hbhe3103 (Kesihatan)

27
HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 650929075509 / HBHE3103 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER JAN/ 2014 ============================================================== ==== HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT ============================================================== ==== NO. TELEFON : 0174397433 E-MEL : [email protected]

Transcript of hbhe3103 (Kesihatan)

Page 1: hbhe3103 (Kesihatan)

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT 650929075509 / HBHE3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAIJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER JAN/ 2014

==================================================================

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

==================================================================

NO. TELEFON : 0174397433

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPP Kedah

Page 2: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

ISI KANDUNGANBil Perkara Muka Surat

Isi Kandungan 11 Pendahuluan 22 Definisi Kesejahteraan 23 Enam Elemen Kesejahteraan 3

3.1 Kesejahteraan Emosi 33.2 Kesejahteraan Fizikal 43.3 Kesejahteraan Sosial 43.4 Kesejahteraan Persekitaran 53.5 Kesejahteraan Spiritual 93.6 Kesejahteraan Intelektual 10

4 Kesan Ketidakseimbangan Kesejahteraan 105 Amalan Gaya Hidup Berdasarkan Roda Kesejahteraan 146 Dua Demensi Roda Kesejahteraan 147 Kesimpulan 16

Rujukan 17

1

Page 3: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

1.0 Pengenalan

Kesejahteraan hidup menjadi satu prinsip asas yang mendasari konsep

pembangunan modal insan berteraskan Islam. Seseorang individu yang tidak berpegang

kepada prinsip kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja gagal membangunkan akal,

jiwa dan dirinya di dunia tetapi turut gagal menempatkan dirinya dalam golongan orang

yang mendapat hasanah di alam akhirat.

Atas kepentingan tersebut, tulisan ini cuba mengetengahkan suatu penelitian

tentang 6 elemen prinsip kesejahteraan sebagaimana yang disyorkan oleh Ballard (2012),

bersama dua elemen tambahan kesejahteraan yang memungkinkan seseorang menikmati

konsep kesejahteraan secara keseluruhannya.

.

Kesihatan holistik atau kesejahteraan yang akan dibincangkan merangkumi lapan

dimensi kesejahteraan iaitu psikologi, fizikal, sosial, intelektual, spiritual, pekerjaan,

kewangan dan persekitaran. Individu yang didefinisikan mencapai kesejahteraan adalah

individu yang mencapai tahap optimum bagi keseluruhan dimensi di atas. Namun

demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga turun naik pada dimensi tersebut dalam

proses mencapai kesejahteraan (Baker, 2003).

2.0 Definisi Kesejahteraan

Setiap orang memiliki keinginan untuk sejahtera, di mana suatu keadaan yang

serba baik, atau suatu situasi dalam keadaan makmur, sehat dan damai. Kamus Dewan

(DBP, 1993) mendefinisikan sejahtera sebagai aman dan makmur, senang dan tenteram,

terpelihara dari bencana (kesusahan, gangguan, dan lain-lain), dan kesejahteraan sebagai

keselamatan, kesenangan (hidup, dan lainlain), kesentosaan ataupun ketenteraman (jiwa).

Kamus Webster (Gove, 1966) menyatakan kesejahteraan sebagai suatu keadaan yang

sihat, suatu keadaan yang merujuk kepada kebahagiaan, kesihatan, kemakmuran atau

2

Page 4: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

kekayaan. Kamus Religion and Ethics, (Vol.12) mengertikan well being sebagai welfare,

dan welfare bermaksud kemuncak kebaikanmanusia (Amriah Buang, 1988).

Kesimpulannya daripada pelbagai definisi yang dibincangkan di atas dapat

dirumuskan bahawa kesejahteraan bermaksud sejauh mana individu mencapai

kesempurnaan, kepuasan, kesenangan dan kebaikan dalam memenuhi keperluan

hidupnya, sama ada dari segi material ataupun non material, serta sejauh mana individu

dapat menghindarkan diri daripada pelbagai masalah yang timbul dalam kehidupannya

3.0 Enam Elemen Kesejahteraan Ballard

Ballard menggariskan enam elemen kesejahteraan yang melingkungi individu

yang boleh dicapai untuk melayari kehidupan yang sejahtera. Antara elemen yang

dinyatakan beliau ialah berkaitan psikologi, fizikal, sosial, intelektual, spiritual, dan

persekitaran.

