HE-MU

6
3.0 SELEPAS PENJAJAHAN SEHINGGA KEMERDEKAAN 3.1 Pengenalan Orang Melayu telah menjadi mangsa kekejaman, akibat Bintang Tiga yang mahu mengambil tampuk pemerintahan selepas Jepun menyerah kalah. Orang Melayu pula menganggap komunis itu Cina dan Cina itu komunis. Pergaduhan Melayu-Cina selepas pemerintahan Jepun berlanjutan sehingga ke tahun 1950-an. Kedatangan bangsa asing yang tidak menghormati kedaulatan Melayu telah sedikit sebanyak mencabar ketuanan Melayu. Kekejaman MPAJA melakukan pembunuhan ke atas orang Melayu telah menyebabkan mereka menggabungkan seni mempertahankan diri. Apabila tentera British tiba di Tanah Melayu semula, mereka telah membentuk Pentadbiran Tentera British dan Berjaya mengambil alih pemerintahan PKM. Penubuhan gagasan Malayan Union 1946 kemudiannya telah mendorong gerakan nasionalisme menentang penjajahan British. Orang Melayu telah menentang Malayan Union kerana mereka telah menyedari British cuba untu menjajah Tanah Melayu dan sekali gus menghapuskan ketuanan Melayu. Perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union telah memberi impak yang berkesan apabila Persekutuan Tanah melayu diisytiharkan pada Februari 1948.

description

d

Transcript of HE-MU

3.0 SELEPAS PENJAJAHAN SEHINGGA KEMERDEKAAN

3.1 Pengenalan

Orang Melayu telah menjadi mangsa kekejaman, akibat Bintang Tiga yang mahu mengambil tampuk pemerintahan selepas Jepun menyerah kalah. Orang Melayu pula menganggap komunis itu Cina dan Cina itu komunis. Pergaduhan Melayu-Cina selepas pemerintahan Jepun berlanjutan sehingga ke tahun 1950-an. Kedatangan bangsa asing yang tidak menghormati kedaulatan Melayu telah sedikit sebanyak mencabar ketuanan Melayu. Kekejaman MPAJA melakukan pembunuhan ke atas orang Melayu telah menyebabkan mereka menggabungkan seni mempertahankan diri.

Apabila tentera British tiba di Tanah Melayu semula, mereka telah membentuk Pentadbiran Tentera British dan Berjaya mengambil alih pemerintahan PKM. Penubuhan gagasan Malayan Union 1946 kemudiannya telah mendorong gerakan nasionalisme menentang penjajahan British. Orang Melayu telah menentang Malayan Union kerana mereka telah menyedari British cuba untu menjajah Tanah Melayu dan sekali gus menghapuskan ketuanan Melayu. Perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union telah memberi impak yang berkesan apabila Persekutuan Tanah melayu diisytiharkan pada Februari 1948.

Gambar 1 : Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union

3.2 Malayan Union

Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan oleh British. Ini menandakan Pentadbiran Tentera British telah tamat dan sebuah kerajaan awam, iaitu Malayan Union telah ditubuhkan. Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh Gabenor Sir Edward Gent. Apabila penubuhan Malayan Union, Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah Melayu. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan adalah berikut:

1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu tidak Bersekutu. Ini adalah kerana perbezaan pentadbiran antara negeri-neger sebelum ini telah menelan belanja yang besar.

2. British memperkenalkan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu. Ini adalah kerana orang melayu dianggap bersalah dengan memberi kerjasama kepada Jepun.

3. British ingin menjamin kesinambungan penguasaan mereka. British ini mondorong golongan pendatang menumpukan taat setia kepada kerajaan. Pada masa itu, Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia. Mereka ingin memastikan sumbangan golongan pendatand berterusan supaya perkembangan ekonomi tidak terjejas.

Penubuhan Malayan Union jelas menunjukkan usaha British untuk memperkukuhkan pengaruh politik dan ekonominya di Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Union juga merupakan satu bentuk penjajahan secara mutlak ke atas Tanah Melayu oleh British. Muslihat British ini telah disedari oleh orang Melayu. Oleh sebab itu, hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh golongan melayu dan diterima oleh golongan cina dan india terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan.

Gambar 2 : Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union

Sebab- sebab penentangan orang melayu terhadap Malayan Union adalah berikut:

1. Penghapusan kuasa raja-raja Melayu

Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Melayu tanpa sebarang kuasa. Baginda juga kehilangan takhta dan status sebagai ketua orang Melayu. Hak pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor.

2. Terhapus tamadun Melayu

Tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka terhakis. Ketuanan Melayu tercabar dan mereka akan kehilangan tanah airnya sendiri.

3. Kerakyatan Malayan Union terlalu longgar

Status quo orang Melayu sebagai peribumi terancam. Ini akan menjadi jumlah orang Melayu menjadi kecil berbanding dengan golongan pendatang.

4. Tindakan Sir Harold Mac Micheal terhadap Raja-raja Melayu

Sir Harold Mac Micheal mengancam akan menurunkan takhta raja-raja Melayu sekiranya membantah Malayan Union. Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda.

Penubuhan Malayan Union telah menimbulkan pergaduhan antara etnik. Kebanyakan orang Cina dan India menyokong Malayan Union kerana Prinsip jus soli ataupun kewarganegaraan. Sebaliknya, Malayan Union dibantah oleh orang Melayu disebabkan bimbang kedudukan melayu dan kehilangan kuasa raja-raja Melayu. Oleh itu, dengan adanya perbezaan keadaan ataupun situasi mengikuti etnik, telah menimbulkan konflik antara orang Melayu dan bukan Melayu.

3.3 Persekutuan Tanah Melayu (PTM)

Oleh sebab penentangan orang Melayu yang begitu hebat terhadap Malayan Union telah menyebabkan British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang melayu. British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan melayu mengenai perlembagaan persekutuan tanah melayu.

British juga menjalankan pertemuan dengan raja-raja Melayu dengan membincangkan pandangan mereka terhadap Malayan Union. Selepas perbincangan, Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. Syarat kewarganegaraan juga telah diketatkan dengan pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun.

Konflik antara orang Melayu dan bukan Melayu masih tidak diselesaikan walaupun British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah kerana Orang bukan Melayu berasa Persekutuan Tanah Melayu adalah halangan untuk mereka menjadi warganegara. Sebaliknya, orang melayu telah puas hati dengan adanya syarat kerakyatan yang ketat dan kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.