Helang cetus idea cipta alat pengesan · tis sememangnya bangga jika setiap hasil ciptaannya...
Transcript of Helang cetus idea cipta alat pengesan · tis sememangnya bangga jika setiap hasil ciptaannya...
Helang cetus idea cipta alat pengesanSistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat cari pesawat hUang
~ TAMU&~bSELASABersama Pensyarah Survei KejuruteraanHutan (Penderiaan Jauh) Universiti PutraMalaysia (UPM) Dr Kamaruzaman Jusoff
Oleh Nurhayati Abllah
, BOLEH profesor terangkan menge• nai Sistem Keberkesanan Sistem Pesawat Terbang Hyperspektral UPMAPSB's AISA.
Idea untuk mencipta sistem ini adalahhasil penyelidikan dan cabang ilmu yangdipelajari iaitu perhutanan, kejuruteraandan survei pada 1996lalu, ketika dipinjamkan ke Pusat Remote Sensing Negara(Macres) sebagai Timbalan Pengarah. Tidak ramai individu di negara ini memopelajari bidang itu secara khusus kecualisaya dan seorang lagi 'junior' saya yangkini menetap di Sarawak.
Daripada cabang ilmu itu, bidang berkenaan diterokai dan menimbulkan minatuntuk mencipta satu sistem bagi memudahkan proses mengesan, mengenal pasti,mengira jumlah dan memetakan jumlahsumber hutan di. Malaysia. Selepas menamatkan pengajian PhD di UniversitiCranfield United Kingdom pada 1992,ketika berada di luar negara, sayaterpandangseekor burung menyerupai helang terbangdi udara.
Pada fikiran saya, bagaimana burung ituboleh mengesan mangsa atau sumber makanan di permukaan ladang yang diHputitanaman bunga matahari jika tanpa satukelebihan yang ada pada haiwan itu. Bermula daripada situ, pertanyaan berkenaanmembuatkan saya terus mengkaji dan ak·hirnya menemui jawapan iaitu burungmempunyai satu 'perpustakaan spektralunik' yang berada dalam otaknya dan perpustakaan itu menyimpan segala data untuk mengesan serta mengenal pasti lokasimangsa buruannya.
, Bagaimana sistem berkenaan ber• fungsi dan digunakan dalam kerja
mencari dan menyelamat (SAR) pesawat dan enam anggotaTentera UdaraDiraja Malaysia (TUDM)yang terhempas di Genting Sempah, baru-baru ini.
5 ebelum ini, sistem yang dibangunkanlebih banyak digunakan untuk membantu penyelidikan bidang pertanian, perhutanan, alam sekitar dan sains marin.Bagaimanapun, secara kebetulan ketikamenggunakan sistem itu dalam satu penyelidikan kontrak di pesisir pantai danpulau di Sabah pada Julai 2004 dengankerjasama syarikat Aeroscan Precision(M) Sdn Bhd, saya diminta untuk turutsarna membantu SAR mengesan pesawatdan tujuh mangsa nahas helikopter Bell206 Long Ranger di Bario Ba' Kalalan,Sarawak. Sistem berkenaan yang meng·gunakan satu set komputer riba, aksesoriserta dibantu peralatan sensor UPMAPSB'sAISAdipasang pada pesawat yangdinaiki dan saya akan mengesan lokasiberdasarkan petunjuk atau arah yang sudah ditetapkan pasukan pencari dan penyelamat.
Sebelum sistem itu boleh digunakan, saya perlu mendapatkan butiran lanjut pe·sawat yang terhempas iaitu 'Profil Tandatangan Spektral' atau saya klasifikasisebagai DNA objek yang dicari untuk memudahkan data itu diproses sistem berkenaan. DNA pesawat itu diperoleh selepasmendapat kebenaran dan persetujuanTUDM. Ketika saya berada di udara (dalampesawat Cessna TUDM), sistem itu akanmemberi dan mengenal pasti semua sum·ber yang ada di kawasan terbabit termasukkedudukan sertajumlah objek atau sumberyang ada.
Jadi, kaedah sarna digunakan untuk mengesan pesawat Nuri yang terhempas diGenting Sempah, 13 Julai lalu iaitu mendapatkan DNA pesawat jenis itu dan mengesan menggunakan Sistem KedudukanGlobal (GPS). Selepas berjaya mendapatkan jangkaan kedudukan pesawat berkenaan, maklumat itu disalurkan kepada anggota pasukan penyelamat yang berada dalam hutan untuk menjalankan gerakanmencari. 'v
, Berapakah kos yang digunakan un• tuk membina sistem berkenaan.