3.1 Kesejahteraan Psikologi / Emosi

Pengertian Kesejahteraan Psikologis

(Psychological Well-Being). Menurut

Corsini (2002), pengertian well-being adalah

suatu keadaan subjektif yang baik, termasuk

kebahagiaan, selfesteem,dan kepuasan dalam

hidup. Manakala menurut Ryff (1995),

kesejahteraan psikologis (psychologicalwell-

being) adalah suatu keadaan seseorang yang

bukan hanya bebas dari tekanan atau

masalah-masalah mental saja, tetapi lebih

sendiri maupun kehidupannya di masa lalu

(self-acceptance), pengembangan atau

pertumbuhan diri (personal growth), keyakinan bahwa hidupnya bermakna dan memiliki

tujuan (purpose in life), memiliki kualiti hubungan positif dengan orang lain (positive

relationship with others), kuasa untuk mengatur kehidupannya dan lingkungannya secara

3

Gambar 1: Emosi Terkawal Satu Keperluan

Page 5: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

efektif (environmental mastery), dan kemampuan untuk menentukan tindakan sendiri

(autonomy). Umumnya, well-being berhubungan dengan hubungan personal, interaksi

sosial, dan kepuasan hidup (Hoyer & Roodin, 2003).

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) telah mentafsirkan kesejahteraan

psikologi sebagai kemampuan individu untuk menangani stres, mengelakkan konflik,

meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam

kehidupan.

3.2 Kesejahteraan Fizikal

Merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) menyatakan

kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan

fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan.

Individu yang mempunyai kesihatan fizikal yang baik akan mempunyai kemampuan dan

daya untuk melakukan kerja dengan sempurna tanpa mengalami apa-apa masalah.

Sentiasa melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam selalu akan memastikan minda dan

tubuh kita bersedia untuk menghadapi sebarang situasi. Sikap sentiasa menjaga tubuh

yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat.

Gambar 2: Aktiviti Bersenam Dapat Menyihatkan Fizikal Kita

4

Page 6: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

3.3 Kesejahteraan Sosial

Kesejahteraan sosial pada dasarnya mempunyai beberapa definisi yang cukup

komplek. James Midgley mendefinisikan kesejahteraan sosial sebagai keadaan dalam

suatu masyarakat. Menurut Midgley (2005, h.

19), bahwa kesejahteraan sosial merujuk pada

satu keadaan bukan pada kegiatan amal dan juga

bantuan yang diberikan oleh pemerintah.

Kesejahteraan sosial akan terjadi ketika keluarga

dan masyarakat mengalami kesejahteraan sosial.

Lebih lanjut Midgley (2005, h. 21) menjelaskan

keadaan kesejahteraan sosial terhasil daripada

tiga elemen iaitu; (1) sejauh mana masalah-

masalah sosial diatur; (2) sejauh mana keperluan dipenuhi; (3) sejauh mana kesempatan

untuk meningkatkan taraf hidup dapat disediakan. Sebagai makhluk sosial, manusia tidak

dapat lepas dari orang lain, kepuasan dan keberhasilan hidupnya tidak terlepas dari

keberhasilan dalam berinteraksi dengan orang lain (Mastuti, 2001).

Kesejahteraan sosial juga dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi

dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat,

menerima perbezaan bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta

menjadikan individu saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga

menyumbang bakat tenaga dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan

menjadikan individu seorang anggota masyarakat yang dapat memainkan peranan yang

pelbagai dengan baik.

Rumusan di atas menggambarkan kesejahteraan sosial sebagai suatu keadaan

yang ideal di mana keperluan material, spritual dan sosial harus seimbang sebagai upaya

untuk mencapai kehidupan yang baik. Namun demikian, untuk mencapai situasi tersebut

perlu ada peningkatan kemampuan seseorang baik individu maupun kelompok agar dapat

mengembangkan diri dan berperanan sesuai dengan fungsi sosial dalam lingkungan

5

Rajah 1: Amalkan Cara Hidup Sihat

Page 7: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

masyarakat. Untuk meningkatkan fungsi sosial agar mampu mengembangkan diri maka

diperlukan kegiatandan aktiviti kesejahteraan social untuk mencapai kondisi masyarakat

yang kesejahteraan.

3.4 Kesejahteraan Persekitaran

Roda kesejahteraan yang keempat

berkaitan dengan elemen Kesejahteraan

Persekitaran. Kesejahteraan persekitaran

dikaitkan dengan kesedaran tentang

kestabilan dan pemusnahan dunia atau alam

sekitar kesan daripada kegiatan manusia.

Kesejahteraan ini akan menggerakkan

manusia untuk menyediakan persekitaran

yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling (Prentice, 1999).

