Hbml4103 Sejarah an Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan

download Hbml4103 Sejarah an Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan

of 27

Transcript of Hbml4103 Sejarah an Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan

Pendahuluan. Apa yang saya dapat perkatakan adalah pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat di pelbagai kedudukan mendambakan pembaharuan juga perubahan yang responsif terhadap keperluan membangunkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diperkukuhkan atas dasar kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati. Oleh itu, tidaklah sia-sia para pemimpin yang terdahulu berjuang untuk menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu, serta bahasa perpaduan sejak sebelum dan selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan, pelaburan, persesuaian , kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Di dalam erti kata yang lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja di kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

i.

1.1 Asal usul bahasa Melayu. Dalam memperkatakan asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. 1.2 Asal Usul Bangsa Melayu. Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia, dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

1.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

2.

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. 1.3 Perkembangan Bahasa Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:y y y

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

1.3.1 Bahasa Melayu Kuno. Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:y y y

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai ciri yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:y y

Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

y

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:y y y y

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:y y y y y y y

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

y

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

1.4 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

4.

y y y

ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)y y

masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)y y

ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. 1.3.2 Bahasa Melayu Klasik. Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:y y y

Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaan Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Ciri-ciri bahasa klasik:y y y

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana 5.

y

kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

y

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

y y

ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

1.4.1. Bahasa Melayu Moden. Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

6.

1.5 Hasil kajian lapangan terhadap respondan. 1.5.1. Pengaruh daripada bahasa Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris ini dikesan daripada respondan yang ke ( 4, 5 dan 6 ). Kosa kata; school, estate, driver, dan book. 1.5.2. Pengaruh daripada bahasa China. Pengaruh bahasa Cina ini hanya dapat dikesan daripada respondan yang ke 7. Kosa kata; tauke. 1.5.3. Pengaruh daripada bahasa Arab. Pengaruh bahasa Arab hanya dapat dikesan daripada respondan yang ke 2, 3 dan 4 sahaja. Kosa kata; Alhamdulillah dan syukur. 1.5.4. Dialek geografi. Dikesan daripada respondan yang ke 7. Kosa kata; nah, bah, otoh. Perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan yang telah dituturkan semasa sesi temubual kepada respondan. 1.5.5. Perkataan berbeza untuk makna yang serupa. Respondan ( 1, 3, 4, 6, 7, 8, 9, 10.)

7.

Bahasa baku Perlu Sudah Tiada Mahu Cakap Itu Mereka Hanya Kerja Ini Sudah Pakcik Tidak Isteri beri 1.5.6. Bentuk kependekan. Respondan 4 dan 7. Bahasa baku Mahu Itu sudah 1.5.7. Perubahan bunyi. Respondan 4 dan 10. Bahasa baku Mahu Cakap Tiada Maau Sakap Endak Maau Tu udah Kena Baru Endada Maau Sakap Tu Dio orang Tinggal Karaja Ni Udah Pacik Endah Isterei Kasi / bagi

Bahasa basahan

Bahasa basahan

Bahasa basahan

8.

Soalan 2. Pada zaman pramerdeka, empat jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan. Bincang dan buktikan dengan dapatan deskriptif implikasi pelaksanaan laporan keempat-empat jawatankuasa tersebut dan kesannya terhadap pelaksanaan sistem pendidikan negara kita pada masa kini. Terdapat empat jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan lepas kemerdekaan, iaitu yang pertama Laporan Barnes. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. 2.1 Laporan Barnes (1950). 1. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. 2. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. 3. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: a. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. b. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. c. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. d. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah: 1. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 2. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

9.

2.2 Laporan Fenn-Wu (1951). 1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). 2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. 3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). 4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah: a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. c. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. 2.3. Ordinan Pelajaran (1952). a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan. Pada 6 haribulan Mei 1956, Dato Abdul Razak bin Dato Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah

mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan.

10.

2.4. Penyata Razak (1956). 1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). 2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 3. Tujuan Penyata Razak adalah a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu. c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan 4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak Hasil daripada laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinana Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1956) telah banyak memberikan kesan yang amat bernilai kepada kepentingan bahasa Melayu di dalam pendidikan di Negara kita ini, terutama apabila melihat kepada Laporan Razak yang telah digubal dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan kerana ianya lebih tertumpu kepada bagaimana sistem pendidikan dijadikan salah satu usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. 11.