T idak dinafikan setiap kajian, penyelidikan atau sistem yang dicipta memerlukan kos perbelanjaan tinggi. Setiapc;iptaan yang diwujudkan perlu menjalanipenyelidikan teliti sebelum ia boleh diiktiraf satu daripada ciptaan sains yangboleh diguna pakai. Selain faktor masa dantenaga yang perlu dikorbankan, saya memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta iaitudana daripada Kementerian Sains, Teknologi dim Inovasi untuk membangunkansistem berkenaan.
, Selain sistem itu digunakan dalam• SAR, adakah sistem ini boleh di
gunakan bagi tujuan lain.
T ujuan penciptaan sistem itu untuk memudahkan kerja selain mempelbagaikan cara bagi mendapatkan sesuatu maklumat. Dengan kesesuaian dan permintaansemasa, sistem itu boleh diaplikasi dalaminventori hutan, pertanian tepat, pemetaanbatu karang dan sains marin, pengurusantaman laut, pemetaan kegiatan haram seperti pembuangan sisa toksik, penempatanharam dan jumlah penduduk serta membantu tugas keselamatan seperti perisikanpolis dan pertahanan negara.
Namun, penggunaannya bergantung kepada permintaan atau kelulusan pihak berkenaan bagi mengelakkan sistem itu disalahgunakan. Kaedah yang digunakanadalah sarna iaitu setiap objek atau sumberyang ingin dikaji perlu didapatkan DNAobjek berkenaan dan saya akan melakukanproses pengimejan serta penganalisaan.Maklumat dan data yang dikumpul, diberikepada jabatan atau pihak yang memerlukan untuk dibuat kajian serta sumberlaporan mereka.
, Sejauh mana ketepatan sistem itu• sehingga banyak membantu dalam
setiap operasi, kajian atau penyelidikanyang dijalankan.
5etiap ciptaan atau penyelidikan yangdibangunkan sukar untuk mendapatkan kejituan atau ketepatan mencecah 100peratus atau dalam erti kata lain tepat.Bagaimanapun, setiap pengkaji atau saintis sememangnya bangga jika setiap hasilciptaannya mencapai lebih 90 peratus ketepatan kerana sebagai manusia kita masihmempunyai kelemahan dan kekurangansehingga memerlukan perubahan dari semasa ke semasa.
Justeru, setiap ilmu tidak akan habis
walaupun dipelajari hingga akhir hayat.Begitu juga dengan penciptaan sistem yangsaya bangunkan itu. Saya hanya mampumenjelaskan keputusan yang diperoleh hasil penggunaan sistem itu mencapai lebih90 peratus. Bagi saya, jumlah itu sudahcukup tinggi kerana kejayaan yang dapatdilihat hasil penggunaan sistem berkenaansudah banyak dapat saya buktikan.
Antaranya dalam membantu pencarianpesawat dan enam anak kapal yang terbabitnahas helikopter Nuri, baru-baru ini. Sebelum ini juga saya sudah banyak membantu jabatan lain seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Laut dan Jabatan Perangkaan untuk mendapatkan maklumat ataudata yang diperlukan.
., Sememangnya setiap ciptaan atau• kajian itu ada kelebihan dan kele
mahan yang perIu diterima. Apakah kelebihan dan kekurangan sistem yangprofesor bangunkan.
J ika sistem ini diperkembangkan padaperingkat lebih tinggi dan dipertingkatkan, saya percaya ia boleh membantumencapai kemajuan negara selain meningkatkan mutu perkhidmatan setiap jabatan.Contohnya, dalam bidang pertahanan. Sistern berkenaanjuga boleh digunakan untukmengesan lokasi penempatan dan jumlahpendatang tanpa izin yang 'berhijrah' kenegara ini. Sistem berkenaan membantumengesan 'lorong tikus' di kawasan sempadan negara.
Jika pasukan keselamatan tahu secarajelas jumlah dan lokasi mereka, secara tidaklangsung kita dapat memantau pergerakanmereka selain mengurangkan kadar jenayah. Begitu juga dengan penggunaan sistemitu, umpamanya dalam bidang pertanian,perhutanan dan pemetaan batu karang. Kitadapat menyelamatkan sumber atau spesiesyang ada daripada pupus jika kita dapatmengetahui habitat dan jumlahnya.
Selain itu, sistem ini turut digunakanuntuk pembangunan seperti mengenal pasti sumber galian, tumpahan minyak dankawasan pembalakan. Kelemahan utamasistem itu ialah tidak boleh digunakantanpa cahaya matahari. Tempoh sesuai digunakan antara jam 10.30pagi hingga 2.30petang. Kebiasaannya dalam tempoh berkenaan, cahaya solar paling maksimum.Selain itu, ia turut bergantung kepada keadaan cuaca dan persekitaran. Jika keadaanhujan dan berkabus boleh menyebabkankegagalan mendapatkan ketepatan keputusan.