3.4.1 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan

kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi

ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas

dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-

tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan

pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar

memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi

keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti

pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang

bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang

segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan

6

Rajah 2: Sayangi Persekitaran Kita

Page 8: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen

secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang

bersih dan segar juga membolehkan kita

menikmati keselesaan. Kita akan berasa

selasa jika tiada gangguan di persekitaran

kita. Cuaca panas dan kering yang

disebabkan oleh kenaikan suhu dapat

dielakkan dan membolehkan kita

menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca

yang baik. Melalui persekitaran yang segar

dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa

gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktivti

riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesejahteraan

kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok haruslah dirancang dengan teratur dari masa ke semasa.

Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk

dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-

pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan

karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat

menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti

pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan

mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi

negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu

membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk

dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria,

7

Gambar 3: Persekitaran Yang Sihat

Page 9: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada

dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan

makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran

dalam keadaan bersih. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di

rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan

pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia.

Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup

bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih

kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan

tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti

haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih

merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur

penting dalam kehidupan manusia, masyarakat  haruslah berganding bahu dalam

memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar

daripada sebarang pencemaran.

8

Gambar 4: Keperluan Sumber Air

Page 10: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat

mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan

adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Manakala, tumbuh-

tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam

sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.

Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik

perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan

meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan

ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor

perkhidmatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada

masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan

sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan

sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih.

Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam

memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam

menjamin kesejahteraan kehidupan kita.

3.5 Kesejahteraan Spiritual

Roda kesejahteraan kelima berkaitan

dengan spiritual dapat direalisasikan melalui

agama ,kepercayaan dan amalan ritual.

Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan

bahawa ada suatu kuasa yang agung yang

menjadikan manusia dan alam sekeliling.

Komitmen kesejahteraan spiritual individu dapat direalisasikan melalui amalan ritual.

9

Rajah3:Mendekatkan diri dengan Allah

Page 11: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, mengamalkan agama masing-masing serta

mematuhi ajaran yang terkandung didalamnya dapat melahirkan insan yang sentiasa

mematuhi kehendak undang-undang dalam negara dan masyarakat yang diwakilinya.

Maka amalan begini akan mewujudkan lingkungan kesejahteraan individu , masyarakat

dan negara khasnya

3.6 Kesejahteraan Intelektual

Kesejahteraan intelektual merangkumi

kemampuan individu untuk menaakul memproses

dan bertindak balas terhadap maklumat,

kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan

kepercayaan serta kemampuan membuat

keputusan. Ia melibatkan kehidupan harian yang

merangkumi:Memupuk perasaan, fikiran dan

tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat

dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya. Bagaimana seseorang itu

mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Dengan memiliki kesihatan pemikiran yang baik maka individu itu dapat melaksanakan

atau menangani sesuatu perkara dengan lebih berkesan dan terkawal.

4.0 Kesan Ketidakseimbangan Roda Kesejahteraan

Terdapat beberapa kesan yang ada perkaitan dengan ketidakseimbangan roda

kesejahteraan. Pentingnya pertautan yang rapat antara setiap elemen kesejahteraan bagi

mengekalkan imbangan kesejahteraan hidup manusia. Walau bagaimanapun manusia

hanya merancang dan Allah yang akan menentukan Qada’ dan Qadar setiap insan yang

diciptakanNya. Antara implikasi yang timbul akibat ketidakseimbangan roda

kesejahteraan ialan sebagaimana yang ditintakan di bawah.

10

Rajah 4:Fungsi Otak Berkaitan Dengan Intelektual

Page 12: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

4.1 Menjejaskan ekonomi Negara

Ketidakseimbangan roda kesejahteraan yang melibatkan kesejahteraan

persekitaran akan menjejaskan secara langsung kehidupan rakyat dan membawa kesan

samping lain iaitu ia akan melibatkan sektor pelancongan Negara. Sebagaimana sasaran

Negara bagi tahun 2014 dengan kehadiran 35 juta pelancong ke negara kita yang

dijangka akan menyumbang pendapatan sejumlah 125 billion ringgit sebagaimana yang

disasarkan . Sekiranya roda kesejahteraan persekitaran terjejas maka dengan sendirinya

pelancong akan menolak Malaysia sebagai sebuah destinasi lawatan percutian mereka

dan akan beralih kepada negara yang “sihat” untuk dikunjungi. Kiranya ini berlaku maka

rantaian kesan akan mengakibatkan sektor ini menerima kesan yang negatif dan

menyusutkan pendapatan Negara Oleh itu adalah menjadi harapan kepada rakyat

Malaysia untuk mengekalkan alam sekitar.

