KUALA SELANGOR NATURE PARK PANTAI REDANG, SEKINCHAN HHHC 9301.
HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN … · Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para...
Transcript of HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN … · Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para...
1
HHHC 9301
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT (SET 7)
LAPORAN
SEKREATARIAT PESTA TANGLUNG UKM KE-35
KOD PROJEK : DN00334/2014
NAMA PELAJAR : TENG YEN HOONG
NO. MATRIK : A 143355
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2 (2014/2015)
FAKULTI : EKONOMI DAN PENGURUSAN
PROGRAM : PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
NAMA PENSYARAH : Dr. JANETTE MARCIAL @ NUR ATIQAH
ABDULLAH
JAWATAN/PERANAN : SETIAUSAHA PUBLISITI 2
2
1.0 Pengenalan Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah
saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan
dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik
komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang.
Pengurusan maklumat boleh didefinisikan sebagai proses mengenalpasti,
mengklasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan maklumat. Maklumat merujuk
kepada data, bahan dan pengetahuan di mana maklumat tersebut mestilah relevan,
boleh dipercayai, boleh difahami dan membantu mengurangkan ketidakpastian.
Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari atau menggunakan
maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat.
Menurut Byerly et al. (1999), pelajar yang celik maklumat seharusnya
bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap semasa proses
pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai maklumat secara kritis dan
menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif. Mackenzie (1997)
berpendapat bahawa, dalam garis panduan mengenai literasi maklumat untuk
pembelajaran sepanjang hayat yang telah disediakan oleh Lau (2006), orang yang
celik maklumat berkebolehan dalam proses menggali, iaitu berkeupayaan
mengesan maklumat yang berkaitan, menyaring, menyisih, dan mimilih maklumat.
Kedua, proses mentafsir di mana dia berupaya untuk menterjemahkan data dan
maklumat kepada pengetahuan, wawasan, dan kefahaman. Ketiga, berkemampuan
mencipta idea-idea baru yang bermakna berkeupayaan membangunkan wawasan-
wawasan baru.
3
2.0 Pengenalan/ Latar Belakang Program
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan etnik yang mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dari beberapa
segi, terutamanya dari segi kebudayaan. Sehubungan dengan itu, kebudayaan
didefinisikan sebagai satu keseluruhan gagasan yang meliputi kepercayaan, nilai –
nilai, cara hidup, amalan, adat, dan juga segala aktiviti yang dijalankan oleh
sesebuah masyarakat. Lantaran itu, kebudayaan pelbagai etnik yang kukuh di
negara kita merupakan aset yang terpenting untuk memupuk perpaduan antara
rakyat Malaysia supaya proses pembangunan negara kita, Malaysia boleh berjalan
dengan lancar.
Tamadun sesebuah negara amatlah bergantung kepada tahap kebudayaan
negara tersebut. Di samping itu, tidak ada sesebuah negara yang dapat melangkah
kepada era yang lebih majmuk dan maju jika kebudayaannya tidak dapat
diwariskan dan dipertahankan. Selain daripada itu, Kebudayaan juga
melambangkan identiti negara tersebut, seperti mana kepelbagaian kebudayaan
yang melambangkan negara kita, Malaysia. Memandangkan kepentingan
kebudayaan dalam memastikan perwarisan tamadun negara kita, persefahaman
kebudayaan adalah amat penting, kepentingannya bukan sahaja penting dalam
negara kita yang berbilang kaum, tetapi juga penting dari segi internasional
kerana melalui persefahaman kebudayaan peperangan dan beberapa bencana
buatan manusia dapat dielakkan. Justeru, “Persefahaman Budaya, Asas
Keharmonian” akan dijadikan sebagai tema asas Pesta Tanglung UKM ke-35.
Maklumat – maklumat yang diperolehi akan dikemaskini, dianalisis dan
disusun semula supaya dapat memberi kesedaran kebudayaan kepada masyarakat
Malaysia. Melalui penganjuran Pesta Tanglung UKM ke-35, pihak kami berharap
dapat memberi satu kesedaran budaya kepada masyarakat Malaysia di samping
mempereratkan silaturahim antara kaum demi mencapai perpaduan nasional.
4
3.0 Tujuan Program
Memperkenalkan budaya- budaya Tiong Hua di kalangan mahasiswa dan
mahasiswi.
Menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum melalui
persefahaman budaya.
Memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM.
4.0 Matlamat Program
Mendedahkan mahasiswa – mahasiswi kepada aktiviti kebudayaan supaya
dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran mahasiswa –
mahasiswi terhadap kepentingan secara aktif dalam aktiviti bersifat
kebudayaan.
Menjalinkan tali silaturahim dan memupuk persefahaman kaum yang erat
di kalangan warga UKM dan masyarakat Malaysia umumnya.
Meningkatkan imej UKM di kalangan masyarakat luar.
5.0 Objektif Program
Memperkenalkan budaya Tiong Hua yang unik kepada masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum.