Sebuah jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu telah mengkaji dan menyemak semula Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei,1956,

mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran termasuklan mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma, mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini juga telah dibantu oleh beberapa jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuklah kewangan dan latihan guru. Hasil kajian dan perbincangan, Jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai darjah satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Dalam zaman Dasar Ekonomi Baru (1971 1990), sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula perlaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah mencadangkan; Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis, dan mengira. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun. Melicinkan taatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 12.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: Pertama Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada perlaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar.

13.

Penutup. Kita sedia maklum bahawa Falsafah Pendidikan Negara dihasilkan dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara. Dasar Pendidikan Negara mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu Dasar Pendidikan Negara seharusnya menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan dalam kalangan pelajar. Keperluan ini bukan sahaja pada peringkat sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam tetapi juga perlulah diperluaskan ke peringkat sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi swasta. Bahasa Melayu dapat dijadikan alat perpaduan kerana pelajar berinteraksi dengan mudah serta dapat berbincang menggunakan satu bahasa yang difahami oleh semua golongan bangsa. Mereka dapat menyampaikan pendapat dengan mudah dan keadaan ini akan mewujudkan sikap saling memahami dan melahirkan semangat perpaduan yang kukuh. Bahasa dan pendidikan merupakan dua unsur yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Peminggiran Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan seharusnya tidak berlaku kerana hal ini jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan negara. Oleh itu, semua pihak yang berwajib dan rakyat Malaysia seharusnya bekerjasama bagi mengekalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

14.

Bibliografi

01. Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid. ( 2009 ). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Open University Malaysia. Kuala Lumpur. 02. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&pub=DuniaPendidikan&sec =Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm 03. Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

15.

Isi kandungan. Pendahuluan. ___________________________________________________________i Isi kandungan __________________________________________________________ii 1.1. Asal usul bahasa Melayu. _____________________________________________1 1.2 Asal Usul Bangsa Melayu. ____________________________________________1 1.3 Perkembangan Bahasa Melayu._________________________________________3 1.3.1 Bahasa Melayu Kuno._______________________________________________3 1.4 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik___________________4 1.3.2 Bahasa Melayu Klasik._____________________________________________5 1.4.1. Bahasa Melayu Moden.____________________________________________6 1.5 Hasil kajian lapangan terhadap respondan.________________________________7 1.5.1. Pengaruh daripada bahasa Inggeris. ___________________________________7 1.5.2. Pengaruh daripada bahasa China._____________________________________7 1.5.3. Pengaruh daripada bahasa Arab.______________________________________7 1.5.4. Dialek geografi.___________________________________________________7 1.5.5. Perkataan berbeza untuk makna yang serupa.___________________________7 1.5.6. Bentuk kependekan._______________________________________________8 1.5.7. Perubahan bunyi.__________________________________________________8 Soalan 2.______________________________________________________________9 2.1 Laporan Barnes (1950)._______________________________________________9 2.2 Laporan Fenn-Wu (1951).____________________________________________10 2.3. Ordinan Pelajaran (1952).____________________________________________10 2.4. Penyata Razak (1956)._______________________________________________11 Penutup.______________________________________________________________14 Bibliography___________________________________________________________15 ii.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 1. Nama Profel responden : En. Bahari Nama Umur Umur Pekerjaan ________________________________________________ : 64 tahun. :: ________________________________________________ Nelayan.

Pekerjaan ________________________________________________ Tarikh temubual : 10/08/2009 Tarikh kajian Lokasi temubual : ________________________________________________ Kampung Terusan Sugut. Lokasi kajian Soalan. 1. Apakah peralatan yang selalu anda gunakan untuk menangkap ikan? Biasanya saya hanya menggunakan pukat dan pancing sahaja. Soalan. Dari jam berapa anda mula bergerak dari rumah? 2. Itu kena dilihat surut dan pasang air. 1. 3. Jam berapakah anda pulang kerumah? 2. o Tidak menentu kalau tiada ikan terpaksalah pulang awal. 3. 4. Apakah faktor anda memilih nelayan sebagai sara hidup anda? 4. Sudah biasa dengan kehidupan ini dari kecil lagi. 5. 5. Berapakah jumlah anak-anak anda yang telah berjaya dalam persekolahan mereka? 6. Ada dua orang sahaja yang schoolnya bagus. 6. Berapakah pendapatan anda sehari? Kadang-kadang kalau nasib bagus adalah lebih kurang RM 45.00. : ________________________________________________

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 2. Nama Umur Pekerjaan : En. Jahrin. : 55 tahun. : Pemandu lori.