4.2 Jenayah Meningkat

Kesan ketidakseimbangan

seterusnya akan melibatkan

kesejahteraan emosi/psikologi

dan kewangan merupakan salah

satu faktor yang mengheret

individu untuk terlibat dengan

jenayah dan salahlaku seperti

pecah amanah, rompak, rogol,

ragut dan sebagainya. Perlakuan

jenayah ini hasil daripada

terhasilnya ketidakseimbangan

kesejahteraan akan meningkatkan indek jenayah di Malaysia. Kuala lumpur, Selangar dan

Johor mendahului indek jenayah yang berlaku di Malaysia. Ketidakseimbangan ini

11

Rajah 5: Carta Jenayah Di Malaysia

Page 13: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

menyebabkan sesorang individu itu gagal berfikir dengan rasional dalam tindakannya

seterusnya akan membawa pelbagai gejala negatif dalam masyarakat.

4.3 Emosi Yang Tidak Stabil Atau Penyakit Mental

Kesan terusnya yang timbul akibat ketidakseimbangan roda kesejahteraan ialah

penyakit mental. Penyakit ini sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan

bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khusus terhadap pesakit,

keluarga

mereka,

majikan,

kehilangan produktiviti dan pendapatan, seterusnya menjejaskan ekonomi negara dan

sistem penjagaan kesihatan. Memang sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan

emosi dan gangguan tingkahlaku turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan

ketidakupayaan lain. Ia bukan sahaja menjejaskan produktiviti, tetapi juga kesannya yang

negatif terhadap keperibadian dan perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada

pelbagai penyakit mental dan fizikal lain serta ada yang berakhir dengan kematian

( bunuh diri ).

4.4 Amalan Rasuah

12

Gambar 5 Pesakit Mental

Page 14: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Rasuah mudah berlaku apabila roda kesejahtera yang berkaitan dengan kewangan

berada di dalam kedudukan tertekan .Ianya mungkin disebabkan sama ada dari diri

sendiri yang berkehendakkan sesuatu yang melebihi daripada apa yang dimiliki.Tekanan

ini juga berpunca daripada status kehidupan masyarakat sekeliling secara amnya.

Keadaan ini akan lagi diburukkan apabila iman mereka tidak kukuh. Oleh sebab Itu

adalah pentingn bagi mereka ini diberikan pendedahan bagaimana sepatutnya mereka

menguruskan pendapatan yang diperolehi setiap bulan agar individu terbabit boleh keluar

daripada tekanan ini, jika mereka tahu bagaimana cara menguruskan kewangan masing-

masing.

4.5 Pencemaran Alam Sekitar Dan Kemusnahan Habitat

Kesan seterusnya akibatdaripada ketidakseimbangan kesejehteraan elemen

persekitaran akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang akan

mengakibatkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan

manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan

seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat

menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut

seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan

berlaku.Natijahnya, kesan ini akan ditanggung oleh semua pihak.

Gambar 6: Pencemaran Alam Mengancam Hidupan

4.6 Masalah kewangan, masalah kesihatan dan hubungan kekeluargaan

13

Page 15: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Dapat perhatikan, apabila sesebuah keluarga itu miskin, kesihatan ahli keluarga

tidak terjaga. Perpecahan keluarga banyak berpunca daripada masaalah kewangan. Tidak

dinafikan juga, terlalu banyak masaalah sosial hari ini yang juga berpunca daripada

kemiskinan di peringkat ibu dan bapa. Sebagai contoh, apabila anak-anak remaja hari ini

tidak ada handphone berteknologi terkini, kerana ibu atau bapa tidak mampu, berpunca

dari persaingan dengan rakan-rakan maka, mereka akan berusaha mendapatkannya

dengan cara yang tidak betul, dan menyalahi undang-undang.

5.0 Amalan Gaya Hidup Berdasarkan Roda Kesejahteraan

Berdasarkan enam cabang roda kesejahteraan Ballard, beberapa amalan dan

pelaksanaannya telah dipraktikan dalam menjalani kehidupan ini agar dapat memperolehi

keseimbangan kesejahteraan antaranya berkaitan perkara di bawah:

Telah mempunyai pekerjaan yang memungkinkan jaminan kesejahteraan kewangan dan ekonomi keluarga.

Tinggal dalam kawasan taman yang mempunyai akses untuk bersosial bersama jiran tetangga.

Sentiasa mematuhi ajaran agama yang dianuti moga perolehi ketenangan spiritual. Sedang menyambung pelajaran dalam PPG/OUM untuk memantapkan bidang

intelektual. Mempraktikkan penjagaan alam sekitar di kawasan tempat tinggal. Menggalakan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kecergasan fizikal

antaranya aktiviti berbasikal,bermain badminton, dan bersenam.

