HealthEnrichtakafulmedicalcard.weebly.com/uploads/3/0/3/3/30330195/prubsn... · HealthEnrich...
Transcript of HealthEnrichtakafulmedicalcard.weebly.com/uploads/3/0/3/3/30330195/prubsn... · HealthEnrich...
HealthEnrichPELAN PERUBATAN YANG MELAMBANGKAN ANDA
HealthEnrich Melambangkan Keunikan Anda
Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda.
HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda.
Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik.
Ketahui gaya hidup anda.
Adakah Anda...
MUDA DAN MENGEJAR KEBEBASAN DALAM KEHIDUPAN?
BERDEDIKASI DAN MENGAMBIL LEBIH KOMITMEN DALAM KEHIDUPAN?
BERCITA-CITA TINGGI DAN INGINKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN?
BERJAYA DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG MEWAH?
Mulakan Awal
Penuhi Kehidupan
Langkah ke Hadapan
Nikmati Keistimewaan
HealthEnrich Vital
Mulakan Awal bersamaHealthEnrich Vital
Saatnya telah tiba untuk anda berdikari. Mulakan awal dengan pelan perubatan yang memberikan perlindungan penting dan sesuai dengan gaya hidup anda yang bertenaga.
HealthEnrich Vital memberikan anda...
RAWATAN PERUBATAN yang boleh diperolehi di
Ketenangan di mana jua anda DILINDUNGIanda berada kerana di seluruh dunia
FLEKSIBILITI untuk meningkatkan pelan mengikut keperluan anda yang bertambah dengan gaya hidup anda yang berubah
70 rangkaian hospital kami di seluruh negara
HealthEnrich Vital
Ko-Takaful
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun) RM150
Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun) Seperti yang dicaj tertakluk kepada
Ko-Takaful
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan HarianSeperti
yang dicaj
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Seperti yang dicaj tertakluk kepada
Ko-Takaful
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan KanserSeperti
yang dicaj
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)
RM1,500
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM30,000
Had Seumur Hidup RM300,000
HealthEnrich Select
Penuhi Kehidupan bersamaHealthEnrich Select
Gaya hidup anda berubah apabila anda berkeluarga. Pilih pelan yang memenuhi kehidupan dengan perlindungan terbaik dan memenuhi tanggungjawab anda yang meningkat.
HealthEnrich Select menawarkan anda...
Perlindungan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang KOMPREHENSIF
Manfaat-manfaat unik yang memberi KETENANGAN untuk IBU-IBU MENGANDUNG
PERLINDUNGAN PENUH untuk BIL-BIL PERUBATAN anda yang memberikan perlindungan tambahan dan ketenangan minda
BIL PERUBATAN
DIBAYAR
HealthEnrich Select
Ko-TakafulPerlindungan
Penuh
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun)
RM200 RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) Seperti yang dicaj tertakluk
kepada Ko-Takaful
Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan HarianSeperti
yang dicaj
Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (180 hari seumur hidup) Seperti yang
dicaj tertakluk kepada
Ko-Takaful
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
Seperti yang dicajRawatan Dialisis Buah Pinggang
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM6,000 RM6,000
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)
RM2,000 RM2,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM60,000 RM60,000
Had Seumur Hidup RM600,000 RM600,000
HealthEnrich Advanced
HealthEnrich Advanced
Langkah ke Hadapan bersamaHealthEnrich Advanced
Anda maju dalam kehidupan sehingga tiada masa untuk memikirkan keperluan kesihatan anda di masa hadapan. Langkah ke hadapan dengan pelan yang memberikan perlindungan terkini dan melengkapi gaya hidup anda yang sibuk.
HealthEnrich Advanced menyediakan anda...
Proses yang lebih mudah dengan URUSAN KEMASUKAN KE HOSPITALyang telah diuruskan dan penepian deposit hospital di Hospital-hospital Pilihan
RUNDINGAN SECARA LANGSUNG dengan pakar-pakar perubatan tempatan dan antarabangsa yang bertaraf dunia
GANJARAN jika anda kekal sihatdengan BONUS TIADA TUNTUTANmelalui pilihan ko-takaful
HealthEnrich Advanced
Ko-TakafulPerlindungan
Penuh
Ganjaran untuk Kekal Sihat
Bonus Tiada Tuntutan RM250 Tiada
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 200 hari setahun) RM300 RM300
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 200 hari setahun) RM100 RM100
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) Seperti yang dicaj tertakluk
kepada Ko-Takaful
Seperti yang dicajRawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan Diketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj
Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (250 hari seumur hidup) Seperti yang
dicaj tertakluk kepada
Ko-Takaful
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua• KonsultasidanDiagnosisdalamMalaysia
(Had Tahunan)• KonsultasidenganPakarBertarafDunia
RM500
Ya
RM500
Ya
Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
Seperti yang dicajRawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) RM100,000 RM100,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM10,000 RM10,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM3,000 RM3,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM100,000 RM100,000
Had Seumur Hidup RM1,000,000 RM1,000,000
HealthEnrich Premier
Nikmati Keistimewaan bersamaHealthEnrich Premier
Anda ingin menikmati kesenangan dan hidup dengan sihat. Nikmati keistimewaan dengan pelan yang menawarkan keperluan yang unggul dan menepati gaya hidup anda.
