan aku dari umat Muhammad Sallallahu A'lahi Wasallam, dan atas keluarganya juga

    (diselawat dan diberi salam), sedangkan dia adalah yang paling utama dikalangan anak Adam yang

    Engkau telah muliakan mereka dan telah Engkau tanggungkan mereka didaratan dan dilautan dan

    Engkau telah rezekikan mereka dari (rezeki) yang baik-baik. Dan Engkau telah utamakan mereka atas

    kebanyakan dari makhluk Mu, dengan pengutamaan. Dan Engkau telah menciptakan aku dalam keadaan

    mendengar..melihat, sihat dan matang, sejahtera, afiat, dan tidak Engkau risaukan aku dengan

    kekurangan (kecacatan) pada badanku (yang boleh menghalangku) dari mentaati Mu, dan tidak pula

    dengan sebarang penyakit pada pancainderaku dan tidak pula kecacatan pada jiwaku dan akalku.

    Dan Engkau tidak pernah menyekat aku dari kemurahan (kemuliaan) Mu terhadapku, dan keelokkan

    perbuatan Mu bagiku, dan kelebihan anugerahan Mu disisiku, serta nikmat-nikmat Mu atasku. Engkau

    (Tuhan) yang telah memperluaskan atasku di dunia ini akan rezeki, dan Engkau telah utamakan aku atas

    banyak dari ahlinya (ahli dunia termasuk haiwan dll) dengan kelebihan-kelebihan (keutamaan-

    keutamaan) maka Engkau jadikan bagiku pendengaran yang boleh mendengar ayat-ayat Mu, dan akal

    yang memahami keimanan Mu dan penglihatan yang yang dapat mengenali kebesaran Mu, Dan jantung

    (hati) yang dapat mengikat (mengiktiqad) tauhid Mu. Makasesungguhnya aku, bagi pengutamaan Mu

    atas ku menjadi saksi, memuji, bersyukur, dan bagi Mu jiwa ku yang berterima kasih (bersyukur) dan

    dengan hak (kebenaran) Mu

    keatasku menjadi saksi, dan aku bersaksi bahawa Engkau hidup sebelum segala yang hidup dan hidup

    selepas segala yang mati dan hidup tidak mewarisi kehidupan dari yang hidup dan tidak pernah Engkau

    putuskan kebaikan Mu dari ku pada setiap waktu dan Engkau tidak pernah putuskan harapanku dan

    tidak pernah Engkau turunkan dengan ku siksaan-siksaan azab bencana . Dan tidak pernah Engkau ubah

    keatasku ikatan-ikatan nikmat dan tidak pernah Engkau halang dariku ketelitian/kehalusan penjagaan.

    Seandainya aku tidak mengingati dari kebaikan (ihsan) Mu dan kenikmatan Mu keatasku, kecuali

    keampunan Mu tentang ku dan taufik (petunjuk) bagiku dan perkenan bagi doa ku ketika aku angkatkan

    suara ku dengan berdoa kepada Mu dan memuji Mu dan megesakan Mu dan mengagungkan Mu serta

    bertahlilkan (nama Mu) dan mengucap takbirkan dengan nama Mu, serta membesarkan Engkau. Dan

    kecuali pada penentuan Mu terhadap kejadian ku

    ketika Engkau menggambarkan rupaku dan Engkau telah memperindahkan rupa paras ku, dan kecuali

    pada pembahagian rezeki ketika .

    Engkau telah menentukannya bagi ku nescaya akan adalah pada perkara itu apa yang merunsingkan

    fikiran ku kelelahan (kesesatan) maka, bagaimanakah apabila aku fikirkan pada nikmat-nikmat yang

    besar-besar yang aku sedang mengalaminya ? dan aku tidak sampai kepada kesyukuran sesuatu pun

    darinya. Maka untuk Mulah pujian-pujian, sebilangan apa yang dijaga oleh ilmu Mu dan berlari

    dengannya pena (Qalam) Mu dan terlaksana dengannya hukum Mu (perintah) di kalangan makhluk Mu.

    Dan sebilangan keluasan rahmat Mu dari semua makhluk Mu dan sebilangan apa yang diselubungi

  • (diliputi) dengannya oleh kekuasaan (qudrat) Mu, dan berkali ganda apa yang Engkau perwajibkan dari

    semua makhluk Mu.