Mengenali budaya kaum-kaum lain melalui persefahaman budaya
5
6.0 Penglibatan Ahli-Ahli Program
Jumlah Exco = 30 orang
Jumlah Ahli Jawatankuasa = 200 orang
Jumlah Peserta Malam Persembahan Pentas = 100orang
Jumlah Pengunjung Karnival Pesta Tanglung = 1000orang
Jumlah Penonton Persembahan Pentas = 3000 orang
7.0 Laporan Ringkas
Dalam Sekreatariat Pesta Tanglung Ukm Ke-35, saya selaku Setiausaha Publisiti.
Sebagai Setiausha Publisiti, tugas yang perlu dijalankan ialah;_
1. Bertanggungjawab atas segala aktiviti publisiti Pesta Tanglung UKM Ke-35
2. Bertanggungjawab atas penyediaan risalah dan rencana berita
3. Bertanggungjawab atas poster, bunting, banner dan Digital Board
4. Bertanggungjawab atas formal dan informal counter
5. Bertanggungjawab merekacipta laman web Pesta Tanglung UKM Ke-35
6. Bertanggungjawab menyediakan video clips untuk kegunaan publisiti
Kerja penyediaan Sekreatariat Pesta Tanglung Ukm Ke-35 telah bermula daripada
bulan Jun 2014. Sekreatariat Pesta Tanglung Ukm Ke-35 telah menjalankan
aktiviti sepanjang 28 June 2014-3 Disember 2014, iaitu:-
1. Kem Latihan Exco 1
Kem ini diadakan bertujuan mengenalkan Pesta Tanglung kepada exco-exco
baru. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik
antara exco.
6
2. Kem Latihan Exco 2
Kem ini diadakan bertujuan untuk mengadakan mesyuarat, penyediaan activiti
dan Marketing Operation. Kem ini juga diadakan untuk menjalankan Press
Conference.
3. Majlis Pengenalan Pesta Tanglung Kolej Tun Syed Nasir
Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan Pesta Tanglung UKM ke-35
kepada mahasiswa-mahasiswi Kolej Tun Syed Nasiryang baru memasuki
UKM.
4. Majlis Perlancaran Pesta Tanglung UKM ke-35
Majlis perlancaran ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Pesta
Tanglung UKM kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru memasuki UKM.
Selain itu, program juga bertujuan untuk mengumunkan penaja-penaja utama
dan media-media utama Pesta Tanglung UKM ke-35 kepada masyarakat.
5. Sesi Temuduga Peserta dan Kem Peserta 1
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dan minat-minat
mahasiswa mahasiswi dalam bidang lakonan dan tarian. Peserta-peserta yang
berjaya dipilah melalui sesi temuduga ini akan terlibat dalam persembahan
pentas Pesta Tanglung UKM ke-35. Barisan jurulatih adalah diupah daripada
Tea Theather.
6. Temuduga Pengacara Majlis
Sesi temuduga ini bertujuan untuk memilih Barisan Pengacara Majlis yang
berbakat dan berpotensi untuk menjadi Pengacara Maljis bagi program-
program yang akan dijalankan.
7
7. Kem Peserta 2
Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para pelakon and para penari.
Latihan ini adalah bertujuan untuk membuat penyediaan untuk Malam
Persembahan Pentas.
8. Kem Peserta 3
Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para pelakon and para penari.
Kem ini adalah bertujuan untuk menjalankan Full Rehearsel untuk Malam
Persembahan Pentas.
9. Mesyuarat Bahagian
Mesyuarat Bahagian ini bertujuan untuk menyampaikan infomasi kepada ahli-
ahli jawatan kuasa dan juga menjalankan perbincangan serta Brainstorm.
10. Karnival Pesta Tanglung
Acara Karnival Pesta Tanglung merupakan salah satu aktiviti utama Pesta
Tanglung UKM ke-35. Aktiviti ini diadakan untuk memupuk minat orang
ramai terhadap budaya Tiong Hua dengan mengadakan pelbagai aktiviti
seperti pameran, persembahan dan pertandingan.
11. Malam Persembahan Pentas
Malam Persembahan Pentas ini juga merupakan aktiviti utama Pesta Tanglung
UKM ke-35. Segala persiapan dalam program ini adalah dilaksanakan oleh
mahasiswa-mahasiswi UKM seperti teknikal, hiasan pentas, pakaian peserta
dan juga peserta-peserta persembahan pentas. Persembahan pentas ini
berdasarkan satu konsep yang berkaitan dengan budaya Tiong Hua. Ini juga
bertujuan untuk memperkenalkan budaya Tiong Hwa kepada kaum-kaum lain.
8
12. Malam Penghargaan
Malam Penghargaan bertujuan untuk merayai Pesta Tanglung UKM ke-35
telah berjaya menjalankan semua aktiviti dan mengenang jasa semua ahli
jawatankuasa dan peserta Pesta Tanglung UKM ke-35.