HealthEnrich Premier menawarkan anda...
PENGINAPAN BILIK SUITE yang mewah danrawatan eksklusif di Hospital-hospital Pilihan kami seluruh negara
PEMBANTU PERUBATAN KHAS untuk memenuhi setiap keperluan anda
HAD KEMASUKAN HOSPITAL YANG TINGGI
untuk keperluan perubatan anda
Min
imum
Sederhana M
aksimum
HealthEnrich Premier
Perlindungan Penuh
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 365 hari setahun)• Hospital-hospital Pilihan • Lain-lainhospital
RM1,000RM500
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 365 hari setahun) RM200
Pembantu Perubatan Khas Harian (maksimum 365 hari setahun) RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 120 hari setahun)
Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian
Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (365 hari seumur hidup)
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua• KonsultasidanDiagnosisdalamMalaysia(HadTahunan)• KonsultasidenganPakarBertarafDunia
RM1,000Ya
Rawatan Kanser Seperti yang dicajRawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) RM200,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM20,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)
RM5,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya
Had Tahunan Keseluruhan RM200,000
Had Seumur Hidup RM4,000,000
Apa yang anda perlu tahu tentang HealthEnrich
1. Apakah HealthEnrich?
HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar. Pelan ini mempunyai empat pelan – HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier – yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu hospital panel kami.
2. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda dan tidak akan bertambah apabila umur anda semakin meningkat. Kadar sumbangan boleh dirujuk di Lampiran 2.
3. Apakah manfaat Organ Transplant?
Manfaat Organ Transplant adalah had seumur hidup tambahan apabila anda menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, tulang sumsum atau kornea. Had seumur hidup tambahan ini adalah had tambahan daripada had tahunan dan had seumur hidup bagi HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.
4. Apakah kelebihan Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang?
Anda boleh mendapatkan rawatan-rawatan seperti hemodialisis, radioterapi dan kemoterapi di hospital-hospital panel kami dengan menggunakan kad perubatan tanpa sebarang pembayaran ko-takaful. Di samping itu, HealthEnrich melindungi sebarang rundingan, ujian pemeriksaan dan dadah yang dibawa pulang.
5. Apakah pilihan yang ditawarkan oleh HealthEnrich?
PilihanHealthEnrich
VitalHealthEnrich
SelectHealthEnrich
AdvancedHealthEnrich
Premier
Umur Kelayakan
20 minggu gestasi hingga
45 tahun
20 minggu gestasi hingga
70 tahun
14 hari hingga 70 tahun
14 hari hingga 70 tahun
Umur Tamat
Tempoh
25, 70 atau 80 tahun
25, 70 atau 80 tahun
25, 70 atau 80 tahun
25, 70 atau 80 tahun
Perkongsian Kos
Ko-takaful sahaja
Ko-takaful atau Perlindungan
Penuh
Ko-takaful atau Perlindungan
Penuh
Perlindungan Penuh sahaja
6 Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam HealthEnrich?
Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.
Jenis Caj dan Potongan
Butiran
Caj wakalah pendahuluan
Caj ini membenarkan kami membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan tempoh 20 tahun atau lebih. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Illustrasi Pelan.
Tahun sijil 1 2 3 4 5 & 67 &
ke atas
Caj wakalah pendahuluan
60% 60% 50% 30% 20% 0%
Tabarru’ Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan untuk tempoh perlindungan.
