Hijrah Sebelum Ke Kubur
Transcript of Hijrah Sebelum Ke Kubur
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 2/10
Sebelum bercakap mengenai Hijrah lebih lanjut, eloknya jika
kita merungkai kembali makna hijrah terlebih dahulu.
Hijrah bermaksud perpindahan. Perpindahan ini bermulaapabila Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu dari Allah
S.W.T untuk melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke
Kota Madinah. Adalah maklum bahawa penghijrahan ini
bukan bermakna melarikan diri atau takut. Tapi hijrah iniadalah lebih kepada konteks menyusun kembali strategi
dakwah.
Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan
tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza daripada segi
uslub dan perintah-perintahnya, (Dengan sebab itu ada ayat
Makiyyah dan Madniyaah) Justeru, peristiwa hijrah ini sangat
penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar
daripada hijrah ini tercapai.
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 3/10
Menghayati Konsep Hijrah Nabi Muhammad S.A.W
Sahabat yang dirahmati Allah,Setiap tahun apabila sampai sahaja 1 Muharam ini bermakna
umur kita telah meningkat dan semakin hampir menemui Allah
s.w.t. Sebelum kita memperkatakan hijrah Nabi s.a.w maka
kita perlulah berhijrah dalam ertikata sebenarnya iaitu ada
perubahan di dalam mengejar cita-cita dan hasrat kita melihatperlaksanaan Islam dalam diri , keluarga dan masyarakat kita.
Persoalannya berapa ramai daripada kita yang benar-benar
menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa tersebut?
Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepadaperistiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dari Mekah
ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 4/10
Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini,
akan membawa kegagalan kepada umat Islam sendiri.
Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati didalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada
era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh
Rasulullah s.a.w. ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya
sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar
dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu perlima daripada penduduk dunia.
Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah
semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripadakaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri untuk melalukan keberkesanan dakwahnya
dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak
akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh
berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 5/10
Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa
bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja.
Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua
matlamat yang hendak dicapai lebih-lebih lagi melibatkan soal perpaduanummah.
Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan
semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Nabi s.a.w. berjaya mendirikan
daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni yang
dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia
adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama
terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti
yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dandihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan
ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa
berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana
hijrah.
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 6/10
Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti
yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk
menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil
daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan ketika
kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau,
membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka
merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah
sebaik-baik perancang.” (Surah Al-Anfaal:30)
Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada
Nabi s.a.w. dan umat Islam agar tidak takut dengan
ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segalaperlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah
bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar
yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan
keyakinan kepada Allah s.w.t. yang cukup hebat
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 7/10
Sahabat yang dimuliakan,
Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah
daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah
adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.
Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:”Orang yang berhijrah ialah orang yang
meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak
baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran
bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Bagaimanapun, dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun lebih
kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan sahabat
dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah.
Peristiwa hijrah itu menyingkap satu perjuangan yang pantang menyerah atau
mengaku kalah di samping ia menjadi garisan pemisah antara kebenaran dan
kebatilan. Ia juga diibaratkan satu jambatan yang menghubungkan antara dua
tahap masa perjuangan Rasulullah s.a.w. iaitu, di Makkah selama 13 tahun dan
kedua, di Madinah selama 10 tahun.
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 8/10
Ia bermakna Rasulullah s.a.w. berhijrah bukan untuk lari atau
meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan
perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan
keberhasilan perjuangan pada masa depan.
Hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa
iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga,
sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi
mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada
Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untukberhijrah.
Mereka juga menyedari tanpa pengorbanan dan perjuangan kental,
hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap
sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrahdemi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-
cita murni itu.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan
Rasulullah s.a.w., bagaimana baginda mengutamakan pembinaanmasjid pertama di Madinah dikenali sebagai Masjid Quba. Ia juga
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 9/10
Seterusnya, kebijaksanaan baginda mempersaudarakan kaum
Muhajirin (sahabat Nabi s.a.w. yang sama-sama berhijrah dari Makkah
ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan
mereka di Madinah.
Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan
golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana
aman damai dan harmoni.
Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-samamencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak
hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada
hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan
ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara,
bergotong-royong, saling membantu dan hidup dalam damai danharmoni dengan umat agama lain.
Hijrah baginda bukan untuk kerehatan, tetapi meneruskan perjuangan
dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah
masanya untuk umat Islam di Malaysia menghayati roh hijrah ini untukdiguna pakai dalam konteks semasa iaitu membina semula
8/10/2019 Hijrah Sebelum Ke Kubur
http://slidepdf.com/reader/full/hijrah-sebelum-ke-kubur 10/10
Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan slogan indah atau ucapan manis
semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan
dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji Islam ke persada dunia.
Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah
s.a.w. menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu yang saling bermusuhan,
iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang
kepada Allah, dua kumpulan itu akhirnya dapat disatukan.
Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman,
kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidahdan kepercayaannya kerana Islam adalah ad-Deen yang bersifat rahmat
kepada sekalian alam.
Firman Allah yang bermaksud:”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau
(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah al-Anbia, ayat 107)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita muhasabah diri kita samaada kita telah berubah daripada
kejahilan kepada berilmu, dan sentiasa meningkatkan amal dan kerja-kerja
jihad di jalan Allah s.w.t. Setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah akan ada
perubahan di atas usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai satu carahidup.