HBPE3203
-
Upload
siti-lorena-edmund -
Category
Documents
-
view
82 -
download
2
description
Transcript of HBPE3203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2014
HBPE3203
PENDIDIKAN LUAR
NO. MATRIKULASI : 720917125282001
NO. KAD PENGNEALAN : 720917125282
NO. TELEFON : 0198089621
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU
HBPE3203
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
HBPE3203 Pengenalan
Pendidikan luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan kelas
pembelajaran yang efektif untuk meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam
pendidikan luar dirancang untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Selain daripada itu, ia dapat menyemai perasaan muhibbah dan integrasi nasional
dikalangan pelajar khususnya dan generasi muda masa kini.
Pendidikan luar juga dapat menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari
aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan. Pelajar mungkin tidak dapat
memperolehi pengalaman yang menyeluruh dengan hanya mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah sahaja. Melalui pendidikan luar yang terancang, pelajar akan
mendapat pengalaman sebenar dan dapat memupuk kesedaran tentang tanggungjawab
manusia terhadap kualiti alam sekitar. Malahan, ia dapat menyemai semangat kerja sama
secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti
dijalankan.
1.0 Definisi Pendidikan Luar
Terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar, berikut adalah definisi yang berbeza
oleh para pengkaji :
1.1 Definisi Pendidikan Luar oleh Meier dan Mitchell ( 1993 )
Pendidikan luar juga merupakan salah satu medium yang membekalkan pembelajaran
melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell yang menyatakan
bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan
pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih
2
HBPE3203 menghargai pembelajaran. Aktiviti dalam pendidikan luar akan menghasilkan
pengalaman yang membolehkan interaksi dengan persekitaran alam semulajadi. Selain
itu, pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal, mental, sosial dan
semangat yang berkualiti.
1.2 Definisi Pendidikan Luar oleh Abu Bakar Sidek ( 2004)
Abu Bakar Sidek telah menggariskan Falsafah Pendidikan Luar sebagai alam semulajadi
sebagai makmal hidup kaya dengan sumber ilmu. Pendidikan luar adalah pembelajaran
dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi yang telah digabungjalinkan dengan
amalan yang boleh memperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni. Ini
bermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar bagi
melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani.
1.3 Definisi Pendidikan Luar oleh Ford (1981 )
Ford menyatakan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan
persekitaran semulajadi bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
dalam kurikulum sedia ada. Ia melibatkan sebarang proses pengajaran dan pembelajaran
yang merentasi pelbagai matapelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah. Ia melibatkan pembelajaran secara langsung menggunakan persekitaran
sebagai media pengajaran.
Pendidikan luar memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kerana
memberi tumpuan kepada penggunaan teknik pembelajaran secara ‘hands-on’ untuk
mendapat pengetahuan. Pengetahuan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar
lebih memahami topik pembelajaran. Beliau berpendapat pendidikan luar adalah satu
pendekatan pembelajaran bersifat realistik kerana mengandungi elemen kognitif,
psikomotor dan afektif dan berpusat kepada pelajar. Pendidikan luar juga adalah proses
3
HBPE3203 yang berasaskan pada aktiviti berstruktur yang menggunakan alam semulajadi atau
persekitaran tiruan untuk membina kemahiran intrapersonal dan interpersonal pelajar
dalam kumpulan.
1.4 Definisi Pendidikan Luar oleh Knap (1990 )
Knap (1990) pula menambah pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan
objektif sesuatu organisasi. Ia merupakan suatu aktiviti yang menarik, boleh dijalankan
dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk
pendidikan. Dalam aspek pendidikan, ia disifatkan sebagai pembelajaran merentas
kurikulum. Beliau juga berpendapat pendidikan luar adalah proses pengalaman melalui
pembelajaran dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti pendidikan dalam persekitaran
terbuka sama ada di bandar atau di pedalaman.
1.5 Definisi Pendidikan Luar oleh Brookes ( 1994 )
Menurut Brookes, pendidikan luar menghasilkan pengalaman yang membolehkan
interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi. Beliau mendifinisikan
pendidikan luar sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan diri dengan alam
sekitar. aktiviti yang terkandung dalam pendidikan luar mengandungi objektif untuk
membantu membantu individu hidup dalam keadaan harmoni dengan alam semulajadi. Ia
dapat memperkembangkan asas pemahaman melalui pendekatan disiplin ke arah
pendidikan dan pembelajaran menggunakan deria dan alam semulajadi. Penggunaan
makmal semulajadi sebagai tempat pembelajaran dapat meningkatkan minat dan perasaan
ingin tahu dalam kalangan pelajar.