Ia juga memberi perlindungan untuk*:1. Gastroskopi/Endoskopi2. Kolonoskopi3. Angiografi4. I & D bernanah kecuali pemotongan luas5. Pengekstrakan Katarak6. Pemotongan nodul payudara/benjolan kecuali
pemotongan luas7. Pendilatan & Pengkuretan8. Prosedur laparoskopi diagnostic9. Pembuangan benda asing10. Pemotongan Kalazion/Pterigium11. Radioterapi12. Bronkoskopi Diagnostik13. Pembuangan ganglion/fibroma14. Sistoskopi Diagnostik15. Kemasukan talian Kemoport/Hickman16. Pembentukan fistula AV17. Benjolan – Biopsi pemotongan (semua jenis)18. Pembuangan ketuat19. Manipulasi tertutup bagi fraktur20. Suntikan jari picu21. Suntikan intra-artikular sendi22. Pembedahan pembetulan untuk blefaroptosis
yang tidak berkaitan dengan kongenital/kosmetik23. Hemodialisis24. Jahitan dan operasi lain pada tendon
dan sarung tendon25. Kemoterapi26. Penilaian lutut artroskopik/
aspirasi/pencucian sendi27. Pembebasan terowong karpal
* Anda boleh menjalani lain-lain pembedahan atau rawatan harian yang tidak tertera di atas mengikut nasihat doktor anda. Sila rujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Apakah Manfaat Pembedahan Harian?
Kemasukan ke hospital menelan banyak perbelanjaan dan ada kalanya tidak diperlukan. Kemasukan ke hospital bermaksud terpaksa menanggung pelbagai kos seperti yuran kemasukan, bilik dan penginapan, penjagaan jururawat dan makanan. Walaupun anda perlu berehat untuk pulih, berada di hospital tidak semestinya memberi keselesaan seperti berada di rumah sendiri.
Salah satu keunikan HealthEnrich adalah manfaat Pembedahan Harian. Tidak kira pelan mana yang anda pilih, Ko-Takaful atau Perlindungan Penuh, manfaat ini memberi perlindungan penuh ke atas kos pembedahan atau rawatan anda.
Tambahan pula, dengan manfaat Pembedahan Harian, anda boleh menjalani pembedahan atau rawatan dan pulih dalam keselesaan di rumah anda pada hari yang sama. Anda tidak perlu bermalam di hospital dan risau tentang perlindungan perubatan anda yang mungkin habis digunakan. Anda boleh menjalani radioterapi, hemodialisis atau kemoterapi sebagai pesakit luar di bawah kemudahan pelan ini.
Nota-nota Penting1. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan PruBSN. Sila rujuk kepada
Ilustrasi Pelan dan Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini. Terma-terma dan Syarat-syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel Terma-terma dan Syarat-syarat jika anda memerlukan maklumat terperinci tentang pelan tersebut.
2. Untuk HealthEnrich, anda layak menerima sebanyak RM3,000 setahun bagi pelepasan cukai perubatan berkenaan sumbangan anda. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
3. Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk membuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. Perlindungan hingga tempoh matang adalah tertakluk kepada PUA yang mencukupi untuk menampung Tabarru’ dan caj-caj berkaitan.
4. HealthEnrich adalah pelan yang dijamin pembaharuan. Sumbangan adalah selaras dan tidak dijamin. PruBSN mempunyai hak untuk menukar kadar sumbangan dan/atau Tabarru’ dengan memberi 30 hari notis bertulis. Kadar boleh ditukar sekiranya berlaku situasi-situasi yang tidak dijangkakan seperti inflasi kos perubatan. Sebarang perubahan dalam sumbangan dan/atau Tabarru’ hanya akan bermula pada ulang tahun sijil yang seterusnya.
5. HealthEnrich tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tempoh tamat atau kematangan sijil.
6. Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, peserta perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM400 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000. Tiada amaun ko-takaful minimum yang dikenakan untuk manfaat-manfaat dibawah Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar.
7. Peserta tidak perlu membuat pembayaran yang berkaitan dengan bil-bil untuk kondisi perubatan yang dilindungi di bawah pelan perlindungan penuh – tertakluk kepada had-had setiap pelan dan terma-terma serta syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam dokumen sijil.
8. Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HealthEnrich Advanced atau HealthEnrich Premier. Sila rujuk laman web PruBSN untuk senarai terkini Hospital-hospital Pilihan.
9. Anda hanya boleh mendapatkan Pendapat Perubatan Kedua apabila anda dikenal pasti menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi.
10. HealthEnrich adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam PUA selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran perkhidmatan keseluruhan yang disediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru’.
11. Tabarru’ bermaksud sebahagian tertentu daripada sumbangan didermakan ke dalam Dana Tabarru’ untuk persetujuan bantuan dan pertolongan di kalangan peserta-peserta berdasarkan manfaat-manfaat yang dipersetujui dibawah pelan.
12. Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, beserta peserta lain layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru’. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
Pengecualian
HealthEnrich tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj-caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya oleh salah satu kejadian berikut:
1. Penyakit sedia ada.
2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh perlindungan 120 hari yang pertama.
3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula, kecuali kecederaan akibat kemalangan.