Tarikh temubual : 18/02/2009. Lokasi kajian : Kampung Tundun Bohangin.

Soalan. 1. Berapa lamakah sudah anda menjadi pemandu lori? Lebih kurang tujuh tahun. 2. Dalam sehari berapa jamkah anda memandu? Kadang-kala sampai juga 10 jam. 3. Berapakah gaji anda dalam sebulan? Kalau dicampur dengan elaun sampai juga RM 1500. 4. Adakah anda berpuashati dengan gaji anda? Setakat ini Alhamdulillah mencukupi. 5. Dimanakah kampung asal anda? Kampung saya di hulu Kinabatangan. 6. Selain daripada menjadi pemandu lori adakah pekerjaan lain yang anda minati? Ada juga tapi belum ada yang sesuai.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 3. Nama Umur Pekerjaan : En. Abdul Manan. : 46 tahun. : Pemandu Lori.

Tarikh temubual : 25/05/2009. Lokasi kajian : Kampung Pitas.

Soalan. 1. Berapa lamakah sudah anda menjadi pemandu lori? Baru 13 tahun. 2. Dalam sehari berapa jamkah anda memandu? Kadang-kala sampai juga 9 jam. 3. Berapakah gaji anda dalam sebulan? Setakat ini bila dicampur dengan elaun mencecah juga RM1800. 4. Adakah anda berpuashati dengan gaji anda? Alhamdulillah. 5. Dimanakah kampung asal anda? Saya berasal dari Kampung Pitas. 6. Selain daripada menjadi pemandu lori adakah pekerjaan lain yang anda minati? Setakat ini belum ada lagi.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 4. Nama Umur Pekerjaan : En. Amir. : 55 tahun. : Nelayan

Tarikh temubual : 26/10/2009 Lokasi kajian : Kampung Desa Permai.

Soalan. 1. Apakah peralatan yang selalu anda gunakan untuk menangkap ikan? Biasalah pukat dan pancing sahaja. 2. Dari jam berapa anda mula bergerak dari rumah? Biasanya jam 5.30 pagi mula sudah begerak. 3. Jam berapakah anda pulang kerumah? Tidak juga menentu kadang kala awal kalau endada ikan. 4. Apakah faktor anda memilih nelayan sebagai sara hidup anda? Tiada sudah karaja lain yang saya tahu. 5. Berapakah jumlah anak-anak anda yang telah berjaya dalam persekolahan mereka? Syukurlah ada juga tiga orang, yang lain tu malas school. 6. Beeapakah pendapatan anda sehari? Susah juga saya maau sakap kadang-kala endada juga saya dapat.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 5. Nama Umur Pekerjaan : En. Latip. : 41 tahun : Buruh ( pekerja ladang sawit )

Tarikh temubual : 17/ 09/2009 Lokasi kajian : Kampung Abai.

Soalan. 1. Apakah pekerjaan anda di lading ini? Tukang tumbak saja. 2. Dimanakah anda bekerja sebelum di lading ini? Di estate juga tapi driver lori. 3. Berapakah gaji anda? Tidak banyak juga kadang-kadang sebulan RM800 sahaja. 4. Adakah anda berpuashati dengan gaji yang anda perolehi? Alhamdulillah bolehlah tapi penat sikit. 5. Anda berasal dari kampung mana? Saya dari Kampung Abai. 6. Adakah anda berminat dengan pekerjaan lain? Ada mahu jadi driver lori.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 6. Nama Umur Pekerjaan : En. Jekoh. : 65 tahun. : Bapa pelajar.

Tarikh temubual : 25/06/2009 Lokasi kajian : Kampung Bilit.

Soalan. 1. Berapakah anak anda yang masih bersekolah? Ada lagi empat orang yang masih school. 2. Apakah pekerjaan anda? Bekerja di kebun sendiri sahaja. 3. Apakah cara anda menyekolahkan anak anda hingga berjaya? Saya sakap sama dio orang belajarlah rajin-rajin, dan saya belikan dioorang tu book. 4. Adakah anda berpuashati dengan kejayaan anak anda? Berpuashati juga. 5. Apakah cara anda menambahkan pendapatan kewangan? Tiada, tinggal menanam sayur saja. 6. Apakah kemudahan atau keperluan yang anda utamakan bagi mendorong anak-anak anda berjaya? Book, pencel, kasut,bag, pakaian.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 7. Nama Umur Pekerjaan : En. Sabturaman. : 36 tahun. : Buruh binaan.