    Ya Allah sesungguhnya aku mengakui nikmat-nikmat Mu, atasku (oleh itu) sempurnakanlah kebaikan

    (ihsan) Mu kepada ku pada apa yang masih tinggal lagi dari umurku, lebih besar, lebih sempurna, lebih

    elok dari apa yang Engkau telah beri ihsankan kepada ku pada masa-masa yang lalu, darinya dengan

    rahmat Mu , wahai (tuhan) yang amat penyayang.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dari Mu dan aku merayu pada Mu dengan keesaan Mu dari puji-

    puja Mu dan pengagungan Mu dan tahlil Mu (pengucapan La ilahai la llah) dan takbir Mu (ucapan Allahu

    Akbar) dan tasbih Mu (ucapan Subhanallah) dan kesempurnaan Mu dan pengurusan Mu, pengagungan

    Mu dan penyucian Mu, cahaya Mu, kasihan belas Mu kasih sayang Mu, ilmu Mu, kebijaksanaan (sifat

    lemah lembut dan tahu semua), ketinggian Mu, kehormatan Mu, kelebihan Mu, keagungan Mu,

    anugerah Mu, kesempurnaan Mu, kebesaran Mu (ketakburan), kekuasaan Mu dan kesultanan Mu serta

    budi penghargaan Mu, keindahan Mu, kecantikan Mu, petunjuk Mu, keampunan Mu, nabi Mu, wali Mu

    dan keturunannya yang suci murni, semoga Engkau memberi selawat (rahmat) ke atas penghulu kami

    Muhammad dan ke atas seluruh saudara maranya (yang terdiri dari ) nabi-nabi dan utusan-utusan dan

    semoga Engkau tidak mengharamkan aku dari pertolongan (sokongan) Mu dan keutamaan Mu .

    dan keindahan Mu serta keagungan Mu, dan faedah-faedah dari kemuliaan Mu (kemurahan hati) maka

    sesungguhnya, tidak pernah menghalang oleh kerana terlalu banyak apa yang telah Engkau hamburkan

    dari pemberian-pemberian oleh sebarang penghalang yang berupa kebakhilan (bererti Engkau tak

    pernah bakhil dalam memberi) dan tiada mengurangkan akan kemurahan hati Mu oleh pengurangan

    kesyukuran terhadap nikmat-nikmat Mu.

    Dan tidak pernah habis (luak) khazanah-khazanah Mu. Pemberian Mu yang luas, tidak memberi sebarang

    kesan pada kemurahan hati Mu, yang agung itu, penganugerahan Mu yang banyak lagi agung itu serta

    indah itu, lagi unggul (asli), dan Engkau tidak pernah takut tekanan kepapaan untuk Engkau merasa

    bakhil. Dan tidak pernah Engkau dihambat perasaan takut kedana (papa), lalu mengurangkan dari

    kemurahan hati Mu limpahan keutamaan Mu (fadilat). Sesungguhnya Engkau atas apa-apa yang Engkau

    kehendaki itu amat berkuasa, dan dalam memperkenan (doa) itu amat patut.

    Ya Allah, rezekikanlah aku akan hati yang khusyuk lagi tunduk, patuh, serta mata yang suka menangis dan

    badan yang sihat lagi sabar (cekal) serta keyakinan yang benar dan dengan kebenaran ia menumpu.

    Dan taubat yang sebenar (nasuha) serta lidah yang sentiasa berzikir dan memuji serta keimanan yang

    betul serta rezeki yang halal dan baik,dan ilmu yang luas, yang bermenafaat serta anak yang soleh dan

    sahabat yang seia sekata, serta umur yang panjang dalam kebaikan yang sibuk dengan (terisi dengan)

    ibadat yang tulus murni, serta perangai (akhlak) yang elok dan amalan yang baik (soleh) yang diterima,

    dan taubat yang di terima serta darjat yang tinggi dan perempuan yang beriman, yang patuh. Ya Allah

    janganlah Engkau lupakan aku dalam ingatan Mu, jangan Engkau jadikan untukku pemimpin selain dari

    Mu dan jangan Engkau elakkan aku dari muslihat Mu serta jangan Engkau dedahkan dariku,

    perlindungan Mu, dan jangan biarkan aku putus asa dari rahmat Mu janganlah jauhkan aku dari

    penjagaan Mu dan dari sisi Mu, lindungi aku dari kemurkaan Mu dan kemarahan Mu, jangan jadikan aku

    berputus harap dari kasih Mu dan jadilah dari segala kegerunan dan ketakutan, serta kesepian dan

    keterasingan. Dan lindungilah aku dan keluargaku dan saudara-saudara ku seluruhnya dari setiap

    kemusnahan dan selamatkanlah aku dari setiap bala bencana, dan penyakit, kecelaan dan kesukaran dan

  • ujian (yang berat) atau (dugaan) dan gempa bumi dan kegetiran, kehinaan dan kerendahan dan

    kekurangan dan lapar dan dahaga dan kefakiran, dan kepapaan, kesempitan dan fitnah serta wabak dan

    bala, lemas (dalam air), kebakaran, kilat kecurian, kepanasan dan kesejukan, rompakan, kesesatan,

    kealpaan dan sesuatu yang sesat dan benda-benda terbang (yang membawa kejahatan), kegelinciran

    (dari jalan yang benar) dan dosa-dosa serta kerunsingan dan kedukaan, (ditelan bumi) dan lemparan

    (qazaf), cacat, sakit, uzur, gila, penyakit kusta, sopak, lumpuh dan buasir.