Berdasarkan definisi yang telah diberikan dapatlah dirumuskan bahawa
pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai
kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan
4
HBPE3203 pendidikan dalam aspek psikomotor, kognitif serta afektif. Ia adalah komponen utama
falsafah pendidikan yang berteraskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman dan
dilaksanakan di alam semula jadi yang melibatkan pelaksanaan aktiviti lasak sebagai
medium membina kemahiran insaniah. Pendidikan luar merupakan kaedah pembelajaran
yang mengabungjalinkan antara pendidikan moden dan tradisional dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik serta berkesan.
2.0 Perbandingan Antara Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba dengan
Aktiviti Pendidikan Luar Era Moden
Tidak terdapat dokumentasi yang menyatakan tentang bila bermulanya pendidikan luar.
Mungkin sejak kewujudan manusia telahpun berinteraksi dengan alam semula Namun
menurut Shivers (1989) pendidikan luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi
kerana ia banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi.
2.1 Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba
Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu
gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke
bangunan dan rumah. Aktiviti pendidikan luar bukanlah sesuatu yang baru, ia telah
dijalankan sejak zaman purba lagi. Pada zaman purba, kebanyakan aktiviti harian yang
dilakukan melibatkan alam semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan, bercucuk tanam
untuk mendapatkan sumber makanan. Kehidupan manusia purba sangat bergantung pada
alam kerana mereka memperolehi makanan daripada sumber yang sudah disediakan oleh
alam. Kanak-kanak zaman purba telah dilatih dengan corak latihan zaman purba dalam
bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak
dilihat merupakan permulaan pendidikan luar.
5
HBPE3203 Manusia purba biasanya hidup berpindah randah dan gua-gua akan dijadikan
tempat tinggal sementara. Mereka memilih daerah yang di sekitarnya tersedia makanan.
Contohnya tinggal berhampiran sungai ataupun pantai menyebabkan mereka melakukan
aktiviti menangkap ikan. Bagi yang tinggal dalam hutan mereka akan melakukan aktiviti
mencari sumber makanan daripada tumbuhan dan berburu binatang. Pengalaman hidup
mereka pelajari adalah hasil aktiviti dan interaksi dengan alam semulajadi.
Manusia purba sedang berburu untuk mencari makanan
Aktiviti harian memberi pengalaman pembelajaran yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan
6
HBPE3203 2.2 Aktiviti Pendidikan Luar Era Moden
Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal
tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004)
yang kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor
Leadership School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project
Adventure dan NOLS menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika hingga
kini.
Di peringkat awal program pendidikan luar di Malaysia lebih tertumpu kepada
kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan displin dalam persatuan serta sebagai ahli
persatuan. Ia dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu
puteri. Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar.
Displin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah
diperluaskan lagi kepada elemen kognatif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta
pembangunan sahsiah mula diserapkan dalam pendidikan luar. Pengajur pendidikan luar
bukan sahaja daripada persatuan berunifom malah persatuan-persatuan akedemik lain.
Di maktab perguruan pendidikan luar dijalankan untuk pelatih guru yang
mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki
gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih yang menuntut di Maktab
Perguruan Ilmu Khas sejak tahun 60an lagi. Dengan tertubuhnya program Pengajian
Ijazah Pendidikan (Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979,
pendidikan luar menjadi satu mata pelajaran formal secara rasmi. Kini hanya dua buah
institusi pengajian tinggi sahaja manawarkan kursus formal pendidikan luar dalam
program pengajiannya iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra
Malaysia. Aktiviti pendidikan luar sudah pun diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan
jasmani sekolah tetapi ia hanya bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi.
Berbanding dengan zaman purba, aktiviti-aktiviti dalam pendidikan luar era
moden adalah terancang dan sistematik. Aktiviti-aktivitinya bercorak rekreasi dan
7
HBPE3203 berlandaskan kurikulum pendidikan jasmani. Aktiviti pendidikan luar menyediakan
pembelajaran luar bilik darjah yang bercorak rekreasi dan riadah. Ia bertujuan untuk
menyeimbangkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Perkhemahan merupakan salah satu daripada aktiviti pendidikan luar era moden yang bersifat reakreasi
Aktiviti pembelajaran menarik dan mencabar aspek fizikal dan mental
8
HBPE3203 3.0 Justifikasi Aktiviti Program Pendidikan Luar
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program pendidikan luar ini telah mengambil kira
kesesuaiannya dengan tahap umur dan tahap kebolehan pelajar. Semua aktiviti program
bertujuan agar pelajar dapat mencapai matlamat dalam aspek-aspek berikut sesuai dengan
matlamat program pendidikan luar oleh Priest dan Gass (1997) :
a. Rekreasi
Aktiviti yang dirancang bertujuan untuk mengubah cara pelajar merasai nikmat
kesenggangan, keseronokkan dan bersuka ria.
b. Pendidikan
Aktiviti bertujuan agar pelajar dapat mempelajari kemahiran dan pengetahuan
yang boleh mengubah cara mereka berfikir dan merasai nikmat.
c. Pertumbuhan
Aktiviti yang mampu membina objektif kendiri, disiplin dan menghasilkan “self
esteem”. agar pelajar dapat merasai nikmat pembelajaran, berfikir dan bertindak
rasional.