Sepanjang aktiviti penyediaan, saya telah diberikan banyak peluang
untuk menjalankan tugasan yang baru dan mencabar. Dengan lebih perinci,
saya akan menjelaskan di 8.0 Pembuktian.
9
8.0 Pembuktian
Dalam Kem Latihan, kami telah mnglibatkan dalam aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan antara semua ahli-ahli program iaitu Top Exco dan Exco lain.
Gambar di atas adalah semasa semua ahli-ahli program pergi ke Botani Garden yang
terletak di Putrajaya.
10
Walaupun saya sebagai Setiausaha Publisiti, tetapi saya juga diberikan program untuk
menjalankan kerja penyediaan Cenderamata untik VIP.
Idea untuk cenderamata tersebut adalah menggunakan kertas dan melekatkan dengan hot
glue gun untuk menghasilkan bentuk 3 dan 5, ini adalah kerana Sekretariat Pesta
Tanglung pada tahun ini adalah tahun ke-35.
11
Setelah siapkan bentuk 3 dan 5, kami perlu memasang lampu led ke dalam bentuk 3 dan
5. Disebabkan saya tidak mempunyai sebrang pengetahuan berkaitan dengan pemasangan
lampu led, oleh itu sebelum saya memulakan kerja pemasangan lampu led, saya telah
mendapatkan maklumat dan demo melalui laman web.
12
Seterusnya, kami adalah melekatkan bentuk 3 dan 5 ke atas kayu supaya ia dapat
diletakkan secara menegak.
Ini adalah cenderamata yang telah disiapkan.
13
Selain itu, saya menglibatkan dalam menghasilkan video yang bertujuan untuk
mempromosikan Pesta Tanglung UKM. Saya menghasilkan video tersebut dengan
menggunakan After Effect dan Premier Pro. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam
membuat video tetapi akhirnya saya berjaya untuk menghasilkan video tersebut dengan
merujuk tutorial yang terdapat dalam Youtube.
Link untuk video tersebut,
https://www.youtube.com/watch?v=b9F8WeT7uoc
14
Tugasan saya dalam Kem Peserta adalah mereka bentuk backdrop. Walaupun saya tidak
pernah mereka bentuk sesuatu poster. Tetapi akhirnya saya dapat menguasai software
CorelDraw dan Photoshop dan menghasilkan design untuk backdrop tersebut.
15
Ini adalah poster lain yang direka oleh saya dengan menggunakan software CorelDraw
dan Photoshop.
17
9.0 Refleksi Diri
Melalui program program Sekreatariat Pesta Tanglung Ukm Ke-35, saya mendapati
bahawa kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan
komponen yang amat penting dalam menjayakan sesuatu program dan juga akan
memberi manfaat ketika kita memasuki alam pekerjaan pada masa hadapan.
Program ini telah memberikan saya peluang untuk menguasai teknik
menggunakan perisian komputer seperti Photoshop, CorelDraw, Windows Live Movie
Maker dan After Effect untuk tujuan pengurusan maklumat. Sedangkan dunia pada hari
ini semakin canggih, kami perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam
bidang teknologi.
Di samping itu, program ini juga telah meningkatkan kemahiran berkomunikasi
saya. Contohnya, sebagai Setiausaha Publisiti saya perlu sentiasa berkomunikasi dengan
exco lain dan juga AJK saya dalam pelaksanaan tugas saya. Maka, program ini
membolehkan saya menguasai pelbagai kaedah komunikasi.
Keupayaan saya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan telah meningkat
melalui program ini. Sebelum menyertai program ini, saya tidak pernah menggunakan
software tersebut. Maka, saya telah mempelajari cara untuk menggunakannya dan dapat
mereka poster dan juga menghasilkan video.
Selain itu, saya juga menglibatkan dalam kerja penggantungan bunting dan
banner di dalam kampus UKM dan juga di luar Kampus UKM. Dalam menjalankan tugas
Publisiti, saya juga mengetahui banyak maklumat tentang proses memohon, contohnya
lesen bunting dan banner daripada Majlis Perbandaran dan juga daripada Jppel UKM.
Program ini telah mendapat sokongan daripada pihak UKM yang merupakan
salah satu kunci kejayaan program ini di samping semua pelajar UKM yang menyertai
program ini telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam menjayakan
program ini.
18
Kesimpulannya, program Sekreatariat Pesta Tanglung Ukm Ke-35 telah menjadi
satu platform untuk saya menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan
pada hari kemudian. Akhirnya, saya amat bersyukur bahawa saya berpeluang untuk
melibatkan diri dalam program ini dan saya akan terus menyertai program yang berlainan
untuk menambahkan pengalaman dan menguasai kemahiran saya. Saya akan terus belajar
sehingga ke liang lahad kerana ilmu pengetahuan adalah sangat luas dan bernilai.
10. Lampiran
Surat Kelulusan Program
Kertas Kerja Program
Carta Alir Pesta Tanglung ke-35
Carta Gantt Pesta Tanglung ke-35
Sijil Penyertaan