    Penyakit beser (kencing tak tus) dan kekurangan dan kerosakan dan malu (skandal) dan kehuduhan di

    dua negeri (dunia/akhirat) sesungguhnya Engkau tiada pernah mungkir janji.

    Ya Allah angkatkanlah aku dan jangan meletakkan aku ke bawah, pertahankanlah aku, jangan pula

    Engkau menolakku, berilah aku jangan pula Engkau haramkan aku (dari pemberian Mu), tambahkan

    kepadaku, janganlah mengurangkan aku, kasihanilah aku jangan disiksa diriku, lepaskan aku dari

    kedukaanku dan bukakan segala kerunsinganku, dan musnahkanlah seteruku dan bantulah aku dan

    jangan Engkau merendahkan aku (lekehkan). Muliakanlah aku, jangan Engkau malukan aku, dan

    utamakanlah aku, jangan hilangkan aku, sesungguhnya Engkau atas segala sesuatu amat berkuasa.

    Wahai (Tuhan) yang paling berkuasa dari segala yang berkuasa, dan wahai (Tuhan) yang paling cepat

    menghitung dan selawat (rahmat) Allah berikan atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan

    diberi kesejahteraan (salam) semuanya, Wahai (Tuhan) yang mempunyai

    keagungan dan kemuliaan .Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memerintah kami dengan seruan Mu dan Engkau telah janjikan kami dengan perkenan dari Mu dan kami telah menyeru Mu, seperti yang

    telah Engkau perintahkan lalu perkenankanlah seperti yang telah Engkau janjikan wahai (Tuhan) yang

    mempunyai keagungan dan kemuliaan, Sesungguhnya Engkau tidak pernah Mungkir Janji.

    Ya Allah, apa yang telah Engkau takdirkan bagiku daripada kebaikan, dan apa yang telah aku syariatkan

    didalamnya dengan taufik dan kemudahan Mu, maka sempurnakanlah bagiku dengan sebaik-baik rupa

    semuanya, sebetul-betulnya, dan sesuci-sucinya, sesungguhnya Kamu amat berkuasa ke atas apa yang

    kamu kehendaki, amat layak untu memperkenankan sesuatu, sebaik-baik Tuan dan sebaik-baik

    Pembantu. Dan apa saja keburukan yang telah Engkau takdirkan ke atasku serta Kamu beri ingatan

    kepadaku daripadanya, maka jauhkanlah daripadaku, wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Berdiri,

    wahai yang menyempurnakan langit dan bumi melalui perintahnya, wahai yang menahan langit daripada

    jatuh ke atas bumi kecuali dengan izinNya, wahai yang apabila menghendaki sesuatu urusan, Dia akan

    berkata 'Jadi' maka jadilah ia.

    Maha suci Tuhan yang berada ditanganNya kerajaan setiap sesuatu dan kepadaNya dikembalikan

    sesuatu. Maha suci Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengalahkan, yang Maha Kuat, Maha Mulia,

    Maha Gagah, Maha Hidup, Maha Berdiri tanpa pembantu, tanpa penolong, dengan rahmat Mu aku

    meminta tolong,

    Wahai Tuhan perkenankanlah (terima) doa dan usaha ku ini, kepada Mu lah penyerahan ini. Tiada daya

    dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung (3 kali).

    Pujian-pujian bagi Allah di permulaan dan di akhiran, zahir dan batin, serta selawat dan salam ke atas

    penghulu kami Muhamad, dan ke atas keluarganya, sahabatnya yang mulia dan suci, serta keselamatan

    yang banyak, mulia dan abadi hingga ke hari kiamat, cukuplah Allah bagi kami dan sebaik-baik wakil.

    Maha Suci Tuhan mu, Tuhan yang Maha Mulia dengan sifat-sifatnya, serta selawat ke atas utusan-

  • utusanNya (rasul) dan pujian-pujian ke atas Tuhan semesta alam. Selawat ke atas penghulu kami Nabi

    Muhammad dan ke atas keluarganya dalam setiap kelipan mata dan sorong tarik nafas makhluk

    sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah. Amin..............