Tarikh temubual : 30/07/2009 Lokasi kajian : Kampung Rancangan Suan Lamba.

Soalan. 1. Bilakah anda mula bekerja sebagai buruh binaan ini? Nah sudah lama saya bekerja ini lebih kurang 5 tahun udah. 2. Dimanakah anda bekerja sebelum ini? Tiada tempat lain saya ikut saja dengan tauke ini. 3. Berapakah gaji anda? Nah gaji hari saja bah ini otoh. 4. Adakah anda berpuashati dengan gaji yang anda perolehi? Ok juga, sebab bos ku tu baik sama aku. 5. Anda berasal dari kampung mana? Aku ni dari Filipin ikut pacik ku bekerja di sini saja. 6. Adakah anda berminat dengan pekerjaan lain? Nah endah aku tahu yang lain karaja.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 8. Nama Umur Pekerjaan : En. Aziz. : 67 tahun. : Peniaga baju terpakai.

Tarikh temubual : 29/ 07/2009 Lokasi kajian :Kampung Ulu Sapi.

Soalan. 1. Berapa lamakah sudah anda menjadi peniaga pakaian terpakai ini? Sudah lima , enam tahun yang lalu. 2. Berapakah modal yang anda gunakan bagi memulakan perniagaan ini? Banyak juga, yang mula-mula lebih juga lima ribu. 3. Adakah anda perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain? Memang bah, kalau cari makan ni kena rajin menjual kesana sini. 4. Siapakah pembantu anda mengandalikan perniagaan ini? Tiada lain isterei, kadang-kadang anak-anak kalau ada cuti. 5. Berapakah keuntungan anda dalam sekarung pakaian ini? Tidak juga menentu ada kadang-kadang empat hingga lima ratus. 6. Dari jam berapakah anda mula berniaga setiap hari? Dari jam 7.30 pagi sampai jam 5.00 petang.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 9. Nama Umur Pekerjaan : En. Jikli. : 47 tahun. : Pemandu bas.

Tarikh temubual : 23/04/2009 Lokasi kajian : Kampung Sogo-Sogo.

Soalan. 1. Berapa lamakah sudah anda menjadi pemandu bas? Sudah hampir sembilan tahun lebih. 2. Dalam sehari berapa jamkah anda memandu? Enam hingga tujuh jam. 3. Berapakah gaji anda dalam sebulan? Sekarang ni adalah lebih kurang RM 1800. 4. Adakah anda berpuashati dengan gaji anda? Bolehlah, untuk kasi hidup keluarga saya. 5. Dimanakah kampung asal anda? Saya ni, asal dari Kampung Sogo-Sogo. 6. Selain daripada menjadi pemandu bas adakah pekerjaan lain yang anda minati? Kalau sebut kerja lain, saya suka kerja di ladang sendirilah.

BORANG KAJIAN LAPANG MENGESAN PENGGUNAAN BAHASA ASING DALAM PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Profel responden 10. Nama Umur Pekerjaan : En. Ghani. : 45 tahun. : Pekerja am sekolah.

Tarikh temubual : 22/06/2009. Lokasi kajian : Kampung Bendera.

Soalan. 1. Bilakah anda mula bekerja di sekolah ini? Sudah masuk empat tahun. 2. Berapakah gaji anda dalam sebulan? Sikit juga sebab swastakan, baru RM350. 3. Adakah anda berpuashati dengan gaji anda? Endahlah bah tu cukup, tapi apa boleh buat itu saja yang di bagi. 4. Bagaimanakah anda menambah pendapatan kewangan anda? Nasib baik, ada lagi kebun sawit ku tapi endak juga besar bah. 5. Adakah anda berminat dengan pekerjaan lain? Mau juga bah ni cari kerja lain, tapi endada yang urus kebun ku. 6. Berapakah jumlah anak anda yang masih bersekolah? Tinggal lagi satu orang, itupun disekolah menegah sudah.