Aktiviti yang dirancang merangkumi dua aspek yang berkaitan dengan aktiviti air
dan aktiviti darat. Diantara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :
a. Aktiviti Air :
√ Snorkeling
√ Keselamatan air
b. Aktiviti Darat :
√ Perkemahan
√ Orienteering / Kajian alam sekitar
9
HBPE3203 4.0 Tentatif Pendidikan Luar
Program pendidikan luar yang berkesan perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai
matlamat yang jelas. Tentatif program pendidikan luar yang telah dirancang adalah
berdasarkan matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Diantara objektif yang ingin
dicapai adalah seperti berikut :
a. Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut
kemampuan diri.
b.. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–pengalaman
yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza–beza.
c. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti - aktiviti
pendidikan luar.
d. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi
cabaran-cabaran semasa.
e. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat
keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.
10
HBPE3203 4.1 Jadual Tentatif Pendidikan Luar (Dua Hari Satu Malam)
Tarikh : 22 Mac 2014 - 23 Mac 2014 (Dua Hari Satu Malam)
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Pantai Sarina Kunak
Sasaran : Murid Tahun 5 dan 6 (40 orang )
Tarikh /
Hari
Masa Aktiviti Justifikasi
22
MAC
2014
S
A
B
T
U
8.00 pagi
-
8.30 Pagi
●Pendaftaran peserta
●Pengagihan peserta mengikut
kumpulan dan guru
pembimbing (8 kumpulan,
5 orang setiap kumpulan)
●Melantik ketua kumpulan
bagi setiap khemah
●Membentuk budaya kepimpinan
berkumpulan..
●Membentuk budaya bekerjasama dan
saling menghormati dalam satu
kumpulan.
●Memberi peluang menjadi pemimpin.
8.30 Pagi
-
9.30 Pagi
●Sarapan pagi
●Sesi perhimpunan dan
taklimat (Ketua komanden)
-Lagu Negaraku
-Sabah Tanah Airku
●Mendengar dan mematuhi arahan
●Memupuk semangat cintakan negara
dan rasa bersyukur.
●Bekerjasama dan belajar berdikari
9.30 Pagi
-
11.00 Pagi
●Mendirikan khemah
●Demontrasi membuat gajet
●Menghasilkan gajet untuk
khemah masing-masing.
●Pertandingan membuat gajet
●Memberi peluang kepada pelajar
memperolehi pengetahuan, mempelajari
kemahiran-kemahiran baru dan berdikari,
●Menggunakan sumber alam semulajadi
dengan sebaiknya.
●Membentuk sikap tabah dan berani
11
HBPE3203
22
MAC
2014
S
A
B
T
U
menyahut cabaran.
11.00 Pagi
-
12.00
Tengahari
●Menyediakan makan tengahari
mengikut menu dan jadual
kumpulan bertugas.
(Menyediakan makan dan
peralatan termasuk kayu api)
●Menggunakan sumber alam untuk
Memasak (ranting kayu )
●Memupuk rasa bersyukur dan
mengahargai sumber alam.
12.00
Tengahari
-
2.00 Petang
Makan Tengahari
&
Solat Zohor
●Penerapan unsur-unsur rohani
2.00 Petang
-
5.00 Petang
●Orienteering / Kajian alam
Sekitar (Kajian flora dan
fauna)
●Ikhtiar hidup dan mencari arah
●Aktiviti mencabar dengan menjelajah
persisiran pantai dan hutan paya
bakau.
●Belajar mencari arah menggunakan
kompas.
●Mempelajari dan mengenali flora dan
fauna dan cara pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
●Meningkatkan rasa cintakan alam sekitar.
5.00 Petang
-
6.00 Petang
Menyediakan makan tengahari
mengikut menu dan jadual
kumpulan bertugas.
(Menyediakan makan dan
peralatan termasuk kayu api)
●Memberi peluang pembelajaran dalam
menyediakan menu makanan.
●Menerapkan nilai bekerjasama
6.00 Petang Makan Malam, Pengurusan
Diri, Solat & Kuliah,●Meningkatkan kesedaran aspek kerohanian
12
HBPE3203 -
8.00 Malam
Makan Malam dan pengurusan diri dan kebersihan.
8.00 Malam
-
10.00 Malam
●Refleksi, laporan AJK dan
ketua kumpulan.
●Taklimat
●Menguji maklumat dan pengalaman yang
diperolehi.
●Mendengar dan mematuhi peraturan.