4. Pembedahan kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, Lasik dan penggunaan alat prostetik dan perubatan.
5. Penyakit-penyakit pergigian termasuk rawatan atau pembedahan oral pada gigi asli kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.
6. Pembedahan eksperimen atau prosedur-prosedur elektif disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.
7. Penjagaan peribadi, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, AIDS, HIV, semua penyakit kelamin yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
8. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keadaan sejak lahir termasuk penyakit keturunan.
9. Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan mengandung atau bersalin dan komplikasi, jagaan pranatal atau postnatum kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil dan, keguguran, menggugurkan kandungan, apa-apa kaedah kawalan kelahiran kontraseptif, rawatan berkaitan ketaksuburan atau disfungsi erektil dan impoten.
10. Pemeriksaan perubatan rutin, kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan/pengimejan diagnostik yang tidak berkaitan dengan hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan, ubat atau pemeriksaan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan atau pencegahan secara amnya dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan seperti sleeve gastrectomy.
11. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.
12. Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sebarang tindakan peperangan, pelanggaran mana-mana atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam.
13. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear atau apa-apa bahan nuklear.
14. Belanja yang ditanggung oleh penderma atau orang yang dilindungi untuk menderma mana-mana organ tubuh dan semua kos pemerolehan organ dan komplikasinya.
15. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan, terapi penggantian hormon, sel induk, terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan penjagaan kaki, khidmat kiropraktik, terapi aroma dan apa-apa rawatan pilihan yang lain.
16. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.
17. Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk.
18. Perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan termasuk dan tidak terhad kepada televisyen, telefon, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kit kemasukan kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil.
19. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan, sukan berbahaya, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang, atau pesawat komersil berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi pada laluan berjadual tetap.
20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks atau tranformasi jantina.
21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu.
22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan atau caj-caj yang ditanggung selepas Tarikh Tamat Tempoh.
Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang hanya tertera di atas dan anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Lampiran 1
Senarai Komplikasi-komplikasi Bersalin
1. Pembekuan Intravaskular
2. Kehamilan Ektopik
3. Hydatidiform Mole
4. Pendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi
5. Eklampsia
6. Embolisme Cecair Amniotik
7. Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung
8. Toksemia Semasa Mengandung
Lampiran 2Kadar Sumbangan Tahunan bagi HealthEnrich Select untuk Umur Tamat Tempoh 70.
Umur KemasukanPilihan-pilihan Perkongsian Kos
Ko-Takaful (RM) Perlindungan Penuh (RM)
1 – 15 808 995
16 818 1,004
17 830 1,014
18 841 1,023
19 852 1,056
20 863 1,089
21 882 1,118
22 901 1,147
23 920 1,177
24 939 1,206
25 958 1,235
26 976 1,265
27 995 1,294
28 1,013 1,323
29 1,031 1,353
30 1,049 1,382
31 1,083 1,412
32 1,101 1,441
33 1,115 1,470
34 1,130 1,500
35 1,144 1,529
36 1,177 1,577
37 1,210 1,626
38 1,242 1,674
39 1,312 1,722
40 1,352 1,770
Umur KemasukanPilihan-pilihan Perkongsian Kos
Ko-Takaful (RM) Perlindungan Penuh (RM)
41 1,396 1,829
42 1,446 1,887
43 1,516 1,946
44 1,585 2,005
45 1,654 2,063
46 1,742 2,182
47 1,828 2,302
48 1,963 2,421
49 1,988 2,540
50 2,057 2,660
51 2,125 2,710
52 2,193 2,760
53 2,261 2,810
54 2,329 2,860
55 2,396 2,910
56 2,480 3,001
57 2,564 3,093
58 2,646 3,185
59 2,730 3,276
60 2,812 3,368
Kadar sumbangan adalah berdasarkan risiko biasa kelas pekerjaan 1 dan 2. Kadar sumbangan untuk kelas pekerjaan 3 dan 4 adalah 1.25 dan 1.5 lebih daripada kadar sumbangan untuk kelas pekerjaan 1 dan 2. Kadar adalah tertakluk kepada pengunderaitan. Amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada umur anda (berdasarkan Umur pada Tarikh Lahir akan Datang), status kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan. Bagi kadar sumbangan HealthEnrich dengan kombinasi pelan, umur tamat tempoh dan pilihan-pilihan perkongsian kos yang lain sila rujuk www.prubsn.com.my.
HealthEnrich adalah produk yang berasaskan Syariah.
Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)
Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.Tel: (03) 2053 7188 Faks: (03) 2072 6188
E-mel: [email protected] SMS PruBSN dan hantar ke 33080
Anda juga boleh melayari www.prubsn.com.my
Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak 1 November 2013