, Apakah perancangan profesor pada• masa akan datang, sama ada ingin
meningkatkan sistem yang digunakankini atau mencipta sistem lain.
S ebagai individu yang memang meminati bidang kajian, penciptaan dan penulisan saintifik, usaha saya tidak akanterhenti setakat ini. Saya dalam prosesperbincangan dan merancang untuk meningkatkan sistem berkenaan iaitu menjalankan kajian untuk meluaskan peng-
" Saya percaya sistemini bo/eh membantu
mencapai kemajuannegara da/ambidang pertahananse/ain membantu
mengesan /okasipenempatan danjum/ah pendatangtanpa izin"
Dr Kamaruzaman JusoffPensyaroh 5urve; Kejuruteraan Hutan
(Penderioan Jauh) Universiti Putra Malaysia
gunaan kaedah itu serta mengurangkanpunca kelemahannya. Selain itu, saya jugasedang merancang membina satu pusatpenyelidikan kecemerlangan khas di negara ini khusus di UPM untuk menjalankan kajian seumpama itu dengan kerjasarna TUDM dan Aeroscan Precision.
Setakat ini, kertas kerja lengkap dan permohonan sudah dikemukakan kepada UPMdan saya akan membuat penyelidikan berhubung peningkatan keberkesanan sistemberkenaan dalam tempoh enam bulan bermula November ini di pusat penyelidikanpenerbangan di Yale dan Stanford, AmerikaSyarikat. Pengurusan UPM juga sudahmemberikan peruntukan sebanyakRM280,OOOsepanjang tempoh pengajian itu.
, Secara peribadi, apa pendapat pro• fesor berhubung pesawat Nuri yang
rnasih digunakan sehingga kini. Adakah penggunaannya rnasih wajar atausebaliknya.
Secara peribadi, pesawat itu umumnyamasih boleh digunakan. Berdasarkanpengamatan dan pengetahuan yang sayaada, keupayaan teknikal pesawat berkenaan masih dapat berfungsi dengan baik.Bagaimanapun, secara logiknya, peralatanatau barang yang sudah lama perlu ditukar,apatah lagi peralatan membabitkan tugaspertahanan dan menggunakan tenaga manusia.
Kementerian Pertahanan sememangnyasudah mengkaji atau me'mpunyai rasionalmereka sendiri mengekalkan buat sementara waktu penggunaan pesawat itu. Apapun, setiap peralatan yang digunakan bergantung kepada kecekapan pengguna. Kenyataan itu bukan bermaksudmenyalahkan mana-mana pihak, tetapi juruterbang juga memainkan peranan dalammengendalikan pesawat selain daripadafaktor lain yang menyokong seperti cuacadan persekitaran.
, Pandangan profesor berhubung sis• tern berkenaan boleh diperluaskan
penggunaannya.
5 ebagai seorang pereka, saya sudahmenjalankan tanggungjawab saya. Bagaimanapun, sesuatu peralatan tidak lengkap atau diiktiraf penggunaannya jika tidak dibantu dengan faktor lain. Justeru,juruterbang selain berkemahiran dalammengawal pesawat, merekajuga perlu bijakmengesan keadaan tidak terduga seperticuaca dan persekitaran.
, Selain kejayaan profesor membantu• dalam mencari dan menyelamat pesawat helikopter Nuri, apakah kejayaanlain yang boleh dikongsi bersama.
5 ebelum ini, saya sudah mendapat pengalaman yang sarna ketika nahas helikopter Bell 206 Long Ranger di Bario,Sarawak, pada Julai 2004 dan nahas membabitkan pesawat pejuang Hawk 208 yangdilaporkan hilang bersama juruterbang selepas terhempas di kawasan perairan Rompin, 31Mei tahun lalu.
Dua nahas berkenaan banyak memberikan pengajaran dan pengalaman untukdigunakan dalam SAR membabitkan pesawat Nuri itu. Pengalaman itu sememangnya berharga dan akan digunakan jikatenaga saya masih diperlukan. Tiga pengalaman itu, secara peribadi dapat sayarumuskan operasi SAR sarna ada di laut,darat atau udara perlu mementingkan ka·wasan 'Flight Path Line' iaitu laluan pesawat berkenaan dengan menganalisis serta mengambil kira kebarangkalian ketepatan data sekunder atau maklumat awamyang diperoleh. Pihak berkenaanjuga per·lu merujuk peta topa berbentuk digitalyang tepat bagi memudahkan gerakanmencari.
Profesor Dr Kamaruzaman Jusoffadalah pencipta Sistem KeberkesananSistem Pesawat Terbang HyperspektralUPM-APSB's AISA