10.00 Malam
-
4.30 Pagi
Minum Malam & Sentri ●Memahami bahaya dan resiko
keselamatan.
23
MAC
2014
A
H
A
D
4.30 Pagi
–
6.00 Pagi
Solat Subuh, Pengurusan Diri,
Mengemas Khemah &
Penyediaan Sarapan Pagi
●Sarapan pagi disediakan oleh kumpulan
bertugas dan menu yang ditetapkan.
6.00 Pagi
-
7.30 Pagi
●Sarapan pagi
●Taklimat snorkeling dan
keselamatan air
●Mendengar dan mematuhi peraturan.
●Peluang pembelajaran keselamatan
air.
7.30 Pagi
-
11.00 Pagi
●Demonstrasi pertolongan
cemas.
●Demonstrasi pengendalian
peralatan snorkeling.
●Snorkeling.
●Aplikasi pembelajaran keselamatan air dan
penggunaan peralatan snorkeling.
●Mempelajari kehidupan yang terdapat
dalam laut seperti flora dan fauna.
●Meningkatkan kesedaran pentingnya
pemeliharaan dan pemuliharaan dalam
mengekalkan keindahan alam semulajadi.
11.00 Pagi
-
12.00
Tengahari
●Menyediakan makan tengahari
mengikut menu dan jadual
kumpulan bertugas.
(Menyediakan makan dan
peralatan termasuk kayu api)
●Peluang pembelajaran kemahiran
menyediakan menu makanan.
●Bekerjasama.
12.00 Makan Tengahari
13
HBPE3203
23
MAC
2014
A
H
A
D
Tengahari
-
2.00 Petang
&
Solat Zohor
●Penerapan unsur-unsur rohani
2.00 Petang
-
3.00 Petang
●Sesi refleksi kumpulan.
●Pengalaman dan cabaran
melakukan aktiviti program :
-Snorkeling
-Keselamatan air
-Orienteering / Kajiam alam
-Snorkeling
●Refleksi tentang pengalaman pembelajaran
yang diperolehi.
●Menyatakan nilai dan perubahan sikap
selepas menjalankan program.
3.00 Petang
-
5.00 Petang
●Mengemas peralatan, khemah
dan membersihkan tapak
perkhemahan.
●Bekerjasama dan bertanggungjawab.
●Meningkatkan amalan penjagaan alam
sekitar.
Penutup
Aktiviti yang dirancang dalam pendidikan luar dapat memperkembangkan kemahiran diri
dan keupayaan individu dalam menghadapi cabaran hidup moden. Selain daripada itu, ia
memberi peluang kepada para peserta mempelajari kemahiran-kemahiran alam sektiar
dan “adventure” dan mengalami pembelajaran secara realiti melalui media alam
semulajadi.
Selain daripada itu, pendidikan luar berfungsi sebagai suatu proses pendidikan
modal insan yang dapat membina sikap jati diri dalam kalangan generasi muda. Ia
merupakan medium pembelajaran alternatif yang menyokong proses pembelajaran bilik
darjah. Kesimpulanya, pendidikan luar adalah pembelajaran sepanjang hayat dan kaedah
14
HBPE3203 pengajaran dan pembelajaran yang membantu ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Rujukan
Abu Bakar Sidek, M. I. (2004) Sinopsis kursus Pendidikan Luar Unpublished synopsis, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Azita Amrin. 2008. Penilaian pelajar terhadap kompetensi pemimpin program pendidikan
luar di Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan:
Universiti Putra
Malaysia, Serdang.
Azmi, M. D., Veena, R., & Shamsul Kamal, A. 2004. Dua maut dipanah petir. Berita
Harian, 4 Mei: 1
Bahagian Pendidikan Guru. 2005. Panduan dan modul program Bina Insan Guru
(BIG).Unpublished manuscript, Kuala Lumpur.
Azita Amrin. 2008. Penilaian pelajar terhadap kompetensi pemimpin program pendidikan
luar di InstitutPendidikan Guru Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak
diterbitkan: Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Bahagian Pendidikan Guru. 2005. Panduan dan modul program Bina Insan Guru (BIG).
Unpublished manuscript, Kuala Lumpur.
15
HBPE3203 Fakulti Sains Sukan. 2007. Kertas kerja Perkhemahan Amali Akhir Program Pendidikan
Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kerta Kerja yang tidak diterbitkan).
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Fakulti Sains Sukan. 2007. Kertas kerja Perkhemahan Amali Akhir Program Pendidikan
Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kerta Kerja yang tidak diterbitkan).
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Panduan pengurusan Pusat KoKurikulum.
Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mazuki, M. Y. 2005. Kesan program perkhemahan pendidikan luar terhadap kesepaduan
kumpulan. Tesis Ijazah Sarjanamuda yang tidak diterbitkan. Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
16