Berdasarkan amalan-amalan yang telah dilaksanakan di atas, insyaAllah moga-moga

apa yang dilaksanakan akan menjurus kepada memperolehi kesejahteraan hidup di dunia

dan akhirat. Kita berusaha menggapainya, Allah jua yang menentukanya. Amin.

6.0 Dua Demensi Tambahan Roda Kesejahteraan

14

Page 16: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Rajah 6: Dua Elemen Tambahan Roda Kesejahteraan

Sebagai melengkapi roda Kesejahteraan Ballard,(2012) di bawah ini telah dibuat tambahan dua elemen kesejahteraan iaitu berkaitan dengan kesejahteaan pekerjaan dan kewangan.

6.1 Kesejahteraan Pekerjaan

Kesejahteraan pekerjaan pula meliputi pengembangan dan penggunaan

kemahiran, bakat, anugerah dan pengetahuan untuk meningkatkan pencapaian dan taraf

hidup. Kesejahteraan pekerjaan membina sikap positif terhadap pekerjaan dan seterusnya

meningkatkan produktiviti serta mencapai kepuasan dalam pekerjaan. Bagi individu yang

tidak memiliki pekerjaan atau menganggur boleh memberi berpengaruh buruk buat

kesihatan mental seseorang dan akan memberi impak yang negative kepada diri, keluarga

dan masyrakat. Pekerjaan sebenarnya menyumbang kepada hidup yang sejahtera untuk

dimiliki oleh setiap individu yang berkelayakan maupun tidak .

6.2 Kesejahteraan Kewangan

15

Gambar 7: Pekerjaan Adalah Satu Ibadah

Page 17: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Gambar 8: Pengaruh Kewangan Dalam Kehidupan

Seterusnya kesejahteraan kewangan memberi satu dimensi bahawa seseorang

yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada pekerjaan yang dilakukan

dan menerima upah pada setiap bulan, maka ianya akan menyumbang peningkatan dan

penambahbaikan ekonomi ( kewangan ) bagi setiap individu terbabit. Kesan langsung

ianya akan memberikan impak yang besar terhadap kesejahteraan keseluruhan rakyat

pelbagai bangsa di Malaysia. Bukan dengan cara peningkatan gaji semata-mata, atau

melalui pemberian bonus dan sebagainya, tetapi yang lebih mustahak melalui amalan

pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari gaji yang perolehi setiap bulan.

7.0 Kesimpulan

Roda kesejahteraan yang dibincang di atas merupakan beberapa elemen penting

daripada sejumlah elemen lain dalam memenuhi amalan gaya hidup sihat yang berupaya

membawa kehidupan yang membina, dimana ia dapat memberi kesan yang positif kepada

seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Pelbagai disiplin

kesejahteraan hidup merupakan salah satu aspek yang penting dalam mewujudkan

kemantapan tahap kesejahteraan dan kesihatan individu dalam masyarakat sekitarnya.

Antara contoh amalan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kesejahteraan hidup ialah

menjaga alam sekitar, berfikiran positif, aktiviti fizikal, kepercayaan kepada agama

masing-masing, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi

mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang

positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

16

Page 18: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

(2788 patah perkataan)

Rujukan

Amriah Buang. (1988). Location and well-being. (Disertasi Ph.D). Universityof Manchester, England.

Baker, R. (2003). Dimensions of wellness. Dilayari pada Feb 2, 2014 daripada http://www.bradley.edu/eddey/cwc/

Corsini, R, “The dictionary of psychology”,Brunner-Routledge, New York, 2002.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Kamus Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gove, Philip B. (1966). Webster’s third new international dictionary. Springfi eld, Massachuset: G & C Merriam Company.

Hoyer, W. J., & Roodin, P. A, “Adult,development and aging”, (5th ed.), McGraw-Hill, Boston, 2003.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2000). Kempen cara hidup sihat: kesihatan mental. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual mesej utama dan sokongan: kempen cara hidup sihat setting tempat kerja. Kuala 11 Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

17

Page 19: hbhe3103 (Kesihatan)

/ HBHE 3103

Mastuti, E, “Studi korelasi antara rasapercaya (trust) dan ketertarikan (attraction) dengan kecenderungan pengungkapan diri (self disclosure) dalam hubungan interpersonal”, Insan Media Psikologi. Vol. 3 No. 1, 50-59, 2001.

Nor Ezdianie Omar, (2007). Kesejahteraan psikologi dan kesejateraan spiritual dalam kalangan pelajar IPTS di negeri Kelantan. Serdang:

Prentice (1999). Cultural divides: Understanding and overcoming group conflict. New York: Russell Sage Foundation.

Ryff, C. D, “Psychological well-being inadult life”, Current Directions inPsychological Science. Vol 57 No.6, 99-104, 1995.

18